Petang tadi semasa balik dari mengambil anak di sekolah Jokiden lalu di Ampangan. Memang ada sekolompok pemuda sedang berdemo. Banyak juga sepanduk dan kain rentang. Kehadiran tidaklah beberapa ramai, namun perhimpunan tersebut kelihatan meriah. Impak tetap ada.
Jalan menjadi sesak sedikit kerana pemandu kereta memperlahankan kenderaan untuk melihat aksi perhimpunan tersebut. Laporan demontrasi aman anjuran Pertubuhan Al-Ehsan Negeri Sembilan tadi ada di sini. Mereka mengemukakan 5 tuntutan kepada pihak yang berkenaan.
Di Negeri Sembilan ini penduduknya jarang ingin melakukan demontrasi. Pernah juga dulu dianjurkan beberpa kali samada oleh pembangkang, oleh Hindraf mahupun oleh BN, nampaknya kesemuanya tidak mendapat sambutan. Mungkin budaya di sini agak berlainan sedikit dengan di tempat-tempat lain.
Namun mesej daripada demontrasi petang tadi ialah, rakyat sudah tidak tahan lagi dengan perangai dan karenah pemimpin pembangkang iaitu Nuar Brahim. Rakyat sudah muak dengan tindak tanduk beliau yang selalu menuding jari ke arah orang lain sedangkan dirinya sendiri tidaklah sebersih manapun. Pertubuhan Al-Ehsan NSDK menuntut Nuar memulangkan semula wang rakyat sebanyak RM3 billion yang dikatakan 'dicuri' olehnya.
Parah, ini mungkin kes berat ni. Abdul Murad Khalid dikatakan sanggup menjadi saksi selepas ini. Sementara itu bekas Pengarah Siasatan BPR ketika kejadian tersebut, Abdul Razak juga mengatakan sanggup menjadi saksi jika dipanggil. Dia mengatakan terlalu banyak dokumen sehinggakan jika helaian kertas siasatan tersebut disusun tinggi, boleh menjadi setinggi tiga kaki. Orang kampung kurang jelas jika disebut 1 meter.
Duit sebanyak RM3 billion itu pula jika dicantum-cantumkan boleh melilit keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu ini. banyak tu.. Jawab je lah Nuar.
Duit Den mano??
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment