Sunday, May 19, 2013

Yang Ini Akan Sentiasa Diingati...

  
Ada sesiapa yang kenal dia ni...

Seorang tokoh koperat telah diumumkan akan dilantik sebagai Senator dan akan mengangkat sumpah sebagai seorang Menteri pada 6 Jun akan datang. Pada pandangan DS Mohd Najib beliau adalah layak untuk menambahkan lagi keyakinan sektor perbankan dan sektor koperat kepada Kerajaan Transformasi.

Di Dalam Mingguan Malaysia hari ini Karpal Singki secara terbuka mempertikaikan kewujudan Dewan Negara sebagai membazir, tidak berfaedah dan biasalah hendak memainkan emosi rakyat dengan mengatakan bahawa duit rakyat digunakan untuk menampung segala keperluan Dewan Negara.

Karpal Singki ternyata tidak senang dengan kemunculan tokoh-tokoh seperti Amir Sham dan terkini Datuk Seri Wahid Omar dalam membantu membangunkan negara ini. Sebab itu bagi Karpal Singki perlantikan Senator oleh kerajaan dan Kabinet seharusnya dianggotai oleh mereka yang terpilih dalam PRU sahaja. Begitulah semangat DAP.

Apapun yang memungkinkan Datuk Seri Wahid Omar di lantik sebagai Senator ialah sebab UMNO berkuasa. Yang memungkinkan Azran Osman Rani menjadi CEO Air Asiax ialah sebab negara ini aman dan perniagaan berkembang pesat. Sekali lagi ianya disebabkan oleh kemampuan UMNO mentadbir negara ini.

Yang turut memungkinkan UMNO masih kekal berkuasa dan tokoh koperat boleh menjawat jawatan tinggi di GLC dan Sektor Swasta ialah dengan adanya pengorbanan 'budak-budak UMNO' seperti yang pernah disiarkan di sini. Pengorbanan mereka bukannya sedikit. Kesanggupan mereka menjadi jentera dalam memenangi hati rakyat dengan sedikit upah atau 'duit' teh semasa kempen PRU13 yang lalu amatlah besar maknanya.

Sementara Mymassa hari ini menulis tentang kegagalan kakitangan Air Asia memahami situasi penumpangnya dan mahukan Azran Osman Rani yang begitu celupar menganggap Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis dan dia kononnya merupakan Melayu yang tidak rasis sama sekali. Angkuh je dia hendak menarik iklan Air Asia daripada Utusan Malaysia.

Tidak cukup dengan itu beliau turut menempelak Pertubuhan Peribumi Perkasa dengan mengatakan para pemimpinnya berfikiran sempit dan membuatkan Orang Melayu tercicir dan tertinggal kebelakang.

Reaksi pembaca dalam mempertahankan Utusan Malaysia amatlah diluar dugaan dan CEO Air Asia tersebut tiba-tiba menyedari bahawa kenyataannya tidak langsung mencerminkan jiwa nurani Orang Melayu yang kini sedang diambang kehilangan kuasa politik. Kenyataan kurang bijaknya tidak pernah diundang sama sekali.

Azran Osman-Rani cemuh Utusan Malaysia dakwa akhbar rasis


KUALA LUMPUR 12 Mei - Seorang ahli korporat Melayu baharu yang berkhidmat dengan syarikat Air Asia milik Tan Sri Tony Fernandes mencemuh Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani membuat kenyataan menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya untuk menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabelnya tidak mewakili Melayu Malaysia.

Azran secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial miliknya itu menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan akhbar itu bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Dalam akaun Twitter pula, beliau juga menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan.Azran turut menyifatkan Utusan Malaysia sudah tidak relevan dengan jumlah pembaca semakin merosot, walaupun hakikatnya jualan akhbar ini bukan sahaja tidak merosot, malah meningkat sebanyak 1,000 naskhah sehari.

"Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia," tulis ahli korporat Melayu baharu itu.

Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' yang mempersoalkan undi kaum Cina yang menyokong DAP hampir 100 peratus.

Laporan berkenaan mendapat liputan meluas sehingga seorang wartawan berketurunan Cina mempersoalkannya di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar beliau.

Bagaimanapun, Najib dengan tenang menjawab: "Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina? Adakah anda kata sesetengah orang memperkatakan benda yang betul setiap masa?."

Dalam pada itu, Azran turut memperlekehkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) apabila menyifatkan bahawa fikiran sempit pertubuhan itu yang membuatkan orang Melayu terkebelakang.

"Perkasa? I think Malaysia has proven that they are irrelevant. Its Perkasa's narrow-mindedness that's holds Malays back. (Perkasa? Saya fikir Malaysia telah membuktikan bahawa mereka tidak relevan. Fikiran sempit Perkasa yang menyebabkan Melayu ketinggalan.)"

.

Saturday, May 18, 2013

Wakil MCA Dalam Exco Johor Membuktikan MCA Cakap Tidak Serupa Bikin.


           
Dari Blog RBF..
 
 


Tengah hari tadi keluar makan dengan seorang kawan. Biasalah makan sambil bercerita tentang politik terutamanya kisah PRU13 yang baru berakhir. Kami berbual secara santai dan suara juga tidak tinggi. Rupa-rupanya perbualan kami menarik minat sepasang warga emas yang duduk makan di sebelah kami. Dia memberanikan diri untuk menyampuk perbualan kami. Akhirnya Jokiden berceramah di situ tanpa sedar.
 
Sekarang ini tidur pun masih termimpikan kisah PRU13. Yang pasti setiap hari Jokiden masih bermimpi tentang kekalahan Selangor kepada Pakatan. Di dalam mimpi tersebut penyelesaian yang Jokiden dapat ialah di Selangor tidak ada tokoh yang agak menonjol atau popular.
 
Selangor tidak cukup setakat memiliki Noh Omar dan Ir Zain atau Dr Rahman atau Datuk Shubahan Kamal. Di Selangor mesti ada tokoh yang popular dan lantang walaupun pernah mempunyai 'kudis' untuk memungkin BN kembali merampas Selangor. Itu rumusan di dalam mimpi sahajalah.
 
Di Selangor BN mesti mempunyai tokoh seperti Rafizi, Tian Chua, Assmin Ali, Khalid Gagap atau Khalid Samad, baru boleh bersaing dengan pakatan. Sebab itu apabila mantan MB Selangor Muhd Muhammad Taib menyertai PAS, seluruh raklyat Selangor berpendapat bahawa PAS adalah parti yang betul dan PAS adalah wadah perjuangan untuk orang Melayu. Maka berduyun-duyun rakyat Selangor menyokong PAS kerana pada anggapan mereka PAS adalah betul dalam serba serbinya.
 
Apabila Mat Tain menyertai PAS semua kudis PAS sembuh dalam sekelip mata pada anggapan rakyat Selangor. Tidak ada lagi haram mengundi PAS. Tidak ada lagi kesesatan dalam akidah dan perjuangan PAS. Kalau PAS masih sesat dan menyesatkan kenapa oran se otai Mat Taib sanggup menyertai parti tersebut. Mungkin itu yang difikirkan oleh rakyat Selangor lalu mereka memberikan 15 kerusi kepada PAS.
 
Apa yang Ngeh tweetkan di atas sebenarnya itulah yang mereka kempenkan pada 2008 dahulu yang berjaya membakar hati nurani dan jiwa masyarakat Cina. MCA dikatakan menjadi hamba kepada UMNO. MCA dikatakan sebagai kuda tunggangan UMNO. MCA terlalu mengalah kepada UMNO. Orang Cina mesti bangkit dan membuktikan bahawa mereka bukan keturunan hamba abdi. Memanglah ayat-ayat sedemikian mampu membakar sentimen masyarakat Cina.
 
Segala toleransi UMNO dan Melayu sejak merdeka dilupakan oleh hasutan sedemikian. Segala jasa baik dan sopan santun UMNO Melayu kepada bangsa pendatang ini luput dalam sekelip mata apabila DAP mengunkit-ungkit kononnya MCA gagal membawa aspirasi masyarakat Cina. MCA gagal mendapatkan itu ini untuk orang Cina.
 
Biasalah DAP akan memainkan isu kaki tangan awam atau kerajaan, isu pendidikan, isu biasiswa dan isu bahasa. Sejak merdeka mana pernah UMNO/BN melarang MCA untuk terus mengamalkan tarian naganya antara contoh betapa UMNO menghormati hak kaum pendatang ini.
 
Mana pernah UMNO dan Melayu mempertikaikan apa yang orang Cina miliki. Mana pernah orang Melayu menganggap orang Cina sebagai hamba tebusan. Malah orang Melayu menganggap orang Cina sebagai tokey.
 
Di Kampung Jokiden sejak Jokiden lahir ada kedai runcit milik Cina dan kedai membeli getah lantun, kekal sehingga mereka kaya raya. Kini di Taman jokiden terdapat kedai Cina dari satu menjadi dua, menjadi tiga, empat dan sudah lebih sepuluh buah yang penduduknya 95% terdiri daripada orang Melayu. Ok je mereka berniaga, malah orang Melayu sudah selesa membeli ayam tanpa kepala dari kedai Cina tersebut dengan hanya Cina itu meletakkan gambar seorang yang berketayap di dindingnya kononnya itulah penyembelih ayam-ayam yang mereka jual. hakikat sebenar kesahihan ayam-ayam tersebut disembelih adalah amat diragui. Berpuluh tahun mereka selamat berniaga di kawasan Melayu.
 
Seorang rakan jokiden yang berjiwa besar dengan modal yang agakl besar memberanikan diri membuka sebuah restoren dan sebuah pasar mini di kawasan perumahan Cina. Selepas dua bulan hanya papan tanda sahaja yang masih tergantung di kedainya dan rumput sudah mula menjalar di kaki lima kedai tersebut.
 
Telah banyak kali Jokiden tulis dan rasa nak sebut lagi, jika DAP berkempen secara sihat tanpa prejudis, tanpa memainkan isu perkauman yang menebal, pastilah DAP akan kehilangan semua kerusinya.
 
Jasa MCA kepada masyarakat Cina melalui perkongsian kuasa dengan UMNO/BN/MIC, sejak merdeka amatlah besar. Dasar Ekonomi Baru yang digembar-gemburkan selama 30 tahun tersebut turut menaikan pegangan ekuiti kaum Cina dari 35% kepada 45%. kaum India dari 2% kepada 12% dan kaum Melayu dari 8% kepada 18%. DEB sebenarnya menguntungkan kaum Cina. Jika masih ragu cubalah pergi tanya Vicient Tan dari Berjaya Group dan YTL Group.
 
DAP hanya mempersoalkan apa yang Melayu dapat dan dia menutup mata apa yang Cina dapat termasuklah Ngeh sendiri yang mendapat tanah beribu ekar.
 
Tun Mahathir pernah melabelkan bahawa Lim Kit Siang telah buta matanya kerana gagal melihat pencapaian kaum Cina melalui perkongsian kuasa ini. lihatlah bangunan pencakar langit, milik siapakah itu. Perniagaan besar-besar milik siapakah itu.
 
Pusat-pusat membeli belah bertaraf dunia milik siapakah itu. Kilang-kilang pembuatan yang canggih milik siapakah itu. Kilang pembuat makanan yang kadang kala menggunakan logo 'Halal' palsu milik siapakah itu.
 
Hotel-hotel yang bertaraf bintang di Bandar Raya milik siapakah itu. Hotel-hotel di pusat peranginan milik siapakah itu. Sistem pengangkutan udara, darat dan air milik siapakah itu. Kapal-kapal persiaran Mewah di Pelabuhan Klang, di Pulau Pangkor, Lumut, Langkawi mlik siapakah itu.
 
Taman tema untuk anak-anak Melayu pergi menghabiskan duit di hujung minggu kebanyaknya milik siapakah itu. Kereta-kereta mewah yang berjenama dari luar negara yang berkeliaran di Lebuh Raya dan parking di R&R milik siapakah itu.
 
Tedapat ribuan kedai menjual kain baju di seluruh pelusuk tanah air, milik siapakah itu. Pusat-pusat pengajian tinggi swasta yang tumbuh ibarat cendawan selepas musim hujan di negara ini milik siapakah itu. Terdapat ribuan Klinik persendirian di seluruh negara dan siapakah pemiliknya itu 
 
Kedai hardwear yang menjual paku, zing, simin, papan lapis, getah paip dan kertas dinding milik siapakah itu.  Perternak sayur di Cameron Highland yang bertaraf Jutawan yang mendapat subsidi dari Kementrian Asas Tani milik siapakah itu.
 
Penternak babi yang terbesar di Asia Tenggara milik siapakah itu. Penternak ayam, lembu, itik, ikan toman, ikan siakap dan penternak buaya terbesar milik siapakah itu. Senarai ini tidak akan habis jika mahu disenaraikan. Pun begitu untuk meraih undi sanggup DAP mengatakan bangsa Cina adalah warga negara kelas kedua semata-mata kerana di dalam Perlembagaan Negara terdapat klausa hak istimewa Orang Melayu.
 
Jumlahkan Profesyenal Cina dan bandingkan dengan Profesyenal Melayu dan India atau Kadazn Dusun, siapakah yang lebih banyak jumlahnya.
 
Pernahkah Orang Melayu menghalang anak Cina untuk menjadi doktor samada dari dalam atau luar negara. Pernahkah kerajaan menghadkan jumlah Jurutera kaum Cina, Akauntan kaum Cina atau Peguam dari kaum Cina.
 
Kilang-kilang papan yang memproses kayu-kayu balak yang ada kalanya diperolehi oleh Orang Melayu melalu Koperasi atau badan NGO milik siapakah itu.  
 
Anak-anak muda bangsa Cina seolah-olah lupa daratan dan telah terpengaruh dengan hasutan DAP dan Nuar Brahim, kini sanggup pula untuk berarak bersama untuk memprotes keputusan PRU13 yang kononnya di manipulasi oleh SPR.  
 
Di dalam negara yang rakyatnya kononnya menjunjung kedaulatan undang-undang, sebarang bentuk penipuan seperti penggubahan wang haram dan termasuklah dalam kes penipuan SPR ini, sepatutnya mahkamah adalah merupakan tempat yang sewajarnya untuk di rujuk dan bukannya demontrasi jalanan. Berpuluh kes pihak kerajaan kalah kepada pembangkang dalam mana-mana mahkamah di negara ini. Lainlah di Singapura,  Israel atau Perancis, semua kes yang melibatkan kerajaan pastilah pemenangnya ialah pihak kerajaan.
 
Menuduh orang lain menipu adalah membuktikan diri sendiri sebenarnya yang menipu. Menuduh orang lain rasis adalah membuktikan diri sendiri yang rasis. Menuduh orang lain rasuah dan mengamalkan kroni adalah membuktikan diri sediri yang mengamalkan krini dan rasuah. Menuduh orang lain zalim tanpa bukti membuktikan diri sendirilah yang zalim.
 
Untuk makluman Ngeh adalah mulia sekali sikap MCA yang menerima baik saranan Sultan supaya wakil mereka turut serta dalam kerajaan yang diterajui oleh UMNO ini, dulu kini dan selamanya. Apa hal pulak DAP ingin mengatakan MCA tunduk kepada Sultan.
 
Demi kelangsungan keharmonian kaum di negara ini adalah wajar MCA merestui wakil mereka di dalam Pentadbiran Kerajaan Johor. Ngeh berhentilah meroyan.
 
 

Friday, May 17, 2013

Datuk Ni Seorang Menteri Ke Atau Seorang Karyawan Tamu???

 
Gambar hiasan...

Membaca artikel Naib Presiden UMNO@Menteri Dalam Negeri yang baru di dalam ruangan Rencana Utusan Malaysia 16 Mei 2013, Jokiden bersetuju dengan setiap patah yang beliau coretkan. Ini bermakna beliau sendiri tidak bersetuju dengan agenda Nuar serta pengikutnya yang turun ke jalan raya untuk membuat protes tentang keputusan PRU13.
 
Terkini sebagai seorang Menteri yang diberikan amanah oleh Perdana Menteri dan rakyat untuk menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam, kita ingin melihat apakah tindakan beliau selepas ini nanti.
 
Beliau bertanggung-jawab dalam mempastikan keadaan sentiasa aman dan tenteram dan kehidupan harian rakyat tidak terganggu gugat dengan ancaman puak yang kalah dalam PRU13 lalu khususnya oleh Nuar Brahim.
 
Beliau tidak boleh mengatakan tidak tahu menahu dengan apa yang berlaku di depan mata. Atau beliau tidak boleh mendakwa, belum mempunyai bukti kukuh untuk menangkap seterusnya mendakwa Nuar dan koncu-koncunya di mahkamah kerana berdasarkan huraian beliau di dalam rencana yang beliau tulis beliau jelas memahami situasi yang diwujudkan oleh puak-puak pakatan ini.
 
Beliau tidak boleh mendakwa sedang memantau situasi dan pergerakan Nuar kerana beliau sendiri amat arif dengan apa yang sedang berlaku di hadapan mata beliau. Mungkin beliau perlu mengambil sikap berhati-hati namun sekiranya beliau gagal bertindak, pastilah rakyat akan mengatakan bahawa beliau tidak ada bezanya dengan rakan Naib Presiden yang beliau gantikan di KDN.
 
Rasanya mesej jelas rakyat ialah mahukan kerajaan bertindak dan mahukan kumpulan yang kalah akur dengan kehendak majoriti rakyat yang memilih BN untuk terus berkuasa, walaupun di negeri tertentu undi popular memihak kepada pakatan.
 
Atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendapat rencana tersebut beliau tulis sebelum mendapat petunjuk daripada Perdana Menteri untuk melantiknya sebagai Menteri Dalam Negeri menggantikan Datuk Seri Hishamuddin. Jika benar begitu apakah beliau ingin menarik kembali rencana yang beliau tulis tersebut daripada Utusan Malaysia.
 
Rakyat sedang memerhati dan menunggu tindakan Datuk Seri. Bertindaklah dan cegahlah sebelum parah. Rakyat di belakang Datuk Seri.
 

Perhimpunan haram sebab tak terima hakikat gagal kuasai Putrajaya

 Penyokong pembangkang berhimpun di Stadium Kelana Jaya, baru-baru ini
 
 
DAKWAAN pembangkang yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) begitu terpukul dengan pencapaian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) harus disanggah.
 
Pembangkang mendakwa BN hanya memperolehi 133 kerusi di Dewan Rakyat dan tidak dapat menguasai dua pertiga suara majoriti. Sedangkan BN hanya memerlukan 15 kerusi sahaja untuk memperolehinya.
 
Hakikatnya, pakatan pembangkang amat kecewa kerana kegagalan mereka untuk menguasai Pusat Pentadbiran Putrajaya. Pembangkang hanya memperolehi 89 kerusi Dewan Rakyat, biarpun mereka mencanangkan di seluruh dunia seolah-olah Putrajaya telah menjadi milik mereka sejak 5 Mei yang lalu.
 
Bagi menutupi kegagalan mereka, pembangkang mengadakan perhimpunan haram untuk menolak keputusan PRU-13 di peringkat pusat. Amat menghairankan, mereka tidak pula mempertikaikan keputusan pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
 
Pengiktirafan dwi standard ini, malangnya diyakini secara membabi buta oleh pengikut tegar mereka. Mereka menggunakan alasan telah memperolehi undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN 48.22 peratus.
 
Mengikut laporan awal, daripada sejumlah 10,861,683 pengundi yang keluar membuang undi, pembangkang telah memperolehi 5,623,984 undi, manakala BN memperolehi 5,237,699 undi.
 
Jika pun benar pembangkang memperolehi kelebihan suara majoriti, namun ukuran yang digunakan pembangkang telah dimanipulasikan mengikut acuan list system atau single transferable vote.
 
Kaedah yang ditafsirkan oleh pembangkang hanya terpakai bagi negara-negara yang memilih ketua negara dan parti pemerintah secara sistem pilihan raya perwakilan bernisbah yang memperuntukkan kerusi berasaskan undi yang diterima.
 
Malaysia mewarisi sistem politik daripada United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel juga menggunakan sistem first past the post yang mana parti-parti politik yang bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian yang mengambil kira prinsip undi majoriti mudah.
 
Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.
 
Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.
 
Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka, malah jika mereka benar-benar rakyat yang setia kepada negara ini, mereka hendaklah menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
 
Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.
 
Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya.
 
Sebenarnya pembangkang terlalu yakin (over confident) dengan sokongan pengundi dan memanipulasikan pelbagai isu serta menabur janji palsu dalam manifesto yang mereka sendiri tahu tidak akan termampu untuk mereka laksanakan.
 
Pas pula sebaliknya, melalui kenyataan Presidennya, Abdul Hadi Awang telah mengakui keputusan PRU-13 dan menerima kenyataan atas keputusan yang dibuat oleh rakyat. Malah Pas tidak bersetuju dengan perhimpunan haram yang diadakan.
 
Rakyat semakin muak dengan gelagat beberapa pemimpin utama pembangkang yang mengheret anak-anak muda, terutamanya daripada keturunan Cina dengan penuh rasa kebencian dan menyemarakkan api perkauman dalam masyarakat majmuk yang selama ini dijalin rasa keharmonian.
 
Pembangkang turut mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya memanipulasi undian. Ia merupakan tuduhan yang keterlaluan, sedangkan SPR telah menuruti sebahagian besar tuntutan mereka termasuk menggunakan dakwat kekal yang hanya digunakan oleh negara-negara dunia ketiga.
 
Malah di setiap pusat pengundian, setiap calon meletakkan wakil masing-masing sebagai polling agents untuk memantau proses pembuangan undi dan meletakkan counting agents semasa pengiraan undi dilakukan.
 
Pelbagai tuduhan yang tidak munasabah terus dilemparkan kepada SPR kerana pembangkang tidak mengakui hakikat kekalahan mereka, termasuk kononnya lampu terpadam ketika pengiraan undi dijalankan.
 
Jika tidak pandai menari, janganlah menuduh tanah tinggi rendah!
 
 
 
 

Kenyataan Yang Paling Nuar Menyampah Mendengarnya..

 
 

Diketika Nuar tengah mabuk untuk berdemontrasi jalanan bagi membantah keputusan PRU13 yang dikatakannya sebagai tidak adil, tidak telus, tidak mulus, lain pula reaksi rakan sekongkolannya yang dengan nekad mengiktiraf perjalanan PRU13 tersebut.
 
PAS Kelantan hari ini menerusi Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yaacob telah mengucapkan tahniah, syabas dan selamat maju jaya kepada  Perdana Menteri atas pembentukan Kabinet Transformasinya.
 
Itulah sifat orang yang budiman, mengakui kejayaan orang lain disamping berusaha keras untuk kejayaan diri sendiri. Bukannya seperti Nuar, apabila menang bukan main seronok lagi tetapi apabila kalah dan untuk menutup kelemahan diri maka dicarinya lah salah orang lain. Sesungguhnya dia berjiwa kerdil.
 
Sebelum itu PAS Terengganu juga mengikuti jejak langkah Presiden Amerika B. Obama, telah mengucapkan tahniah kepada DS Mohd Najib atas selesainya pembentukan Kabinet beliau.
 
Dua ucapan tersebut ternyatalah sebagai bukti bahawa PAS tidak menyokong usul Nuar atau gerakan Nuar atau penentangan Nuar terhadap keputusan PRU13 yang dikatakan telah dimanipulasi oleh SPR. Hakikatnya rakan kongsi beliau mengiktiraf pilihan yang telah dibuat oleh rakyat.
 
DAP secara prinsipnya mengakui kemenangan BN. Cuma DAP melihat sedikit ruang untuk terus menaikan semangat orang-orang Cina dan untuk menutup kesilapan menolak BN secara total, maka DAP berpura-pura bersetuju dengan Nuar dalam mengheret rakyat atau lebih tepat lagi penyokongnya ke himpunan haram.
 
Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Sultan Johor juga bertitah dan telah mengingatkan bahawa masa berkempen sudah berlalu dan berakhir. Sekarang adalah masa untuk menunaikan amanah dan tanggung-jawab terhadap rakyat yang memilih wakil-wakil mereka. Hentikan semua keributan tersebut.
 
Nuar tentulah tidak gembira dengan pengiktirafan yang diberikan oleh PAS terhadap kemenangan UMNO/BN dalam PRU13 yang lalu. Dia jika boleh masih mahu menaikan suhu kebencian dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dengan harapan kerajaan akan sedikit goyah dan ini memungkinkan untuk dia mendapat laba politik. Sekurang-kurangnya dia ingin menempelak Amerika yang juga telah mengiktiraf keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Malaysia.
 
Dalam sedikit masa lagi akan lebih banyak tulisan atau komentar yang akan dikeluarkan pleh penulis barat yang suatu masa dulu bersekongkol dengan Nuar, tetapi kini akan menghentam dirinya cukup-cukup kerana bertindak diluar batas-batas demokrasi. Habis kau Nuar...
 

Kabinet 2013: Pas Terengganu ucap tahniah kepada Najib


KUALA TERENGGANU 16 Mei - Pas Terengganu hari ini mengucapkan tahniah atas pembentukan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyaksikan tiga wakil dari negeri ini dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
 
Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berharap mereka mampu memberikan khidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat khususnya di Terengganu.
 
Malah, jelasnya, daripada kalangan tiga yang dilantik itu, ada yang merupakan bekas menteri selain mempunyai pengalaman luas dalam politik dan kerajaan.
 
"Kita ucapkan tahniah kepada mereka, ada juga wakil dari Terengganu yang jadi menteri dan timbalan menteri.
 
"Kita juga berharap supaya mereka ini tak ada masalah memandangkan mereka adalah bekas menteri dan berpengalaman luas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini.
 
Abdul Wahid menambah, pihaknya juga mengharapkan agar pelantikan mereka berkenaan memberi lebih banyak manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu kelak untuk menikmati kemudahan dan pembangunan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
 
Dalam senarai barisan Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri semalam, dua yang dilantik sebagai menteri penuh dan seorang sebagai timbalan menteri adalah dari Terengganu.
 
Mereka ialah Datuk Seri Idris Jusoh yang memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 2 manakala Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia manakala jawatan timbalannya digalas oleh Datuk Jailani Johari. - UTUSAN ONLINE
 
  
 

Thursday, May 16, 2013

Malaysia Akan Jadi Seperti Amerika...


   



 
 

Boleh dikatakan sejak mutakhir ini kerapa sangat berlaku kes tembakan di negara kita ini. Pada minggu lepas terdapat sekurang-kurangnya 4 kes tembak menembak berlaku di seluruh negara. Itu yang dilaporkan. Yang tidak dilaporkan mungkin banyak lagi.
 
Peristiwa  ini sebenarnya mencerminkan suasan yang kurang selamat dikalangan masyarakat. Terdapat ramai rakyat yang berani melakukan jenayah pembunuhan ini walaupun hukuman keras termasuk digantung sampai mati atau penjara sepanjang hayat kepada pelaku jenayah itu.
 
Seperti juga kes dadah, terdapat segelintir rakyat yang tidak pernah rasa serik walaupun ada yang dihukum mati atau penjara, namun aktiviti penyeludupan dadah dan penjualan dadah tetap juga tidak berkurangan di negara kita ini.
 
Banyak tangkapan dilakukan namun banyak juga yang terlepas yang melibatkan wang jutaan ringgit. Amerika telah berusaha sedaya mungkin untuk menggubal undang-undang senjata api yang cukup keras walaupun dibantah oleh penjual dan pembekal senjata.
 
Kanak-kanak tadika dan murid-murid sekolah di Amerika bila-bila masa sahaja boleh menjadi sasaran orang mengamuk dan melakukan pembunuhan kejam dengan menggunakan senjata api.
 
Kita bimbang di negara ini juga akhirnya menjadi seperti di Amerika di mana rakyat mengambil undang-undang dalam tangan mereka sendiri dan membunuh sesiapa sahaja. Kita juga merasa hairan bagaimana senjata api begitu banyak dimiliki oleh rakyat negara ini dan bekalan peluru begitu mudah diperolehi seperti juga bekalan dadah.
 
Pihak berkuasa harus memantau perkara ini dengan serious jika tidak mahu perkara yang lebih buruk menghantui negara suatu masa nanti. Rakyat pula janganlah suka menunjukkan sikap membela setiap pelaku jenayah dan menganggap penjenayah sebagai 'hero' pula terutamanya apabila melihat sesuatu jenayah tersebut dari sudut politik.    
 

Tukang rumah cedera ditembak ketika bersarapan

BACHOK 16 Mei - Seorang tukang rumah cedera ditembak ketika sedang bersarapan di sebuah warung di Kampung Kemayan, Tawang dekat sini hari ini.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Azmi Ismail, 37, dari Kampung Pantai Senok cedera di bahagian belakang pinggang dan peha kanan selepas terkena dua das tembakan.
 
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan keadaannya dilaporkan stabil. - UTUSAN ONLINE