Dulu Tan Sri Yahya Ahmad, Tan Sri Halim Saad, Mirzan Mahathir, Mokhzani Mahathir, Tajuddin Ramli dan Tun Daim Zainuddin menjadi sasaran serangan PAS. Yang benci sangat kepada sekelompok Melayu yang kaya raya ini ialah DAP. PAS hanya menjadi peluru penabur kepada DAP sejak dulu dalam isu kekayaan Usahawan Melayu ini. Alasan biasa ialah mereka kroni UMNO.
Apa gunanya Melayu memegang tampuk kuasa jika Usahawan Melayu terus berputih mata dan merempat sambil melihat bangsa asing mengaut segala keuntungan hasil negara ini. UMNO ternyata membantu dan ada Orang Melayu yang berjaya dan ramai juga yang gagal. Jika tidak dibantu pula UMNO juga akhirnya akan dipersalahkan.
Ketika itu usahawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar tidak langsung disentuh. Agenda sulit DAP sebenarnya ialah untuk mendapatkan kuasa seterusnya menguasai beribu-ribu jawatan penting dalam GLC. Tetapi kekayaan Pengerusi Karang Kraf yang memiliki beratus penerbitan tidak pula di salak oleh PAS khususnya Mahpooozzz Beannnnnnnnnnnnnnnnnnn..
Pada tahun 1990an ramai tokoh usahawan Melayu yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan MKT antaranya termasuklah Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Dr Hanafiah Nordin. Perwakilan UMNO ada yang tidak senang dengan kehadiran usahawan Melayu ini. Namun Nuar yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan, Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri memberi laluan kepada usahawan Melayu ini kerana dia perlukan sokongan daripada tokoh-tokoh koperat Melayu dari segi mendapatkan dana.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun gagal mencapai matalamat meningkatkan pegangan ekuti Orang Melayu dalam sektor koperat ternyata telah memberikan keuntungan kepada semua pihak Melayu, Cina dan India.
Kini suara sumbang PAS dalam mempertikaikan kekayaan Orang Melayu kembali nyaring. Yang menjadi sasaran ialah Tan Sri Syed Mokhtar. Ramai juga orang UMNO termasuk Zaharin Yassin tidak suka dengan cara Syed mokhtar ini mendapat kekayaan.
Siapa di belakang suara nyaring Mahpooozzzz dan PAS ini tidak sukar diduga. Tan Sri Syed Mokhtar lebih hebat dikecam sejak syarikat beliau mengambil alih Bernas, Kilang Gula dan Roti Gardenier. Kenapa PAS bising sangat??? Jika dibandingkan kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar dengan 9 lagi Usahawan Cina dan India yang kaya raya tersebut jumlahnya menjadi ciput je iaitu dalam lingkungan satu peratus sahaja. Itupun mereka nak dengki.
Kini tidak cukup dengan tokoh seperti Syed Mokhtar maka CEO Tabung Haji pulak menjadi sasaran Mahpooozzz Bean ini. Lagi sekali siapa yang suruh dia menyalak tersebut. Isu-isu sebegini sengaja ditimbulkan supaya rakyat menjadi benci kepada CEO tersebut, benci kepada TBH seterunya benci kepada kerajaan.
Memang perangai PAS ini tidak cukup masak, sudahlah kerajaan Orang Islam hendak diruntuhkannya kerana bermusuh dengan UMNO, kini Institusi Islam yang terpenting seperti TBH juga hendak diruntuhkannya. Sedikit masa dahulu Bank Islam juga menjadi sasaran mereka.
Kalau ya pun berkawan dengan pemimpin yang menyokong Prularisme seperti Ambiga dan Nuar, janganlah kesemua Instituis tersebut hendak dijahanamkan. Besar sangat dosanya kelak, kok tak tertanggung dek badan nanti.
Apakah setelah 55 tahun Merdeka Orang Melayu tidak boleh menjadi kaya?? Apakah Orang Melayu tidak berhak untuk memiliki kemewahan, kereta besar, rumah besar dan Jet Mewah?? Apakah kereta mewah tersebut hanya layak di pakai oleh pemimpin pembangkang sahaja. Ratusan ribu anak-anak Orang Melayu yang berjaya dalam kerjaya Profesyenal mereka, apakah mereka tidak layak menikmati kemewahan hidup ini.
Oleh kerana kereta meewah tersebut milik anak-anak orang UMNO apakah semuanya didapati secara haram. Apakah semua kenderaan mewah anak-anak pemimpin pembangkang serta pemimpin pembangkang sendiri sahaja yang diperolehi secara halal. Kalau ye pun nak mengwujudkan sentimen kebencian terhadap UMNO, berpada-padalah sikit dalam kritikan tersebut.
Orang UMNO pun tahu juga pasal dosa pahala ni. Sudah tentu pemilikan harta mewah tersebut atas usaha mereka sendiri.lagi. Adlah seorang berdua yang tergelincir tetapi untuk pukul rata ke semuanya adalah tidak adil sama sekali.
Yang tak takut dengan dosa ini ialah pemimpin Pembangkang dan ahli totok PAS. Cuba lihat air muka mereka ada yang berseri-seri??? tak ada, semuanya berserabut. Cahaya atau Nur tidak naik ke muka mereka lantaran siang malam melakukan dosa-dosa besar. Eh memfitnah sejak mula pandai bercakap hingga ke janggut menjadi putih, bukankah banyak dosa tu. Tetapi orang-orang PAS ni mana takut melakukan dosa sebab mereka perasan mereka alim, mereka betul dan mereka sahaja yang zuhud. Dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh... mereka tahu tu.
Memaki hamun siang malam lepas itu bertakbir maka mereka menghina Allah dan dari penceramah sehinggalah kepada pendengar turut bersyubahat.. tentulah berdosa dan mana cahaya muka nak berseri??? Adalah seorang berdua yang wajahnya sedap dipandang mata, bersih dan bercahaya, namun kebanyakannya berserabut.
PAS ni ingat dia memegang tampuk kuasa dia terlepas dari segala macam musibah.. Mereka ingat tidak berbuat sesuatu untuk rakyat yang mereka perintah itu tidak berdosa?? Tak buat hospital tak berdosa?, tak buat jalan raya tak berdosa?, tak buat Bank Islam tak berdosa?, tak ada bekalan air bersih tak berdosa? tak buat pemeriksaan halal haram makanan tak berdosa? tak buat sekolah tak berdosa? tak beri bantuan seperti yang dijanjikan tak berdosa? Kutip derma setiap kali ceramah tak berdosa?? Eh banyak sangat Fardu Kifayah yang PAS tak pernah buat ni.
Buat hukum hudud sendiri yang tidak adil sama sekali tidak berdosa? berdolak dalih hendak melaksanakannya tak berdosa? menyokong komunis tak berdosa? Semua tu kelak tak perlu berjawab dengan Allah seperti yang mereka selalu kritik pemimpin2 UMNO BN tersebut.
Selain daripada tanggung jawab tersebut di atas yang ke semuanya dilaksanakan oleh UMNO, Islam juga terus dimartabatkan oleh UMNO. Bukan macam PAS asyik dengan slogan membangun bersama Islam... apa yang mereka bangunkan????. Ruang solat untuk umat bermunajat kepada Allah juga UMNO yang buat. Ruang solat di R&R, di pusat membeli belah, di mana-mana stesyen LRT atau komuter, perhentian bas, di sekolah, di Universiti, di pasar, di lapangan terbang semua kerajaan UMNO/BN yang buat. Itupun PAS kata mereka membangun bersama Islam.. Ish..ish tak malu betul.
Sudah tentu selepas ini akan lebih banyak lagi CEO CEO Syarikat Multi Nasional milik Orang Melayu akan menjadi sasaran Mahpooozzz. CEO di GLC juga akan turut di cemuh kelak. Kita tengoklah nanti.
Bising dengan gaji RM85,000.00 CEO tabung haji, gaji CEO Genting sebanyak RM9 juta sebulan tidak pulak dia bising. Gaji CEO PKNS tidak pula dia hebohkan.
Selain daripada gambaran sebagai kroni, pemegang jawatan penting di GLC ini juga akan digambarkan sebagai seorang yang angkuh, sombong, takbur, riak, menunjuk2 dan meninggi diri. Itu semua untuk menaikan kebencian di kalangan pemimpin totok mereka.
Benarkah CEO2 tersebut angkuh dan sombong?? apakah sudah terpalit perangai LGE kepada mereka. benarkah semua anak-anak pemimpin UMNO/BN mempunyai perangai sama seperti Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut?? Tidak semestinya.
Yang angkuh dan sombong ini selalunya yang tidak beberapa nak kaya. Pemandu yang kurang ajar di lebuh raya bukanlah terdiri daripada pemandu kereta mewah, sebaliknya yang memandu kenderaan2 yang agak kecil, yang tidak hairan jika kenderaan itu musnah. Pemandu kereta mewah selalunya amat berhati-hati.
Benci, marah, meluat dan iri hati kepada mereka Orang Melayu yang Allah berikan kemewahan pasal apa? Itu rezeki mereka. Ingat susah sangat ke nak beli kereta mewah tersebut?? Tak perlu bergaji sehingga RM85 sebulan. Pegawai Kanan Kerajaan yang bergaji RM8 ribu atau RM9 ribu sebulan, jika ada keberanian, bawalah penyata gaji ke mana-mana bank, pasti pinjaman akan lulus dalam tempoh dua hari dan bawalah pulang BMW, Mercedes atau Audi. Apa nak hairan. Anak2 UMNO atau anak2 PAS yang membuka Klinik sendiri atau menjadi peguam, pastinya mampu memiliki kenderaan mewah, tetapi tidaklah sampai Ferarri warna merah..
Lagipun yang banyak menyumbang dan membantu sebenarnya orang-orang kaya. Orang miskin apa nak diberikannya?? Yang banyak bersedekah setiap kali musim perayaan ialah orang kaya. Yang banyak menghantar makanan ke surau dan masjid ialah orang kaya. Orang miskin menderma RM2 tetapi orang kaya dalam sampul mereka berisi RM50. Kenapa nak marah orang menjadi kaya ini?. Pahala orang kaya sebenarnya lebih banyak daripada pahala orang miskin.
Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Orang kaya membayar bil elektrik setiap bulan di surau atau masjid untuk menerangi para jemaah yang berjemaah atau mendengar tazkirah, sudah tentu pahalanya besar. Orang kaya menghantar sejadah untuk kegunaan para jemaah sudah tentu selagi sejadah itu digunakan selagi itulah orang kaya tadi mendapat pahala. Takkan itupun susah sangat PAS nak faham. Takkan sebab menghantar sejadahpun PAS nak meroyan, apa takut penduduk di situ mengundi UMNO/BN ke??
Segala infrastruktur telah disediakan oleh Kerajaan UMNO/BN untuk rakyatnya menjadi kaya raya. Carilah dan usahalah. Jangan asyik merintih, menyalak, menuduh itu ini tanpa bukti. Binalah kekayaan diri sendiri dan beramal ibadatlah apabila telah banyak duit kelak. Asyik menyalahkan dasar kerajaan sahaja tidak akan membawa apa-apa makna.
Mewahnya bumi Malaysia ini sehinggakan berbillion diangkut keluar ke negara asal oleh warga asing yang mencari makan di sini setiap tahun. Itupun PAS nak salahkan UMNO jugak.
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.