Saturday, May 12, 2012

Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju..Muktamad..Faham Tak???

Tak reti bahasa kah..?? berapa kali saya mahu cakap??


Malam ini Kapal Sinki muncul lagi di TV. Kata-katanya bukan sahaja memedihkan hati penyokong PAS tetapi juga memedihkan hati penyokong UMNO. Walaupun kenyataan dia menempelak Hj Hadi, namun orang Islam merasakan Kapal Sinki juga sebenarnya menghina Islam.

Tetapi perbuatan Kapal ini mungkin dimaafkan oleh puak PAS kerana Kapal Sinki bukan Islam dan 'dia tak faham Islam', walaupun dalam dolak dalih puak PAS mereka mengatakan Kapal Sinki dan pemimpin tegar DAP yang lain 'sudah faham Islam.'

 hudud

Buatlah apa alasan sekalipun, kemukakan apa hujah sekalipun untuk meringankan sedikit kebencian terhadap Kapal ini, hakikatnya ialah beliau terus terang menolak Islam. "Oklah Kapal menolak Islam sebab dia bukan Islam, ini yang mengaibkan ialah orang UMNO menolak Islam.." Ayat tersebut selalu sangat diulang-ulang oleh puak PAS.

Dalam media statemen tadi jelas Kapal mengingatkan Hj Hadi, bahawa tidak ada perbincangan dan persefahaman tentang hudud antara pakatan pembangkang. Jelas kapal menjadi hero DAP.

Di satu pihak lagi, Hj Hadi dan Nik Aziz akan menyanyikan semula isu hudud ini menjelang pilihanraya. Semua faham tu, Kapal faham, LKS faham, LGE faham, LKY faham, Nuar pun faham. Lalu Hj Hadi dan Nik Aziz muncul pula sebagai hero puak PAS. Seperti yang Hassan Ali pernah dedahkan.. akur dulu.. yang penting Putra Jaya...

Apakah mereka ini sebenarnya berlakun??? Dalam lakonan tersebut DAP mestilah dilihat sebagai pihak yang mesti menang. Tidak mengapa, biarkan mereka berlakun. Cuma cara Kapal mengherdik Hj Hadi adalah keterlaluan. Kapal mengunkit-ungkit kisah lama, persetujuan lama, persefahaman lalu dan mengingatkan bahawa mereka 'telah bersetuju untuk tidak bersetuju' dengan perlaksanaan hukum Islam sekiranya memegang kuasa kelak. Siapa sebenarnya yang mereka hendak bodohkan ini..??

Memutar belitkan ayat, yang mudah jadi susah, yang lurus jadi bengkok. Cakap berpusing-pusing. Cara penyampaian dalam ceramah juga begitu. Pokoknya ialah DAP tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud dan PAS juga sebenarnya tidak ingin untuk berbuat demikian. Isu hudud timbul ialah untuk mengekalkan undi kepada PAS sahaja. Untuk mengkaburi mata, PAS pindalah sedikit sebanyak enakmen di Kelantan, Kedah dan Terengganu, namun apa yang penyokong mereka dapat???

Yang menimbulkan masalah ialah setiap kali Kapal membuka mulut, mengherdik Hadi samada wajahnya mencuka atau tersenyum selamba, Hj Hadi terus akan tertunduk, tergamam dan bisu. Bila tersedar kembali mulalah dia akan fokuskan kepada "itu semua salah UMNO dan putar belit media UMNO." Itu sahaja yang dia mampu lakukan dan secara tidak sedar dia juga menjadikan Kapal Sinki sebagai Hero.

Pernah kah kita dengar Kapal mengherdik Presiden dan Timbalan Presiden MCA??? Pernah dia maki hamun Presiden Gerakan atau Presiden PPP?? UMNO pernah juga dia herdik sekali sekala. Namun yang sepanjang masa mengatakan UMNO ini begitu, UMNO ini begini ialah PAS dan PKR.

Walaupun Hj Hadi mungkin boleh menerima herdikan Kapal, LGE dan LKS, namun sebahagian besar orang Melayu sukar menerimanya lebih-lebih lagi yang menghubung kaitkan Islam. Seruan untuk kesekian kalinya Tuan Guru Hj Hadi Awang, bawalah penyokong dan ahli PAS bersatu dengan UMNO menjelang PRU13 ini. Biarkan PKR dan DAP terkincit-kincit. Kemudian mintaklah jawatan Menteri ke, Exco ke, GLC ke selepas PRU13 nanti. Ini bukan dari hati Jokiden seperti yang pernah disuarakan dulu, ini hanyalah semata-mata strategi politik untuk survival Melayu dan Islam di negara ini. Jangan kemukakan banyak sangat syarat atau bertarunglah dalam PRU13 kelak tanpa bai'ah. Boleh bai'ah tetapi bukan menceraikan isteri. Boleh cerai isteri, tetapi bukan talak tiga..Cari yang lebih logik sedikit. 

Keluar dari pakatan haram sekarang supaya tidak dituduh sebagai menikam dari belakang kelak. Jika perlu mandat ahli, ada masa lagi untuk memanggil persidangan atau muktamar luar biasa dan kemukakan usul.

Cubit paha kiri paha kanan sakit juga. Sebusuk-busuk daging, dicecah dimakan juga.


Ambiga wakili Bush Merayu Kepada UMNO Minta Hukuman Ringan..


George Bush didapati bersalah

KUALA LUMPUR 11 Mei - Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) yang bersidang hari ini memutuskan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush bersalah atas kesalahan melakukan jenayah perang dan penyeksaan terhadap tahanan perang di Iraq dan Afghanistan.

Selain Bush, tujuh individu lain iaitu bekas Naib Presiden AS, Richard Cheney; bekas Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld; peguam kepada Presiden Bush, Alberto Gonzales; Penasihat Utama kepada Naib Presiden, David Addington; Penasihat Utama kepada Setiausaha Pertahanan, William Haynes II; Penolong Peguam Negara, Jay Bybee; dan bekas Timbalan Penolong Peguam Negara, John Choon Yoo turut didapati melakukan kesalahan serupa.

Para panel hakim diketuai Presidennya yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Lamin Mohd. Yunus membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan Bush dan sekutu-sekutunya melampaui keraguan munasabah sepanjang sesi pendengaran mulai Isnin lalu hingga hari ini.

Jokiden terkeluar dari suasana politik semasa untuk seketika. Namun posting ini masih berkaitan dengan politik dan kuasa juga.

Semalam kita agak terkejut juga apabila Presiden Obama telah melahirkan sokongan terbuka kepada perkahwinan sejenis. Lantak dialah.

Suatu ketika dahulu manusia yang paling berkuasa atas muka bumi ini iaitu GW Bush dan sekutunya Tony Blair The Lier telah mengada-adakan alasan untuk menyerang Iraq. Dunia menyaksikan berlakunya kekejaman yang tiada tolok bandingannya dan hari ini dunia juga mengakui bahawa alasan WMD hanyalah rekaan Bush dan Blair.

Suatu ketika dulu juga jika Bush pergi kemana sahaja dalam dunia ini dia akan disambut dengan demontrasi, tanda  protes, waima dia pergi ke Israel negeri sahabat karibnya sekalipun. Di Thailand dia disambut dengan demo, begitu juga di Singapura dan Indonesia.

Satu-satunya negara di dunia yang menyambutnya tanpa demontrasi dan protes ialah Malaysia, negara yang diperintah oleh BN dan diketuai oleh UMNO. Panjang juga kisah ini. Malangnya Bush tidak memijakan kakinya di bumi bertuah ini.

Sekarang negara hebat ini telah membicarakan Bush. Dia di dapati bersalah dan dia dibenarkan merayu. Jadi apa lagi tunggu, Ambiga atau Lim Chee Wee sila ambil perhatian.

Posting ini untuk arkib Jokiden atas dasar menghargai peranan mantan Perdana menteri, mantan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kepada UMNO mereka menyandarkan harapan..


Jasa mu dikenang..


Bilalah puak pencacai pembangkang nak spin kenyataan Tun M ni tentang Tun mengakui kehadiran bersih3 sebanyak 250,000 orang??


Sambutan Kelahiran UMNO Yang Ke 66..Dato' Seri Najib Hampir Tersilap Cakap



Mari kita renungkan perkara-perkara berikut yang berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil 

1. Stadium Nasional menjadi saksi pada malam ini bahawa UMNO tetap relevan sebagai wadah perjuangan orang Melayu. UMNO tidak rasis dan sanggup berkongsi kuasa dengan rakan-rakan yang lain dalam komponen BN

2. Kehadiran soheh lebih 100,000 orang mewakili lebih 3.5 juta ahli UMNO. Pemimpin parti komponen turut hadir meraikan hari lahir 'abang tua'. Setiap orang teruja dan amat bersemangat.

3. Presiden parti hampir tersilap cakap yang dia ingat dia sedang menonton perlawanan bolasepak antara MU menentang Liverpool. Namun menyedari yang beliau sedang memperkatakan sesuatu yang serious di depan ahli partinya maka, beliau tidak meneruskan ungkapan tersebut.

4. Presiden juga hampir tersebut tarikh PRU13 iaitu sekitar Jun

5. Perhimpunan raksasa jika berniat baik tidak memerlukan polis dan FRU yang ramai. Cukup sekadar untuk menjaga keselamatan VVIP dan kelancaran lalu lintas. Ambiga nyata terkedu dengan sindiran UMNO ini. Polis tidak tension dan santai.

6. Kasih sayang terhadap Presiden UMNO paling lama memerintah Tun Dr Mahathir Mohamad jelas tidak dapat disembunyikan. Setiap kali namanya di sebut, sambutan gemuruh daripada ahli parti menyambutnya. Dia hanya  tersenyum simpul.

7.  Khidmat polis dihargai dan mereka terharu kerana tiada makian dan kata cercaan yang mereka terima walaupun jumlah yang hadir begitu ramai.

8. Mereka yang menganggap UMNO sudah tidak bersemangat, hilang aura, lemah, ditolak generasi muda dan sudah jumud, ternyata silap dan terpaksa menelan pahit kebenaran di depan mata.

8. Rakyat di desa-desa dan pendalaman merasa selamat selagi UMNO kuat dan gagah perkasa.

9. Parti lain juga berjasa tetapi jasa UMNO kepada Agama, bangsa dan negara jauh lebih besar mengatasi jasa parti-parti lain.

10. UMNO TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Friday, May 11, 2012

Terkini Khalid Ismath Pengsan Bila Melihat Gambar Ini..

Kami sokong UMNO, dulu kini dan selamanya..amik kau Khalid. Siap tunjuk jam omega tu


Mohd Khalid Ismath yang ayahnya orang kuat Kohilal tersebut merasa cemburu yang amat sangat apabila mengetahui awek-awek cun yang cuba dipikatnya semuanya berada dalam barisan hadapan UMNO dan menjadi ahli Puteri.

Dia gagal mengajak puteri-puteri jelita yang bersopan santun tersebut mengikut dia ke Dataran Merdeka tempoh hari. Last-last gadis tersebut berada di Bukit Jalil hari ini. Mahu tak dia pengsan.

Gambar ini akan menjadi bahan kempen PRU13, dan gambar ini akan membuatkan PAS merana. Kita tidak boleh sebiadap ini dalam tindakan kita.


Kalau yang ini pun pakai baju merah mau dua kali Khalid tu pengsan. Yang sebelah tupun ada iras2 khalid ni hahaha.

SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI UMNO YANG KE 66. KEKAL MEMBELA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Penghinaan Paling Dasyat Di Abad Ini....

Kesian dua-dua tak berani angkat muka bila kena sound dgn king. Terpeleot!
   

Jika lah PRU diadakan dalam waktu terdekat ini, bermakna PAS mengharunginya dalam keadaan paling hina. Yang menghina pula ialah rakan kongsi mereka DAP. Sebab itu sebelum tulisan ini pergi jauh, saya menyarankan kepada Presiden PAS dan keseluruh kepimpinannya..lupakan bai'ah dan bersatulah dengan UMNO tanpa syarat. Rakyat  pasti menyokong.

Jika persekongkolan dengan PKR pun penyokong boleh terima, apa lagi penyatuan dengan UMNO. Cumanya jangan banyak sangat syarat-syarat, bersatu dulu, bincang dari dalam. Seperti sekarang ini PAS terpaksa melupakan dulu perjuangan asal mereka, demi untuk mengejar kuasa dan demi untuk ke Putra Jaya.

Dapatkan Putra Jaya dulu, yang lain-lain boleh cerita kemudian. Itu pendekatan yang diterima pakai oleh PAS sekarang.

Ingatan harus diberikan kepada Hj Hadi dan keseluruhan ahli PAS bahawa DAP tidak akan sekali-kali membenarkan PAS berbuat sesuka hati dalam perkongsian kuasa tersebut. belumpun DAP mendapat kuasa penuh mereka telah sewenang-wenangnya menghina rakan kongsi mereka tanpa belas ihsan.

Apakah Hj Hadi selepas ini ingin menafikan bahawa beliau berkata begitu dan ingin mengatakan bahawa akhbar arus perdana tersilap lapor, atau itu semua fitnah UMNO??? Maruah.. maruah.. tuan Haji. Kapal Sinki bukan sahaja menghina Presiden PAS tetapi sebelum itu pernah menghina Nuar Brahim dengan menyarankan supaya Nuar segera bertaubat.

Nik Aziz juga pernah di hina oleh Kapal Sinki ni.. Insaflah wahai Presiden PAS, bawalah penyokong kepada penyatuan dengan UMNO dalam BN. Ia lebih baik dan lebih bermakna daripada terus-terusan menerima penghinaan daripada DAP. Merajuklah sekarang dan datanglah kepada UMNO.

Ini hanya saranan Jokiden, bukan kehendak hati Jokiden.  

"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Banyak blog telah mengulas petikan di atas, tetapi dalam bahasa kasarnya ialah Kapal Sinki seolah-olah berkata "Tak reti bahasakah, nak saya ulang-ulangkah.. jangan sebut pasal hudud..jangan sebut..jangan sebut.."

Apalah maknanya perjuangan, apalah maknanya kehidupan sekiranya menyebut pun tidak boleh dan tidak dibenarkan, apa lagi hendak melaksanakan. Cukup menghinakan apabila DAP menganggap apa sahaja yang Hj Hadi sebut semuanya merupakan retoriiiiiiiiikkkkk. Cabut Tuan Hj, cabutttttt!!!

Hassan Ali pernah berkata "Apalah gunanya Putra Jaya, jika air mata berjurai-jurai, Islam entah kemana, raja-raja entah kemana..."


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"

Uuuwweekk!!! Jarang Muntah.. Tapi Kini Nak Termuntah NI..


"Burger!! burger!! mari..mari beli satu dapat dua.".


Selalunya orang muntah disebabkan tekaknya merasa loya atau tersilap makan atau juga terminum racun. Ingatkan hari ni Jokiden tak mahu posting apa-apa, hanya mahu membaca sahaja. Namun tak tahan juga kerana tekak merasa cukup loya dan nak termuntah sangat ni. puncanya?? Bukan sebab bau burger..tetapi ialah kerana..

Bila terbaca komen si Ambiga (Bega=Degil) tu yang mengatakan penjual Burger di hadapan rumahnya terdiri daripada orang-orang yang tidak matang lalu rasa nak muntah uuuuwweekkkk!!!. Lagi katanya jumlah 20 orang itu sudah cukup mengganggu privasinya..uuwwweekkkk!!!. Lagi katanya biarlah rakyat menilai terutamanya rakan-rakan kejiranan dia.

Dia juga ingin mendengar ulasan dari pemimpin negara. Dia tak akan bayar ganti rugi.."lihatlah di belakang saya ini ramainya pemimpinNGO yang akan bersama saya..buat apa saya nak bayar" katanya lagi. UUUWWWEEEKKK!!!

Baru 20 orang datang berdemo aman di depan rumah dia dah dikatakan mengganggu privasi dia, belum lagi 50,000 orang, belum lagi 300,000 orang dah sesak nafas. Belum lagi ada kebisingan, belum lagi ada jerit pekik, dan belum lagi tampal apa-apa dipintu rumah dia. Belum lagi ada ucapan. baru satu jam, belum lagi 30 jam seperti yang berlaku di Dataran Merdeka.

Kreatif juga idea Mohd redzuan Abdullah tersebut, cuma jangan kecoh-kecoh, berniagalah secara aman di situ, seminggu, sebulan atau setahun. Itu hak anda, 'salah apa' orang lain tidak boleh kata apa-apa. Cuma nak bagi Ambiga rasa tak selesa dengan kehadiran sebanyak 20 orang.

Pandai pulak dia bercakap pasal privasi, uuuwwweeekkk!!! habis privasi pelancong  di dataran Merdeka bagaimana?? Privasi orang nak menunaikan solat di Masjid Negara bagaimana?? Privasi orang naik naik LRT bagaimana?? Ada dia kisah. Privasi peniaga di Jalan TAR macam mana?? Ada dia kisah??  

Dia nak tunggu ulasan dari pemimpin kerajaan, kita nak juga dengar komen maut dari Nik Aziz dan kesusahterawan negara ni. Nak juga tau apa hukumnya, halalkah berniaga di depan rumah Ambiga atau haram kah?? rakyat nak tahu ni. Menjejaskan imej negara ke tidak. Pelabur takut datang ke tidak??, Banyak tak pihak yang menanggung kerugian akibat demo aman 20 orang  tersebut. banyka tak burger laku??

Kalau banyak laku burger di sana, maknanya tempat di Situ adalah tempat yang strategik untuk penjual burger, boleh diteruskan.

Eh terlupa pulak Jokiden, nak juga dengar komen dari Majlis Peguam yang AGM nya tak pernah cukup korum tersebut. Nak juga dengar komen dari Suhakam. Nak juga dengar komen dari Xenophon gay dari Australia ni.

Ambiga ni ingat bila dia suruh Irene Fernandez tu buat statemen mengatakan Malaysia tidak selamat bagi pekerja Indonesia, maka lenyaplah isu bersih dia. Orang akan asyik beri tumpuan pada isu keselamatan pekerja Indonesialah.. Silap dia tu. Selagi isu perusuh tak selesai, selagi polis tak tangkap semuanya, rakyat majoriti tidak akan melupakan isu bersih3 yang teramat kotor ini. Selagi dia tidak didakwa kerana menghina mahkamah, selagi itulah rakyat akan bersuara.

Pandai Pulak si Ambiga ni mengatakan 20 orang tersebut tidak matang. Dia matangkah bila mengingkari perintah mahkamah?? Nuar dan Azmin matangkah bila menyuruh pendemo merusuh.?? Yang tidur baring atas jalan tu matangkah?? Yang menyepak polis trafik tu matangkah?? Atau yang menterbalikkan kereta peronda polis itu adalah merupakan contoh kematangan paling tinggi??

Duduk menjual burger dan ada 20 orang pembeli tidak matang bagi Ambiga?? Habis mungkin tanda kematangan bagi Ambiga ialah bila pendemo berani memaki hamun polis, memanggil polis sebagai anjing UMNO. Itu yang lebih matang?????????  memijak-mijak kereta polis, memukul polis sampai koma, membaling botol.. itu tanda kematangan.. Atau paling kecil tanda kematangan ialah apabila perusuh meninggalkan sampah sarap bertimbun dan menyuruh DBKL membersihkannya. Itu matang???? Uuuuuwwwweekkkk!!! Muntah den. Stop.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Thursday, May 10, 2012

Pengundi Hantu..Pengalaman Jokiden..Part One

PART ONE
Hantu sedang membuang undi, tak siapa nampak..cuma kamera boleh rakam

Setiap kali tibanya pilihanraya di negara kita ini banyak isu ditimbulkan bagi menyemarakkan mood pengundi dan ini dilakukan untuk mengubah pendirian pengundi supaya berpihak kepada mereka. Mengapa isu ditimbulkan? Salah satu sebabnya ialah bagi menutup sebanyak mungkin kudis atau kelemahan parti yang bertanding tidak kira dari kalangan BN mahupun pembangkang.

Antara isu yang menarik untuk dijadikan modal kempen ialah isu hudud dan pengundi hantu. Dalam PRU kemampuan pemimpin untuk pergi kemerata tempat adalah terhad. Sebab itu jentera di peringkat kawasan masing-masing adalah penting. Isu ditimbulkan dan dijawab. Jika gagal menjelaskan akibatnya pengundi atas pagar akan memberikan undi kepada pihak lawan dengan andaian isu yang ditimbulkan adalah benar.

Bagi penyokong totok atau tegar sesebuah parti, sebarang isu selalunya tidak beberapa berkesan untuk mengubah pendirian mereka. Ceritalah pasal skandal sex Nuar atau Azmin sampai tak cukup kertas, penyokong totok tidak akan mengubah pendirian mereka sebab mereka mempunyai alasan lain kenapa perlu menyokong Nuar, Azmin atau Nik Aziz.

Begitu juga penyokong setia UMNO/BN pembangkang boleh kutuk apa sahaja, cerita perkara benar atau fitnah, cerita pasal rasuah, kroni, kejam dan sebagainya, penyokong totok BN tetap akan undi BN kerana mereka mempunyai sebab lain kenapa mereka memilih BN.

Pengundi yang tidak berpihak, yang atas pagar, kata Hassan Ali ada sekitar 3 juta orang. Mungkin tak sampai kot. Mereka ini tunggu dan lihat. Mereka boleh memberikan undi kepada kiri atau kanan. Mereka bebas. Undi kepada pembangkang boleh, kepada BN juga boleh.

Yang boleh mengubah pendirian pengundi antaranya ialah faktor calon yang bertanding. Pengundi atas pagar tidak peduli, mereka ingin lihat calon dahulu. 40 tahun dahulu benar, jika BN letak songkok bertanding mewakili parti pun boleh menang. hari ini jangan wei!! nahas. Contoh jika Ummi Hafilda bertembung satu lawan satu dengan Azmin Ali di Parlimen Gombak, soheh Azmin akan menang selesa dan majoriti bertambah. Jika Hassan Ali pulak bertembung satu lawan satu dengan Azmin Ali di Parlimen Gombak, soheh Hassan Ali akan menang walaupun tidak selesa. Sebab-sebabnya... kita cerita kemudian. 

Faktor saat akhir yang mempengaruhi pengundi atas pagar ini ialah rasa benci dan marah pengundi. Parti mana yang paling dibenci oleh pengundi atas pagar ini pada pagi hari mengundi, maka sah parti itu tidak akan mereka pangkah. Calon mana yang mereka lebih suka di pagi hari mengundi, soheh calon parti berkenaan lah yang mereka akan pangkah. Ada sesiapa yang boleh menjelaskan kenapa budak kecik yang tidak pernah berjasa kepada nusa dan bangsa, tidak pandai Berbahasa Kebangsaan selain daripada membuat rakaman video meneruis kamera teleponnya akhirnya tetiba je boleh jadi MP di Kelana Jaya. Ce citer..

Faktor sehari dua sebelum hari mengundi juga memainkan peranan. Parti mana yang dilihat oleh pengundi tidak bersungguh-sungguh pasti akan ditolak. Parti yang bilik gerakannya muram, pudar, tidak aktif juga boleh menyebabkan pengundi hilang selera untuk memberikan undi. Ini termasuklah kurang ceramah, kurang jamuan, kurang kunjungan rumah ke rumah dan kurang poster. Semua itu mamainkan peranan. Sebab itu Tayiiiiiippp Endorgan siap cat bas dalam kempennya. Parti yang bilik gerakannya ditutup sebelum daripada hari membuang undi soheh akan kalah.

Faktor di pagi hari mengundi juga turut melibatkan wang atau RM. Parti mana yang menyediakan duit minyak bagi pengundi luar  berkemungkinan besar memperolehi undi. Cara duit minyak diberikan juga boleh memusingkan undi. Contohnya di bilik gerakan sesebuah parti yang terletak jauh sedikit dari pusat mengundi didatangi oleh pengundi luar, lalu minta duit minyak.. seorang petugas berkata dengan sopan santun, "pergi undi dulu..lepas selesai mengundi datang sini, kita bagi" Prosidur mungkin begitu tetapi kesannya mungkin berlainan. Dia pergi ke peti undi dengan hati yang bercampur geram, lalu memangkah parti yang satu lagi. Kemudian dia datang kembali dan giliran dia pula untuk tersenyum.. "Ok dah selesai.. meh duit minyak.." Petugas memberikan duit minyak, no hal punya tetapi parti sudah kehilangan satu undi. Ada juga kes pengundi tadi tidak datang kembali dan terus berlalu setelah membuang undi. Soheh jika itu terjadi undi dia telah pergi ke pihak lawan.

Petugas yang kasar di tempat menyambut pengundi juga menjadi faktor kepada pengundi atas pagar membuat keputusan. Sesungguhnya di pagi hari mengundi tersebut semua kelakuan, pertuturan, tindakan serta sindiran atau gurauan akan membawa kesan. Kita berurusan dengan manusia.

Jangan dilupkan faktor IT di pagi hari mengundi. SMS, Tweet, telefon bimbit dan Facebook pastinya memainkan peranan kali ini. Penghebahan berita palsu bertujuan untuk mempengaruhi pengundi di tempat lain akan berlaku seawal jam 10 pagi pada hari mengundi. Contohnya mereka sudah menang tanpa bertanding, calon lawan tak datang, calon salah isi borang, kita hanya perlu 25 kerusi sahaja lagi untuk ke Putra Jaya. Berita palsu ini boleh merebak dan berterbangan di alam masa dalam waktu yang amat singkat kelak. Ialah maxis pun akan buat duit pada pagi berkenaan.

Faktor takdir, juga akan dijadikan sms yang akan berlegar di pagi berkenaan untuk mempengaruhi undi pada saat akhir. jangan terkejut jika semua nombor telefon bimbit pengundi ketika ini semuanya sudah ada dalam data base parti-parti politik. Contohnya tak undi parti tertentu akan masuk neraka, tak undi PAS akan ditimpa bala, atau anak ditimpa bala.. maka dalam 10 minit sahaja penyedia rankaian telefon bimbit akan mendapat laba dan penghantar mesg benar-benar dapat bala. Satu sms kena 50 sen, jika hantar 10 sms bil sudah jadi RM5. Dijangkakan untuk tujuan PRU13 ini kelak sebanyak 4 billion sms akan dihantar atau diterima.    

Berbalik kepada isu-isu yang sering dimainkan setiap kali menjelang PRU. Nampaknya isu hudud masih tetap relevan bagi mengekalkan sokongan orang lama di Kelantan. Apabila pengundi luar kembali pada pagi hari mengundi atau sehari sebelumnya mereka akan melihat suasana dan keterujuaan mereka ketika itu akan menentukan parti mana yang mereka akan pilih.

Selalunya pengundi luar dari Kelantan bila kembali akan memberikan undi kepada PAS. Mungkin Dr Awang Adik atau Tok Pa boleh mengesahkan perkara tersebut. Sebabnya??? kita cerita kemudian.

Isu pengundi hantu lebih merupakan isu se Nusantara dari Perlis hingga ke Sabah. Di tempat-tempat tertentu isu ini tidak diperbesarkan sangat oleh pembangkang kerana mereka juga terlibat dengan undi hantu ini. Mana kita pernah dengar isu pengundi hantu ditimbulkan Di Permatang Pasir, di Anak Bukit, di Bukit Bintang dan di Ipoh Timur? Kenapa mereka diam sahaja ditempat-tempat tersebut??

Pernah tak kita terfikir kenapa banyak kesilapan berlaku dalam daftar SPR??? Petugas SPR yang dilantik oleh SPR adakah semuanya jujur. Berapa ramai orang-orang dari parti pembangkang yang bertugas dengan SPR, samada secara kontrak mahupun sebagai kakitangan tetap. Apa peranan mereka di sana??

Bolehlah dikatakan isu pengundi hantu setiap kali menjelangnya PRU atau PRK adalah sesuatu yang wajib ditimbulkan. Jika tidak ada isu ini Pilihanraya tidak meriah. Ia samalah seperti isu lemang dan rendang semasa musim menyambut....... 

IKUTI SAMBUNGAN PENGUNDI HANTU..PENGALAMAN JOKIDEN INI DI POSTING SETERUNYA KELAK. PART TWO. 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Wednesday, May 9, 2012

Tuan Guru Haji Hadi Mula Dah...Noh Gadut Sindir Nik Aziz

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Dulu sebelum ayam berkokok, Hudud akan dilaksanakan.. Kini??, "Hudud ni kena faham" 

Rakyat lama faham dah, rakyat faham cakap atau janji orang belum dapat kuasa dengan cakap orang setelah memegang kuasa memang berbeza. Di PP lagi teruk, janji nak hapuskan tol tidak perlu ditunaikan kerana itu "janji tak sengaja, kitapun tak tahu yang kita akan menang.. "  Itupun ramai yang mahu percaya. Hahaha.


Dekat sangat dah nak pilihanraya ni, dah ada bunga-bunga hukum hudud mula keluar dari pemimpin-pemimpin PAS ni. Mari kita baca laporan di bawah:

 
"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. -
Bernama/Sinaran Harian

Bab mencipta alasan logik dan munasabah ni, pemimpin pembangkang memang pakar. Tidak mengapalah jika kenyataan dulu dan yang terkini bertentang seperti langit dengan bumi, tidak mengapa. Alasan dulu sesuai untuk masa itu, Alasan terkini sesuai untuk masa kini. Dia ingat rakyat lupa dengan apa yang dia sebut dulu.

Tak boleh laksanakan hudud sekarang sebabnya jeng!! jeng!! jeng!!

Gaji minumun belum ada (Dah ada dah 1 Mei hari tu dah umum)
Kemiskinan? (Dah tak banyak dah orang miskin dalam negara ni. Nak 100% sifar kemiskinan alamat sampai bila tak akan habis.
Masalah pengangguran? (Malaysia ni tak seteruk Amerika, nak 100% sifar pengangguran mana boleh capai)
Mesti dilaksankan ikut proses demokrasi (Demokrasi lama dah di negara ni)
Semua alasan tersebut nampaknya untuk memuaskan hati LKS dan KS semata-mata.

Sekarang ni sejak berpelukan dengan LKS, maka Hj Hadi berkata begitu, dulu jangan haraplah. Itu sebab rakyat berpendapat puak pemimpin pembangkang ni bercakap ikut sedap mulut je. Atau mereka bercakap dalam mimpi masa tidur. Sebab mereka suka tidur waktu majlis sedang berjalan. Lepas bila terjaga dan kena berucap, terus je berucap, maka apa yang ada dalam mimpi tadi terus dia sebut.

Orang depan tak segan tidur, orang di belakang apa lagilah..berdengkur.. Kalau Ibrahim Ali tidurrrrrr, siap kau..

Kalaulah kenyataan di atas keluar dari mulut Datuk Ahmad Said ke, Awang Adek ke, Dr Mahathir ke atau Ibrahim Ali, mau tak cukup tiga hari tiga malam dia mengutuk.

Berita TV malam ini memaparkan Datuk Noh Gadut, bekas Mufti Johor, berkata: "sesiapa yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan maka orang itu adalah rendah akhlaknya" 

Yang kita dengar marah sangat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan pasal demontrasi haram ni ialah Nik Aziz dan Shamsul Ketot. Sampai dia nak minta tubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Apa kita nak herankan, Mufti Alazhar Mesirpun jika mengeluarkan kenyataan yang tidak menyebelahi Nuar Brahim akan ditempelak jugak oleh Nik Aziz ni. Dia sudah taksub melampau kepada Nuar.
  
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

Apa Lagi Tunggu Nasharuddin...Cabutlah....




Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Nasharudin Mat Isa dan menyifatkan kebimbangan bekas timbalannya itu berhubung penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak harus dilayan.
Abdul Hadi berkata, kebimbangan Nasharudin itu hanyalah suara kecil dalam parti dan Pas hanya akan mendengar suara daripada pihak yang besar seperti parti politik atau kerajaan, bukannya daripada seorang individu.
“Saya mewakili pemimpin-pemimpin Pas merasakan tidak perlu melayan pandangan individu. Saya hanya akan melayan pandangan kerajaan dan pihak-pihak yang kita anggap besar.
“Pandangan yang kecil-kecilan ini kita tidak perlu dengar," katanya kepada pemberita pada Program Santai BBQ Bersama Presiden Pas di sini hari ini.
Nasharudin meluahkan kebimbangan beliau terhadap penularan gejala LGBT dalam wawancara Mingguan Malaysia hari ini dan menyatakan hukuman Allah SWT terhadap perbuatan terkutuk kaum Nabi Lut AS sebelum ini sepatutnya dijadikan iktibar oleh setiap umat Islam.-Utusan

Kenyataan Presiden PAS tersebut jelas menunjukkan bahawa bekas Timbalan Presiden itu kini hanya seperti melukut di tepi gantang. Kehadirannya di dalam PAS sudah tidak diperlukan lagi. Adakah patut Hj Hadi menganggap Bekas Presiden PAS ini sebagai 'orang kerdil' dan pendapat serta buah fikiranya bertaraf budak tadika yang tidak perlu dilayan atau diberi perhatian.

Inilah dia sebenarnya perangai Pemimpin PAS. Cuba Nasharuddin terus-terusan menhentam UMNO sudah pasti dia masih disanjung dan dipuja walaupun beliau dikalahkan oleh Mat Sapu dalam pemilihan yang menyaksikan pengiraan undi berlarutan hingga jam 3 pagi.

Bayangkan nak mengira kertas undi sebanyak 1200 helaipun PAS mengambil masa 10 jam, apalagi kalau mereka terpaksa mengira kertas undi sebanyak 12 juta, mau sampai 3,4 bulan baru dapat keputusan.  

Pergeseran antara Nasharuddin dengan kepimpinan PAS ini bukan lagi menjadi rahsia. Nik Aziz sebelum itu telah beberapa kali mengutuk Nasharuddin ini dengan melebelkan dia sebagai agen UMNO, talibarut UMNO dan musuh dalam selimut. Pendek kata semua tentang diri Nasharuddin adalah cerminan wajah UMNO.

Kini beliau dianggap oleh Hj Hadi sebagai insan kerdil, tidak penting dan bukan orang besar. Orang besar yang harus diberikan perhatian oleh Hj Hadi ialah Nuar Brahim. Dia mengikut telunjuk Nuar Brahim secara total termasuklah dalam isu menjaga keselamatan Israel dan isu bersih tempoh hari.

Apa lagi tunggu Utz Nasha, cabutlahhhhhhhhhhh, jangan jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Tinggalkan PAS yang semakin ramai berpendapat ia sebagai parti ajaran sesat tersebut. Oopp!!! terlupa Jokiden, mungkin dulu dia pernah tanda tangan bai'ah kot, jika cabut gugur talak 3 isteri yang disayangi.. jika talak satu masih ok lagi, talak 3, kena guna cina buta wei!! Ada berani.

Itulah masalahnya dengan PAS ni, bai'ah tu biarlah benda-benda yang masuk akal sikit, misalnya jika keluar dari parti PAS kena denda RM73.00 ke, atau keluar PAS kena bawak Majlis Syura pergi umrah ke?? adalah munasabahnya. Ini sampai nak guna cina buta, tunggu je lah, walaupun hati bengkak. Alasan tetap ada seperti, "jiwa saya masih bersama PAS,..PAS masih relevan.. bla..bla.."   

"Masuk tidak memenuhkan, keluar tidak meluakkan"
"Habis madu sepah dibuang"

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Bila Durian Sudah Runtuh..Tandanya..Jeng!! Jeng!!..Jeng!!?

Di Sandakan.. 20/4/12


Melihat PM DSN makin teruja, makin santai dan semakin 'cool' ramai juga dikalangan pemimpin pembangkang yang bertambah pening dan sukar tidur malam. Tidak pernah mereka melihat seorang Perdana Menteri yang dihujani dengan pelbagai cabaran, tetapi masih mampu tersenyum. 

Sekurang-kurangnya wajah melambangkan hati. Wajah adalah cermin hati. Orang katalah. Jika muka berkerut tandanya fikiran tengah berserabut. Ada juga orang yang mampu menyembunyikan perasaan hatinya lalu apa yang dipancarkan oleh wajah tidak melambangkan apa yang ada sebenarnya dalam hati mereka.

PM bukan sahaja ceria setiap kali menemui rakyat tetapi juga kelihatan bertenaga dan tidak 'lomau' (bahasa NS, Maksudnya lesu) walaupun terpaksa mengharungi jadual harian yang padat. Ini melambangkan keyakinan beliau yang tinggi dan nampaknya beliau sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. Hahaha Bila??? bila?? Bubar Mei, mengundi Jun, possible, possible.. mungkin. Atau nak tunggu September, lepas raya???

Ada tak rakan-rakan bloger yang menyemak program PM dan TPM ke luar negara?? Ada tak pembatalan program tersebut?? Umpamanya 17 Jun ke, 18 Jun ke.. Kalau ada soheh tu Parlimen nak bubar. Sedia je lah.

Apapun rakyat juga nampaknya sudah bersedia untuk ke peti undi. Harap-harap ada rakan bloger yang membuat undian bila hendak mengundi. Tahun inikah atau tahun hadapan.

Pembangkang nampaknya belum bersedia, jika lagi lambat lagi mereka suka. Sebab itu mereka buat macam-macam hal dan helah. Tak nak bubar DUN lah, nak tungguh SPR benar2 'bersih' lah, nak buat berasinganlah.. Ish..Ish.. Takut cakaplah takut. Takut rakyat menjadi hakim negara??? Sibuk betul pembangkang ni mintak PM beritahu awal-awal tarikh PRU13. Tak logik langsung, keistimewaan itupun mereka nak kongsikan dengan PM..

Macam-macam alasan yang mereka sediakan sekiranya mereka kalah kelak. Alasan yang paling mujarab biasalah kita pun tahu, ialah SPR menipu, SPR tak telus, SPR tak bersih, ramai pengundi hantu..bla..bla.. apa lagi alasan??? Nak salahkan polis tak boleh dah, apa kena mengena dengan polis pulak bila rakyat dah membuat keputusan. SPR je lah yang mereka ada..hahaha.. tau dah.

Yang pembangkang naik risau terutamanya PAS, ialah PM DSN ni apabila dia telah mengambil satu-satu keputusan, dihujung ucapan dia, pasti dia sebut "kepada Allah kita berserah.." Itu melambangkan kesucian hatinya. Dia bertawakkal. Pening PAS, pening.

PM nampak tenang dan santai ini mungkin disebabkan oleh semua tranformasi yang beliau perkenalkan dalam tempoh 3 tahun ini berjaya dan diterima baik oleh rakyat. Memang terdapat segelintir rakyat yang tidak memahami sepenuhnya tranformasi beliau, namun rata-rata rakyat menerimanya dan rakyat boleh menyandarkan harapan.

Jadi dijangkakan dengan 'runtuhnya durian tembaga' Felda ini pengumuman tarikh pembubaran Parlimen mungkin tidak lama lagi lah tu. Pembangkang letih dah. Dulu mereka anggap PRU 13 bulan September 2011, sebab itu mereka buat bersih2. Kemudian mereka jangkakan bulan Mei 2012 sebab itu mereka buat bersih3. Ini nak buat bersih4 pulak. Tak sempat dah, rakyat terlebih dahulu telah membersihkan mereka. 

Jokiden teringat kata-kata mantan PM Tun M apabila beliau membubarkan Parlimen untuk membolehkan PRU 10 diadakan pada tahun 1999, apabila ditanya kenapa pilih tarikh tersebut.. "Saya tak boleh lagi dah nak motivate rakyat, setakat tu je lah.." Maknanya dia juga bertawakkal.. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. Ternyata Terengganu ketika itu bukan setakat tenggelam tetapi hanyut terus.


Ps: Keindahan terdapat di dalam ketidak tentuan, tetapi ketidak tentuan adalah lebih indah..

Tuesday, May 8, 2012

Durian Runtuh!!! FELDA Disaman Lagi..

Felda Jengka 8..8/5/12

Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian bonus kepada peneroka Felda dan juga kepada kakitangan Felda  hari ini. Ianya disambut dengan tepukan gemuruh oleh sebahagian yang sempat hadir sebanyak 50,000 orang.

Sok sek pembangkang telah mula kedengaran dan komen-komen negatif telah berlegar di alam maya. Ada yang kata, mana nak cari duit RM1 billion lebih tu. Setengahnya kata RM15,000 tu sikit sangat, sepatutnya setiap peneroka dapat RM50,000. Semua itu telah dijangkakan kerana mereka semuanya terdiri daripada spesies yang tidak bersyukur dan tidak pernah merasa puas. Buatlah apapun, sebaik manapun mereka tidak akan berpuas hati.

Yang menjadi persoalannya sekarang ialah peneroka yang membawa kes ke mahkamah tersebut yang berjumlah 8 orang. Mereka dalam delima, nak ambil salah tak ambil rugi pulak. Telan mati mak, luah mati bapak ni..

Tak ambil nanti RM15,000 bukannya sikit, nak ambil rasa malu pulak bila PM cakap sebaiknya mereka tak yah ambil kerana mereka menentang penyenaraian tersebut. Menentang satu hal, menghasut peneroka lain supaya menentang lagi satu hal. Ish..Ish..


Tergadai...tergadai..tergadai.., tergadai tanah peneroka... itulah modal hasutan mereka. Dia ingat senang-senang ke kerajaan nak gadaikan tanah orang..  Punya susah payah kerajaan nak menjaga warga Felda ni, dengan mudah je pulak nak digadaikan..Tak masuk akal langsung..

Tapi mereka ini kaki pusing, nanti mereka pusinglag sama seperti kes BR1M, kutuk, maki, caci, rasuah, haram, tetapi mereka sapu jugak. Mereka akan berselindung di sebalik slogan.."Itu hak mereka.." Samalah dengan kaki tangan kerajaan yang mendapat segala imbuhan tetapi pada masa yang sama menikam kerajaan dari belakang atas alasan itu hak mereka.

Jadi kita mungkin dengar kumpulan 8 orang tersebut mungkin menyaman Felda lagi kerana terpengaruh dengan hasutan bahawa mereka sepatutnya dapat RM50,000.00 dan bukannya RM15,000.00. Saman jangan tak saman.  Hahaha.. 




"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

Mak Datuk, Kenapa Begini Jadinya...




Suami RM5,000, Isteri RM5,000, Anak RM5,000

 
Terima Kasih FGVB
 
Dialog yang tidak ingin kita dengar.


Isteri: "Bang nak kemana ni pakai lawa-lawa ni?.."

Suami: "Ish kamu ni, tak dengar ke pengumuman PM tadi, aku nak ke pejabat ni?"

Isteri: "Pengumuman apa!!.."

Suami: "Durian ghuntuh dan dian gugur..kito dapek banyak bonus ni"

Isteri: "Apa kena mengena dengan abang pulak, kan abang tak suka, abang tak tandatanganpun borang hari tu, abnag hasut oghang jangan sotuju, lupo ko abang dan 7 oghang laie bawak ko mahkamah.."

Suami: "Ekau mano tau..itu politik, kalau den tak tontang aghi tu, soheh tak macam ni doh..ini sobab den dan yang 7 oghang tu lah yang dapek macam ni, tau tak.. dah, tie abang mano Pah??"

Isteri: "Iyolah tapi abang tak sain, tak dapek doh..!!! molopong yolah.."

Suami: "Ish, tulah kau mano tau, eden yang potamo sain aghitu, macam BR1M kan sonyap-sonyap yo kito dapek, tie abang mano Pah."

Isteri: "Iyo ko bang!!!!"

Pelbagai dialog boleh dicipta dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai penyenaraian FGVB. Yang pakar dalam hal ini ialah Paneh Miang dan Hussin Lompoyang. kita tunggulah dari mereka. Namun sebelum itu ikuti kenyataan di bawah. 

Kakitangan Felda turut nikmati durian runtuh

MARAN 8 Mei - Kakitangan Felda turut mendapat manfaat daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) apabila memperoleh bonus khas berjumlah dua bulan setengah gaji melibatkan semua peringkat staf selain mendapat pink form.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, bonus khas itu adalah tambahan kepada bonus yang diterima kakitangan Felda. - UTUSAN

PM minta peneroka tidak jual saham FGVH yang diberi


JERANTUT 8 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu warga peneroka tidak menjual saham Felda Global Ventures Holdings yang akan diberikan kepada mereka demi masa depan generasi Felda seterusnya.

Menurut Perdana Menteri, walaupun mereka boleh mendapat wang tunai yang banyak jika menjual saham-saham tersebut namun mereka perlu lihat kepentingan jangka panjang.

"Jika simpan jangka panjang ia boleh beranak untuk anak cucu kita dan tiap-tiap tahun kita akan dapat dividen.

"Lagi pun kita tak akan kurangkan sedikit pun apa yang tuan-tuan terima sebelum ini. Bonus produktiviti pun dapat, duit raya, pinjaman perumahan dan banyak lagi bantuan akan tetap diteruskan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Maajlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Menurut Najib, tanah peneroka yang tetap juga tidak terusik dengan penyenaraian FGVH sekali gus menangkis tuduhan pihak pembangkang sebelum ini. - UTUSAN

Sebenarnya Jokiden malas nak melayan puak-puak yang tak tau bersyukur dengan nikmat Allah swt ini. Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmat itu, sebaliknya jika kamu kufur, siksaKu amatlah pedih.

Terdapat juga segelintir peneroka yang termakan hasutan pembangkang dan menetang penyenaraian FGVB, atas alasan semuanya akan tergadai kelak.

Kok tergadaipun apo salah eaa.. tanah kerajaan, suka hati kerajaanlah nak gadaikan. Kok Nuar berkuaso pun dio nak ambek balik tanah-tanah felda ni nak bagi kek oghang lain.. Dia ingat ramai orang yang suka pergi menjadi peneroka kat Kalimantan dan Sumatra tu.

Berbuih mulut Tan Sri Isa dan Datuk Ahmad maslan menerangkannya tetapi yang mereka suka nak percaya ialah kata-kata hasutan Mazlan Aliman tu. "Tanah peneroka tak diusik... tak seincin pun tanah milik peneroka diambil oleh PKF..bla..bla.." Namun yang puak-puak penentang ni nak percaya ialah yang negatif sahaja.

Pembangkang tahu, jika peneroka berterima kasih kepada kerajaan mereka akan hilang undi bonus. Semua itu politik murahan mereka. Biar peneroka azab selamanya asalkan mereka dapat undi. Inilah politik sekolah tadika pembangkang.

Melihat imbuhan yang tersenarai di atas rasanya esok jugak Jokiden nak mohon jadi peneroka FELDA.. Huuaawaaaa!!!! Jokikau warga Felda, bukan Jokiden..

Terdapat berpuluh-puluh blog pembangkang yang menceritakan tentang perkara negatif yang berlaku dalam FELDA ini hinggakan tidak larat nak membacanya.

Impian tersembunyi seluruh  syarikat perniagaan dalam dunia ini ialah untuk berjaya di senaraikan di Bursa Saham negara mereka suatu hari kelak.


Hidup dan Tahniah  Warga FELDA. 


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Kerana Mulut Lancang... Habislah Mahpoozz Tak Layak Bertanding.

  

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan yang merana. Peribahasa lama tersebut sungguh dalam maksudnya. Orang Melayu zaman dahulu amat terkenal mempunyai kaedah tersendiri yang cermat, yang halus dan yang tidak menyinggung hati nurani dalam memberikan teguran kepada sesuatu pihak. 

Daya kreatif orang zaman silam dalam mempastikan peraturan serta undang-undang dalam masyarakat dipatuhi, telah mencipta kaedah menegur yang amat bersopan. Peribahasa, simpulan bahasa, bidalan, sindiran dan kiasan digunakan dengan berkesan sekali. Cuma pada hari ini orang sudah tidak ambil pot lagi tentang sindiran tersebut.

Cuba kita perhatikan ungkapan-ungkapan ini: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Musang berjanggut. Bapa borek anaknya rintik. Tangan yang mencincang, bahu yang memikul. Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya. Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Selenggang seayun. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tidak kelihatan.

Ada beratus-ratus jumlahnya yang masih relevan sehingga ke hari ini. Terkini yang paling popular ialah Jangan jadi seperti Si Tenggang ataupun anak Si Tenggang. Satu lagi yang dipopularkan oleh Naib Presiden PAS iaitu orang gila lebih waras daripada orang tidak gila. Pada masa ini penciptaan peribahasa pula giat dilakukan oleh Karam Singh Wallia. Hahaha..

Oleh kerana gagal memahami peringatan lampau tersebut maka Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar atau lebih terkenal dengan nama glamer nya Mahpoozzz Bean (kerana dia banyak menimbulkan kelucuan) telah mengadapi masalah. dia bakal disaman RM5 juta oleh rakan separtinya dulu akibat membuat fitnah. Dia dan Khalid Samad telah menabur fitnah dengan mengatakan Datuk Dr Hassan Ali telah mendapat pembiayaan dari KBS untuk kos jelajah anti murtadnya.  Datuk Dr Hassan Ali terasa tersinggung dengan kenyataan tanpa asas Mahpoozzz Bean tersebut dan dia menuntut permohonan maaf. 

“Saya telah melantik barisan peguam yang diketuai oleh Hasnal Reza Merican untuk mewakili saya dalam membawa kes ini ke mahkamah,” katanya.

“Saya bawa kes ini ke mahkamah untuk membersihkan nama baik saya dan pertubuhan yang saya pimpin.”
Baca seterusnya di sini.
Diharapkan kes ini dapat dipercepatkan supaya hukuman setimpal dapat dikenakan kepada si Mahpoozz dan si Khalid. Biar tuntutan tersebut tinggi mengikut nilai fitnahnya iaitu RM30 juta. Nanti bila mereka gagal membayar, maka minta mahkamah penjarakan dia. Biar lama sikit supaya dia tidak layak bertanding.

Si Mahpoozzz ni bukanya banyak membawa kebaikan kepada parti, kepada rakyat dan kepada negarapun. Tidak rugi kalau dia tidak berada dalam senario politik Malaysia ini. Sejak dahulu semasa dia menjadi pencacai sehingga dia menjadi Ketua Pemuda, perangainya tidak berubah-ubah. Maki hamun dan fitnah menjadi asam garam hidupnya.

Ingatkan bila sudah jadi Naib Presiden dan dah menjadi MP, perangai dia patut berubah sikit, jadi lebih matang, lebih berhemah dan lebih berilmu. Ini tidak, masih mengekalkan cara lapuk, cara gedebe, sumpah seranah dan menjaja fitnah siang dan malam. Berhujah di Parlimen pulak ada kalanya terkeluar dari garis panduan dan batas kesopanan, hingga memalukan rakyat dari kawasan yang dia wakili. Nah rasakan.

Sekali fikir memang patut dan layak si mahpoozz ini disaman kerana dia bercakap sedap mulut je. Dia menuduh sembarangan je. Mentang-mentanglah dia memgwakili parti ajaran sesat, sesuka hati dia je nak berkata apa pun. Ini masih ramai menunggu pendedahan dia tentang Gerakan Khas Pendaftaran warga asing sebagai pengundi. Orang masih menunggu buktinya ini. Kata hari tu dua tiga hari keluarlah bukti. Mana dia atau nak tunggu SPR pulak saman.

Bila kena penjara kelak bolehlah dia 'launch' gerakan bersih dikalangan banduan yang lain. Nasib kaulah mahpoozzz..

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

Rasa Nak Gelak..?? Mari Baca Kisah Ni..Datuk Ali Kantoi..


Santai Sikit...
 
Gambar Hiasan.

Hidup ini kan penuh dengan peristiwa, penuh warna warni, suka duka, tawa ria, pahit manis. Asam garam kehidupanlah katakan. Rakaman segala peristiwa tersebut akan kekal dalam lipatan sejarah. Terdapat satu kisah yang agak menarik juga untuk dikongsikan dengan pelawat blog ini.

Kisah ini mungkin agak lucu sedikit, namun terpulanglah kepada cara pembacaan dan persepsi masing-masing. Ianya berlaku di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur sekitar tahun 1993. Maknanya sudah hampir 20 tahun berlalu. Jika masa tu seorang anak kecil lahir, tahun depan dia sudah boleh mendaftar menjadi pengundi yang sah dan pada PRU14 boleh mengundi.

Kalau ada yang terlupa tahun 1993 merupakan tahun pemilihan MKT UMNO. Masa tu team wawasan tengah mewarnai politik UMNO. Mereka begitu dominan sehinggakan Tun Ghaffar keluar pejabat dengan hanya sebuah beg plastik. Dari Perlis hingga ke Sabah, semuanya bercakap mengenai team wawasan. Roadshow dalam pemilihan UMNO ketika itu mengalahkan senario roadshow pemilihan Presiden Amerika.

Hinggakan apabila team wawasan berada dikemuncak keseronokan (climaxlah tu) Tun Mahathir yang ketika itu berada di luar negara terpaksa mengarahkan supaya roadshow ala Amerika tersebut dihentikan serta merta. Masa tu team wawasan sedang berada di Kuantan. Sebahagian daripada tokoh UMNO dalam team wawasan masih ada yang kekal sebagai Ketua Bahagian sehingga ke hari ini.

Terdapat ramai tokoh yang bertanding ketika itu merebut pelbagai jawatan dalam MKT. Yang paling ramai ialah mereka yang bertanding merebut 25 kerusi MKT. Masa itu budaya politik wang telah mula menjadi barah dalam UMNO. Sebelum itu ada juga sikit-sikit budaya politik wang ini, tetapi tidaklah seteruk pada sessi pemilihan tahun 1993 tersebut.

Siapa yang mempunyai wang yang banyak akan diburu oleh para perwakilan. Calon-calon yang 'sengkeh' awal-awal lagi sudah 'kalah' Setakat tersengeh dan salam kosong je..alamatkan hanyutlah.. Ada masuk, undi masuk. Salam kosong, undipun kosonglah..Itu kisah dulu.  Kini budaya politik wang dalam UMNO sudah jauh berkurangan. 

Tahun mendatang budaya politik wang lagi akan berkurangan kerana Presiden UMNO sekarang telah memutuskan sesiapa yang mengamalkan politik wang, memenangi jawatan dengan cara menyogok perwakilan, soheh tidak akan dipilih menjadi calon dalam pilihanraya.. Ada berani??

Dipendekan kisah, terdapatlah seorang tokoh tu yang nak bertanding merebut jawatan dalam MKT. Namanya Datuk Ali (soheh bukan nama sebenar)

Datuk Ali ni seorang yang kaya, namun agak kedekut sedikit. Kemutlah sikit mengikut bahasa orang muda. Dia seboleh mungkin tidak mahu 'menghulur' kepada perwakilan. Namun dia sangat rajin dan berusaha keras untuk memenangi hati perwakilan. Semua majlis perjumpaan dia akan hadir, senyum, sengeh, salam.. hulur tak dak.. kosong.

Kemana saja dia pergi, sengeh, senyum meleret dan salam..hulur tidak jugak. Akhirnya perwakilan apabila nampak dia muncul, akan cepat-cepat menghilangkan diri. "salam kosong je buat apa, ni baju anak aku belum beli lagi ni.." rungut seorang perwakilan dan terus cabut sebelum Datuk Ali dapat memegang tangannya.

Datuk Ali sebenarnya tidak begitu mengenali perwakilan, maklumlah ramai sangat, lebih 1500 orang. Namun untuk menjaga hati perwakilan dia berpura-pura mengenalinya. Akhirnya sesiapa sahaja yang dia jumpa dia ingat orang itu perwakilan UMNO Bahagian. Beberapa kali dia telah kantoi.

Ayat standard Datuk Ali bila bertemu sekelompok orang ialah "Assalamualaikum..apa khabar, lama tak jumpa, you dari Bahagian mana, salam pada Ketua bahagian you.. salam pada Timbalan Ketua bahagian you.." sambil menghulur tangan.. kosong!!!

Suatu hari tu Datuk Ali bertemu dengan perwakilan UMNO Bahagian Pahang, Bahagian Mentakab. Masa tu Ketua Bahagian ada, Timbalan Ketua Bahagian pun ada dan AJK Bahagian juga ada. Biasalah ayat dia. "Assalamualaikum.. apa khabar, lama betul kita tak jumpa, Ketua Bahagian you ok, you Bahagian mana??.(sedangkan semalam baru dia bertemu dengan orang yang sama dari UMNO  Bahagian Mentakab tersebut). Dia tidak kenal orang yang dia sedang bercakap dan bersalaman itu adalah ketua UMNO Bahagian Mentakab sendiri. Kantoi satu.

Kemudian dia pergi lagi ke group lain. Di Hotel tu memang ramai perwakilan. Dia berjumpa dengan perwakilan dari Perak.. "Assalamualaikum.. apa khabar, you dari bahagian mana?? Eh I kenal baik dengan Timbalan Ketua Bahagian you..salam pada dia..." Datuk Ali tidak kenal, orang itu adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian tersebut. Kantoi dua. Nasib Datuk Alilah.. soheh tak dapat undi.

Pada waktu yang lain dia bertemu dengan sekumpulan orang lagi, yang sedang rancak berbual:

Datuk Ali: "Assalamualaikum.. apa khabar?" sambil menghulur tangan

Salim (bukan nama sebenar) "Sihat Datuk.." sambil menyambut salam

Datuk Ali: "Lama betul kita tak jumpa.."

Salim: "Datuk tak perasan saya.. siang tadi kita dah jumpa dah.."

Datuk Ali: "Eh ia ke.. maaflah..Ketua Bahagian you mana, salam pada dia.."

Salim: "Dia ada kat dalam sana tu.."

Datuk Ali: "Nanti I nak jumpa dia.. you Bahagian mana ya?"

Salim: "Saya bahagian house keeping Datuk.."

Datuk Ali: "Ohh you pekerja hotel ni ke, saya minta diri dulu." Kantoi tiga.

Banyak kali lagi selepas itu Datuk Ali kantoi kerana dia mengamalkan cara kempen yang sama pada setiap masa. Walau bagaimanapun pada pemilihan tahun 1993 tersebut Datuk Ali telah berjaya dipilih sebagai salah seorang pemenang dalam perebutan jawatan MKT. Siapakah 'Datuk Ali' Ada sesiapa yang kenal??

Moral of the story....??? buat sendiri ye..
        

Majlis Fatwa Kebangsaan Kena Rujuk Dulu Ambiga..Nik Aziz

Itu dulu, kini boleh belako!!!
 

Tak tahu kenapa Jokiden cepat sangat sensitif dengan apa yang dikatakan oleh Nik Aziz. Wartawan pulak suka sangat mendapatkan komen atau bahan berita dari dia. Sebabnya semakin banyak dia bercakap semakin jelas ketersasaran beliau.

Terkini ada ke patut dia mintak Majlis Fatwa Kebangsaan rujuk terlebih dahulu Ambiga Penganjur Bersih dan dapatkan keterangan lanjut, sebelum membuat sebarang fatwa. Ish..Ish..Ish..Baca kenyataan media dia di bawah seperti yang disiarkan oleh Akhbar Sinar harian dan dipetik oleh Blog Panglima Perang Cyber.

 
"Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya bukannya mencetuskan huru-hara jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya," kata beliau.
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka "suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?"
Malah, soal beliau, pernahkah Majlis Fatwa Kebangsaan memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara.
"Saya yakin bahawa fatwa ini hanya laporan akhbar prokerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur Bersih 3.0 sebelum membuat pertimbangan.
"Justeru, soalan saya ialah fatwakah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.
Nik Abdul Aziz menambah, huru-hara tercetus apabila perhimpunan yang diadakan dihalang.
"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.
"Jika Bersih berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?" kata beliau.

Nik Aziz ni pura-pura tidak tahu, salah maklumat atau sengaja cari pasal. Pertamanya daripada lapan tuntutan bersih, 7 sudah diterima oleh SPR, tunggu proses perlaksanaan saja lagi. 7/8 dan hanya satu yang belum diterima takkan masih tak berpuas hati.

Duduk, diam, bantah memang beradap dan aman, tetapi setelah dihasut oleh Nuar, Azmin, Cikgu Bad, Tian Chua dan ramai lagi pemimpin pakatan haram perasuah serta rakus kuasa, maka mana ada duduk diam lagi?? Mana ada aman setelah menerima isyarat??? Dia ni tak tengok video kot..?

Keduanya seperti orang lain dia juga percaya wujud pengundi hantu dan penipuan dalam pilihanraya. Jadi Kelantan kekal di bawah PAS selama 22 tahun soheh dengan bantuan pengundi hantu. Hantu juga akhirnya bosan, fade up, muak. Tunggulah dalam PRU13 kelak 'hantu' tidak mahu lagi mengundi PAS dan akan mengundi BN pulak.

Ketiganya apakah keperluan Majlis Fatwa terpaksa pula mendapatkan penjelasan daripada penganjur bersih iaitu Ambiga yang menyokong murtad dan menyokong LGBT?? Mahir sangatkah Ambiga ni dalam soal agama dan hukum hakam?? Kalau diminta penjelasan dari Ambiga tentulah Ambiga mengatakan yang baik-baik sahaja tentang bersih. Lagipun Majlis Fatwa tidak merujuk secara total kepada   penganjuran bersih. Yang dirujuk ialah demontrasi jalanan, contohnya bersih3. itu saja.

Keempatnya perhimpunan di dataran Merdeka tempoh hari patut sangat dihalang, kerana ianya jelas melanggar perintah mahkamah. Kalau di Stadium siapa nak halang??

Kelimanya, di Gua Musang itu barulah dinamakan contoh, datang duduk dan dengar. Tak ada siapa nak menimbulkan hura hara dan penyokong juga tidak dihasut untuk merempuh sesiapa. jadi amanlah. Kenapa itupun tidak mahu faham. Kalau hari tu Tengku Razaleigh Hamzah menghasut penyokongnya supaya memusnahkan segala perkampungan orang asli yang ada di situ, barulah polis akan bertindak. 

Keenamnya, hukum perhimpunan Presiden UMNO di Gua Musang dan RTC, samalah hukumnya dengan ribuan perhimpuan yang PAS, DAP dan PKR adakan sepanjang masa dan sepanjang tahun. Umpamanya perhimpunan di Kota Baru bulan lepas, perhimpunan di Stadium Melawati Shah Alam, perhimpunan HJ Hadi di Terengganu yang disertai oleh Kadiaq dan perhimpunan lain yang dianjurkan oleh Nuar di seluruh negara. Sama dari semua segi dan sama matalamat.  

Banyak sangat dah kepincangan Kerajaan Kelantan dimana rakyat tidak mendapat pembelaan selama 22 tahun, sebab itu kerajaan Kelantan perlu ditukar kepada kerajaan BN. "salah apa..??" Memanglah ada yang sentiasa bahagia di bawah pentadbiran PAS, soalnya isu airpun dah lama sangat berlarutan dan kerajaan negeri yang gagal mentadbir hanya asyik  menyalahkan Kerajaan Pusat sahaja. Tak ada duit dah bagi duit, duit ambil, tapi  projek entah kemana. Dalam duniapun dah tak berapa ramai lagi dah pemimpin terus ingin memimpin apabila usia melebihi 80 tahun. Mandela pun berhenti.


Related Story:





"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Monday, May 7, 2012

BIADAP DAN KURANG AJAR..

Petang tadi..membantah konon, ala ikut skriplah tu..bad..bad..


Punyalah biadap puak-puak ni. Setelah mereka menghina polis, membuat provokasi melampau, menterbalikan kereta polis, menghalang Ambulan nak selamatkan orang tercedera, maka daripada ketua penipu nombor satunya sehinggalah kepada penjilat tegar semuanya menuding jari ke arah polis. Semua mereka baling batu sembunyikan tangan. Mereka sepakat menyalahkan polis, dulu kini dan selamanya.

Skrip mereka yang dirangka dan diolah oleh Nuar dihafal tanpa silap. Mereka menjaja kononnya polis telah mengzalimi perusuh. Polis telah bertindak kejam. Sebenarnya polis memang patut bertindak kejam terhadap mereka kerana mereka lebih kejam dan lebih buas daripada binatang buas.

Orang baik-baik, dilayan dengan baik oleh polis. Orang biadap patut dilayan dengan biadap juga. Orang kurang ajar patut dilayan dengan cara lebih kurang ajar. Orang maki hamun, polis patut maki hamun kembali. Khalid Ismat menyepak polis, Datuk Khalid Abu bakar juga patut sepak Khalid. Barulah adiiiiiillllllllll!!! namanya. Buku bertemu ruas, kata dibalas kata, tangan dibalas tangan, kaki dibalas kaki. Darah dibalas darah, air mata dibalas air mata.

Puak-puak yang hampir menyamai pelakon sarkas tersebut tidak sepatutnya dilayan seperti orang yang mulia. Tentulah Nik Aziz akan kata ini bukan ajaran Islam.. biarlah dia nak kata apapun. Maruah polis mesti dipertahankan. Perusuh mesti diajar jika tidak mereka akan buat lagi. Mereka pasti tidak akan serik dan mereka menganggap mereka berjaya.

Kemuncak kepada menyalahkan polis ini ialah mereka akan kempen melalui Facebook dan twitter, mengajak penyokong mereka berkumpul pada 12 Mei kononnya untuk membantah kezaliman polis. ish..Penganjur yang menamakan dirinya sebagai Gary tersebut patut dilokap siang-siang. Jangan bagi muka nanti cacing naik ke mata. Jangan bagi betis, nanti mereka minta peha, bagi peha mereka mintak dada dan mereka akan terus leka.   

Petang tadi bagi menutup kesalahan mereka supaya mereka kelihatan bersih dan polis kelihatan bersalah, Cikgu Bad dengan kumpulannya SAMM telah ke Bukit Aman untuk menyerahkan memorendum untuk memaksa polis yang melakukan 'kekerasan' tersebut 'menyerah' diri..

Mak datuk cantiknya skrip dia. Nampak segar bungar je dia walaupun minggu lepas sebanyak 50 orang anggota polis telah menyeksa dia. Perusuh yang berjumlah 116 orang yang gambar telah disiarkan oleh polis itu yang patut menyerah diri. Pemimpin pembangkang bertanggung-jawab membawa ribuan orang ke Dataran Merdeka, maka mereka juga mesti bertanggung-jawab membawa 116 orang yang dikehendaki polis tersebut ke balai polis.

Mari kita tengok data ni. 8/120,000, 60,000/28,000,000, 30/1,900,000 5/8, 48/52, 60,000/3,500,000,



Cerita lain


Alahai Tak abis Lagi Kisah Polis Ni

Nik Aziz Mengamuk Sakan..Isu Bersih Mengatasi Isu Hudud

Haji Hadi Pitam Lagi..Surat Ke 2


"Anwar Ibrahim has created  enough trouble for this country..Anwar Ibrahim harus bertaubat.." KS

Glamour, Lebih Sudu Dari Kuah...Kadiaq Akhirnya Diboikot..


Wah dikawal ketat tu...selamat.. siap paut tangan Tuan Presiden


Tak boleh tahan, melampau, mengada-ngada, lupa daratan dan menghabihkan bogheh... Itulah antara rungutan yang kedengaran apabila sejak akhir-akhir ini Kadiaq ABU sering mengambil bahagian dalam ceramah mega PAS.

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, terus je dia lena, seperti kaduk naik junjung. Begitulah ibaratnya apabila PAS memmberi ruang kepada Kadiaq Bowtie ni untuk turut bersama dalam mana-mana ceramah yang dianjurkan oleh PAS khususnya yang dihadiri oleh Presidennya. Jokiden tertarik dengan ulasan yang dibuat oleh Dinturtle seperti yang dipetik sebahagian daripadanya di bawah posting ini.

Semakin hari nampaknya kehadiran Kadiaq semakin nah mempunah ranahkan PAS. Ramai ahli PAS sudah menyedarinya dan ramai yang mahu membuat andaian Kadiaq sebenarnya dihantar oleh UMNO untuk menjadi talibarut BN. Biasalah puak-puak tersebut dengan teori mautnya iaitu semuanya salah UMNO, UMNO dan UMNO.

Kesediaan PAS memberi ruang kepada Kadiaq untuk menjadi senjata tajamnya yang baru nampaknya sudah mula menikam tuan. Kadiaq yang sudah lama tidak dikompangkan, tidak didudukan di atas pentas dan tidak lagi berpeluang bersyarah di pentas utama seolah-olah mendapat nyawa baru. Semasa Demontrasi Bersih dia diberi kawalan seperti VVIP dan juga baju kuning percuma. Harapan PAS dengan kehadiran Kadiaq akan membawa laba akhirnya disedari pula ianya membawa bala.

PAS kononnya ingin menunjukkan bahawa UMNO semakin dijauhi, UMNO semakin tidak relevan dan UMNO semakin ditinggalkan oleh tokoh-tokoh veterannya. Sebab itu kehadiran Kadiaq disambut dengan dulang emas. Di kem PKR juga keresahan dengan kehadiran kadiaq telah mula kedengaran. Kah..kah..kah... Jika hendak dihitung tokoh pembangkang yang keluar parti dengan tokoh BN, jumlahnya nyata jauh berbeza.

Dua keadaan yang kehadiran Kadiaq tidak disenangi oleh ahli dan pendengar PAS. Pertama bila diberi peluang berucapa dia menguasai pentas. Tempoh yang lama diambilnya. Berpuluh kali orang melihat jam tangan tanda bosan,  dia masih belum mahu berhenti. Nota-nota yang dihantar suruh dia berhenti berucap disangkanya pujian supaya dia meneruskan ucapan. Masa yang dia ambil hingga 90 minit menyebabkan Hj Hadi yang menunggu untuk berucap selepas itu hanya tinggal masa kecederaan sahaja.

Keduanya dalam ucapan dia, kebanyakan perkara yang dia sentuh ialah segala macam pujian terhadap UMNO dan kepimpinan masa lampau UMNO. Ini secara tidak langsung memberi ingatan kepada pendengarnya bahawa jasa UMNO amat, amat, amatlah besar kepada dia, kepada rakyat, kepada PAS dan kepada Hj Hadi..

Itu semua tidak menyenangkan ahli PAS dan Kadiaq akhirnya dicadangkan supaya tidak lagi diberi ruang untuk berceramah bersama Hj Hadi. Itu sebagai permulaan, penamatnya ialah Kadiaq jangan langsung diberi peluang dan jangan dijemput sebagai penceramah. Selepas ini Kadiaq terpaksalah berjumpa dengan Presiden Perkasa, atau Presiden Mubarak untuk mendapatkan slot untuk berceramah.. hahaha..

 
Mari kita ikuti sebahagian daripada sedutan yang dipetik dari blog Dinturtle:

ITU yang kita dengar dan baca dari media Pas.

Yang kita tidak akan baca pula adalah bagaimana resahnya hadirin asyik melihat jam ! Bukan hanya kerana terlalu lama Kadir berucap tapi juga kerana Kadir telah berjaya melakukan sesuatu yang tidak ada pemimpin Umno pernah lakukan - berucap panjang lebar didepan ribuan penyokong Pas tentang betapa BAIK, MULIA dan SUCInya pemimpin2 Umno lama !

Kadir begitu menyanjung tinggi allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan beberapa lagi pemimpin lama Umno. Kadir juga menyekolahkan penyokong Pas tentang sejarah lama Umno memperjuangkan Kemerdekaan ! Betuuuuul ....... hahahaha .... nak tergelak pun ada melihat ribuan penyokong Pas jadi serba salah, teriakan Takbir macam tersekat dikerongkong tiap kali Kadir berikan punchline nya.

Tak tahulah kenapa Kadir tidak menyebut nama Tun Razak ..... tapi diulang2nya beberapa kali nama tokoh2 Umno lama yang lain. Kata kadir, segalanya mula berubah semasa Umno dibubarkan zaman Tun Mahathir. Maknanya, bagi Kadir yang telah lebih 50 tahun bersama Umno, Umno adalah parti yang terbaik sehinggalah tahun 1987 !

Bayangkanlah reaksi kepala-kepala ABU yang TERPAKSA mendengar semua itu hehehehehe .... saya kata TERPAKSA sebab mereka kena hormat pada Haji Hadi yang berada bersama Kadir diatas pentas. Kadir kan sudah mendapat restu dari Nik Aziz ...... HAHAHAHAHAHAHA ....

Sebab itu saya katakan yang SAYA TABIK PADA SHEIKH ABD KADIR , anda berjaya membuat penyokong Pas menerima hakikat sumbangan Umno dan tokoh2 lama Umno dalam memerdekakan negara dan seterusnya memerintah negara untuk beberapa lama ...... ( sebelum Umno rosak menurut kata Kadir )



"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.