Saturday, March 9, 2013

Bila Tun Mahathir Berbicara...Kelantan Dalam Tangan..


Malam tadi di salah satu ceramah di PDM di Taman Jemapoh Jokiden sempat memberi semangat kepada pendengar bahawa BN akan menang besar dalam PRU13 kali ini. Parlimen mungkin bubar minggu depan dan jika diikut tarikh mengundi, semalam telah genap 5 tahun. Kalau tidak dapat di tawan kembali ialah Pulau Pinang, selebihnya BN akan berkuasa semula.

Jokiden mengatakan pada PRU1969 BN merudum, tetapi bangun pada PRU1974. Pada PRU 1999 BN merudum tetpi bangun juga pada PRU 2004. Pada PRU 2008 BN merudum dan pastilah PRU13 BN akan bangkit semula.

Petang tadi semasa berceramah di salah satu bilik gerakan di Pekan Juasseh pula, Jokiden sebut juga bahawa Kelantan kali ini akan kembali ke tangan BN. Walaupun reaksi bercampur-campur, namun Jokiden tegaskan bahawa dengan sedikit impian dan harapan, Pas Kelantan hanya lebih satu kerusi sahaja dari BN pada tahun 2004.

Kini menjelang 2013, dengan seribu harapan, rasanya betul Kelantan kali ini akan dapat di tawan oleh UMNO/BN.

Apabila Kelantan jatuh, Kedah jatuh dan Selangor kembali kepada BN, habislah dan berkuburlah cita-cita Nuar. Sebenarnya di sinilah letaknya kekuatan Nuar Brahim nak jadi Perdana Menteri. Di negeri2 tersebutlah yang PKR menang banyak atas ihsan penyokong PAS dan DAP. Namun secara psy nya dia sebutlah nak tawan Sabah, nak rampas Sarawak, nak takluk Negeri Sembilan dan segala-gala yang palsu digambarkannya kepada penyokongnya. Tak ada. Tak ada.

Di Negeri Sembilan jika benar dakwaan Ketua UMNO Bahagian Seremban dan disokong pula oleh Tok Mat selaku Ketua Perhubungan merangkap Pengerusi BN Negeri, yang mengatakan bahawa kerusi DUN Lobak bakal di tawan kembali oleh BN, bermakna Parlimen Seremban akan jatuh ke tangan BN.

Tinggallah hanya Parlimen Rasah sahaja yang bakal kekal bersama pakatan. Jokiden ulas sikit berkenanan dengan NSDK ini sebab, Pakatan terutamanya PKR dan DAP mengwar-war kan bahawa NSDK akan jatuh ke tangan pakatan. Mereka lupa bahawa BN akan menambah kerusi DUN dari 21 kerusi sekarang kepada 29 kerusi nanti.

Pakatan mengharapkan 6 kerusi Parlimen sumbangan dari NSDK. Mano nak dapek. Mano punco eaa. Maso ni pakatan ado tigo, Rasah, Somban dan Toluk Komang. Mano laie nak datang tigo tu. Sapa yang nak kalah di NSDK ni??? Datuk Lillah ko, Datuk Rais ko, Datuk Shahziman Mansor ko, Datuk Hassan Malek ko? atau KJ ko??? Pakatan jawablah sonighi. Bocakap tu bialah bolapik sikit jangan asik nak moghoyan.

Berbalik kepada Kelantan, Tun Mahathir mengatakan bahawa peluang BN kali ini cerah. Jokiden sependapat dengan Tun M sebab itu Jokiden siang-siang lagi dah buat Post Mortem tentang kekalahan Pas di Kelantan. Jika ada yang terlepas sila klik di sini.

Tun Dr. Mahathir yakin peluang BN tawan Kelantan cerah

TUN Dr. Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada ribuan penduduk Pasir Mas pada Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Pasir Mas, Kelantan hari ini. - UTUSAN/IRWAN MAJID
 
PASIR MAS 9 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
 
Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam politik tanah air berkata, sokongan yang diberikan rakyat Kelantan kali ini lebih menyerlah berbanding ketika tempoh pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.
 
"Nampak cerah, saya tidak pernah tengok sebegini ramai yang bersemangat hadir pada hari ini, cukup bersemangat, saya harap mereka akan memberi undi kepada BN, dulu ini tidak pernah berlaku.
 
"Saya berpendapat bahawa kali ini BN akan mendapat kemajuan (sokongan) yang lebih setelah 23 tahun, tiada satu pun pembangunan yang kita lihat Pas buat bangunan elok yang ada pun didirikan oleh Kerajaan Pusat," katanya.
 
Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dihadiri kira-kira 15,000 hadirin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Raja di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


 
 
 
       Video dari blog Tukar Kelantan
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

U Ulang Soalan, I Saman You..


"Kito kalah dalam PRU ni.." "ekau dah kono saman?" "alah tak ado sampai juta2 doh"
 
 
Jangan ingat Nuar Brahim sahaja yang berani menyaman orang terutamanya Utusan dan TV3. Hari ini bakal kena saman jika masih ego dan tidak mahu minta maaf ialah Tian Chuak, Naib Presiden PKR merangkap MP Batu.
 
Mat Sapu ni dah diberi peluang supaya minta maaf, namun biasalah puak pembangkang ni, tebal sangat dengan keegoaannya.  Kononnya lawan tetap lawan. Dulu Ummi Hafida saman Harakah, kini Timbalan Pengerusi SPR pula yang menyamannya. Jawablah kat mahkamah. Jangan esok bila dah nak kalah, masatulah baru nak minta maaf dan minta selesai luar mahkamah.
 
Yalah macam tentera lanun Sulu dan Kiram 3 suku, bila dah ramai tenteranya yang terkorban, barulah nak tunjuk muka baik. Barulah nak minta gencatan senjata. hari itu bukan main lagi, sanggup bermandi darahlah, sanggup mati di Lahad datulah, tidak akan berundurlah dan tidak akan mneyerah kalah. 
 

Timbalan Pengerusi SPR fail saman terhadap Mat Sabu

SHAH ALAM 8 Mac - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah memfailkan saman terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan lidah rasmi Pas, Harakah kerana didakwa menerbitkan artikel yang berunsur fitnah terhadap beliau.
 
Artikel yang didakwa memfitnah beliau itu bertajuk "Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai" dan "Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan" yang disiarkan dalam Harakah edisi 1 hingga 3 Februari 2013.
 
Tuntutan saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Mac lalu dan pengurusan kes tersebut ditetapkan pada 20 Mac ini.
 
Dalam saman tersebut, Wan Ahmad menamakan Mohamad; Setiausaha Agung Pas dan pemegang permit Harakah, Datuk Mustafa Ali; syarikat percetakan Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd.; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta wartawan Harakah, Aziz Muda sebagai defendan-defendan.
 
Dalam sidang akhbar di kediamannya di Seksyen 11 di sini hari ini, Wan Ahmad berkata, tindakan saman tersebut menunjukkan betapa seriusnya beliau untuk membersihkan nama dan kredibilitinya sebagai Timbalan Pengerusi SPR.
 
Menurutnya, beliau kesal dengan sikap ahli politik seperti Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu yang enggan mengakui kesilapannya apa lagi memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan fitnah.
 
"Kita telah hantar tuntutan untuk Mat Sabu meminta maaf tetapi kita baca kenyataan di akhbar bahawa beliau tidak akan minta maaf.
 
"Kita manusia bukan sempurna, sepatutnya kalau tersilap kita minta maaf. Tetapi minta maaf tiada dalam kamus beliau (Mat Sabu)," kata Wan Ahmad.
 
Yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah peguam Abu Bakar Isa Ramat dan Norhazira Abu Haiyan.
 
Dalam pada itu, Wan Ahmad sekali lagi menegaskan yang beliau tidak pernah berkhidmat di Sabah sepanjang kariernya sebagai pegawai SPR dan dakwaan Mat Sabu itu adalah fitnah dan tidak bertanggungjawab. - UTUSAN


   
 


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU..
 

Konspirasi..Anak Saya Dipergunakan... Kah..Kah..Kah..Kah..


Kah...kah..kah..kah..kih..kih..kh..kih. mereka percaya eden anti rasuah.. kih..kih..kih, mereka dah mula nak pocayo ini sumo konspirasi, bukan transformasi.. kah..kah..kah.
  

KONSPIRASI..??? KAH..KAH..KAH..KAH..

ANAK SAYA DIPERGUNAKAN OLEH KHAIRIL ANNAS JUSOH... KIH..KIH..KIH..KIH..

PASSWORD 'MOKHTAR'  KAH...KAH..KAH.. KIH..KIH..KIH..

Maaflah dah terikut-ikut pulak cara Tukar Tiub ni.. Namun pengakuan Azlan bapa Saipul ni memang selayaknya diketawakan sampai kita terguling-guling.

Konspirasi atau tidak, ia tidak boleh membersihkan Nuar. Nuar tidak akan menjadi suci dalam sekelip mata.
 
Blog pro pembangkang sendiri mempertikaikan dan meragui tindakan  Azlan ini berkemungkinan untuk memerangkap dan membalas dendam terhadap Nuar. Blog pro pembangkang ini iaitu suarapakatanrakyat menolak andaian yang Nuar merasuah Azlan kerana mereka percaya sangat yang Nuar ni begitu bersih dan anti rasuah. Memanglah pencacai pakatan ini dungu jika itu alasannya.
 
"Maka itu, persoalan yang menerpa di kepala setiap orang sekarang ialah, apakah yang mendesak Azlan sehingga membuat pusingan U begitu sekali? Ada dakwaan yang mengatakan Anwar telah membayar sejumlah wang kepada Azlan untuk membuat sidang media tersebut.
 
Tapi laman ini menolak sekeras-kerasnya andaian tersebut kerana Anwar adalah seorang yang tegas menolak perlakuan rasuah, bagaimana pula beliau boleh dikaitkan dengan cuba membayar Azlan? Tidak masuk akal.
 
Justeru hanya satu pilihan yang tinggal – tindakan Azlan ini hanya untuk melangsaikan dendamnya terhadap Anwar." Kata blog itu lagi.
 
Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan balas Saiful yang masih mengekalkan dakwaan asalnya bahawa kejadian liwat itu benar-benar berlaku."
 
Tengok ayat yang bertanda merah tersebut, "Nuar adalah seorang yang tegas menolak perlakuan rasuah" Kah..kah..kah...kah..kah..kah..kih..kih...kih..kih... kah..kah..kah..kah.. U Ulang ayat ni I saman you. Kah..kah..kah..kah..
 
Sementara itu Saiful pula mendakwa bahawa ayahnya yang telah dipergunakan oleh Nuar demi untuk membersihkan dan anihnya cepat sungguh Nur Misuari menyambut baik berita ini dengan menulis dalam laman sosialnya bahawa nyata Nuar tidak bersalah. Kah...kha..kah..kah.. nampak macam si Nur Misuari dan Nuar ni hebat sangat konspirasinya.


            
 
 
Malam tadi Jokiden sempat memberi ceramah di satu PDM dan mengulas sedikit tentang perkara ini. Jokiden jelaskan bahawa apa sahaja yang dibuat oleh Azlan, sedikitpun tidak mampu untuk menggugat keyakinan Jokiden, sedikitpun tidak mendatangkan rasa simpati dan jauh sekali untuk memberikan sokongan kepada si Nuar ini.
 
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

Friday, March 8, 2013

Menggemparkan..Gencatan Senjata Akhirnya Berlaku..Dan Berita Sensasi Untuk Rekod..Hahaha..


  
  
Blog sudah mula menyiarkan berita yang 'menggemparkan' ini. Ayah Saiful Bukhari iaitu Azlan telah menukar haluan, membuat pusingan U atau 360 darjah dan mungkin ini merupakan 'gencatan senjata' yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.
 
Karpal Singki akan ketawa di dalam hati bila berita ini tiba ke pengetahuannya. Hj Hadi akan termenung dan termanggu. Sementara Nik Aziz mungkin  pitam kerana berasa amat lega. Bagaimana pula dengan peguam bela yang baru iaitu Datuk Yussoff?? Sama-sama kita nantikan.
 
“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.
 
“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.
 
Itulah antara intipati 'gencatan senjata' antara pasukan Nuar yang diketuai oleh Johari Abdul dengan pasukan Saiful Bukhari yang diwakili oleh bapanya.
 
Minta maaflah Jokiden sedikitpun tidk teruja dan tidak terusik dengan PC ini dan isi kandungannya. Azlan boleh berkata apa sahaja atas sebab apa sahaja, namun ia tidak akan dapat mengubah pendirian Jokiden dalam hal ini. 
 
Kita sedia maklum dan selalu diperkatakan bahawa Nuar ini sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya. Faham dah. Ini mungkin salah satu daripada usaha beliau untuk membersihkan dirinya. Dia perlu melakukannya walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak.
 
Jika orang UMNO/BN yang berbuat begini, sahlah tuduhan akan segera dilemparkan bahawa berjuta-juta terpaksa dibelanjakan untuk tujuan berkonspirasi.
 
Menegakkan benang yang basah tidak mudah, malah mustahil. Ini yang cuba dilakukan oleh Azlan. Kita tengok nanti sejauh mana kejayaannya.
 
Persoalannya di sini ialah dia ingin memberitahu dunia bahawa apa yang terjadi 4 tahun dahulu adalah konspirasi UMNO/BN terhadapa Nuar Brahim. Pegawai Perdana Menteri  Khairil Anas Jusoh secara khusus disebut sebagai antara orang yang terlibat merekasaya cerita ini.
 
Kejadian liwat tidak mudah untuk direka dan untuk dikonspirasikan. Menjadi tanggung-jawab berat kepada ayah Saiful iaitu Azlan untuk membuktikan bahawa semua ini adalah rekaan. Jokiden masih boleh ketawa dengan tuduhan terbaru Azlan ini.
 
Sebaiknya perkara ini tidak terlalu diperbesarkan sehingga melenyapkan isu Lahad Datu atau isu Kalimah Allah. Biarkan masa menentukan apakah UMNO/BN yang berkonspirasi atau Nuar, Azlan dan Johari Abdul yang berkonspirasi. Biarkan mereka mengusung kisah ini dalam setiap ceramah mereka. Mereka akan terkantoi sendiri kelak.
 
PRU bila-bila masa dari sekarang. Penyiksaan yang dialami oleh rakyat di selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan selama 5 tahun ini yang sepatutnya menjadi bahan kempen utama dan bukannya isu konspirasi ke atas Nuar.
 
Biarkan penyokong tegar pakatan berseronok dengan perkembangan terbaru ini. Biarkan. Perdana Menteri ketika itu masih lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kenapa pembangkang tidak menuduh Pak Lah yang berkonspirasi sebaliknya menuduh pula DS Mohd Najib.. Pakatan akan gagal.
 
 
Macam nilah sukarnya tugas Azlan selepas ini nanti..
   

Anwar tukar pendirian sedia sokong operasi Lynas

KUALA LUMPUR 7 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sikap seperti 'sesumpah' selepas menyatakan kesediaan membenarkan operasi kilang nadir bumi, Lynas Corporation Sdn. Bhd. di Gebeng, Kuantan, Pahang.
 
Bercakap kepada portal berita The Sydney Morning Herald (SMH), Anwar memberitahu, beliau bersedia menyokong operasi kilang itu sekiranya siasatan awam baharu mengesahkan operasi kilang tersebut benar-benar selamat.
 
Kenyataan Ketua Pembangkang itu berbeza dengan ucapan beliau dalam Himpunan Hijau membantah Lynas di Kuantan, tahun lalu, yang mana beliau memberi jaminan kepada penyokongnya pakatan pembangkang akan menghentikan operasi kilang berkenaan.
 
Malah, jaminan itu turut dimasukkan dalam manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan baru-baru ini.

DAP biadab hina masyarakat India

KUALA LUMPUR 7 Mac - Kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta 'arak' dianggap sebagai sangat menghina dan menjijikkan.
 
Bekas Ketua Cawangan Pantai Sepang, R. Vellasamy berkata, sebagai pemimpin sebuah parti yang kononnya membela nasib semua kaum, Koo Ham tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan biadab dan kurang ajar tersebut.
 
"Mengapa beliau 'menuduh' kami dengan begitu keji? Adakah harga maruah kami hanya dengan sogokan sari dan todi? Mungkin Koo Ham tidak senang duduk melihat sokongan India berkurangan di kawasannya sehingga terdesak mengeluarkan kenyataan sebegitu hina.
 
"DAP sudah semakin melampau. Ini juga bukan pertama kali mereka membuat kenyataan seperti ini. Masyarakat India perlu mengajar pemimpin biadab seperti ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


766 aduan dibuat di seluruh negara terhadap Naib Presiden PKR

Sebahagian ahli pergerakan Wanita komponen BN menyertai perarakan membantah kenyataan kontroversi Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Sabah, menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut, semalam.
 
KUALA LUMPUR 7 Mac - Pelbagai pihak terus membuat laporan polis dan demonstrasi aman terhadap kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah dengan jumlah laporan di seluruh negara meningkat kepada 766 setakat ini.
 
Sehingga pukul 6 petang ini, Selangor mencatat bilangan laporan tertinggi iaitu sebanyak 252 diikuti Kedah (122), Terengganu (91) dan Kelantan (59).
 
Di Petaling Jaya, Pertubuhan Anti Jenayah Bersatu Malaysia membuat lima laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
 
Presidennya, Datuk Dr. A. Balakrishnan berkata, laporan itu dibuat bagi mendesak Tian Chua menarik balik kenyataannya yang disifatkan biadab dan tidak sensitif terhadap keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban.
 
"Ia nyata tuduhan semata-mata apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar tidak akan membenarkan walau seinci tanah pun akan diserahkan kepada pihak pengganas Sulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Di Kepala Batas, enam lelaki yang mendakwa ahli Pas membuat laporan di IPD Seberang Perai Utara terhadap Tian Chua.
 
Menurut wakil kumpulan itu, Mohd. Nabi Bax Mohd. Nabi Abdul Sathar, 61, berkata, sebagai ahli Pas, beliau kecewa dan malu dengan parti politik itu yang masih ingin bekerjasama dengan PKR.
 
Sebelum itu, Mohd. Nabi Bax yang juga bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Gombak bersama ahli kumpulan membakar bendera PKR dan DAP serta gambar Tian Chua.
 
Di Jerantut, kira-kira 200 ahli sayap Wanita parti komponen Barisan Nasional (BN) Parlimen itu menyertai perarakan semalam bagi mengecam tindakan pembangkang yang mengaitkan insiden pencerobohan di Sabah sebagai sandiwara UMNO.
 
Perarakan yang disertai ahli Pergerakan Wanita, Puteri UMNO Bahagian Jerantut, Wanita MCA dan MIC Jerantut itu bermula di pekarangan bangunan Mara di sini, dan berakhir di IPD Jerantut.
 
Mereka kemudian membuat laporan polis ke atas Tian Chua pukul 4.20 petang.
 
Di Pulau Pinang, kira-kira 150 ahli UMNO Bahagian Bukit Bendera berarak sejauh 500 meter ke Balai Polis Kampung Bahru, Air Itam di sini bagi membuat laporan polis.
 
Mereka berarak dari Balai Giat Kampung Bahru sambil menyanyikan lagu Barisan Kita dan membawa sepanduk mengecam tindakan Tian Chua.
 
Di Batu Pahat, Persatuan Polis Pencen Negeri Johor (P
PPNJ) dan gabungan NGO Daerah turut membuat laporan di IPD Batu Pahat mengecam tindakan biadab pemimpin itu.

29 ahli dan penyokong Pas sertai UMNO

KUBANG PASU 8 Mac - Kira-kira 29 ahli dan penyokong Pas Padang Sera, Jerlun di sini hari ini mengambil keputusan menyertai UMNO setelah hilang kepercayaan terhadap parti berkenaan.

Kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir pada majlis Ceramah Perdana Selamatkan Kedah di Padang Sera di sini.
 
Yang turut hadir pada majlis itu ialah bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N. Al-Afghani.
 
Seorang bekas ahli Pas dari Kampung Baru, Jalan Guar Napai di sini, Ahli Rashid Ahmad, 64, berkata, dia mengambil keputusan untuk menyertai UMNO kerana perjuangan Pas kini tersasar jauh dari landasan Islam.
 
''Saya tawar hati dengan Pas, sebelum mereka memerintah Kedah macam-macam mereka janji, tapi bila mereka dah dapat Kedah, kita nak minta bantuan macam-macam alasan mereka bagi.
 
Katanya, dia juga dituduh pembelot hanya kerana Mukhriz datang ke rumahnya untuk memberi bantuan kepada cucunya.
 
''Jadi hari ini saya buat keputusan untuk sertai UMNO kerana yakin UMNO boleh bantu rakyat,'' jelasnya.

Sementara itu, C.N Al-Afghani dalam ceramahnya turut mendesak kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat tentang penyelewengan tabung Memali.
 
''Saya sibuk pasal tabung ini sebab tangan ini yang menulis, mata ini yang melihat, ini tanggungjawab saya.
 
''Saya pernah guna saluran dalam Pas untuk selesaikan masalah tabung ini, saya hantar surat kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tapi tiada tindakan yang diambil.
 
''Sebab itu saya ambil keputusan untuk mendedahkan perkara ini kerana ini merupakan tanggungjawab saya. Kalau tak buat bagaimana saya nak menjawab di depan Allah nanti,'' katanya. - UTUSAN



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG TAYANG VIDEO TU, I SAMAN YOU.
 

Cekapnya PM Dengan Transformasinya.. Habis Kau Nuar..


Ini yang membuatkan Nuar terus meroyan ni. PM selalu mengatasi dia dalam segala tindakan. Terbaru, diluar jangkaan Nuar sama sekali PM telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju mengwujudkan Kawasan Keselamatan Khas yang meliputi Pantai Timur Sabah dari Tawau hingga ke Kudat. Lagi Berita di sini.
 
Tengoklah nanti kemajuan yang dinikmati oleh penduduk Sabah apabila pembangunan dilaksanakan di sana dengan pembinaan bandar baru, kem baru, penempatan baru, hotel-hotel baru bertaraf lima bintang.
 
Kemudahan sukan, pusat pelancungan dan rekreasi untuk menampung jumlah penduduk yang pastinya bertambah kelak. Ada juga hikmahnya pencerobohan lanun Sulu ini rupanya kerana PM dan Kabinet segera respon kepada tragedi ini. Transformasi bukannya refomasi.
 
Bayangkan keindahan pantai dan Teluk dari Tawau ke Kudat nanti dengan segala infrastruktur moden dan ia pasti menjadi tempat tumpuan pelancung dari dalam dan luar negara kelak. 

PM minta pengganas letak senjata, serah diri tanpa syarat

DATUK Seri Najib Tun Razak dikawal ketat pasukan keselamatan sejurus tiba dengan helikopter Nuri di Felda Residen di Lahad Datu, Sabah hari ini. Turut mengiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Hisyamuddin Tun Hussein. - UTUSAN
 
DATUK Seri Najib Tun Razak (duduk tengah) pada sidang akhbar berhubung Op Daulat di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah. - UTUSAN
 
LAHAD DATU 7 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi mahu kumpulan pengganas Sulu segera meletakkan senjata dan menyerah diri tanpa sebarang syarat.
 
Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, Op Daulat yang masuk hari ketiga hari ini akan diteruskan.
 
Beliau juga mengumumkan pewujudan kawasan keselamatan khas merangkumi pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau bagi mengawal keselamatan penduduk negeri itu.
 
Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau pelaksanaan Op Daulat dengan lebih dekat di sini hari ini. - UTUSAN




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

Thursday, March 7, 2013

Akibat Cemburu Khalid Dan Husam Turut Meroyan..




 
 
 
 
Photo: tak tahu bila soal nya ada bisness ker mereka ni , tentu arahan ketua mereka  woooooooot
  
 
Lebih 500 laporan polis telah dibuat di seluruh negara meminta Naib Presiden PKR Tian Chuak supaya disiasat atas keceluparan mulutnya yang mengatakan pencerobohan lanun Sulu di Lahad Datu adalah konspirasi terancang UMNO/BN.
 
Tian Chua melalui sidang akhbarnya cuba memperbodohkan pengikutnya bahawa itu semua adalah propanganda media UMNO/BN. Dia terlupa bahawa kenyataan dia itu dipetik daripada lidah rasmi PKR, KeadilanDaily.
 
Namun tidak dinafikan bahawa kontroversi yang ditimbulkan oleh Tian Chua telah mengundang reaksi dari pelbagai pihak. Dan secara tiba-tiba sahaja populariti Cina ini 'melonjak' mengatasi lain-lain personaliti dalam pakatan sehinggakan dia terkenal ke seluruh dunia. Di khabarkan Setia Agung PBB Bangkai Moon juga telah mengenali siapa Tian Chua ini.
 
Tidak tahan dengan publisiti murahan tanpa menggunakan perbelanjaan yang banyak yang diperolehi oleh Tian Chua maka dua orang lagi pemimpin pakatan iaitu Khalid Samad dan Husam Musa juga mahu tumpang sekaki. Mereka juga inginkan publisiti demi survival politik mereka berdua.
 
Lalu terkeluarlah juga kenyataan-kenyataan bodoh daripada pemimpin pakatan tersebut seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana. Maka tidak pasal-pasl pula mereka ini akan turut menjadi popular menjelangnya PRU13 ini.
 
"Sedar untuk meraih populariti yang semakin merudum, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad cuba menimbulkan kontroversi dengan polemik dan provokasi tentang kesyahidan anggota-anggota keselamatan di Sabah dalam menangani pencerobohan lanun-lanun Sulu.

Sekali lagi, Khalid Samad melontarkan idea yang sungguh dangkal, memalukan dan tidak selayaknya buat seseorang yang mempunyai jawatan sepertinya.

Khalid Samad cuba memajukan idea bahawa kematian anggota-anggota keselamatan di perbatasan di Lahad Datu dan Semporna adalah SKRIP UMNO dan Barisan Nasional untuk terus berkuasa.

Masih lagi ingin mengatakan pertempuran, kematian dan kecederaan di Sabah merupakan SANDIWARA!
 
     Photo
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

Boleh Percaya Ke Ni..


Apo kojo bakar komonyan ni.. Kiram!!..Kiram!!..
  

Seperti yang hangat dilaporkan oleh Blog, Kiram 3 suku sudah mengistiharkan gencatan senjata dan meminta pengikutnya berhenti menembak. AFP dan Utusan juga melaporkannya.
 
Masihkah kita ingat tentang kisah tentera lanun ini mengangkat bendera putih minggu lepas. Tanpa prasangka anggota keselamatan kita menghampiri mereka dan rupanya itu hanyalah helah untuk menembak anggota keselamatan.
 
Akibat mempercayai bendera putih tersebut dua orang anggota keselamatan negara terkorban. Mereka menipu dan menembak curi.
 
Kini gencatan senjata yang dilaungkan oleh Kiram 111 dibimbangi juga sebagai satu helah untuk menyusun kedudukan mereka. Mungkin untuk menggali kubu baru, untuk mendapatkan makanan atau untuk memperbaiki senjata usang mereka yang rosak.
 
Bolehlah kalau hendak mengadakan gencatan senjata, tetapi mereka hendaklah menyerah diri tanpa syarat kepada pasukan keselamatan negara.

Tapi ditakuti juga Kiram 3 suku ni sudah pandai pulak bermain sandiwara, berlakon hendak berdamai sementara menunggu bantuan dari Amerika sampai. Pasukan kita kenalah berhati-hati dalam perkara ini.

Atau Kiram ni dah menggeletar lutut dia apabila kerajaan Malaysia memohon supaya kerajaan Filipina menghantar dia ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan atas salah laku mengistiharkan perang ke atas DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agung. 
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

Walaupun Ramai Yang Tak Suka, Saya Tetap Sayangkan PM...


 

PM tinjau operasi di Lahad Datu


LAHAD DATU 7 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan meninjau dengan lebih dekat Op Daulat yang dilaksanakan di sini oleh pihak keselamatan ekoran pencerobohan Pengganas Sulu.
 
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin dalam sidang akhbar bersama berkata, Perdana Menteri mahu melihat sendiri operasi itu serta memantau keadaan pasukan keselamatan yang bertugas.
 
"Kunjungan beliau akan memberi semangat kepada anggota polis dan tentera yang terlibat. Beliau juga akan bersua muka dengan pasukan keselamatan yang bertugas," katanya.


Jika di luar negara, tajuk seperti di atas tidak akan keluar punya. Lawatan seseorang tokoh atau pemimpin negara ke mana-mana zon peperangan tidak akan diumumkan sehinggalah pemimpin berkenaan selamat meninggalkan kawasan bergolak tersebut.
 
Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa PM akan melawat zon perang. Nasib baiklah tarikh dan masa sebenar tidak dinyatakannya.
 
Pagi tadi tembak menembak dilaporkan masih berlaku di Kampung Tanduo. Ini bermakan saki baki lanun Sulu tersebut masih ada yang bersembunyi atau bertahan di sana. Takkanlah bunyi tembakan tersebut merupakan tentera kita sedang memburu ayam denak. Tidak mungkin juga anggota keselamatan kita hanya menembak angin.
 
Lagi tidak mungkin ialah tembak menembak berlaku antara anggota keselamatan dengan unit Amal Pas yang tersilap komunikasi. Kemungkinan yang besar ialah tembak menembak berlaku antara lanun Sulu dengan  pasukan keselamatan.
 
Ini bermakna situasi masih belum terkawal sepenuhnya dan keadaan berbahaya masih ada. Jika lawatan PM dapat dihidu oleh pihak musuh seribu kemungkinan boleh terjadi.
 
G.W Bush pernah melawat tentera Amerika yang sedang bertugas di medan tempur di Iraq. Kehadirannya hanya diketahui oleh dua tiga orang pegawai kanan, selebihnya semuanya terperanjat dengan kedatangan Bush. Media dunia pula hanya mengetahuinya di saat Bush sedang melambai tangan ketika hendak memasuki pesawat untuk pulang.
 
Presiden Barrack Obama juga pernah ke Afghanistan untuk melihat Taliban atau untuk melihat rumah Osama bin Laden. Tidak ada yang mengetahuinya sebelum dia berangkat balik.
 
Begitulah sepatutnya contoh teladan yang sepatutnya diikuti oleh Menteri Pertahanan Malaysia. Ketibaan PM tidak perlu dihebohkan kepada umum. Kenderaan yang membawa beliau juga walaupun akan dikawal rapi, tetapi kemungkinan untuk di sabotaj masih ada.
 
Rakyat sudah pasti bimbangkan keselamatan PM. Rakyat bimbang sesuatu akan berlaku kepada, mungkin helikopter yang dinaiki oleh PM. Jika lanun Sulu sanggup memakai baju berlambang BN, maknanya mereka mempunyai pelbagai cara untuk menyamar diri. Berhati-hatilah.

Terkini Datuk Hisham pula dilaporkan berkata:

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak akan berada di Sabah hari ini untuk meninjau sendiri perjalanan Op Daulat di pantai timur negeri itu.

Datuk Seri Hishammuddin berkata beliau yakin kehadiran Najib akan memberi semangat baharu kepada semua anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam Op Daulat, terutama setelah apa yang dilalui sepanjang operasi itu.

Selain itu, beliau juga akan meninjau keadaan dari segi keperluan logistik, kebajikan dan kemudahan yang disediakan sepanjang Op Daulat operasi

P/s Lagi sekali Datuk Zahid ulang berita ni, saya saman dia..

 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

Spin Tetap Spin..


Dah gambar palsu pulak dah..
        


  

Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera, dua orang penting yang terlibat sepenuhnya dalam operasi menggempur penceroboh Sulu, tidak lama lagi akan diraikan sebagai hero oleh rakyat Malaysia.
 
Walupun pada peringkat awalnya didorong oleh rasa tidak sabar dan ingin tahu, ramai rakyat yang mempertikaikan cara ke dua-dua komandan ini menguruskan situasi yang mencabar ini.
 
Selain mereka dua orang Menteri yang terlibat juga tidak terlepas daripada kritikan orang ramai. Pelbagai pendapat disuarakan bagaimana harus menangani kemelut tersebut. Ramai yang menjadi pakar secara tiba-tiba.
 
Namun tanpa memperdulikan segala pendapat, kritikan, saranan serta kejian oleh pelbagai pihak tersebut mereka yang berkenaan meneruskan misi tanpa terusik dengan pandangan pelbagai pihak. Segala prosidur dan perancangan rapi telah dilakukan.
 
Kejayaan pasukan keselamatan ini sudah pastinya menaikan semangat rakyat jelata dan juga para anggota di semua peringkat. Rakyat juga menyanjung tinggi keupayaan pasukan keselamatan. Kesanya sudah pastilah keyakinan rakyat meningkat kepada kerajaan.
 
Ini sudah tentu tidak disukai oleh puak pembangkang, kerana dalam saat PRU13 hendak berlangsung tidak lama lagi, imej kerajaan di mata rakyat telah meningkat secara tidak langsung, maka sudah tentulah ia akan mempengaruhi pola pengundian kelak.
 
Tidak dapat dinafikan bahawa keuntungan politik pastinya diraih oleh pihak kerajaan. Sebab itulah puak pembangkang sejak awal lagi tanpa jemu dan secara melampau cuba memberikan gambaran bahawa semua ini adalah dirancang oleh UMNO/BN untuk 'menyelamatkan' keadaan.
 
Pencacai pakatan tanpa rasa bersalah, tanpa semangat patriotik, tanpa memperdulikan perasaan keluarga anggota yang terkorban berusaha keras untuk meletakkan segala kesalahan di bahu kerajaan.
 
Diperingkat awal krisis ini puak pakatan tanpa segan silu cuba berlagak pandai dan cuba 'mengajar' pihak berkuasa bagaimana untuk menangani situasi. Mereka menuduh kerajaan sengaja lambat bertindak. Kerajaan zalim kerana membenarkan 8 orang anggota keselamatan menjadi korban.
 
Kerajaan sepatutnya lebih tegas. Nuar Brahim juga tumpang semangkuk dengan mempersoalkan kelewatan kerajaan khususnya pihak tentera menggempur penceroboh berkenaan. Memanglah bercakap amat mudah tidak perlu pergi ke kawasan terlibatpun. Dari Kelab Golf pun kenyataan boleh di keluarkan. Hakikatnya seribu satu macam persoalan terpaksa diambil kira sebelum sesuatu tindakan itu diambil. Yang bakal memikul kesannya nanti bukanlah pembangkang, sebaliknya kerajaan dan pihak keselamatan.
 
Puaslah diterangkan kenapa dan mengapa tindakan tersebut diambil. Kenapa polis masuk dulu, kenapa tentera hanya sebagai pemerhati. Hubungan antarabangsa juga terpaksa diambil kira. Namun semua itu tidak mendiamkan pembangkang. Mereka lebih suka melihat perkara tersebut dari sudut pandangan mereka sahaja. Yang cuba digambarkan ialah kerajaan ini lemah dan tidak mampu menjaga keselamatan rakyat.
 
Kini, selepas ini nanti puak pakatan akan melihat dari sudut lain pula. Mereka pasti akan cuba mengaitkan tindakan pihak keselamatan ini dari sudut yang berbeza untuk mengwujudkan sikap negatif dikalangan rakyat.
 
Mereka akan menuduh kerajaan zalim menggempur penceroboh yang tidak seberapa dengan kekuatan ketenteraan yang besar. 2000 orang tentera terlibat dengan 7 buah jet pejuang, dengan bom, dengan motar, dengan kereta perisai dan dengan kapal perang. Kesemua ini digambarkan sebagai kezaliman pihak kerajaan dalam memerangi penceroboh yang serumpun dan seagama.  
 
Selain digambarkan sebagai zalim kerajaan juga akan cuba digambarkan sebagai membazir wang rakyat dengan penggunaan aset ketenteraan yang canggih yang sebenarnya tidak diperlukan. Kita tunggulah sikit hari lagi bagaimana puak-puak ini akan spin kejadian ini kelak. Sekarangpun sudah ada pencacai pakatan dalam media sosial yang cuba memutar belitkan keadaan ini untuk kepentingan politik mereka. Akan bertambah hebat dalam sedikit masa lagi.
 
Pastilah pihak kerajaan terpakasa pula bekerja keras juga untuk menerangkan segala apa yang bakal di terbalikkan oleh puak pembangkang ini nanti. Jika dulu kenapa polis masuk dulu, kenapa tidak tentera, kini mungkin pula terpaksa diterangkan kenapa perlu diserang, dibom dan kenapa perlu dibunuh semua penceroboh tersebut. Sebaiknya pihak keselamatan tidak perlu melayan puak-puak ini, biarkan sahaja apa yang mereka hendak cakap.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.

Wednesday, March 6, 2013

Kantoi!!! Blog Pembangkang Sahkan Hubungan Pakatan Dgn Penceroboh..


 
 
 
Mana mau lari..
     

Oooo patutlah tidak ada yang hadir, rupa-rupanya nak menjaga hubungan baik dengan rakan sekongkolan mereka dari Sulu, Tawi-tawi dan Mindanao. Disebabkan nak menjaga hati rakan sekongkolan di sana, kematian perwira negara sanggup dihina, dipolitikkan dan ditohmahkan.
 
Perasaan rakan sekongkolan dari Sulu lebih penting untuk dijaga daripada perasaan para waris anggota keselamatan yang terkorban. Inilah kesannya apabila segala-galanya hendak dipolitikkan oleh pembangkang.
 
Jadi selain daripada PKR, DAP dan PAS, kini rakan sekongkolan mereka yang bakal membantu mereka dalam PRU13 kelak ialah waris-waris Kesultanan Sulu, kaum Tausug dan ahli MNLF. Hebat.

Patutlah pencacai puak pakatan kini sudah mula meroyan mengatakan tindakan serangan yang dilakukan oleh pasukan keselatan sebagai kejam dan membazir, rupanya ada udang di sebalik batu. Mereka ingin membela puak sekongkolan mereka dari Sulu rupanya.

Sudah tentulah sokongan tersebut akan diberi ganjaran atau balasan yang setimpal. Jika rakan sekongkolan di sini dijanjikan dengan pelbagai jawatan glamour, maka rakan sekongkolan di sana mungkin dijanjikan sebuah negeri pula. Kuasa autonomi dan royalti minyak. Terdesak sungguh puak-puak pakatan ini.
 
Nasib baik Exonopone dihambat keluar. Jika tidak binawe tu juga ingin melibatkan diri dalam PRU13 dan mungkin juga sudah dijanjikan dengan habuan yang entah apa pula.
 
Kenyataan blogger pakatan ini membuktikan kepada kita sememangnya wujud jalinan kasih mesra antara kesultanan Sulu dan Nur Misuari dengan pakatan. Malu, malu. Tunggulah pendedahan atas ke kantoian yang lebih besar kelak.
 
Kita juga masih menunggu pendedahan tentang siapakah 'individu' tertentu yang ingin ditemui oleh wakil penceroboh tersebut semasa rundingan dengan anggota keselamatan tempoh hari. Kenapa individu tersebut begitu penting untuk ditemui???
 
Kita juga ingin tahu mengapa secara tiba-tiba Nur Misuari yang kena pecat dari Govenor ini ingin menjadi orang tengah. sedangkan beberapa hari lalu angkuh sangat dia nak menghantar bala tenteranya ke Lahad Datu.
 
Semalam juga akhbar melaporkan dan mengeluarkan gambar Nur Misuari dengan Karam 3 suku begitu teruja bergengaman tangan sebelum Karam 3 suku membakar kemenyan. Apakah semua ini tidak ada kaitan langsung dengan kisah pencerobohan lanun di Lahad datu ini.
 
Apa perlunya nak menghantar 10,000 orang lagi sekiranya yang sudah sedia menunggu di Sabah ada sekitar 800,000 orang. Semua ini akan terbongkar dengan sendirinya kelak. Pembangkang memang kuat bersandiwara.


     
Bongkar Rahimi..jangan tak bongkar..



Cuba kita cari ada ke pemimpin pemimpin utama pembangkan mengucapkan takziah kepada para perwira yang gugur Syahid...nak nampak mereka pergi ziarah jauh sekali.Dalam blog mereka kata kerana nak jaga hati Nurmisuari....lepas tu kata pula..nuar tak terlibat...menggong...
 
 
Blog jawab isu tidak ziarah anggota polis terkorban
 

KUALA LUMPUR 6 Mac - Sebuah blog propembangkang cuba menjawab persoalan tentang ketiadaan pemimpin dari parti itu menziarahi para anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden serangan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
 
Suara Pakatan Rakyat antara lain berkata, salah satu sebab para pemimpin terbabit tidak menziarahi mangsa-mangsa serangan hendap pengganas itu adalah kerana mahu menjaga hubungan mereka dengan pihak-pihak berkaitan di Filipina.
 
“Untuk menjaga hubungan akrab antara pemimpin pakatan rakyat dengan pihak-pihak berkaitan di Filipina, antaranya Nur Misuari sendiri memandangkan isteri Nur Misuari juga adalah antara yang menuntut hak Kesultanan Sulu ini.
 
“Selain itu ketiadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam upacara pengkebumian jenazah Inspektor Zulkifli Mamat di Terengganu juga atas alasan yang sama. Lagipun sudah ada ramai orang yang boleh menguruskan majlis tersebut dan kehadiran beliau tidak begitu penting sangat," kata blog ini dalam entri terbaharunya hari ini.
 
Blog itu turut menganggap ketidakhadiran pemimpin pembangkang memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa insiden berdarah di Lahad Datu itu bukan isu yang besar yang perlu dibincangkan.
 
Sebanyak lapan anggota keselamatan gugur selepas diserang hendap oleh anggota pengganas Sulu yang menceroboh negara ini di Lahad Datu dan Semporna.
 
Daripada jumlah itu, dua terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu manakala enam lagi di Kampung Srijaya, Semporna.
 
Blog itu turut mendakwa, para pemimpin pembangkang juga berkecil hati kerana ada pihak yang mengaitkan penglibatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam insiden pencerobohan tersebut selain keengganan kerajaan mengadakan perbincangan meja bulat. - UTUSAN ONLINE



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAYOU.
 

Mazlan Aliman Jawab Mykmu.net..


  __Sahabat
 
 
Selalunya bab-bab Felda ni dialah yang terkehadapan. Dialah yang nyaring melalak. Jangan ada sahaja berlaku sesuatu yang tidak diingini oleh warga Felda maka dia akan sgera bangun menentang. Dia kononnya pembela tegar warga Felda.
 
Namun dalam kes Felda Sahabat 17 ini dia membisu pulak. Dia senyap sunyi seperti tikus jatuh ke beras. kemana suara langtangnya yang selama ini kononnya mengambil berat tentang nasib warga Felda. Tindakan menyepi beliau ini menjadi tanda tanya kepada My Kmu. Baca di sini. http://www.mykmu.net/?p=27332

Mazlan Aliman sepatutnya memberikan perhatian serius kepada permasalahan yang berlaku di Lahad Datu ini. Nuar Brahim telah membuat kenyataan yang dia tidak terlibat langsung dalam agenda pencerobohan lanun Sulu di Kg Tanduo. Dia tidak tahu menahu walaupun sering menyanyikan lagu tentang kehilangan Sabah dalam setiap ceramahnya.
 
Ingatkan dulu Nizar Lambai@Nizar Lilin sahaja yang kuat meroyan, rupanya Nuar Brahim pun sama. Suka benar dia dengan lagu 'Sabah Nak Hilang' dan di ajaknya pendengar totoknya sama-sama menyanyikan lagu tersebut. Ish..ish.. meluat betul.
 
Dia mengaku tidak terlibat, tetapi sejak dulu dia jugalah yang sibuk mengwar-warkan tentang autonomi tentang Sabah. Apa maksud autonomi. Kenapa Jeffry Ketinggan, walaupun kini sudah gustan (undur) begitu teruja suatu waktu dulu dengan idea ini. Kenapa suka sangat membakar semangat penduduk Sabah tentang royalti minyak dan sebagainya??
 
Taliban destar besar sekurang-kurangnya telah membuat kenyataan dan sanggup menjadi tentera jihad untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan Lahad Datu, felda Sahabat, Kg Tanduo dan Sabah. Mungkin juga nama Mazlan Aliman termasuk ke dalam senarai yang akan berjihad ke sana nanti.
 
Tian Chua juga telah membuat komen dengan menuduh bahawa apa yang berlaku tersebut hanyalah sandiwara UMNO/BN nak menakut-nakutkan rakyat Sabah supaya terus bersama kerajaan. Dia dibelasah kiri dan kanan termasuk olek bekas-bekas pegawai kanan polis sehinggakan terpaksa menukar nombor telefonnya kerana terlalu banyak 'gangguan' yang masuk tanpa diundang.
 
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Shafie Afdal dan Datuk Ahmad Mazlan juga telah membuat kenyataan tentang peristiwa ini. Tinggal lagi yang masih membisu ialah Anak Felda dan Mazlan Aliman.
 
"Atau Mazlan Aliman takut untuk bersuara demi nak menjaga hati sekutu politiknya yang disyaki cuba memberikan kuasa autonomi pada Sabah dan mengeluarkan negeri itu dari Malaysia? Takut digugurkan dari calon kerana mengecam gerakan sulit pemimpin tertinggi Pakatan Haram?
 
Sehingga kini, saya belum lagi mendengar sebarang kenyataan dari individu yang banyak menabur “jasa” untuk masyarakat Felda itu. Kononnya dulu dia sanggup dilokap demi membela nasib para peneroka (padahal dia ditahan dalam lokap kerana berceramah tanpa permit!).
 
Inikah yang dikatakan sebagai “pejuang anak Felda”?
 
Mazlan Aliman mungkin sedang merangka strategi baru ingin “menjajah” tanah-tanah rancangan Felda di Johor. Penceroboh menjajah dengan senjata, Mazlan Aliman sebok nak masuk tanah rancangan dan menjajah minda warga Felda?
 
Tidakkah Mazlan Aliman rasa dia patut memberikan sokongan moral yang tinggi pada pihak berkuasa dan kerajaan BN demi kesejahteraan sebilangan para peneroka di Lahad Datu?"
 
Mungkin Mazlan Aliman tengah membuat strategi tertentu dan beliau mungkin akan keluar dengan kenyataan-kenyataan canggih beliau ataupun apa yang selalu beliau momokkan selama ini iaitu Felda Bankrap, peneroka kena tipu dan sebagainya.
 
Mungkin dia kini sedang membuat analisa tentang kerugian yang bakal menimpa Felda Sahabat. Berapa banyak rumah yang musnah, berapa ribu pokok kelapa sawit yang tumbang terkena bom atau peluru motar. Berapa jalur jalan yang rosak akibat dilalui oleh kereta perisai. Ladang yang musnah tidak boleh dibaik pulih lagi kerana racun yang dikeluarkan oleh bom menyebabkan kesuburan tanah lenyap dan pokok baru tidak boleh tumbuh lagi.
 
Berapa banyak buah sawit yang busuk dan tidak dapat dikeluarkan akibat daripada kemasukan anggota polis dan tentera ke kawasan tersebut dan berapa lama lagi hasil tidak dapat dikeluarkan. Dia dan barisan peguamnya kelak mungkin membuat tuntutan yang setimpal bagi pihak peneroka.
 
Akhirnya rumusan dia nanti mungkin menjurus kepada FGVB kerugian berbillion ringgit dan sohihlah Felda telah muflis dan peneroka akan menerima nasib malang. Dia akan menyalahkan kerajaan, UMNO/BN dalam isu ini nanti.
 
Mykmu, sama-samalah kita nantikan apa yang bakal terkeluar dari mulutnya.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.  U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

Selagi Ada Matahari Dan Bulan Gaji Azzumu die Ialah 5,000 Sebulan..


Pelbagai andaian dibuat apabila ketua penceroboh Raja Muda Azzumudie sehingga kini tidak diketahui nasibnya. Ada yang mengatakan dia telah kembali ke Tawi Tawi dengan bantuan penduduk tempatan. Ada yang beranggapan dia telah menemui ajalnya. Ada yang berpendapat dia hancur terkena bom dan wajahnya tidak dapat dikenali. Hingga kini ia kekal mistri.
 
Jika mengikut 3 huruf terakhir namanya (die), maka sahlah dia telah meninggal dunia. Keseluruhannya sebanyak 49 orang tentera penceroboh telah terkorban dan sebahagian lagi ditawan oleh anggota keselamatan.
 
Sabah secara sahnya ialah milik Malaysia atau lebih tepat lagi adalah sebahagian daripada Malaysia apabila Persekutuan Tanah Melayu terbentuk pada tahun 1963. Rakyat Sabah sendiri memilih untuk merdeka bersama dengan Malaya.
 
Timbul sedikit kekeliruan apabila Singapura menarik diri daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965, apakah perjanjian yang ditanda tangani sebelum itu terbatal dengan sendirinya. Namun begitu Dewan Undangan Negeri Sabah memutuskan bahawa Sabah kekal bersama Malaysia.
 
Sejarah Sabah sememangnya menarik dan amat panjang. Negeri yang kaya dengan hasil bumi ini menjadi rebutan bukan sahaja antara Indonesia, Malaysia dan Filipina tetapi juga oleh keturunan Raja-raja Sulu. Kesultanan Sulu dikatakan pemilik asal ke atas Sabah.
 
Terdapat perjanjian asal yang ditanda tangani pada tahun 1878 antara Sabah dengan Overbeck dimana selagi ada bulan dan Matahari Sabah terpaksa membayar sebanyak 5,000 dollar Sepanyol setiap bulan kepada Sultan Sulu. Maknanya perjanjian ini masih terpakai sehingga ke hari ini. Hahaha.. 
 
Apapun kita berharap kemelut ini akan segera berakhir dan samada hidup atau mati biarlah ketua penceroboh Raja Muda Azzumudie segera ditemui. Negara akan mengadakan PRU13 tidak lama lagi. Jika isu ini tidak dapat diselesaikan maka sedikit sebanyak ianya akan menjadi bahan kempen parti-parti yang bertanding kelak.
 
 
  
 
 

30 lagi pengganas Sulu maut

ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah, semalam. - BERNAMA
 
LAHAD DATU 5 Mac - Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
 
Sehingga pukul 12 tengah malam ini, jumlah pengganas Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia terbunuh.
 
Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu. Utusan.

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

Bila Utusan Siarkan Berita Ini.. Kenalah Bagi Perhatian..


10,000 kaum Tausug didakwa menuju Sabah

 
ZAMBOANGA 5 Mac - Beribu-ribu rakyat Filipina berketurunan Tausug dari pulau Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi didakwa sedang belayar menuju ke Sabah bagi membantu pengganas Sulu, yang menceroboh Sabah.
 
Akhbar Filipina, Inquirer melaporkan Pengerusi Majlis Pemerintahan Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Habib Hashim Mudjahab berkata, pihaknya tidak boleh lagi menghalang rakyatnya daripada mengambil tindakan.
 
"Kami bersedih dan kebanyakan rakyat kami walaupun bukan askar, sedang menuju ke Sabah bagi membantu pengikut Kesultanan Sulu," katanya.
 
Menurut beliau, kira-kira 10,000 kaum Sulu dari Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga sedang belayar menuju ke Sabah sejak malam tadi bagi membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Lahad Datu, Sabah.
 
Sementara itu, seperti yang dipetik dalam laman web Astro Awani, Gabenor Wilayah Pentadbiran Autonomi Islam Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman menafikan dakwaan MNLF bahawa ribuan etnik Tausug sedang menuju ke Sabah.
 
Mujiv berkata, kenyataan MNLF pimpinan Nur Misuari itu disifatkan sebagai strategi untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.
 
"Itu tidak benar. Tiada sesiapa pun dari selatan Mindanao sedang bergerak ke Sabah," jelas Mujiv dalam satu kiriman mesej terbaharu kepada Astro Awani.
 
Menurut Mujiv, ARMM akan meneruskan usaha memujuk kumpulan penceroboh itu supaya berundur dan mengingatkan mereka mempertahankan persaudaraan atas nama Islam.
 
"Semua orang Islam bersaudara. Saya sekali lagi menggesa mereka (penceroboh) menamatkan pencerobohan di sana," ujarnya. - UTUSAN



Bahagian 2: BAGAIMANA MENYELESAIKAN KES PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU?


PERJUMPAAN SILATURRAHIM ANTARA Menteri Pertahanan Malaysia DATO' SERI DR RADEN AHMAD ZAHID HAMIDI DENGAN WAKIL SULTAN BANTILAN II (Sulatniyah Sulu Darul Islam -SSDI) DI HOTEL PAN PASIFIC (PWTC) MALAM TADI 5hb Mac 2013.


Ditemani oleh saudara kami Tengku Muhammad Shahir bin As-Syafi'e (berkopiah putih), MUFTI BESAR SSDI Datu Paduka Maulana Shar'i Habib Rizieq Bin Hussein Shihab Al-Husseini (serban putih) yang bergegas ke Kuala Lumpur menemui Menteri Pertahanan Malaysia bersama Menteri Luar SSDI Datu Habib Zakaria Abdullah (bersongkok hitam) dan penulis (bertopi bereta hitam) sebagai wakil Tausug Global Media (TGM) merangkap Menteri Belia dan Sukan SSDI. Pertemuan bersejarah ini adalah usaha muslimin Malaysia dan Sulu untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian kepada kes yang berlaku di Lahad Datu demi Islam dan persaudaraan seagama.





PENJELASAN GAMBAR:

Alhamdulillah walau pun perjumpaan di atas begitu cepat dan ringkas namun Datu Habib Zakaria Abdullah sebagai Menteri Luar SSDI dan Datu Habib Rizieq Shihab sebagai Mufti besar SSDI yang tinggal di Jakarta itu sempat menjelaskan pendirian Sultan Bantilan II, para Datu dan Syarif serta rakyat SSDI, bahawa pencerobohan bersenjata ke atas wilayah kedaulatan Malaysia sebagaimana yang berlaku di Lahad Datu itu bukan sahaja sangat tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia malah rakyat Sulu secara majoriti tidak dapat menerimanya.

Tindakan secara bersenjata yang hanya dilakukan oleh beberapa orang dari Sulu yang mengaku sebagai Tausug itu adalah tindakan bersendirian dan terdesak tanpa membabitkan majoriti Tausug di kepulauan Sulu mahupun yang ada di Sabah dan Malaysia amnya.

Bagi SSDI, apa sahaja permasalahan yang berlaku antara Malaysia dan Sulu ia sewajarnya diselesaikan di atas meja rundingan secara muhibbah dan penuh persaudaraan. Oleh itu, SSDI yang dipimpin oleh Sultan Bantilan II (PBMM Sultan Muhammad Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan Puyo) sejak gerakannya yang bermula tahun 2006 di Jolo Sulu itu telah menjadikan slogan ANTI-PERANG dan ANTI-KEGANASAN sebagai dasar perjuangannya TANPA SENJATA.

Buktinya terdapat ucapan keamanan Sultan Bantilan II (ketika itu nama baginda ialah Datu Ladjamura) dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu (buku ini ditulis oleh penulis dalam bahasa Melayu dan kemudian diterjemah oleh Sabah Islamic Media Sdn Bhd ke bahasa Inggeris untuk edaran antarabangsa, buku ini dirasmikan oleh salah seorang Timbalan Menteri Sabah pada tahun 2007. Ini bermakna secara teknikal buku Tausug dan Kesultanan Sulu adalah buku yang diiktiraf oleh kerajaan Negeri Sabah termasuk kenyataan aman oleh Datu Ladjamura di situ. RTM dan beberapa akhbar tempatan negeri Sabah turut membuat liputan pada perasmian buku Tausug dan Kesultanan Sulu itu di Dewan Perpustakaan Tawau tahun 2007.

Walau pun SUARA DAMAI dan KEAMANAN dari keluarga BANTILAN itu sudah lama berkumandang di Malaysia sejak 2007 itu namun tiada siapa yang peduli, hanya dipandang sebelah mata oleh kerajaan Malaysia. Malah laungan DAMAI dan KEAMANAN ini terus menerobos kepulauan Sulu sehingga menjadikan keluarga KIRAM berasa terancam pula. SSDI sudah lama mengutus utusan damai kepada keluarga KIRAM sejak 2006 lagi untuk sama-sama bersatu dalam gerakan aman SSDI tanpa senjata.

Nampaknya KUASA BESAR yang sedang melabuhkan punggungnya di pulau Jolo itu itu tidak senang hati perjuangan KEAMANAN SSDI. Sehingga kita berasakan bahawa mereka telah bertindak mendokong pencerobohan di Lahad Datu itu.

Untuk mengakhiri catatan ini, ayuh kita sama-sama membaca Salawat Tafrijiyyah ini, yang mana amalan Salawat ini turut menjadi amalan harian Dato' Seri Dr Raden Ahmad Zahid Hamidi (beliau berketurunan yang ada kaitan dengan Ahlulbait dari kesultanan Jogjakarta). Saya tidak menyangka, seorang Menteri Malaysia seperti beliau sangat istiqamah dalam amalan Salawat hebat ini. Tidak hairan wajah-wajah para pengamal salawat ini senantiasa tenang dan terpancar NUR barokah. Semoga Allah swt menghapuskan segala Fitnah besar yang sedang melanda ini buat kita umat Islam Malaysia dan Sulu malah Dunia amnya. berkat pembacaan Salawat Tafrijiyyah ini AMIIIIIN YA RABBAL ALAMIN.

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

Tuesday, March 5, 2013

Mahpooozzz Bean Mohon Nak Masuk Jadi Tentera...? Biar Betul..


  

Petang ini Jokiden rasa relax sikit sambil mengikuti perkembangan dari semasa kesemasa mengenai operasi ketenteraan di Lahad Datu. Tidak seperti dua hari lepas, buka komputer salah, tak buka salah. Berbaring rasa tak selesa, bangun juga macam nak rebah,  baca laporan berdebar-debar, sekejap offkan hp, sekejap on kan semula. Hahaha...
 
24 jam tengok posting rakan-rakan. Cerita berkisar tentang itu juga. Namun tajuk posting yang pelbagai dan kreatif menyebabkan semua hendak di klik. Tetapi jika kita tengok berita di yahoo, pun begitu juga. Beritanya satu, cara penyampaianya oleh penulis yang berlainan amat berbeza. Berita diolah mengikut gaya dan persepsi sendiri. Sebab itu di Yahoo kita akan dapati beribu-ribu tajuk, pada hal ceritanya sama sahaja.

Sekiranya pasukan keselamatan negara berjaya dalam misi ini dengan cemerlang, maka kesan segeranya mungkin melonjakkan nama baik pasukan keselamatan di mata awam, di mata rakyat dan juga di mata dunia. Pasukan keselamatan negara akan dihormati oleh semua pihak.
 
Kesan segera yang kedua ialah rakyat akan memberikan mandat yang besar kepada kerajaan UMNO/BN dalam PRU13 kelak, kerana terbukti kebijaksanaan kerajaan dalam menangani kemelut ini dimana keselamatan rakyat diberikan keutamaan tertinggi. Pembangkang akan terkangkang.
 
Kesan segera yang ketiga ialah kemungkinan selepas ini rakyat akan berebut-rebut untuk menyertai perkhidmatan dalam pasukan keselamatan samada dalam Pasukan Polis ataupun Tentera. Kejayaan operasi Lahad Datu ini pastinya melonjakkan semangat anak watan untuk turut memberikan khidmat bakti dan bercita-cita untuk menjadi hero.
 
Jika selepas era pengganas Komunis berakhir, rata-rata warga negara berpendapat, memasuki pasukan polis atau tentera tidak ada bezanya dengan memasuki Perkhidmatan Awam yang lain. Mereka bangun pagi pergi kerja, petang balik kerja dan hujung bulan menerima gaji. Cukup tempoh pencen dan terima pencen bulanan.
 
Persepsi ini mungkin berubah selepas ini di mana jika menyertai pasukan polis dan tentera mereka berpeluang untuk berkorban jiwa dan raga hatta nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara. Ramai yang kini berkobar-kobar untuk memberikan khidmat bakti dalam pasukan bersenjata ini.
 
Pastilah juga ramai yang masih ingat bahawa jika PKR menang kelak, Nurul Izzah selaku pemimpin kanan dan mungkin juga Menteri Dalam Negeri akan memberhentikan pengambilan anggota baru dalam pasukan polis kerana sudah mencukupi bilangan mengikut jumlah keperluan penduduk. Dia lupa bahawa setiap hari orang pencen dan setiap hari pula orang baru akan lahir. Penduduk kian bertambah.
 
Justeru itu ramai yang bengkak dengan pemikiran Nurul Izzah ini dan pastilah pengundi muda akan menolak parti yang diwakilinya iaitu PKR dalam PRU13 akan datang.
 
 

 smgt begini yg kita nak.
lebih info dan update sini --> @[154171698074675:274:Pray For Sabah]
~md
 
 
 
Mari kita ikuti semangat seorang warga negara yang berkobar-kobar untuk menyertai pasukan tentera seperti yang berlaku di sebuah warung berhampiran Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi pagi ini:
 
Mahpoozzz berjalan laju tanpa menoleh ke kiri atau kanan. Di belakangnya terdapat sebuah beg sandang. Ketika melalui sebuah gerai di tepi jalan dia dipanggil oleh rakannya yang sedang pekena teh tarik dan roti canai.
 
Din: Oii Mahpooozzz, ekau nak komano laju bona tu.. maghi sini kono teh aaa..
 
Mahpooozzz: Oii Din, tak apolah, nak copek ni.. kang tolopeh bas kang..(meneruskan langkah)
 
Kusam: Nak copek komano..bas molambak, tak ado kang den bulih anta.. kau nak poie mano, comeh yo ni??
 
Din: Singgah dulu, bobughak, coghito sodap ni.. Bom dah molotup kek Kg Tanduo..(Akhirnya Mahpooozzz singgah juga  apabila nama Kg Tanduo disebut oleh Din, dia melabuhkan punggung di sebelah dua orang rakannya.)
 
Kusam: Ni comeh yo, bawak beg sandang.. ekau nak poie mano ni..??
 
Din: Iyo Pooozzz, nak komano??
 
Mahpooozzz: Banyak hal ni.. macam2 aaa. Eden nak poie IPK Somban, lopeh tu den nak poie Kem Rasah..(katanya penuh semangat yang membuatkan Din dan Kusam berpandangan)
 
Din: Poie IPK nak buek apo?? apo hal eaa??
 
Mahpooozzz: Kek IPK den nak buek report polis pasal Ah Beng monghino polis, sial boto deh..ado ko patut dio cakap polis yang moninggal tu bosandiwara, bolakun,.. den tak bulih tahan  ni.. mondidih daghah den ni.. (suaranya meninggi sambil tangannya menghentak meja, menyebabkan beberapa pelanggan lain menjeling ke arah mereka.)
 
Kusam: Soba Pooozzz, soba, bawak botonang, mintak air teh dulu.. mintak ghoti banjir dulu..
 
Din: Iyo, minam dulu Pooozzz, jangan comeh.. Ah Beng tu kan ko kawan kito..ati-ati sikit..
 
Mahpooozzz: Den tak poduli, dlm bab ni den tak kigho kawan, polis jangan dihino macam ni.. dio dah molampau, kok den jumpo dio sokaghang, lughuh gigi tupai eaa yang dua batang tu.. den lutu dio..
 
Kusam: Soba Pooozzz, soba, minam dulu..Mahpooozzz menghirup air dan menjamah roti.. mukanya masih serius)
 
Din: Yang ekau lopeh tu nak poie Kem Rasah nak buek apo pulak..?
 
Kusam: Hah apo hal kek situ..??
 
Mahpooozzz: Eden nak amik borang..
 
Din: Borang apo, ado tender kantin koluar ko??
 
Mahpooozzz: Tak lah, eden nak amik borang nak mohon jadi askar..
 
Kusam: Amik borang??, untuk sapo, anak ekau sumo ea pompuan?? (Din dan Kusam kehairanan)
 
Mahpooozzz: Untuk edenlah, eden nak mohon jadi askar ni, apo ekau ingat eden tak layak ko ?? eden ado sijil SRP ni..( Kah..kah..kah.. kih..kih..kih..Kusam dan Din tak mampu lagi menahan gelak) 
 
Din: Ekau memang ado sijil SRP, tapi jangan lupo Pooozzz, umo kau dah sotongah abad..ekau tak layak doh..simpan yolah somangat kau yang bokoba-koba tu.. PRU pun dah dokek aaa..
 
Kusam: Apo dalam beg kau tu?? sijil ko??
 
Mahpooozzz: Tak.. ni ghambut palsu den.. kang masuk ko balai kang den nak pakai.. takut ado oghang kona den kang..
 
Kah..kah..kah..kih..kih..kih.. Mereka bertiga ketawa serentak..  Hanya untuk selingan, tak suka jangan baca dan jangan marah saya.

Tahniah dan syabas juga kepada anggota keselamatan kerana mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Selepas ini kita tunggu pula sumpah seranah puak pakatan di atas kejayaan pasukan keselamatan ini. Maklumlah bagi puak-puak tersebut, tak serang salah, serangpun salah. Anggota mati salah, puak lanun matipun salah. Bagi puak pembangkang ni hanya mereka sahaja yang betul atas muka bumi ini.
 
 
 
 
 
AIRFORCE.... HAHAHA.
 
 

 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.