Saturday, September 29, 2012

Habislah Pakatan..Bajet Pilihanraya Mendapat Reaksi Positif..



Naib Presiden PAS tak sabar2 nak ucapkan tahniah pada PM selepas pembentangan bajet..siap tunggu dekat kereta PM tu. Sikit hari lagi kena pecatlah tu..
 
 
Dalam media sosial berlambak dah komen pasal bajet 2013 samada dari Puak Pakatan mahupun dari kem BN. Pemimpin pembangkang selain mengutuk bajet ini turut mengatakan ini bajet PRU13. Memanglah PM sendiri mengakui diakhir ucapannya bahawa ini bajet terakhir sebelum PRU. Dia tidak berselindungpun. Malah PM siap merayu supaya rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah jika mahu pengurusan ekonomi negara ini ditadbir dengan betul. PM siap beri amaran supaya jangan tergoda dengan janji-janji manis pembangkang kerana akan buruk padahnya.

 

Baca kenyataan LGE di atas, macamlah di Pulau Pinang tu dia tak mengamalkan kroni. Apek ni terlupa agaknya bahawa semua rakyat adalah kroni BN. Dia ni hampir pitam apabila jumlah pembayar cukai semakin berkurangan pada tahun hadapan sebanyak 1.7 juta lagi apabila kadar cukai diturunkan sebanyak 1%. Eloklah tu, tak adalah banyak sangat duit rakyat yang 'disalahgunakan' oleh kerajaan.
 
Apa yang dia merepek ni, dia kata banyak projek untuk kroni, lupa ke dia semua projek tu 90%  akhirnya akan pergi kepada usahawan Cina dan sebahagiannya adalah ahli DAP. Eloklah tu. Projek mesti ada, pembangunan mesti berterusan, ekonomi mesti dirangsang, baru negara makmur dan tidak jadi macam Sweeden, Greece, Belgium dan Sepanyol. 
 
Kroni UMNO??? Tan Sri Syed Mokhtar??? subsidi gulapun sudah ditarik balik sebanyak 20 sen, hilang duit percuma beliau. Hairannya masa Robert Kuak membekal gula dulu tak ada pulak Nuar ni bising pasal subsidi gula ni. Bila Tan Sri Syed Mokhtar menjual gula, sampai dalam Parlimen Nuar komplen. Memang dia ni tidak boleh tengok Melayu berjaya. Memang dia ni ada rasa iri hati. 
 
Hutang jangka pendek negara pun  apek ni bisingkan, reserve negara naik tidak pulak di sebutnya. Lebih RM400 bilion, cukup untuk 9 bulan import tertangguh..Makno ea, kok tak ado ekspot pun bulih botahan solamo sembilan bulan, tak yah pinjam daghi IMF doh.
 
 
Taulah kerajaan mana nak cari duit tu.. apolak susah ati bona anak Nuar ni..
 
 Ni seorang lagi yang suka cakap lepas. main cakap sahaja, entah apa yang dia cakap dia sendiri agaknya tidak faham. Dia nipun tak ada kerja sangat ni, kerja utama dia ialah bergambar dengan Tian Chua. Dimana ada Nurul di situ ada Tian dan sebaliknya. Macam belangkas kata orang dan juga macam Khalid sama Elly Wong, tak boleh berpisah... hahaha..
 
 
 
 
 
 
 
Semasa bajet sedang dibentangkan beberapa kali PM diganggu oleh sorakan pembangkang. Yang paling pembangkang fobia ialah apabila setiap kali perkataan 'janji ditepati' disebut oleh PM. Nyata sekarang pembangkang amat meluat dengan dua patah perkataan tersebut. Setiap kali 'janji ditepati' disebut, maka setiap kali itulah muka pemimpin pembangkang lebam seolah-olah kena penumbuk sulong. Setiap kali perkataan itu disebut, maka rakyat secara spontan akan teringat betapa mungkirnya segala janji-janji pembangkang. Janji ditepati mengingatkan rakyat bahawa pembangkang memang tidak boleh diharap untuk membela nasib rakyat. Sebab itu puak-puak pembangkang kini menganggap 'janji ditepati' sebagai perkataan paling sensitif dalam dunia ini.
 
Sesuatu yang tidak ada pada pemimpin pembangkang tetapi ada pada PM ialah apabila dia habis berucap membentangkan sesuatu yang besar untuk rakyat dan negara dia akan bertawakkal kepada Allah. "Kepada Allah kita berserah.." begitu selalu katanya mengakhiri ucapan beliau. Jokiden dah perasan banyak kali dah.. Maknanya beliau yakin dengan sebarang keputusan yang beliau ambil.

Dalam orang sibuk memuji bajet 2013 ini Nuar memilih untuk menjadi kera sumbang. Dia memperlekehkannya. Memang itu cara dia, semua yang UMNO/BN buat mesti diperlekehkan. Katanya bajet ini hanya gimik semata-mata jika nak dibandingkan dengan bajet pembangkang. Buat apa dia sibuk-sibuk nak buat dan bentangkan bajet, kan buang masa sahaja. Buatlah kerja-kerja lain yang lebih berfaedah untuk rakyat.

Untuk membuktikan bajet kitar semula dia lebih baik, maka sibuk pulak dia mengajak PM berdebat dengan dia tentang bajet. Ish..ish.. bukan taraf dia nak berdebat dengan PM. PM hantar Ketua Pemuda je Isnin ini untuk berdebat dengan dia.. Ada berani???? Rakan-rakan Nuar dalam Pakatan Haram kehilangan punca untuk memberi komen terhadap bajet ini. Namun jawab tetap jawab bila wartawan tanya. Jika jawapan itu kelak akhirnya memakan diri sendiri, maka mereka akan tuduh media arus perdana yang putar belit.

Semua wajah tersenyum riang, tanda senang hati selepas bajet dibentangkan oleh PM kecuali wajah-wajah pemimpin pembangkang. Ado yang bongih, ado yang masam moncuko, ado yg lomau dan layu, ado yang sughul macam orang kehilangan bini dan ado yang bowajah kolat..PM pun ado sobut, lopeh ni subsidi hanyo untuk yang layak sahajo, makno ea oghang kayo macam Nuar tak da[pek subsidi laie doh.. agree or angry???? Payah yo tu klu sekarang isi minyak bas mewah RM200.00 dapek subsidi RM200.00, lopeh ni kono bayar RM400.00 ponuh..
 
 
Lawatan PM ke Paroi NSDK 29/9/12
Macam ni punya sokongan berani pulak pembangkang angan-angan nak tawan NSDK..



 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean. "Janji Ditepati" BN.

Friday, September 28, 2012

Pembentangan Bajet 2013... Pilihan Di Tangan Rakyat..


 


 

Bersempena dengan pembentangan Belanjawan oleh PM esok dan juga bersempena lawatan beliau ke NSDK pada hari Sabtu, Jokiden hendak menulis sedikit.
 
Bajet ni dibentangkan setiap tahun, di bahas dan di luluskan oleh Parlimen. Biasa dah dengan bajet ni. Ada pihak yang tertunggu-tunggu dengan pembentangan Bajet ini. Ada pulak yang tidak beberapa kisah terutamanya mereka yang selalu pening dengan angka-angka yang disampaikan. 
 
Kesedaran tentang bajet hanya sejak kebelakangan ini sahaja. Keghairahan mengenai pembentangan ini disebabkan oleh peranan media massa yang selalunya menunjukan Menteri Kewangan menjinjeng 'beg rahsia' berwarna hitam dan membawanya ke dalam Parlimen. Tambahan adanya siaran langsung oleh TV dan Radio, lalu peristiwa bajet ini menjadi penting untuk diikuti.
 
Menariknya bajet kali ini ialah ia pasti dianggap bajet pilihanraya oleh pihak pembangkang. Sementara di pihak kerajaan pula bajet kali ini sudah pasti akan berupa kesinambungan daripada bajet perihatin tahun lepas. Kalau lebih tak apa, kalau kurang.. mungkin lain kisahnya nanti.
 
Selalunya pembentangan bajet oleh Menteri Kewangan akan mengambil kira keperluan setiap lapisan masyarakat dan meliputi ke semua bidang. Tidak ada yang tertinggal.
 
Orang-orang yang berkepentingan akan memberikan tumpuan yang khusus. Para penganalisa ekonomi juga terpaksa berbuat demikian sekiranya tidak mahu kelihatan dungu dengan komen-komen yang tidak relevan apabila diminta berbuat demikian oleh wartawan.

Peniaga besar selalunya memberikan tumpuan tentang cukai koperat yang dikenakan terhadapa mereka. Tahun depan mungkin turun sehingga 22%. Itu yang mereka ingin dengar.

Para pengimport pulak nak dengar penghapusan cukai import. Perokok pulak berdoa atau berharap cukai tembakau tidak dinaikan.

Kakitangan awam juga memasang telinga di pejabat, ingin mendengar pengumuman tentang bonus, berapa bulan, berapa banyak. Pinjaman perumahan pulak dikurangkan kadar faedah..

Selain daripada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan terus dengan bajet ini, rata-rata rakyat hanya menunggu pembentangannya, kemudian tumpang gembira. 
 
Bezanya Bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan sekarang dengan yang dulu-dulu ialah falsafah "Zaman dimana kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu" diambil kira. Rakyat dari segenap lapisan kini dialu-alukan untuk memberi input yang sesuai, sehinggakan buah fikiran serta idea yang disampaikan kepada pihak kerajaan sebelum merangka bajet mencecah hingga 7,000.
 
Maknanya pelbagai sudut diambil kira sebelum sesuatu keputusan dibuat. Namun biasalah peringatan orang dahulu kala iaitu, rumah siap pahatpun berbunyi tidak dapat dielakkan daripada terjadinya.
 
Kerja membentangkan bajet sememangnya menjadi tanggug jawab sesebuah kerajaan yang memerintah. Di Malaysia peliknya pihak pembangkang juga ghairah ingin mendahuli pihak kerajaan dalam membentangkan bajet. Dulu perkara ini tidak berlaku. Di zaman Nuar Brahim menjadi Ketua Pembangkang ni semua benda pelik sudah menjadi perkara biasa pulak.
 
Orang nak bentang bajet, diapun nak bentangkan bajet. Dulu semasa pernah menjadi Menteri Kewangan dia hanya 'tukang baca' atau 'tukang sampai' sahaja dengan apa yang pegawai-pegawai di Kementerian telah sediakan. Entah dia faham atau tidak apa yang dia sampaikan tidaklah dipastikan.
 
Kinipun keadaan tidak jauh berbeza, dia tukang sampai sahaja, Ada yang mengatakan bajet hanya dirangka oleh Rafizi seorang diri, maklumlah Rafizi tu kan hebat dengan angka-angka ni. Akibatnya ramai pemimpin pembangkang yang geleng kepala dan tertunduk lesu.

Pembentangan bajet pembangkang ini hanyalah untuk gimik semata-mata ataupun Nuar ni terlampau ghairah dan merasakan dia seolah-olah sudah menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Satu. Sebab itu dia rasa bertanggung-jawab untuk membentangkan bajet. Peliknya bajet untuk PP, Selangor, Kedah dan Kelantan tidak pula dia sibuk dan ambil kisah.

Tidak kira pendekatan mana yang diambil dalam merealisasikan bajet yang dibentangkan dan tidak kisah golongan mana yang paling menerima faedahnya, realiti di Malaysia tentang kehidupan adalah pilihan rakyat sendiri sebenarnya.

Sebaik manapun bajet kerajaan jika rakyat memilih untuk tinggal di bawah jambatan, dia akan tinggal jugak di situ. Jika dia memilih untuk mengedar dadah, maka dia tetap akan menjadi pengedar.

Jika rakyat memilih untuk membuka rumah pelacuran dan membawa masuk warga asing untuk tujuan perniagaan tersebut, maka itu adalah pilihan mereka. Menerusi bajet selalunya semua infra telah disediakan oleh kerajaan sebaik mungkin, namun pilihan tetap di tangan rakyat sendiri.

Jika cukai tembakau dinaikkan, para perokok tegar tetap akan membeli dan menghisap rokok. Itu pilihan dia. Sebaik manapun bajet kerajaan, namun ada rakyat yang tetap mengundi pembangkang, maka itu juga pilihan mereka.

Untuk menjadi perogol, untuk engkar membayar pinjaman kereta. rumah dan PTPTN agaknya tidak ada kena mengena dengan bajet. Begitu juga dengan kecurian wang di Mesin ATM. Untuk hidup susah dan untuk hidup senang di bumi Malaysia ini adalah pilihan sendiri.

Untuk naik Bas Mewah, bot Mewah, Jet Mewah, untuk membeli cincin berharga RM74 juta atau jam tangan berharga RM2.5 juta, maka itu adalah pilihan rakyat sendiri.

SELAMAT DATANG PM KE NSDK. Seribu yang membenci mu, ada pula sejuta yang menyayangi mu.
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Thursday, September 27, 2012

Mahfooooodzzzzzzzzz Berbohong Lagi!!!!!!!!





Pas yakin hudud dilaksana walau dibantah DAP(Utusan 27/9/12)

 
KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pas Johor yakin pelaksanaan hudud di negara ini bukan perkara mustahil walaupun dibantah pemimpin-pemimpin DAP.
 
Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, hudud tidak bertentangan dengan Perlembagaan negara yang memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.
 
Menurut beliau, Pas juga yakin matlamat melaksanakan hudud dapat dicapai sekiranya parti itu beroleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
 
"Sudah tentu saya menyokong sepenuhnya pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berulang kali menyatakan hudud akan dilaksanakan apabila Pas menang.
 
"Saya tidak hairan DAP menolak hudud tetapi mereka perlu ingat, kejayaan pembangkang memerlukan kemenangan ketiga-tiga parti komponennya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
 

Wednesday, September 26, 2012

Melayan Rakan FB.. Selepas 55 Tahun UMNO/BN Berkuasa



 




Setelah lebih 55 tahun menerajui Negara, apakah tiada satu pun jasa & bakti UMNO Barisan Nasional yang memberi kesan pada diri & keluarga anda???

 
 
 
Baca juga artikel menarik di bawah ini
 
"Begitu cermat Anwar menyusun strategi bagi mengekang sokongan Umat Islam terhadap UMNO dan pada masa yang sama memisahkan undi cina dari MCA, India dari MIC dan mencantumkan semua sokongan ini ke dalam pakatan." Petikan maut ini boleh diikuti di KNKB. Sini
 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

Monday, September 24, 2012

Sebelum Pembentangan Bajet Jumaat Ini, Jangan Kunjungi Tempat2 Berikut..


 

Rakyat Malaysia yang tidak berkepentingan dinasihatkan agar tidak mengunjungi tempat-tempat berikut buat sementara waktu, sekurang-kurangnya sehingga pembentangan Bajet 2013 oleh PM. Ini ialah kerana tempat-tempat tersebut tidak selamat untuk dikunjungi sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu ini. Antara tempat-tempat tersebut ialah:
 
Outlet Sate Kajang, di mana juga,
Semua gerai makan Tomyam,
Pusat Membeli Belah di semua bandar2 Besar termasuk yang di MIRI dan SIBU,
Zoo Air Keroh Melaka,
Pantai Peranginan Port Dickson,
Semua Taman Tema termasuk Gambang, Bukit Merah dan Genting,
Kolam Air Panas Pedas,
Cameron Highland dan Frasser Hill,
Tasik Raban,
Menara Condong di Teluk Intan, Perak,
Bukit Bendera dan Gurney Drive Pulau Pinang,
Semua Hyper Market seperti Giant, Econsave, Tesco Extra dan Carrefore,
Semua kawasan R&R di Lebuh Raya Utara Selatan seperti Tapah, Sg Perak dan Gunung Semanggol,
KLCC, MidValley dan SOGO,
 
 
 
  Photo: 2 BUAH  PAPAN TANDA YANG DI NAIKKAN OLEH PARTI PEMBANGKANG UNTUK MENIPU RAKYAT DI NEGERI SEMBILAN , SEBUAH PARTI YANG TIDAK JUJUR SESAMA SENDIRI YANG TIDAK IKHLAS DALAM PERJUANGAN. LIHAT BETUL BETUL PADA PAPAN TANDA INI. PERSOALANNYA 1. MANA  PEMIMPIN DAP , LIM KIT SIANG ATAU ANTHONY LOKE..TAKUT NAK LETAK GAMBAR DAP KENAPA Takut , bukan kah DAPig Keluarga paling akrab. 2) CUBA LIHAT : JIKA MEREKA MEMERINTAH ; MATI LAH KITA KENA PERINTAH , BN MENTADBIR DIA MEMERINTAH : NAK MEMERINTAH YOOOO........... LOTIH LAH.....
 
Jika anda pergi juga, risiko tanggung sendiri. Segala kesusahan yang anda alami kelak semasa berada di tempat-tempat tersebut jangan salahkan UMNO/BN. Jika berjam-jam tidak mendapat tempat duduk di R&R Sg Perak, jangan salahkan orang lain nanti. Begitu juga jika anda terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk pesanan 50 cucuk Sate Kajang. Tempat Solat di mana-mana R&R juga sesak.
 
Bukan apa, minggu ini kakitangan awam telah menerima gaji, semua tempat-tempat tadi penuh sesak dengan pengunjung. Jadi sesiapa yang tidak berkenaan, eloklah elakan daripada menambahkan kesesakan di tempat-tempat berikut.
 
Apa yang Jokiden ingin sampaikan ialah, Malaysia ini cukup makmur, cukup aman dan damai. Tidak seperti yang ditohmahkan oleh puak-puak pakatan ini. Slogan PAS di atas tersebut tidak relevan langsung "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia" 
 
Cuma Jokiden tidak beberapa pandai hendak mengolah tentang ke makmuran Malaysia ini, lalu Jokiden buat dalam bentuk Amaran Keras di atas. Segala-galanya di depan mata. Masih ada yang kurang di sana sini, transformasi DSN bakal menyelesaikannya.
 
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.