Saturday, March 24, 2012

JIKA MENIPU SOHEH (SAHIH) KENA PECAT

Anwar sedia berdebat



KUALA LUMPUR 22 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini enggan berdebat dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, hari ini menukar pendirian dan bersedia untuk berbuat demikian termasuk dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau bersetuju untuk berdebat setelah dicadangkan berbuat demikian oleh pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang menghubunginya malam tadi.

Dia nipun kan ke pernah kena tangkap???
 

Menurut Anwar, Assange mencadangkan beliau berdebat dengan Raja Petra dan Najib secara terbuka dan Assange akan menganjurkan debat tersebut secara langsung. Saya telah memberi jawapan untuk bersetuju kepada Assange melalui Twitter," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Assange tidak memaklumkan mengenai tarikh debat berkenaan, namun, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat itu yang boleh diikuti oleh seluruh dunia. (Petikan dari Utusan Malaysia)

Ni modal terbaru Nuar yang akan disampaikan pada sessi ceramahnya yang akan datang. Dia akan jaja Julian Assange telah meminta dia berdebat dengan PM dan dia bersetuju, malangnya PM takut untuk berhadapan dengan dia. Dia akan putar dan dia akan belit isu ini sampai orang percaya sampai orang kagum yang dia berani berdebat.

Boleh percaya ke yang JA tu menghubungi dia???? ada ke bukti-bukti soheh ke?? Wartawan tengok ke tweet dia tu??

Atau dia sengaja merekasaya cerita ini semata-mata nak tutup malu apabila takut untuk berdebat secara terbuka dengan RPK tempoh hari. Dia pusing dah.. dia kata hari tu wawancara, bukan debat. Kalau tak menipu bukan Nuar.. menipu macam Nuar.. banyak lagilah peribahasa yang telah dicipta oleh Karam Singh Wallia sehinggakan DBP pening kepala. Tengok balik posting di Kepal Nasi Kepal Beras tempoh hari.

Dalam video di youtube selama 12 minit tentang pengundi hantu Nuar ada mengatakan bahawa jika menipu seseorang itu mesti kena pecat masa tu jugak. Perbuatan itu tidak boleh langsung diterima di India. Bukan main lagi dia puji sistem pilihanraya India, siap sebut nama Kareena Kapoor lagi.

Kisahnya sekarang Nuar ni dah banyak sangat menipu, macam-macam yang dia tipu. Semasa dia dalam UMNO dulupun ramai pemimpin UMNO yang kena tipu. Ada seorang tu dia tipu hidup-hidup, mati-mati orang tu percaya. Dia kata PM suruh letak jawatan, pada hal mana ada PM suruh orang tu letak jawatan...Bapak segala penipuan ialah tarikh 16 September.

Banyak dah penipuan Nuar ni yang didedahkan oleh pelbagai pihak. Jadi Jokiden cadangkan kepada Wan Azizah, pecat dia sebagai Ketua Umum. Pakatan Pembangkang pecat dia dari jawatan Ketua Pembangkang. Khalid pecat dia dari jawatan penasihat ekonomi bergaji RM1 tu. Nak harap dia pecat diri sendiri, usah mimpilah. So pecat dia sekarang jugak. Tapi kalau tak ada sesiapa yang berani pecat tak apa, tunggu jelah PRU13 RAKYAT DAN PENGUNDI DI PP AKAN PECAT DIA. Rakyat kan Hakim Negara.

"Anwar Ibrahim has created alot of trouble for this country...Anwar Ibrahim harus dipecat" Kapal Sink.

Friday, March 23, 2012

SELAMAT DATANG PM

Sempena lawatan YAB Perdana Menteri ke Negeri Sembilan Darul Khusus esok, Jokiden ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan serta mengucapkan Selamat Datang PM. Ini entah kali ke berapa PM datang  bagi meneruskan Program Turun Padang beliau dan juga Timbalan beliau.  Banyak kali dah.

     Taman Intan Duyung PD

Sekali imbas lawatan PM dan TPM ke seluruh pelusuk tanah air dalam siri jelajah beliau sentiasa mendapat sambutan yang hangat dikalangan rakyat. Semasa Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun lalu PM telah berjanji dan berikrar bahawa beliau serta Timbalan beliau dan Ahli MKT akan turun padang menemui rakyat. Kini mereka sedang menunaikan janji mereka.

Dua tiga hari lepas beliau berkata yang beliau tidak terusik dengan pelbagai persepsi serta ramalan-ramalan yang tidak memihak kepada UMNO dan BN. "Saya akan terus bekerja dan teruskan berusaha.."

Memang PM menyedari gelora politik hari ini, namun beliau bukanlah seorang yang mudah melatah, mengalah dan berserah. Beliau gigih berusaha dan satu persatu permasalahan rakyat diselesaikan dengan penuh cemerlangnya. Harapan beliau ialah semuga tidak ada lagi masalah besar yang timbul di saat beliau hendak membubarkan Parliamen bagi membuka laluan kepada PRU13.

Mendengar kepada cakap-cakap orang politik di coffee house atau di kedai mamak dan paparan pendapat penulis-penulis blog serta web, gambaran seolah-olah UMNO, BN dan kerajaan sedia ada sudah tidak mampu lagi bertahan. Segala-galanya seolah-olah sudah musnah dan hancur. pembangkang hanya menunggu masa untuk mengambil alih Putra Jaya. Segala-galanya tidak memihak BN sekarang ini.

Kehebatan PM ialah dalam tempoh singkat memegang kuasa penuh, segala-galannya mampu beliau tangani dengan bijaksana. Inilah pemimpin harapan baru yang boleh diharapkan oleh rakyat, bukannya Nuar brahim.

Baru tiga tahun menerajui pemerintahan negara pelbagai perubahan telah beliau lakukan dengan jayanya. Dalam ribut-ribut gelora politik tanah air beliau terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Sedangkan pemimpin-peminpin pembangkang yang kononnya super hebat walaupun telah berkuasa lebih 4 tahun, masih lagi terkapai-kapai, teraba-raba, tercari-cari dan akhirnya terjerumus. Ada sesiapa yang cuba nak menafikan perkara ini.???

Dalam tempoh tiga tahun semua pendekatan PM nampaknya semua menjurus kepada kepentingan rakyat. Jika diberi peluang beliau akan akhirnya diingati oleh rakyat sebagai pemimpin yang berkesan. Seperti kata Tun M, dari london semalam, "beri beliau peluang, sekarang sudah nampak pelbagai perubahan dan kejayaan..." 

Pendekatan yang beliau ambil dalam menangani semua kemelut yang berlaku hari ini sebenarnya amat-amat merungsingkan pembangkang. Pembangkang melihat kejayaan dasar-dasar beliau satu persatu. Tidak banyak yang pembangkang boleh pertikaikan tentang kecemerlangan kepimpinan beliau, lalu pembangkang beralih kepada taktik menyerang peribadi beliau, kisah silam beliau, kisah keluarga beliau dan isteri beliau. Hahaha ini semua akhirnya nanti senjata makan tuan.

Bukan sedikit yang PM dan TPM kena betulkan tentang negara ini, tentang UMNO, tentang BN, tentang masyarakat, tentang pembangkang, ekonomi, keselamatan, keselesaan rakyat, pendidikan dan pelbagai lagi. Sekarang seluruh dunia memerhati dengan penuh minat dan dunia setakat hari ini mengakui kejayaan beliau dalam menerajui negara walaupun baru tiga tahun berkuasa. Kita mesti ingat beliau mengambil alih kuasa dalam keadaan dimana semuanya tidak memihak kepada beliau. Beliau mula bertugas dalam suasana yang amat sukar dan hari ini beliau kelihatan berjaya. Beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah, namun sudah mula kelihatan pulih. Hebat..

Pembangkang patut merasa malu dengan kesungguhan PM dan TPM dalam membela rakyat ni. Ketua Menteri dan MB2 patut merasa malu dengan komitmen PM dan TPM dalam usaha untuk memenangi hati rakyat. Menteri2 patut berasa malu, Timbalan Menteri, para EXCO, Pemegang-pemegang jawatan patut merasa malu. Bos2 di semua GLC juga patut merasa malu dengan kegigihan PM dan TPM dan ingatlah jawatan serta gaji mewah di GLC juga akan turut lenyap sekiranya BN hilang kuasa dalam PRU13 nanti.

Sesiapa juga bebas membuat ramalan dan pembangkang nampaknya teruja sangat dengan ramalan Tun Daim. Biarkan, kerana akhirnya rakyat yang akan membuat penentuan. Jangan terperanjat nanti sekiranya Pakatan Pembangkang hanya tinggal sebuah negeri sahaja sebagai penghibur hati, iaitu Pulau Pinang. Selebihnya termasuk Kelantan akan menjadi milik BN...yahoo!!!!
   
Biarkan pembangkang syok sendiri ketika ini, apabila rakyat akhirnya menghukum mereka dalam PRU13 kelak mereka akan sedar langit tinggi rendah. Keghairahan pembangkang dapat kita saksikan menerusi blog-blog mereka, setiap saat membuat ulasan yang semuanya buruk dan negatif tentang PM, UMNO, BN dan kerajaan. Itu tugas mereka. Tugas blogger pro UMNO, pro BN dan pro kerajaan pula adalah untuk menyanggah semua hujah pembangkang tadi, dan disamping itu berfungsi sebagai medium untuk membongkar segala kepincangan pembangkang, mendedahkan segala salah laku, salah urus dan salah tadbir mereka supaya rakyat tidak terkeliru.

Dalam hal ini tidak ada jalan tengah, 50/50. Tidak ada istilah atas pagar. Pilihan hanya samada kita di pihak pembangkang atau kita di pihak BN. Jika kita di pihak BN, segalanya tentang BN harus dipertahankan. Jelas, pembangkang tidak akan berkata sesuatu yang baik tentang BN, walaupun banyak kebaikan BN. Yang pro BN juga sepatutnya begitu juga. Adil!!!!!!.

Bukan bermakna tidak boleh menegur sesama kita dalam BN, boleh, semua pemimpin BN boleh ditegur, cuma cara kita menegur pemimpin BN janganlah sama seperti kita membelasah pemimpin pembangkang. Boleh membelasah pemimpin BN, tetapi jangan sampai kita mengambil tugas pembangkang. Teguran mestilah berhemah, bersopan dan halus. Apapun cara kita Jokiden menyokong penuh cara Papa Gomo dan Parpukari. No mercy....hahaha..

Pembaca blog walaupun ramai masih terhad kepada kelompok tertentu. Peranan TV1,TV2 dan TV3 tetap penting. Peranan akhbar juga masih penting untuk sebagai alat berkomunikasi dengan pengundi di pendalaman, di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak. Hanya segelintir penduduk desa yang memahami bahasa internet dan mereka pula sudah pasti tidak mampu untuk bertindak sebagai penyampai yang berkesan. Lalu peranan MB, Ketua Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Exco, Ketua Bahagian, AJK Bahagian, Ketua Cawangan dan Imam amat penting dalam usaha menembusi rakayat di kawasan pendalaman.

Sudah tentu PM dan TPM tidak mampu untuk pergi ke seluruh daerah di seluruh negara, kerana kekangan masa dan jadual yang padat, maka tugas PM dan TPM haruslah dipikul oleh pemimpin-pemimpin yang lain tadi. Jokiden dah pernah tulis dalam blog ini, lupakan soal untuk berihat dan bercuti bersama keluarga di hujung minggu. Keluarlah dan temui rakyat, dekati rakyat. Hanya cara itu segala kekeliruan dapat dijelaskan.

Jika tidak, dikhuatiri, yang jadi menteri hari ini, selepas PRU13 akan hanya gigit jari. Yang jadi exco, kok termenung di serambi. Contoh kan dah ada di Selangor, Kedah, Perak dan PP. Jadi bekerja keraslah wahai YB2 jangan fikirkan samada kekal sebagai calon ataupun tidak.   

SELAMAT DATANG PM, NSDK KEKAL MILIK BN, INSYAALLAH.      

TAKTIK LGE DAN NUAR SAMA-SOHEH

Semalam rencana Zaini Hassan dalam ruang cuit Utusan Malaysia membawa tajuk "Benarkah brother Anwar pilih tinggal dalam buang di Amerika.?" 

Zaini berkata " BENARKAH apa yang saya dengar ni? Yang memberitahu saya pun bukan calang-calang orang. Siap dengan pelan rancangan dan sebagainya. Ia mengenai kisah, siapa lagi, jika bukan Brother Anwar bin Ibrahim kita.

Menurut rancangan itu dia akan meninggalkan negara ini dan hidup dalam buangan di sebuah negara. Orang putih kata hidup dalam exile. Segala persiapan, menurut al-kisah itu sudah siap sedia. Tapi exile yang dimaksudkan bukan dia dibuang negeri oleh sang penguasa, tapi memilih untuk tinggalkan negara secara sukarela.

Ada cerita selepas ini..
 

Negara yang akan didiaminya tidak lain dan tidak bukan ialah negara Uncle Sam iaitu Amerika Syarikat. Bandar raya yang dipilih ialah New York. Beliau dikatakan sudah pun memiliki rumah di situ."

Ini satu lagi sandiwara tahap meroyan yang cuba dimainkan oleh pencacai Pakatan Pembangkang menjelangnya tarikh pengumuman PRU13 oleh PM. Namun dulu-dulu pun pernah juga riak-riak seperti ini berkocak sekali sekala terutamanya menjelang keputusan mahkamah pada 9 Januari.

Perkhabaran sebegini dimainkan sepintas lalu oleh pakar-pakar strategis pembangkang, mungkin untuk melihat reaksi rakyat umum dan penyokong tegar mereka.

Jika dilihat rumusan Zaini Hassan di atas kita dapati kenyataan atau isu ini sama sebiji dengan isu atau kenyataan yang sering dimainkan oleh LGE dan LKS setiap menjelangnya hari pengundian. Apa LGE cakap? Dia kata "BN kuat, kita lemah..kita tak mampu nak bentuk kerajaan, kita nak kurangkan majoriti 2/3 je...bla..bla..bla.."

Bila kenyataan di atas dikeluarkan ada beberapa kemungkinan yang diharapkan akan berlaku. Pertamanya air mata simpati akan jatuh berjurai-jurai. Keduanya parti lawan dari BN tidak perlu bekerja kuat kerana mereka akan menang dan DAP akan kalah. Ketiganya rakyat penyokong BN tak perlu bersusah payah keluar mengundi kerana kemenangan telah terjamin.

Baru-baru ni pun LGE telah mula nak mainkan isu menarik simpati ini. Jadi Nuarpun yang kita sedia maklum mempunyai pelbagai muslihat, mungkin cuba bermain dengan sentimen rakyat, mohon simpati secara halus, secara lembut, secara mengalah.

Boleh percaya ke, dengan segala masalah yang beliau hadapi, beliau dengan muka tebalnya dan selambanya terus berhempas pulas untuk menegakkan benang yang basah, tetiba je ingin mengambil langkah kebelakang. Ingin membawa diri ke New York, ingin berkelana di perantauan kerana orang Malaysia tidak sudi berketuakan beliau.

"Biar ku membawa diri...bersama hati yang sepi...." siapa punya lagu tu? DJ Dave kalau tak silap.. Seperti yang Jokiden pernah sebut dalam posting yang terdahulu, Nuar ni mempunyai pelbagai cara dan gaya, serba boleh. Mungkin ada strategi saat akhir yang BN tidak jangkakan akan timbul kelak dan ketika itu jika tidak bersedia mungkin BN akan menerima padah.

Berlawan dengan Nuar ni kena bersedia dengan semua langkah. Tidak boleh diambil mudah. Dia amat menyedari, PRU13 adalah merupakan peluang dia yang terakhir. Talian hayat sudah habis. Dia juga sebenarnya "do or die" kali ni. Bukan sahaja faktor umur, tetapi juga faktor persekitaran yang tidak akan memihak kepada beliau. Faktor ketrampilan PM, kegigihan PM, transformasi PM, kes mahkamah, kes saman, kes keluarga dan banyak lagi semuanya menghantui beliau.

BN harus berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh, tidak terjebak dengan sebarang provokasi Nuar dan helah Nuar dalam pelbagai cara. Akan ditulis selepas ini ialah kebimbangan Jokiden menjelang PRU13 untuk direnungkan bersama. 

Thursday, March 22, 2012

CALON-CALONNYA IALAH JENG!!!! JENG!!! JENG!!!

Semasa majlis jamuan makan di Shah Alam beberapa hari lalu Presiden PAS Hj Hadi Awang ada menyatakan kesediaan PAS untuk menonjolkan calon-calon dari kalangan artis untuk mewakili PAS.

Muslimat PAS pula dikatakan akan mengetengahkan atau menyenaraikan 30 nama untuk dipertimbangkan.

Sesungguhnya PAS kini sudah terlebih toleransi dan telah berfikiran terbuka mengikut peredaran zaman. Jijiknya. Dulu kaum muslimat hanya layak duduk bersimpoh atas padang, bawa anak kecil sambil mendengar Mat Sabu bercerita. Semua masa tu aurat kecuali waktu mendengar ceramah.

Nak jadi calon jangan mimpilah, nak berpidato jangan haraplah, nak duduk atas pentas jauh sekali. kini???? Lupalak, wakil sebagai qariah musabaqah dah ok ke belum??

Sebab itu Jokiden dalam posting awal pernah mengatakan bahawa apa yang PAS tentang dulu, apa yang kononnya BN buat dulu buruk, kini semuanya demi sekelumit kuasa PAS sanggup menanamkan semua prinsip asal perjuangan nuuunnnn jauh di dasar lautan.

Inilah realitinya dunia PAS hari ini, telah lebih terbuka dari UMNO. Baguslah. Jilatlah kembali semua ludah-ludah dan kahak yang dulu-dulu.

Mungkin inikah calon-calonnya yang akan membawa obor PAS dalam PRU13 kelak???

 

 






Dunia politik dunia serba kemungkinan, apa-apapun bisa terjadikan? Tidak ada yang mustahil. 

  

DAP YANG WANGI DAN UMNO YANG BUSUK

Sebelum tulisan ini panjang ingin disebut kembali kata-kata hikmah oleh seorang otai politik di NSDK  yang berbunyi:

"Kalau tidak tahu membalas budi, mengenang budipun jadilah" Peribahasa lama pula menasihatkan "Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit"

Benarkah Nik Aziz mengatakan UMNO sudah pecah dan berbau busuk?  "Sepatutnya semua orang Umno yang beragama Islam lari dari menyertai perjuangan kebangsaan,” ujarnya. Baca artikel penuh di MPP Online.  

Mak oii!! sedap mulut dia aje mengeluarkan kenyataan. Perasan sangat semua yang PAS lakukan itu baik, betul dan Islamik dan apa yang orang lain buat semua tak betul. Semasa saya masih kecil, di hadapan rumah saya adalah merupakan medan  tempat para pemimpin PAS mengadakan ceramah. Hampir keseluruhan pemimpin PAS pernah datang berceramah di hadapan rumah saya, lalu saya tidak perlu keluar rumah pun untuk mendengar ceramah mereka.

Arwah Fadhil Nor pernah datang, Mat Sabu pernah datang, Datuk Harun Din pernah datang, Mahfooozzz bean pernah datang dan pernah kena tangkap waktu menyampaikan ucapan. Pemimpin kecil usah ceritalah, berduyun-duyun datang mengadakan ceramah pada setiap minggu dan setiap bulan dan saya terpaksa mendengarnya.

Cara mereka berceramah sama seperti hari ini, jerit pekik, maki hamun, hina menghina, fitnah, tohmahan, andaian dan penuh dengan kejelekan. Setiap maki hamun tersebut pastilah diikuti dengan 'takbir Allah hu akbar' daripada pendengarnya. Lama-lama saya merasakan mereka sebenarnya menghina Allah kerana setiap maki hamuan akan disahut dengan takbir Allah maha besar. Saya juga merasakan bahawa setiap orang yang bertakbir tersebut bershubahat dan menanggung dosa. Sejak itu saya mula membenci PAS. Itu antara alasan kenapa ramai rakan-rakan  gagal memujuk saya menyertai PAS.

Alasan lain ialah kerana saya, keluarga saya adalah ahli UMNO dan orang UMNO dulu kini dan selamanya Insyaallah. Alasan lain, budi UMNO terlalu banyak kepada saya dan keluarga, dan saya tidak mampu untuk membalasnya. Hahaha..stop!!

  Apa sebenarnya yang berlaku ni???

 
Mengatakan UMNO busuk dan sanggup pula bekerjasama dengan DAP serta PKR demi untuk merebut kuasa dan meruntuhkan kerajaan Islam yang dipimpin oleh orang Islam, apakah hukumnya?

Sebusuk-busuk UMNO, parti ini telah berbudi dan berbakti selama lebih dari 50 tahun. Bakti dan budi UMNO dinikmati oleh semua lapisan rakyat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Hanya orang yang buta hati sahaja yang cuba menafikannya. Sebutlah dalam bidang apa sekalipun budi dan bakti UMNO tetap melebihi bakti dan budi parti-parti lain. Bandingkan dengan PKR yang baru berusia setahun jagung, sumbangannya kepada rakyat, kepada negara adalah ibarat bumi dengan langit jika hendak dibandingkan dengan sumbangan dan jasa UMNO.

Sementara sumbangan parti rasis DAP yang wangi pula masih tidak mampu menyaingi parti UMNO yang busuk ini. Saya tidak menafikan sumbangan PAS dalam meningkatkan kesejahteraan warga Kelantan selama lebih 22 tahun ini, namun untuk membandingkan dengan kesejahteraan yang disumbangkan oleh UMNO, PAS masih jauh terkial-kial kebelakang. Ada sesiapa yang hendak menafikan perkara ini???

Adakah sama besar kebaktian UMNO yang membina beratus-ratus buah masjid dengan kebaktian PAS yang hanya membina sebuah masjid sepanjang berkuasa di Kelantan? Menidakan sumbangan parti busuk UMNO oleh PAS hanyalah untuk menutup segala kepincangan, kelemahan dan ketidak-mampuan PAS selaku pentadbir. Selesanya orang-orang PAS menunaikan ibadat selama 50 tahun ini adalah disebabkan oleh jasa UMNO yang busuk ini.

Senaraikanlah sendiri, sebut sahaja apa yang ada disekeliling kita pada hari ini adalah sumbangan dan hasil penat lelah UMNO dan BN. Sebutlah, jalanraya, klinik, surau, hospital, sekolah, biasiswa, madrasah, pusat membeli belah, pusat pelancungan, hotel, keamanan, ketenteraman, keselamatan, kenderaan, pembangunan ekonomi, perniagaan, perkilangan, pekerjaan, perladangan, pertanian, api, air, lektrik dan beribu-ribu lagi jasa UMNO yang busuk serta BN ini. Nak nafikan semua itu?? hahaha kufur nikmat nanti.

Tulisan ini akan menjadi terlebih panjang sekiranya hendak dibuat perincian tentang jasa UMNO yang busuk ini, lebih-lebih lagi sekiranya hendak dibuat perbandingan dengan negara-negara lain yang antaranya sedang bersembahyang pun kadang-kadang bom meletup. Namun seperti yang pernah saya tulis dalam posting terdahulu, menyebut semua ini adalah tidak disukai. Tak apa, PM dan TPM suruh selalu-selalu sebut dan ingatkan. Stop.

Sempurna??? tentulah belum dan peningkatan dalam semua bidang akan terus dijana oleh UMNO dan BN. Transformasi sedang berlaku. Sabarlah sikit.

Cacat cela UMNO dan BN??? memang ada tetapi tidaklah seteruk cacat cela pembangkang. Semua yang elok-elok tersebut tidak begitu digemari oleh pembangkang dan mereka lebih suka menyebut yang buruk-buruk seperti judi, pelacuran, maksiat, kezaliman, tiada kebebasan bersuara, ISA, kroni, rasuah, salah guna kuasa. Mereka menyebut perkara-perkara negatif tersebut seolah-olah mereka semua maksum  dan bersih sebersih-bersihnya. Tolonglah!!! rakyat nampak juga keburukan mereka. Minda mereka sebenarnya jumud, beku dan berkarat dan dipenuhi segala benda yang negatif. Kedaifan minda mereka tersebut cuba disembunyikan dengan memindahkan segala perlakuan buruk tersebut kepada UMNO yang busuk dan BN.

Perhatikan dan cuba buat analisa, semua perkara buruk yang mereka tohmahkan UMNO busuk dan BN dulu, kini semua mereka lakukan tanpa sedikitpun rasa malu. Memang dasar muka tak malu. Apabila mereka melakukan perkara yang pernah mereka tentang dulu, maka pelbagai alasan mereka cipta untuk menghalalkannya, biasalah ayat-ayat Al-Quran digunakan sewenang-wenangnya untuk menguatkan hujah. Contoh?? beribu-ribu contoh ada di depan kita. Mereka sebenarnya amat hipokrit.

Jasa UMNO dan BN yang busuk ini mereka nikmati setiap hari dari dulu hingga saat ini dalam semua bidang, namun untuk mereka bersyukur  tidak sekali-kali. Demi sedikit kuasa mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun mereka akhirnya kelak menerima nasib yang lebih buruk daripada apa yang mereka nikmati hari ini, itu semua mereka tidak peduli.

Banyak contoh kehinaan dalam dunia ini, yang jauh dan yang dekat untuk dijadikan iktibar sekiranya kuasa hilang. Hari ini sekutu PAS lembut gigi dari lidah, tapi lihatlah apa yang berlaku di negeri tempat mereka berkuasa. Untuk menipu rakyat, bolehlah dibuat gambaran yang cantik-cantik, namun realitinya mereka sebenarnya merintih dan menangis. "Air mata berjurai-jurai..." itu kata-kata Dr Hassan Ali.

Apa yang busuknya UMNO ini? apa yang tak baiknya, kenapa dengki sangat? UMNO tak pernah suruh orang minum arak, tak suruh orang berjudi, tak suruh orang Islam makan babi, tak suruh rasuah, tak suruh berzina, tak suruh berkhalwat, tak suruh merompak dan tak suruh menyamun. Semua itu UMNO dan BN tak suruh rakyat lakukan. Habis apa salahnya UMNO dan BN ni untuk meneruskan pemerintahan.?

Kenapa nak diruntuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam ni dengan pelbagai tipu helah dan daya. Kita faham persekongkolan pembangkang ini hanyalah untuk merasai nikmat kuasa. PAS menyedari siapa PKR dan siapa DAP, begitu juga sebaliknya. Mereka saling mengetahui hal masing-masing dan mereka masih bersetuju untuk berpakat dengan melupakan segala perbezaan demi mengejar kuasa.Jika mereka tidak bergabung mereka akan hancur. Jika mereka bertanding atas tiket masing-masing mereka akan gigit jari. Mereka sedar bergabung pasti menguntungkan mereka. Persetankan apa orang nak cakap.  Matalamat menghalalkan cara. Matalamat menghalalkan hubungan. Silakan dan UMNO serta BN akan bersedia bertempur dalam PRU13 kelak.

Tidak perlulah kita mengharapkan mereka ini akan berpisah. Mereka tidak akan berpisah. Kononnya yang penting Putra Jaya dulu, hal lain boleh difikirkan kemudian. Nasib masa depan orang Melayu, lupakan, yang penting kuasa dulu. Nasib masa depan umat Islam juga lupakan, yang penting kuasa dulu. Nasib masa depan ekonomi bangsa Melayu lupakan, yang penting kuasa dulu. Beribu-ribu projek bangsa lain dipuja dan dibanggakan. Sebuah projek bangsa Melayu akan dicari jalan sehabis daya untuk digagalkan.

Berjuta nilai projek bangsa asing tidak dihiraukan. Sebuah projek bangsa Melayu yang dibantu oleh UMNO dan BN di ganggu gugat supaya bangsa ini terus ketinggalan di tanah air sendiri. Sepuluh buah kereta mewah milik bangsa asing berhenti di R&R dikagumi. Sebuah kereta mewah milik Melayu berhenti akan dicemuh, dipandang serong, dituduh pemiliknya rasuah, kroni dan pelbagai tanggapan sinis. Buruknya perangai puak-puak pembangkang ini. Stop.

Jika kuasa politik Melayu menjadi lemah pada masa hadapan, PAS dan PKR harus bertanggung-jawab.  

Wednesday, March 21, 2012

TERKINI DARI UTUSAN

Najib hairan pembangkang bantah usul mengenai Lynas

21/03/2012 1:54pm

Video terkini: POOZIAH pindahkan 18,000 pengundi hantu ke Pekan untuk kalahkan PM. Meh layan video ni dulu.

  Video dari blog MPP online

PUTRAJAYA 21 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Material Plant yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

 

Perdana Menteri berkata, isu itu memerlukan satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian, dan perlu ditangani semua pihak, kerana ia membabitkan soal kepentingan rakyat serta negara.

"Ada beberapa isu dalam negara kita ini yang mesti kita tangani secara bipartisan, ini bukan soal politik, ini soal kepentingan rakyat dan negara. Kita mesti cari satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian, saya tidak anggap ini sebagai isu yang seharusnya dibatasi pertimbangan politik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk silinder komposit LPG (SL1M) di sini hari ini.

Semalam persidangan Dewan Rakyat meluluskan usul bagi menubuhkan jawatankuasa itu, yang bertujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian awam serta standard keselamatan projek Lynas Adavanced Material Plant (LAMP).

Usul itu dipersetujui melalui pungutan suara, walaupun pembangkang berterusan membantah, dengan ada wakilnya yang keluar dewan sebaik usul itu dipersetujui. — BERNAMA

Tahu lama dah pembangkang ni hanya mencari keuntungan politik semata-mata, bukannya nak membela rakyat pun. Walaupun mereka beria-ia memperjuangkan sesuatu isu itu, tetapi jika akhirnya mereka tidak mendapat keuntungan mereka akan pusing 360 darjah.

Samalah dengan isu ISA dan AUKU yang sibuk mereka perjuangkan supaya dihapuskan. Bila kerajaan hapuskan bukan mereka nak sokongpun. Bgitu juga dengan BR1M, pelbagai tohmahan mereka buat. benar kata Parpukari mereka ni 'bebal nak mampooosss!!!

Tuesday, March 20, 2012

KALAH DALAM TANGAN, MONANG BOLUN TAU!!!

Tajuk di atas Jokiden ambil dari blog Kepal Nasi Kepal Beras. Maksud tajuk tersebut jelas iaitu dalam pilihanraya akan datang, NSDK akan beralih pemerintahannya dari BN kepada Pembangkang. Namun perkataan "Monang Bolun Tau" maknanya harapan masih ada sekiranya percaturan tepat dibuat menjelang hari penentuan tersebut. Tentulah banyak faktor yang boleh mengubah suasana dan situasi yang menyebabkan kenyataan di atas boleh diterbalikan.
  .
Jika kita hendak berfikiran lebih positif tajuk di atas boleh berbunyi "Monang dalam tangan, kalah bolun tau" kaedah penyelesaian mungkin sama dan tak jauh berbeza sekiranya tajuk ini hendak diterbalikan.
.
 
Saya juga membaca email yang dihantar oleh NGO yang menamakan diri mereka TMS dari Jempol di blog Paneh Miang dimana terdapat beberapa input diberikan yang BN NSDK harus mengambil langkah-langkah tertentu. Jika tidak, bersedialah untuk menerima hakikat kesohehan tajuk di atas.
.
Seperti di tempat lain NS juga tidak sunyi daripada serangan persepsi negatif daripada pembangkang. Setiap persepsi jika tidak ditangani dengan betul akan diterima sebagai benar oleh rakyat dan pengundi. Setiap persepi jika dibiarkan tanpa penjelasan, akan menjadi barah yang akhirnya merebak.
.
"NS akan dapat MB baru.." Selalu sangat Jokiden dengar kenyataan tersebut dari mulut orang-orang politik pelbagai parti samada dari BN atau pembangkang. Tokoh-tokoh tertentu ramai juga yang berkata begitu. Tokoh pembangkang apatah lagi, amat ghairah sekarang ini. Keyakinan mereka bertambah kerana tanpa usaha gigih, tanpa calun-calun berwibawa pada PRU12 dahulu keputusan di NSDK menyaksikan BN hilang mandat 2/3.
.
Yang teruja sangat hendak meletakan MB baru di NS ialah PKR dan DAP. PAS dipaksa akur dan dipaksa gigit jari. Diharap PAS juga akan beria-ia untuk mengejar jawatan MB NS ini supaya berlaku perebutan kerusi yang serious antara meraka kelak. PAS sebenarnya lebih layak, memandangkan mereka ada pengalaman di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
.
NSDK seperti Johor, sejak dahulu adalah merupakan kubu kuat BN. Ini diakui oleh kawan dan lawan. Mat Sabu berpuluh kali dalam ceramahnya mengatakan "orang Noghori ni tak faham-faham..sughuh tukar, tak ondak.." Pembangkang pernah mendapat 'telur' kosong di NSDK. Pernah juga wakil pembangkang terkonteng-konteng seorang diri di DUN NS. Kini pembangkang mendapat inspirasi hebat dengan menguasai 15 kerusi.

 
Semua menerima hakikat bahawa tsunami politik yang melanda negara pada PRU12 merupakan faktor penting yang menyebabkan BN kehilangan banyak negeri, banyak kerusi Parliamen dan banyak kerusi DUN. Termasuk di NSDK. Soalnya adakah langkah-langkah jitu telah diambil untuk memperbaiki segala permasalahan yang melanda ketika itu.
.
Air telah sampai ke hidung, BN akan lemas nanti. Tinggal sedikit masa sahaja lagi untuk BN NSDK menyelesaikan semua permasalahan yang ada sebelum menghadapi rakyat pada PRU13 akan datang.
.
Sekiranya tajuk Kepal Nasi menjadi kenyataan dan email dari NGO yang Paneh Miang paparkan menjadi salah satu faktor kekalahan maka siapa yang harus bertanggung-jawab dalam hal ini???.
.
Jokiden tegas mengatakan kesemua kepimpinan BN NSDK yang berada di saf hadapan harus bertanggung-jawab. Benarlah jika ada yang tidak kisah dan apa boleh buat rakyat sudah menolak kita, namun sanggupkah mereka semua tercatat dalam sejarah politik tanah air, iaitu BN kalah, pemerintahan bertukar tangan dan kapal tenggelam di zaman ketika mereka mengemudi kapal BN ini.
.


Apa masalah sebenarnya di NSDK ini??? apa yang kalut sehinggakan Timbalan Presiden seolah-olah sudah giveup??? UMNO kah yang bermaslah?, MCA kah?, MIC kah?, GERAKAN kah? PPP kah? cer citer... Sepatutnya tiada masalah kerana yang berada di saf hadapan semuanya tokoh-tokoh terbilang dari setiap parti komponen. Namun dingatkan juga untuk mengekalkan kuasa BN di NSDK ini semua parti komponen mesti bebas dari sebarang masalah atau kemelut besar.


Para takoh dan pemimpin BN negeri ini amat berpengalaman.. Cuba kita imbas siapa yang berada di saf hadapan pada PRU12 dahulu. Oleh kerana UMNO menjadi tunjang, maka kita tumpukan kepada UMNO.
.
Ketua Perhubungan, YAB Dato' Seri Utama Hj Muhamad Hj Hassan,
Ketua Bahagian Jelebu, YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim,
Ketua Bahagian Jempol, YB Dato' Hj Lillah Yassin,
Ketua Bahagian Kuala Pilah, YB Dato' Hj Ismail Lassim,
Ketua Bahagian Rembau, YAB Dato' Seri Utama Hj Muahamd Hassan,
Ketua Bahagian Tampin, YB Dato' Shahziman Abu Mansor,
Ketua Bahagian Rasah, YB Dato' Hashim Rusdi,
Ketua Bahagian Teluk Kemang, YB Tan Sri Mohd Isa Samad,
Ketua Bahagian Seremban, YBHG Datuk Ishak Ismail.

Mereka ini yang mengepalai jentera BN pada PRU12. Kini ada pertukaran tak?? Tak ada, masih tokoh yang sama yang akan mengepalai jentera pada PRU13 kelak.. Lalu apa masalahnya??. Mereka inikah yang bergeser antara satu sama lain??. Bergeser atau bergesel sebab apa?? dan untuk apa?? Jokiden harap tidak ada apa2 sengketa yang boleh merosakan suasana dan menjerumuskan BN NSDK kepada kekalahan yang memalukan kelak.
.
Melihat kepada senarai tokoh-tokoh dan otai-otai veteran politik di atas, mereka ini orang lama yang tidak perlukan nasihat atau bimbingan. Mereka lebih arif, mereka lebih mengetahui, mereka telah lama dalam sepak terajang dunia politik di NSDK ini. Jika adapun yang orang luar tepi boleh bercakap ialah tentang satu perkara sahaja iaitu 'belajar untuk berkorban apa sahaja demi agama, demi bangsa, demi negara demi parti, demi generasi dan demi negeri yang tercinta ini.'
.
Selebihnya perlukah mereka ini diberitahu, perlukah mereka ini diajar itu ini, Jokiden rasa tidak perlu. Nanti akan jadi seperti 'mengajar itik berenang atau mencurah air ke daun keladi.' Mereka lebih tahu. Ini belum lagi kita melihat senarai di saf kedua seperti Timbalan Ketua Bahagian, Naib-naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Puteri. Senarainya semakin canggih dan hebat, lalu sepatutnya tidak ada internal differences  seperti yang disebut oleh TPM tempoh hari.

Percaturan pembangkang nampaknya mudah, pertahankan kerusi yang sedia ada dan dapatkan 5 kerusi lagi, maka mereka akan memerintah. Mana kawasan sasaran mereka?? Jokiden diberitahu antaranya Kuala Klawang yang dulu semasa ada excopun majoriti tipis 61 undi. Kemudian Chennah, Jeram Padang, Seri Menanti, Pilah dan Rantau. Rantau??? kawasan YAB MB tu, biar betul???

BN juga mengatur startegi mempertahankan yang sedia ada dan merampas kembali beberapa DUN tradisi seperti Paroi, Sikamat dan Ampangan. "Kena dengan calun winnable, pasti dapat balik" Jokiden diberitahu. Benarkah?? Kawasan Cina bagaimana??, kawasan India macam mana??? Soheh Kepimpinan barisan hadapan di atas ada jawapannya, tak perlulah kita bersusah payah memikirkannya. Kita hanya memandang dari segi luar, mereka pula mempunyai data-data soheh.

"Kalau calun ni monang, kalau calun ni kalah..".macam ada yang nak sabotaj tu. Patutnya, capo yo jadi calun BN akan MONANNNNNGGG!!!! Mungkin hanya Presiden UMNO sahaja yang bulih mneyolosaikan kemelut di NSDK ni. Kok ada kemelutlah..kok tak ada kan bagus.

Apapun generasi akan datang tidak seharusnya dibebankan dengan kesilapan pemimpin hari ini.

Catatan: Ini komen Tun Daim yang baru saja jokiden baca dalam http://www.utaranews.com/ sebentar tadi.

"Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan."


 




    

TERKINI KS NALLAKARUPPAN DISAMAN OLEH ANWAR

Terkini, pasukan peguam Nuar sedang meneliti kemungkinan untuk menyaman Ks Nallakaruppan di mahkamah dalam waktu terdekat berikutan dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Nalla tentang salah laku Nuar. Ayat ini menjadi titik tolak tindakan Anuwar:

"Saya Boleh Dedahkan Di Mahkamah Siapa BUDAK Yang Anwar Liwat..." 

Too much la Nalla.. you tunggu kito jumpo kek mahkamah

Nalla seperti juga dengan KJ,  Dr Mahathir dan Dr Chandra Muzzaffar akan di saman secepat mungkin kerana menjatuhkan maruah Anwar di khalayak ramai dan mengaiiiibbbbbkan beliau serta cuba menutup karier politiknya.

Termasuk dalam senarai yang mungkin disaman dan diheret ke mahkamah atas permintaan individu berkenaan ialah:

DS NAJIB
RAHIMI
EZAM MD NOR
ANUAR SHAARI
LOKMAN NOR ADAM
UMMI HAFILDA
ESKAY
RAHIM THAMBY CHIK
SHUIB LAZIM
JOHARI ABDUL
TAN CHEE BAI
GOBALAKRISHNAN
ROSLAN KASSIM
ZULKIFLI NOORDIN
ZAHRAIN HASHIM
PAPA GOMO
PARPUKARI
KARPAL SINGH
MAT SABU
HASSAN ALI
RPK
MUSA HASSAN
IBRAHIM ALI
KHALID IBRAHIM

Sesiapa nak tambah senarai tu tambahlah.

Bila  waktu terdekat mereka ni nak diheret ke mahkamah???? selepas Nuar jadi PMlah. Hahahaha!!!

Monday, March 19, 2012

KHALID SAMAD DAN DR RANI MERAUNG TERGULING-GULING. SOHEH DAH PONEK

Akhbar Utusan dalam salah satu rencananya ada mengatakan bahawa ahli-ahli PAS mempersoalkan tindakan pemimpin mereka yang tidak langsung menyanggah apa sahaja hujah yang disampaikan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali dalam road shownya lalu ramai yang beranggapan bahawa Hassan Ali berada di pihak yang benar.

Pada awal episod ini setelah Hassan Ali dipecat dengan cara paling zalim dalam dunia ini, tanpa sedikit ruangpun untuk beliau membela diri, maka kepimpinan PAS telah mengambil keputusan supaya tidak ada reaksi daripada mana-mana pemimpin tentang perkara tersebut dengan harapan isu Hassan Ali akan berlalu begitu sahaja tanpa ada kesan yang besar.

Kelompok luar dan kebanyakan penyokong pembangkang menyedari dan mengetahui sebab musabab kenapa Hassan Ali dipecat. "Saya dipecat bukan sebab saya gay, bukan sebab saya ada sekandal sex, bukan sebab saya rasuah..saya dipecat sebab mempertahankan akidah..saya dipecat sebab Anwar Ibrahim.." itu antara ayat power Hassan Ali dalam mana-mana ceramahnya.

Usaha untuk menyingkirkan Hassan Ali dari arus perdana kepimpinan PAS telah bermula lama dulu dan dapat dikesan dengan kegagalan beliau merebut jawatan Naib Presiden PAS di muktamar yang lepas.

Kemudian Hassan Ali digugurkan daripada memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Kemudian ada khabar angin yang mengatakan bahawa beliau tidak akan terpilih menjadi calun mewakili PAS dalam PRU13 yang akan datang.

Tindak tanduk atau pendekatan Hassan Ali dalam melaksanakan tugasnya selaku Exco Agama banyak yang tidak disenangi oleh rakan-rakan kongsi Pakatan Pembangkang samada DAP ataupun PKR. Ahli parti mengetahuinya, rakyat juga mengetahuinya seperti dalam isu Gereja DUMC dan penyerbuan pusat-pusat maksiat dan juga perampasan arak oleh pihak berkuasa tempatan. Tindakan Hassan Ali dilihat akan menjauhkan sokongan kaum cina terhadap gabungan pembangkang. Duri dalam daging.

Turning point atau alasan segera untuk melenyapkan Hassan Ali ialah apabila beliau dengan lantang tidak bersetuju PAS bersubahat dengan DAP dan PKR dengan menghantar ahlinya beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari. Hujah Hassan ialah, isu liwat adalah isu peribadi Anwar, kenapa rakyat harus diseret sama. Karpal Singh pernah berkata "Anwar has created enough trouble for this country" Sedangkan dalam isu Himpun untuk membela akidah orang Islam jelas kepimpinan PAS melarang ahlinya daripada turut hadir. Bagi Hassan ini perjuangan songsang dan beliau enggan terlibat.

Ramai yang berpendapat bahawa Hassan Ali tidak hebat dan yang hebat ialah PAS. Sekurang-kurangnya itulah harapan para pemimpin pembangkang. Hassan akan hilang ditelan arus dan akan lenyap begitu sahaja. Tanpa dokongan PAS Hassan Ali tidak ada apa-apa kelebihan. Oleh itu biarkan Hassan hendak bercakap apa sahaja, kerana akhirnya dia akan keletihan dan tak ada siapa ambil kisah. Jangan dilayan Hassan Ali, kerana makin dilayan makin dia menjadi. Makin disanggah makin banyak yang dia akan dedah. Hanya dua tiga orang sahaja yang membuat komen tentang Hassan Ali selepas itu seperti Setiausaha Agung dan juga Ketua Dewan Ulamak PAS.

Pada peringkat awal orang yang mungkin paling gembira dengan pemecatan Dr Hassan Ali ialah Dr Rani yang dilantik sebagai Pesuruhjaya menggantikan beliau dan mungkin juga Khalid Samad yang dianggap parasit oleh Dr Hassan. Mereka berdua mungkin mempunyai sebab tertentu untuk merasa gembira.

Melihat kepada ombak yang semakin menggila sekarang ini dimana ceramah penerangan Dr Hassan Ali terus mendapat sambutan maka dua orang yang mungkin gembira tadi diarahkan supaya membuat sanggahan. Sementara ceramah Dr Hassan Ali dihadiri oleh ribuan pendengar samada oleh ahli PAS, ahli UMNO mahupun ahli NGO, ceramah Khalid Samad dan Dr Rani pula terus muram dan malap hanya dihadiri sekitar 15 hingga 300 orang sahaja. Akhirnya mereka sedar siapa Hassan ALi dalam soal ceramah ini. Mereka akhirnya sedar betapa langit tinggi ataupun rendah.

  Takat tu je lah yang hadir.

Samada di Selangor mahupun di Perak ceramah sanggahan Khalid Samad dan Dr Rani nampaknya terus gagal menarik pendengar dan terus gagal dalam hujah sanggahan mereka. Ceramah Dr Hassan walaupun kerap, tetap mendapat sambutan dan keahlian JATI terus meningkat.Sebab itulah Khalid Samad dan Dr Rani meraung terguling-guling dan merasa penat.

Biasalah bila mereka gagal dalam melaksanakan sesuatu cara paling mudah untuk cuci tangan ialah menyalahkan UMNO, menyalahkan BN dan menyalahkan kerajaan. Mulalah mereka menjaja Hassan Ali kononnya ditaja RM30 juta oleh kementerian Belia, Hassan Ali dibeli oleh UMNO berjuta-juta dan sebagainya. Alasan ini juga nampaknya gagal. Rakyat begitu jelas dengan isu Hassan Ali ini dan cubaan untuk mengheret UMNO dan BN nampaknya kurang berkesan. Cuba lagilah wahai PAS kerana tak lama lagi seperti PKR, PAS juga akan berkubur. Datuk Dr Haron Din, Azizan Razak dan Nasharuddin Md Isa tak nak pecat ke?

 
Bena diambil dari blog AAKJ.COM

Jokiden sebenarnya tidak pernah teruja dengan Dr Hassan Ali ni, Tan Sri Kadiaq akhirnya keluaq UMNO. Banyak kisah dia di Sungai Rapat Online. Bacalah. 

"Anwar Ibrahim has created enough trouble for this country. Anwar Ibrahim harus bertaubat" Karpal Singh.   

Sunday, March 18, 2012

TPM MELAWAT MELAKA

Kemajuan dinikmati bukan semula jadi – TPM

JASIN 17 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemajuan dan keamanan yang dinikmati rakyat pada hari ini adalah hasil daripada keberkesanan sesuatu dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dan bukannya datang secara semula jadi.

 




Timbalan Perdana Menteri berkata, keberanian kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) untuk mengambil langkah-langkah bijaksana, menyusun secara terancang dan melaksanakan dengan berkesan telah menjadikan Malaysia seperti apa yang dilihat hari ini.

Berucap di hadapan kira-kira 10,000 penduduk sempena Majlis Jamuan Rakyat peringkat negeri di Taman Maju di sini, Muhyiddin berkata, Malaysia kini dikatakan telah mencapai tahap negara membangun yang paling pesat pembangunannya.

“Ini tak mungkin jadi begitu sahaja, tanpa ada usaha, tanpa ada kesungguhan, kesediaan, perancangan, pelaksanaan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kerajaan hingga kumpulan masyarakat yang hendak kita bantu ini mendapat pembelaan adil dan saksama.

 

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.  


Jokiden: Pembangkang jangan nak mimpi untuk menawan Melaka pada PRU13 ni. Soheh tak dapek doh.