Saturday, March 31, 2012

LIM GUAN ENG MAHARAJA RASIS!!!! SOHEH KATA SOI LEK




DAP cenderung isu perkauman

KUANTAN 29 Mac – DAP didakwa semakin giat memainkan isu perkauman termasuk meminta masyarakat Cina bersatu memberi sokongan kepada mereka bagi membolehkan negeri lain turut mengikut ‘jejak langkah’ Pulau Pinang yang diterajui oleh parti itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, malah di hadapan masyarakat Cina, pemimpin DAP mendakwa segala masalah yang berlaku di negara ini berpunca daripada UMNO dan oleh itu orang Cina perlu bersatu menyokong mereka.

Menurutnya, DAP juga menuduh MCA sebagai penghalang kepada usaha mereka untuk menguasai negeri-negeri lain.

“Sekarang DAP memainkan isu-isu perkauman. Kebelakangan ini juga, ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di mana-mana sahaja, dia suka menyentuh kejayaan membentuk kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh pemimpin DAP.

“Dia memberi harapan palsu kepada masyarakat Cina kononnya dengan menyokong DAP, mungkin ketua dan pemimpin negeri-negeri lain akan datang juga daripada DAP dan berketurunan Cina.

“Ini satu pembohongan besar kerana DAP hanya boleh menjadi ‘maharaja’ di negeri Pulau Pinang sahaja. Ini adalah kebenaran,” katanya ketika berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Paya Besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Gambang, di sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi BN Parlimen Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar.

Sementara itu, Soi Lek sekali lagi menyifatkan hasrat DAP meletakkan beberapa calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang sebagai hiasan politik semata-mata.

“DAP tidak dapat lari daripada hakikat yang parti itu masih bergantung kepada sokongan masyarakat Cina walaupun ia cuba menampilkan wajah sebagai parti berbilang kaum,” jelasnya.

Dalam pada itu, Soi Lek berkata, subsidi untuk barangan keperluan asas yang disalurkan oleh kerajaan perlu diberi publisiti sebaik-baiknya bagi memastikan keprihatinan kerajaan BN itu mendapat respons positif daripada rakyat.

“Subsidi untuk minyak misalnya, ia tidak disedari oleh rakyat. Tetapi kita lihat kerajaan DAP Pulau Pinang akan mencanangkan ke seluruh dunia walaupun memberi bantuan RM100 untuk warga emas setahun sekali.

“BN selama ini hanya pandai membuat kerja dan sudah sampai masanya kita kena fikirkan publisiti positif kepada usaha kita itu. Subsidi minyak misalnya, setiap liter kerajaan tanggung subsidi kira-kira RM1.

“Maknanya kalau seorang belanja petrol 200 liter sebulan, kerajaan telah beri kepada dia RM200 sebulan. Tetapi siapa yang sedar dengan pemberian itu,” katanya

Komen Jokiden:

Macam mana kita faham Nuar putar belit, kaki kelentong, Nik Aziz guna agama untuk politik, begitulah kita faham bahawa LGE bapak segala rasis. Percayalah DAP tidak akan hidup hanya semata-mata rekod lampau. DAP masih bernafas adalah disebabkan pendekatan rasisnya sewaktu mendampingi kaum Cina.

Yang jelas dan yang kita ketahui hanya sedikit sahaja sedangkan yang tersembunyi melalui akhbar bahasa cina, kain rentang, blog, facebook, sms adalah lebih dasyat daripada yang dapat kita bayangkan. Di atas adalah kenyataan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek yang mengesahkan bahawa LGE adalah maharaja rasis.

Mereka kelihatan tidak rasis kerana lakonan mantap mereka dikala berada dalam komuniti Melayu. Mereka kelihatan tidak rasis kerana terdapat segelintir orang Melayu yang sanggup jadi boneka mereka. Mereka kelihatan tidak rasis kerana berjaya menggambarkan bahawa UMNO dan Perkasa yang rasis. Hakikatnya dalam kempen-kempen mereka, pendekatan rasis tersebutlah yang membuatkan mereka diberi undi seperti yang berlaku di Sarawak.

UMNO/BN telah berkongsi kuasa dengan MCA begitu lama dan telah terbukti ramuan tersebut adalah berjaya dan semua bangsa di sini merasai nikmatnya. Semua maklum, ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina dan India. Adalah seorang dua orang Melayu yang kaya (itupun dituduh kroni oleh Nuar) siang malam diungkit oleh Nuar, tak cukup dalam ceramah politik, dibawa pula ke dalam Parliamen. Begitu marah dia jika ada orang Melayu yang dibantu oleh UMNO supaya menjadi kaya.

Bagi Nuar, jika boleh biarlah Melayu terus merempat di bumi sendiri. Semua usaha baik yang UMNO/BN cuba lakukan untuk orang Melayu, Nuar sehabis daya akan menggagalkannya, menerusi kritikan yang tidak berasas dan bernada sinis. Jahat kau Nuar. Tengoklah di Parliamen baru-baru ni betapa Nuar cuba untuk menjatuhkan martabat Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Apakah ada agenda tersembunyi??? Apakah Nuar di minta oleh Robert Kaut untuk menghentam Bernas dan Tradewin??.

Jika Nuar dan LGE terlupa jumlah kekayaan yang orang Melayu miliki dikalangan 20 orang yang terkaya di Malaysia hanyalah 1.9% je. Tak sampai 2% Nuar oii, apa yang kau bising sangat dengan 'towkey2' Melayu ni. Syed Mokhtar buat masjid berpuluh-puluh buah, Nuar ada ke buat masjid?? Kenapa sakit hati sangat???

UMNO bantu salah, UMNO tak bantu salah, habis apa yang betulnya??? DAP nipun satu, agak-agaklah sikit nak mainkan isu perkauman tersebut. Pengorbanan orang Melayu terlalu besar dalam menjamin kelangsungan keharmonian kaum di negara ini.
   
Ni Khalid gagap ni telah beberapa kali nak menghapuskan DEB, nak sama rata, nak adil. Konsep keadilan yang macam mana yang dia hendak.??? Tolong sikit Khalid, DEB tu adalah matalamatnya untuk mengwujudkan perpaduan kaum, supaya tidak ada kaum yang terlalu kaya dan tidak ada kaum yang terlalu miskin. Perlaksanaannya melalui serampang dua mata iaitu menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Kan masa kecik-kecik dulu dah belajar.

Selepas tamat tempohnya, DEB taklah gagal sangat walaupun tak tercapai sepenuhnya. Kaum Cina meningkat ke angka 45%, India 28% dan Melayu 18%, oklah tu. Siapa kata DEB tidak menguntungkan orang Cina. Kekayaan mereka bertambah, Vecient Tan sendiri mengakui bahawa dia berjaya berniaga kerana adanya DEB. Cuma ekuiti Melayu tidak mencapai sasarannya 30%. Tetapi peningkatan dari 7% ke 18% kira oklah. Memanglah kaum Cina bila beri betis nak peha, beri peha nak dada, itu biasalah, yang orang Melayu terbawa-bawa dengan agenda halus DAP pasal apa.

50 tahun Kemas memberi bantuan kepada warga susah, berbillion-billion yang disumbangkan, eh tup-tup LGE bagi RM100, dah elok sangatlah budi pekerti LGE ni. Sekolah mana yang ajar kita berfikiran demikian. Cer citer. Samalah kisah dengan mana-mana isteri yang 20 tahun dibelikan oleh suaminya epal dan pisang, tiba-tiba datang jantan lain bawa buah anggur, lalu dia lupa segala jasa baik suaminya selama 20 tahun dek buah anggur setengah kilo. Siang malam dia puji jantan tu, tup tup kena tangkap khalwat..

Dalam berpolitik, dalam usaha hendak meraih sokongan, jangan kita jadi seperti kacang lupakan kulit. Jangan dengar guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan, sok kok kono minum air longkang. Jangan panas setahun lenyap oleh hujan sehari. Jasa UMNO/BN ni besar kepada semua. jangan saja-saja nak nafikan. Ada orang yang sekarang ini berusia 50 tahun, dari zaman dia bersekolah dulu menerima bantuan kerajaan hinggalah hari ini samada anak dia atau cucu dia masih terus menerima bantuan kerajaan. Nak nafi ke??? tengok diri sendiri dulu Itu baru satu bidang iaitu pendidikan. Bagaimana dalam pelbagai bidang yang lain??

Wah ada yang berfikiran terlalu kehadapan, maka dia kata, ah itu semua dah tanggung-jawab kerajaan, mak oii ai..Ada juga yang terlalu cerdik bertanya, tu bangunan dan jalan raya yang kat Jamaica tu UMNO/BN ke yang buat??. Kan malas kita nak layan orang yang kufur nikmat seperti itu.

Negara ini diurus dengan baik walaupun tidak sempurna. Kalau tak diurus dengan baik hah, itulah jadinya bertahun-tahun menanti air bersih, tak berdosa ke tu membiarkan rakyat menghirup air yang tak bersih, sedangkan urusan mentadbir negara terletak di bahu mereka. Ini kena tanya ulama' ulama' ni. Kang kita salah sebut kang, dia kata kita ni jahil ugama, yang cerdik ugama puak depa je.. Orang UMNO ni semua tak alim..ilmu cetek..Ish..ish..

Puak pembangkang ni dalam ceramah mereka cer citer tentang subsidi yang kerajaan tanggung ni, ceritalah berapa subsidi gula, berapa subsidi tepung, subsidi minyak, subsidi beras, susu, minyak disel, komputer, api, air, gas memasak, tol lebuh raya dan pelbagai lagi. Chua Soi Lek cuma sebut minyak je lebih kurang RM200 ke RM300 sebulan rakyat menerima subsidi. Memanglah tak nampak oleh rakyat. Sebenarnya subsidi yang rakyat dapat ni jumlahnya beribu-ribu sebulan.

Sibuklah pembangkang nak menaikan suhu kemarahan rakyat, maka dia katalah duit rakyat pembayar cukai??? Oii banyak mana rakyat bayar cukai ni, siapa yang bayar cukai, yang melalak siang malam tu pernah ke bayar cukai??? cer citer sikit. Siapa pembayar cukai terbesar di negara ni.. Yang bercakap tu bila kali terakhir dia isi borang cukai pendapatan...??? Kadang-kadang ponek kito donga, duit rakyat..duit rakyat.. itulah modal dia. Memanglah bila rakyat merasakan hak mereka disalah gunakan, melentinglah rakyat marah...bila rakyat marah, merekalah dapat faedah..itu saja.

Wah kadang-kadang dia bakar lagi perasaan rakyat dengan mengatakan rakyat sudah cerdik, rakyat tahu menilai, rakyat sudah bermaklumat, bla..bla.. betul dan benar, rakyat juga tahu pembangkang menipu, rakyat tahu pembangkang putar belit, rakyat nampak juga pembangkang mengamalkan kroni, rasuah, tender tertutup, pembangkang pilih kasih dan rakyat juga tahu bahawa pembangkang juga banyak kudis dan kurap, serta banyak membazir...

Dalam pada tu, mereka cuba tambahkan minyak ke api lagi, kroni sana, kroni sini, rasuah sana, rasuah sini.... Oii yang banyak rasuah ni bukan orang politik aaa.. mengikut data SPRM rasuah yang terbesar ialah dikalangan kakitangan yang memegang kuasa di bidang penguatkuasaan. Itupun jumlahnya sudah tinggal sedikit sangat dah.. Dulu-dulu ye, sekarang ini orang dah sedar dah, tak mahu lagi rasuah-rasuah ni.. orang dah tau dah perasuah dan penerima rasuah adalah ahli neraka. Orang dah takut dah..Ni tak habis-habis dengan isu rasuah setiap kali buka mulut. Rakyat ponek dah.. Tunggulah PRU13, rakyat hakim negara...siapa pilihan rakyat kelak.

Jangan nanti bila rakyat menolak pembangkang, hah siang malam pulak mereka mengatakan SPR kena beli, pengundi hantu, mengundi berpuluh kali, pendatang diupah supaya mengundi BN, SPR tak telus, SPR memihak, TV tak adil, akhbar arus perdana tak adil, bla..bla..bla..ponek laie kito. Habis tu yang Kelantan menang 22 tahun tu, semua pengundi hantu mengundi mereka, atau di Kelantan tu SPR super telus?? Yang di Wilayah tu, ada kerusi yang BN tak pernah menang sepanjang hayat??? apa hal tu??? tak ada hantu atau terlebih hantu di situ??? Stop.

Friday, March 30, 2012

SIAPA YANG NUAR TIPU NI???? ADA BUKTI KUKUH KAH!!!

"Saya ada bukti kukuuuhhhh!!!"


Pernah dulu Jokiden tertengok satu video, mungkin bekas setiausaha dia atau bekas Ketua AMK yang dalam video tu. Kisahnya tentang Nuar penipu. Bila masanya Nuar menipu. Dia kata, masa Nuar bagi salam, ketika itu dia tak tipu. Masa dia mengurut-ngurut kolar bajunya, dia belum menipu. Masa Nuar usap-usap rambutnya, pun dia belum menipu. Masa dia senyum-senyum dan jeling-jeling penuntun dia juga masih belum menipu. Habis masa bila Nuar mula menipu??? Dia mula menipu bila saja dia buka mulut untuk berucap..semua yang keluar adalah auta belaka... Begitulah kisahnya yang Jokiden ingat-ingat lupa.

Baiklah sebelum pergi jauh, jangan ingat orang kampung atau orang pendalaman di mana dia berucap sahaja yang Nuar cuba tipu dan putar belit. Sebenarnya dia cuba tipu semua orang. Dua hari lepas di Dewan Rakyat dia bergaduh dengan Datuk Abd Rahman Dahlan (BN- Kota Belud) Isunya pastilah isu 'terlajak kata buruk padahnya' iaitu isu nak menjaga keselamatan negara Israel.

Isu tersebut telah menghantuinya hingga saat ini. Datuk Rahman kata kalau tak betul, saman je WSJ, tu. Dia diam. Kalau takut nak saman, minta je WSJ tu tukar cerita atau tarik balik kenyataan tersebut, apa susahnya. Dia terus diam... Sebaliknya sibuk dia nak mengambil tindakan kepada Datuk Rahman dan sesiapa sahaja yang meneruskan 'fitnah' tersebut.

Apa yang dia tipu dan putar belit? Dia kata ayat dalam WSJ tu bersyarat, mesti baca habis, jangan baca sekerat-sekerat. Kan nampak sangat nak memutar belit tu. Baca macam manapun maksud Nuar adalah jelas. Rujuk kembali posting Jokiden bertajuk "Obama Hisap Rokok Kretek" 

Sanggup dia nak merendah-rendahkan taraf pemikiran Ahli-ahli YB di dewan tersebut. Mr Mahpoozzz bean launch pun faham maksud ayat di WSJ tu. Namun terdapat beberapa Ahli YB yang termakan dengan hujah Nuar dan bersetuju supaya ayat itu dibaca sepenuhnya. Antara yang bangun membela dia ialah Saipuddin N dan Khalid Samad. Hahahaha... Pada Jokiden, banyak-banyak perkara yang Nuar tidak tipu ialah tentang dia nak 'jaga keselamatan Israel' tu. Soheh memang dia akan buat.

Siapa lagi yang dia cuba tipu? 16 September dia tipu semua pemimpin pembangkang. Ada yang kekal percaya dan kekal bersama dia hingga kini. Ramai yang cabut lari. Paling rasa tertipu ialah Kapal Tenggelam, dia mungkin dah berangan-angan nak jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga mahkamah dan FELDA, tetiba tak jadi..maka melenting sakan dia dan masa tu jugak dia cakap "Nuar Ibrahim harus bertaubat". Mak datuk berdesing telinga Nik Aziz mendengarnya. Muka-muka di bawah ni semua antara yang kena tipu hidup-hidup dan mati-mati mereka percaya.

"I got the numbers..." Tengah tengok video tu agaknya.
Ini antara wajah-wajah yang mengetahui banyak rahsia Nuar, sebab itu mereka cabut sebab mereka juga akhirnya tak sanggup bersekongkol. Cuba tengok video hebat di sini mau mendidih darah mendengarnya.


Dia pergi ke Indon, dia tipu pulak orang Indon. Katanya Malaysia curi dan tiru batik Indon. namun batik Malaysia katanya tidak ada kualiti, tapi dia pakai jugaklah. Tertonggeng-tonggeng orang Indon tu percaya dengan kelentong dia.

Dia pergi ke Dubai, dia tipu pemimpin Hamas, beria-ia dia mengatakan dia sokong Palestine. Akhbar arus perdana di Malaysia telah putar dan belit tentang wawancaranya di WSJ. Pemimpin Hamas gelakan dia setengah mati.

Dia pergi ke Kedutaan Turki, dia kata nyawanya terancam.. kah!!! kah!!! kah!!!!, Diplomat Turki ketawakan dia dalam hati, namun benarkan jugalah dia masuk kat situ sebab mukanya pucat lesi bila Saiful buat report polis.

Dia tweet orang katakan menyampah sangat dengan Salman Rushdie, tak mahu tengok muka, tapi sebelum tu banyak kali dia puji Salman ni dan dia pergi jugak join India Today tu, katanya nak jumpa Kareena Kapoor.

Dia pergi ke kampung Buah Pala, dia kata bagi peluang Pembangkang memerintah, dua minggu masalah Kg Buah Pala selesai. kalau tak selesai jangan panggil dia 'Nuar Brahim' panggillah dengan nama lain. Memang kg Buah Pala selesai ditala oleh jentolak selepas itu.

Dia jumpa Tan Sri Rahim Thamby Chik, dia kata Tun M suruh letak jawatan, pada hal mana pernah Tun M kata macam tu.

Dia jumpa orang-orang tertentu dia kata you besok akan jadi MB, jadi menteri.. ramai yang memasang angan-angan dan terhegeh-hegeh ikut dia.

Dia kata pada press dia tak akan lawan Hj Shuhaimi Kamaruddin dalam jawatan Ketua Pemuda, akhirnya terkincit-kincit  Hj Shuhaimi kalah dengan 10 undi.

Dia kata juga pada press, dia tak akan lawan Tun Ghaffar, akhirnya Tun Ghaffar keluar pejabat dengan beg plastik. Bila press di Thailand tanya balik dia kata "itu sebab you jangan percaya apa yang orang politik cakapkan..."

Dia kata ada 6 kotak bukti penyelewengan Dr Mahathir, akhirnya sebuah kotak pun tak ada yang dia buka. Mengamuk rakyat seluruh Malaysia percayakan cakap dia dan tercemar sungguh nama Tun M hingga ke hari ini.

Dia kata Dr Mahathir macam bapa dia, macam guru dia, macam kawan dia beberapa hari sebelum kena pecat, tetapi setelah kena pecat Dr Mahathirlah insan paling zalim dalam dunia ini.

Dia suruh Zahid timbulkan kisah kroni dalam Perhimpunan Agung UMNO dan dia lepas tangan bila Tun M keluarkan senarai kroni sebenar. Selepas kena buang dari UMNO dia mengaku yang dia suruh Zahid Hamidi timbulkan cerita itu.

Dia kata dia tak pernah kenal Datuk Eskay, tapi dia pernah minta Datuk Eskay tolong seludupkan RPK keluar negara. RPK juga sahkan perkara tersebut. Gambar dia memeluk Eskay juga keluar dalam internet.

Dia panggil PM DSN pandikutty dalam salah satu ceramahnya, tapi dia kata itu putar belit media penyokong UMNO/BN.

Dia arak Saiful ke serata dunia untuk membancuh kopinya tapi dia kata DSN yang letakan Saiful kat dia. Konspirasi UMNO/BN lah lagi.

Dia lari mencicit dengan baju kuning semasa Bersih 2, dia kata kena sembur air beracun, tetapi setitik air pun polis tak pancutkan, siap terus pakai bengkung leher.

Dia kata polis mengkasari Hj Hadi, tangkap dan sumbat dalam van polis, tup-tup Hj Hadi kata polis melayan dia dengan baik, siap hantar sampai rumah sekali.

Dia kata dalam Parliamen untung BERNAS satu tan RM800, petani tetap miskin, Syed Mokhtar dibelai macam anak emas. Bila AP Padang Besar cuba nak betulkan maklumat tentang keuntungan beras import dan beras tempatan cepat-cepat dia beralih ke tajuk lain.

Dia tipu Ahli Parliamen tentang bajet Jabatan Perdana Menteri berjumlah billion-billion, bila KJ sanggah dia, cepat-cepat dia melenting.

Dia kata jam omega ada dalam simpanan Kak Jijah, tapi sobona ea jam tu ado kek Eskay, Johari Abdul pun nengok dan dah soghahkan kek polis.

Dia kata dalam ceramah, sipulan-sipulan call dia, tokoh tu, tokoh ni call dia, pada hal mana pernah orang tu semua call dia.

Dia kata nak membela golongan miskin, dah lama dah dengar dia cakap macam tu, tak ada siapapun yang dia bela sejak dapat Selangor ni.

Dia kata nak memerangi rasuah sejak 32 tahun dahulu, tak ada pulak kes rasuah yang dia bawa ke mahkamah, kes dia rasuah adalah. Kini rasuah berlarutan pula ke negeri yang dia perintah. Apa, kat Selangor tak ada rasuah??? biar betul, rakyat sedang melihat tu. Itu semua putar belit media arus perdana???? hahaha mudah betul dia nak lepas tangan. hakikatnya dia suka dengan rasuah.

Dia kata nak hapuskan kroni??? biar betul Nuar, siapa yang banyak kroni kat Malaysia ni? Bercakap tu tengoklah keliling sikit.

Dia kata nak membela orang-orang susah dalam PRU13 ni dan nak melanyak orang-orang kaya yang jadi kroni ni. Sekali lagi hahahah... itu kes RM445 juta kasi tengok dulu.

Dia kata dalam parliamen dua hari lepas, pasal apa nak sokong sangat orang-orang kaya ni??, eh selama ni kan ke dia suka sangat berkawan dengan orang kaya-kaya, luar dan dalam negeri.

Dia kata skrip lama mesti di ulang semula, filem lama diulang tayang, maknanya kempen pilihanraya kali ini akan menyebut segala kisah silam lah. Segala yang buruk-buruk tu UMNO/BN punyalah. segala yang molek-molek tu dia punya.. hahaha... adalah seorang dua yang akan terpercaya dengan auta dia tu, majoriti tak ada dah.

Tambahan rakyat dah nampak dah traanformasi yang di bawa oleh PM. Kes-kes besar zaman DSN ni dah tak banyak dah, kes dulu-dulu masih ada yang belum selesai. Rakyat termasuk kaum cina sebenarnya menaruh harapan tinggi kepada DSN untuk membawa negara ke tahap yang lebih maju.

Ini nasib baik ekonomi dunia tidak menentu terutamanya ekonomi Amerika dan negara juga merasai tempiasnya. Kalaulah  ekonomi dunia berada ditahap stabil, pastilah ekonomi Malaysia di bawah Datuk Seri Mohd Najib akan lebih menyerlah.

Dalam keadaan sekarang pun Malaysia berada dikedudukan nombor 9, negara yang suka dilawati oleh pelancong. Eh senang-senang je pelancong nak datang sini, berapa juta UMNO/BN bayar ni untuk mendapat ranking yang begitu tinggi. Di Asia Tenggara pulak Malaysia berada di nombor 1, negara paling selamat untuk dikunjungi... Pitam Nuar untuk menerima hakikat ni. Ingat senang-senang rakyat nak memberikan mandat memerintah ni kepada orang lain dan parti lain, selain daripada BN???

Dalam PRU12 dulu semua orang tahu, bukannya rakyat menyokong pembangkang pun, mereka menang sebab rakyat masa tu banyak yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan ketika itu atas pelbagai isu... Dulu tu kes lepas geramlah... kini rakyat dah sayang BN semula... hahaha.. mampus pembangkang. Masih nak bermimpi ke?? jangan mimpi di siang hari sudahlah.
  
Akhirnya Jokiden nak sebut di sini, di mana-manapun Nuar ni bila bercakap, tak kira dalam tv ke, dalam negeri ke, luar negeri ke, dalam Parliamen ke, asyik menjerit, melenting, maki hamun orang, buat fitnah dan pelbagai tuduhan lagi..memanglah Nuar tak sesuai menjadi pemimpin. SOHEH.

Tanya Kapal, tanya Hj Hadi, tanya Hassan Ali, tanya Nik Aziz, tanya LKS, tanya LGE, tanya LKY, tanya Mat Sabu, malah tanyalah sesiapapun sesuai ke Nuar jadi PM??? apa agaknya jawapan mereka. Apapun matlamat menghalalkan hubungan..

Lagi artikel yang berkaitan, baca di sini
   

AZIZAN SAHKAN PAHROOOOLRAZI TAK DICALONKAN LAGI. AMIK KAU!!!



"Kita kena tukar songkok nampak gayanya ni"

Cerita selanjutnya baca di sini Utara News

Tak calonkan saya??? hahaha!!! kah..!!!, kah!!!, kah!!! lawak Jijan ni, soheh nak kalah ni. Ada berani ka???
 
Di Kedah ni, jika pemimpin PAS berterusan bertelagah, bergesel antara satu sama lain, kemungkinan hanya satu iaitu BN kembali berkuasa dengan lebih cemerlang lagi. Namun ada juga syaratnya iaitu pemimpin BN pula janganlah mementingkan diri sendiri, jangan berebut nak jadi MB, jangan berebut nak jadi calon, jangan sabotaj parti. Sebaiknya bersatu hati, hadapi musuh yang sama dengan tekad mahu menang. Kerja kuatlah untuk tempoh yang hanya tinggal sedikit saja lagi ni. Dah menang sok ok, boleh gaduh semula..

Thursday, March 29, 2012

MANA MAU LARI!!! WARAN TANGKAP UNTUK ANWAR

Mahkamah diberitahu Anwar enggan terima serahan sapina

29/03/2012 10:04pm

 "Leceh betullah kena naik court ni..."

"Ish..ish..aku ke lagi yang kena pergi bela dia ni.."

KUALA LUMPUR 29 Mac – Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menerima sapina yang hendak diserahkan kepadanya di Bangunan Parlimen petang semalam.

Peguam, D.Paramalingam berkata, beliau akan cuba sekali lagi menyerahkan sapina itu kepada Anwar dan sekiranya gagal juga beliau akan memohon perintah mahkamah untuk memaksa Anwar hadir di mahkamah.

Anwar disapina supaya memberi keterangan sebagai saksi kepada defendan dalam perbicaraan bagi tindakan saman berhubung kemudahan pinjaman tersindiket bernilai RM445 juta pada tahun 1997, yang ketika itu beliau menjadi Menteri Kewangan.

Pengerusi Hong Leong Bank Berhad (HLFB), Tan Sri Quek Leng Chan juga disapina untuk menjadi saksi kepada defendan. Defendan dalam kes ini ialah seorang ahli perniagaan, Low Thiam Hoe.

Pesuruhjaya Mahkamah Tinggi, Hadhariah Syed Ismail menetapkan 6 April sebagai tarikh mendengar permohonan Leng Chan untuk mengenepikan sapina terhadapnya.

Pada tahun 1998, HLFB mengemukakan saman terhadap Low kerana kegagalannya membayar balik pinjaman bernilai RM28 juta yang diperolehinya daripada bank itu.

Pada 1999, Thiam Hoe mengemukakan saman balas terhadap HLFB, HLG Capital Markets Sdn. Bhd. dan Seow Lun Hoo, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Credit Berhad, dengan menuntut ganti rugi am di atas nasihat salah dan cuai yang diberikan kepadanya. - BERNAMA

Komen Jokiden: Esok cerita ni akan keluar dalam akhbar.

Nuar terkena kudis ni pada tahun 1997. banyak juga blog yang menulis mengenai perkara ini. Dua kali menolak sapina menunjukan tidak ada langsung rasa hormat dalam dirinya terhadap mahkamah.

Selepas ni kita tunggu jelah, akan terhamburlah dari mulut Nuar mengatakan konspirasi terbaru UMNO/BN untuk menutup kerjaya politiknya. Tambahan kes ini berlaku sama waktu dengan ketika dia nak dilucutkan dari jawatan TPM dan Tim Presiden UMNO. Waktu ni jugaklah Kapal Sinki becuk dalam Parliamen dan kat Hotel di Pudu tu menuduh Nuar seorang homosex. Memuncak semulalah nampaknya, kisah konspirasi Tun M hendak menamatkan cita-cita politiknya. Soheh!!.

Nampaknya blogger BN kena bertugas lebih masa juga selepas ni untuk memperbetulkan arus pemikiran masyarakat.

BN NAK TAWAN KELANTAN??? ALA SONANG EA

 

Apa yang bermain di benak pemikiran pemimpin-pemimpin BN selama 22 tahun PAS memerintah Kelantan? Bagaimana penilaian mereka terhadap pentadbiran PAS di Kelantan selama ini. Tidak adakah jawapan konkrit kenapa BN terus-terusan tumbang dalam setiap kali pilihanraya.

Sudah dikenalpastikah punca kekalahan. Jika sudah dikenal pasti sudahkah dirangka jalan penyelesaiannya. Cer citer. Kuat sangat kah PAS di Kelantan sehinggakan habis segala senjata dan peluru digunakan untuk menyerang, hasilnya bukan makin bertambah baik, sebaliknya bertambah malang nasib BN di sana. Cer citer.

Tak ada langsungkah pemimpin BN di Kelantan yang berwibawa untuk menandingi kehebatan pemimpin PAS di sana. Apa sebenarnya yang berlaku. Orang luar hanya pandai bercakap, orang sana lebih tau. Orang luar hanya tau memberi pendapat, orang sana kan lebih maklum.

Hebat sangatkah Nik Aizi, Husam Musa dan Nik Abduh hinggakan Tok Pa, Anuar Musa, Awang Adek dan Tengku Razaleigh Hamzah TKO dalam setiap pertandingan. Cer citer.. Kita orang luar kurang faham sikit dengan persekitaran di Kelantan ni. Tapi kita nak jugak tengok Kelantan kembali ke pangkuan BN terutamanya selepas PRU13 akan datang.

Apa ramuan terbaik untuk merampas semula Kelantan, setakat ni dah puas hatikah semuanya dengan strategi yang dirangka, atau strategi ala kadar sahaja. Apakah ada anggapan bahawa, biarlah Kelantan terus di bawah PAS, menteri ada juga dari Kelantan ni. Biarlah Kelantan terus di bawah PAS, peruntukan pembangunan mencurah-curah juga datang dari pusat. Semua nikmat kita dapat.

Pengundi Kelantan nipun satu, kalau DUN berikan undi pada PAS, apa salahnya Parliamen berikan undi pada BN...

Bersambung..

Wednesday, March 28, 2012

BLOGGER2 OTAI BN YANG BERPINDAH KEM

Dalam posting terdahulu, catatan telah terkeluar daripada tajuk dan seperti yang dijanjikan posting ini adalah  maksud sebenar penulis. Sebenarnya tajuk 'LAMAN WEB SPR KENA GODAM!!'  adalah antara kebimbangan Jokiden menjelangnya PRU13, dan juga pada masa hari mengundi kelak.


Semua bersetuju, dalam mana-mana pilihanraya parti-parti yang bertanding akan melakukan apa sahaja demi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Di negara ini terutamanya parti pembangkang akan berubuat apa sahaja hinggakan ada masanya sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara semata-mata nak mencari kemenangan.

1. Amat dibimbangkan ialah pencerobohan kepada sistem sesawang SPR. Seorang bekas penyokong tegar Pembangkang pernah mendedahkan bahawa pada PRU12 orang asing pernah digunakan untuk 'mengganggu' laman web SPR. Pihak SPR harus senantiasa memantau perkara ini kerana sekiranya ia dapat dicerobohi, implikasinya bukan kecil nanti. Berlaku sedikit sahaja ketidakstabilan dalam sistem akan dimanipulasi sebaik mungkin oleh pembangkang kelak dengan mengatakan bahawa SPR bersekongkol dengan BN dan ini pastinya memudaratkan.

Teringat juga penulis kepada video tvpas 12 minit  yang dimuat turun ke youtube tentang setengah juta pengundi hantu dan 18,000 orang berada di Pekan yang didedahkan oleh Nuar Brahim. SPR sudah respon ke belum saya tidak pasti. Kali pertama menontonnya hanya 30 orang pelawat, kini view telah mencecah puluhan ribu. Jika Nuar menimbulkan perkara remeh temeh pada anggapan SPR, ianya juga perlu dijelaskan walaupun dengan cara yang remeh juga. Jika tidak persepsi orang ramai ialah seperti tuduhan Nuar iaitu SPR menipu. Ini isu yang dekat dengan hati rakyat dan Nuar amat sukakannya. Biasalah dia menggunakan ayat puakanya iaitu "saya mempunyai bukti kukuuuuhhhhh!!!" So SPR tolong respon dan jangan musnahkan semua yang baik yang BN telah reformkan hanya dengan sedikit kecuaian.

2.  Turut membimbangkan Jokiden ialah dana asing digunakan untuk membeli undi terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Rasanya dengan jumlah 3 billion, cukup untuk mengubah keputusan pilihanraya umum di negara ini. Kalau dana asing digunakan setakat untuk jentera kempen PRU oleh pembangkang, masih boleh ditangani tetapi jika dana digunakan untuk merasuah pengundi, kesannya amat menakutkan. Pengundi akan berkata "alah aku seorang yang tak mengundi BN, no hal lah, ramai yang lain akan mengundi.." apa kata jika 2 juta pengundi beranggapan demikian di dalam hati mereka.? Perkara ini mesti di pantau, kerana ianya tidak mustahil berlaku dan Tan Sri Kadiaq telah menyebutnya samada secara tidak sengaja atau secara sengaja dengan motif tertentu.

3.   Agen asing menyibuk semasa PRU13 dan ditakuti peranan mereka bukan setakat pemerhati tetapi sebaliknya ingin mempastikan proxi mereka memenangi pilihanraya atau ingin membuat kekacauan. Mereka akan berselindung di sebalik ingin memantau, ingin mempelajari dan sebagainya. Nasihat mantan Perdana Menteri Tun M, harus direnungi oleh rakyat iaitu hanya pengundi dan rakyat yang dapat menamatkan riwayat politik Nuar ni. Rakyat mesti menolak Nuar jika mahukan negara terus stabil, katanya.

4.  Terlintas juga pada fikiran, keadaan akan menjadi kalut sekiranya pada saat akhir terdapat komponen BN yang melompat dan mengistiharkan keluar gabungan. Langkah menanganinya mesti difikirkan sekarang. Kisah Yong Teck Lee dan Pairin dulu harus dijadikan iktibar. Perkara ini boleh terjadi disebabkan oleh banyak faktor seperti kerenah pemimpin, pembahagian kerusi, tawaran lumayan, hilang keyakinan ataupun kerana marah. 

5.   Pendatang asing yang berjuta-juta jumlahnya di negara ini mungkin diupah untuk melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan imej kerajaan, imej polis dan imej SPR. Dana pembangkang kan besar, apabila melihat kepada suasana yang tidak mungkin menyebelahi mereka kelak, mungkin mereka akan membuat onar supaya keadaan menjadi tidak terkawal, PRU dibatalkan dan media asing melaporkan seluas-luasnya.

6.  Pengumuman orang-orang lama dan berpengaruh keluar parti dan menyertai pembangkang atas alasan-alasan yang tidak masuk akal. Mungkin ramai yang akan mengikut langkah Tan Sri Kadiaq, cuma menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Mereka bukan suka dengan pembangkang, cuma mereka tak sukakan BN lagi. Sedikit sebanyak kesannya pasti ada terutamanya kepada pengundi atas pagar.

7.  Bimbang juga beberapa orang blogger otai BN beralih angin dan menyertai kumpulan blogger pembangkang. Jika blog yang kecik-kecik tak apa, tetapi kalau blog yang menerima hit berjuta pengunjung meninggalkan group blogger BN ni, pasti meninggalkan kesan yang besar juga nanti. Ia akan jadi salah satu bahan kempen pembangkang yang akan dimanipulasi semaksimum mungkin. Misalnya ada blogger yang berpotensi jadi calon, tetiba nama tak naik.

8.  Keluar isu-isu besar yang tidak dijangkakan pada saat-saat akhir yang tidak mampu dijelaskan kembali oleh kerajaan. Ini pasti menjadi bahan atau modal kempen pembangkang. Isu-isu lama yang menguntungkan mereka walaupun ternyata fitnah dan tidak benar tentulah akan dikitar semula, diberi nafas baru, diberi sentuhan istimewa demi untuk memesongkan pemikiran rakyat. Isu-isu peribadi yang menggila juga pastinya digunakan secara meluas kali ini. BN mesti bersedia.

9.  Pembangkang akan menggunakan cara berkempen yang agresif. Ini sebenarnya sedang mereka susun. Kerana PAS memerintah negeri miskin Kedah dan Kelantan, maka dana akan ditanggung oleh DAP dan PKR. Buat apa sahaja. Lakukan apa sahaja, segala peruntukan beres. Namun biasalah mereka akan kata  mereka miskin, kurang dana, kurang jentera, BN terlalu kuat, 2/3 tak mungkin, dapat kekalkan 4 negeri jadilah, bla..bla..bla...itu nak tarik simpati.

10. Turut dibimbangi ialah rusuhan dirancang pada hari mengundi. Pembangkang akan merancang apa sahaja. Satu kisah sebagai contoh, pada ceramah pertama selepas penamaan calon pada pilihanraya kecil Lunas, seorang penceramah mengingatkan pendengar bahawa "pada hari mengundi kelak akan ada 10 buah bas membawa pengundi hantu dan kita mesti halang..."  Jokiden berada betul-betul di depan pentas dia bercakap. Bila akhirnya pada hari mengundi benar ada 10 buah bas yang membawa penyokong pembangkang dan di tohmahkan sebagai pengundi hantu BN, maka rakyat marah dan undi berpihak kepada si muka bulan tu. Maknanya mereka membuat perancangan untuk menimbulkan suasana sedemikian kerana itu boleh memberi keuntungan kepada mereka. Walaupun akhirnya disahkan bas itu membawa penyokong PKR, namun kerosakan telah berlaku.   

Tuesday, March 27, 2012

LAMAN WEB SPR KENA GODAM!!!!

Jokiden mempunyai banyak kebimbangan menjelangnya PRU13 berlangsung. Kebimbangan ini adalah berasas berdasarkan pengalaman lalu. Namun sebelum itu saya ingin memulakan posting ini dengan mengulas sedikit mengenai persepsi pengunjung-pungunjung blog.

 

Ada pengkomen dalam blog mengatakan dia tidak peduli dengan kisah sex Nuar, yang penting 'keadilan' yang diperjuangkan dan 'kemampuan' dia membela rakyat.

Jika diteliti penglibatan Nuar dalam politik sejak dahulu, kesimpulan yang boleh dibuat ialah dia sesungguhnya tidak layak untuk menjadi pemimpin negara. Telah banyak yang diperkatakan tentang ketidakupayaan Nuar menjadi pemimpin yang baik di negara ini. Masalah moral bukan sahaja melibatkan perlakuan sex, malah semua perlakuan hidup seharian adalah melibatkan soal moral.

Dari semua segi akhirnya rakyat dan negara akan musnah sekiranya seorang pemimpin yang akan menentuka hala tuju negara terdiri daripada orang seperti Nuar. Samalah seperti tanggapan Hj Hadi sex hanyalah 0.001% daripada kehidupan manusia di dunia ini. Benar soal sex hanya sebahagian daripada kisah moral Nuar. bagaimana dengan yang lain-lain.

Untuk menjadi pemimpin nombor satu segala-galanya mestilah hampir sempurna bagi setiap pemimpin itu. Asas Ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang mesti ada. Kemampuan memahami masalah, bijak membaca sebarang kemungkinan, bijak berpidato, sabar, toleransi, tidak gopoh, tidak tamak, tidak rasuah, tidak mengamalkan kroni, tidak mengongkong, tidak autokratik, tidak mementingkan diri, konsisten, bersedia menerima teguran, amanah, berani, tidak memungkiri janji, tidak berbohong, tidak menipu, tidak terlalu memanipulasi, jujur, ikhlas, bersedia membantu, tidak ego, tidak sombong, memahami dasar luar negara dan beberapa ciri lagi.

Setakat yang disenaraikan di atas berapa ciri yang Nuar ada untuk melayakan dia menjadi Perdana Menteri yang baik untuk semua kaum di negara ini?. Perincian di atas juga adalah perkara-perkara yang sering dimainkan oleh Nuar dalam setiap ceramahnya. Perkara tersebut menjadi keutamaan beliau setiap kali membuka mulut.

Sepatutnya dia bertanyakan dirinya apakah dia memenuhi kreteria tersebut. Siapa sebenarnya yang memulakan budaya kroni dalam pemerintahan negara? Siapa pula yang memperkenalkan budaya politk wang dalam pemilihan parti secara berleluasa? Siapa yang memulakan budaya putar belit dan bercakap perkara serta dasar yang berbeza di pentas  yang berbeza? Siapa yang memulakan budaya mengadu domba dalam dunia politik tanah air?  Siapa yang bercakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap. Siapa yang mempopularkan kehidupan mewah dikalangan ahli politik.

Siapa yang kerjanya siang malam mengaibkan orang lain? Siapa yang memulakan budaya memperlekehkan institusi kerajaan seperti PDRM, SPRM, Kehakiman, SPR, Kesihatan atau Pejabat Peguam Negara? Siapa sebenarnya yang memulakan budaya menyerang peribadi orang lain semata-mata untuk mengalih perhatian yang dirinya tidak seperti itu.? Siapa pula yang memperkenalkan budaya berdemo dijalanan apabila ada isu yang bersifat peribadi? Siapa yang suka mengheret para pelajar kolej dan Universiti untuk menentang kerajaan? Siapa yang suka pergi ke luar negara sampai 60 kali setahun yang tak guna 'duit rakyat' dan memburuk-burukan negara? 

Jika semua pertanyaan di atas menjurus kepada hanya satu jawapan iaitu Nuar, apa perlunya rakyat bersusah payah untuk menjadikan dia pemimpin nombor satu? Pemimpin UMNO/BN juga tidak sempurna?, Benar, sebab itu proses pembersihan sedang dilakukan. Kesannya sudah amat ketara hari ini. Soalnya kita hendak memilih pemimpin untuk menerajui negara melalui sistem demokrasi. PM suruh pemimpin BN turun padang, dekati rakyat sepanjang masa, tambahan PRU13 sudah hampir, namun masih ada yang tidak faham dan lebih suka pergi kelab dangdut daripada pergi bertemu rakyat. Rakyat tidak perlukan pemimpin seperti ini. 

Nuar juga selalu berkata yang rakyat hari ini bukan bodoh, rakyat bijak menilai, rakyat penuh dengan maklumat, rakyat tahu dan rakyat sedar. Namun kenapa Nuar masih berusaha untuk menipu rakyat? Contohnya sejak PRK Ijuk dia kaitkan PM DS Najib dengan kes Altantuya apa hal..PM dah bersumpah dalam masjid dah mengatakan tak kenal Altantuya. Tian Chua dah ngaku dah gambar tu dia superimpose kan, kenapa masih nak kaitkan, nak andaikan, nak suruh rakyat berteka teki. Penting sangat ke Altantuya tu daripada maruah negara.

Janganlah bermain dengan kata-kata kerana bagi orang yang tak cerdik akan mentafsirkan bahawa fitnah itu betul. Dakwa jelah PM bunuh Altantuya dan bawa kes tu ke mahkamah. Habis cerita. Oh terlupa pulak nanti dia kata hakim plak tak adil, berat sebelah, polis berat sebelah, mahkamah berat sebelah..bla..bla.. bla.. tapi guna juga mahkamah untuk saman orang berjuta-juta. Ish ish susah betullah dengan Nuar ni. Stop. 

Tajuk di atas 'SPR kena godam' akan Jokiden sambung dalam posting yang lain. Harap maaf sebab posting ni agak panjang.

Monday, March 26, 2012

NUAR TAK TAKUT BINI...??? SOHEH

"Seseorang isteri tidak perlu ditakuti sebaliknya disayangi kerana dia adalah pasangan hidup" Itu kata Nuar semasa berceramah di PP dalam roadshownya yang tidak seberapa dari segi sambutan. Dia mengutuk PM DSN dengan mengatakan PM takut bini dan  takut pada Obama. Sepatutnya PM ikut cara dia yang tak takutkan bini dia. Selain disayangi isteri juga sepatutnya dihormati.

Dalam hal menghormati isteri ini dimanakah letaknya Nuar??? Apakah dia seorang yang menghormati isterinya atau dia sering menyakiti hati isterinya. Apakah isterinya sering terhibur atau sering memendam perasaan..???? Apakah isterinya bahagia??? Entahlah..Ada orang mengatakan dia pernah berkata bahawa isterinya seperti ikan sepat kering. Harap-harap kenyataan itu tidak betul.

 
Melihat pada zahirnya memang kita boleh percaya bahawa Nuar tidak sekali-kali 'takutkan isterinya' Dia juga seorang yang teguh dengan segala janji. Berjanji untuk membawa isteri tersayang ke Agra (Nengok Taj Mahal lah tu) 32 tahun dahulu, tetap ditunaikan walaupun  sudah agak lewat. 

"Bukan macam BN, sudah berjanji selama 50 tahun tetapi masih banyak yang belum ditunaikan." kufur nikmat betul kenyataan Nuar tersebut. Sekali fikir sejak kebelakangan ini banyak betul kenyataan Nuar yang memakan diri sendiri.

Diungkit janji BN sejak 50 tahun, namun janj dia 4 tahun dulupun banyak yang tidak ditunaikan. Orang PP tahu tu, orang Selangor nampak dan sedar tu. Orang Kampung Buah Pala masih menyimpan dendam tu, mereka tidak lupa dan mereka rasa tertipu dengan segala apa yang dijanjikan tetapi akhirnya masuk angin keluar asap.

Ni sedang beceramah ke, berpantun ke, menyanyi atau sedang menjual ubat ni???


Semasa menyampaikan bantuan banjir di Selangor, PM mengingatkan rakyat Selangor betapa banyaknya janji manis pembangkang yang tidak ditunaikan. Ada 30 janji kosong semata-mata.

Di Pulau Pinang lagi teruk apabila ditanya kepada wakil pembangkang tentang janji nak hapuskan tol...selamba je dia jawab "janji tu tak disengajakan..ingatkan kita tak boleh menang.." Ish suka hati dia nak mempermainkan tahap kecerdikan warga Penang tersebut. Kini nak berjanji lagi..tol jambatan PP pulak nak dihapuskan sekiranya kekal memerintah...esok dia akan kata.."ala tersilap janji..tak sengaja"

Mendengar kenyataan Nuar di atas baru kita faham bahawa dia memang suka melewat-lewatkan soal menunaikan janji ini. Mungkin rakyat perlu menunggu 32 tahun juga seperti dia menunaikan janji untuk membawa isterinya ke Agra melihat Taj Mahal. Malang sungguh nasib rakyat yang terpedaya dengan janji-janji pembangkang.

Bila berjanji dia  mungkir
Bila bercakap dia dusta atau tipu,
Bila bertengkar dia saja nak menang,
Bila diberi amanah dia khianati...

Itu tanda apa tu????  

TAMAT!!!!! SOHEH PAS BERHENTI MEMBELA NUAR

"Cuku! cukup!, enough is enough...sampai di sini sahaja..." Mulai sekarang PAS tidak akan membela atau mempertahankan Nuar lagi. "Lu tanggunglah sendiri..", Berani buat berani tanggung" itulah antara intipati pendirian pemimpin PAS sekarang ini dalam isu Anwar/Nallakarupan.

 

Kenyataan tersebut di atas disampaikan oleh jurucakap PAS iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man seperti yang dilaporkan oleh hhalem.blogspot.com. Sebenarnya lama dah pemimpin PAS ni muak bersekongkol dengan Nuar dan PKR ni. Mereka sedar menegakan benang yang basah bukannya mudah, ianya satu kerja yang amat sukar seperti mendaki gunung Everest. Itulah yang selama ini dipikul oleh PAS.

Jika diimbas sejarah lampau, suatu ketika dahulu PAS cuba memancing Nuar ni sejak awal lagi. Nuar yang mempunyai cita-cita setinggi puncak Kinabalu, memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya untuk menjadi pemimpin nombor wahid di negara ini.

Ketika Nuar menyertai UMNO, PAS terkejut beruk dan tidak percaya dengan langkah yang diambil Nuar, kerana kononnya masa itu PAS lebih sesuai menjadi batu landasan atau batu untuk Nuar meloncat dalam dunia politik negara, kerana dia mempamir penampilan diri sebagai pejuang Islam.

Tindakan Nuar menyebabkan dia diceraikan talak tiga.(kena guna cina buta tu, pinjam istilah Kepal Nasi) Semuanya masih segar dalam ingatan betapa Nuar teruk di caci maki, siang dan malam oleh pemimpin PAS. Segala bentuk penghinaan dihamburkan oleh penceramah PAS tanpa belas kasihan. Segala kudis Nuar dibuka seluas-luasnya tanpa sedikitpun rasa bersalah. Akhirnya Mat Sabu menggelarkan Nuar sebagai Al-Juburi. Satu penghinaan yang tiada tolok bandingannya di dalam kehidupan seseorang insan, terhadap pemimpin, sedangkan Nuar ketika itu adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pada masa yang sama Nuar juga terpaksa membalas dan masih segar dalam ingatan segala cacian Nuar terhadap PAS. Apa yang dia tidak sebut tentang pas sehinggakan ulamak PAS digelarnya Ulamak Terompah...bla..bla... banyak lagilah.

Itu dulu. Episod kedua ialah selepas Nuar dipecat dari UMNO dan kerajaan dan menentang kerajaan serta UMNO/BN, sedikit demi sedikit PAS menunjukan rasa simpati dan sedikit demi sedikit mula mempertahankan Nuar. Bagi PAS matalamat menghalalkan cara, yang lain belakang kira. keuntungan politik dan keuntungan dunia harus diutamakan dalam segala tindakan. PAS dan Nuar menyedari keperluan untuk bersama, menyedari keuntungan bersama dan menyedari mempunyai musuh politik yang sama, akhirnya bersatu semula. Kahwin semula, guna cina butalah tu, untuk menentang UMNO.

PAS dan Nuar terpaksa menjilat segala ludah dan kahak yang pernah mereka semburkan dulu semata-mata untuk memenuhi hajat dan impian bersama iaitu untuk menggapai kuasa politik di bumi yang bertuah ini. Nuar walaupun PAS menyedari dia mempunyai banyak masalah, cuba digambarkan sebagai insan suci, tidak ada cacat celanya. Mereka mempertahankan segala perbuatan Nuar dan mengalihkan semua yang dihadapi oleh Nuar ialah kerja kotor dan kerja jahat UMNO.

PAS memang sedar dari awal lagi, bersama Nuar bererti mendukung biawak yang hidup, pasti biawak akan mencakar sepanjang masa. Kuku biawak biasanya panjang dan tajam. Sampai bila mereka mampu mempertahankan Nuar??????? Habis calar balar kena cakar...berdarah..pedih. Saban hari penuh dengan segala masalah, lepas satu, muncul lagi satu, muncul lagi dan lagi. Muuuaaaak!!!!! itulak agaknya, akhirnya PAS sudah jelak.

Kemuncaknya bila Nuar nak saman Nalla, rakan baik suatu masa dulu. PAS tidak mahu masuk campur, itu masalah peribadi.. hahahahahaha!!!!!....kah!!!..kah!!!...kah!!!... budak kecikpun ketawa. Selama ni bukan masalah peribadi???????

“Jika ada pihak yang menuduh Pas mendesak Datuk Seri Anwar, itu tidak betul, kita tidak pernah bincang hal ini dan kita juga tidak mahu masuk campur dalam hal ini”
“Pada pandangan Pas, isu itu adalah masalah peribadi antara Datuk Seri Anwar dan Datuk Nallakarupan,” – TIT Man.
 Habislah kau Nuar...sekutu rapat sudah mula mahu menjauhkan diri. Masalah peribadi, tanggung sendiri, jawab sendiri dan sendiri mau ingatlah...

Bukannya PAS tidak tahu apa yang Nuar lakukan, bukan PAS tidak kenal Nuar luar dan dalam...Mungkin tindakan seterusnya PAS akan meninggalkan Pakatan haram ini. Tak ada ke fatwa ulama PAS tentang apa hukumnya bersekongkol dan bersyubahat dengan orang yang mereka pernah labelkan dengan pelbagai masalah moral....        

Sunday, March 25, 2012

HABISLAH BN!!!! PM DTG PD TAK ADA SAMBUTAN, KERUSI LEBIH BANYAK DARI ORANG.

Hari ini YAB Perdana Menteri mengunjungi NSDK dalam rangka lawatan sambil kerja dalam siri jelajah turun padang beliau untuk kesekian kalinyanya. Kawasan yang menjadi tumpuan beliau kali ini ialah Port Dickson iaitu bandar Tentera Darat. Beliau kelihatan ceria dan amat bersemangat. Tengok gambar-gambar yang Jokiden loadkan ini dan nilaikanlah.  

 

Mano oghang ni..longang yo. 9.45 pg
Orang tak ramaipun masih ceria berucap?

10.00 pagi.

Tak ado oghang, sonang botugas ni 10.15 pg


Ramai petugas daghi jemputan 10.30 pg

Bayangan Perdana Menteri bahawa PRU13 sudah semakin hampir. PM menyeru jentera BN supaya bekerja keras sekiranya rakyat mahukan BN meneruskan penguasaan dalam pentadbiran negara ini.

PM mengingatkan jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang kerana mereka lebih banyak 'auta' sedangkan BN lebih banyak 'fakta'

Ikrar PM dengan penuh keyakinan untuk terus membangunkan negara sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat. Negara telah diuruskan sebaik mungkin dan rekod ini menurut PM tidak ada sesiapa yang dapat menafikannya.

Dalam suasana tenang dan nyaman di tepi pantai Pord Dickson PM mengajak seluruh rakyat memberikan kepercayaan kepada BN untuk menerajui negara. "Kerajaan dah buat banyak dah.. dah bagi banyak dah..kini kerajaan menyerahkan nasib kepada rakyat.." Kata PM dan itu tersemat kukuh dalam hati sanubari pendengar yang begitu khusyuk mendengar amanat PM yang ringkas dan padat.

Ada ketikanya keadaan begitu sunyi dan seolah-olah tidak ada sesiapa di sana walaupun puluhan ribu berada di hadapan PM ketika itu. Tumpuan spenuhnya diberikan kepada beliau dan ternyata PM amat berkeyakinan tinggi.

Gambar hanya dapat diambil dari satu sudut sahaja. Orang terlalu ramai.

Jeng!!! jeng!!! Jeng!!!
11.00 pagi hampir ponuh

11.15 Pagi hampir padat


11.30 padat dek oghang.

11.45 molempah dah..tolobih padat

12.30 Tengah Hari.. Molempah!!!..