Friday, June 22, 2012

IMPIAN SEORANG PERDANA MENTERI..

  Najib Tun Razak diiringi Musa Aman dan anak Sedomon Gunsanad, Ricky Sedomon (kiri) melambai tangan kepada orang ramai ketika melawat ke rumah keluarga Sedomon di Bingkor, Keningau, Sabah, semalam.

Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai tanggung-jawab untuk membawa negara ke arah kegemilangan dalam tempoh tertentu dan mencapai hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Beliau tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.

Perdana Menteri sesungguhnya berpijak di bumi nyata dan bukan seperti pembangkang yang menjanjikan segala-galanya tanpa mengambil kira pelbagai faktor. Janji pembangkang dilihat lebih kepada retorik politik semata-mata untuk memenangi pilihanraya.

Sehubungan dengan itu Perdana Menteri menyatakan berasaskan semangat 1Malaysia beliau mempunyai 4 impian  untuk dicapai seperti berikut:

Pertamanya adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, selamat dan harmoni bagi membolehkan segala program dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Impian kedua pula, adalah melakukan transformasi bandar dan luar bandar agar rakyat Malaysia mendapat pendapatan tinggi dan negara dapat dimartabatkan sebagai negara maju.

Impian ketiga ialah untuk mewujudkan peluang- peluang yang lebih supaya di bawah langit 1Malaysia semua rakyat mendapat peluang sebaik-baiknya untuk mencapai potensi maksimum sebagai seorang individu," katanya.

Keempat dan terakhir impian Perdana menteri ialah untuk mewujudkan Malaysia yang lebih baik dan kuat bagi memastikan masa depan generasi muda dan akan datang terjamin.

Perkara tersebut dizahirkan oleh beliau ketika berucap di program Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Kolej Kadazandusun Murut (KDM) di Pisompuru Square, Tambunan.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment