Wednesday, October 31, 2012

Sandy Mengamuk di Amerika Syarikat.. Ada Sesiapa Yang Mampu Menghalang??

 
 
Jokiden tidak pasti apakah ada kaitannya, dan apakah pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dalam peristiwa dasyat ini.
 
Cuma yang pasti ialah jangan ada sesiapa yang mempermain-mainkan Al Quran. Kitab suci ini diturunkan oleh Allah swt. Jangan ada sesiapa yang cuba memperlekehkan kitab agung ini. Jangan ada sesiapa yang berani membakarnya.
 
Junjungan besar Nabi Muhamad SAW adalah insan termulia ciptaan Allah swt. Jangan ada sesiapa yang berani menghina Baginda walau dalam apa bentuk sekalipun. Jangan ada yang cuba memperbandingkan Baginda dengan manusia biasa atau dengan mana-mana Mamat di muka bumi ini. Jangan ada yang cuba membuat lakaran kartun, jangan ada yang cuba membuat video atau filem mengenai Baginda.
 
 
Kemusnahan oleh Sandy
   
Dilaporkan berpuluh juta menerima kesan daripada taufan Sandy ini. kekuatan manusia tidak ada yang mampu menghalangnya. Baca kisah seterusnya di sini. 
 
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.