Thursday, March 7, 2013

Spin Tetap Spin..


Dah gambar palsu pulak dah..
        


  

Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera, dua orang penting yang terlibat sepenuhnya dalam operasi menggempur penceroboh Sulu, tidak lama lagi akan diraikan sebagai hero oleh rakyat Malaysia.
 
Walupun pada peringkat awalnya didorong oleh rasa tidak sabar dan ingin tahu, ramai rakyat yang mempertikaikan cara ke dua-dua komandan ini menguruskan situasi yang mencabar ini.
 
Selain mereka dua orang Menteri yang terlibat juga tidak terlepas daripada kritikan orang ramai. Pelbagai pendapat disuarakan bagaimana harus menangani kemelut tersebut. Ramai yang menjadi pakar secara tiba-tiba.
 
Namun tanpa memperdulikan segala pendapat, kritikan, saranan serta kejian oleh pelbagai pihak tersebut mereka yang berkenaan meneruskan misi tanpa terusik dengan pandangan pelbagai pihak. Segala prosidur dan perancangan rapi telah dilakukan.
 
Kejayaan pasukan keselamatan ini sudah pastinya menaikan semangat rakyat jelata dan juga para anggota di semua peringkat. Rakyat juga menyanjung tinggi keupayaan pasukan keselamatan. Kesanya sudah pastilah keyakinan rakyat meningkat kepada kerajaan.
 
Ini sudah tentu tidak disukai oleh puak pembangkang, kerana dalam saat PRU13 hendak berlangsung tidak lama lagi, imej kerajaan di mata rakyat telah meningkat secara tidak langsung, maka sudah tentulah ia akan mempengaruhi pola pengundian kelak.
 
Tidak dapat dinafikan bahawa keuntungan politik pastinya diraih oleh pihak kerajaan. Sebab itulah puak pembangkang sejak awal lagi tanpa jemu dan secara melampau cuba memberikan gambaran bahawa semua ini adalah dirancang oleh UMNO/BN untuk 'menyelamatkan' keadaan.
 
Pencacai pakatan tanpa rasa bersalah, tanpa semangat patriotik, tanpa memperdulikan perasaan keluarga anggota yang terkorban berusaha keras untuk meletakkan segala kesalahan di bahu kerajaan.
 
Diperingkat awal krisis ini puak pakatan tanpa segan silu cuba berlagak pandai dan cuba 'mengajar' pihak berkuasa bagaimana untuk menangani situasi. Mereka menuduh kerajaan sengaja lambat bertindak. Kerajaan zalim kerana membenarkan 8 orang anggota keselamatan menjadi korban.
 
Kerajaan sepatutnya lebih tegas. Nuar Brahim juga tumpang semangkuk dengan mempersoalkan kelewatan kerajaan khususnya pihak tentera menggempur penceroboh berkenaan. Memanglah bercakap amat mudah tidak perlu pergi ke kawasan terlibatpun. Dari Kelab Golf pun kenyataan boleh di keluarkan. Hakikatnya seribu satu macam persoalan terpaksa diambil kira sebelum sesuatu tindakan itu diambil. Yang bakal memikul kesannya nanti bukanlah pembangkang, sebaliknya kerajaan dan pihak keselamatan.
 
Puaslah diterangkan kenapa dan mengapa tindakan tersebut diambil. Kenapa polis masuk dulu, kenapa tentera hanya sebagai pemerhati. Hubungan antarabangsa juga terpaksa diambil kira. Namun semua itu tidak mendiamkan pembangkang. Mereka lebih suka melihat perkara tersebut dari sudut pandangan mereka sahaja. Yang cuba digambarkan ialah kerajaan ini lemah dan tidak mampu menjaga keselamatan rakyat.
 
Kini, selepas ini nanti puak pakatan akan melihat dari sudut lain pula. Mereka pasti akan cuba mengaitkan tindakan pihak keselamatan ini dari sudut yang berbeza untuk mengwujudkan sikap negatif dikalangan rakyat.
 
Mereka akan menuduh kerajaan zalim menggempur penceroboh yang tidak seberapa dengan kekuatan ketenteraan yang besar. 2000 orang tentera terlibat dengan 7 buah jet pejuang, dengan bom, dengan motar, dengan kereta perisai dan dengan kapal perang. Kesemua ini digambarkan sebagai kezaliman pihak kerajaan dalam memerangi penceroboh yang serumpun dan seagama.  
 
Selain digambarkan sebagai zalim kerajaan juga akan cuba digambarkan sebagai membazir wang rakyat dengan penggunaan aset ketenteraan yang canggih yang sebenarnya tidak diperlukan. Kita tunggulah sikit hari lagi bagaimana puak-puak ini akan spin kejadian ini kelak. Sekarangpun sudah ada pencacai pakatan dalam media sosial yang cuba memutar belitkan keadaan ini untuk kepentingan politik mereka. Akan bertambah hebat dalam sedikit masa lagi.
 
Pastilah pihak kerajaan terpakasa pula bekerja keras juga untuk menerangkan segala apa yang bakal di terbalikkan oleh puak pembangkang ini nanti. Jika dulu kenapa polis masuk dulu, kenapa tidak tentera, kini mungkin pula terpaksa diterangkan kenapa perlu diserang, dibom dan kenapa perlu dibunuh semua penceroboh tersebut. Sebaiknya pihak keselamatan tidak perlu melayan puak-puak ini, biarkan sahaja apa yang mereka hendak cakap.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.

No comments:

Post a Comment