Saturday, June 23, 2012

GAMBAR DAN KISAHNYA..


Kata Orang: Picture speak a thousand words.. mari kita lihat photo2 di bawah dan kita bebas membuat andaian sendiri.


 

Ini bukan lucah, tetapi gambar ini untuk mengingatkan kita tentang kisah memegang nenen di Pulau Pinang tidak lama dulu yang kini disenyapkan. Dengar khabarnya banyak juga RM yang terlibat dalam isu tersebut. Dua orang ini pasti dibayar lumayan ni. Sami Khedira pemain Real Madrid dan German memegang nenen  kekasihnya Lena Gercke. 



10 NGO dari Baling menuntut supaya kerakyatan Ambiga dilucutkan. Rasanya munasabah juga tuntutan tersebut sebab dia tidak pernah bersyukur hidup di bumi Malaysia ini. Segala-galanya tentang Malaysia adalah tidak baik dan tidak selamat kecuali setelah Pakatan Haram memerintah negara ini. Sahabat Ambiga ini Irenen Fernandez sanggup ke Indonesia dan membuat kenyataan bahawa pekerja Indonesia di sini tidak 'selamat' .


Hakikatnya ialah sebanyak lebih 4 juta rakyat Indonesia mencari makan di negara ini secara sah mahupun secara tidak sah. Sibuk dia dengan LGBT nya. YB Datuk Zulkifli Nordin bertanya Ahli Parlimen pembangkang dalam Dewan Rakyat tempoh hari, Ambiga ni agama dia apa??, Dengan orang seperti Ambiga ini layanan tidak perlu bertaraf VIP. Dia tidak pernah bersyukur.



Ini lambang kebebasan?? Kebebasan bersuara, kebebasan bertindak, berhimpun, berkemah, berbaring, bercumbu dan hak asasi rakyat. "kito bulih buek apo kito suko..sebab negara kito aman, jiko polis banyak coghito, polis kito tondang" 


Nasib baiklah polis trafik ini memakai topi keledar, wajahnya terlindung. Jika wajahnya terdedah dan dilihat oleh orang dari seluruh dunia, alangkah tebalnya rasa malu beliau terutama kepada keluarganya, apabila budak hingusan sebaya anak dia berusia 22 memperlakukan dia sedemikian. Tak apa tuan polis, dia berani sebab dia ramai je, dalam balai tempoh hari dia menikus dan tunjuk muka baik..kemudian bila peguamnya tiba wah, dia dah mula berani kembali. Itu salah satu balasan yang dia terima kini. Esok lusa belum tahu.


Presiden IKATAN dan Presiden PAS berganding tangan dalam menjayakan demontrasi BERSIH3. Mereka hampir sebaya umur, sebab itu kena hati-hati agar tidak sesak nafas, pitam dan tumbang dalam kesesakan orang ramai begini. Jasa UMNO/BN terlalu besar kepada Kadiaq ini dan juga kaum keluarga dia, namun apakan daya dia kini memilih untuk menyalahkan UMNO dalam semua perkara. Paling tidak munasabah kenyataan Kadiaq dalam ceramah dia ialah di Malaysia tidak ada kebebasan bersuara. Benarkah???


Bila Karpal Sinki bersuara pemimpin PAS terpaksa tunduk layu, membisu dan akur. Mereka akan kata media BN putar belit dan merekasaya cerita demi untuk memulihkan harga diri mereka. Terang-terang pemimpin DAP ini menghina Islam, tetapi mereka kata, tak apa sebab mereka belum faham Islam. Kadang-kadang Nik Aziz kata Karpal ni dah faham Islam.

Ramai pemimpin DAP berselindung dengan ayat "maaf kalau saya silap" lepas tu mereka mula membaca surah-surah suci dan menerima tepukan gemuruh daripada penyokong tegar PAS. Pemimpin dan penyokong tegar pula  tanpa rasa berdosa membiarkan kafir laknat mempersendakan ayat-ayat suci. Mereka pasti menerima balasan Allah swt suatu hari nanti kerana bersubahat menghina ayat suci Allah.

Itu di depan penyokong PAS, di belakang penyokong PAS pula puak ultra kiasu ini mulalah mempertikaikan  semua perkara tentang PAS, termasuklah hukum hudud PAS potong tangan, potong kaki dan potong lancau. Itu jelas dalam ceramah mereka yang di videokan dan boleh ditonton di seluruh dunia. Namun pemimpin dan penyekong tegar PAS terus membisu demi menjaga hati rakan sekongkolan mereka. 

Mengundi calon PAS akan mendapat pahala, mengundi calon UMNO tidak akan dapat pahala sebab UMNO 'tolak' islam. Bagaimana pula jika calon itu antara calon UMNO yang beragama Islam bertanding dengan calon Pakatan Haram yang bukan beragama Islam. Masih dapat pahalakah.? Jelas sentimen mengundi dapat pahala ini akan menjerat PAS kelak. Mereka akan menerima balasan kerana 'memperjuangkan' Islam secara tidak ikhlas sebaliknya untuk kepentingan politik semata-mata.



Benarkah anak-anak kecil ini hendak didisplinkan?? baguslah jika itu nawaitunya. Atau apabila besar kelak anak-anak ini hendak digunakan untuk tujuan seperti gambar di bawah?? bertempur dengan polis?? Jika itu kesudahannya PAS terpaksa menanggung dosa perbutan mereka ini.

Kisah PAS mengrekruit kader mereka di pusat-pusat pengajian tinggi bukanlah menjadi rahsia lagi. Kegiatan tersebut telah berjalan sejak sekian lama. Kader-kader tersebut ditanamkan sifat taksub yag melampau sehinggakan mereka gagal untuk melihat realiti lain selain daripada realiti atau doktrin PAS. Ada yang sanggup bermandi darah demi menunjukan ketaksuban mereka.



Pemuda UMNO dituduh menyamar sebagai Unit Amal PAS dan merempuh polis di KLCC semasa demontrasi Bersih3. Pembangkang selalunya baling batu sembunyi tangan. Ahli PAS Yang memegang bendera dan berbaring di depan kenderaan Raja Muda Perak suatu ketika dahulu juga dikatakan orang UMNO menyamar.


Muslimat PAS yang macam kena histeria di Komplek Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari 2011 dikatakan Wanita UMNO dan Puteri UMNO menyamar.. 

Yang menimbulkan provokasi dan yang berterbangan di atas kenderaan polis berhampiran Sogo dikatakan anggota polis dan SB, bukannya penyokong pembangkang. Begitulah antara kaedah pembangkang mencuci tangan. Nasib baik Nizar Jamaluddin memang sudah terkenal sebagai ahli PAS, jika tidak pastilah Nizar juga akan ditohmahkan sebagai orang UMNO yang menyamar sebagai ahli PAS untuk mengaibkan PAS atau untuk membuat provokasi.


"Darurat... askar pun sembahyang pakai kasut, tengok di Afghanistan tu.." Sebaris tidak bermakna berjemaah. Banyak benda-benda pelik akan berlaku menuju ke akhir zaman ini. Sejadah juga berwarna warni dan terdapat gambar manusia.  


Tahun 1999 dulu Al Gore ni datang untuk melaungkan reformasi di KL. Kebiadapan dia ni jelas apabila berucap sebagai tetamu negara, dia memuji kelompok reformasi dan menyokong perjuangan Nuar Brahim. Dr Mahathir tidak bertindak balas kerana menghormati tetamu walaupun tetamu itu sendiri meletakkan dirinya dalam situasi tidak perlu di hormati.

Lain pula dengan Tan Sri rafidah Aziz yang ketika itu membelasah Madeline Albright, Setiausaha Negara Amerika apabila ternyata tetamunya itu bermulut celupar. Kini Nuar bawa pulak seorang Gay dari Australia bernama Xenophon untuk menyokong dia. Gambar Bawah.


"Polis Malaysia bertindak kejam kepada pendemo, saya akan laporkan kepada Queen Council.."

 


Mereka mempunyai alasan tersendiri dan mempunyai cara terbaik untuk menunjukkan sokongan kepada parti mereka. Cuma jika ini dilakukan oleh orang UMNO maka tentulah berbakul-bakul fatwa dikeluarkan oleh pemimpin PAS.


"Eeee!!!..Geramnya aku punggung dia ni.. lagi sekali boleh ni..!!"

Seorang Indon menghunus pisau dan mengacukan keleher seorang gadis sunti. "Mahu tamat atau mahu nikmat??" soalnya. Gadis sunti terpaksa akur dan memilih 'nikmat' serta menyerahkan dirinya untuk diperkosa. Bila selesai dirogol dan ketika si Indon sedang memakai semula seluarnya si gadis sunti pula mengambil pisau dan mengacukan ke leher si Indon " Mahu pulang atau mahu ulang??" soalnya.


Kalau polis membuat provokasi kenapa unit TV3 juga menjadi mangsa kejahilan puak-upak pakatan haram ini?? Kisah sadis Bersih3 pasti tercatat lama dalam lipatan sejarah tanah air. Kenapa rakyat di ajak, digesa dan disuruh bertindak agresif seperti ini??. Kenapa mereka diapi-apikan semangat mereka untuk bertindak liar. Pembangknag mengharapkan dengan bertindak begitu akan ada tindak balas dari pasukan keselamatan dan apabila terjadi kekecohan, media asing akan memaparkannya ke seluruh dunia. Itulah hajat mereka supaya Malaysia seolah-olah kelihatan kucar kacir, pelabur merasa bimbang untuk datang dan pasukan keselamatan tidak mampu mengawal keadaan dan pembangkang lebih layak untuk mentadbir dan mengambila alih negara.  



"Eden nak bosakan anak-anak eden mengikut cagho Islam yang sobona ee, sobab itu eden masuk PAS.." Hahaha.. selama ini anak dia membesar bukan mengikut cara Islam yang sebenarnya. Lopeh tu dalam ceramah dah pandai pulak dio ni kato pemimpin UMNO/BN songlap duit rakyat. Masuk kandang kambing membebeklah Aishah ni.


Orang tidak akan menyampah sangat sekiranya dia telah otai dalam parti PAS dan mengutuk UMNO. Ini baru dua hari masuk PAS hilang sudah semua nikmat dan kebaikan yang dia pernah dapat daripada UMNO/BN dulu. Baru dua hari join PAS sudah hilang segan silunya menyumpah seranah pemimpin UMNO/BN. Baru dua hari masuk PAS sudah menjadi terlalu 'alim' dan semua yang tidak bersangkut paut dengan PAS dianggap tidak Islamik. Kan ke pelik namanya tu.



Babi pun babilah asalkan dapat sedikit undi... Kalaulah pemimpin UMNO yang melakukan perkara ini maka sahlah pencacai PAS akan kata ini penghinaan terhadap Islam dan berkoyan-koyan kutukan yang akan keluar dari mulut mereka.


   

Kadang-kadang apabila melalui plaza tol, ternampak lori membawa babi baru saja berlalu dan membayar tol, Jokiden tak akan ambil duit baki jika ada, kerana bimbang duit baki itu datangnya daripada pemandu lori yang membawa babi tadi. Bimbang kok ado daghah babi lokek kek duit tu..


Melayu amat sensitif dengan babi dan anjing. Tetapi pemimpin PAS ini selamba je menghidu bau hanyir darah babi. Kita percaya semua ini dilakukan semata-mata bertujuan politik sempit mereka. Sedangkan kaum ultra kiasu ini selamanya tidak akan menerima perjuangan PAS.



"Sodap mulut yo budak Ummi ni bolasah den, memang nak kono tinju ni.." Kisah di Lembah Pantai hari Khamis malam Jumaat apabila Nuar naik angin bertembung dalam satu ceramah dengan Ummi Hafilda. Dulu Nuar ni diketahui umum menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk 'menyeksa' Ummi Hafilda ini, sampaikan suatu ketika Ummi ini dianggap seorang pelacur murahan, dan sekarang dia bertemu buku dengan ruas apabila Ummi sudah nekad dan tidak mahu lagi bersembunyi dan diperkotak-katikan oleh Nuar. Nuar menyamakan Ummi ini dengan seekor nyamuk, kecil dan tidak meninggalkan kesan. Sekarang baru dia tahu penangan Ummi. 



"You poie naik balik kek bilik, caghi jam omega den..tolupo plak aaa" 




"Ingat Khalid Ismath je yang berani sepak polis, akupun berani sebab polis ni tak melawan dan sudah terduduk. Untung saudara mara dia tak kenal aku.." 


"Tolonglah bang oii..!!! tie tu senget!!" Husam ni banyak bermain wayang. Dia sepatutnya menjadi seorang pemimpin pelapis PAS yang berwibawa. Dia ada pengalaman luas dalam politik dan pentadbiran. Namun hari ini dia juga serupa dengan mana-mana ahli politik lain. Musuh politik Nizar J dalam setiap pemilihan parti PAS.


"Mak oii godang(bosa) ea bang.. camno ni??" "Ish..copeklah..godang tak apo asalkan jgn bengkok"

Ini keperluan dan bukannya lambang kemewahan. Kita manusia biasa


Tidak langsung kelihatan seperti mendatangkan gangguan dan kemudaratan kepada sesiapapun. Namun Ambiga tidak senang melihat mereka ini berniaga menjual burger. Perniagaan ciput, pendapatan ciput jika nak dibandingkan dengan pendapatan dia yang lumayan. Dia membantah dan polis serta DBKL terpaksa berkawal pulak di luar kawasan rumah dia menghalang orang hendak berniaga. Rupanya kebebasan hanya hak mutlak untuk dia dan kelompok sekongkolan dia tetapi bukannya untuk rakyat lain. 


Dalam tidur mereka bermimpi.. "Projek Bayan Mutiaro tu banyak manolah anak den dapek komisyen tu agak ea.." "15,000 ekar Zizan sapu balak kek Kodah nun, takkan tak ado untuk den sikit.." Mereka boleh tidur dalam apa majlis sekalipun, tetapi jangan Ibrahim Ali.


"Ini last den buek kojo ni..lain kali mintak maaplah Nuar dan Ambiga oii" Hj Hadi dilaporkan pitam semasa menyertai Bersih3. 



Bila bertemu, rasa malu untuk bertentangan mata. Lidah kelu untuk berkata-kata lalu tertunduk tersipu-sipu malu.. Orang bercinta memang begitu. Elly ni boleh kangkang sesuka hati dia, "boleh belako.." Dia tidak akan dipaksa melepaskan jawatan. Tetapi jangan pemimpin UMNO/BN, siaplah tak cukup tanah dikutuk oleh puak-puak pembangkang ni.





Nik Aziz ternyata keliru antara tanda bagus dengan slogan 1 Malaysia. Macam nak bagi amaran kepada PM je tu.





 

Suatu ketika dahulu bersalaman dengan Dr Mahathir adalah haram, sebabnya ialah politik, Dr Mahathir maha firaun. Sekarang dengan kafir harbi pun dia sanggup berpelukan. Juga sebab politik.



 

Sebab politik..

 

Sebab Duittttttttttttttt!!!!


Sebab hasutan..



Sebab dah tak tahan kena kelentong dek Husam dan Nik Aziz.


Jika dia tersilap jari, mau ditegur dek LKY ni..


Bersilat.. termasuk silat lidah. Akhirnya esok habis segala tipu helah dan silat ini makan diri.


 

"Handsome.."

 

Ini sebab angkuh, rasa berkuasa sangat dan sebab rasis



"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

Menipu Memang Kerja Kami...Dulu Kini Dan Selamanya.

Berjanji manis, bulan dan bintang terbukti menjadi keutamaan kepada pemimpin pembangkang dalam pakatan haram. Mereka mudah menabur janji dengan harapan rakyat akan termakan gula-gula mereka dan memberikan undi penting kepada mereka dalam PRU13 kelak.

Berjanji bukan untuk ditepati serta kelak mengalihkan segala kelemahan kepada isu-isu yang tidak berkaitan sememangnya merupakan ciri-ciri pembangkang di negara ini. Mereka pakar dalam hal sedemikian. Justru itu mereka boleh berjanji apa sahaja dan kemudian lepas tangan tanpa rasa bersalah.  Artikel tulisan wartawan Utusan ini elok diulang baca sebagai ingatan kepada semua.

ARKIB : 16/06/2012
 

Hikmah janji 'auta' Pas, PKR


SEMASA singgah minum di sebuah gerai di Bukit Bunga sewaktu pulang ke rumah mertua di Tanah Merah, Kelantan minggu lepas, berbuallah penulis dengan abang ipar dan beberapa rakannya.

Antara topik yang hangat dibincangkan berkisar dengan rancangan Pas yang mentadbir negeri sejak 1990 lagi untuk membina sendiri Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion (anggaran ketika ini). Lebuh raya itu dinamakan Pas sebagai 'lebuh raya rakyat' dengan harapan rancangan itu 'dekat dengan jiwa' rakyat Kelantan.

Namun, topik mengenai 'lebuh raya rakyat' itu tidak banyak mengulas 'komitmen' kerajaan Pas pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini. Tetapi lebih banyak berbaur ungkapan sinis daripada rakan-rakan abang ipar mempersoalkan kesungguhan Pas dalam projek tersebut.

"Nak ketawa pun ada sebab ada laluan untuk binatang buas lagi... wah! memang hebat rancangan 'tok guru' ni... jambatan Palekbang-Kampung Cina yang dijanjikan pada 1996 tak terusik lagi, inikan nak buat 'lebuh raya rakyat' pula," kata salah seorang daripada mereka kepada penulis dalam loghat bercampur Kelate/Kuala Lumpur.

Seorang lagi menyampuk: "Kita minta Pas jangan autalah, kami tahu ini cuma kenyataan politik, tak akan berlaku pun."

Memang kalau dikira secara logik akal, memang susah dan sebenarnya mustahil untuk merealisasikan projek ini jika hanya bersandarkan kepada sumbangan individu. Apa lagi kalau dijolok dengan akaun nombor bank tertentu. Ini bukan soal 'angkuh' kerana mempersoalkan kemampuan Pas tapi hakikatnya memang begitupun.

Kenapa sudah lebih 20 tahun memerintah, kerajaan Pas tak buat apa pun. Ini, 'alih-alih' kerana demam pilihan raya umum, sudah menggelabah tak bertempat.

Kalau tak percaya, pergilah kita tinjau batu asas untuk membina jambatan Palekbang-Kampung Cina. Batu asasnya masih ada di situ, tapi tulisannya yang tertera nama projek, dah tak ada lagi. Ini bukan dikira janji auta Pas lagi, tapi ikut resam orang Islam, dah kira berdosa, menipu rakyat.

Diam tak diam, bukan Pas bina jambatan sebaliknya Kerajaan Pusat BN yang tunaikan janji Pas itu dengan membina jambatan di Kampung Sireh untuk mengurangkan kesesakan bandar Kota Bharu.

Hakikatnya, bukan Pas sahaja yang 'bermain tarik tali' menjanjikan 'langit dan bintang' kepada rakyat Kelantan tetapi sekutu mereka, PKR - demikian juga perihalnya.

Di Selangor, cuba kita nilai pencapaian kerajaan PKR negeri mentadbir negeri terkaya tersebut.

1. Anggota Parlimen kawasan Subang dari PKR, R.Sivarasah menjanjikan setiap keluarga akan mendapat rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010. Tapi lihatlah apa yang berlaku apabila 57 keluarga di Kampung Bunga Raya, Petaling Jaya melakukan mogok lapar membantah kerajaan PKR Selangor kerana gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas untuk menyediakan rumah baru kepada mereka. Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai hingga Januari 2012 (kemudian dibantu BN), menyebabkan keluarga terbabit mengalami penderitaan dan rasa tertipu.

2. Datuk Dr. Hasan Ali yang ketika itu Exco Agama Selangor pernah mengeluarkan kenyataan larangan menjual arak di kawasan majoriti Muslim. MBSA kemudian bertindak merampas arak di sebuah kedai serbaneka 24 jam yang dijual di kawasan itu (Shah Alam).

Bagaimanapun, seorang lagi Exco dari DAP, Ronnie Liu mengarahkan MBSA memulangkan semula arak yang dirampas. Katanya, bir bukan kategori arak (bawah 8.8% alkohol) serta tidak memerlukan lesen jualan. Pas dan DAP tidak sehaluan dalam isu ini. Akhirnya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan kawalan terletak pada kehendak kedai sendiri tanpa ada larangan menjual di kawasan majoriti Muslim.

3. Kerajaan negeri membuat unjuran RM150-RM200 juta setahun untuk hasil pasir. Sebaliknya, jumlah pengeluaran pasir negeri hanya RM22 juta. Kerajaan negeri hanya mengutip RM4 juta dari doket pasir dan RM7.5 juta melalui Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Hanya RM11.5 juta dari RM22 juta masuk ke dalam kantung negeri.

4. Rumah-rumah urut semakin banyak di Selangor daripada 700 buah meningkat sehingga 4,000 buah sepanjang dua tahun (2008-2010). Didapati, lebih sebahagian besar daripadanya ialah warga asing sebagai pelacur. Dilaporkan pelajar sekolah turut terlibat melanggan pelacur dengan bayaran serendah RM30.

5. Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pernah mendedahkan dia menerima 25 kes aduan kes kecurian pasir di Selangor serta mendakwa ia berpunca daripada sikap 'lepas tangan' Menteri Besar. Manikavasagam kemudian diugut dengan cat merah di kediamannya.

6. PKR bercadang membuka 10% kuota pelajar di UiTM kepada bukan bumiputera. Ini mengurangkan kira-kira 12,000 kuota bumiputera setiap tahun. Ekoran itu, ribuan mahasiswa UiTM seluruh negara mengadakan bantahan besar-besaran serta menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Menteri Besar.

7. Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) kerana tekanan politik oleh kerajaan negeri. Beliau tidak sanggup melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel seperti yang diarahkan MB Selangor. Beliau turut mendedahkan campur tangan pakatan pembangkang terlalu kuat di universiti itu.

8. Projek UiTM Serendah yang telah diluluskan telah diarahkan oleh MB dibatalkan serta-merta atas alasan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor lambat membayar cukai. Sebenarnya, isu tercetus apabila MB berang kerana tidak dilantik sebagai Pengerusi YBK negeri.

Dalam hal ini, penduduk berhak mendapat pembangunan, ekonomi dan pendidikan tetapi dinafikan kerajaan negeri.

9. Projek membina jeti dan empat buah rumah nelayan di Pasir Penambang oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) diarahkan kerajaan negeri (melalui Ronnie Liu) agar dihentikan kerana rumah terbabit dikatakan terlalu dekat dengan tokong.

Padahal LKIM dan penduduk sudah sepakat sebelum itu. Tanah seluas 0.4 hektar dan ganti rugi RM15,000 diberi kepada pihak tokong manakala RM80,000 dibayar kepada penduduk yang dipindahkan. Projek ini sangat berfaedah untuk nelayan.

Tokong terbabit pada asalnya memang bersebelahan dengan rumah, cuma kerajaan negeri kononnya mahu menjadi pembela. Akibatnya, apabila Ronnie Liu datang ke kampung itu, dia diherdik dan di'boo' oleh 200 penduduk Cina di situ.

10. Kerajaan negeri bertindak menaikkan kadar sewa rumah Projek Pembangunan Rakyat (PPR) di Kota Damansara dan Lembah Subang daripada RM124 kepada RM250 sebulan. Sedangkan, kebanyakan penduduk berpendapatan kurang RM600 sebulan dan terdiri daripada golongan miskin, OKU, ibu tunggal dan warga emas.

Hakikatnya, 'lebuh raya rakyat' yang dicanangkan kerajaan Pas Kelantan tidak akan direalisasikan. Ia sama seperti mana banyak janji yang belum tertunai di Selangor.

Rancangan Pas memang gah, tetapi hikmah di sebalik janji auta itu pasti cepat dihidu rakyat.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Friday, June 22, 2012

IMPIAN SEORANG PERDANA MENTERI..

  Najib Tun Razak diiringi Musa Aman dan anak Sedomon Gunsanad, Ricky Sedomon (kiri) melambai tangan kepada orang ramai ketika melawat ke rumah keluarga Sedomon di Bingkor, Keningau, Sabah, semalam.

Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai tanggung-jawab untuk membawa negara ke arah kegemilangan dalam tempoh tertentu dan mencapai hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Beliau tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.

Perdana Menteri sesungguhnya berpijak di bumi nyata dan bukan seperti pembangkang yang menjanjikan segala-galanya tanpa mengambil kira pelbagai faktor. Janji pembangkang dilihat lebih kepada retorik politik semata-mata untuk memenangi pilihanraya.

Sehubungan dengan itu Perdana Menteri menyatakan berasaskan semangat 1Malaysia beliau mempunyai 4 impian  untuk dicapai seperti berikut:

Pertamanya adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, selamat dan harmoni bagi membolehkan segala program dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Impian kedua pula, adalah melakukan transformasi bandar dan luar bandar agar rakyat Malaysia mendapat pendapatan tinggi dan negara dapat dimartabatkan sebagai negara maju.

Impian ketiga ialah untuk mewujudkan peluang- peluang yang lebih supaya di bawah langit 1Malaysia semua rakyat mendapat peluang sebaik-baiknya untuk mencapai potensi maksimum sebagai seorang individu," katanya.

Keempat dan terakhir impian Perdana menteri ialah untuk mewujudkan Malaysia yang lebih baik dan kuat bagi memastikan masa depan generasi muda dan akan datang terjamin.

Perkara tersebut dizahirkan oleh beliau ketika berucap di program Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Kolej Kadazandusun Murut (KDM) di Pisompuru Square, Tambunan.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Thursday, June 21, 2012

Kok Oghang Kampung Ese Dah Bocakap.. Makno Ee Boghek Tu..



Petang tadi semasa balik dari mengambil anak di sekolah Jokiden lalu di Ampangan. Memang ada sekolompok pemuda sedang berdemo. Banyak juga sepanduk dan kain rentang. Kehadiran tidaklah beberapa ramai, namun perhimpunan tersebut kelihatan meriah. Impak tetap ada.

Jalan menjadi sesak sedikit kerana pemandu kereta memperlahankan kenderaan untuk melihat aksi perhimpunan tersebut. Laporan demontrasi aman anjuran Pertubuhan Al-Ehsan Negeri Sembilan tadi ada di sini. Mereka mengemukakan 5 tuntutan kepada pihak yang berkenaan.  

Di Negeri Sembilan ini penduduknya jarang ingin melakukan demontrasi. Pernah juga dulu dianjurkan beberpa kali samada oleh pembangkang, oleh Hindraf mahupun oleh BN, nampaknya kesemuanya tidak mendapat sambutan. Mungkin budaya di sini agak berlainan sedikit dengan di tempat-tempat lain.

Namun mesej daripada demontrasi petang tadi ialah, rakyat sudah tidak tahan lagi dengan perangai dan karenah pemimpin pembangkang iaitu Nuar Brahim. Rakyat sudah muak dengan tindak tanduk beliau yang selalu menuding jari ke arah orang lain sedangkan dirinya sendiri tidaklah sebersih manapun. Pertubuhan Al-Ehsan NSDK menuntut Nuar memulangkan semula wang rakyat sebanyak RM3 billion yang dikatakan 'dicuri' olehnya.

Parah, ini mungkin kes berat ni. Abdul Murad Khalid dikatakan sanggup menjadi saksi selepas ini. Sementara itu bekas Pengarah Siasatan BPR ketika kejadian tersebut, Abdul Razak juga mengatakan sanggup menjadi saksi jika dipanggil. Dia mengatakan terlalu banyak dokumen sehinggakan jika helaian kertas siasatan tersebut disusun tinggi, boleh menjadi setinggi tiga kaki. Orang kampung kurang jelas jika disebut 1 meter. 

Duit sebanyak RM3 billion itu pula jika dicantum-cantumkan boleh melilit keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu ini. banyak tu.. Jawab je lah Nuar.

     
Duit Den mano??


   


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Wednesday, June 20, 2012

Mahfuz Omar Sabotaj Azizan Razak.. Apa Cerita Ni??

   

Bersetuju untuk tidak bersetuju. Itu putar belit ayat pakatan pembangkang yang paling lawak dalam dunia ini apabila mereka duduk untuk berbincang, berunding dan seterusnya untuk mengambil sesuatu keputusan dalam perkara tertentu. Penyelewengan bahasa tersebut bertujuan tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengelirukan dan memperbodohkan pemikiran penyokong tegar mereka.

Kemudian PAS ini juga turut mempunyai satu hobi lagi iaitu bila bercakap mereka akan ikut sedap mulut sahaja. Mereka tidak memikirkan kesan, rasional, logik, munasabah atau berdaya maju sesuatu perkara tersebut. Teringat nak buat pasar, mereka terus umum. Teringat nak buat jambatan mereka terus umum, terkatup bibir atas dan bibir bawah pemimpin mereka maka terjadilah segala tipu helah tersebut.

Teringat nak buat lebuh raya, terus sahaja mereka umum, mereka ingat nak buat lebuh raya semudah nak buat jamban.. Teringat hudud, mereka terus umum. Tetiba antara sedar dengan tidak pemimpin mereka teringat tentang muzakarah, maka terus sahaja mereka umum.

Tertunggu-tunggu tentang tarikh PRU13 maka mereka terus sahaja menjangkakan kemungkinan PRU13 akan diadakan pada musim haji, maka terus sahaja pemimpin mereka umum dan cipta polimik.

Pada tahun 2009 kerajaan PAS Kedah teringat nak 'membela rakyat' maka merekapun umumkan (LUNCH)  hendak membina rumah rakyat kos rendah mampu milik sebanyak 528 unit di Gajah Mati. Selalunya selepas setiap pengumumkan, maka mereka akan lupa apa yang mereka rancangkan.

Akibatnya Mahpooozzz Bean mengamuk sebab, tidak ada kerja-kerja di tapak berkenaan yang dijalankan. Yang ada hanya lalang dan belukar. projek tersebut dalam kawasan jajahan takluk serta wilayah Naib Presiden PAS di Pokok Sena.

Sudah sinonim dikalangan pemimpin PAS ini, mereka umum, mereka lupa, harap rakyat juga akan turut lupa. Maka mereka ini layak dilabelkan sebagai 'berjanji bukan untuk di tepati'. Janji manis memang menjadi santapan harian mereka untuk mengaburi mata penyokong tegar. Mereka memang suka jadi munafikun ini.

Siaplah kau Mahpooozzz Beannnnnnnnnn, akan dihukum oleh pengundi di Parlimen Pokok Sena dalam PRU13 nanti. Cakap berdegar-degar, ekor bergelumang tahi.. Balak di sapu beribu-ribu ekar, kebajikan rakyat tidak terbela. Susah-susah buat kutipan derma untuk membina rumah rakyat kos rendah tersebut. Jika lebuh raya boleh buat kutipan derma sepatutnya untuk rumah rakyat lagilah boleh..Kutip jangan tak kutipppppppppppppp!!!!

Lagi kegagalan Kerajaan Pas Kedah tepati janji


ALOR SETAR 20 Jun - Gerakan Kedah mendedahkan satu lagi kegagalan kerajaan Pas Kedah menepati janji untuk menyediakan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah serta sederhana di negeri ini.

Ia berikutan rancangan projek Bandar Tunku Puteri di Pokok Sena, dekat sini sebagai sebuah bandar baru yang turut melibatkan pembinaan 528 rumah kos rendah dan 400 unit rumah mampu milik gagal dimulakan meskipun pengumuman mengenainya dibuat tiga tahun lalu.

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan cadangan projek tersebut di tanah milik kerajaan negeri di Gajah Mati sempena pengisytiharan Pokok Sena sebagai daerah penuh pada Februari 2009.

Katanya, dalam pembentangan Bajet 2011, Azizan memaklumkan projek perumahan di Bandar Tunku Puteri itu dilaksanakan pada tahun lalu, bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.

``Bagaimanapun, hasil siasatan di tapak projek berkenaan beberapa hari lalu mendapati kerja-kerja infrastruktur langsung tidak dimulakan dan tanah yang sepatutnya dibangunkan terbiar dengan ditumbuhi lalang serta belukar,'' katanya kepada pemberita di pejabat Gerakan negeri di sini hari ini. - UTUSAN

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Tuesday, June 19, 2012

Lagi Kerja Jahat UMNO Dibongkar..

Sesungguhnya negeri tidak boleh ditadbir melalui mimpi Datuk.. "Jangan ganggu, aku nak tidur ni.."
 
Ooo rupanya KUIN memang menghadapi masalah kewangan, patutlah ada ura-ura hendak menaikkan kadar yuran pengajian pelajar di sana sehingga ke 60% termasuk pelajar miskin.

Ish..ish dalam pada penceramah PAS yang juga Ahli Parlimen dari Kedah sibuk  mendabik dada mengatakan Ahli Lembaga Pengarah  tidak mengambil elaun bulanan dan cuma mengambil elaun mesyuarat sahaja sebab kerajaan negeri ingin bercermat dalam setiap perbelanjaan, rupanya masalah kewangan di negeri yang PAS tadbir ini amatlah buruk.

Ialah jika gagal membayar gaji kakitangan maknanya kerajaan negeri sudah muflis. Sedangkan Ahli Parlimen tersebut mendakwa dalam ceramahnya bahawa kerajaan PAS Kedah amat berhati-hati dalam menguruskan wang rakyat dan tidak seperti BN yang rakus mengsonglap duit rakyat.

Kerajaan Kedah sekarang ini dakwanya mempunyai lebihan wang kerana urus tadbir yang cekap dan lebih hebat lagi tidak ada unsur-unsur rasuah dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri. Kah..kah..kah.. Duit yang lebih tu sebenarnya duit royalti balak yang disamun oleh PAS seluas 15,000 ekar atas alasan untuk Ladang Rakyat. BN tidak pernah meluluskan kawasan balak seluas itu.

Teringat Jokiden sepanjang pentadbiran PAS selama 4 tahun di Terengganu dulu, lebih 100 lesen pengeluaran balak di negeri tersebut di keluarkan. Nyata puak PAS ni hanya bijak mencari duit dengan jalan pintas iaitu merompak khazanah negara milik rakyat iaitu balak.

Kedah dan Selangor juga terkenal sebagai negeri sampah kerana sampah tidak diurus atau dikutip mengikut jadual. Kini masalah kewangan pula meruncing. Lembaga Pengarah tidak ada gaji atau elaun, patutlah Mahpooozzz bean tidak berminat untuk menjadi Ahli Lembaga pengarah kepada syarikat-syarikat milik kerajaan negeri. No fulus no talklah..

Kita tunggu jelah sedikit hari hari lagi UMNO akan dituduh memainkan isu Kuin ini dan UMNO/BN akan dituduh sebagai penghasut supaya kakiktangan KUIN menghantar memorendum kepada MB minta gaji bulan Mei lalu dilunaskan.


Paling menyedihkan kaki tangan Kuin mendakwa segala kebajikan mereka tidak pernah diambil peduli oleh kerajaan negeri pimpinan PAS. Dalam ertikata lain nasib mereka diabaikan. Wahai kerajaan PAS Kedah, anda sebenarnya telah gagal..

Kakitangan KUIN serah memorandum kepada MB


ALOR SETAR 19 Jun - Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menuntut kerajaan negeri membela kebajikan mereka.

Memorandum tersebut diserahkan oleh wakil mereka, Mohamad Azki Hafizi Ibrahim kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul yang mewakili Azizan pada perasmian Majlis Budaya Kualiti Kuin 2012 hari ini.
  
Taulan menerima memorandum tersebut sebaik sahaja selesai majlis tersebut sambil disaksikan oleh lebih 60 kakitangan yang berpakaian serba putih sebagai simbolik mahu isu kemelut krisis kewangan Kuin diselesaikan segera.

Baru-baru ini, kakitangan Kuin mengemukakan memorandum tuntutan akibat kegagalan Kuin membuat bayaran kepada bank dan institusi kewangan selaku pihak ketiga sehingga berlaku tunggakan berbulan-bulan sedangkan gaji bulanan mereka dipotong bagi tujuan berkenaan.

Kakitangan mendakwa, kemelut itu berlaku dipercayai berpunca daripada krisis kewangan Kuin hingga kolej universiti tersebut turut menghadapi masalah membayar gaji kakitangannya bagi bulan Mei baru-baru ini. - UTUSAN

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Lynas... Poziah Demam Panas Dan Meroyan..

 

Kalau sudah semua pakar dari dalam dan luar negara mengatakan Pusat Nadir Bumi Lynas di Gebeng ini selamat, rakyat khususnya yang berada di Gebeng hendak percaya lagi ke kepada Ahli Parlimen Kuantan ini, yang meroyan akibat demam panas.

Agenda politik murahan PKR dan DAP dalam isu Lynas ini akhirnya akan memakan diri sendiri. Kerajaan telah banyak bertolak ansur dalam isu berkenaan dan kini tiba masanya kerajaan BN lebih mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan sekelompok ahli politik yang jumud dan rasis.

Nyata PKR dan DAP mempunyai niat yang tersirat apabila mengwar-warkan bahawa tahap radiasi di kilang ini akan memudaratkan rakyat sekitar.

Projek yang bakal mengwujudkan peluang pekerjaan yang banyak di sini di samping ekonomi hiliran yang bakal terjadi tidak sepatutnya dipertikaikan apabila orang-orang yang berkelayakan sudah memberikan jaminan bahawa ianya selamat. Ini kilang biasa dan bukannya rektur nuklear seperti yang mereka gembar gemburkan.

Ahli Parlimen dari PAS Dr Che Rosli Che Mat pernah dicadangkan supaya tutup mulut  atau dipecat daripada parti apabila merumuskan bahawa Kilang Lynas di Gebeng tidak berbahaya.

DAP nyata tidak suka kepada projek ini kerana ia akan menjadi saingan kepada kilang yang ada di negeri China. Yang PAS nak tumpang semangkuk pasal apa?? PKR melalui Poooziah pula diperalatkan supaya menjuarai isu ini. Rakyat akan menghukum dia kelak dan jika dia terus bertanding di sana dia akan hilang wang pertaruhan kerana dia cuba melakukan sesuatu yang bakal merugikan rakyat tempatan. Dia sesungguhnya tidak dapat mencuci tangan selepas ini nanti. Dia ternyata terlibat secara aktif dan cuba menjadikan rakyat sebagai magsa permainan politik murahan dia. You are finish Poooziahhhhhhhhh. Mari baca artikel dari Utusan di bawah:

Ahli Parlimen Pas tegaskan radiasi Lynas rendah


KUALA LUMPUR 19 Jun - Ahli Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menegaskan, tahap radiasi di projek memproses nadir bumi, Lynas berada pada paras rendah berbanding yang dibenarkan.

Beliau yang merupakan seorang pakar nuklear juga berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat hari ini.

"Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa mengutip pandangan-pandangan dan masalah-masalah masyarakat. Kalau baca daripada muka surat 17 hingga 18 laporan itu, memang betul, itu bagus dan saya setuju.

"Saya tidak berani kata projek Lynas ini selamat atau tidak, tetapi daripada segi radiasi saya tahu ia rendah sebab saya sendiri ukur benda itu. Tahap radiasi memang rendah daripada yang dibenarkan, bagaimanapun banyak faktor lain perlu diberikan perhatian," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Che Rosli sebelum ini menimbulkan kontroversi dalam pakatan pembangkang apabila mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, dalam satu sesi temu bual dengan stesen televisyen TV3 sebelum ini, Che Rosli menyifatkan tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat sebagai tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik.

Ditanya mengenai pemberian lesen sementara operasi kepada Lynas untuk beroperasi, Che Rosli memberitahu bahawa ia merupakan tindakan yang betul.

"Lynas perlu buat 'lapscale' dari awal, macam mana nak simpan (nadir bumi) dan pemberian lesen sementara operasi perlu supaya rakyat boleh melihat sendiri tiada aktiviti penyebaran (radiasi) ke Sungai Balok seperti didakwa," jelasnya. - UTUSAN


Elok rasanya puak-puak pembangkang ini mendiamkan diri dalam isu Lynas ini, Kalaupun berlaku kemudaratan kelak akibat radiasi di Gebeng ini, biarlah kerajaan BN yang menanggung risikonya. Biarlah rakyat menghukum kerajaan BN nanti kerana melakukan sesuatu projek yang memudaratkan kerajaan.


Kerajaan BN khususnya kerajaan Negeri Pahang telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan rakyat tidak seharusnya diselewengkan dengan fakta yang tidak benar semata-mata untuk tujuan politik pembangkang.


Pembangkang sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan BN kerana berterusan membangunkan negeri dan negara demi untuk kepentingan rakyat keseluruhan. Sebab itu jangan semua perkara hendak dipolitikkan. Perkara baik yang BN lakukan untuk rakyat pembangkang juga kena sokong, barulah dikatakan berpolitik secara matang.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

Tabiat Nik Aziz Yang Sukar Diubah...

 

Sebagai seorang 'tokoh' apa sahaja yang dilakukan atau dituturkan oleh Nik Aziz akan menjadi perhatian oleh masyarakat umum, pengikut tegar atau sekurang-kurangnya oleh ahli parti. Dia tidak boleh mengelakkan diri daripada menjadi perhatian samada oleh kawan mahupun lawan politik beliau.

Samada orang suka ataupun tidak suka kenyataan-kenyataan yang melibatkan beliau sentiasa menjadi perhatian. Dalam kebanyakan perkara beliau seolah-olah tidak peduli dengan reaksi orang lain terutamanya apabila diasak dengan soalan.

Menjadi kontroversi mungkin salah satu sifat unik beliau yang tidak ada pada pemimpin lain. Mengeluarkan kenyataan yang dianggap sensitif kepada orang lain tetapi tidak kepada beliau merupakan satu pendekatan yang selama ini menwarnai perjalanan politik beliau. Bertahan selama lebih 40 tahun dalam dunia politik juga merupakan satu pencapaian yang istimewa.

Antara kegemaran beliau ialah membuat perbandingan dalam satu-satu perkara yang berlaku hari ini dengan apa yang berlaku di zaman Rasulullah. Lihat contoh beriikut:

'Ini kerana menurut Nik Abdul Aziz, Rasulullah sendiri pernah menangguhkan ibadah haji selama empat tahun apabila hanya menunaikan ibadah tersebut pada tahun kesepuluh hijrah, sedangkan ayat mewajibkan ibadah haji diturunkan pada tahun keenam hijrah.'

Lihat pula contoh berikut:

"Kekeliruan tak boleh tinggal, zaman Nabi pun keliru, Nabi Muhammad turun dari langit, Israk Mikraj, banyak orang murtad, tu zaman Nabi wajah Nabi orang perhati (lihat), ucapan Nabi orang dengar, tapi murtad juga. Itu zaman Nabi, zaman saya pelik apa kalau orang Melayu tolak Islam."

Itu perbandingan dengan Nabi. Dia juga pernah membuat perbandingan dengan Allah semata-mata untuk menghalalkan perbuatan 'mencarut' oleh Shahnoon Ahmad dalam buku 'Shit' Patutkah dia nak membuat perbandingan antara makhluk yang dicipta dengan Yang Maha Pencipta. Hanya dia sahaja yang boleh memahaminya.

Kadang-kadang perbandingan beliau dilihat sukar diterima oleh akal seperti menyamakan kelahiran Rasullullah dengan mamat yang lahir di Hulu Kelantan.
Ada waktunya orang ramai melihat dia sebagai keliru dalam soal parti, soal Islam, soal undi dan soal akidah. Mungkin dia tidak keliru sebenarnya cuma dilihat tidak mahu membezakan soal politik dengan soal agama. 'Tidak mahu' dengan 'tidak dapat' membezakan adalah dua perkara yang berlainan.

"Ya, orang undi Islam boleh pahala, kalau tak undi Islam ini nak boleh pahala apa? Mana nak (dapat) pahala undi kebangsaan, pahala mari daripada Allah, Allah tidak anjur kebangsaan, Allah anjur Islam, saya ulang sekali lagi orang undi Islam dapat pahala," katanya

Apakah dia bermaksud parti politik dengan Islam itu adalah sama??? Apakah Islam itu hanya milik PAS sahaja??. Kadang-kadang dia bercakap lain dan yang dia maksudkan lain.

Kita juga hendak bertanya jika yang bertanding tersebut satu lawan satu antara calon BN yang beragama Islam calon DAP, katalah di Menggatal Sabah, Nik Aziz nak suruh undi siapa??. Jika undi calon DAP yang sah kafir apakah masih dapat pahala. Ini akan jadi isu besar nanti. Lainlah kalau calon DAP itu beragama Islam dan calon BN tidak Islam, senanglah dia nak buat fatwa. Macam yang berlaku dulu-dulu, nak masjid atau nak kuil??

Kegemaran atau tabii beliau yang seterunya ialah perkatan 'itu dia punya pasallah..' Apakah perkataan tersebut selayaknya dituturkan oleh seseorang yang dianggap ulamak?? Ini sering diungkapkan oleh beliau apabila terus didesak dan diasak dengan soalan. Perkataan tersebut melambangkan rasa marah di dalam hati atau di dalam dada. Soalnya bolehkah ulamak selalu marah-marah2??. Lihat contoh di bawah iaitu dalam soal sokongan beliau terhadap menangguhkan menunaikan ibadah haji walaupun perkara tersebut tidak dipersetujui oleh para ulamak yang lain.

"Ya saya mempertahankan, dia tak setuju dia punya fasal, tapi kita ada hujah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 20 Tahun Ar-Rahn di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.  

Pengikut beliau dan ahli PAS tentu ada yang tidak bersetuju dengan beliau dalam hal-hal tertentu tetapi mereka tidak berani untuk menyuarakan bantahan ataupun tidak tergamak untuk mengguris hati beliau kerana kedudukan beliau yang tinggi dalam parti. Soalnya sampai bila??

Tidak lama dulu dia beria-ia hendak bermuzakarah dengan UMNO, apabila Hj Hadi membantah dan tidak bersetuju dengan hasrat dia, maka apabila wartawan mengingatkan beliau bahawa Presiden parti tidak bersetuju diapun berkata:

"ITU DIA PUNYA PASALLAH" Hahaha..


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Sunday, June 17, 2012

Kebenaran Muncul Lagi..Nik Aziz Semakin Terpinggir..

Artikel ini tidak memerlukan ulasan lagi. Ianya sudah lengkap. Jokiden masukan dalam blog ini untuk sesiapa yang tidak sempat membacanya di akhbar. Ia juga untuk tujuan rekod Jokiden. Hayati bersama.   

Siaplah, silap hari bulan Ahli Akademik dari Arab Saudi Ahmad Hamad Al-Jilani akan dituduh sebagai tidak memahami Islam dan mungkin juga dituduh sudah dibeli oleh UMNO. Silap haribulan Nik Aziz akan berkata "Itu dia punya pasallah.."

Hudud tidak wajar jadi isu politik

SEBAHAGIAN peserta mencatat maklumat penting semasa menghadiri sesi pembentangan kertas kerja oleh ahli panel pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Jun - Mana-mana pihak yang menggunakan hukum pelaksanaan hudud sebagai modal politik untuk menang dalam pilihan raya disifatkan hanya mencari keredaan pengundi dan bukannya keredaan Allah.

Ahli Akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani berkata, Islam menuntut umatnya mengutamakan pelbagai perkara asas yang lebih utama seperti isu pendidikan, ekonomi dan sosial sesebuah negara itu.

Jelas beliau, sebelum mewajuikan hukum hudud, pelbagai aspek lain perlu diambil kira termasuklah semua masyarakat perlu menerima pelaksanaan itu.

''Apa yang penting kita perlu mencari keredaan Allah bukan keredaan manusia.

''Sesiapa yang menggunakan hukum hudud untuk menang pilihan raya maka tujuannya bukan kerana Allah tetapi mencari keredaan pengundi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Adaptasi Kepimpinan Nabi Dalam Pentadbiran Negara pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Sesi kedua seminar itu dipengerusikan oleh Penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Ismail Ibrahim.

Turut hadir Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin.

Mengulas isu sama, Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata, pelaksanaan hukum hudud merupakan sebahagian kecil atau satu persepuluh daripada syariat Islam.

Menurut beliau, pemimpin negara Islam perlu mengambil kira keadaan dan pengetahuan yang membolehkan pelaksanaan hukum itu selain masyarakat dan negara sudah bersedia.

''Hukum hudud tidak boleh dilaksana begitu mudah kecuali ada keadaan membolehkannya kerana ia bukan satu perkara utama dalam Islam.

''Ini termasuk jika timbulnya keraguaan, maka ia tidak wajib dilaksanakan kerana Islam telah menggariskan prasyaratnya,"katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia.
             
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Penghijrahan Yang Diragui..

 

“Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis.

“Kita jangan terlalu emosi dalam berpolitik. Saya lihat pemerintah hari ini sudah tidak betul, banyak duit rakyat yang disonglapnya.

“Jadi kita kena cegah kemungkaran itu dengan tangan atau cegah dengan mulut macam yang saya bercakap ini atau cegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kita,” jelasnya
. MPP Online.


Jokiden ingin menambah atau tumpang semangkuk tentang isu artis-artis dan tokoh-tokoh masyarakat yang menyertai PAS dan parti pembangkang atas pelbagai alasan yang munasabah. Sebelum itu di tempat Jokiden sudah diwar-warkan bahawa pada 25 Jun nanti Aishah akan datang berceramah betul-betul di hadapan rumah Jokiden.

Orang melakukan sesuatu mestilah dengan alasan tertentu. Sebab musabab. Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS tentu ada sebab. Bob Lokman masuk PAS ada sebabnya yang tersendiri. Tamrin Ghaffar menyokong Nuar Brahim ada sebabnya.

Mustafa Kamal jika akhirnya menjadi ahli PAS juga ada sebabnya. Ali Setan menyokong pembangkang ada hujahnya. Begitu juga bila Afdlin Shauki menyertai UMNO dia juga mempunyai sebab-sebab tertentu.

Baguslah alasan Aishah masuk PAS kerana hendak baiki diri ikut Islam dan nak besarkan anak-anak ikut Islam yang sebenar. Maknanya yang dia ikuti selama ini adalah islam yang tidak benar.. Bagus niat tersebut. Tetapi tiba-tiba saja dia nak membentras segala 'kemungkaran' kerajaan, tiba-tiba sahaja pemerintah songlap duit rakyat.. ish..ish..

Menyertai pembangkang mereka akan segera mempunyai pentas untuk berkata sesuatu termasuk Aishah. Mereka akan di arak ke hulu ke hilir dan sentiasa di dudukkan di atas pentas utama. Tugas mereka amat mudah iaitu mestilah pandai dan berani mengatakan UMNO korup, pemimpinnya penuh dengan penyelewengan, berlaku kemungkaran di setiap sudut dan banyak 'duit rakyat' di songlap oleh UMNO/BN.

Sekurang-kurangnya itu yang mereka percaya. Kemudian mereka akan secara tiba-tiba turut sedar bahawa kerajaan UMNO/BN ini terlalu zalim, menyeksa dan menindas rakyat. Jika itu yang mereka perkatakan maka mereka akan segera menjadi tokoh pujaan dalam kelompok pembangkang.

Penghijrahan begini selalunya brsifat amat peribadi atas rasa tidak puas hati, atas rasa dendam, atas rasa terpinggir, atas rasa kacang lupakan kulit, atas rasa tidak mendapat sesuatu yang personal  dan atas alasan yang tidak berpijak di bumi nyata.

Berhijrah mestilah dari sesuatu yang kurang kepada sesuatu yang lebih. Dari kemiskinan tegar kepada peningkatan taraf hidup. Dari kurang alim kepada lebih alim. Dari tempat yang penuh noda kepada tempat yang lebih mulia. Dari malas dan liat ke masjid kepada rajin ke masjid.  Dari berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat kepada berkawan dengan alim ulamak. Pendek kata dari yang tidak baik kepada yang lebih baik.  Bukannya berhijrah dari parti yang memusuhi syaitan kepada parti yang sanggup bekerjasama dengan syaitan..


Dalam kes Aishah ini yang ingin mengikut 'Islam yang sebenarnya' samada dia akan lebih islamik atau sebaliknya akan sama-sama kita lihat nanti.

Apabila beberapa orang artis seperti Aishah memilih PAS sebagai wadah perjuangan, sekurang-kurangnya itulah yang dia percaya bahawa PAS lebih membawa atau menjurus kepada cara hidup Islam berbanding dengan UMNO. Dia sudah tentu berhak atas apa yang dia percaya.

Soalnya apakah benar PAS lebih Islam daripada UMNO?? Islam dari segi apa? Kulit semata-mata atau isi yang lebih penting? Apakah segala-galanya yang ada di dalam PAS adalah bersih dan suci. Dan segala-galanya tentang UMNO/BN adalah kotor dan busuk. Bagaimana pula penyelewengan yang PAS lakukan, yang ahli PAS percaya bahawa itu semua adalah betul dari segi Islam.


Bagaimana pula dengan cara PAS yang memperalatkan agama demi untuk nyawa politiknya.? Jika menyokong atau bersetuju dengan fatwa-fatwa songsang PAS apakah itu tidak dianggap bersubahat dalam melakukan kemungkaran.?  


Wajarkan seseorang itu yang inginkan Islam sebenar, kemudian bersekongkol pula dengan musuh Islam yang sebenar demi untuk menjatuhkan pemerintahan yang diketuai oleh orang Islam ini. Apabila sahaja menyertai PAS Aishah telah 'menjadi bijak' sangat dan dengan mudah menuduh UMNO/BN serta kerajaan sebagai perompak duir rakyat, maka penghijrahan beliau boleh diragui. Tambahan pula dia bersedia dengan baju kuningnya dan turut berdemontrasi di Dataran Merdeka pada 28 April 2012. Sudah hijrahkah beliau???

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.