Monday, March 4, 2013

Abby Abadi.. Rezeki Hanya Pas Yang Bagi...


Apa hal ni???????
 
Ramai artis yang menyertai parti pembangkang samada dalam DAP, Pas atau PKR. Mereka yang menyertai secara senyap dan tidak bertindak glamour ini, tidak ada sesiapa yang memperdulikannya. Tidak ada pihak yang mengutuk mereka kerana mereka juga tidak mengutuk orang lain.
 
Namun berbeza dengan beberapa orang artis yang mempunyai rasa rendah diri yang berlebihan (inferiority complexs) seperti Hairie Othman, Ostazah Abby, Ostazah Aishah dan Bob Lokman. Mereka ini mengambil pendekatan cara Pas iaitu memaki, mengutuk dan memfitnah orang lain.
 
Kesian keluarga mereka kerana mereka tidak menyangka yang suatu hari anak mereka akan berperangai macam ini hanya kerana telah menjadi ahli seumur kepada sebuah parti politik.
 
Insaf?? baguslah jika itu sebabnya mereka mengambil keputusan untuk menyertai Pas dengan harapan masa depan akan lebih baik. Namun jika diperhatikan selama ini setelah menyertai Pas, pahala yang mereka harapkan, dosa pula yang mereka dapat. Untuk mengetahui mereka tersebut berodosa atau tidak, seseorang itu tidak perlu mempunyai izajah PHD, memadai dengan mendengar segala tutur kata mereka sahaja.
 
Sudah menjadi kebiasaan kepada mereka apabila menyertai Pas, mereka akan berkata, rezeki bukan UMNO yang beri, rezeki Allah yang beri. Ini semua orang tahu, kecualilah mereka dulu sebelum menyertai Pas mempunyai pegangan dalam hati mereka bahawa rezeki bukan Allah yang bagi.
 
Kononnya mereka nak menunjukkan keberanian mereka bahawa mereka sanggup menyertai Pas dan meninggalkan cara hidup lampau. Ini bukan menunjukkan keberanian sebaliknya ini bukti ke kerdilan jiwa mereka. Jiwa hamba. Jiwa penakut. Jiwa yang tidak pernah bersyukur atas segala nikmat.
 
Tidak ada umat Islam di dunia ini yang mengatakan rezeki datang dari UMNO. Sejak kita tahu membaca dan menulis, sudah tertanam di hati kita bahawa rezeki adalah datang dari Allah. Bila dia kata dia masuk Pas dan rezeki bukan dari UMNO, maka sahihlah dalam hatinya berkata, Paslah yang kini memberi rezeki kepada dia. Bahaya dari segi akidah ni. 
 
Dia sendiri selama ini tidak pernah mengambil berat tentang politik, tentang pilihanraya dan tidak pernahpun mengundi. Memang tidak senonoh perangai dia ni. Mulut busuk dan hatinya pun busuk kot. Tingkah lakunya di pentas Pas tidak langsung mencerminkan peribadi seorang yang baik.  

Ramai juga janda di negara kita ni tetapi tidak adalah yang teruk sangat meroyan seperti dia ni. Sikit-sikit tu memang ada, kitapun faham.



 
 
 
Dengarnya apabila  berceramah memaki hamun UMNO/BN dia kemudian diberikan sedikit bayaran atau imbuhan atas keceluparan dan keterlanjuran dia tu. Maknanya Pas bagi rezeki kat dialah melalui ceramah 'motivasinya' itu.
 
Atau dia menganggap berceramah tersebut merupakan satu perniagaan yang dia ceburi kini. Jika benar maka dia telah memilih satu perniagaan yang silap lah. Kononnya nak mentarbiah orang tetapi cara yang dia gunakan...??? Halalkah upah yang dia dapat tu.. ish..ish.. terlupa pulak, ahli Pas ni mana pernah takutkan dosa ye tak? 
 

Abby perkecil artis buta politik, agama


JOHOR BAHRU 3 Mac - Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi yang menyertai pembangkang, memperkecil-kecilkan golongan artis sebagai tidak peka dalam politik dan menuduh mereka tersasar jauh dari landasan Islam.
 
Dalam ceramah anjuran Pas kawasan Permas di sini malam tadi, Abby menyifatkan bekas rakan-rakan dalam dunia seni menyertai majlis-majlis anjuran kerajaan sekadar untuk menghiburkan penonton dan menerima bayaran tanpa mengambil tahu perihal apa-apa politik.
 
"Artis bila popular, ego mereka tinggi dan masih ramai yang menyokong UMNO. Mereka tidak percaya rezeki dari Allah, mereka percaya rezeki UMNO yang bagi.
 
"Saya berada pada tahap cabaran yang sangat tinggi dalam usaha mentarbiah para artis. Bila saya kongsi maklumat di Twitter atau Facebook, mereka kata saya taksub dengan Pas," katanya.
 
Abby yang mengakui tidak pernah mengundi sebelum ini, turut mendakwa ramai artis hari ini yang tidak menunaikan tanggungjawab tersebut kerana tidak dididik tentang kepentingan politik.
 
Ceramah hanya dihadiri tidak sampai 500 orang itu bermula kira-kira pukul 10 malam hingga 11.45 malam, namun tempoh Abby berucap setakat 40 minit dengan sesi-sesi lain diisi oleh penceramah Pas tempatan dan diselangi dengan persembahan beberapa buah lagu oleh sekumpulan pemuzik. - UTUSAN

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

1 comment:

  1. KESIAN KEPADA USTADAH NI. LEPAS TADAH SANA TADAH SINI DIBUANG UMPAMA TEMPAYAN BUDU MAKA DIAPUN JADILAH PENCERAMAH PAS. DIA TAK TAU NANTI AKAN DIHEMPAS SEHINGGA MENJADI HAMPAS. BUKAN ORG TAK TAU CERITA DIRINYA DULU2, SUDAH MAKAN BERBAGAI PISANG BERBULU......

    ReplyDelete