Wednesday, November 28, 2012

UMNO Selamanya Mengatasi PAS..


Barisan ini gagal disaingi oleh Pas dan PKR.
   

Sesak nafas pemimpin dan pengikut Pas selepas mendengar ucapan perasmian Perhimpunan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO semalam. Ada yang seperti orang baru kehilangan bini. Ada yang seperti baru terbangun dari tidur dan mimpi ngeri. Reaksi ini dapat difahami apabila kita menilai setiap butir komen dari mereka.
 
Berdasarkan komen-komen yang pelbagai yang dihamburkan oleh pencacai pakatan menerusi laman atau media sosial, ternyata mereka meroyan dengan apa yang mereka dengar. Apa yang disampaikan oleh Timbalan Presiden tersebut hanyalah ulangan atau ingatan terhadap kenyataan yang ada di depan mata mereka.
 
 
Sedap dipandang mata.. 
 
Jelas pencacai pakatan ini takut, fobia dan bimbang untuk berhadapan dengan realiti. Mereka takutkan kebenaran. Mereka lebih sukakan khayalan.
 
Realiti politik dalam negara yang mengamalkan demokrasi berpalimen, parti mana yang mempunyai kerusi lebih walaupun satu kerusi maka parti itulah yang akan mengetuai pemerintahan. Menjadi Perdana Menteri tidak sama dengan menjadi Ketua Pembangkang.
 
Kerusi kurangpun jika rakan sekongkol atas sebab-sebab tertentu boleh bersetuju dengan calun dari parti yang memperolehi kerusi paling sedikit untuk menjadi Ketua mereka.
 
Begitu juga apa yang berlaku di Perak tidak sama dengan apa yang mesti dipraktikkan di Putra Jaya. Undang tubuh negeri-negeri di Malaysia berbeza.
 
 
Ini gagal disaingi oleh PKR
 
Di Perak walaupun Pas hanya melukut di tepi gantang, namun berjaya memperolehi jawatan Menteri Besar kerana Undang-undang Negeri Perak tidak membenarkan selain daripada Bangsa Melayu menjadi Menteri Besar. Jadi DAP terpaksa beralah.
 
Pas tidak mahu belajar dari kenyataan, mereka lebih sukakan syok sendiri. Merasa hebat, tetapi tidak hebat. Merasa lebih Islamik dari orang lain tetapi sebaliknya lebih mungkar. Merasakan lebih alim tetapi sebenarnya lebih jahil. Merasakan diri lebih membangun bersama Islam, tetapi sebenarnya lebih mundur. Ini semua pernah dikatakan oleh Nuar suatu ketika dahulu.
 
DAP sebaliknya belajar daripada pengalaman. Sebab itu sekarang ini DAP bersungguh-sungguh mencari calun-calun Melayu yang boleh mereka kotak katikkan untuk bertanding atas tiket DAP dalam PRU13 kelak sebagai persiapan sekiranya memperolehi majoriti, maka calun merekalah akan menjadi Menteri Besar.
 
Mereka akan meletakkan calun Melayu di Perak, di Melaka, di Sarawak, di Negeri Sembilan dan juga di Pahang. Perancangan DAP jelas menuju ke arah kuasa mutlak. Pas sebaliknya asyik beralah dan tunduk layu terutamanya apabila di sergah oleh Karpal Singki. Terbaru ialah kes salun di Kota Baru Kelantan.
 
 
Lambang kemegahan umat Melayu
 
Perlembagaan Persekutuan membenarkan sesiapa sahaja daripada rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan menjadi Perdana Menteri sekiranya memperolehi majoriti dalam PRU. Jadi dalam isu ini jangan mimpilah DAP akan meletakkan calun Melayu untuk bertanding di kawasan Parlimen yang mereka boleh menang. DAP tidak akan mengorbankan  kerusi Parlimen mereka. 
 
Sebagai sebuah parti otai dalam sistem politik Malaysia, Pas menyedari perkara ini. Jika sudah tersedar daripada mimpi, apa kata dalam pembahagian kerusi dalam PRU13 kelak Pas menuntut pembahagian yang sama rata.
 
Pas bertanding di 74 kawasan, PKR 74 dan DAP 74. Sama rata, sama rasa. Ucapan TPM yang membuka mata penyokong tegar Pas (jika mereka insaflah) pastinya membuatkan Nuar meroyan kerana sedikit sebanyak ia akan menjejaskan perancangan Nuar dalam pembahagian kerusi kelak.
 
Sekarang ini apa yang mereka bersetuju untuk tidak bersetuju ialah PKR bertanding di 90 kerusi, DAP 72 dan Pas merosot ke 60. Maknanya belum memasuki PRU13 Pas sudah kalah dan sudah menjadi minoriti.
 
Harus diingat tidak berlaku di mana-manapun dalam negara ini apabila orang Islam tidak memegang kuasa kedudukan Islam kekal terpelihara. Tidak berlaku. Sebaliknya tanpa kuasa orang Islam akan terus di hina sepanjang masa. Perhatikanlah.


TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Tuesday, November 27, 2012

Wajah Hodoh Pembangkang, Menutup Kepincangan Membisukan Pengkritik..

KO..KO..KO.. PKR, KO..KO..PAS.. KO..KO..DAP

PWTC 2012
 
 
perasmian perhimpunan agong pergerakan wanita, pemuda, puteri umno oleh TPM di dewan merdeka, pwtc dar
 

Hebat, bersemangat, beremosi dan telus. Itulah kesimpulan Jokiden apabila selesai mendengar ucapan Perasmian Serentak Perhimpunan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO 2012 yang dilakukan Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri. 
 
Jika pengikut totok Pas menghayati maksud sebenar surah Al Maidah ayat ke 56 yang dibaca oleh Timbalan Presiden UMNO maka mereka sepatutnya berduyun-duyun meninggalkan Pas, sebuah parti mungkar tetapi berselindung di sebalik imej Islam menuju kepada UMNO yang ternyata jelas perjuangannya untuk Agama Bangsa dan Negara.
 
UMNO tidak pernah mendabik dada tetapi segala-galanya tentang Islam kekal terpelihara hasil daripada komitmen UMNO. Pas hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik sempit mereka dan merekalah sebenarnya yang menghina agama Islam sejak dulu kini dan selamanya.
 
Doa yang dibaca oleh Timbalan Presiden UMNO sebelum mengakhiri ucapannya, mampu membuatkan ramai penyokong tegar pakatan yang terkedu, termanggu jikapun tidak pitam.
 
Belumpun ucapan Presiden UMNO bergema di Dewan Merdeka, pakatan haram pembangkang pada malam ini telah menerima pukulan KO daripada Timbalan Presiden UMNO. Itulah akibatnya apabila sarang tebuan dijolok. Puas Timbalan Presiden bersabar dengan segala dakyah palsu yang ditabur oleh pakatan selama ini, pada malam ini menerima pukulan maut daripada Timbalan Presiden.
 
KO PKR, KO PAS dan KO DAP. KO..KO..KO..KOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!  
 
Secara terperinci Timbalan Presiden memperjelaskan segala kemungkaran gabungan pakatan sehingga terserlahlah wajah-wajah hodoh mereka.
 
Mengkritik sistem kehakiman negara (lama senyap dah, sebab pemimpin PKR tak ada yang kena dakwa) dengan pelbagai momokan, namun pembangkanglah yang terlebih dahulu berlari ke mahkamah untuk mendapatkan pembelaan dan perlindungan setiap kali mereka ditimpa masalah.

Mereka menggunkan sepenuhnya mahkamah untuk menutup segala kepincangan dan membisukan  pengkritik mereka. Menurut TPM pembangkang Malaysia telah mencipta rekod dunia, menyaman sebuah akhbar lebih daripada RM1 billion semata-mata untuk menghalang akhbar tersebut daripada berterusan memuatkan kisah benar untuk tatapan rakyat. Inilah antara wajah hodoh pembangkang.

Untuk menghalang penyokong mereka daripada mendapat berita sebenar maka difitnahlah akbar tersebut sebagai rasis, pemutar belit dan penyebar dakyah UMNO/BN. Mereka bercakap siang malam menjerit ke selutuh dunia tentang kebebasan media namun merekalah yang menghalang media daripada bebas menyiarkan kisah  mereka. Mereka menghasut penyokong mereka supaya memboikot akhbar arus perdana, tetapi pemimpin mereka selepas waktu subuh sudah menatap akhbar tersebut secara sembunyi. Nyatalah wajah mereka hodoh.
 
Seterusnya Timbalan Presiden memperincikan dan menyimpulkan bahawa apa yang pembangkang praktikan adalah bertentangan dengan apa yang mereka cakapkan. Rakyat sudah muak dengan penipuan mereka.
 
Pemuda, Wanita, Puteri dan warga UMNO akan menuju ke medan pilihanraya dengan penuh bergaya.
 
Tahniah dan syabas Timbalan Presiden UMNO. 
 
TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Digeruni, Dicemburi Dan Disayangi..



UMNO, PARTI KERAMAT WADAH PERJUANGAN BANGA MELAYU MENGIMBAU BUDI YANG DISEMAI

 
  
 
 

Hari ini bermulanya Persidangan Agung Tahunan UMNO kali yang ke 63  di PWTC dan akan berakhir pada 2 Disember. Bermakna usia UMNO menjangkau ke 63 tahun. PWTC sendiri menjadi saksi kepada kehebatan parti politik Melayu ini.
 
Pada malam ini di Dewan Merdeka akan berlansung perasmian serentak Pergerakan Puteri, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri.
 
Kemeriahan sebenarnya sudah mulai dirasai oleh setiap yang hadir mulai semalam lagi. Dijangka jumlah kehadiran pada kali ini akan mencecah sebanyak 50,000 orang. Pihak Pengurusan PWTC terpaksa menyediakan makanan atau minuman untuk 40,000 orang setiap hari. Lebih suku juta biji telur diperlukan setiap hari untuk hidangan. Jumlah kehadiran ini pasti mengatasi GOP Parti Democrat dan Republican di Amerika Syarikat.
 
Selain perwakilan yang sah, turut memeriahkan suasana ialah pemerhati (pencacai mengikut istilah pembangkang) yang saban tahun memenuhi setiap ruang di PWTC.
 
Tanpa pencacai UMNO ini masakan anak-anak Melayu yang kebolehannya tidak seberapa tersebut boleh berada di kerusi empuk memenuhi ribuan jawatan di pelbagai GLC. Tanpa anak-anak muda UMNO yang sanggup berbaris panjang, membanting tenaga memanjat tiang memasang bendera masakkan Institusi Pengajian Tinggi dipenuhi oleh anak bangsa.
 
Tanpa pejuang UMNO yang tidak diundang ini masakan begitu ramai Pegawai Melayu kini sedang menerajui Sektor penting Perkhidmatan Awam dengan pelbagai nikmat nyata dan nikmat yang tersembunyi. UMNOlah yang memungkinkan segalanya..  
 
UMNO, budi dan jasa mu terhadap anak bangsa amat tidak ternilai harganya. Bangunan PWTC semakin hari semakin gah melambangkan kuasa dominan Bangsa Melayu, sesuai dengan kedudukannya sebagai Teras atau Tulang Belakang kepada parti pemerintah. Tersinggungnya ahli UMNO dan merajuknya ahli UMNO pasti membawa padah kepada parti gabungan yang lain dalam BN. UMNO sewajarnya dihormati.
 
Turut hadir dalam perhimpuanan kali ini ialah ratusan wakil daripada luar negara yang datang dengan penuh kagum memerhati kejayaan UMNO selama ini.

Turut hadir ialah ribuan wartawan dari dalam dan luar negara kerana ingin membuat liputan dalam perhimpunan terbesar parti umat Melayu ini. disamping bersama-sama meraikan kemeriahanya.

Yang tidak diundang tetapi turut menyibuk hadir ialah ahli-ahli parti lawan dari pakatan pembangkang, samada hendak bertemu kawan lama dari UMNO yang datang dari seluruh pelusuk tanah air atau sengaja ingin menambahkan suasana sibuk di PWTC.
 

  
Upahan siapa pula ini??? Mau tumpang glamour ke??

 
UMNO di geruni oleh lawan, dikagumi oleh kawan dan disayangi oleh paling ramai Bangsa Melayu.
Bukan mudah parti ini hendak ditumbangkan. Kemana ahlinya yang seramai 3.5 juta hendak pergi sekiranya parti keramat ini hendak dikuburkan.
 
UMNO selaku peneraju dan nakhoda kepada sebuah kapal besar BN, menjadi tunjang dalam setiap pertempuran dalam PRU. Kali ini peranan UMNO tidak terkecuali. Mahu tidak mahu semua parti politik samada dalam BN mahupun yang berada di pihak pembangkang terpaksa menerima hakikat kehebatan UMNO ini.
 
UMNO jauh mendahuli parti-parti lain dalam segenap segi. Usahlah hendak dibuat perbandingan diantara UMNO dengan PKR, PAS atau DAP, mereka sebenarnya jauh ketinggalan.
 
Suasana meriah dengan gelombang merah yang mewarnai dalam dan luar PWTC amat memedihkan mata parti lawan. Perarakan Hijau Lynas dari Gebeng dan berakhir di Dataran Merdeka, yang cuba untuk membuat onar di Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung UMNO ini tidak mampu untuk melunturkan semangat  pendukung dan pejuang atau pencacai UMNO ini.
 
Rakyat Malaysia harus berbangga memiliki sebuah Parti Politik yang begitu banyak berjasa kepada Nusa dan Bangsa. Sementara itu ahli UMNO pula sudah semestinya bermegah dan berbangga menjadi ahli kepada parti politik terbesar Orang Melayu ini. Jokiden orang UMNO.
 
BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT. MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH. Selamat Bersidang.
 
TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Nasib Baik UMNO Cepat Memecatnya..


1970 dipecat dari UMNO.
   
 
Najib bukanlah pilihan awal sebagai pengganti Tun namun bagaimana Tun melihat beliau sekarang dan apa komen ikhlas mengenai beliau?
 
Sudah tentu beliau telah melakukan kerja dengan cemerlang. Jika kita tidak menyokong beliau bagaimana beliau akan membuat kerja dengan tenang. Namun masih terdapat beberapa perkara yang boleh diperbetulkan tetapi ia hanya boleh dilakukan selepas pilihan raya.


Soalan Utusan dan jawapan mantan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad semalam. Jika ada yang masih ingat selesainya perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1998, deligasi dari Kedah mengadakan jamuan makan malam. 
 
Turut hadir ialah Presiden UMNO Tun M, dan Naib Presiden DS Mohd Najib. Dikhabarkan dalam ucapan ringkasnya pada malam tersebut Tun menyatakan rasa terima kasih dan penghargaannya kepada DS Mohd Najib kerana bersabar, beralah dan memberi laluan kepada Pak Lah untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
 
Keadaan parti yang tidak beberapa stabil ketika itu akibat pemecatan Nuar sebagai Timbalan Presiden, sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sebagai ahli UMNO, menyebabkan Tun berfikir panjang dan terpaksa meminta persetujuan Naib2 Presiden UMNO untuk melantik Pak Lah. Mengikut kedudukan DS Mohd Najib sepatutnya yang dilantik menggantikan Nuar sebagai Timbalan Perdana Menteri. Namun mengambil kira situasi semasa dan sentimen UMNO Pulau Pinang yang masih terkejut, maka melantik Pak Lah adalah pilihan terbaik.
 
Jika benarlah ucapan Tun M ketika itu sebegitu rupa maka bermakna DS Najib adalah pilihan awal untuk menggantikan beliau.
 
Kita lupakan soal itu dan kembali kepada bahang PRU13 yang semakin hampir. Suasana politik Malaysia tentunya tidak sekalut ini sekiranya dua individu iaitu Nuar dan Nik Aziz tidak  berada dalam arus perdana politik negara.
 
Untuk kesejahteraan rakyat dan untuk kestabilan dalam negara dua watak utama politik ini harus ditamatkan karier politiknya melalui penolakan secara total terhadap mereka dalam PRU13 kelak.
 
Rekod sebelum ini, di mana Nuar berada, organisasi tersebut akhirnya akan bermasalah. ABIM yang ditubuhkan oleh Nuar sendiri hanya cantik mulus di awal penubuhannya sahaja. Kemudian sedikit demi sedikit pergerakan tersebut simpang peranang dan tersasar daripada tujuan penubuhannya.
 
Kemudian, terleka dan terpesona dengan gambaran luar yang ditampilkan oleh Nuar, Tun Mahathir yang mempunyai visi yang jelas ke mana negara ini hendak di pandunya telah mempelawa Nuar untuk menyertai UMNO bagi membantu beliau merialisasikan cita-citanya dalam penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara.
 
Bukan sedikit orang-orang politik yang seperti cicak termakan kapur apabila Nuar akhirnya menjadi ahli UMNO. Pemimpin dan ahli Pas ramai yang pitam lantaran amat kecewa ketika itu. Bukan sedikit pula kepimpinan ABIM yang membantah keputusan Nuar menyertai UMNO.
 
Tidak lama dalam UMNO, kerosakan sedikit demi sedikit mula berlaku dan kemuncaknya pada tahun 1993 di mana Nuar menawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Presiden.
 
Pemilihan pada tahun tersebut menyaksikan penggunaan wang untuk membeli undi begitu terserlah dan sukar dikawal. Perwakilan yang mempunyai kuasa undi amat mewah ketika itu. Jelajah antara negeri kaedah cara berkempen dalam pemilihan Presiden Amerika mula diperkenalkan sehinggalah Dr Mahathir mengarahkan dari luar negara agar semua konvoi dan perarakan tersebut dihentikan serta merta. 
 
Akhirnya UMNO mula kehilangan arah tuju dan sejarah telah terukir dan masih jelas dalam ingatan para pendukung UMNO sehingga ke hari ini.
 
Kemudian berlaku sebab musabab dan Allah telah memberi kekuatan kepada Dr Mahathir untuk memecat Nuar dari Timbalan Perdana Menteri, setelah nasihat supaya berundur tidak diendahkan oleh Nuar. Ini bukan keputusan mudah kerana DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pun tidak boleh memecat Nuar tanpa nasihat Perdana Menteri. Kemudian MKT memecat beliau daripada Jawatan Timbalan Presiden seterusnya daripada ahli UMNO.
 
Bukan sedikit gelora yang melanda negara apabila orang nombor dua paling berkuasa ketika itu dipecat dari semua jawatan. Jokiden memberitahu beberapa rakan karib ketika itu bahawa jika Dr Mahathir berada di pihak yang benar bermakna Allah telah memberi kekuatan kepada beliau dalam tindakan tersebut. Sebaliknya sekiranya Nuar teraniaya maka Dr Mahathir akan menerima akibatnya.
 
Kemudian PKR ditubuhkan dan pada peringkat awal ianya sama seperti mana penubuhan parti-parti politik yang lain. Namun apabila Nuar melantik dirinya sendiri (setengah kata dia dilantik oleh isterinya, ikut manapun serupa) sebagai Ketua Umum, maka mulalah PKR menghadapi masalah demi masalah sehinggakan terukir dalam lipatan sejarah di mana sebuah parti politik yang ditinggalkan oleh begitu ramai pemimpinnya.
 
 
Mereka yang insaf..
 
Seorang demi seorang keluar parti atas pelbagai alasan. Semuanya kini menentang Nuar.

Pas tidaklah seteruk apa yang kita lihat pada hari ini, sebelum orang-orang yang bersimpati dengan Nuar diboloskan ke dalam parti tersebut.
 
Namun setelah pengaruh Nuar berjaya meresapi Pas, maka Pas juga akhirnya simpang peranang. Sekejap hudud, sekejap Negara Islam, sekejap Negara Berkebajikan sekejap meludah, sekejap menjilat kembali ludah, sekejap haram, sekejap halal, sekejap hendakkan perpaduan, sekejap tak mahu, sekejap boleh dan sekejap lagi tidak boleh.

Apa sahaja masalah yang dihadapi oleh Nuar kepimpinan tertinggi Pas akan segera mempertahankannya walaupun dalam soal-soal yang melibatkan kepentingan umat Islam. Pas tidak peduli dan Nik Aziz begitu komited mempertahankan Nuar dalam apa juga isu. 
 
Walaupun kesemua yang dialami oleh Pas tersebut diletakkan punca kesalahannya kepada UMNO, namun bukan sedikit ahli Pas yang memendam rasa atas pembelaan yang kurang wajar oleh pemimpin mereka terhadap Nuar dalam isu-isu tertentu.
 
Akhirnya kelak dalam sedikit masa lagi Pas juga mungkin akan musnah sekiranya terus bersekongkol dengan Nuar dan tidak mempunyai keberanian untuk menjauhkan diri daripada Nuar. Pas juga mungkin akan ditinggalkan oleh ahlinya secara pukal nanti.
 
Dengan gambaran yang sedikit ini dan mudah pula untuk difahami, apakah rakyat Malaysia akan menyerahkan kepimpinan negara ini kepada Nuar.??? Rasanya tidak mungkin. 
 
 
TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Monday, November 26, 2012

Slogan Yang Terkena Ke Batang Hidung Sendiri..


 


Bukanlah nak mengunkit-ungkit, tetapi ini kenyataan. Pertukaran Regim dalam sesebuah negara tersebut akibat campur tangan asing terutamanya Amerika dan NATO, tidak menjamin kestabilan dalam sesebuah negara tersebut. Silap hari bulan rakyat yang kononnya inginkan kebebsan, semakin tertekan dengan pemerintahahn regim baru.
 
Sebab itu rakyat jangan mudah terpengaruh dengan momokan kuasa asing bahawa sesebuah kerajaan itu perlu ditukar untuk menjamin masa depan yang lebih baik untuk rakyat. Belum tentu.
 
Pertukaran regim pula melalui cara songsang seperti rusuhan, pemberontakan dan demontrasi jalanan, dan bukannya melalui proses peti undi.Harap-harap rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang ditaja oleh NGO luar negara dan peniaga Yahudi dari seluruh dunia.
 
Terkini hari ini berita melapurkan bahawa berlaku pergolakan besar di Mesir. Kepimpinan Morsi ditentang oleh segelintir rakyat Mesir. Morsi mungkin tidak mengikut sepenuhnya saranan kuasa luar sebab itu beliau walaupun baru sahaja mengambil alih pemerintahan telah tidak disenangi oleh kuasa luar terutamanya Israel.
 
Mungkin selepas ini akan kita lihat semula betapa Mesir akan kembali bermandi darah, sama keadaannya ketika rakyat Mesir atas nama demokrasi merusuh untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tidak lama dahulu.
 
   
Sebelum itu atas bantuan luar juga Iraq musnah, Sadam digantung, keluarganya dibunuh namun rakyat menderita sehingga ke hari ini. Libya yang aman damai, segala-galanya percuma disediakan oleh Gadaffi, namun atas hasutan halus pihak luar rusuhan berlaku, setiap hari yang melumpuhkan segala apa yang ada. Akhirnya Gadaffi dibunuh dan kini keadaan rakyat Libya tidaklah lebih baik daripada zaman Gadafi.
 
Lubnan, Jordan, Gaza, Tunisia, Iran dan Yemen semuanya diganggu oleh kuasa luar dengan cara yang sama iaitu menghasut sekumpulan rakyat supaya bangun memberontak menentang kerajaan yang sedia ada dengan membekalkan senjata. Afghanistan tak yah cakaplah memang dah hancurpun.
 
Syria hanya menunngu masa untuk pertukaran regim dan menunggu masa untuk ranap akibat rusuhan dan pemberontakan rakyatnya. Syria juga akan menerima nasib yang sama seperti Mesir kelak.
 
Selepas sesebuah negara tersebut bertukar kepimpinan  yang menurut kehendak dan acuan barat, selalunya mereka akan terkial-kial untuk memulihkan keadaan. Bukan mudah untuk membangunkan negara yang telah musnah. Barat dan kuncu-kuncunya hanya akan berpeluk tubuh sambil menunggu peluang untuk mendapatkan tender dan kontrak yang lumayan untuk membangunkan semula negara berkenaan.  
 
Muga rakyat Malaysia tidak sekali-kali menerima campur tangan asing ini. Biarlah negara ini ditentukan oleh rakyat negara ini. Australia mengambil pendekatan yang bijak dengan menolak campur tangan dalam PRU Malaysia walaupun di desak dan dirayu oleh Nuar Brahim.
 
Dataran Tahrir Mesir 
 
Walaupun rakyat Malaysia pernah digembar gemburkan supaya mengikut cara rakyat Mesir namun nampaknya majoriti masih boleh berfikir secara matang dan menolak keganasan.
 
Kini moto atau slogan PKR pada mula-mula dahulu 'Rakyat Hakim Negara' amat digeruni oleh Nuardan bakal terkena batang hidung sendiri, kerana dia telah nampak segala petanda adalah menjurus kepada kemenagan UMNO/BN. Rakyat akan sekali lagi menjadi hakim dan rasanya rakyat akan memilih BN semula. Tanda mutakir adalah program Jelajah Merdeka Rakyat di Shah Alam yang dihadiri oleh cuma 300 orang setelah ahli Pas akar umbi memulaukannya kerana tidak mahukan Nuar menjadi Perdana Menteri.
 
Slogan Pas 'ubah sekarang, selamatkan Malaysia' sudah diketawakan oleh rakyat. Rakyat bertanya kembali apa yang perlu diubah, apa yang nak diselamatkan.. Imam di masjid Al Falah Ulu Yam itupun masih tetap selamat walaupun menentang kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat tak perlulah sampai nak menukar kerajaan. Berdoa di tengah padangpun sudah cukup, mesej sudah sampai kepada pemimpin kerajaan  dan UMNO/BN pasti akan menjadikan negara ini lebih aman makmur nanti.
 
Slogan 'negara berkebajikan' rakyat nampak sejak 50 tahun dahulu kerajaan UMNO/BN menjaga fakir miskin, murid luar bandar dengan pelbagai bantuan kebajikan. Kini Pas sibuk pulak dengan negara berkebajikan mengikut acuan DAP. Malulah sikit, Pas ketinggalan kebelakang selama 50 tahun berbanding UMNO/BN. Ibarat merentas desa, UMNO/BN sudah 5 kilometer dihadapan baru Pas nak meulakan langkah pertama..    
 
'Demokrasi sudah mati' slogan DAP dan PKR, hahaha.. rakyat sekali lagi ketawa. Cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap. Dalam PKR ada demokrasi??? ada??? Dalam DAP ada demokrasi??? ada???. Dalam Pas ada demokrasi??? tak ada.. bercakap sikit kena cantas, kena pecat. Tengok macam UMNO berbuih mulut Tamrin Ghaffar mengkritik UMNO, pun masih tak kena pecat. Puas dia mintak dipecat dengan pelbagai cara, mati akal dia.
 
Slogan "hapuskan rasuah dan hapuskan kroni' hahaha.. ada ke usaha dalam PKR nak hapuskan rasuah?? ada?? ada usaha nak hapuskan kroni??? ada?? menambah adalah.. sekali lagi slogan2 pakatan ini menjerat diri sendiri.

'Membangun bersama Islam' hahaha... sekali lagi jadi bahan ketawa. Apa yang dia bangunkan mengikut acuan Islam??? Ada nampak yang besar-besar??? setakat mengatakan tukang gunting wanita tak boleh mengunting lelaki tu adalah.. Mengzalimi rakyat tu ke yang mereka andaikan membangun bersama Islam..
 
Slogan 'SPR Menipu' Rakyat nampak semakin SPR 'menipu' semakin banyak pula kerusi yang pakatan menang. Semakin ramai dakwaan pengundi hantu semakin bertambah pula pengundi yang menyokong mereka. Yang sebenarnya pembangkang sedar kenapa rakyat dalam PRU12 menolak UMNO/BN. Mereka juga jelas tentang isunya. Namun mereka kini tenggelam disebabkan usaha-usaha pemulihan yang dilakukan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional. Tunggu jelah saat pakatan hendak berkubur tak lama lagi.
 
TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Kenyataan Tun M, Menyebabkan Ramai Yang Tiba-tiba Di Serang Sawan..


 

Nampaknya kenyataan terkini mantan Perdana Menteri di dalam Utusan Malaysia hari ini membuatkan ramai pemimpin pakatan haram yang meroyan dan diserang sawan babi. UMNO/BN akan menang besar dalam PRU13, itu antara intipati kenyataan Tun M.
 
Mengetuai senarai yang meroyan dan di serang sawan ialah Nuar Brahim kerana sudah tahu yang dia akan gagal ke Putra Jaya seterusnya gagal untuk menjadi Perdana Menteri. Ini peluang terakhir dia. Gagal kali ini bermakna segala-galanya gelap untuk masa depan dia. Dengan pelbagai skandal yang masih belum dapat diselesaikan, Nuar mengharapkan jawatan Perdana Menteri bakal menyelamatkan banyak keadaan yang tidak menyebelahi beliau.
 
Nik Aziz turut meroyan kerana menurut Tun M, rakyat Kelantan sudah cukup muak dan mual dan kali ini Kelantan akan kembali kepada BN. Segala petunjuk mengarah ke situ.
 
Husam Musa dan beberpa tokoh pelapis Pas juga meroyan kerana tidak berpeluang menggantikan Nik Aziz sebagai Menteri Besar.
 
Hj Hadi tidak meroyan dan tidak kena serang sawan kerana dia akhirnya akan menyertai kerajaan perpaduan  yang dia pernah anjurkan bersama UMNO/BN.
 
Khalid Gagap juga tidak meroyan kerana jiwanya selamanya UMNO, badan sahaja di dalam pakatan. Dia lebih selesa jika negara ini terus diperintah oleh UMNO/BN. Khalid nak meroyan pasal apa pulak sebab ini dia sudahpun tahu bahawa jawatan MB bukan milik dia lagi.PKR sudah ada calun pengganti. Dia dulu pernah menyerahkan lembu korban beratus ekor menggunkan duit rakyat di Parlimen Bandar tun Razak, kini dia akan kekal bertanding di situ dan PKR akan mengorbankan dia di sana. Apapun tahniah juga kepada Khalid yang telah berjaya hampir memufliskan Selangor. Tahniah kerana begitu akur dengan percaturan DAP Selangor yang di ketuai oleh RL, TK dan EW. Akhirnya tahniah kerana berjaya mendapat pencen bulanan sebagai seorang MB. Memang tuah Khalid.
 
Tahniah kerana berjaya menyelesaikan hutang talam dan menaikan harga tanah daripada 200 juta ke 300 juta. Tahniah kerna banyak rumah-rumah urut tumbuh dizaman beliau memerintah. Tidak lupa tahniah kerana memiliki sebuah bas mewah yang selepas PRU13 tentu boleh disewakan sebagai bas pelancungan bertaraf antarabangsa. Banyak lagi kejayaan Khalid yang mengwajarkan beliau menerima sekaluing tahniah ini.
 
Azmin meroyan sakan kerana Selangor bakal ditawan kembali oleh UMNO/BN dan cita-citanya untuk menjadi MB tidak kesampaian.
 
LGE dan LKS turut kena serang sawan kerana untuk pertama kalinya Tun M mengatakan jika kena gayanya BN boleh merampas kembali Pulau Mutiara dalam PRU13 kelak. Pentadbiran LGE yang mengamal CAT meresahkan bukan sahaja dikalangan masyarakat Melayudan India tetapi juga masyarakat Cina. Dengan pelbagai kemelut dalaman yang dihadapi oleh DAP maka tidak mustahil undi masyarakat Cina akan kembali semula kepada MCA dan Gerakan. Ini membuatkan LGE tidak boleh tidur lena.
 
Karpal Singki biasalah tidak ada apa yang harus diroyankan atau di sawankannya. Dia juga mungkin tidak lagi bertanding kali ini. Jika dia bertanding maka rekod akan tercipta yang mana Orang atas kerusi roda bertanding di PRU Malaysia..
 
Din Pudu meroyan sebab hajat tak kesampaian untuk menjadi MB Johor. Tun M kata Johor tetap selamat bagi UMNO/BN. Silap haribulan Din Pudu tidak jadi bertanding di parlimen dan DUN Johor. Tetapi nak pergi mana??? Kelantan siang-siang lagi sudah menolak pemimpin dari luar untuk bersenang lenang di Kelantan. Mahpooozzz kata tak kisah siapa bakal menggantikan Din Pudu di Kubang Krian. Songkok pun boleh diletakkan sebagai wakil Pas di situ. Ingat rakyat Kelantan tak tahu menilai ke..

Banyak lagi yang kena sawan ni jika hendak disenaraikan. Yang kini memegang jawatan EXCO penting selepas PRU13 kelak akan locot juga pasti meroyan. Yang menjadi ahli Parlimen secara tidak sengaja tetiba sok tidak lagi dipanggil YB juga akan meroyan. Yang menang akibat paparan video klip correct..correct juga rasanya akan hanyut. terlupa pulak, jika Nurul Izzah ni bertanding di mana-mana kawasan boleh ke dia menang. Atau Ahli Parlimen Ampang Zuraidah tu, akan kembali menjual buah ke selpeas ini. Hanya rakyat yang akan menentukan. PRU13 tak lama lagi, marilah kita bersabar.

Antara ayat power Tun M yang membuatkan ramai yang kena sawan ialah seperti di bawah:


Apakah Tun akan aktif berkempen untuk UMNO selepas ini terutama pada pilihan raya akan datang?

Kalau boleh saya memang mahu melakukan dengan aktif. Saya telah menyatakan akan terus memberi sokongan sebelum meletakkan jawatan dahulu. Namun setengah jalan saya berhenti kerana kepimpinan dalam UMNO yang terlalu teruk. Malah saya tidak dibenarkan untuk berkempen.

Kali ini jika Najib tidak membantah, saya akan terus berkempen. Ini adalah masa untuk saya membayar balik kerana melalui parti inilah saya berupaya untuk menang dan kemudian dipilih sebagai Presiden dan kemudian Perdana Menteri. Sudah sampai masa untuk saya membalas balik jasa kepada parti

 
 
"There will be no  peace unless your mind is at peace" DSN PWTC 26/11.12 Ada yang terasa ni.
 
TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.