Saturday, March 23, 2013

Bila DS Rosmah Mansor Mengamuk, PM Terpaksalah Akur..

 

Yes, mari kita tukar selogan tersebut daripada I Love PM, kepada I LOve BN. PM dan BN sebenarnya sentiasa dekat di hati majoriti rakyat Malaysia.
 
Transformasi yang diperkenalkan oleh PM sejak 3 tahun lalu telah menampakkan hasilnya dan rakyat kini sedang menikmatinya kecuali bagi puak-puak yang selamanya tidak mahu bersyukur.
 
Sesungguhnya kejayaan PM dalam waktu yang singkat ini tidak mampu dicapai oleh mana-mana pemimpin lain di dunia ini termasuk Obama yang gagal dengan segala transformasinya dan terpaksa pula menyambungnya bagi penggal ke dua.
 
Jika hendak dibandingkan dengan negeri yang pakatan perintah, Pulau Pinang daripada negeri perindustrian yang menerima pelaburan melebih RM10 billion setiap tahun akhirnya merudum kepada RM2 billion sahaja hasil daripada kecerdikan LGE dengan aksi CAT nya.
 
Selangor yang sentiasa diberi nasihat oleh penasihat bergaji RM1 nya, punah ranah dan daripada menjadi negeri terkaya di Malaysia kini telah hampir layak menerima BR1M. Simpanan tetap Selangor hanya gimik, hakikatnya Selangor telah boleh dikatakan muflis.
 
Kedah lebih teruk lagi kerana para pemimpin PAS hanya asyik bergaduh sesama sendiri. Mereka tidak memikirkan langsung agenda rakyat sebaliknya lebih menumpukan kepada agenda peribadi pemimpin PAS semata-mata.
 
Kelantan tak yah sebutlah, dulu, kini dan selamanya begitu, membangun bersama Islam tetapi rakyat terus terpinggir. Tukar Kelantan.
 
Yes, We Love BN and We Love PM.
 
 

Tukar slogan "I Love PM" kepada "I Love BN" - Najib

 
Tukar!!! We love BN..
 
 
ORANG ramai mengangkat sepanduk "I Love PM" dan "I Love BN" ketika menghadiri majlis perasmian Program Rimbunan Kaseh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang hari ini. - UTUSAN
 
KUALA LIPIS 23 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap slogan "I Love PM" yang sering dilaungkan oleh rakyat ditukar kepada "I Love BN" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Perdana Menteri berkata, kerajaan dibawah Barisan Nasional (BN) dari dulu sehingga kini telah membawa perubahan serta kemajuan kepada rakyat dan negara.
 
Menurut beliau, rakyat tidak boleh mengharapkan pembangkang kerana mereka hanya pandai mengkritik dan membuat fitnah tetapi tidak membuat apa-apa.
 
"Rakyat perlu memberikan sokongan kepada BN bagi meneruskan kesinambungan program tranformasi yang dirancang oleh kerajaan,"katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Rimbunan Kasih di Tanjung Besar di sini hari ini. - UTUSAN
 
 
 
Ini pula berita yang pastinya tidak akan disiarkan oleh akhbar pakatan. Dan ini juga menjadi petanda bahawa PAS semakin menghampiri zaman malapnya.
 

72 ahli dan penyokong Pas DUN Alor Mengkudu sertai UMNO

 
ALOR SETAR 23 Mac - Seramai 72 anggota dan penyokong Pas dari Taman Tunku Yaakub dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.
 
Salah seorang bekas ahli Pas yang ditemui, Ahmad Man, 47 berkata, mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti pembangkang itu lalu bertindak keluar secara beramai-ramai.
 
Katanya, dia yang menjadi ahli Pas selama 22 tahun kecewa apabila tiada bantuan disalurkan kepada penduduk di kawasan berkenaan sejak Pas mentadbir negeri Kedah.
 
"Saya tidak takut jika kawan-kawan saya yang menyokong Pas tidak lagi berkawan dengan saya selepas ini kerana menyertai UMNO adalah keputusan saya sendiri.
 
"Saya kecewa dengan Pas kerana apa yang mereka janjikan kepada kami tidak ditepati dan saya yakin hanya dengan UMNO nasib rakyat negeri ini akan terbela," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di Taman Tunku Yaakub, Alor Mengkudu di sini hari ini.
 
Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung. Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata penyertaan 72 anggota dan penyokong Pas di dalam UMNO hari ini bukan satu gimik politik yang direka oleh UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
 
"Saya tahu pakatan pembangkang akan kata ini gimik politik, tapi ini bukan UMNO reka, mereka sendiri yang rela hati menyertai UMNO kerana telah hilang keyakinan terhadap pakatan pembangkang.
 
"Lima tahun Pas perintah Kedah, penduduk di kawasan ini tidak dapat apa-apa, sebab itu mereka ambil keputusan untuk menyokong UMNO," katanya. - UTUSAN


Ini pula berita yang membuatkan PKR terus pitam, mari kita baca.

 


291 ahli tinggalkan PKR, sertai BN

P. KAMALANATHAN (dua kiri) memakaikan kemeja T BN kepada bekas Ketua Cawangan PKR Kampung Asa Hulu Bernam, Peter Muniandy (tiga kiri) dan bekas Ketua Cawangan PKR Kawasan Taman Wawasan Batang Kali, Rajeswary Krishnan (kiri) serta bekas Ahli PKR Bernam Jaya, Kanniamma Singaravelu (kanan) pada majlis penerimaan borang kemasukan 291 ahli PKR yang menyertai BN di Pejabat Khidmat Parlimen Hulu Selangor Bandar Bukit Beruntung di Rawangi, hari ini. - BERNAMA
 
RAWANG 23 Mac - Seramai 291 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Hulu Selangor hari ini bertindak menyertai Barisan Nasional (BN) selepas kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu.

Mereka meluah kekesalan apabila termakan pelbagai janji manis PKR sehingga sanggup memilih parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.

Bekas Ketua Cawangan PKR Kampung Asa, Hulu Bernam, Peter Muniandy, 40, berkata, beliau kecewa dengan kepimpinan PKR yang didakwa langsung tidak turun menjenguk penduduk di kawasan itu dan permintaan mereka yang memerlukan bantuan juga tidak diendah.

"Saya kerja dengan PKR, saya lihat sangat susah orang sakit, minta bantuan pemimpin PKR pun tidak dapat, mereka tidak peduli langsung.

"Tidak seperti pemimpin BN yang selalu datang tengok penduduk dan beri bantuan yang diperlukan," katanya kepada pemberita.

Seorang lagi bekas anggota PKR, M.Devi, 35, dari Estet Changkat Asa berkata, beliau benar-benar sedih kerana memberi kepercayaan kepada PKR yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak menunaikannya.

"Saya hidup susah, suami isteri kerja sebagai penoreh getah, anak kecil tetapi mujur BN banyak tolong beri bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, kemasukan anggota PKR ke dalam BN memberi satu suntikan semangat kepada BN Hulu Selangor untuk mencurah lebih banyak khidmat kepada rakyat.

"Dalam perbualan kami tadi, mereka kata antara sebab yang membuatkan mereka menyertai BN ialah kerana menaruh kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, satu-satunya pemimpin yang dapat membantu mereka tidak kira apa masalah pun.

"Datuk Seri Najib berjaya mengotakan janji dan sentiasa membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik. Ini yang mereka nampak," katanya.

Beliau optimis lebih ramai anggota pakatan pembangkang akan menyertai BN kerana semakin sedar akan kesungguhan parti komponen itu membantu rakyat. - BERNAMA


 
Cerita di sini 
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Habislah BN Kali Ini.. Projek Inilah Puncanya Tamrin Ghaffar Join Pas..


 

Jika tidak sanggup jangan tengok gambar tu lama-lama, cepat-cepat baca dan pindah ke blog lain. Tapi hanya itu gambar yang Jokiden ada.
 
Sebentar tadi Sebuah lagi pertubuhan ulama pondok di Kelantan bangun menunjukkan sanggahannya kepada PAS khususnya Tok Guru. Perbuatan Pas sejak mutakhir ini sudah tidak dapat lagi diterima oleh kebanyakan penyokong Pas sendiri.
 
Mereka memahami tujuan sebenar Pas hari ini bukan lagi untuk 'memperjuangkan agama' sebaliknya lebih kepada memperjuangkan nasib untuk ke Putrajaya. Tidak salah, namun jangan menipu rakyat kononnya masih hebat memperjuangkan Islam.
 
Tidak ada lagi dah, orang Kelantan yang suatu ketika dahulu sanggup membujur lalu melintang patah dalam mempertahankan pemimpin Pas, kini sudah berakhir dah. Mereka sudah tidak peduli lagi dan bagi mereka adalah haram sekiranya memberikan undi kepada Pas dalam PRU nanti sebab undi itu juga bermakna undi untuk DAP dan PKR.
 
Mereka sudah insaf dan ini bukan konspirasi UMNO/BN, tetapi jelas daripada hati nurani pengikut tegar Pas sendiri. Mereka nampak UMNO lebih banyak mempertahankan dan mempertabatkan Islam daripada Pas sendiri yang lebih banyak cakap dari bertindak.
 
Banyak cakap, banyak silap, banyak silap banyak dosa. hari ini Pas gagal membangunkan umah, lalu Pas gagal untu7k berhadapan dengan rakyat. Kelak Pas juga akan gagal menjawab di depan Allah kenapa setelah diberikan amanah oleh rakyat selama berpuluh tahun Pas gagal memikul amanah tersebut. Bila Pas membenarkan penggunaan Kalimah Allah digunakan oleh penganut ahgama asing atas sebab politik dan bukannya atas sebab agama maka Pas telah gagal dalam Fardhu Ain.
 
Bila Pas gagal menyediakan tempat beribadat yang sempurna dan bekalan air bersih yang sempurna, maka Pas telah gagal pula dalam fardhu kifayah. Ikut manapun Pas telah gagal. Jadi projek kecil pun bolehlah dibanggakan untuk disuakan kepada rakyat menjelang PRU13 ini.  
 
Kalau setakat buat jamban, rasanya Tok Ketua Kampung pun boleh buat kerana ia tidak memerlukan perancangan hebat seorang YB. Namun kita berasa hairan juga kenapa Pesuruh Jaya Pas Selangor ini begitu bermegah dan teruja dengan projek jamban ini. Tidak ada ke projek lain. Memang layak diberi hadiah cangkul ni. Kalau hadiah penyapu kang buruk sangat pulak maksudnya. 
 
Inilah akibat terlampau banyak berpolitik sehinggakan kerja sebegini rupapun hendak dijadikan modal untuk meraih undi. Kok merasmikan penubuhan koperasi berhad pun lebih hebat lagi daripada merasmikan jamban ini. Habislah Pas.
 
Kalaulah YB Datuk Ibrahim Ali yang merasmikan ini, tunggulah sehingga tak cukup tanah puak-puak Pas ni mengutuk beliau.


   jamban
Baca juga kisah selanjutnya di sini.



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Jam Omega Akhirnya Dilelong... Yahoo!!! Parlimen Bubar...

Nasib kaulah jam..
  

Sepanjang hari ini dan besok PM berada di Pahang, negeri beliau dalam jadual yang amat padat. Star melaporkan PM akan bersama dengan komuniti Cina di Stadium Darul Makmur pada malam ini dalam majlis mengutip derma untuk Sekolah Menengah Chung Hwa.
 
Target kutipan ialah RM10 juta untuk membina bangunan baru. Sebanyak 1,000 buah meja telah habis dijual. Turut menyertai PM ialah Supurstar Hong Kong Jackie Chan dimana dia akan melelong 3 buah jam (mungkin jam omega kot)
 
Selesai  majlis tersebut PM akan ke majlis yang satu lagi iaitu di sebelahnya sahaja yang disertai oleh artis-artis Malaysia.
 
Pada hari Ahad pagi PM masih di Kuantan sebelum kembali ke KL. PM dikatakan akan menonton F1 dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
 
Selesai majlis tersebut Perdana Menteri akan menyampaikan hadia Golf Maybank pula di Damansara. Pada sebelah malam PM akan mengurung diri di rumah dan tidak mahu sesiapa 'mengganggu' atau mengacaunya.
 

Photo: Jam Omega dilelong
Star Nation 22/3/13

Pada hari Isnin Perdana Menteri tidak langsung mempunyai aturcara program. Agaknya masa itulah beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen. Kito tunggu yo lah. Selasa PM kembali bertugas dan dilaporkan akan berada di Langkawi merasmikan LIMA. We love PM.


 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Pakatan Akan Menyewa Jet Mewah Di Hari Mengundi..

 
 
 
 
  

Patutlah puak pakatan ini boleh menang banyak negeri, rupanya mereka mendapat khidmat pengundi hantu selama ini. Patutlah pakatan sibuk mengatakan SPR mendaftarkan pengundi yang sama lebih daripada satu kali dan boleh mengundi berkali-kali.
 
Rupa-rupanya segala tuduhan tersebut hanyalah untuk mengabui mata rakyat sahaja. Supaya rakyat tidak memandang serong dengan aktiviti penyelewengan mereka ini, maka mereka menuding jari kepada UMNO/BN dan SPR.

Samalah dengan isu kroni, merompak duit rakyat dan zalim yang sering dicanangkan oleh puak pakatan dalam ceramah dan media sosial sebenarnya segala tuduhan tersebut hanyalah untuk menutup salah laku mereka sendiri. Sebelum orang nampak dan sebelum rakyat mempertikaikan kegiatan tidak bermoral mereka itu, lebih baik mereka terlebih dahulu menuding jari ke arah UMNO/BN. Lalu mereka seolah-olah bersih suci daripada dosa-dosa tersebut.

Rakyat pasti terkejut dengan pendedahan Mymassa (wajib baca) di mana Rafizi Ramli berjaya mempermainkan (menipu)  SPR dengan mendaftarkan dirinya sebagai pengundi sebanyak lima kali di lima negeri yang berlainan.

Melampau betul kerja si Rafizi ni sampai sanggup mendaftarkan dirinya sebanyak lima kali semata-mata nak memenangkan calon pakatan. Bayangkan jika 20,000 orang ahli PKR dan pakatan yang berbuat demikian maka jumlahnya amat besar dan pasti boleh memenangkan calon pakatan. 1 x 5 x 20,000 orang = 100,000 orang.


     
 
 
     

 
Rafizi ni mendaftar sebagai pengundi di Terengganu iaitu di Marang dan Kemaman, di Baling Kedah, di Sarawak dan di Johor. Memang sah dia ni lebih teruk daripada hantu. Di harapkan akan ramai yang membuat report polis dalam perkara ini kelak.

Untuk memudahkan Rafizi bergerak dalam tempoh 10 jam tersebut dari jam 7 pagi hingga 5 petang, maka pakatan terpaksalah pakatan menyewa  sebuah jet super mewah untuk menerbangkan Rafizi ke distinasi yang disebutkan tadi.

Oh ya, kerana sekarang ini peraturan SPR telah mengwajibkan jari pengundi dicalit atas desakan puak pakatan setelah selesai membuang undi, maka di dalam pesawat mewah itu telah disediakan satu jenis cecair yang tidak dapat dikesan oleh mana-mana mesin pengimbas untuk membolehkan Rafizi membersihkan kesan calit tesebut.

Menyewa Jet mewah untuk Rafizi pada hari mengundi ini tidak langsung merupakan masalah bagi pakatan kerana mereka dikatakan mempunyai dana yang cukup bersar berjumlah berbillion ringgit yang disumbangkan oleh pihak tertentu dari dalam dan luar negara.

Jadi benarlah sebagai dikatakan bahawa puak pakatan ini menang banyak kerusi disebabkan oleh pengundi hantu dan untuk menutup kemungkaran mereka itu maka mereka menuduh semua hantu-hantu tersebut memberikan undi kepada UMNO/BN. Ish..ish.. dia yang mendapat laba UMNO/BN pulak yang mendapat bala.

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.

Lim Kit Siang Dan Chua Jui Meng... Mari Tengok Sini.

 
 
Chua Jui Meng dikatakan akan meletakkan jawatan. Ceritanya di sini. Sebelum letak jawatan mari baca yang ini dulu.
 
 

Dua otai politik ini berebut sangat hendak bertanding di Gelang Patah. Kononnya mampu menawan kerusi MCA tersebut. Angan-angan mereka samalah macam nak membawa kereta perisai beroda rantai naik ke Gunung Kinabalu.
 
Terkini Nuar Brahim selaku kotuo umum, sudah umum bahawa kerusi Gelang Patah adalah bakal diwakili oleh Kit Siang Ikan. Ini sekaligus membuatkan Chua Jui Meng merajuk sakan.
 
Bukanlah nak bercakap besar, tetapi 90% pengundi Melayu yang berjumlah hampir 35.000 orang di Gelang Patah akan solid memberikan undi kepada calon MCA. Jangan lupa 90% juga daripada pengundi India yang berjumlah 10,000 orang tersebut akan turut memberikan undi kepada calon MCA.
 
Datanglah samada Kit Siang Ikan atau Chua Jui Meng, sekiranya 20% sahaja undi kaum Cina memihak kepada calon MCA, maknanya dua otai politik tersebut akan bungkuslah. 
 
Untuk rekod, pada pilihan raya umum lalu calon BN, Tan Ah Eng mempertahankan kerusi yang dimenanginya dengan menewaskan Dr. Zaliha Mustafa dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) majoriti 8,851 walaupun berlaku “tsunami politik" manakala 2004 menang dengan kelebihan 31,666 undi.
 
Sebelum ini kerusi tersebut menjadi punca sengketa DAP-PKR apabila Pengerusi PKR negeri, Dr. Chua Jui Meng berhasrat untuk bertanding di Parlimen berkenaan tetapi ditentang oleh Pengerusi DAP Johor yang juga ADUN Skudai, Dr. Boo Cheng Hau.
 
Gelang Patah kini mempunyai hampir 100,000 pengundi dengan 54 peratus daripadanya terdiri daripada kaum Cina, 35 peratus Melayu dan selebihnya India dan kaum-kaum lain. Parlimen itu mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Nusajaya dan Skudai.
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Friday, March 22, 2013

Tengok Politik Pas Ini.. Terlampau!!!




[admin] Semoga hati-hati yang berkumpul di Stadium Sultan Muhammad IV pada malam ini semuanya memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar dikekalkan kerajaan negeri Kelantan yang berusaha meletakkan Islam di atas serta mengalahkan gelombang arus jahiliyyah yang sedang melanda, Insya-Allah.... (kredit to Khiruddin Tok Ngulu)
 
[admin] Semoga hati-hati yang berkumpul di Stadium Sultan Muhammad IV pada malam ini semuanya memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar dikekalkan kerajaan negeri Kelantan yang berusaha meletakkan Islam di atas serta mengalahkan gelombang arus jahiliyyah yang sedang melanda, Insya-Allah.... (kredit to @[480150482003495:274:Khiruddin Tok Ngulu])
 

Photo di atas telah merayap ke media sosial dan amat dibanggakan oleh puak-puak pencacai pakatan ini. Kehadiran di Stadium Sultan Muhammad amat memberangsangkan dan ramai yang terangsang.
 
Bukan soal kehadiran ini yang Jokiden hendak pertikaikan, tetapi doa yang admin fb Nik Aziz tuliskan tersebut yang ingin diulas.
 
Allah maha mengetahui. Apa yang terlintas di hati umatNya tetap dalam pengetahuan Allah. Tidak ada yang terselindung. Pas jangan nak menyamakan makhluk dengan Pencipta. Sifat makhluk tidak boleh sama sekali disekutukan dengan sifat Allah swt.
 
Berdoa dan memohon kepada Allah untuk mengekalkan kerajaan Pas di Kelantan tidak menjadi kesalahan langsung, malah digalakan. Namun berdoa meminta Pas terus kekal memerintah Kelantan dengan mengatakan PAS meletakkan Islam di 'atas' adalah sesuatu yang tidak sepatutnya kerana itu satu penipuan yang nyata.
 
Bila masa PAS meletakkan Islam di atas,? bila masa PAS mempertabatkan Islam? Sebaliknya Pas meletakkan Islam dilembah kehinaan. Pas meletakkan Islam paling terkebawah. PAS nyata dan pasti meletakkan politik di atas dan Islam jatuh entah ke nombor berapa. Jadi doa tersebut adalah satu penipuan.
 
Lagi doa PAS ialah untuk 'mengalahkan arus jahiliyyah yang sedang melanda', bermakna PAS mendoakan untuk mengalahkan mereka sendiri kerana PAS lebih jahil dalam serba serbi berbanding dengan UMNO/BN.
 
Perasan betul PAS ini. Mereka ingat mereka selamanya betul. Mereka ingat mereka lurus. Mereka ingat mereka bijak. Mereka ingat mereka berjuang ke jalan Allah. Mereka ingat mereka memertabatkan syiar Islam. Mereka ingat mereka maksum. Mereka ingat mereka lebih alim. Mereka ingat mereka lebih zuhud.
 
Mereka lupa mereka sentiasa bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran apabila bersama DAP dan PKR. Mereka lupa akhirnya mereka bersekongkol untuk melemahkan Islam. Mereka lupa bahawa mereka kini sedang berusaha menjatuhkan kerajaan orang Islam atas alasan UMNO/BN adalah jahiliyyah.
 
PAS gagal membaca agenda DAP yang tersurat dan tersirat. Atau sengaja buat-buat tidak nampak. Kenapa PAS ini terlalu buta hati untuk mengetahui semua itu. Kenapa PAS gagal memahami kehadiran Lee Kuan Yew ke pajabat Nik Aziz tidak lama dulu. Masakan tempua bersarang rendah, jika tidak ada apa-apa.
 
PAS masih tidak sedar betapa sumbangan mereka dalam memenangkan calon2 DAP dan PKR kelak akan melemahkan kuasa UMNO dan seterunya melemahkan kuasa Islam. Di Penang dan Selangor pada hari ini kuasa Islam sudah mula lemah. Apakah PAS masih mahu bermimpi dan gagal membuka minda.
 
Apakah PAS berusaha pula untuk melemahkan Islam di Negeri Sembilan, di Melaka dan di Johor. Tidak merasa berdosakah PAS apabila sumbangan undi ahli-ahli PAS kelah akan meletakkan Islam lebih mundur. Masa itukah nanti baru pemimpin PAS hendak bermuhasabah diri. Masa itukah nanti baru pemimpin PAS hendak sedar diri.
 
Masa itukah nanti baru pemimpin PAS sudah terantuk baru nak terngadah.  Apa agenda DAP di Penang dan Selangor, sepatutnya sudah mampu membuka fikiran pemimpin PAS. Jika sesat dihujung jalan segeralah kembali ke panggkal jalan sebelum nasi menjadi bubur.
 
Tidak ada dalam kamus DAP dan PKR untuk membelai PAS dan agenda Islamnya. DAP hanya mahukan undi dan kuasa. Kenapa PAS tidak mahu faham tentang perkara ini. Agenda DAP hendak menghapuskan pembelajaran subjek agama di sekolah-sekolah. Kenapa tidak faham wahai PAS. Jika subjek agama Islam hendak di ajar juga DAP akan memasukkan pula subjek agama lain iaitu Budha dan Kristian dalam sukatan mata pelajaran. Kenapa tidak mahu percaya wahai pemimpin dan pencacai PAS.
 
Di mana maruah PAS bila serbuan ke atas gereja disergah oleh DAP dan PAS menikus. Di mana maruah PAS apabila DAP di Selangor dan Perak menuntut wang zakat supaya diberikan juga kepada bangsa lain kerana wang zakat adalah juga wang cukai yang dibayar oleh rakyat.
 
Di mana maruah PAS apabila arak dirampas, kemudian di suruh pulangkan semula semata-mata kerana takutkan Ronnie Lui dan DAP. Di mana maruah PAS apabila Khalid Samad selamba je melawat kilang arak di Shah Alam.
 
Di mana maruah PAS apabila undang2 yang PAS laksanakan selama 20 tahun boleh pula diubah semata-mata kerana takutkan DAP.
 
Di mana maruah PAS apabila bercambahnya rumah urut dan pusat hiburan serta pusat pelacuran di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dan tiada sanggahan atau demontrasi oleh PAS kerana takutkan DAP. Di mana maruah PAS apabila kerajaan PAS Kedah membenarkan etika berpakaian untuk persembahan di ubah setelah digertak oleh DAP. Di mana kebijaksanaan PAS.
 
Di mana maruah PAS atas desakan DAP Kalimah Allah boleh diguna pakai oleh penganut agama lain dan kini pencacai sibuk pula untuk menterbalikkan kata-kata PM, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang membenarkan penggunaan kalimah Allah. Mana maruah mu Pas??????????????????
 
Di mana maruah PAS apabila Nuar secara terang-terangan menghina HJ Hadi dan Nik Aziz dalam satu ceramah di Sabah, tetapi apabila bertemu dalam majlis di sini, mereka buat-buat tidak tahu sahaja seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Mana muka nak letak.

Di mana maruah PAS apabila Mursyidul Am membeli kek hari jadi sendiri dan dengan tersipu-sipu malu pergi menyambutnya di rumah Karpal Singki seorang penentang tegar Islam yang nyata.

Di mana maruah PAS apabila rutin Sambutan Maulidul Rasul sejak berpuluh tahun dahulu, tetiba diberhentikan oleh kerajaan DAP PP dan diikuti oleh Kerajaan PAS Kelantan.
 
Inikah yang PAS katakan kerajaan yang mempertahankan Islam. Inikah doa yang Pas baca. Jangan memutar belitkan fakta wahai PAS. Kalian telah memperkenalkan negara berkebajikan, jangan lagi berani mendabik dada dan berselindung di sebalik agama, kelak Allah akan lebih murka dan PAS terus menerima bala.
 
Beramal ibadatlah mengikut yang sepatutnya, teruskanlah negara berkebajikan tetapi jangan sekali-kali menipu rakyat di mana juga bahawa PAS masih memperjuangkan Islam dan UMNO tolak Islam. Besar balanya nanti apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang diperkatakan.
 
Cukup-cukuplah PAS... jangan bersandiwara lagi dalam bab-bab agama ini. Kerusi kalian kelak tetap minoriti dan kalian tidak dapat bersuarapun dalam pakatan. Kenapa tidak mahu sedar wahai pemimpin PAS??
 
Mulai hari ini wahai pemimpin PAS, demi Islam semata-mata, tujukanlah segala kritikan dan sanggahan mu ke arah DAP dan PKR dan bukannya kepada UMNO. Buangkan ayat-ayat yang meloyakan di dalam war room mu seperti "sabar dulu, kita nakkan kuasa, kita nakkan Putrajaya, dah dapat nanti tahulah kita nak buat macam mana dengan DAP dan PKR ni.." Ini menipu diri sendiri wahai pemimpin Pas, kerana anda tidak akan mampu menentang DAP.
 
Jangan lagi berterusan menipu pengikut wahai pemimpin PAS. Cacing sudah naik ke mata. Air sudah sampai ke paras hidung, jangan disebabkan leka, kalian akan lemas nanti. Kalian mempunyai ratusan jika tidakpun ribuan alasan untuk mengutuk atau menyanggah DAP dan PKR.

Doa supaya UMNO/BN KO sudah, doa untuk kemenangan Kerajaan PAS Kelantan sudah. Jokiden nak ingatkan tentang Qada dan Qadar Allah. Sekiranya Kelantan kalah juga dalam PRU13 kelak, jangan sesekali kata sebab pengundi hantulah, UMNO rasuahlah, taktik kotorlah dll, sebaliknya anggaplah doa kalian tidak di makbulkan oleh Allah swt, sebaliknya doa rakyat Kelantan yang tertindas dan dizalami telah diterima Allah. 
 
Doa admin fb Nik Aziz tersebut tidak lebih daripada doa politik.


20 maut rusuhan penduduk Islam, Buddha di Myanmar


YANGON 22 Mac - Sekurang-kurangnya 20 orang maut dalam kejadian rusuhan yang melibatkan penduduk Islam dan Buddha di beberapa buah kampung di tengah Myanmar hari ini.

Sekeping gambar yang menunjukkan keadaan huru-hara di bandar Meiktila disiarkan hari ini, selepas sekumpulan perusuh Buddha diketuai oleh golongan sami, menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam sejak kelmarin. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130322/dn_35/20-maut-rusuhan-penduduk-Islam-Buddha-di-Myanmar#ixzz2OGIRqfgw
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
 Jika suatu hari nanti peristiwa seperti ini berlaku di Malaysia, apakah PAS tidak mempunyai saham?

 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Anak Emas Nuar Brahim Kena Kutuk..


Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa.


Dia ni dah cukup umur ke nak bertanding ni..?
 
        

 
 
 
Kita tidak pasti samada hendak mengucapkan tahniah atau tidak kepada Presiden Obama ini kerana di bumi Israel dia berani pulak mengutuk Natenyahu. Kutukan tersebut tidak dapat dipastikan juga samada ikhlas ataupun cuma lakonan beliau sahaja.
 
Nuar mungkin juga tersinggung dengan kritikan Obama ini memandangkan hubungan Nuar dengan Israel ini ibarat isi dengan kuku. "I support all efforts to protect..." ingat lagi ayat keramat Nuar Brahim yang mencetuskan polimik terbesar dikalangan negara-negara Islam tidak lama dahulu.
 
Kita juga bimbang keceluparan mulut Obama ini bakal mengundang padah kerana Israel ini dipercayai mempunyai pelbagai cara untuk membalas sesuatu tindakan ke atas mereka.
 
Kisah jenazah Arrafat digali semula untuk dibuat post mortem semula kerana ada dakwaan beliau telah diracun oleh musuh-musuhnya termasuk Israel. Tidak mustahil Obama ni akan menerima nasib yang sama.
 
Sebenarnya di dalam dunia ini kisah kezaliman Israel terhadap Palestine tidak ada tolok bandingannya. Segala bentuk kezaliman dilakukan oleh regim Zionis ini yang dikatakan oleh Hj Hadi boleh dibuat kawan. Hj Hadi sudah tidak dapat membezakan antara yahudi dengan zionis semata-mata kerana hendak membela Nuar.

 

Obama kutuk Israel gagal beri keadilan kepada Palestin


BAITULMAQDIS 22 Mac - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengkritik Israel atas halangan ketat negara itu terhadap penduduk Palestin, termasuk kegagalan memberi keadilan kepada mereka yang tertindas dan memusnahkan penempatan Palestin tanpa permit.
 
"Biarpun Israel mengenakan sekatan ketat terhadap penduduk Palestin, mereka juga berhak untuk mendapatkan keadilan dan diiktiraf.
 
"Adalah tidak adil jika kanak-kanak Palestin tidak dapat membesar di tanah kelahiran mereka sendiri," katanya ketika mleawat Tebing Barat semalam.
 
Obama dalam pada itu turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahmoud Abbas bagi membincangkan proses damai di dunia Arab.
 
Pemimpin itu juga menggesa agar Israel dan Palestin mencapai perjanjian damai dengan segera bagi menyelesaikan segala konflik yang berlaku antara kedua-dua negara itu. - DPA/AFP
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Kenapa Pula Ada Nombor Siri... Ini Sebabnya..


Ini di Sibu. DAP berjaya menghasut pengundi supaya membenci kerajaan dan hasilnya mereka menang kerusi terbanyak iaitu 12 dalam PRU Sarawak.
 
  
Semasa PRK/PRU bukan semua kertas undi dipulangkan oleh pengundi. Mereka mempunyai alasan tersendiri kenapa berbuat demikian.
 
Ada yang bertaruh tentang undi yang dipangkah, jadi kertas undi di bawa pulang. Ada yang hendak menunjukkan kepada MB Selangor, maka kertas undi disimpan di dalam poket.
 
Ada yang menyimpan kertas undi sebagai tanda protes dan tidak mahu mengundi mana-mana calon. Maka untuk memudahkan SPR mengesan pergerakan kertas undi tersebut, sebab itu diadakan nombor siri. Kepada pencacai yang selamanya mempertikaikan usaha-usaha SPR ini sila baca penjelasan di bawah.


SPR nafi tahu calon yang dipilih pengundi

 
IPOH 21 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan pihak tertentu bahawa suruhanjaya itu boleh mengetahui calon yang dipilih pengundi pada pilihan raya umum ke-13.
 
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kerahsiaan undi setiap pengundi terjamin.
 
"Kerani SPR di pusat pengundian tidak dibenarkan dan tidak boleh mencacat, menulis nombor atau apa-apa. Ini ialah undang-undang," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada pegawai pengurus pilihan raya, ketua penguat kuasa SPR dan ketua polis daerah di Perak, di sini hari ini.
 
Beliau menjelaskan, apabila pengundi masuk ke tempat pengundian, kerani akan menyemak nama dan mengesahkan bahawa individu berkenaan ialah pengundi sebenar sebelum dakwat dicalit pada jari pengundi dan diberi kertas undi.
 
"Dalam setiap buku, ada 50 kertas undi dan ia akan diberikan mengikut turutan. Jangan pula ada pengundi yang kata dia tak nak kertas undi pertama, hendak yang tengah. Itu melanggar undang-undang dan peraturan.
 
"Kertas undi ada nombor siri. Sebagai contoh, nombor siri 100. Apabila kita buka mana-mana helaian buku kertas undi, nombor sirinya ialah 100 kerana nombor itu unik dan digunakan untuk saluran mengundi berkenaan sahaja," katanya.
 
Beliau berkata, langkah itu bagi memudahkan pengiraan kertas undi yang diberikan kepada pengundi dan memudahkan SPR mengesan kemungkinan pengundi menggunakan kertas undi berkenaan di saluran lain.
 
"Di saluran lain akan guna nombor siri lain pula, takut kalaulah ada orang mengambil kesempatan bawa kertas undi daripada saluran lain masuk dalam poket, konon nak tambah kertas undi, pergi masukkan ke dalam peti undi di saluran lain," katanya.
 
Oleh itu, katanya, tidak ada pihak yang boleh mengetahui calon mana yang di pilih oleh pengundi. Orang yang datang mengundi, kita bukan tahu pukul berapa dia nak datang.
 
Pusat pengundian dibuka satu hari daripada jam 8 pagi hingga 5 petang. Macam mana boleh buat imaginasi boleh 'match' (padankan) orang yang datang mengundi dengan benda ini (kertas undi)," katanya.
 
Beliau turut menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan supaya tidak mengajar "ajaran sesat" kepada pengundi dengan memberi maklumat salah berhubung pengundian bertujuan menimbulkan kesulitan dan kekecohan. - BERNAMA


 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Pendedahan Razali Abd Rahman..




Bagi yang belum pernah mendengar ceramah Razali ni, klik je video tu. Jokiden tiada komen kecuali rasa bengkak sangat bila PAS tidak menyedari permainan halus DAP ini. Penceramah PAS sanggup mempertahankan DAP dalam setiap ceramah mereka dan mengatakan UMNO saja-saja nak takutkan Orang Melayu.
 
 
 
 
 
 
Sebelum video ni kena blok, cepat2 tengok di youtube. Tajuk video AGENDA DAP TAWAN PUTRAJAYA (1/2) (2/2)

 


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.

Thursday, March 21, 2013

Inilah Kerja Amerika Dan Yahudi..

 
 
 
      

Cara Amerika memainkan jarumnya dalam memperak-perandakan negeri orang sebenarnya tidak susah untuk difahami. Regime Change.
 
Mulanya Amerika akan menggunakan cara diplomasi dengan sesebuah negara tersebut. Sekiranya masih tidak mengikut telunjuk mereka, maka mereka akan mula mengapi-apikan sentimen anti kerajaan. Amerika akan berpihak kepada pembangkang di sesebuah negara tersebut.
 
Pembangkang akan dihasut secara halus supaya bangun menentang kerajaan yang tidak sehaluan dengan dasar Amerika. Pelbagai bantuan diberikan. Apabila penentangan rakyat semakin kuat maka Amerika akan mengenal pasti sesiapa yang disukainya.
 
Tokoh tersebut akan digilap, selalunya tokoh tersebut berada di luar negeri sebagai pelarian politik atau dibuang negeri.
 
Dengan penentangan rakyat semakin kuat, sesebuah negara itu akan menjadi lemah. Sementara puak penentang menjadi semkain kuat kerana menerima bantuan bukan sahaja daripada Amerika tetapi juga daripada sekutu Amerika.
 
Bantuan bukan sahaja berbentuk logistik, tetapi juga meliputi bantuan kewangan dan ketenteraan. Logiknya tanpa bantuan Amerika tidak ada pemberontak dalam sesebuah negara itu yang mampu menandingi kekuatan pasukan keselamatan apa lgi untuk menumpaskannya.
 
Dunia faham, apabila pemimpin pemberontak sudah dijemput balik kenegerinya atau ditabalkan di luar negara bermakna sesebuah negara itu, tidak beberapa lama lagi akan jatuh ke tangan pemberontak. Presiden, Raja atau Perdana Menteri bersedialah untuk berundur atau ditangkap dan disula. 
 
Kita bimbang, apa yang berlaku di Lahad Datu juga bakal mengundang campur tangan Amerika dan lanun-lanun tersebut akhirnya menerima bantuan daripada Amerika dan sekutunya. Bantuan akan bermula dengan bantuan kemanusiaan, seperti bantuan makanan dan pakaian, kemudian bantuan kewangan seterusnya bantuan peralatan ketenteraan.
 

Ghassan Hitto dilantik PM wilayah pemberontak

Ghassan Hitto (kanan) menerima ucapan tahniah dari pemimpin Perikatan Nasional Syria, Moaz al-Khatib selepas dipilih sebagai Perdana Menteri wilayah yang dikuasai pemberontak Syria di Istanbul, Turki, kelmarin. - AFP
 
ISTANBUL 19 Mac - Kumpulan pemberontak utama di Syria, Perikatan Kebangsaan Syria, melantik eksekutif komunikasi dan aktivis Islam, Ghassan Hitto, sebagai Perdana Menteri bagi wilayah yang dikuasai pemberontak di negara itu.
 
Seorang anggota perikatan itu, Hisham Marwa memberitahu wartawan di Istanbul, Turki, lewat semalam, Hitto, yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) selama beberapa dekad, menerima 35 undi daripada 49 undi keseluruhan.
 
Keputusan itu dibuat dalam rundingan tertutup lebih 14 jam dalam kalangan 70 anggota kanan perikatan dengan sesetengahnya menyifatkan Hitto sebagai calon yang disokong oleh kedua-dua pihak dalam pembangkang iaitu daripada pergerakan Islam dan liberal.
 
Namun, beberapa anggota perikatan bertindak keluar daripada mesyuarat sebelum undian dijalankan, sekali gus menunjukkan berlaku perpecahan dalam kalangan mereka.
 
Ketika undian itu diadakan, anggota perikatan yang tinggal membuang kertas undi di peti lutsinar yang diletakkan di hadapan dewan persidangan.
 
"Ini adalah satu proses pengundian yang demokrasi dan bersih," kata ketua perikatan itu, Ahmed Moaz al-Khatib.
 
Menurut anggota-anggota perikatan, tugas pertama Perdana Menteri ialah membentuk kerajaan sementara dan Hitto merancang untuk membuka pejabat di wilayah yang dikuasai pemberontak di Syria.
 
Hitto mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam syarikat telekomunikasi dan teknologi tinggi, termasuk 16 tahun terlibat dalam pengurusan eksekutif.
 
Beliau meletak jawatan pada November lalu untuk menyertai revolusi Syria dan menjadi ketua bantuan kemanusiaan yang beribu pejabat di Turki, menurut jurucakap Perikatan Kebangsaan Syria, Khaled al-Saleh.
 
Pemberontak Syria kini dilaporkan menguasai sebahagian besar kawasan di utara dan timur Aleppo serta bahagian bawah tengah negara itu iaitu antara Idlib dan Hama.
 
Dalam perkembangan terbaru di Syria hari ini, tentera kerajaan didakwa mengebom kawasan sempadan antara Syria dan Lebanon. - AFP

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

U Tak Terima Rasuah I Saman you..


 
Akhirnya Papagomo kena saman juga dengan Nuar Brahim. Tujuan saman ini selain daripada menuntut bayaran berjuta ringgit tentulah juga untuk menutup atau menghalang pihak-pihak berkenaan daripada terus memainkan isu ini. Taktik Nuar ini memang telah lama dimaklumi.
 
Dia paling tidak 'mempercayai' mahkamah, namun dia juga yang paling banyak menggunakan mahkamah untuk menutup mulut pengkritiknya.
 
Awang Selamat pernah menulis dalam ruangan bisik-bisik suatu masa dulu, bahawa cubaan untuk merasuah orang-orang tertentu supaya membuat pengakuan yang memihak kepada Nuar bukanlah perkara baru.
 
Di dalam kes yang melibatkan beliau sememangnya pihak Nuar cuba memancing sesiapa sahaja supaya berpihak kepadanya. Awang Selamat menyebut ada cubaan untuk memancing pihak peguam, pihak pendakwaraya dan pihak polis.
 
Terkini menerusi sidang akhbar Tan Sri Rahim Thamby Chik dikatakan Datuk Eskay juga sedaya upaya cuba di rasuah supaya membuat pusingan U. Tentang bayaran jangan dipersoalkan, sebut sahaja banyak mana. Ngeri kita mendengarnya. Rujuk kepada artikel Agenda Daily yang dipautkan di bawah. 
 
Nyatalah PRU13 sudah hampir sangat, sebab itu Nuar akan menggunakan segala kaedah supaya segala perilaku beliau tidak diperbincangkan di khalayak umum.
 
Mari kita lihat siapa yang kena selepas ini?
 
Apakah Ezam akan di saman, apakah Roslan Kassim akan disaman, apakah Ummi Hafilda juga akan disaman sekiranya tidak berhenti berceramah.
 
U mahu duit atau you mahu kena saman???
 

Video seks: Anwar fail saman terhadap Papa Gomo

KUALA LUMPUR 21 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman malu terhadap pemilik laman blog Papa Gomo kerana didakwa menyiarkan perkataan-perkataan fitnah berhubung video seks yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu dengan seorang lelaki.
  
Anwar memfailkan saman itu terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris melalui Firma guaman, Tetuan Daim & Gamany di pejabat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.
 
Menurut peguam N. Surendran, plaintif akan menuntut ganti rugi RM100juta. - UTUSAN
 
AgendaDaily juga melaporkan bahawa Datuk Eskay telah cuba di pujuk rayu, supaya membuat U Turn dan membersihkan nama Nuar.
 
 
  
 
 

 
 
 
 
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Janji Ditepati..BR1M 3.. Tak Lama Lagi..



Mana ada!!!

Penyampaian BR1M telah hampir ke penghujungnya. Hampir 4 juta rakyat telah menerima habuan daripada kerajaan BN dengan jumlah keseluruhan hampir mencecah RM2 billion. Yang menerima secara terus sebanyak RM500.00 satu hal, yang menerima tempiasnya secara tidak langsung juga ramai.

Dalam ceramah pembangkang ada penceramah yang mengatakan "ala ciput yo' RM500.00, bukan bulih buek ghumah batu.." Gila ke apa dia orang ni, RM500.00 memanglah tak boleh buat rumah batu tapi dengan jumlah sebanyak itu telah boleh pergi duduk hotel tu kat Batu Feringgi. Boleh beli air batu, boleh pergi dangdut, boleh derma kat parti demi jihad. Boleh beli minyak kereta atau motor untuk pergi dengar ceramah.

Bagi yang kaki rokok, RM500.00 boleh beli rokok Kent sebanyak 50 bungkus tu, jika menghisap sekotak sehari, hampir dua bulan tu dapat rokok free. Pendek kata dengan jumlah RM500.00 tu banyak perkara dan banyak urusan boleh selesai.

Kita sebenarnya tahu untuk menilai dan pemberian sebanyak RM500.00 itu sebenarnya adalah amat bererti kepada rakyat yang memerlukan. Bersyukurlah..Yang peliknya si pencacai dan penjilat pembangkang ini boleh pulak memuji melangit akan kebaikan budi pekerti LGE Ketua Menteri Pulau Pinang dengan pemberian RM100.00 kepada Imam2 dan warga emas di sana. Baginya LGE sangat baik dan dia lupa bahawa "baik ada makna tu.." Dia ni tak tahu ke mengikut lapuran audit PP semua sektor atau Jabatan perbelanjaan melebihi 80% bagi tahun 2011, tetiba je bagi Jabatan Ketua Menteri perbelanjaan cuma 54%, kenapa sikit sangat, sebabnya banyak projek yang ditangguhkan. Projek apa? semua projek yang berkaitan dengan agama Islam. Lupa lagi ke pencacai ni, pada tahun pertama LGE jadi Ketua Menteri, sanggup pergi berarak dalam majlis Maulidulrasul, sekarang ada lagi ke perarakan sedemikian di PP?? Nak tahu banyak pasal PP ni baca blog Dr. MiM dan MPP

Sebenarnya pembangkang juga yang silap. Suatu ketika mereka sibuk dengan negara berkebajikan, dan jika dapat memerintah, semua nak di beri percuma, elaun warga emas setiap bulan dinaikan (BN bagi lama dah), elaun guru naik, air percuma, api percuma, beras percuma, tusyen anak percuma, tol percuma, cukai jalan percuma etc..etc.. Mak oi mudah sangat mereka kelentong. Bila ditanya mana nak cari duit untuk itu semua, wah!!! untung Petronas berbillion tu yang nak diagih-agihkannya. Senang cakap.

Entah bila pulak mereka nak spin mengatakan BR1M itu adalah hasil perjuangan mereka. Sekali fikir ada juga betulnya sebab apa sahaja yang mereka jeritkan semuanya DS Najib penuhi. Mereka jerit pasal ISA, PM hapuskan, mereka jerit pasal AUKU, PM hapuskan, mereka jerit pasal hak kebebasan berhimpun, PM benarkan, mereka jerit pasal cuti 16 September, PM luluskan, mereka jerit pasal SPRM, BN luluskan, mereka jerit pasal Suruhanjaya Diraja untuk Beng Hock, PM buatkan, mereka jerit pasal hudud, PM benarkan..mereka jerit pasal dakwat kekal PM ikutkan dan banyak lagilah. Yang terkini mereka jerit pasal NFC dan DS Shahrizat, pun PM benarkan.

Anihnya semua yang BN dan kerajaan ikut kehendak mereka tu, tidak pula memberikan kelebihan kepada mereka sebaliknya memberikan kelebihan kepada PM dan BN. Lalu sepatutnya mereka berhenti menyalak dan menuntut itu ini menjelang PRU13, kerana jika terus menyalak dan PM luluskan, takut-takut semua mereka yang bertanding kelak gigit jari, sebab rakyat beralih memberikan undi kepada BN. possible..possible..Jadi janganlah minta PTPTN dihapuskan, nanti jika PM luluskan bertambah parah Pakatan.

Ada pencacai Pakatan berkata, "dah 54 tahun merdeka, baghu sokali dapek bantuan kerajaan..bla..bla.." Eh buta huruf, buta sejarah dan buta hati betul dia tu atau kufur nikmat???. Segala nikmat yang dibawa oleh BN selama 54 tahun ni tak pulak disebutnya. Konsep Negara Berkebajikan ini telah diamalkan oleh kerajaan BN sejak dahulu lagi menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Cuma sekarang negara telah maju, cerdik pandai telah ramai, maka untuk mengunkit-ungkit jasa kerajaan dan BN sudah tidak sesuai lagi. Cer citer apa yang BN dan kerajaan tidak buat untuk rakyat selama ini...cer citer..semua dah ada.. Tapi nak duduk rumah saja tanpa berbuat apa-apa lepas tu minta kerajaan masukan dalam akaun setiap bulan RM5,000, RM6,000 memanglah tak logik. Duit kena cari sendiri ok..

PM dan TPM sendiri suruh sebut selalu-selalu jasa kerajaan dan BN ni, tapi inilah yang rakyat tak suka dengar. Sebut sikit boleh kot, pergi ke mana-mana asrama UiTM tengok jumlah pelajar yang ada di situ, cuba kira kos sewaktu mendaftar berapa??? bayaran untuk masuk sekolah tadika lebih tinggi dari kos mendaftar di UiTM. Kira juga kos makanan sehari setiap pelajar. Kemudahan lain tak yah ceritalah..berlambak.. PTPTN kena bayar balik???, yes betul..namapun pinjaman. Orang lain nak belajar juga. Tak balas jasa tak apa, tak kenang budi tak apa tapi jangan ajar anak-anak waris bangsa menggigit tangan orang yang pernah memberi kepada mereka.

Ratusan ribu cerdik pandai dan profesyenal Melayu yang kerajaan lahirkan selepas era DEB ini sebenarnya sesuatu yang harus disyukuri. Namun ratusan ribu ini masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jumlah profesyenal kaum lain..jangan buat-buat lupa tentang fakta tersebut.

Ratusan ribu pelajar balik dari luar negara, dari Amerika, Rusia, England, Indonesia, Mesir, Libya, Syria, India, Australia, Jepun dan Korea, berapa ramai yang bersyukur??? Biasalah ada yang bermulut celupar mengatakan itu tanggung-jawab kerajaan dan mereka berhak menerima segala bantuan..eh wah, tahu pulak mereka pasal hak. Mereka ditanamkan sifat supaya jangan berterima kasih kepada kerajaan oleh puak-puak pembangkang, dengan itu mereka tidak rasa bersalah apabila menentang kerajaan sekembalinya ke tanah air.

Sebenarnya jasa BN selama 54 tahun ini terlalu besar jika hendak dicatatkan, tidak cukup 881 muka surat sekiranya hendak disenaraikan. Maknanya celik mata waktu pagi, lihat di sekeliling, apa yang mereka lihat ialah jasa BN. Jika bukan BN yang buat siapa lagi???

Jadi walaupun BR1M jumlahnya kecil bagi setiap orang, namun jumlah keseluruhan adalah besar dan rakyat yang lain turut menerima tempiasnya apabila wang tersebut dibelanjakan. RM2 billion untuk terus merangsang ekonomi negara.

Juga tak perlulah pencacai pembangkang ni mengatakan BR1M sebagai rasuah politik, rasuah BN, rasuah kerajaan. Kalau dah yakin itu rasuah, jangan ambil, mudah dan tidak perlu bertegang leher mengenainya. Mengaibkan sekiranya mulut mengatakan rasuah, namun secara sembunyi BR1M diambil juga. Buktinya baca di Sel13, sini.

Jika puak-puak pembangkang ini ingin melupakan semua jasa BN, silakanlah..Tidak mahu bersyukur tak apalah, cuma kalau boleh yang satu ni marilah diinsafi dan disyukuri bersama iaitu Negara kita aman damai, aman makmur dan kita selamat. Pergilah ke mana saja yang kita suka dan pada jam berapa kita hendak mula, kita sebenarnya selamat. Lalu slogan pembangkang "Selamatkan Rakyat Malaysia" sudah tidak ada makna lagi.

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.

Wednesday, March 20, 2013

Baru Acah Budak Cerdik Dah Terkeluar Kencing..

Presiden 'Mursi' @ Ghafir sedang berucap 
  

Samada telah terlalu konfiden atau telah hilang keyakinan, Nuar Brahim @ budak cerdik dikatakan telah berura-ura untuk meninggalkan kubu kuatnya di Permatang Pauh dan mencari lokasi baru untuk ditandingi.
 
Nik Aziz mengatakan payah UMNO nak tolak budak cerdik ni. Dia hebat, boleh dapat majoriti berpuluh ribu jika bertanding di Permatang Pauh. Mungkin merasakan Parlimen Permatang Pauh sudah pasti berada di dalam dakapan, Nuar selaku Hero kena mencari satu kawasan lain untuk menambahkan koleksi kerusi Parlimen untuk pakatan.
 
Ini tidak menghairankan kerana beberapa orang tokoh pembangkang sememangnya sudah berura-uran untuk meninggalkan kawasan lama masing-masing kerana telah gagal membela rakyat dikawasan tersebut dan ingin menipu rakyat di kawasan baru.
 
Sallehuddin Ayub dikatakan akan ke Johor, Lim Kit Siang Ikan juga akan ke Johor. Saiffuddin dikatakan akan kembali ke Kulim. Banyak lagi pemimpin pakatan akan berhijrah untuk 'menawan' kawasan baru.
 
Nuar sendiri mengatakan dia mungkin berpindah ke kawasan baru di Perak ataupun di Selangor. Tentunya ke kawasan yang lebih selamat kerana ada juga berita mengatakan bahawa Permatang Pauh bukan lagi merupakan kerusi yang selamat untuk beliau.
 
Utusan Malaysia juga melapurkan bahawa sekarang ini UMNO Bahagian Permatang Pauh telah menumpukan gerak kerja yang tersusun dalam usaha untuk menawan kembali kerusi tersebut daripada pakatan.
 
Permatang Pauh kini sedang digempur habis-habisan dan jentera UMNO pelbagai peringkat dikatakan telah bersatu tenaga dalam mempastikan misi tersebut berjaya.
 
Agaknya itu yang membimbangkan Nuar kerana dia tidak akan sanggup menghadapi dunia sekiranya ditewaskan oleh BN di kubu kuatnya sendiri. Hai takkan UMNO baru nak acah gempur, Nuar dah terkeluar kencing.. Baca seterunya di bawah.
 
 
10072010580
 
 
Gempur Permatang Pauh mahu menangi semula tiga kerusi
 
 

 
 
SABTU lalu UMNO Permatang Pauh melancarkan Program 100,000 Gempur Permatang Pauh. Sebanyak 1,000 sukarelawan yang terdiri daripada anggota wanita dan pemuda UMNO akan mengedarkan 100,000 risalah mengenai Barisan Nasional (BN).
 
Ia juga sebagai isyarat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa, UMNO tidak akan memberi kemenangan mudah malahan bersedia untuk merampas kembali kerusi itu. Ketika ini di Permatang Pauh, perang bendera parti politik juga sudah bermula. Bilik gerakan PRU juga dibuka. Cuma aktivitinya belum rancak. Seterusnya..

Baca juga di sini.
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Gambar Yang Lim Kit Siang Tak Sanggup Tengok..

Majlis MCA bersama PM di Seremban minggu lepas.
 
 
Rekod kutipan untuk Tabung Perwira..
 
 
Semalam Jokiden sudah menulis tentang "Bye..bye.. Datuk Satim Diman.." Jokiden menjangkakan beliau tidak mampu mempertahankan kerusi yang beliau sandang sekarang. Namun hari ini MCA Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa MCA mampu menang di 4 kerusi Parlimen dan di 7 kerusi DUN dalam PRU13 di seluruh Selangaor.
 
Baguslah, dan kita mesti berfikiran positif. Realitinya sekarang ini, selain daripada Wilayah Persekutuan, Kedah dan Kelantan, Selangor paling banyak menyumbang kerusi Parlimen kepada pakatan. Mereka mempunyai 17 kerusi Parlimen sementara BN 5. Pecahannya PKR 8, DAP 4 dan PAS 4. Majoriti undi yang dimenangi oleh pakatan di Selangor dan Wilayah adalah besar iaitu antara 5,000 ke 23,000 undi.
 
Berdasarkan jumlah majoriti undi tersebut adalah merupakan satu tugas berat kepada MCA untuk memusingkan undi yang pernah mereka perolehi dalam PRU11 pada 2004 dahulu. Namun tidak mustahil MCA mampu melakukannya. Antara syarat-syaratnya ialah:
 
Jangan ada pergolakan tentang calon. Jangan ada yang sabotaj. Jangan ikut rentak DAP yang memainkan isu perkauman. MCA boleh kutuk Pas tetapi jangan sentuh tentang sensitiviti umat Islam. Mana-mana ahli Pas yang berhasrat hendak memberikan undi kepada calon MCA kelak, mereka akan berfikir dua kali sekiranya MCA menghina Islam.
 
Tugas melanyak Pas ini serahkan kepada UMNO. Sementara tugas MCA dan Gerakan ialah melanyak DAP. Jangan ambil lopak orang.
 
DAP berbeza, jika dalam ceramah di dalam komuniti Cina mereka melanyak UMNO, mereka untung. Jika mereka melanyak MCA mereka untung. Jika mereka melanyak Pas mereka untung. Jika mereka memuji Pas sekalipun mereka akan untung.
 
MCA tidak boleh mengikut rentak DAP, mampus nanti.  MCA mesti mempertahankan kerjasama erat dengan UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. MCA mesti mengingatkan masyarakat Cina bahawa selama kerjasama ini berlangsung,  mereka sentiasa untung.
 
Dasar ekonomi baru menguntungkan kaum cina. Toleransi dalam bidang pendidikan menguntungkan kaum Cina. Perlaksanaan Trasnformasi Ekonomi menguntungkan kaum Cina. Rangsangan ekonomi yang kerajaan buat melalui BR1M 1dan dua menguntungkan masyarakat peniaga Cina.
 
Jangan dimusnahkan segala yang baik ini. Yang ramai millionaire adalah kaum Cina. yang ramai profesyenal di dalam negara ini ialah kaum Cina. Yang ramai pemilik hartanah di negara ini ialah kaum Cina. Ini adalah kesan baik yang nyata hasil kerjasama antara UMNO, MCA dan MIC. 
 
Di saat-saat genting ini anggota BN saling memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya MCA tersilap langkah dan dalam usaha untuk menawan hati pengundi Cina mereka juga seperti DAP turut mengutuk UMNO, maka tunggulah padahnya nanti. Undi orang Cina yang mereka harapan belum tentu dapat dan undi orang Melayu dari UMNO pula akan lenyap. Berhati-hatilah dan fokuslah tentang kebaikan BN ini.
 
Masyarakat Cina sekiranya tidak dibakar secara melampau emosi mereka pastilah akan bertindak rasional dan akan kembali menyokong BN. Petanda jelas sudah ada. Di Penang sambutan terhadap BN amat menggalakkan. Di Johor masyarakat Cina menerima baik kehadiran PM dan TPM.
 
Begitu juga di Seremban tempoh hari, kaum Cina berduyun-duyun keluar menyambut PM dalam jamuan yang sangat meriah. Ini sesuatu yang amat positif.
 
Ada orang yang berpendapat, kehadiran mereka yang melebihi 35,000 orang itu, tidak melambangkan sokongan. Mereka datang hanya untuk makan semata-mata. Come on lah.. mereka boleh makan di mana-mana sahaja. Jika mereka tidak suka walaupun disediakan makanan bertaraf lima bintang, mereka tidak akan datang. 
 
Jika di dalam hati mereka tidak suka, diberi cabutan bertuah sebuah ferrari pun mereka belum tentu datang. Panggillah abah Psy atau Angelina Jollie sekalipun, jika mereka tidak suka mereka tidak akan datang. Kemudian mereka sanggup pula menyumbang kepada Tabung Perwira sebanyak RM1.2 juta sudah tentulah ini membuatkan pakatan menjadi domam tak kobah.
 
Kita berharap sasaran Datuk Donald Lim adalah betul.
 
 
Bersama PM RM1.2 juta untuk Tabung Perwira.
 
 
 

Jamuan bersama PM di Seremban.

MCA yakin menang 11 kerusi di Selangor

 
PELABUHAN KLANG 20 Mac - MCA Selangor yakin akan memenangi sekurang-kurangnya 11 kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
 
Pengerusi MCA negeri, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, daripada jumlah kerusi itu, sebanyak tujuh ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat lagi kerusi Parlimen.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan dua bilik gerakan Pilihan Raya Umum Ke-13 Barisan Nasional (BN) di Kampung Sungai Lima dan Kampung Baru Bagan Pulau Ketam di sini hari ini. - UTUSAN



Masyarakat Cina Kelantan sumbang RM100,000 kepada Tabung Wira PDRM

KOTA BHARU 20 Mac - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan daripada masyarakat keturunan Cina di Kelantan menghulurkan sumbangan RM100,000 kepada Tabung Wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk wira Ops Daulat di Sabah.

Antara yang memberikan sumbangan sekitar RM1,000 hingga RM5,000 ialah Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, Dewan Perniagaan Cina Kelantan dan Wanita MCA Kelantan. Utusan.

 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.