Tuesday, October 16, 2012

PAS Masih Perlukan Kepimpinan Nik Aziz..Kah..Kah..Kah..Kah..


Kenapalah depa ni masih perlukan ambo ni.. ambo nak berdiri [pun tak larat..
 
 
Tapi takat nak pijak2 ni tak ada hal punya..
 
 

Pas masih perlukan kepemimpinan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pas masih memerlukan kepemimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti itu kerana tiada cacat celanya corak kepimpinan Menteri Besar Kelantan tersebut dalam mengemudi parti. (Kih..kih..kih..kih..)
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, atas sebab itu juga tiada dalam kalangan ahli Pas atau ahli Majlis Syura Ulama yang meminta Nik Abdul Aziz berundur daripada memimpin Pas.
“Setakat ini, tiada pula ahli Pas atau ahli Majlis Syura Ulama yang meminta Tuan Guru berundur sebagai Mursyidul Am. Ini berlaku kerana kepimpinan Nik Abdul Aziz tiada cacatnya dan masih diperlukan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.(Kah..kah..kah..kah.. sah kalau orang UMNO berkata demikian terhadap Tun Mahathir mereka akan dikata pembodek, penjilat dan pengampu)
Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang meminta Nik Abdul Aziz menyerahkan jawatan itu kepada Timbalannya, Datuk Haron Din demi menjaga keutuhan parti tersebut seperti dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini.
Kata Hasan, sudah sampai masanya Nik Abdul Aziz memikirkan menyerahkan tanggungjawab besar itu kepada Haron bagi menjamin martabat Pas sebagai penjaga kepada perjuangan Islam.
Kenyataan Hasan itu rentetan penegasan Nik Abdul Aziz Khamis lalu bahawa Pas akan tetap bekerjasama dengan DAP demi mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun mendapat tentangan ahli Pas di peringkat akar umbi.
Mengulas kenyataan Hasan itu, Mahfodz berkata, bekas Naib Presiden Pas berkenaan bukan lagi ahli Pas.(Bukan ahli PAS tak boleh komen pasal PAS??? jadi bukan ahli UMNO jgn komen pasal UMNO Kih..kih..kih)
“Hasan bukan ahli Pas dan tidak payah mengajar Pas. Jagalah Jati (Pertubuhan Jalur Tiga) yang katanya hendak mempertahankan akidah," katanya

Yalah kalau Nik Aziz tak ada siapa pulak nak mengatakan orang 'panjang lidah' nanti kan.. Biarlah dia kekal, kerana dia masih diperlukan.

 
 
Belum ada pengganti yang setara Nik Aziz mampu dilahirkan oleh PAS. Belum ada pelapis. lagipun jika Nik Aziz tak ada siapa pulak nak membela Nuar Brahim bila berhadapan dengan pelbagai masalah nanti. Tun M masa usia dia 78 tahun dah sibuk puak-puak pembangkang ni mendesak dia bersara termasuk Nik Aziz.. ish..ish..ish..

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Monday, October 15, 2012

Hebatnya Perdana Menteri Malaysia DS Mohd Najib..


Sejarah Terukir Sudah, PM Malaysia Tersenyum Puas
 
 
Dunia hari ini terpegun. Amerika melapurkannya, Australia melapurkan, negara-negara Arab, negara-negara Eropah semuanya memberikan liputan yang meluas apabila Bangsamoro mendapat kuasa autonomi di Wilayah Selatan Filipina. PAS dan Nuar???? hanya mampu meroyan.
 
Penglibatan Malaysia dalam menyelesaikan konflik di Selatan Filipina bukanlah perkara yang boleh diambil mudah. Bukan senang hendak menyelesaikan dua pihak yang bertelingkah sejak berpuluh tahun dahulu. Hari ini semuanya menjadi kenyataan dan dunia mengkagumi usaha murni Malaysia. Sebut Malaysia mestilah kerajaan UMNO/BN, PM mestilah DS Mohd Najib.
 
Sejarah rakyat Moro disembelih oleh tentera Filipina ini sudah diketahui oleh dunia. Tentera Pembebasan Moro juga banyak melakukan kerosakan di bumi Selatan Filipina yang mereka tuntut. Semua ini telah berakhir dan kini menjadi tanggung-jawab Malaysia dan Filipina untuk sama-sama membangunkan wilayah berkenaan. barulah tepat slogan Membangun Bersama Islam. Sesungguhnya UMNO/Bn ada saham di sana tu. PAS, DAP dan PKR ada???
 
Amerika??? mereka hanya mampu membuat filem sahaja daripada kisah manis ini kelak.Jikalah Amerika dan Nato mengambil pendekatan Malaysia sudah tentu semua Negara Teluk berada dalam keadaan aman damai, harmonis dan maju dengan hasil buminya. Ini tidak atas nama dan alasan demokrasi mereka menghasut rakyat peribumi bangun memberontak untuk meruntuhkan sesebuah kerajaan yang sah. Biasalah mereka akan memprojekkan pemimpin yang ingin mereka tukar tersebut sebagai seorang yang zalim, menindas rakyat, kuku besi dan macam2 gelaran lagi.
 
Kehadiran Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi lagi dikagumi bersama-sama dengan rakan sejawatannya di Filipina membuktikan dasar luar Malaysia sangat berjaya. Ini kejayaan diplomatik yang tinggi nilainya kepada Perdana menteri.
 
Berkuasa bermakna harga diri dan maruah bangsa dan agama akan terpelihara. Selepas ini rakyat Bangsa moro boleh menyambut Hari Kebesaran Umat islam iaitu Hari Raya Aidil Adha dengan penuh kesyukuran dan riang raya. Mereka tidak lagi memikul senjata dan bertempiaran di dalam hutan ketika datangnya hari lebaran sebaliknya akan berkumpul dalam suasana aman sambil menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha kelak.
 
Di bumi yang mana Islam tidak berkuasa ada rakyatnya yang masih menderita seperti di Selatan Thailand, Afghanistan dan Rohingya di Manymar. Bantuan terpaksa di tagih dari pelbagai pihak dalam mahupun luar negara.
 
Peranan Putera UMNO yang sentiasa perihatin dengan nasib saudara seagama di mana juga yang yang memerlukan bantuan dan simpati amatlah dihargai. Jika ada pihak yang tidak menghargai mungkin hanya PAS dan DAP. Bagi mereka jika tidaK ada keuntungan politik buat apa pergi menggadai nyawa, lebih baik duduk dalam negara berceramah siang malam dan memaki hamun sesama bangsa dan agama.
 
Sepatutnya PAS mencontohi usaha murni Putera UMNO yang bergadai nyawa untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sepatutnya juga PAS tidak bersekongkol dengan DAP untuk memusnahkan kerajaan yang dipimpin oleh Orang Islam ini. Sepatutnya PAS menyokong UMNO dan bukannya memusuhi UMNO hingga ke hari kiamat.
 
Sepatutnya PAS pergi keluar negara untuk menaikan imej negara Islam Malaysia ini dan bukannya ke luar negara menemui dan menghasut pelajar-pelajar Malaysia di seberang laut dengan menabur pelbagai fitnah jahaaaaaaaaaaaaaatttttttttttttt!!! dengan mengatakan semua pemimpin UMNO/BN kerajaan adalah busuk-busuk belaka. Yang wangi hanyalah Nuar dan Lim Guan Eng.
 
Sepatutnya Ambiga tidak pergi merintih dan menyembah ke Parlimen Australia mencemuh sistem piliharaya negara ini yang kononnya tidak bersih. Malu besar dia apabila Parlimen Australia menolak segala hujahnya. Malu besar dia apabila diberitahu bahawa di pendalaman Sarawak hanya ada seorang pengundi berdaftar, itupun SPR usahakan untuk dia keluar mengundi. Berpuluh ribu ringgit dibelanjakan untuk mengankut kertas undi sehelai, mengankut, wakil pemerhati pembangkang, mengankut pati undi dan pegawai SPR. Malu besar Ambiga yang disokong kuat oleh puak-puak PAS ini.  Malu..malu!!!
 
Jika dia mempunyai sekelumit harga diri dia patut memohon suaka politik di Australia atau sekurang-kuranganya memohon untuk menjadi warga negara Uncle Sam tersebut.
 
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Sunday, October 14, 2012

Mungkin Inikah Penthouse Milik George Soros Di KL..??.


 
 
 
 
 
 
 
 

Jik Pakatan Haram akhirnya berjaya memegang tampuk kuasa selepas PRU13 kelak, mungkin Soros akan berpindah ke Malaysia. Dia mungkin membeli sebuah Penthouse Mewah di ibu kota dengan harga mencecah RM18juta.
 
Dari situ dia akan duduk bersantai memandang pemandangan cantik dan indah Bandar Raya Kuala Lumpur sejauh mata memandang dengan hati yang puas. Dia mungkin akan berkata-kata dalam hati betapa hebatnya rakyat Malaysia dengan hanya bantuan yang tidak seberapa darinya untuk menaja beberapa kelompok individu dan media supaya memainkan agenda sulitnya maka kerajaan telah dapat ditukar dengan boneka dia.
 
Tentulah ketika itu dia dengan berani dan bebasnya menunjukkan diri seberapa kerap yang boleh di negara ini. Orang2 PKR yang telah termakan budi dia dengan pemberian dana yang tak seberapa pasti akan mengusung dia ke hulu ke hilir dan dia akan mendapat taraf VVIP di sini kelak. Dia mungkin akan selalu 'launch' dengan Mr Bean Malaysia di hotel-hotel 6 bintang sambil memuji-muji peranan Mr Bean dalam gerakan menukar kerajaan.. Hahaha dalam negara yang mengamalkan sistem Demokrasi apa sahaja boleh berlaku.
 
Kesilapan sesaat boleh menyebabkan penyesalan untuk seumur hidup. Setiap undi penting dan penentu kepada masa depan. Bilalah KDN nak bertindak ke atas portal berita Malaysiakini ni..?? 
 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.