Jasa Allahyarham Tun Abdul Razak amatlah besar terhadap negara ini. Selepas mengambil alih kepimpinan dengan dibantu oleh jemaah menteri yang komited, beliau tidak menoleh ke belakang lagi dalam membangunkan negara ini.
Antara buah tangan yang beliau tinggalkan untuk generasi kini ialah penubuhan FELDA ataupun Tanah Rancangan Persekutuan. Beliau amat sinonim dengan gelaran Bapa Pembangunan Malaysia. Akhbar ada menyiarkan bahawa dikala beliau meninggal dunia, beliau tidak mempunayi rumah mewah dan tidak mempunyai tanah.
Tun Hussien Onn mengambil alih teraju pemerintahan negara di saat negara mengalami keadaan yang aman damai. Selain daripada karenah Pas dan pemimpin Pas, rakyat berada dalam keadaan yang penuh harmoni dan bersatu padu, lalu Tun Hussien digelarkan sebagai Bapa Perpaduan.
Tun Mahathir memperkenalkan dasar-dasar baru yang lebih pragmatik dalam pelbagai bidang. Beliau telah memperkenalkan industri berat untuk mengambil alih industri pertanian. Pelbagai cabaran dan dugaan yang beliau tempuhi, namun beliau ternyata berjaya merubah landskap negara. Terlalu banyak yang diperkatakan tentang ligasi beliau terutamanya projek-projek mega yang kononnya membazir tetapi kini ternyata sangat berjaya dan melonjakkan nama negara. Beliau akhirnya diiktiraf sebagai Bapa Perindustrian atau Bapa Pemodenan Malaysia.
Dalam tempoh 4 tahun mengambil alih teraju negara Dato' Seri Mohd Najib telah membuktikan bahawa dirinya sesuai dan berkemampuan memikul amanah untuk menjaga negara ini. Yang paling penting untuk rakyat ingati ialah dikala adu domba, cucuk mencucuk dan laga melagakan antara beliau dengan Tun Abdullah, beliau tetap tenang dan tidak pernah melatah. Akhirnya beliau mendapat apa yang sepatutnya menjadi milik beliau.
Dengan gagasan satu 1Malaysia beliau dalam masa yang singkat telah membawa banyak perubahan. IMalaysia bukannya slogan semata-mata tetapi mempunyai lebih 140 pengisian yang tidak beberapa disedari oleh rakyat. Beliau layak digelar sebagai Bapa Trandformasi Malaysia.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Setiap pemimpin ada ligasinya. Namun yang seorang ini tidak ada ligasi tetapi apa yang dia tinggalkan semuanya basi.
Dia ni memang selayaknya digelar Bapa Pelarian. Dari Melaka bertanding ada menang dan ada kalah dia tinggalkan segala kudis, cabut lari ke Penang. Gagal memberikan khidmat bakti di tempat sendiri dan supaya rakyat tidak keterlaluan dalam mencemuhnya maka dia larilah.
Di Penang dia bertanding, ada menang dan ada kalah. Merajuk setelah Tanjung 3 tidak juga menjadi kenyataan dan dia cabut ke Perak. Banyak kudis yang beliau tinggalkan di Penang. Di Perak dia bertanding ada menang dan ada kalah. Tidak langsung berjasa kepada Parlimen Ipoh Timur yang dia wakili. Kini cabut pula ke Johor, konon nak buat 'giant killer' lah tu.
Dia akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah dan Nuar selaku Ketuo Umum sudah umumkan sebentar tadi..
Dia akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah dan Nuar selaku Ketuo Umum sudah umumkan sebentar tadi..
Nampaknya dia akan do or die dan mungkin riwayat politiknya akan berakhir dan berkubur di Johor atau selepas tu dia akan cabut bertanding di Singapura pula. Mana tahu. Maka sesuai sangatlah dia digelar sebagai Bapa Pelarian.
Nuar pula kita nak panggil Bapa apa??? Rasanya ramai yang mempunyai jawpan bernas dalam pertanyaan tersebut. Jawablah sendiri.
Apa hal ni uncle..??
PKR "serah" kerusi Gelang Patah kepada Kit Siang
JOHOR BAHRU 18 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya 'mengalah' kepada DAP apabila memberi laluan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding kerusi parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran DAP di Taman Sutera Utama di sini malam ini, sambil menyifatkan isu 'perebutan' kerusi di Johor sudah selesai.
"Kita tidak nafi memang ada sedikit masalah yang timbul berhubung kerusi itu sebelum ini, namun Kit Siang memberitahu saya dia sudi bertanding di situ, jadi saya menyokong penuh hasratnya itu," kata Anwar.
Kerusi Parlimen Gelang Patah menjadi punca sengketa antara PKR dan DAP Johor apabila Pengerusi PKR negeri, Dr. Chua Jui Meng menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan tersebut tetapi ditentang oleh Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau.
Pada pilihan raya 2008 lalu, kerusi tersebut ditandingi oleh wakil PKR, Dr. Zaleha Mustafa tetapi tewas kepada Tan Ah Eng daripada BN dengan majoriti 8,851 undi manakala pada 2004, ia ditandingi oleh calon Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Malah, Cheng Hau juga secara terang-terangan dalam kenyataan berbahasa Mandarin kepada media Cina baru-baru ini meminta campur tangan Anwar atau Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya mengambil alih kepimpinan PKR Johor.
Sementara itu, kelibat Jui Meng tidak kelihatan pada majlis itu malam ini. - UTUSAN
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
No comments:
Post a Comment