Terdengar di siaran berita tadi bahawa Nik Aziz mengatakan dia bagi pihak rakyat berhak menerima BR1M. Biar betul, apakah dia sebenarnya bersedia menjadi 'bapa' atau 'ayah' kepada 'haiwan' pulak.
Dia masih mempertahankan apa yang dia sebut semasa berucapa di depan pintu Stadium tempoh hari. Dikatakan juga Azhar Idrus telah memberikan sokongan ke atas kenyataan beliau tersebut. Dalam PRU12 dulu Azhar Idrus ni begitu lantang sekali menjadi jurucakap Pas dalam setiap ceramahnya. Jadi tidak menghairankan jika kali ini dia tampil mempertahankan Nik Aziz.
Sebenarnya sebagai manusia biasa dan kerdil, seseorang itu tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Terlanjur kata ini biasa bagi ahli politik. Ulamak selalunya tutur katanya terpelihara. Jadi jika sudah terlanjur Nik Aziz sepatutnya memohon maaf sahaja daripada rakyat, daripada saudara mara, daripada ahli dan penyokong Pas sendiri.
Memohon maaf adalah mulia di sisi Islam. Sementara itu mempertahankan sesuatu yang batil adalah tidak wajar sama sekali.
Apapun mungkin ada benarnya yang Nik Aziz ini memang layak menerima BR1M bukan berdasarkan dia mengwakili rakyat tetapi kerana dia sebagai Ketua keluarga mungkin berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, pra syarat untuk menerima BR1M.
Ini ialah kerana walaupun dia menjadi MB dan bergaji besar serta layak untuk menerima pelbagai elaun yang mana jumlahnya mungkin melebihi RM30,000 sebulan, namun sejak dahulu lagi dikhabarkan oleh kebanyakan orang bahawa dia tidak mengambil sebarang gaji dan sebarang elaun.
Gaji dan elau bulanan dia 'habis' diberikan kepada rakyat dan sesiapa sahaja yang memerlukan. Maksud lain ialah semua pendapatan dia habis di dermakan. Tidak pula diketahui samada yang menerima derma dari beliau itu adalah 'ayam' atau 'lembu'.
Dia juga berkata sepatutnya dia yang mengagihkan BR1M itu. Jika dia agihkan apakah penerima tidak lagi diumpamakan sebagai binatang. Baca sini.
Perdana Menteri mengatakan "Tidak mahu membela rakyat tidak mengapa, tidak mahu menjaga rakyat tidak mengapa, tetapi jangan menghina rakyat.."
Majlis Himpunan wanita Kelantan diperantauan.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
Musibah lagi kah apabila penyokong tegar Pas disamakan dengan haiwan@binatang oleh Nik Aziz, Hj Hadi dan Azizan Razak sejak dua tiga hari ini. Kenyataan tersebut membawa keuntungan kah kepada pakatan ataupun membawa kemusnahan.
Jika membawa kemusnahan kenapa otai-otai politik pembangkang ini menyebutnya kerana mereka sepatutnya faham bahawa kenyataan tersebut umpama meludah ke langit akan tertempek semula ke muka sendiri.
Jika kenyataan itu sebaliknya membawa keuntungan dan kebaikan, kenapa lambat sangat dikeluarkan oleh mereka?? Kenapa tidak sejak setahun yang lalu.??
Di dalam pakatan ini sekarang ini siapa yang lebih berkuasa dan mempunyai autoriti untuk bercakap.? Bila Chua Jui Meng dan Boo Chua bertelagah di JB, mereka diarahkan pula supaya menutup mulut. Kata demokrasi sangat, kenapa larang orang bercakap? kenapa larang akhbar membuat laporan? kenapa pulaukan akhbar?, kenapa tengking wartawan? kenapa arahkan ahli supaya jangan membeli dan membaca akhbar tertentu?? Kenapa pulaukan atau boikot berita di TV3.??
Dalam usaha menolak Nuar Brahim sebagai calon Perdana Menteri, DAP dan Pas sudah kelihatan melampau. Mereka bukan sahaja sedang berusaha mencari tokoh lain, tetapi juga cuba mengurangkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi oleh PKR.
DAP meminta kerusi lebih. Pas juga meminta kerusi lebih? kenapa?? Ini supaya PKR yang mereka akan sokong kelak tidak mampu mempunyai kerusi melebihi kerusi DAP dan PKR. Mati hidup balik Nuar tak akan bersetuju dengan pengagihan yang sedemikian kelak.
Dia ni minta kerusi lebih untuk DAP ni..
Pas dan DAP sudah pandai pulak di dalam mesyuarat bersama pakatan mempertikaikan kewibawaan Nuar untuk menjadi Perdana Menteri. Betul ke ni?. Inikah tujuan sebenar Nik Aziz pergi menyambut hari jadi dirumah Karpal Singki dulu??
The Malaysian Insider melaporkan bahawa seorang pemimpin tertinggi Pas telah mengatakan adalah 'HARAM' Nuar meminta untuk menjadi Perdana Menteri.
Terbeliak biji mata pemimpin keadilan dan dia terus berkata bahawa Nuar tidak pernah meminta untuk menjadi Perdana Menteri tetapi rakyat yang mengangkatnya sejak pada tahun 1999 lagi. Dia juga mengatakan bahawa perkara tersebut telah dipersetujui oleh DAP dan PAS. Hahaha.. betul telah bersetuju, tetapi di dalam pakatan ini kan ada klausa 'Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju' ??
Perbuatan Pas dan DAP ini telah agak keterlaluan kerana bukan sahaja ahli Pas dan ahli Majlis Syuro Pas yang menolak Nuar menjadi Perdana Menteri, tetapi DAP juga nampaknya sudah mahu tompang semangkuk.
Yang masih tegar mempertahankan Nuar sebagai Perdana Menteri ialah Karpal Singki. Itu cuma di mulut sahaja, di hati siapa yang tahu. Lain di mulut lain di hati. Eh Karpal sebenarnya mahukan LGE sebagai Perdana Menteri. Dia pernah tersasul dalam ucapannya. Diapun sedar yang dia sendiri kurang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri, sebab itu dia cadangkan LGE. Dia nak memakai bajupun susah dan kena bantuan orang lain, macam mana nak berangan-angan nak menjadi Perdana Menteri.
Semasa Konvensyen DAP tempoh hari bila dia hendak minumpun LGE yang tolong angkatkan cawan dan piring untuk dia. Menyedari kekurangan itu Karpal berkata sebelum menutup mata dia ingin melihat LGE menjadi Perdana Menteri.
"Sobolun den tutup mato.. eden nak nengok ekau jadi PM.."
Nuar????!!, dia bagi Karpal Singki hanylah batu loncatan sahaja. Jika Nuar boleh bawa banyak kerusi untuk pakatan, apa salahnya sokong Nuar, walaupun luaran sahaja.
Bagus juga puak-puak pakatan ini bertelagah sesama sendiri kerana dengan cara itu rakyat akan dapat melihat tembelang mereka yang sebenarnya. DAP selain daripada ingin menguasai politik negara juga berhasrat untuk menguasai lebih 3,000 jawatan dalam GLC sekiranya berjaya memerintah negara kelak. Mak oii aii..
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
Jokiden ingat lagi, suatu ketika dulu Tun Dr Mahathir berucap di Perak dia mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Ketika itu dia agak penat mendengar polimik negara Islam yang ditimbulkan oleh banyak pihak.
Ketika itu UMNO/BN agak kuat maka tidak ada sesiapa yang berdocit atau berdehem atau membantah ucapan beliau tersebut samada dari komponen BN mahupun daripada DAP. Kit Siang menikus, Karpal senyap sunyi. Itulah buktinya bila UMNO kuat semua musuh Islam tidak akan berani bersuara.
Perlaksanaan undang-undang syariah di negara ini sudah menjangkau 80%. Itu pendapat salah seorang peserta muzakarah yang sedang berlangsung kini. Walaupun pengiktirafan diberikan kepada Malaysia, namun biasalah Nik Aziz dan Karpal Singki tetap tidak akan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Jikapun Nik Aziz tetiba nak menukar pendiriannya dan ingin bersama dengan majoriti penduduk dunia dalam memberikan pengiktirafan kepada Malaysia, rasanya dia kena minta 'izin' dahulu daripada Karpal Singki.
Sepatutnya setelah Pas menukar perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan, dia tidak lagi memusuhi UMNO, kerana undi Pas bukanlah lagi disebabkan Pas memperjuangkan Islam, sebaliknya undi Pas akan datang dari perjuangan negara berkebajikan disamping undi juga akan datang dari ahli DAP dan ahli PKR. Apa yang Pas nak risau lagi.
Ini tidak ayatnya masih sama iaitu "UMNO tolak Islam.." Jadi walaupun pakar sudah mengakui Malaysia negara Islam, Nik Aziz tetap tidak mahu mengakui kerana hanya itulah modal yang dia ada untuk mengikat penyokongnya supaya mempercayai bahawa UMNO menolak Islam.
Banyak juga komen-komen dalam fb dan blog dimana pencacai pakatan terutamanya puak Pas yang masih menjadikan alasan untuk menyokong Pas ialah UMNO menolak hukum hudud. Susah betul nak memperbetulkan minda mereka tersebut. Itulah yang mereka percaya.
Telah dinyatakan beribu kali bahawa UMNO tidak menolak hukum hudud Allah, yang UMNO tolak dan suruh kaji semula ialah hukum hudud Pas yang tidak adil. Itu sahaja. Kini pakar telah mengakui bahawa 80% daripada hukum hudud tersebut telah terlaksana di negara ini.
Yang mungkin masih belum terlaksana ialah hukum jenayah syariah yang Pas sibuk-sibukkan itu, iaitu orang Islam mencuri dipotong tangannya. Sementara orang bukan Islam mencuri, tangannya tidak dipotong, dia boleh dibicarakan mengikut hukum kanun keseksaan yang sedia ada. Itu yang kita kata tidak adil.
Hukum hudud Allah mementingkan keadilan, sementara hukum hudud yang Pas nak bangga-banggakan itu adalah zalim.. zalim.. dan zalim.
Mengikut bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad, undang2 hudud Pas itu dibuat di hotel oleh 'pakar' kononnya. Terdapat 7 enakmen yang beliau cabar kerana dianggapnya mengarut. Dia juga mencabar supaya Pas menyatakan nama pakar tersebut. Mari kita baca kenyataan beliau ini:
"Sebagai bukti, dikemukakan tujuh fasal yang terkandung dalam kanun itu, Fasa 43 (1) saksi boleh membatalkan hukuman yang diputuskan oleh lapan orang hakim di dua mahkamah. Fasa 43 (2) dalam kes zina, seorang saksi boleh membatalkan hukuman mahkamah dengan menarik balik keterangan dan tiga saksi lain dikenakan hukuman qazaf, 80 rotan.
Fasal 45 (3), penjenayah boleh membatalkan hukuman mahkamah, Fasa 66 Mahkamah Bicara Syariah Khas, tiga orang hakim, Fasal 67, Mahkamah Rayuan Syariah Khas, lima orang hakim.
Fasa 68, kelayakan menjadi hakim; selain ulama orang bukan Islam dan orang perempuan layak menjadi hakim di kedua-dua mahkamah tersebut dan Fasa 49, keputusan Mahkamah Syariah Khas tidak sah melainkan setelah Mahkamah Rayuan Syariah Khas mengesahkannya, barulah sah," katanya.
Beliau berkata, sesiapa yang tetap mendakwa Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 betul-betul berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah pembohongan yang besar kepada seluruh umat Islam kecuali dapat membuktikan tujuh Fasal itu tidak ada dalam Kanun Jenayah tersebut"
Ini tidak pencacai mereka sama je tegarnya dengan Nik Aziz, "UMNO takut melaksanakan hudud" atau "UMNO takut pada MCA sebab itu tak laksana hudud" Pelik kita dengan perangai pencacai ni.
Pencacai ini juga mungkin tidak pernah dengar atau terbaca komen Hj Hadi, komen Nuar Brahim, Khalid Samad dan Dr Zulkefli tentang hudud ini. Sebab itu mereka masih dengan ayat2 kuno tersebut.
Malaysia sebuah negara Islam - Muzakarah Pakar
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Malaysia adalah sebuah negara Islam walaupun tidak semua prasyarat atau kriteria negara Islam seperti mana digariskan ulama dipenuhi, demikian rumusan Muzakarah Pakar, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).
Muzakarah bertajuk Malaysia: Kemelut Negara Islam-Negara Sekular itu juga berpendapat bahawa untuk menafikan sifat Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah sesuatu yang keterlaluan dan bertentangan dengan prinsip kebijaksanaan.
Rumusan pakar itu juga menyebut bahawa pelaksanaan komprehensif undang-undang syariah umumnya, dan hudud khususnya, bukan satu-satunya prasyarat dalam menentukan sama ada sesebuah negara itu Islam atau sekular.
"Penentuan status sesebuah negara tidak semestinya terikat dengan penjenamaan, peruntukan atau perisytiharan dalam dokumen-dokumen rasmi dan perundangan. Ia juga boleh ditentukan oleh kecenderungan, amalan dan praktis yang dominan oleh sesuatu kerajaan yang memerintah," menurut rumusan yang dikeluarkan hari ini.
Muzakarah itu dihadiri 60 peserta terdiri daripada pengamal undang-undang, pegawai jabatan agama dan jabatan kerajaan, pakar akademik serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).
"Sejarah membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah bersifat sekular atau tidak beragama. Sebelum dan semasa pentadbiran British, agama Islam sentiasa menjadi nadi kepada sistem perundangan negara. Kemasukan undang-undang Inggeris mengehadkan skop undang-undang Islam tetapi ia tidak berjaya menukar sifat keagamaan negara kepada sifat sekular," katanya.
Menurut muzakarah itu juga, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan boleh dianggap memberikan identiti kepada Malaysia sebuah negara Islam. Realitinya, ia bukan sahaja diakui sebagai sebuah negara Islam, tetapi juga sebagai negara Islam contoh abad ini.
"Tiada apa-apa sekatan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang Parlimen daripada mengadakan atau melaksanakan undang-undang Islam.
"Ramai pengamal undang-undang sivil tidak sedar bahawa terdapat undang-undang sedia ada yang selaras dengan syariah manakala ahli-ahli syariah pula tidak tahu bahawa semangat dan prinsip-prinsip syariah telah pun diterjemah dan dijadikan undang-undang," menurut rumusan itu.
Muzakarah itu juga berpendapat bahawa terdapat banyak prasyarat dan ciri negara Islam mengikut penjelasan para ulama, tetapi tidak semuanya mesti dipenuhi secara tegar dalam menentukan status sesebuah negara sama ada Islam atau sebaliknya. - BERNAMA
Jangan pula nanti Nik Aziz kata kesimpulan Muzakarah ini juga mengarut.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
Jikalah semua ahli Pas dan pemimpinnya keluar meninggalkan pakatan pembangkang, maka rasanya Nik Aziz akan tetap bersama dengan Nuar dan Karpal Singki. Dia benar-benar sudah sehati sejiwa dengan musuh-musuh Islam tersebut.
Tadi TV ada menyiarkan jawapan Nik Aziz apabila ditanya apakah benar ada ura-ura Pas akan keluar dan meninggalkan pakatan dalam waktu terdekat ini.
"MENGARUT"
Itulah jawapan berbisa Nik Aziz. Jadi jika Pas akhirnya keluar dari pakatan Nik Aziz pulak mungkin kelaur Pas dan menyertai DAP atau PKR.
Agaknya jika wartawan terus menanyakan soalan berikut bagaimana jawapan Nik Aziz pula:
"Apa pandangan Tuan Guru bila Nuar mengatakan Tuan Guru tidak faham lagi agama , ada video??"
"ITU DIA PUNYA PASALLAH" Hahaha..
Apapun jawapan Nik Aziz tersebut pastilah melapangkan dada Nuar. Pastilah Nuar merasa lega kerana walaupun dia baru sahaja menghina Nik Aziz, nampaknya Nik Aziz tidak menghiraukannya. Nik Aziz menerimanya seadanya. Lagipun paparan video mana boleh pakai. Itu besi je, sesiapa boleh reka, dan sesiapapun boleh meniru suara Nuar.
Jadi kepimpinan tertinggi Pas, tidak perlulah lagi menunggu reaksi Nik Aziz. jika merasakan hubungan tersebut terus merugikan Pas, cabut jelah. Tak perlu merujuk lagi kepada Mursyidul Am.
Reporterpun satu hal, kenapalah soalan itu yang mereka tanya. Kesian kepada segelintir ahli akar umbi Pas yang asyik berdemo membantah kerjasama Pas dengan pakatan. Membantah saranan LGE dan membantah saranan Karpal Singki.
Sedangkan pemimpin nombor satu, dua dan tiga Pas begitu menyayangi pemimpin DAP dan PKR. Pas seolah-olah akan berkubur terus sekiranya tiada bantuan undi daripada PKR dan DAP. Hakikat inilah yang membuatkan pemimpin Pas tidak langsung mahu mendengar rintihan ahli akar umbi parti sebaliknya terus dengan kesombongan mereka dalam mempertahankan persekongkolan tersebut.
Aiya.. ada tulih apa aa..
Magus!!! tuan gulu aa..
Lost my words lah..
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
Ribut tidak, punting beliung pun tidak, tetiba je Nuar jatuh terjelepuk sebab dengar Ummi Hafida ada di Pegoh
Entah berapa jutalah UMNO/BN bayar pengarang The Economist ni supaya menulis sesuatu yang Nuar Brahim paling benci untuk mendengarnya.
Kebelakangan ini banyak benar pihak luar negara yang meramalkan BN akan menang besar dalam PRU13 kelak. Sudah tentulah ramalan mereka berdasarkan kepada kajian mendalam ataupun analisa yang tepat.
Kesanggupan Pelabur Cina datang ke Gebeng bulan lepas bukan sahaja menolak andaian bahawa kawasan tersebut tidak selamat oleh Radio Active, tetapi juga membuktikan kepada dunia bahawa pelabur tersebut yakin dengan kemampuan Kerajaan Malaysia dalam menjamin pelaburan mereka selamat. Faktor kestabilan sesungguhnya merupakan kreteria terpenting yang mesti ada di sesebuah negara itu sebelum pelabur berani meletakkan wang mereka.
Pelabur asing kini bertambah yakin dengan ETP, GTP dan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri. Selepas PRU13 kelak kemasukan pelabur asing ini dijangkakan akan lebih pesat lagi terutamanya di Iskandar Malaysia.
Nampaknya Malaysia akan terus makmur di bawah UMNO/BN. Habis kau Nuar, teruskanlah pitam..
The Economist Intelligence Unit Predicts BN Win 13th General Election
KUALA LUMPUR: The Economist Intelligence Unit (EIU), part of respected London-based magazine The Economist, predicts that Barisan Nasional will win the 13th general election based on its successful track record, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's reform agenda and his successful economic leadership.
For international observers, the outcome of the upcoming polls is already clear, that Barisan will be victorious, the EIU said.
It also said the opposition Pakatan Rakyat has been making "costly promises" to gain power, and these were a big stumbling block.
On all these counts, Pakatan Rakyat comes a distant second, prompting the EIU to predict Barisan to be be the winner.
The EIU, a think-tank which offers regular country, industry and risk analysis, said "it is clearly not feasible" for Pakatan to implement all of its campaign promises.
For example, providing free secondary education would cost the Government RM43bil while abolishing car duties would cut tax revenue by RM4.6bil a year, it said.
The EIU pointed out that Pakatan had broken many of its earlier promises, including financial assistance for pre-school education, for university students, senior citizens and the disabled; free healthcare for those over 65; lower property taxes; and assistance for home buyers.
In Selangor, for example, Barisan claimed that Pakatan had implemented only 15% of its 31 election pledges, worth RM2.4bil, made in its 2008 general election manifesto.
"Selangor Mentri Besar (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim commented that a manifesto is not a promise but conceded that voters may think otherwise," the EIU noted.
"The stakes are high for both ... the bidding war is likely to continue as both sides make preparations for what is being billed as one of the hardest-fought elections in Malaysia's history,” the report said.
"Both will need to appeal to young, first-time voters, given that nearly three million people in this crucial voting block have been added to the electoral register since the last election," it added.
The EIU claimed the "bulk of this group" was undecided about which party to vote for and could swing the outcome of the election.
Najib needs to win big in order to secure the future of his reform agenda, while on the other hand, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim wants to be the first to break Barisan's stranglehold on power.
A key reason for the ruling coalition's strong morale is the "gravity defying" growth of 5.2% that the country is enjoying under Najib's leadership, along with a jump in domestic and foreign investments.
And to top it all, per capita income hit US$9,700 from US$7,500 in 2010.
The EIU agrees with the upward trajectory: "Following an estimated expansion of 5.2% in 2012, we expect GDP to grow at the same rate during the 2013-17 forecast period."
Growth figures announced Wednesday by the Statistics Department showed that the economy accelerated to 6.4% growth in the last quarter of 2012 and supporting the full year growth to expand by 5.6% from 5.1% a year earlier.
Against such a backdrop, the EIU said: "No wonder the writing is on the wall for Pakatan as it tries to cobble together some opposition unity between its squabbling leaders before the polls." - Bernama
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
Ingatkan bila berkawan dengan DAP harbi ni Pas dah berubah dah, tidak seperti dulu lagi. Rupanya tidak, masih kekal dengan cara pendekatan lampau. Bila terdesak terus je kaitkan sesuatu itu dengan Halal dan haram. Kalu tidakpun Nik Aziz akan kata "itu dia punya pasallah.."
Yang berubah apabila berkawan dengan DAP harbi hanyalah Negara Islam bertukar kepada Negara Berkebajikan. Semakin jauh dah menyelewengnya puak-puak Pas ini.
Dalam motivasi jualan langsung, selalu kita dengar, 'wang bukanlah segala-galanya dalam hidup ini, namun segala-galanya memerlukan wang.
Kenyataan terkini Nik Aziz yang mengatakan penerima bantuan sama seperti binatang amatlah keterlaluan. Menyamakan segala bentuk bantuan tersebut sebagai hamPas kelapa, padi dan jerami amatlah tidak masuk akal.
Mungkin segala bantuan tersebut ciput je bagi Nik Aziz. Jikalau diberikan berlian, zamrud dan emas permata barulah penerima bantuan itu tidak dianggap lembu atau ayam itik.
Nampak sangat jiwa beliau bergelojak, bergelora dan tidak tenteram dengan segala bantuan yang kerajaan berikan kepada rakyat sejak mutakhir ini. Rakyat pula rata-ratanya bersyukur dengan pemberian tersebut. Nik Aziz juga tidak mampu untuk menghalang penyokong tegarnya daripa pergi mengambil segala bantuan tersebut. Apa susah guna je lah ayat lama dahulu, "duit ambil, undi belum tentu" kan lebih selamat daripada menghina rakyat dengan menyamakan mereka seperti ayam dan lembu.
Memberi lebih baik daripada menerima. Nik Aziz kata sepatutnya ilmu yang diberikan. Peliknya Pas tidak juga memberikan ilmu dan tidak juga memberikan wang ringgit. Pas gagal menyediakan kemudahan asas untuk rakyat. Pas gagal membela Islam apabila memengang kuasa.
Pas terikut-ikut rentak DAP. Pas menghalakan etika berpakaian untuk membuat persembahan di majlis sambutan tahun baru. Pas menarik balik larangan menutup premis perniagaan dalam bulan puasa.
Pas tidak merobohkan patung-patung besar tetapi merobohkan patung2 binatang yang kecil-kecil. Pas tidak menutup kilang arak satupun. Pas bersyubahat dengan rakan kongsinya dalam meluluskan lesen perjudian yang baru, lesen rumah urut yang baru dan lesen nombor ekor yang baru. Bersyubahat juga besar dosanya.
Pas menarik balik larangan memotong rambut kaum lelaki oleh kaum perempuan. Pas membenarkan majlis tari menari yang dianjurkan oleh rakan kongsinya. Pendek kata selama berkawan dengan DAP harbi ini Pas telah terlebih liberal daripada parti sekongkolannya.
Yang tinggal hanyalah sisa-sisa perjuangan nun di pendalaman yang belum begitu terdedah dengan arus pembangunan yang masih dapat dimanipulasi oleh Nik Aziz. Mereka itulah yanmg akan terus terpesona dengan segala halal haram yang dimainkan oleh beliau.
Sibuk Pas menaikkan kain rentang dan bina semasa PRU12 dulu yang membantah penternakan babi. Namun kini segala bantahan tersebut telah dilongkangkan. Kerajaan sekongkolan Pas di Selangor meluluskan bantuan RM200 juta untuk ladang ternakkan babi.
Pas ni betul-betul mengarut dah. Bantuan wang ringgit kepada orang Asli di Galas tu tak haram ke?? Bantuan RM200 atau RM300 seorang supaya pergi berdemo Bersih ke Kuala Lumpur tu tak haram ke??
Kutipan zakat fitrah yang kemudian diberikan dalam bentuk wang tunai kepada asnaf yang 8 tu tak haramkah??
Kutip derma daripada rakyat yang susah dalam setiap ceramah Pas, dengan terang-terang menipu mereka dengan mengatakan derma jihad, tetapi duit entah ke mana dibelanjakan itu tidak haramkah.???
Kutip duit untuk derma pembinaan Lebuh Raya Rakyat tidak lama dahulu tidak haramkah???
DAP sibuk sangat awal-awal pemerintahannya di Pulau Pinang dulu memberi fakir miskin RM100 sebulan, tidak haramkah duit itu???
Tak sepatutnya orang yang baru sahaja kembali dari mengerjakan Umrah mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. lagipun sedar atau tidak hampir setengah juta rakyat Kelantan menerima bantuan tersebut. Setengah juta itu jugalah yang dulu mengundi Pas untuk terus bekuasa di Kelantan.
Kita tunggulah sikit hari lagi dia akan kata media UMNO putar belit dan buat fitnah. Dia tak kata begitu, dan dia tak maksudkan rkyat Kelantan yang menerima bantuan itu serupa haiwan dan dia juga tidak bermkasud untuk mengatakan bahawa Pas menang di Kelantan selama 22 tahun hasil sokongan pengundi yang serupa haiwan tersebut. Tak kisahlah apa maksud dia.
Benarlah cakap Pisau, Nik Aziz ni buka mulut je, adalah musibah yang akan datang kepada Pas.
KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Ini tidak haramkah??
Ini halal ke??
Undilah Pas, tapi ingat pesan ulama pondok Kelantan, Haram hukumnya mengundi Pas..
Menuju Ke Utara, Hentian Pertama di Manjoi 5 Ptg Harap selamat dan tidak tersangkut kat palang depan. Pergerakan ini boleh mengganggu pengguna jalan raya yang lain ni. Tak haram ke tu??
Osah tak malu ea Pas ni, Malaysia dah sejak merdeka mengamalkan negara berkebajikan, Pas baru nak buat iklan untuk PRU13. Betul-betul ketinggalan zaman. Tapi nak tanya jugak ni, mana Pas amik duit beli treller ni.?? Duit parti ke, duit rakyat ke?? duit DAP ke?, atau duit kutipan derma?? Tanya je, jawablah soalan mudah tu.
Soalan tambahan.. tak haram ke ni??? tak ada ke hamPas kelapa dalam tu?? tak ada ke padi atau jerami??
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
Tak perlulah lagi Khalid nak melayan karenah ibu tunggal ini nampaknya..
Berani jugak Khalid Gagap ni ye. Beliau telah mengadap Sultan Selangor mohon perkenan untuk membubarkan DUN Selangor. Walaupun tarikh belum ditetapkan namun sekurang-kurangnya dia telah mendapat perkenan Kebawah Duli Tuanku.
SPR tentu akan kata, mereka mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan PRU itu kelak. Kita berharap sangat walaupun perbelanjaan akan menjadi besar, SPR akan mengadakan PRU secara berasingan untuk DUN Selangor ini.
Tumpuan akan lebih mudah diberikan sekiranya Selangor sahaja yang menjalani PRU ini khas untuk Dewan Undangan Negeri. Mari berentap secara anak jantan antara pakatan dengan UMNO/BN.
Bubar DUN: MB Selangor sahkan menghadap Sultan Selangor
SHAH ALAM 20 Feb.- Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan beliau telah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Capgome pada 25 Februari ini.
Menurut beliau, Sultan Selangor telah menyatakan persetujuan namun baginda mahu majlis pengumuman pembubaran DUN dilakukan dengan penuh tertib bagi menjaga nama baik negeri.
Walau bagaimanapun, Abdul Khalid tidak menyatakan tarikh sebenar bila DUN Selangor akan dibubarkan. - UTUSAN
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi Parlimen akan dibubarkan. DUN juga akan dibubarkan. Fakharol Radzi telah membuat kenyataan bahawa dia bersedia menjadi Menteri Besar menggantikan Azizan sekiranya Pas kembali berkuasa di Kedah selepas PRU kelak.
11 orang ADUN Pas pula mendesak supaya Azizan berundur. Ini taktik lama untuk menyejukan semangat penentangan yang berkobar-kobar. Dengan muka baru, harapan baru akan di bina, kudis lama diharapkan akan dilupakan begitu sahaja.
Cara pakatan hendak terus memainkan emosi pengundi beginilah antara caranya iaitu dengan menamatkan khidmatnya dan diganti dengan calon baru yang kononnya kelak akan lebih baik. Maka akan berulang lagilah cerita lama.
Blog ini juga pernah memaparkan betapa Aizan menyuruh warga KUIN yang tidak berpuas hati dengan berkhidmat di KUIN supaya 'berambus' dan mencari kerja di Universiti lain.
Dia tidak akan melayan segala tuntutan kerana bukan dia yang mengambil tenaga kerja tersebut bertugas di KUIN sebaliknya mereka sendiri yang mahu bekerja di sana. Dia juga melabelkan tenaga kerja KUIN tersebut sebagai ejen-ejen UMNO yang ingin mengganggu gugat kedudukannya sebagai Menteri Besar.
Pertanyaan, apakah 11 orang ADUN yang mendesak dia berundur tersebut juga merupakan ejen UMNO???
Kakitangan Kuin serah memorandum bantahan kepada MB
ALOR SETAR 19 Feb. - Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang sedang berjuang mendapatkan semula hak dan kebajikan mereka hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan meminta beliau agar lebih profesional dalam menangani kemelut kolej universiti itu.
Sekumpulan 20 kakitangan mewakili kira-kira 400 rakan mereka daripada pelbagai jawatan dan pangkat di kolej universiti berkenaan berhimpun di luar pekarangan Wisma Darul Aman di sini sejak pukul 11 pagi bagi tujuan itu sebelum berarak ke pintu masuk utama bangunan yang turut menempatkan Pejabat Menteri Besar.
Mereka bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki bangunan tersebut dan hanya menemui wakil Menteri Besar di hadapan pintu utama kerana Azizan dikatakan berada di Kuala Lumpur.
"Den tak layak, Karpal tak layak, LGE tak layak.. yang layak jadi PM ekaulah..den sotuju"
Elok-elok Perdana Menteri Malaysia terdiri daripada Presiden UMNO, seorang yang bertungkus lumus sejak empat tahun ini melakukan transformasi dalam pentadbiran, ekonomi dan politik demi rakyat tercinta, subuk pulak puak pakatan hendakkan seorang Perdana Menteri baru yang boleh dipersoalkan segala-galanya tentang dirinya.
Sepatutnya Pas dan Hj Hadi ni sokong je DS Mohd najib sebagai Perdana Menteri, habis cerita, segalanya akan selamat nanti. Rakyat akan didahulukan termasuklah Hj Hadi sendiri.
Dalam kenyataan terbaru Hj Hadi seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Hj Hadi mengatakan mustahil DAP akan jadi Perdana Menteri kerana hanya bertanding paling banyak 50 kerusi(Ini pun bakal membuatkan Karpal melenting ni, sebab DAP berharap akan diberikan sekurang-kurangnya 65 kerusi.. Tahupun dia, sedarpun dia.
Tentu Hj Hadi juga sedar yang Pas hanya akan bertanding paling banyak kerusi ialah 66 dan PKR lebih 90 kerusi. Lalu apa maksudnya. Jika mengikut andaian Hj Hadi, kalau DAP tidak layak, maka Pas juga tidak layak tentulah yang paling layak PKR iaitu Nuar.
Secara tidak langsung Hj Hadi bersetuju dengan DAP dan Karpal bahawa Nuarlah yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Kenyataan Hj Hadi ini mungkin untuk mendinginkan sedikit percakaran dikalangan rakan kongsi dalam pakatan sekarang ini.
Sudah pastilah kenyataan Hj Hadi ini akan mengundang rasa marah dari kalangan ahli akar umbi Pas dan juga Majlis Syura yang terang-terang tidak mahukan Nuar menjadi Ketua mereka. Kesian hj Hadi, sudahlah dihina oleh Nuar semasa berkempen di Sabah minggu lalu dimana Nuar mengatakan Hj Hadi ni tak tau, apa-apa, dia mengikut je apa yang mungkin Mat Sapu caturkan. Kesian mek amek den kek Hj Hadi ni.
Itu kalau pakatan monanglah. Bagaimana pulak jika Pas cuma menang 9 kerusi, PKR menang 5 kerusi dan DAP menang 36 kerusi?? Siapa pulak nak menjadi Ketua Pembangkang??? Nak bagi kat Nuar juga ke atau Karpal Singki akan berkeras mahukan Lim Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang???
Sebab itu Jokiden pernah sebut dahulu, daripada sibuk memikirkan siapa nak menjadi Perdana Menteri selepas PRU13 ini, lebih baik pakatan 'bocokak' pasal siapa nak menjadi Ketua Pembangkang. Tak ada mananya pakatan akan merampas Putrajaya doh.
Mustahil DAP terajui negara - Hadi
KUALA TERENGGANU 19 Feb. - Pas yakin rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP tidak akan menerajui pemerintahan negara jika mereka berjaya menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, adalah satu yang mustahil perkara itu berlaku kerana DAP tidak akan mampu menguasai majoriti dua pertiga kerusi bagi membentuk kerajaan.
Beliau yang seakan cuba meredakan kebimbangan orang Melayu terhadap pakatan pembangkang yang dilihat membantu mengukuhkan DAP, menjelaskan, DAP hanya akan meletakkan calonnya untuk bertanding di 50 kerusi daripada kesemua 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang.
Ada yang kata, kalau pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13, Malaysia akan diperintah oleh DAP. Sedangkan DAP hanya bertanding 50 kerusi daripada 222 kerusi.
Nampaknya media sosial pakatan sekarang ini sedang mengwar-warkan tentang 'pengkhianatan' UMNO dalam pembahagian kerusi Parlimen. Mereka mengatakan UMNO mengkhianati orang Melayu dengan menyerahkan kerusi yang majoriti pengundinya Melayu kepada MCA dan MIC.
Mereka sedang cuba untuk mengapi-apikan sentimen orang Melayu supaya terus membenci UMNO kerana terlalu berlembut dengan rakan kongsinya terutamanya MCA dan MIC. Tidak cukup dengan media sosial, penceramah mereka juga turut memasukkan isu ini dalam setiap ceramah mereka.
Dalam erti kata lain pakatan sekarang ini sedang cuba melaga-lagakan antara rakan kongsi BN kerana mereka melihat BN hari ini begitu solid. Pengkisahan bersiri mereka dengan mengambil contoh beberapa kawasan sebagai bukti 'pengkhianatan' UMNO terhadap orang Melayu ini begitu tersusun sekali.
Malam tadi berlangsung ceramah pakatan di Dataran Tok Dagang, Paroi Seremban. Adalah sekitar 400 orang yang hadir, itupun ramai juga orang-orang UMNO yang turut serta termasuk Jokiden. Tajuk ceramahnya biasalah 'Jom Ubah'
Hampir kesemua penceramah memasukkan tentang pengagihan kerusi di kalangan komponen BN yang dikatakan terlalu memberi muka kepada MCA dan MIC tersebut. Ini membuktikan bahawa penceramah pakatan juga menceduk bahan-bahan ceramah mereka daripada media sosial pakatan.
Antara kawasan yang dijadikan contoh tentang pengkhianatan UMNO ini ialah Sungai Siput, Teluk Kemang dan Bandar Tun Razak. Sepatutnya mereka berterima kasih kerana ketiga-tiga kawasan tersebut kini dikuasai oleh pakatan. Baguslah jika BN mengekalkan status quo di kawasan itu dan bolehlah pakatan terus meletakkan calon-calon Melayu untuk berhadapan dengan BN.
Jika hendak diambil kira kawasan majoriti kaum India di negara ini, tidak ada satu kawasanpun yang mereka mempunyai majoriti. Jika toeri pakatan hendak diguna pakai, nampaknya MIC tidak berpeluang lah untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN. Jika ini terjadi maka bolehlah mereka menjadikan bukti betapa kaum India disisihkan dalam pembahagian kerusi tersebut.
Turut juga dijadikan isu oleh penceramah pakatan ialah tentang Pulau Pinang dimana satu ketika dahulu kerusi yang dimenangi oleh UMNO adalah lebih banyak daripada kerusi yang dimenangi oleh Gerakan dan MCA. Pun ketika itu katanya UMNO masih menyerahkan jawatan Ketua Menteri kepada Gerakan.
Yang gagal difahami oleh puak pakatan ini ialah semangat toleransi dan semangat setiakawan di dalam BN, dulu kini dan selamanya. Selalunya jika tidak terdapat sesuatu yang terlalu besar dan rumit, maka kawasan yang ditandingi oleh parti komponen BN akan terus kekal mereka tandingi. Lagipun mereka mewakili BN dan secara kebetulan sahaja parti calon daripada parti mereka.
Jelas pakatan terdesak mencari isu untuk diketengahkan dalam PRU13 ini sehinggakan pengagihan kerusi dikalangan komponen BN juga turut dijadikan modal berkempen. Merka mengharapkan akan ada penyokong tegar yang marahkan kepimpinan UMNO dalam hal ini seterusnya menjauhkan diri daripada menyokong UMNO/BN.
Jangan haraplah strategi ini akan berkesan. Tak ada mananya. Penyokong tegar UMNO/BN akan patuh kepada keputusan pucuk pimpinan parti kelak. Jika ada seorang dua yang meragam dan meroyan, mereka akan dipinggirkan nanti. Sekarang ini bukannya masa untuk mementingkan diri atau individu. Sekarang ini semuanya dikehendaki mematuhi arahan pucuk pimpinan.
Sesiapa sahaja yang dipilih untuk mewakili BN akan disokong tanpa berbelah bagi. Penyokong tegar UMNO/BN juga akan akur dengan peruntukan kerusi yang dibuat oleh pucuk pimpinan. UMNO/BN akan memasuki PRU13 ini dengan penuh semangat, ceria dan bermotivasi tinggi. Ini yang pakatan tidak mahu lihat.
Disaat UMNO/BN sedang menunjukkan kesepakatan dan persefahaman yang tinggi ini, puak pakatan pulak sedang dilanda masalah kepimpinan yang serius.
Bermula dengan pemilihan CEC DAP yang memalukan dimana keputusan boleh pulak dipinda sesuka hati mengikut selera Tokong sehinggalah polimik isu Kalimah Allah yang ditimbulkan oleh Guan Eng.
Kerana dia tidak dapat mengaitkan UMNO dalam skandal pemilihan CEC, maka dia salahkan komputer pulak. Dia salahkan Microsoft, namun hendak menyalahkan diri sendiri jauh sekali.
Kemudian Harun Taib dari Pas menyerang Fauziah Salleh dari PKR, menyuruhnya diam jika tidak daham tentang hukum hakam agama. ""Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja.
"PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama," kata Harun kepada Antarapos.
Nik Aziz dari Pas menyerang karpal Singki kemudian Karpal Singki pulak menyerang Nik Aziz berkali-kali. Pas serang DAP dan DAP serang Pas.
Kemudian belum reda isu tersebut Karpal Singki dari DAP menyerang pulak Chua Jui Meng dari PKR hinggakan Karpal Singki menghina Chua Jui Meng dengan berkata, "Orang yang meninggalkan parti ibu politiknya tidak wajar dimuliakan."
Kemudian ahli-ahli akar umbi DAP dari Seremban, dari Puchong dan dari Penang bangun membantah keputusan pucuk pimpina DAP dalam kemelut pemilihan CEC. Mereka mendesak agar pemilihan semula diadakan.
Ada lagi ni, ahli akar umbi Pas termasuk kaum muslimahnya bangun memberontak dan meminta Nik Aziz segera meletakkan jawatan dan bersara dari politik. Jarang berlaku dimana ahli akar umbi dari seluruh negara bangun mempertikaikan pucuk pimpinan mereka dalam apa isu sekalipun. kini mereka sudah tidak tahan lagi di tipu sejak berpuluh tahun dahalu oleh pemimpin Pas.
Nak memenangi PRU mestilah ikut cakap atau nasihat Perdana Menteri atau TPM iaitu ahli gabungan, ahli parti dan pemimpin jangan 'bocokak' antara satu sama lain. 'Bocokak' ialah loghat Negeri Sembilan. Basa bakunya ialah bercakaran, bertelagah atau berkelahi.
Tok Mat MBNS selalu berpesan, antan sama antan bolago, ayam koliling losung yang konyang. Maksudnya jika asyik bocokak, musuh-musuh kita akan mengambil kesempatan dan akan mengalahkan kita. Jadi puak pakatan kini sedang bocokak, tuduh menuduh, serang menyerang dan bidas membidas. Macam mana mereka nak memenangi PRU kelak. Bocokak jawab eaa kalah.
Ada lagi ni, tetiba sahaja pulak di Sabah, Nuar Brahim begitu sadisnya menghina dan mengaibkan Hj Hadi Awang dan Nik Aziz. Walaupun dia kata itu putar belit, namun video mana boleh tipu. "Suara macam suara saya tetapi bukan saya.."
Nuar mengatakan Nik Aziz tidak faham agama. Hj Hadi pulak tidak tahu apa-apa, dia main ikut je. Mana Hj Hadi dan Nik Aziz nak letak muka bila maruahnya dipersendakan begitu. Pernah dulu Jokiden menyarankan agar Nasharuddin segera cabut dari Pas bila dia telah dihina kiri kanan oleh Nik Aziz dan Hj Hadi. Kini giliran Nuar pulak menghina pepimpin tertinggi Pas ini.
Ini memang kesukaan Nuar, depan orang ini dia cakap begini, depan orang itu dia cakap begitu.
Ada lagi kes ni, Dr Mujahid Rawa dalam tazkirahnya di Masjid Subang Jaya, mempertikaikan keputusan Majlis Syura kerana katanya penganut agama lain memang dibolehkan menggunakan Kalimah Allah dalam percetakan Bibble Berbahasa Melayu.
Jadi, antara parti gabungan dengan puak pakatan bercokak. Antara ahli parti gabungan sesama ahli mereka bocokak. Antara ahli akar umbi dengan pemimpin parti juga mereka bocokak.. alamatnya pakatan akan memasuki PRU13 sebagai kuda tempang. Tambahan Exonophon pulak sudah dihambat keluar dari negara ini. Habislah pakatan. Modal terakhir mereka hanyalah dana yang besar sahaja lagi yang akan digunakan pada PRU13 kelak.
Yang di bawah ni lagi parah. Mari kita baca:
11 DUN desak MB Kedah berundur gagal selesai masalah Pas
ALOR SETAR 20 Feb. - Sebanyak 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.
Ketua Unit Peti Undi (UPU) Pas, Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa, kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.
"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya Pas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek Pas Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.
Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.
Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama Pas Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya.
"Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
Kedua-dua gambar ini Jokiden ambil daripada posting fb Uda Harris Abdul Hamid. Beliau ni menyiarkan gambar ke dua-dua belah pihak samada daripada puak pakatan mahupun daripada UMNO/BN. Itu je kerja dia. Dia tak komenpun.
Kemudian tengoklah, sesiapa yang berminat bolehlah memberikan komen terhadap posting tersebut. Jokiden tidaklah sakit hati dengan cai yang dibuat oleh puak pakatan ini. Jokiden juga berhak untuk membuat cai tersendiri dan di harap puak pakatan janganlah pula berasa sakit hati.
Dalam cai pakatan di bawah mereka mendakwa di NS BN akan menang hanya dua kerusi sahaja. Pakatan akan memenangi sebanyak 6 kerusi. Kerusi mana yang pakatan akan rampas? Kerusi Tampin yang kini diwakili oleh Datuk Shahziman??? Lupakan.
Kerusi Jelebu yang diwakili oleh Datuk Rais Yatim?? Lupakan. Kerusi Kuala pilah yang diwakili oleh Datuk Hassan Malek?? Lupakan. Kerusi Parlimen Rembau yang diwakili oleh KJ?? Juga lupakan. Habis mana datangnya sasaran 3 lagi kerusi Parlimen ini.??
Yang sedang dipegang oleh pakatan hanya Rasah yang dikira selamat. Parlimen Seremban ada kemungkinan akan jatuh ke tangan BN semula. Begitu juga dengan kerusi Parlimen Teluk Kemang, dimana PKR akan berputih mata kali ini
Pakatan menuju ke Putra Jaya.
Mari kita tengok kebarangkalian yang ini pula:
NO STATE PR BN
1. PERLIS 0 3
2. KEDAH 4 11
3. KELANTAN 6 8
4. TERENGGANU 0 8
5. PENANG 7 6
6. PERAK 5 19
7. PAHANG 0 14
8. SELANGOR 6 16
9. WILAYAH 5 6
10. PUTRAJAYA 0 1
11. N. SEMBILAN 1 7
12. MELAKA 0 6
13. JOHOR 0 26
14. LABUAN 0 1
15. SABAH 0 25
16. SARAWAK 1 30
35187
+-9% 51 171
PKR 5 KERUSI, PAS 9 KERUSI, DAP 36 KERUSI, BEBAS 1 KERUSI UMNO/BN 171
Apa macam sekarang?
Saranan kepada diri sendiri ni.
Nik Aziz ni lain yang dia fikirkan dalam hati dia, lain pula yang dia cakapkan. PM pernah komen dia suatu waktu dulu. "Boleh percaya ke dia ni..sekejap cakap begini, sekejap cakap begitu" Kata PM.
Dia nampak dah apa yang UMNO lakukan terhadap memperkasakan syiar Islam di bumi bertuah ini. Dia lihat dan nikmati segala-galanya tentang Islam yang UMNO buat. Namun setiap kali dia mengkritik UMNO akan terkeluarlah dari mulutnya ayat yang sama iaitu "UMNO tolak Islam"
Tak tahulah Islam macam mana yang dia kehendaki dilaksanakan oleh UMNO ini. Dia menuduh UMNO mengamalkan semangat kebangsaan, tetapi Pas lagi teruk mengamalkan semangat kepartian. Yang hairannya pengikut dia mengikut dengan membuta tuli iaitu percaya yang UMNO ini menolak Islam. Dalam Perlembagaan UMNO yang disembunyikan oleh Pas terdapat peruntukan untuk mempertahankan dan memperjuangkan serta memelihara kesucian Islam. Di dalam Perlembagaan Pas langsung tidak ada.
Dikala seluruh dunia memperakui pendekatan Islam UMNO adalah praktikal dan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan maju, dia dan karpal Singki memilih untuk tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Pelik betullah.
Kerajaan Malaysia ini dipimpin oleh pemimpin Islam. Nik Aziz sanggup bersekongkol dengan musuh Islam untuk meruntuhkan kerajaan ini. Dia memahami hukum hakam, lalu terserahlah kepadanya selama mana dia ingin berpegang dengan kepercayaan dia itu.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
Kah..kah..kah..kah.. Pakatan memerlukan masa selama 18 bulan untuk merangka satu 'penipuan' yang menyeluruh supaya rakyat tidak dapat mengesan penipuan tersebut. 18 bulan diperlukan untuk menggarap semuanya supaya kelihatan secantik mungkin.
Memang bukannya merupakan suatu kerja mudah sebab itu pakatan mengambil masa hampir dua tahun, mengambil kira semua faktor dan mendengar denyut nadi rakyat, akhirnya pada 25 Feb 2013 kelak akan keluarlah segala janji-janji molek pakatan itu. Kita tunggu je lah.
Sepatutnya pakatan ini tidak perlu membuat manifesto baru kerana manifesto lama masih banyak yang belum ditunaikan. Rakyat masih tertunggu-tungguh. Takkan nak buat janji baru, janji lama masih valid.
Pakai je lah manifesto yang lalu tu, lagipun manifesto bukannya janji PRU. Masih elok lagi tu. Kalau langsir tu masih boleh digunakan, tak perlulah beli langsir baru, guna yang lama pun ok.
Penipuan dulu masih boleh di bawa ke hadapan. Patutlah sudah habis tempoh pemerintahan, masih banyak yang belum mampu ditunaikan kerana hendak merangkapun mengambil masa yang terlalu lama apa lagi tempoh untuk melaksanakannya.
Sepatutnya manifesto pakatan kali ini mudah je, "beri kami mandat baru supaya dapat kami menunaikan janji-janji yang lalu" Kah..kah..kah..kah..
Buatlah secantik mana sekalipun manifesto kali ini, rakyat tidak akan mudah lagi tertipu. Kan Nuar selalu cakap "rakyat bukannya bodoh, rakyat sudah cerdik, UMNO tidak mampu lagi untuk memperbodohkan rakyat.."
PRU13: Pakatan Rakyat lancar manifesto 25 Feb
Muhammad Faizal,
19 Feb 2013
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan melancarkan manifestonya pada 25 Februari nanti sempena Konvesyen Pakatan Rakyat ke-4 yang akan diadakan di Pusat Konvesyen Shah Alam.
Manifesto yang dinamakan Manifesto Rakyat yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, mengandungi empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.
Jelas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, intipati manifesto itu telah mengambil masa selama 18 bulan untuk proses rundingan dan kajian serta telah dibentangkan sebanyak dua kali di peringkat tertinggi Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
"Manifesto ini mengabungkan ke semua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan juga belanjawan 2013.
"Barisan Nasional (BN) selalu menuduh Pakatan tidak ada dasar yang khusus untuk membawa kebaikkan kepada rakyat dan negara ini, namum apa yang kita putuskan dalam manifesto ini memastikan kepentingan dan kebajikan setiap rakyat dan negara diberi keutamaan," jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini. (Gambar atas)
Jelas Rafizi lagi, pelancaran manifesto ini menandakan bermulanya kempen pilihanraya umum ke-13 (PRU13), malah beliau juga turut mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam manifesto rakyat.
"Pelancaran awal manifesto ini juga membuktikan komitmen Pakatan untuk memastikan kempen kali ini lebih tertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa oleh BN.
"Kelewatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk membubar parlimen telah memberi peluang kepada Pakatan untuk memperjelaskan dengan lebih terperinci apa yang terkandung dalam manifesto tersebut," sambung beliau lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu semakin lama Najib mengambil keputusan untuk membubar parlimen telah memberi peluang kepada rakyat untuk memahami manifesto ini.
Malah menurutnya, manifesto yang telah dipersetujui ini merupakan satu dokumen yang ringkas tetapi padat serta senang difahami oleh setiap lapisan rakyat.
"Kita tidak mengamalkan politik longkang tetapi apa yang kita bawa untuk rakyat adalah satu yang akan meningkatkan martabat rakyat serta keupayaan negara pada masa akan datang," jelas beliau.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.