Saturday, May 4, 2013

Menipu Ini Macam-macam Cara...


   
 

Menipu jika sekali sekala boleh dan pasti menguntungkan. Namu jika sepanjang masa hendak menipu maka hanya segelintir yang bodoh sombong sahajalah yang akan mempercayainya.

Selebihnya akan ketawa di dalam hati dan tidak akan terpengaruh lagi dengan sandiwara yang cuba ditonjolkan oleh si penipu.

Tanda-tanda orang munafik ini ada empat.

Pertama jika mereka bercakap maka mereka berbohong.

Kedua apabila mereka berjanji mereka memungkiri.

Ketiga apabila diberi amanah mereka mengkhianati amanah tersebut.

Keempat apabila mereka berdebat mereka sahaja yang betul.

Pertanyaan, ada tak tanda-tanda tersebut dikalangan para pemimpin PAS?????????????????????

Dan pengundi Putrajaya jangan lupa dengan penghinaan Husam terhadap kakitangan awam. Tidak sampai 24 jam dia memusingkan semula penghargaannya terhadapa kakitangan awam sebab keuntungan politiknya telah dilenyapkan oleh Perdana Menteri.

PRU-13: Husam, tiru gaya Nik Aziz raih simpati

PUTRAJAYA 4 Mei - Calon Pas bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa digesa menghentikan taktik lapuk meniru gaya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan perhatian pengundi di bandar ini.
 
Penceramah bebas, Rujhan Abdul Rahman atau Uztaz Rujhan menasihatkan Naib Presiden Pas itu segera menghentikan aksinya berpura-pura membaca al-Quran seperti di dalam kain rentang di Putrajaya mengikut gaya Menteri Besar Kelantan itu.
 
"Cukuplah Husam datang ke Putrajaya dengan dasar munafik untuk mempromosikan dirinya yang hendak tiru gaya Nik Aziz di Kota Bharu.
 
"Kalau titis air mata, Husam datang Putrajaya dengan kain rentang besar buka al-Quran. Orang kenal kamu siapa Husam," katanya ketika berucap dalam sesi ceramah di PDM Kota Warisan di sini malam tadi.
 
Pada masa sama, Rujhan yang juga Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia berkata, calon luar Pas itu perlu sedar kerusi tersebut bukan milik parti tersebut.
 
"Yang pasti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerusi P.125 bukan milik Pas tapi milik Barisan Nasional (BN)," katanya.
 
Beliau menambah, penduduk Putrajaya perlu bijak menilai siapa Husam yang menjadi calon import Pas dari Kelantan untuk merebut kerusi Parlimen tersebut.
 
"Lihat saja pada janji yang ditabur di Kelantan seperti projek kambing jamnapari dan lebuh raya rakyat," katanya. - UTUSAN ONLINE



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

Bekas ADUN PAS Menganggap Penyokong PAS Sama Macam Binatang..

 
Keluar dan tinggalkan PAS bang, kerana pengorbanan begini akhirnya dianggap sebagai perangai lembu oleh pemimpin PAS.
 
 
Hari itu Nik Aziz menyamakan penerima BR1M sebagai haiwan ternakan. Dia gagal memilih perkataan yang sesuai untuk membuat perbandingan. Sepatutnya dia umpamakan penerima BR1M sebagai peminta sedekah atau pengemis, kerana itu masih manusia. Bila menyamakan penerima BR1m sebagai haiwan ternakan maka itu sudah keterlaluan.
 
Ada tak penyokong PAS yang marah dengan kenyataan Nik Aziz tersebut?? Mungkin ada sikit. Selebihnya akur dengan gelaran yang diberikan oleh Nik Aziz walaupun mereka dijadikan binatang. Ini membuktikan bahawa penyokong PAS juga sama seperti dakwaan Wan Jusoh iaitu lembu.
 
Jika Wan Jusoh menyamakan penyokong setia UMNO sebagai lembu maka Wan Jusoh juga wajar menganggap penyokong setia PAS sebagai kaldai yang lebih dunggu dari lembu. Janganlah meroyan Wan Jusoh, janganlah marah jika oghe jante dan tino kuat menyokong UMNO, kerana mereka telah sedar dan insaf selama 23 tahun mereka ditipu oleh PAS dengan janji manis.
 
Mereka menggunakan agama untuk menipu rakyat, kerana apa sahaja yang dilakukan oleh PAS akan dikaitkan sebagai ajaran Islam walupun perkara-perkara mungkar. Sebenarnya itu semua adalah untuk kepentingan politik PAS, bukannya untuk Islam. 
 

PRU-13: Keceluparan pemimpin Pas makin parah

KOTA BHARU 4 Mei - Keceluparan mulut pemimpin-pemimpin Pas sudah tidak dapat dibendung lagi terutamanya apabila mereka semakin terdesak meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini.
 
Tanpa mengenai erti dosa dan pahala, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Melur, Wan Ismail Wan Jusoh semasa berucap pada ceramah perdana di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi dengan angkuhnya menyamakan orang UMNO seperti binatang ternakan yang sangat setia pada tuannya.
 
"Secara peribadi apabila hambo (saya) lalu dekat pos-pos UMNO ada orang tino (perempuan) orang jantan (lelaki) duduk di dalam pos kuat sungguh menyokong UMNO ini, hambo kata dia ini kalau dibandingkan dengan lembu lebih baik lembu," katanya. - UTUSAN ONLINE

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

Jokiden Juga Nak Jawab Isu Bodoh Pakatan Dengan Jawapan Santai...


Mykmu dalam postingnya telah menjawab isu-isu bodoh yang ditimbulkan oleh puak pakatan terutamanya dalam media sosial seperti fb dan blog. Lihat sini Jokiden juga ingin turut bersama menjawab isu-isu bodoh tersebut kerana puak-puak pakatn ini mempercayai kebenaran sesuatu isu yang ditimbulkan itu walaupun ianya persepsi semata-mata.
 
 
1. Berita baik 50%-70% Tentera / Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka bersama kita untuk tumbangkan UMNO. BeEnd. Usah takut. Keluar UNDI. ABU. dihantar kepada ramai pengguna Celcom melalui nombor +880219759081 pada hari khamis lalu.
 
Macamlah puak pakatan ini sudah mengetahui undi yang dipangkah oleh tentera dan polis tersebut. Kalau UMNO/BN yang menghantar mesj itu pastilah mereka akan menuduh SPR telah bersekongkol dgn BN untuk membocorkan undi itu.
 
Sebenarnya selepas dicaci dan dihina dengan pelbagai cemuhan yang tidak masuk akal, mana mungkin polis dan tentera akan mengundi pakatan. Jokiden merasakan 99% anggota keselamatan kita yang telah mengundi telah memilih BN. 1 peratus tu bagilah kat puak pakatan.
 
2.  BN tipu guna pengundi hantu.
 
Begitulah dunggunya pemimpin pakatan membodohkan penyokong mereka dan penyokongnya juga turut dunggu kerana mempercayai bulat2 cakap pemimpin bangang mereka. Dlm fb ramai yg percaya bahawa pengundi hantu telah berpuluh ribu datang ke sini untuk mengundi. Kalau nama ada, kad pengenalan ada dan nombornya betul, diteriakkan pula dan dicatat oleh wakil pakatan dalm bilik itu, maka dia bukan hantu, dia pengundi sah. Mana isunya dan hantu itupun mungkin mengundi pakatan. Kejadian pelik tidak akan berlaku setiap kali PRU. Itu hanya imiginasi gila Nuar Brahim. Cuba tanya dia, mampukah dia menguruskan beribu-ribu orang seperti tempat tinggal untuk hantu2 itu, makan minum dia dan kenderaan untuk hantu itu pergi mengundi. Lebih bodoh lagi Nuar ini, hantu itu diangkut dari Sabah... 100% peratus tidak logik, namun fitnah dia dipercayai,
 
3. Mereka pasti menang pilihan raya sebab berpuluh ribu orang datang ceramah politik.
 
Sebelum hari penamaan calon tempoh hari mungkin. Selepas penamaan calon mana ada ceramah pakatan yang mendapat sambutan kecuali di kawasan Cina seperti di Seremban tempoh hari. Cina ni memanglah suka dapat mengkudakan ahli PKR dan PAS kerana puak ini hendakkan kuasa. Seronok Cina ni apabila dia maki hamun pemimpin Melayu, maka orang Melayu dari PKR dan PAS bertempik gembira. Itu di depan, apabila mereka berada sesama mereka hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati DAP ini. Itu yang PAS sanggup buat kawan dan sanggup memberi seribu alasan kenapa DAP lebih baik dari UMNO. Alah ceramah Kit Siang di Johor bersama Salahuddin sekadar mampu menarik 100 ke 200 orang sahaja. Ceramah Tun Mahathir lebih ramai pendengarnya dari ceramah pakatan.
 
4. UMNO dan BN main taktik kotor, serang peribadi, tayang video lucah, aibkan Anwar Ibrahim, aibkan Mustafa Ali, fitnah, konspirasi dengan saiful.
 
Taktik kotor UMNO/BN mereka nampaklah. Taktik mereka bersih???? Taktik mereka seratus kali ganda lebih kotor dari taktik BN. Puak mereka tidak serang peribadi pemimpin UMNO/BN??? Malah yang tidak kena mengena dengan PRU pun seperti isteri Perdana Menteri siang malam mereka kutuk. Mereka yang bapak penabur fitnah mereka tak sedar. Sebenarnya mereka sendiri yang merekasaya segala fitnah tersebut kerana inginkan simpati dari penyokong yang taksub kepada mereka.
 
Nuar ni tak perlu dah nak diaib-aibkan kerana dia sendiri yang mengaibkan dirinya dan keluarganya. Israel tahu, Amerika tahu dan Australiapun tahu tentang Nuar ni. 
 
5. Kita mesti sokong perjuangan Islam, kita mahu tegakkan hudud. 
 
Itu hanya di mulut sahaja kerana hendakkan undi orang Melayu yang malas berfikir. Perjuangan Islam konon, UMNO tolak hudud konon. Di dalam hati mereka mana ada perjuangan Islam, yang ada hanya perjuangan undi dan politik. Itu yang meroyan setiap kali PRU menimbulkan kisah nak buat hudud. Habis pilihanraya senyap sunyi isu hudud sebab mereka tak mahu buat. Hj Hadi kata hudud 0.0001% dari hukum jenayah Islam. Kemudian Hj Hadi kata lagi PAS boleh bersekongkol dengan PKR dan DAP kerana hanya 5% sahaja perjuangan mereka yang berbeza. Maknanya bagi PAS hudud tak penting langsung, cuma 5%. Undi lebih penting. Tetapi mereka MENIPU penyokong yang malas berfikir tadi lalu mendendangkan tentang hudud ini. Allah maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati pemimpin PAS, sebab itu mereka sempang peranang kini. Mana logiknya berkawan dengan musuh Islam tetapi nak laksanakan hukum Islam... Kononnya.. Baca penghinaan tentang Islam di sini
 
6. Calon PAS Bayan Lepas khabarnya berkempen dari rumah ke rumah minta orang Islam bagi sokongan kepada Pas pasal tak lama lagi Lim Guan Eng akan peluk Islam. Tapi pesan kepada pengundi jangan bising-bising sebab Guan Eng tidak mahu kecoh lagi pasal benda. — Sesiapa yang ingat dulu Mat Sabu pernah ceramah gelar Lim Guan Eng setaraf Khalifah Umar Abdul Aziz.  
 
Ini sudah habis ikhtiarlah ni. Sudah tidak ada cara lain macam mana nak menghalalkan persekongkolan mereka. Sekali bolehlah menipu, kalau setiap hari mencipta tipuan, tupaipun akhirnya faham. Tak tahukah ahli-ahli PAS ini bagaimana bencinya LGE kepada Islam. Alah sibuk PAS mengatakan dalam ceramahnya yang LGE bagi peruntukan RM64 juta untuk Islam. Buat apa peruntukan kalau tidak dibelanjakan... BN dah berbelanja untuk pembangunan Islam berbillion ringgit, ada BN bising2. Samalah macam isteri yang telah berkahwin selama 40 tahun dengan laki dia, tiba-tiba datang bangla bawa epal lima enam biji, maka dipujinyalah bangla tu setinggi langit. Jasa suami yang menjaganya selama 40 tahun lenyap dek kebaikan bangla membawa epal enam biji, kemudian sanggup menghalau laki dan dan berkahwin dengan bangla tersebut. Bila sudah berkahwin baru dia tahu rupanya bau badan bangla tu tidak sewangi mana. Padan muka.
 
7.  PRU13 Tol Hapus!!!
 
Apa kata wakil rakyat DAP yang menang dalam PRU12 dulu??? "Hah itu cuma janji main-main, tol mana boleh hapus, itu hasil kerajaan. Kita ingat kita tidak boleh menang ari tu.." Dalam ertikata lain "itu aku tipu sahaja, yang kau percaya siapa suruh" Khalid sambung pulak "manifesto bukannya janji, kau tu memang bahalol, mudah sangat aku tipu"
 
8. Turun harga minyak???
 
Beria-ia sangat Nuar dan pakatan ini hendak menurunkan harga minyak. Dia ingat dia boleh buat. Dia ingat saudara dia di Israel  dan Amerika tu akan benarkan dia turunkan harga minyak. Dia cerita kisah zaman dia menjadi Menteri Kewangan dulu yang harga minyak cuma RM1.20 seliter. Itu dulu. Zaman tu harga petai sepapan cuma dua puluh sen. Kini harga petai sudah meningkat ke RM1, 5 papan lima ringgit. Masa tu Ky Jelly berapa sen sangat harga dia, mungkin berharga 65 sen setiub, kini Ky Jelley sudah naik harga mungkin ke RM6.00.
 
9. Nak hapus PTPTN???
 
Pernah dengar DAP bersetuju dengan idea ini??? DAP sedar, Sekolah dan Kolej Swasta akan gulung tikar dalam tempoh 3 bulan sekiranya PTPTN ini tidak ada. Cakap tak serupa bikin. Kedah oklah negeri miskin dan terpaksa menaikkan yuran KUIN. Selangor kan negeri kaya, kenapa tak bagi pendidikan percuma???
 
Baru 4 hari Menteri Pengajian tinggi tangguhkan PTPTN kepada pelajar Unisel, Rafizi Ramli sudah gelabah dan nak pitam.. Belum hapus lagi, itu baru tangguh.
 
10. Pemimpin UMNO korup, pemimpin DAP bersih, pemimpin PAS zuhud dan pemimpin PKR bersih segala-galanya.
 
Tiba-tiba rakyat dapat tahu bahawa tanah di Pedu disapu bersih. Tanah di Gua Musang disapu oleh Ngeh. Tanah lot bernilai berjuta ringgit di Kota Bahru pun kena kebas. Kalau pemegang amanah mesti ada tercatat dalam geran. Lagi pelik isteri yang tidak ada kena mengena MBIpun juga ada tanah??? Apa ni??
 
11. Kebebasan media akan dibenarkan sepenuhnya.
 
Konon!! Utusan Malaysia diharamkan dalam pejabat kerajaan pakatan. Wartawan dilarang hadir membuat liputan. Malah wartawan Utusan dan TV1 yang nak membuat limputan majlis angkat sumpah jawatanpun di suruh pergi main jauh-jauh. Pernah dulu media dikawal sepenuhnya bila Nuar dapat sedikit kuasa yang Allah pinjamkan sebentar. Masa tak ada kuasa memanglah lain nadanya. 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

Friday, May 3, 2013

Ini Faktanya... Rakyat Tak Bisingpun Pasal Negara Nak Bangkrap...


BN menguruskan negara sejak 55 tahun dahulu, tetapi negara tidak bangkrap. Kalau Nuar Brahim jadi itu baru negara bangkrap sebab dia tidak tahu ekonomi dan asyik minta nasihat dari IMF sahaja. Pada tahun 1997/1998 jika tidak dengan kebijaksanaan Tun Mahathir ketika itu memanglah negara ini sudah tergadai kepada IMF.
 

Pembangkang putar belit 'hutang' negara

 
DALAM sehari dua ini pakatan pembangkang cuba menakutkan rakyat dengan tuduhan negara akan bankrap kerana tanggung hutang terlalu tinggi.
 
Dalam keghairahan meraih undi PRU-13, mereka menidakkan fakta serta kenyataan. Dalam berbuat demikian, sebenarnya mendedahkan mereka berbicara isu itu tanpa ilmu.
 
Terbaharu, calon PKR Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam ceramah di Petaling Jaya Selatan (PJS), melemparkan dakyah bahawa kerajaan BN membawa negara ke ambang bankrupsi.
 
"Jelas dan nyata dia tidak memahami ekonomi atau kewangan. Mungkin tak pernah baca laporan Bank Negara. Saya katakan ini dengan penuh conviction juga," kata ahli ekonomi, Datuk Norraesah Mohamad ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.
 
Norraesah seterusnya ingin bertanyakan bukan sahaja Nurul Izzah tetapi rakan-rakan pembangkangnya: "Apakah yang dia faham tentang kedudukan hutang negara sebenarnya?
 
"Memang benar, kerajaan mempunyai hutang. Jumlah hutang yang ditanggung adalah 50 peratus dari KDNK negara atau pengeluaran dalaman negara. Sementara itu defisit bajet negara adalah 4.5 peratus," katanya.
 
Kerajaan, kata beliau, meningkatkan pinjaman pada 2008 apabila dunia terjerumus dalam kemelesetan ekonomi yang buruk bermula di Amerika Syarikat (AS).
 
Ketika itu, pinjaman ditingkatkan kerana pembangunan harus diteruskan untuk menentukan kesejahteraan rakyat berterusan, di samping memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terhenti.
 
Kata Norraesah, pembangunan sosio ekonomi dan pertumbuhan memerlukan pembiayaan dan pelaburan untuk menjana pengeluaran, pekerjaan serta pendapatan bagi menjaga kesejahteraan serta kesihatan ekonomi rakyat.
 
"Dalam kemelesetan ekonomi, pelaburan swasta tentunya menguncup sebab perniagaan terjejas, keuntungan mengecil dan kuasa membeli menurun.
 
"Prinsip ekonomi memerlukan kerajaan memainkan peranan penyelamat. Untuk memastikan keadaan tidak lebih meruncing dan pembangunan berterusan, kerajaan harus menjadi enjin pembangunan utama.
 
"Untuk tujuan ini kerajaan harus meminjam untuk meneruskan projek-projek pembangunan dan menyediakan safety net yang bersesuaian dalam menentukan kesejahteraan rakyat tidak terjejas dengan teruk. Tentunya juga, kerajaan harus berhemah dalam perbelanjaan," katanya.
 
Dalam hal ini, Norraesah mengimbas bagaimana pada 2008, AS tersembam dalam krisis ekonomi yang teruk.
 
"Pertumbuhannya negatif, Wall Street mengalami kecederaan dahsyat sehingga terlupus beberapa syarikat gergasi seperti Lehman Brothers. Banyak yang diisytihar bankrap.
 
"Berikutan krisis ekonomi itu, negara-negara lain juga merasai akibatnya. Bila sebuah negara besar 'menguncup', negara kecil kesesakan nafas. Tetapi ekonomi Malaysia begitu resilient, maka Malaysia tidak merasai ketenatan yang teruk, sungguhpun pertumbuhan ekonomi terjejas," kata beliau.
 
Kata beliau, pada 2009, defisit bajet meningkat. Begitu juga dengan pinjaman kerajaan. Sungguhpun pertumbuhan ekonomi meleset pada tahun itu, namun jumlah pendapatan per kapita terletak di tahap AS$6,700. Angka meningkat bukan menurun.
 
"Pada 2010, defisit dalam bajet menurun ke 5.6 peratus. Pinjaman negara di tahap 40 peratus dari KDNK. Sementara itu, pendapatan per kapita meningkat ke AS$8,100, melebihi jangkaan (AS$7,455).
 
"Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi yang sungguhpun membanggakan, 7.2% pada 2010 juga permulaan ETP. Dalam pada itu, kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat berterusan dan Eropah digegar dengan krisis euro zone. Kemelesetan ekonomi di sana kian meruncing," katanya.
 
Pada 2011, kata Norraesah, Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi yang begitu baik, 5 peratus berbanding negara jiran termasuk Singapura.
 
"Apatah lagi kalau dibandingkan dengan negara-negara membangun di Eropah, AS dan Jepun yang hanya mampu mencapai pertumbuhan kurang dari 1 peratus. Meskipun pinjaman menjangkau 50 peratus dari KDNK ketika ini, bajet defisit kian menguncup ke 4.8 peratus. Pendapatan per kapita meningkat ke AS$9,700 juga melebihi jangkaan (AS$8,200)," katanya.
 
Pada 2012, pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatat angka membanggakan, 5.6 peratus. Ini dicapai di luar jangkaan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Sungguhpun pinjaman negara meningkat ke 50 peratus dari KDNK, namun ini masih tidak melebihi garis yang diletakkan oleh Bank Negara iaitu 55%.
 
"Jangan kita sesekali lupa bahawa defisit menguncup lagi ke 4.5%," katanya.
 
Sementara itu, jumlah pendapatan per kapita kini meningkat ke AS$10,075 - suatu peningkatan yang cemerlang.
 
"Tetapi di Amerika Syarikat dan Eropah, ketidaktentuan berterusan dan beberapa negara menjadi bankrap- antaranya Greece, Sepanyol, Itali, Portugal Dan Cyprus. Yang lain hanya mencatat pertumbuhan yang lembab, 0.2 peratus hingga 2 peratus.
 
"Pada 2013, Malaysia dijangka memperoleh pertumbuhan positif antara 5 peratus hingga 6 peratus. Defisit akan diturunkan pada 4 peratus. Dan pinjaman negara juga akan dikurangkan dengan loginnya apabila ekonomi berkembang rapi," katanya.
 
Kata Norraesah: "Apa yang harus kita semua fahami adalah 96 peratus dari pinjaman negara ialah dari dalam negara. Ataupun pinjaman adalah dalam denominasi ringgit. Masakan negara boleh bankrap kalau pinjaman adalah dalam mata wang sendiri.
 
"Lihat saja Jepun. Hutang negara itu adalah 229 peratus dari KDNKnya. Pertumbuhan ekonomi amat lembab namun Jepun tidak dianggap negara bankrap sebab segala pinjaman dibuat dari dalam negara dalam yen."
 
Norraesah memberitahu, sebenarnya apabila analisis dan kiraan terperinci dibuat ke atas manifesto pakatan pembangkang setelah mengambil kira cukai yang hendak dihapuskan dan di samping itu segala janji baharu yang hendak dilakukan, jumlah defisit akan meningkat pada 11.2 peratus.
 
"Jumlah hutang negara akan meningkat pada kadar di luar garis yang diizinkan Bank Negara iaitu 55% peratus kepada 62.8 peratus dari KDNK. Ini tidak disedari mereka sebab dalam keghairahan menerbitkan manifesto penuh janji, kira-kira (Matematik) tidak disempurnakan," kata beliau.
 
Cara propaganda yang paling berkesan adalah mencampuradukkan kebenaran dengan pembohongan .
Dalam isu hutang negara, taktik sama dilakukan. Iaitu menyebut tentang negara berhutang. Benar. Tetapi mereka tidak menyebut tentang kaedah hutang, kejayaan membayar balik, tak pernah cuai dalam pembayaran, nisbah hutang dan perkhidmatan yang rendah.
 
Sebuah negara yang berhutang akan menghadapi bahaya bankrapsi kalau pertumbuhan ekonomi dalam angka negatif atau terlalu lembab seperti dihadapi beberapa negara Eropah tadi.
 
"Dari 2008 hingga sekarang, Malaysia tak pernah diancam gejala bankrapsi. Kalau tidak, IMF Dan Bank Dunia akan membuat kenyataan menurun ke situ. Ini tidak, bahkan institusi-institusi ini memuji kejayaan Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi di luar jangkaan.
 
"Harus ambil maklum juga bahawa rezab Negara adalah tertinggi pernah dicatat Malaysia iaitu RM478 bilion, berupaya menampung 9.5 bulan import. Ini cemerlang. Dikagumi banyak negara," kata Norraesah.
 
Putar belit maklumat tidak kurang dari membohong. Membangkang macam mana sekali pun, jati diri dan integriti diri harus dipegang kuat. Ini makna pemimpin yang luhur.

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

Saja Nak Layan Cerita Bodoh Nuar Ni...

 
Hantu sedang mengundi, yang tak syoknya hantu ni memangkah calon DAP.
 
 
Hantu ini pula mengundi PAS.. ish..ish..ish.. tolonglah undi BN sekali..
 

Nuar ini selalu berkata bahawa rakyat tidak lagi dapat diperbodohkan oleh UMNO/BN. Katanya lagi rakyat sudah cerdik. Kita setuju dengan kenyataan dia itu. Namun dia terus memainkan isu-isu bodoh dan masih ingin mewujudkan persepsi bodoh dan mahu sangat supaya masih ramai yang mampu diperbodohkannya lalu mempercayai setiap kata-katanya.
 
Rakyat Malaysia, rakyat Israel, rakyat Amerika, rakyat Australia malah seluruh dunia sudah mengenali siapa dia ini. Dia selamba je cuba menipu semua orang. Dia mahu anak isterinya mempercayai setiap kata-kata dan perilakunya. Dia mahu pengundi mempercayai apa yang dia fitnahkan. Dia mahu rakyat percaya bahawa masih ada pengundi hantu dalan daftar SPR.
 
Dia mahu negara luar mempercayai keyakinan palsunya bahawa dia dan partinya akan memenangi PRU13. Yang dia tidak mahu rakyat atau penyokongnya tahu walaupun dia tahu ialah dia tidak akan berjaya kali ini. Pakatan dia tidak akan mampu mengalahkan BN. Itu dia amat tahu dan tidak mahu rakyat tahu.
 
Dia juga tahu dimana tempat dia akan menang dan dimana tempat yang partinya akan kalah. Semua itu diketahuinya dengan membuat analisa sendiri berdasarkan segala petunjuk yang ada.
 
Nuar juga tahu bahawa rakyat sudah begitu teruja untuk keluar mengundi dan bakal memilih BN untuk menamatkan segala sandiwara politik PKR, DAP dan PAS ini.
 
Lihatlah komitmen media massa yang kononnya akan disuruh 'duduk belakang dulu' kerana hendak mengajar media massa yang jelas secara total menyokong UMNO/BN. Tindakan media massa ini adalah petunjuk bahawa BN akan menang besar. Lihatlah akhbar Utusan Malaysia yang cuba menyiarkan setiap detik apa yang berlaku dalam suasana PRU ini.
 
Cetakan akhbar Utusan Malaysia mungkin meningkat sekali ganda dari bulan-bulan biasa kerana permintaan yang terlalu tinggi. Setiap hari rakyat Malaysia menantikan edaran Utusan Malaysia. Ini menunjukkan sokongan terhadap UMNO/BN semakin meningkat dari sehari ke sehari.
 
Nuar seolah-olah kehilangan punca sekarang ini. Serba tak kena, usik sana salah, usik sini parah. Cubalah bawa bertenang sikit, tunjukkan kewibawaan dan keyakinan diri. Jika asyik meroyan sehingga ke saat rakyat menuju ke peti undi, bukankah itu hanya mengundang bencana kepada pakatan.
 
Berbulan SPR memaparkan daftar pemilih dan hanya 1,000 lebih sedikit sahaja yang mengambil inisiatif untuk membuat semakan. 1000/13.3 juta yang mungkin tidak yakin dengan daftar tersebut sebab itu mereka membuat semakan. Yang selebihnya 13.29 juta lagi tetap mempercayai apa yang SPR lakukan dan mereka tidak kisah pun untuk membuat semakan ke atas daftar pemilih itu.
 
Benar pertambahan pengundi agak mengkagumkan sejak PRU12 yang lalu. Namun kempen daftar pemilih ini melibatkan semua parti dan DAP telah menjadi juara dalam mendaftarkan pengundi baru. Apa masalahnya wahai Nuar.
 
Ini apa cerita ni Nuar??? 40,000 you kata pengundi hantu akan dibawa dari Sabah, dari Nepal, dari Bangla dan India untuk mengundi BN. Di dalam bilik strategi pakatan tidak mampukah para pemikir hebat pakatan untuk merekasaya cerita yang lebih lebih menyakinkan selain daripada kisah dongeng pengundi hantu ini.
 
Oklah kitapun ingin percaya akan dapat di bawa seramai 40,000 pengundi hantu itu dari Sabah, kemudian pengundi itu hendak dihantar ke mana???
 
Masihkah kau ingat wahai Nuar anak Brahim, semasa PRK Lunas??? Selesai sahaja penamaan calon dan pada malamnya Datuk Roslan Kassim dan Tian Chua berceramah atas lori buruk, apa yang mereka dakwa???? Ingat lagi, mereka telah kantoi dengan mengatakan pada hari mengundi kelak akan ada tujuh buah bas membawa pengundi hantu untuk mengundi BN.
 
Ya memang ada 7 buah bas tersebut, kerana itulah antara perancangan PKR masa itu. Apabila bas tersebut muncul pada hari mengundi dan memang 7 buah, maka percayalah para pencacai pakatan bahawa itulah pengundi hantu. Sedangkan akhirnya rakyat mengetahui bahawa PKR lah yang mengadakan 7 buah bas tersebut.
 
Wahai Nuar, pada hari mengundi ada kilang-kilang yang tidak ditutup. Bas kilang berjalan seperti yang berlaku di PRK Merlimau dan Anak Bukit. Pekerja kilang itupun dituduh oleh pakatan membawa pengundi hantu kerana hendak mengwujudkan suasana tegang supaya rakyat menyalahkan UMNO/BN.
 
Wahai Nuar, tidak bolehkah memberikan kerjasama yang sopan dan mendidik penyokong supaya mematuhi semua undang-undang PRU, supaya tidak ada kekecohan berlaku dan rakyat boleh keluar mengundi dengan tenang dan tenteram serta membuat pilihan masing-masing. Tak boleh ke???
 
Janganlah kerana terdesak sangat, bas-bas yang membawa anak-anak kecil iaitu peserta PLKN yang ingin membantu jentera PRU pun dikatakan membawa pengundi hantu.
 
Sekalimlagi 40,000 tadi hendak dihantar kemana??? ke Permatang Pauh ke??? Kalau hendak dihantar ke sana cukup ke kertas undi untuk mereka kelak.??
Kalau 40,000 itu hendak diagih-agihkan ke serata tempat jumlah mereka akan menjadi kecil dan apakah jumlah itu mampu untuk membantu UMNO/BN. Cuba cerita sikit Nuar, supaya kami rakyat menjadi jelas, bagaimana sebenarnya hantu-hantu ini hendak mengundi???
 
Kita nak tahu ni apakah hantu-hantu ini akan mengundi berkali-kali??? atau hantu ini tidak ada nama tetapi boleh pula mengambil kertas undi dan jari telunjuknya dicalit dengan dakwat kekal.
 
Kan semua orang sudah tahu ada 13.3 juta yang layak mengundi kali ini. Selalunya paling banyak pun muncul di hari mengundi ialah 80%. Jadi kalau dalam daftar yang telah dipamirkan itu, ada nama, ada nombor kad pengenalan, kenapa tuduh mereka sebagai hantu??? Apa cerita ni Nuar??? Mereka pengundi yang sahlah, mana hantunya???
 
40,000 pengundi yang bakal dibawa dari Sabah itu hendak dihantar ke Lembah Pantai ke. Hebat betul BN ni. Teressa Kok di Seputih menang dengan majoriti 30,000 lebih, apa perlunya hantu-hantu untuk membantu beliau.??? Atau wakil pakatan yang ada dalam setiap bilik mengundi itu apakah bodoh-bodoh belaka sehinggakan membenarkan pula hantu mengambil kertas undi.
 
Betul Nuar, tolonglah jangan kelirukan rakyat, tolong jelaskan sedikit bagaimana hantu-hantu ini boleh mengundi. Cakap, dakwaan dan tuduhan memang senang, ialah nak bagi rakyat marah kepada SPR, tetapi tolonglah perincikan sikit, panggillah sidang akhbar dan jelaskan, si Nepal ni akan buat itu, si Bangla ni akan buat begini, si Negro ni akan masuk dalam bilik mengundi dan menunjukkan IC kepada petugas SPR, ambil kertas, calit jari dan memangkah lambang PKR, DAP atau PAS. Mereka juga benci dengan kerajaan BN.. Kan tak pasal-pasal Pakatan dapat undi.. Wakil pakatan dalam bilik mengundi tersebut buat-buat tak nampak sahaja kerana dia mungkin dah tahu bahawa Negro tu pasti mengundi pakatan. 
 
Hey bukan kerja mudah ni SPR nak menguruskan 13 juta pengundi. DAP nak menguruskan 1800 pengundi pun tak mampu inikan pulak 13 juta. PAS nak mengira undi 3 calon Timbalan Presidenpun hingga jam 3 pagi. Tidak sebanyak mana pun, cuma 1200 undi sahaja. Itupun berpeluh. Tolonglah hargai peranan kaki tangan SPR dan janganlah ganggu proses PRU13 ini dengan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal. 
 
Berlaku pertambahan undi di kebanyakan kawasan kerana DAP gigih mendaftarkan pengundi baru. Di Serdang ada 10,000 lebih. Di DUN Rantau ada 3133 pengundi baru. Di DUN Seri Menanti ada 1000 tambahan. Di DUN  Repah ada 3333 tambahan pengundi. Ini sebagai contoh. Pertambahan pengundi ini berlaku bukan semata-mata disebabkan oleh pendaftaran baru. Ada juga pengundi lama dan penyokong tegar yang dipindahkan semata-mata untuk memenangkan calon dan ini bukanya hantu. Mereka pengundi sah, tetapi pakar strategik terutamanya PAS dan DAP melakukan pemindahan ini sejak dulu lagi bagi membantu calon mereka. Untuk memudahkan urusan dengan pihak SPR maka pakar strategi tadi telah menggunakan satu alamat  berulang kali bagi memindahkan pengundi ini.
 
Berbalik kepada isu 40,000 yang bakal diangkut dari Sabah tadi, tidak boleh ke pakatan menghantar wakil duduk di KLIA atau LCCT untuk memantau pengundi ini mendarat.??? Sediakan khemah dan kumpulkan mereka. Dalam zaman teknologi ini jadual penerbangan boleh di semak dalam internet. Mesti pakatan tahu bila dan dimana pengundi yang di bawa masuk ini akan mendarat dan tentu pakatan juga mampu untuk mengetahui dimana mereka bakal ditempatkan.
 
Minta polis tahan mereka ini. Tetapi janganlah menahan pengundi yang sah. Umpamanya saudara Jokiden yang berada di Sabah itu setiap kali PRU dia dan keluarga akan balik mengundi di sini. Dia tidak menukarpun tempat mengundinya. Ha yang itu jangan pula petugas pakatan tahan, kerana mereka memang balik untuk menunaikan tanggung jawab setiap kali pilihanraya. Dan jangan risau dia tidak mampu untuk segera kembali ke Sabah untuk mengundi sekali lagi di sana sebab namanya tidak ada di Sabah, jarinya sudah dicalit di sini dan juga masa mungkin tidak mengizinkan dia untuk berkejar pula untuk mengundi lagi sekali. Lagipun satu undi dia mungkin tidak memberi kesan kepada mana-mana keputusan. Jadi mengundi sekali jadilah.  
 
Rakyat muak dan mual dah dengan segala rekasaya pakatan ini. Termasuk tuduhan terkini Nuar yang mengatakan BN akan menggunakan berbillion ringgit untuk membeli undi pada saat-saat akhir. Come on lah Nuar, kalau you dah ada dana dari mana-mana untuk di bomkan, tak yahlah tuduh BN. Guna jelah duit itu, tetapi jangan sampai tersilap langkah kerana perbuatan membeli undi itu kan tidak bermoral dan kemenangan calon Pakatan boleh terbatal di sebabkannya.
 
Jadi rayulah kepada penyokong pakatan yang sudah tinggal tidak seberapa ramai lagi itu, supaya pergi ke peti undi dengan penuh ketenangan dan buatlah pilihan dengan bijak seperti yang Khalid pernah lakukan iaitu "Marlah kita bersama-sama, bersama-sama mempastikan, untuk mempastikan kemenangan calon Barisan nasional..." Kah..kah..kah..kah..    
  
 
MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

Thursday, May 2, 2013

Senarai 171 Kerusi Parlimen Milik UMNO/BN Dipaparkan..


 
Putrajaya kekal milik BN...kita benarkan pakatan bergambar di sini, no hal punya. Hebat jugak superimpose puak-puak ini.. 

Di dalam blog ini atau dalam komen-komen di fb sejak dulu, Jokiden selalu mengandaikan bahawa BN akan memenangi 171 kerusi Parlimen dalam PRU13 ini. Sementara PAS hanya memenangi 9 kerusi Parlimen, PKR 5 dan DAP mampu memenangi sebanyak 36 kerusi. Yang satu lagi itu Jokiden berikan kepada calon bebas.
 
Di dalam mana-mana ceramah juga Jokiden sering mengulangi angka yang sama. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menaikkan semangat jentera UMNO/BN disamping untuk memperlekehkan pihak lawan.
 
Ada yang ketawa sinis dengan angka Jokiden dan ada juga yang sama-sama mendoakan agar angka tersebut menjadi kenyataan. Ada yang bertanya bagaimana Jokiden mendapat angka tersebut. Ada juga yang ingin tahu fakta dan kaedah apa yang Jokiden gunakan untuk mencipta angka tersebut.
 
Beberapa orang pemimpin UMNO/BN pula langsung tidak boleh menrima angka tersebut. Namun rata-rata pemimpin UMNO/BN dan Pakatan berkeyakinan untuk memenangi sebanyak 112 kerusi untuk parti masing-masing.
 
Jokiden juga tidak pernah meminta sesiapa untuk mempercayai angka dan andaian seperti di atas kerana ia hanya ramalan semata-mata. Memandangkan PRU13 hanya tinggal 3 hari dan rakyat bakal membuat perhitungan maka di sini Jokiden perturunkan kerusi-kerusi yang bakal dimenangi oleh BN dan Pakatan. 
 
P1     PADANG BESAR BN (1)
P2     KANGAR BN (2)
P3     ARAU BN (3)
 
P4     LANGKAWI BN (4)
P5     JERLUNG BN (5)
P6     KUBANG PASU BN (6)
P7     PADANG TERAP BN (7)
P8     POKOK SENA BN (8)
P9     ALOR STAR PKR (1) ***
P10   KUALA KEDAH PKR (2) ***
P11   PENDANG BN (9)
P12   JERAI BN (10)
P13   SIK BN (11)
P14   MERBOK BN (12)
P15   SUNGAI PETANI BN (13)
P16   BALING BN (14)
P17   PADANG SERAI BN (15)
P18   KULIM BANDAR BAHARU BN (16)
 
P19   TUMPAT BN (17)
P20   PENGKALAN CHEPA PAS (3) ***
P21   KOTA BHARU PAS (4) ***
P22   PASIR MAS BEBAS (1) ***
P23   RANTAU PANJANG BN (18)
P24   KUBANG KERIAN PAS (5)***
P25   BACHOK BN (19)
P26   KETEREH BN (20)
P27   TANAH MERAH BN (21)
P28   PASIR PUTIH BN (22)
P29   MACHANG BN (23)
P30   JELI BN (24)
P31   KUALA KRAI BN (25)
P32   GUA MUSANG BN (26)
 
P33   BESUT BN (27)
P34   SETIU BN (28)
P35   KUALA NERUS BN (29)
P36   KUALA TERENGGANU BN (30)
P37   MARANG BN (31)
P38   HULU TERENGGANU BN (32)
P39   DUNGUN BN (33)
P40   KEMAMAN BN (34)
 
P41   KEPALA BATAS BN (35)
P42   TASEK GELUGOR BN (36)
P43   BAGAN DAP (6) ***  
P44   PERMATANG PAUH PKR (7)***
P45   BUKIT MERTAJAM DAP (8)***
P46   BATU KAWAN DAP (9)***
P47   NIBONG TEBAL BN (37)
P48   BUKIT BENDERA DAP (10)***
P49   TANJUNG DAP (11)***
P50   JELUTONG DAP (12)***
P51   BUKIT GELUGOR DAP (13)***
P52   BAYAN BARU BN (38)
P53   BALIK PULAU BN (39)

P54   GERIK BN  (40)
P55   LENGGONG BN (41)
P56   LARUT BN (42) ????
P57   PARIT BUNTAR PAS (14)***
P58   BAGAN SERAI BN (43)
P59   BUKIT GANTANG BN (44)
P60   TAIPING DAP (15)***
P61   PADANG RENGAS BN (45)
P62   SUNGAI SIPUT BN (46)
P63   TAMBUN BN (47)
P64   IPOH TIMUR DAP (16) ***
P65   IPOH BARAT DAP (17) ***
P66   BATU GAJAH DAP (18) ***
P67   KUALA KANGSAR BN (48)
P68   BERUAS DAP (19) ***
P69   PARIT BN (49)
P70   KAMPAR BN (50)
P71   GOPENG BN (51) ???
P72   TAPAH BN (52)
P73   PASIR SALAK BN (53)
P74   LUMUT BN (54)
P75   BAGAN DATOK BN (55)
P76   TELUK INTAN BN (56)
P77   TANJUNG MALIM (57)

P78   CAMERON HIGHLAND BN (58)
P79   LIPIS BN (59)
P80   RAUB BN (60)
P81   JERANTUT BN (61)
P82   INDERA MAKHOTA BN (62)
P83   KUANTAN BN (63)
P84   PAYA BESAR BN (64)
P85   PEKAN BN (65)
P86   MARAN BN (66)
P87   KUALA KRAU BN (67)
P88   TEMERLOH BN (68)
P89   BENTONG BN (69)
P90   BERA BN (70)
P91   ROMPIN BN (71)

P92   SABAK BERNAM BN (72)
P93   SUNGAI BESAR BN (73)
P94   HULU SELANGOR BN (74)
P95   TANJONG KARANG BN (75)
P96   KUALA SELANGOR BN (76)
P97   SELAYANG BN (77)
P98   GOMBAK BN (78)
P99   AMPANG BN (79)
P100 PANDAN BN (80)
P101 HULU LANGAT BN (81)
P102 SERDANG DAP (20)***
P103 PUCHONG DAP (21)*** ???
P104 KELANA JAYA BN (82)
P105 PETALING JAYA SELATAN PKR (22)***     
P106 PETALING JAYA UTARA DAP (23)***
P107 SUBANG BN (83)
P108 SHAH ALAM BN (84)
P109 KAPAR BN (85) ???
P110 KLANG DAP (24)***
P111 KOTA RAJA BN (86) ???
P112 KUALA LANGAT BN (87)
P113 SEPANG BN (88)

P126 JELEBU BN (89)
P127 JEMPOL BN (90)
P128 SEREMBAN DAP (25)***???
P129 KUALA PILAH BN (91)
P130 RASAH DAP (26)***
P131 REMBAU BN (92)
P132 TELUK KEMANG BN (93)
P133 TAMPIN BN (94)

P134 MASJID TANAH BN (95)
P135 ALOR GAJAH BN (96)
P136 TANGGA BATU BN (97)
P137 BUKIT KATIL BN (98)
P138 KOTA MELAKA DAP (27)***???
P139 JASIN BN (99)

P140 SEGAMAT BN (100)
P141 SEKIJANG BN (101)
P142 LABIS BN (102)
P143 PAGOH BN (103)
P144 LEDANG BN (104)
P145 BAKRI BN (105)
P146 MUAR BN (106)
P147 PARIT SULONG BN (107)
P148 AYER HITAM BN (108)
P149 SRI GADING BN (109)
P150 BATU PAHAT BN (110)
P151 SIMPANG RENGGAM BN  (111)
P152 KLUANG BN (112)
P153 SEMBRONG BN (113)
P154 MERSING BN (114)
P155 TENGGARA BN (115)
P156 KOTA TINGGI BN (116)
P157 PENGERANG BN (117)
P158 TEBRAU BN (118)
P159 PASIR GUDANG BN (119)
P160 JOHOR BAHRU BN (120)
P161 PULAI BN ( 121)
P162 GELANG PATAH BN (122)
P163 KULAI BN (123)
P164 PONTIAN BN (124)
P165 TANJONG PIAI (125)

Huh!!! sampai ke Johor sahaja BN sudah mampu memerintah semula. Pakatan jangan lupa kata-kata sendiri yang selalu diungkapkan dalam ceramah iaitu Sabah dan Sarawak merupakan fixed deposite BN. Mari kita tengok selanjutnya.

P166 LABUAN  BN (126)

P167 KUDAT BN (127)
P168 KOTA MARUDU BN (128)
P169 KOTA BELUD BN (129)
P170 TUARAN BN  (130)
P171 SEPANGGAR BN (131)
P172 KOTA KINABALU BN (132)???
P173 PUTATAN BN (133)
P174 PENAMPANG BN (134)
P175 PAPAR BN (135)
P176 KIMANIS BN (136)
P177 BEAUFORT BN (137)
P178 SIPITANG BN (138)
P179 RANAU BN (139)
P180 KENINGAU BN (140)
P181 TENOM BN (141)
P182 PENSIANGAN BN (142)
P183 BELURAN BN (143)
P184 LIBARAN BN (144)
P185 BATU SAPI BN (145)
P186 SANDAKAN BN (146)
P187 KINABATANGAN BN (147)
P188 SILAM BN (148)

Huh!!! sampai SILAM sejarah silam sudah terukir kembali, BN sudah berjaya mendapat dua pertiga. Calon PKR yang kauseling jam tiga pagi tewas kepada calon BN Datuk Datu Nasrun Datu Mansor. Meraung Nuar sebab Sabah tak jadi hilang.

P189 SEMPORNA BN (149)
P190 TAWAU BN (150)
P191 KALABAKAN BN (151)

P192 MAS GADING BN (152)
P193 SANTUBONG BN (153)
P194 PETRAJAYA BN (154)
P195 BANDAR KUCHING DAP (28)***
P196 STAMPIN BN (155)
P197 KOTA SAMARAHAN BN (156)
P198 MAMBONG BN (157)
P199 SERIAN BN (158)
P200 BATANG SADONG BN (159)
P201 BATANG LUPAR BN (160)
P202 SERI AMAN BN (161)
P203 LUBUK ANTU BN (162)
P204 BETONG BN (163)
P205 SARATOK BN (164)
P206 TANJONG MANIS BN (165)
P207 IGAN BN (166)
P208 SARIKEI DAP (29)***
P209 JULAU BN (167)
P210 KANOWIT BN (168)
P211 LANANG BN (169)
P212 SIBU BN (170)
P213 MUKAH BN (171) YAHOOOO!!!! BN MONANG BOSA.
P214 SELANGAU BN (172)
P215 KAPIT BN (173)
P216 HULU RAJANG BN (174)
P217 BINTULU BN (175)
P218 SIBUTI BN (176)
P219 MIRI BN (177)?????
P220 BARAM BN (178)
P221 LIMBANG PKR (26)???????
P222 LAWAS BN (179)

P114 KEPONG DAP (30)***
P115 BATU BN (180)
P116 WANGSA MAJU BN (181)
P117 SEGAMBUT DAP (31)***
P118 SETIAWANGSA BN (182)
P119 TITIWANGSA BN (183)
P120 BUKIT BINTANG DAP (32)***
P121 LEMBAH PANTAI BN (184)
P122 SEPUTIH DAP (33)***
P123 CHERAS DAP (34)***
P124 BANDAR TUN RAZAK BN (185)
P125 PUTRAJAYA BN (186)


 
Harap-harap kaki judi dan kaki kuda tidak menggunakan ini sebagai bahan pertaruhan pulak.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

Ustaz Janggut Hebat Berkempen..



 
          USTAZ AZHAR IDRUS TURUN PADANG BANTU KEMENANGAN CALON PAS/PR PARLIMEN KUALA TERENGGANU....PETANDA KERAJAAN UMNO/BN TERENGGANU BAKAL TURUN!!!!

Rakaman gambar pendakwah terkemuka negara Ustaz Azhar Idrus jam lebih kurang 1.00 pagi tadi telah turun padang menjenguk persiapan para petugas PAS di depan Pejabat Pos Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Kehadiran beliau telah menyuntik semangat para petugas parti terutamanya anak-anak muda untuk berkerja keras tanpa mengharap dibalas demi menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang zalim lagi korup.

# Loq —
USTAZ AZHAR IDRUS TURUN PADANG BANTU KEMENANGAN CALON PAS/PR PARLIMEN KUALA TERENGGANU....PETANDA KERAJAAN UMNO/BN TERENGGANU BAKAL TURUN!!!!

Rakaman gambar pe...
ndakwah terkemuka negara Ustaz Azhar Idrus jam lebih kurang 1.00 pagi tadi telah turun padang menjenguk persiapan para petugas PAS di depan Pejabat Pos Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Kehadiran beliau telah menyuntik semangat para petugas parti terutamanya anak-anak muda untuk berkerja keras tanpa mengharap dibalas demi menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang zalim lagi korup

Gambar dan posting di atas diambil daripada fb kawan Jokiden. Tidak sesuai untuk menjawabnya di fb, maka Jokiden ingin membuat komen di blog ini.
 
Parlimen Kuala Teregganu dimana merangkumi DUN Wakaf Mempelam, DUN Bandar, DUN Ladang dan DUN Batu Buruk dahulu diwakili oleh calon PAS iaitu Mohd Abdul Wahid Endut yang juga ADUN Wakaf Mempelam.
 
Walaupun 3 daripada 4 DUN dalam Kuala Terengganu, dimenangi oleh PAS, namun majoriti yang dicapai tidaklah memberangsangkan sekitar 2,600 sahaja.
 
Kini kerusi Kuala Terengganu masih ditandingi oloeh PAS dan calonnya ialah Datuk Raja Kamarul. Bagus juga Azhar Idrus ini turun berkempen memberikan semangat kepada jentera parti. Lebih bersemangat lagi sekiranya dia muncul dengan kereta-kereta mewah dia, maka sudah pasti anak-anak muda akan teruja habis.
 
Berbalik kepada posting di atas sebagai pendakwah tentulah Azhar Idrus menyedari bahawa menjatuhkan kerajaan yang sedang dipimpin oleh pemimpin Islam ini adalah haram hukumnya. Tambahan parti yang dia sokong bersekongkol dengan kafir tegar yang secara terang dan jelas menentang Islam dalam semua aspek.
 
Salute juga Jokiden kerana petugas PAS tersebut bertungkus lumus bekerja tanpa mengharapkan imbuhan atau upah terhadap tugas yang mereka lakukan. Di dalam UMNO atau PKR, tanpa upah dan imbuhan ini jawabnya tiadalah bendera-bendera dan poster BN yang akan berkibar.
 
Terbukti sekarang ialah pendakwah-pendakwah yang bersekongkol dengan PAS ini berjaya menanamkan ke dalam minda pengikutnya dengan menggunakan agama bahawa kerajaan UMNO/BN ini adalah zalim.
 
Samada secara terang dan nyata atau secara halus dakwah yang mereka sampaikan adalah meracuni pemikiran rakyat supaya membenci kerajaan yang amat berjasa ini dengan berselindung di sebalik bacaan ayat-ayat suci dan hadis Rasullullah saw. Tentulah cara tersebut akan lebih mudah termakan oleh para pendengarnya tambahan dengan penampila watak warak, memelihara sedikit janggut, memakai jubah dan berketayap lusuh. 
 
Pendakwah begini sekiranya berada di negara lain, sudah pasti akan dipenjerakan sebelum dia sempat menikmati udara  kebebasan atau sebelum sempat dia membuka mulut untuk berceramah. Di negara ini kehidupan para pendakwah yang menentang kerajaan amatlah berbeza iaitu bebas kemana sahaja, bebas berkata apa sahaja dan boleh hidup mewah. Keadaan di negara ini membuatkan para pendakwah sudah tidak dapat lagi menghayati erti atau maksud kezaliman yang sebenarnya.
 
Para pendakwah juga seperti ahli politik turut mempercayai bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah zalim dan korup. Untuk pengetahuan pendakwah PAS ini jika benarlah kerajaan ini zalim dan korup, keadaannya sudah tentu tidak seperti yang mereka lihat pada hari ini. Masyarakat akan sempang peranag dan kucar kacir.
 
Tidak dinafikan memang terdapat perlakuan rasuah di dalam negara ini, namun dengan kesungguhan pihak kerajaan memerangi gejala yang kurang sihat ini perlakuan rasuah telah semakin menurun dan dunia mengakui hakikat ini. Masih berlaku rasuah juga membuktikan bahawa tarbiah para pendakwah masih belum cukup berkesan. Kurang berkesannya usaha para pendakwah antaranya adalah disebabkan mereka terlampau memihak kepada parti politik.
 
Untuk pengetahuan para pendakwah juga terutamanya daripada PAS, kejadian rasuah ini berlaku kebanyakannya dikalangan pegawai kerajaan yang memegang kuasa seperti di pihak berkuasa tempatan dan bukannya di kalangan pemimpin politik. Namun oleh kerana pendakwah mempunyai kecenderungan untuk berpihak kepada sesebuah parti politik dan untuk membantu menaikan parti yang mereka sokong, maka mereka cuba mengwujudkan persepsi bahawa segala yang korup ini ialah pemimpin politik dari UMNO/BN. Tentulah mereka tidak akan memperbesar-besarkan isu korup dari kalangan mereka malah akan cuba menyembunyikannya. Pendakwah yang mempunyai niat yang sedemikian pastilah akan menerima kemurkaan Allah SWT nanti.
 
Pemimpin UMNO/BN sebenarnya tidak zalim, malah jika dibuat perbandingan dengan para pemimpin PAS maka para pemimpin PAS jauh lebih menzalimi rakyat daripada para pemimpin UMNO/BN.
 
Berpura-pura menjadi alim dan mempengaruhi pemikiran rakyat juga merupakan satu kezaliman, namun itu dianggap satu strategi oleh pendakwah PAS.
 
Melarang para pengikut daripada memperkatakan sesuatu yang benar dan hak adalah merupakan satu kezaliman yang terancang. Sesiapa sahaja di dalam PAS jika bercakap sesuatu yang betul akan dipecat seperti Ustaz Nasharuddin dan Hassan Ali.
 
Mempertahankan sesuatu yang mungkar semata-mata kerana alasan politik dan untuk mendapat undi nyatalah ia sangat zalim dan ini dilakukan oleh PAS. Mempertahankan segala perbuatan mungkar oleh pemimpin PAS sendiri samada dalam bentuk perlakuan seks, penyalahgunaan kuasa, menyalahgunakan agama sudah pasti amat zalim. Ini berlaku di dalam PAS.
 
Tidak menyediakan segala kemudahan dan keperluan asas untuk rakyat juga merupakan satu kezaliman dan ini dilakukan oleh PAS.
 
Menukar perjuangan untuk menegakkan negara Islam kepada menegakkan negara berkebajikan tidak syak lagi merupakan satu kezaliman yang besar yang dilakukan oleh para pemimpin PAS.
 
Menuduh orang lain tolak Islam tanpa bukti (hanya sekadar cakap sahaja) merupakan satu kezaliman yang tiada tolok bandingannya. Menuduh amal ibadat yang dilakukan oleh orang lain selain daripada PAS tidak mendapat ganjaran pahala amatlah zalim dan ini dilakukan oleh para pemimpin PAS dan dipertahankan oleh pendakwah PAS.
 
Memanipulasi sesuatu keadaan dimana jika dilakukan oleh pihak lain adalah salah dan jika perkara yang sama dilakukan oleh pihak mereka adalah betul adalah juga zalim dan ini diamalkan oleh PAS sehingga kini.
 
Malaysia negara bebas, aman dan makmur. Dunia mengakui bahawa Malaysia adalah negara Islam progresif dan rakyat di negara ini menikmati kehidupan yang baik. Adalah zalim sekiranya PAS dengan disokong oleh pendakwah seperti Azhar Idrus cuba meracuni pemikiran rakyat dengan mengatakan bahawa rakyat di negara ini tidak bebas, ditindas dan dizalimi semata-mata kerana PAS mempunyai tujuan politik.
 
Pendakwah PAS jangan keterlaluan mengatakan di negara ini semuanya tidak selamat dan para pemimpin UMNO/BN kejam, kerana jika dibuat perbandingan akan terbukti bahawa para pemimpin PAS akan lebih buruk lagi jika dibandingkan dengan para pemimpin UMNO/BN. Perbuatan mereka menipu rakyat dengan berlagak baik di sebalik penampilan zuhud di depan umum juga merupakan satu kezaliman puak mereka. Bahasa mudah ialah cakap lain tetapi buat lain. Mereka boleh menipu manusia namun mereka juga sedar bahawa Allah maha mengetahuinya.
 
Menuduh dengan beraninya para pemimpin UMNO/BN melakukan pelbagai kemungkaran namun tidak melakukan pendakwaan secara rasmi, tidak membawa kes-kes pemimpin UMNO/BN kemuka pengadilan dianggap satu kezaliman yang dilakukan oleh PAS dan para pendakwah yang bersekongkol dengan mereka.
 
Dalam ceramah atau tazkirah mudah sahaja para pemimpin PAS menuduh itu ini seolah-olah mereka mempunyai bukti jelas tentang segala perlakuan mungkar pemimpin UMNO/BN, kemudian tidak berbuat apa-apa dengan segala bukti tersebut lalu kembali ke rumah sambil menikmati hasil habuan duit dari hasil ceramah tadi, amatlah menjijikan.
 
Di negara lain pendakwah seperti Azhar Idrus sudah pasti tidak akan bebas ke sana ke mari menghina para pemimpin kerajaan tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa. Di sini dia bebas, dia berani dan dia hidup mewah. Segala pencapaian yang dia nikmati itu adalah hasil pengurusan negara ini yang baik yang dilakukan olek para pemimpin UMNO/BN.
 
Pendakwah PAS, pemimpin PAS dan pakatan hidup senang lenang di negara ini akibat daripada dasar-dasar keterbukaan kerajaan UMNIO/BN. Mereka menikmati kesemuanya dan yang memungkinkan mereka memperolehi itu semua ialah UMNO/BN.
 
Segala prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan UMNO/BN ini dinikmati sepenuhnya oleh pendakwah PAS. Mereka menggunakan segala kemudahan yang UMNO/BN cipta dan di situlah mereka menunjukkan sikap tidak bersyukur mereka dengan menggigit tangan yang memberikan kemudahan itu kepada mereka.
 
Mereka mengatakan mereka berhak ke atas itu semua kerana mereka membayar cukai. Berapa banyaklah cukai yang mereka bayar kepada kerajaan berbanding dengan nikmat yang mereka terima.
 
Segala akta yang mengongkong rakyat sudah dihapuskan oleh kerajaan Transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri DS Mohd Najib. Ratusan ribu anak-anak PAS dan pakatan yang menerima bantuan kerajaan UMNO/BN yang zalim ini untuk menuntut ilmu pengetahuan di dalam dan luar negara sejak dahulu sehingga kini, namun kerajaan ini masih tetap dianggap zalim. Ramai rakyat yang bersyukur, namun pendakwah PAS dan pemimpin serta ahli pakatan masih lagi kufur nikmat. 
 
Sejak 2008 hampir sejuta kali pakatan mengadakan ceramah siang malam, pagi dan petang yang ke semuanya mencaci kerajaan ini, namun kita tidak terdengar pula ada diantara mereka yang kena tahan oleh pihak berkuasa.
 
Dimana zalimnya kerajaan ini??? Dimana rakusnya kerajaan ini??? Dimana rompakan duit rakyat yang dilakukan oleh kerajaan ini??? Dimana tidak selamatnya negara ini??? Hanya para pendakwah dan pemimpin PAS yang mampu menjelaskannya. Jawapan hanya mungkin ada dalam minda mereka.   
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

Wednesday, May 1, 2013

Mulai Hari Ini Jangan Lupa Membalut Jari Dengan Plaster...


 
"kami dah mengundi..."
 
Untuk keselamatan jari kita maka mulai malam ini ketika kita hendak tidur pastikan terlebih dahulu jari telunjuk kita dibungkus dengan baik menggunakan plaster luka. Ini bukannya ada apa-apa, cuma ditakuti semasa kita sedang lena tidur akan ada orang datang dan mencalitkan dakwat kekal ke atas jari kita.
 
SPR akan melarang sesiapa sahaja yang jarinya sudah tercalit dengan dakwat untuk menerima kertas undi daripada petugas. Walaupun nama kita masih bersih dan belum terpotong di senarai di pusat mengundi, namun akan ada pihak yang bakal membuat kecoh dengan mengatakan anad telah mengundi di tempat lain. Anda akan dituduh sebagai pengundi hantu. Puak pakatan sengaja hendak menjejaskan PRU13 dengan apa cara sekalipun kerana mereka sudah tahu akan kalah.
 
Semalam di laporkan kejadian untuk memujuk pengundi supaya membenarkan jarinya dicalit awal telahpun berlaku di Hulu Selangor. Pada hari ini pula sekumpulan enam orang sedang berkeliaran di Putrajaya untuk memujuk pengundi supaya melakukan calitan awal. Macam-macam hal puak pakatan haram ni.  
 

PRU-13: Wanita dakwa ditawar calit dakwat mudahkan mengundi


PUTRAJAYA 1 Mei - Seorang wanita yang tinggal di kuarters kerajaan di sini mendakwa dirinya didatangi sekumpulan individu yang menawar untuk mencalit dakwat kekal pada jarinya dalam satu kejadian malam kelmarin.

Menceritakan kejadian pada sidang media di sini malam tadi, penjawat awam berusia 47 tahun itu berkata, kediamannya dikunjungi empat lelaki dan empat wanita yang tidak dikenali pada pukul 11.30 malam Isnin.

Katanya, beliau membenarkan mereka yang berpakaian seperti golongan profesional masuk ke dalam rumah selepas diberitahu mereka hanya mahu memastikan beliau benar-benar tinggal di situ.

"Mereka kata mereka datang untuk semak sama ada saya ada tinggal di kuarters ataupun tidak. Mereka kata puan nampak tidak sihat dan mereka boleh calit," katanya.

Menurut ibu tunggal kepada seorang anak itu, kumpulan berkenaan terus memujuknya agar membenarkan mereka mencalit dakwat tersebut bagi memudahkannya pada hari pengundian kerana tidak perlu berbaris panjang menunggu giliran.

Atas kesedaran dan keselamatan, wanita itu berkata, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7 semalam bagi mengelakkan ada pihak lain menjadi mangsa kepada kumpulan tersebut.

Ditanya sama ada beliau ditawarkan imbuhan oleh kumpulan itu, beliau berkata: "Tidak."

Beliau yang tinggal di kuarters itu sejak 12 tahun lalu juga tidak pasti sama ada kumpulan berkenaan turut mengunjungi jiran-jirannya. - BERNAMA

 
 
Agak-agak ada tak yang mengundi pakatan ni..???
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

(25) (6) Standard Dia Cuma Sebagai Penjual Goreng Pisang..


 
"Bab pocah tanah dan kutip dormo ni ese memang pakar... komano poie duit tu jangan tanyo.. sok dormo kok tak berkat.. tak dapek pahalo.."
 
Jarang sangat Tun Mahathir memandang rendah kepada lawan politiknya. Mungkin sudah tidak tahan dengan cabaran Husam Musa maka dia menjawab secara direct kepada Husam. tersirat di hati Tun ialah  "siapa kamu Husam yang ingin berdebat dengan saya"

Baginya Husam masih mentah dalam serba serbi dan tidak selayaknya mencabar beliau dan seolah-olah ingin menghina beliau. Wahai Husam, esok lusa kamu terpaksalah juga minta maaf kepada Tun Mahathir atas keceluparan kamu.
 
Ketika Husam dilahirkan ke dunia ini Tun Mahathir telah menabur budi kepada rakyat dan negara. Putrajaya merupakan kebanggaan beliau. Aabila Husam bertanding di situ Tun M, tidak kata apa-apa, namun apabila Husam menyindir beliau dengan mengatakan bahawa Putrajaya tetap akan dilelong jika ada sesiapa yang hendak membelinya maka Tun Mahathir terasa seolah-olah dia dihina da disindir oleh seorang budak yang masih mentah dan belum cukup ilmu untuk membangunkan negara ini.
 
Sebagai Exco kanan di Kelantan dan menjadi anak emas kepada Nik Aziz sepatutnya Husam telah berjaya membangunkan negeri tersebut kerana cakapnya amat 'laku' kepada Nik Aziz. Malangnya Dia hanya bijak dalam menaikkan papan tanda, mengadakan majlsi pecah tanah dan melancanrkan tabung derma untuk projek yang dia angan-angankan. Dia gagal sejak dulu lagi.
 
Sepatutnya dia menyedari betapa begitu banyak kegagalannya dan tidak banyak yang boleh dibanggakan tentang sumbangan beliau sepanjang menjadi 'pemimpin' di Kelantan. Sebab itu Tun Mahathir merasakan jasa Husam yang sekelumit itu tidak melayakkan dia untuk mencabar dirinya.
 
Beberapa hari lalu terserlah betapa hipokrit atau munafiknya si Husam ini. Dato' Shaharuddin Ismail Timbalan Ketua Pengarah Kastam mati ditembak semasa dalam perjalanan ke pejabat. Dia mungkin mati syahid dan kematiannya pada pagi Jumaat juga sudah tentu memperolehi rahmatNya.
 
Demi keuntungan politik dan bukan kerana Allah, Husam telah segera ke hospital, melawat jenazah dengan siap berpakaian lengkap baju kebangsaan, turut mengusung jenazah dan menyembahyangkan jenazah pegawai tersebut. Banggalah dia bagai nak rak, kerana katanya tidak ada Menteri yang mengambil berat tentang nasib pegawai kanan kerajaan itu. Dialah yang paling bertanggung-jawab kononnya. Sebenarnya Tengku Nan calon BN ada sama.
 
Dipendekkan cerita maka dia mendapatlah keuntungan politik seperti yang dia harapkan. Akhbar keluarkan gambar dia, tv tunjukkan muka dia. Dia senyum sampai ke telinga.
 
Kemudian PM pergi mengziarahi balu Allahyarham, siap dengan bantuan dan PM juga membawa berita gembira untuk keluarga tersebut di mana pangkat Allahyarham dari JUSA B dinaikan kepada JUSA A untuk membolehkan keluarganya mendapat pendapatan tambahan setelah ketiadaan arwah.
 
Maka perhatian dan simpati PM telah menaikkan darjah kemurkaan Husam lalu dia mencemuh tindakan tersebut dan dia mengatakan eloklah semua pegawai kerajaan mati, supaya semuanya dapat naik pangkat. Kotornya jiwa Husam. Kemudian tanpa segan silu dia menuduh Allahyarham sebagai seorang yang rasuah dan menempelak PM kerana menaikkan pangkat seorang yang makan rasuah. Begitulah hipokritnya dia, kerana tidak sampai dalam tempoh 24 jam sikapnya sudah U turn 360 darjah. Habis kau Husam...
 

PARLIMEN TAMPIN BN,

PARLIMEN JELEBU BN,

BN 25, PAKATAN 6.
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

Heboh Dah Seorang Bakal MB Akan Kalah..

 
 

Di kedai kopi, di pasar tani, di Pasar Besar (Giant) di dalam fb, di dalam blog, di surau dan masjid sedang heboh atau hangat membicarakan bahawa seorang calon MB telah hampir pasti akan tewas. Bakal MB mana yang akan kalah ini???
 
Dikatakan yang bakal menerima MB baru ialah Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Kedah dan Johor.  Akhbar juga telah membayangkan siapa tokoh yang bakal mengisi jawatan MB di negeri-negeri tersebut dan ramai yang telah mengetahuinya.
 
   
 
Setelah kempen PRU13 menuju ke penghujungnya salah seorang yang diwar-warkan bakal menjadi Menteri Besar itu kelihatan kedudukannya semakin goyah. Jentera kempennya menjadi semakin lemah. Bilik Gerakan dia di tempat dia bertanding hampir kesemuanya telah di tutup.
 
Calon MB baru ini dikatakan ditolak oleh masyarakat setempat memandangkan dia bukannya anak jati kawasan terswebut. Dia juga tersilap memilih gambar posternya yang memaparkan dia sedang berpeluk tubuh sama seperti Pengerusi IMF sedang berpeluk tubuh menyaksikan Presiden Suharto menanda tangani pinjaman wang dari Dana Dunia itu.
 
Bakal MB ini dengarnya bakal kecundang dan ceramahnya tidak langsung dipedulikan oleh rakyat. Sementara ahli partinya sendiri telah mengsabotaj beliau dan dia akan dengan mudah ditewaskan oleh seorang calon biasa yang tidak mempunyai profile tinggi namun popular dikalangan penduduk tempatan.
 
Calon tersebut juga selain daripada bertanding di DUN Ampangan Seremban, juga masih mengekalkan bertanding di kerusi Parlimen Teluk Kemang. Beliau ialah Kamarul Bahrin mewakili PKR. Dia bertanding melawan Hj Abu di DUN Ampangan dan terkini Hj Abu telah jauh meninggalkan dia dari segi sokongan pengundi Ampangan.
 
  
"Tak dapeklah den nak jadi MB nampak ea doh.
 
 Insya Allah DUN Ampangan akan kembali kepada UMNO/BN selepas PRU13 ini nanti dan calon PKR ini nampaknya kempunan hendak makan telur temaku.
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.

Tuesday, April 30, 2013

Saya Lebih Pandai Dari Orang 'Najis' Ni..

 
 
 
Kita ingatkan calon DAP berketurunan Cina sahaja yang kurang adap dan sopan yang sanggup memanggil Perdana Menteri dengan gelaran yang buruk dan menuduh Perdana Menteri dengan bermacam-macam tuduhan.
 
Calon Melayu yang sepatutnya penuh dengan budi bahasa juga rupanya tidak sunyi daripada berperangai biadap sehingga sanggup mengatakan Perdana Menteri seperti najis. Itulah dia Khalid Ibrahim yang terlanjur kata kerana terlalu marah mungkin apabila Perdana Menteri berjaya memeangi hati rakyat.

Siapa yang cetek fikiran ni, dia ke atau Perdana Menteri. Tak malu betul pemimpin PKR ini sampai mengaku cerdik daripada orang lain semata-mata hendakkan undi.
 
Pujangga mengatakan orang yang mengaku cerdik sebenarnya adalah orang yang paling dunggu, kurang ilmu, riak, takabur dan entah apa-apa lagi.

 "Saya lebih pandai dari Najib sebab saya pernah kerja dengan Unit Perancang Ekonomi Malaysia. Saya lembaga pengarah Institute of Strategic Study. Jadi kita kena tengok beza pembuat dasar dan siapa yang lakukan," kata Khalid. Kah..kah...kah..kah..
 
RBF melaporkan Khalid Ibrahim atau Khalid Gagap ini telah berkata "Saya tak tahu pemikiran PM begitu cetek. Kalau mereka (penduduk)...dapat aset melebihi RM250,000, itu dah cukup pampasannya, kenapa pula ditambah?," soal Khalid.
 
Nampak sangat hati kotor dia. Kenapa meroyan apabila PM berjanji untuk menurunkan harga rumah yang dia jual RM112,000 dimana harga asal hanyalah RM45,000 kepada RM70,000. Bukankah tawaran PM tersebut lebih menguntungkan rakyat.

Malah jika nilai harga pasaran rumah-rumah tersebut mencecah sehingga ke RM250,000 apa masalahnya, bukankah itu lebih menguntungkan rakyat Selangor yang telah 5 tahun terseksa di bawah pemerintahan PKR.

Beberapa hari yang lalu apabila ditanya oleh wartawan kenapa beliau melarikan diri daripada DUN Ijuk ke DUN Pelabuhan Klang dengan cerdiknya dia menjawab Orang dah tak suka, pengundi sudah meluat dan jijik dengan saya, maka saya cabutlah, buat apa tunggu lagi.. Hah.. memang nak mencari nahas Khalid ni.

Jarang seorang Menteri Besar tidak berani menghadapi rakyat di kawasan yang diwakilinya hanya selepas sepenggal menjadi wakil rakyat di situ. Ini jelas menunjukkan bahawa Khalid telah gagal menawan hati pengundinya dan gagal menyelesaikan banyak masalah penduduk yang memilihnya.

Rakyat Ijuk sudah tertipu dan diharapkan semuga rakyat di Pelabuhan Kelang ini tidak termakan dengan janji-janji palsu Khalid kerana baginya semua manifesto bukanlah janji dan tidak mengapa jika tidak ditunaikan. Habislah Khalid kali inidan dia akan kalah. Begitulah mungkin nasib orang yang cerdik yang sebenarnya tidak beberapa cerdik.

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

(23) (6) Gaji You..RM80,000 Sebulan!!! Sebab Budak Inilah...

Posting kali ini mungkin sedikit kontroversi, Jokiden mohon maaf, namun inilah realitinya.

  
Semuga cepat sembuh. HALIMAH Mohamed Sadique membantu Nor Alohan Abd. Ghani yang kemalangan di Kilometer 33.6 Jalan Kulaijaya-Kota Tinggi di sini petang semalam. - UTUSAN/FARIK SALLEH

Sudah 10 hari Jokiden pulang lewat ke rumah. Selalunya jam 1.00 pagi atau sehingga 2.30 pagi. Sepanjang perjalanan pulang Jokiden masih melihat di sana sini petugas PRU BN tetap gigih menjalankan tugas yang telah diaturkan oleh Pengarah PRU di kawasan masing-masing.

Petugas-petugas ini berhadapan dengan pelbagai risiko seperti kemalangan, tayar kereta pancit, terjatuh longkang, motor terhumban ke dalam parit, kaki patah semasa terjatuh dari tiang lampu kerana memasang bendera dan kehilangan barang berharga.

Terjadi juga dimana berlaku risiko pergaduhan atas pelbagai sebab kecil atau sebab besar seperti berebut kawasan memasang poster dan bertengkar disebabkan mempertahankan calon atau parti. Tidak ketinggalan pergaduhan berlaku antara sesama jentera parti disebabkan oleh agihan imbuhan yang tidak sama rata diantara petugas. Ada yang mendapat lebih dan ada yang mendapat kurang.

Yang paling tragis ialah ada yang langsung tidak mendapat apa-apa selain daripada mata merah kerana berjaga malam, badan penat dan muka kelihatan lesi akibat tidak cukup tidur.

Apa perlunya jentera parti ini??? Tidak ada jentera, tidak bolehkah??? Calon BN akan kalah ke jika tidak ada jentera yang bertugas???

Sebenarnya terdapat timbunan tugas yang perlu dilaksanakan oleh jentera parti yang dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Memang tidak dinafikan ada jentera parti yang mengambil kesempatan dengan kepakaran masing-masing untuk menunjukkan betapa pentingnya mereka, betapa besarnya sumbangan mereka kononnya dan tanpa mereka seseorang calon itu akan kalah.

Jokiden memerhatikan wajah-wajah tersebut samada semasa ceramah, semasa program walk about calon atau semasa berada di markas atau bilik gerakan. Jumlah mereka yang berperangai sedemikian tidaklah seramai mana namun ia cukup memualkan dan menurunkan darjah komitmen jentera  parti yang lain.

Selebihnya jentera parti amatlah komited. Ada pihak yang hanya pandai menyalahkan jentera parti tanpa mahu memahami situasi dan perasaan mereka. Meramaikan majlis ceramah atau mengiringi calon ke mana-mana tempat untuk meraih sokongan adalah tugas jentera parti terutamanya di tempat-tempat yang kurang mendapat sambutan.

Menyediakan data maklumat, mengemaskinikan perangkaan, mengedarkan risalah, menyediakan makan minum petugas, membersihkan bilik gerakkan, memasang dan menutup lampu, menyusun kerusi meja, memasang poster, sepanduk, kain rentang, bena, alat siar raya dan mengangkat hamper  adalah merupakan tugas serta peranan jentera parti.

Calon akan diketawakan hingga setengah mati oleh pihak lawan sekiranya pergi ke satu-satu tempat hanya seorang diri atau hanya sekadar sebiji dua biji kereta seolah-olah tiada penyokong langsung. Amat mudah untuk mengetahui samada jentera parti berkesan ataupun tidak. Sekiranya bilik gerakan tidak ceria itu tandanya jentera parti tidak cukup.
 
Jika bendera atau poster calon tidak naik itu tandanya tiada sesiapa yang sanggup melakukan tugas tersebut. Maknanya jentera tidak berfungsi. Jika program ceramah penerangan tidak banyak itu tandanya jentera gerak saraf tidak aktif. Jika bilik gerakan sudah tidak berpenghuni seawal jam 11 malam itu tandanya tiada sesiapa yang peduli akan kemenangan calon. Jika tidak ramai yang sanggup bersengkang mata, alamatnya calon akan menrima nasib malang. Jika markas sudah ditutup, maknaya semua jentera sudah tidak ada lagi.
 
Tanpa jentera yang berkesan melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan, maka saikologo pihak lawan akan melonjak naik. Untuk tidak memanjangkan posting ini secara ringkasnya jentera parti amatlah penting untuk perang saraf ini. Sebab itu pada hari ini Perdana Menteri merayu agar jentera parti terus komited dan terus menjalankan tugas malah melipat gandakan peranan sehingga ke 5 Mei akan datang demi kemenagan calon-calon BN.
 
Peranan jentera parti ternyata amat penting. Mereka perlu diberikan perhatian oleh setiap calon yang bertanding. Semangat mereka senantiasa perlu disegarkan dan motivasikan dalam saat-saat genting ini. Kebajikan jentera perlu dilayani sebaik mungkin. Imbuhan penting untuk mempastikan daya juang dan semangat mereka tidak luntur. Terlebih penting jangan ada jentera parti yang meroyan pada saat-saat akhir keran ini akan dijadikan peluru oleh pihak lawan untuk memperlekehkan kita.
 
Sebetulnya dengan sedikit imbuhan, malah tidak berbaloipun jika hendak dikirakan dengan kesanggupan mereka melaksanakan tugas, pastinya jentera parti akan terus memainkan peranan mereka sehinggalah calon diistiharkan menang.
 
Tugas jentera parti yang kadang kala diremehkan oleh sesetengah pihak ini, yang mendapat hanya sedikit imbuhan dalam mana-mana pilihanraya mestilah dihargai dan dikenang.
 
Jokiden kadang kala termenung dan amat bersimpati dengan jentera-jentera yang setia ini. Mereka sanggup melaksanakan tugas sejak awal pagi sehinggalah ke larut malam atau ke awal pagi semula tanpa keluh kesah, tanpa rungutan dan ada diantaranya memandang dengan mata yang redup ke arah rakan jentera yang menerima layanan yang lebih mesra dan lebih baik daripada calon.
 
Bagi mereka ini dapat bersalaman dengan calon sudah cukup meembanggakan. Dapat senyuman daripada calon sudah cukup membahagiakan. Jokiden juga pernah melihat jentera yang pulang lesu, meninggalkan bilik gerakan dengan langkah yang longlai dan di dalam hati mungkin ada tangisan kerana tidak mendapat sehelai baju T yang ada gambar calon. Mereka ini pulang untuk berhadapan dengan keluarga, anak isteri namun tidak ada sesuatu yang dapat mereka banggakan kepada keluarga yang mengizinkan dia 'berjuang' untuk memenangkan calon.
 
Di dalam kereta Jokiden sentiasa ada buku-buku atau risalah untuk diberikan kepada sesiapa sahaja. Pernah Jokiden berlari ke kereta apabila melihat seorang petugas yang hampir menangis kerana gagal mendapat sehelai baju T. Dia ingin berlalu pergi dan Jokiden menegurnya "dik nak balik ke dah??" Kemudian Jokiden menghulurkan kepadanya sehelai baju koperat berlambang BN yang baru Jokiden terima.
 
Dia agak terkejut namun Jokiden memberikan alasan bahawa baju itu tidak muat untuk Jokiden. Dia mengambilnya dan tiada kata-kata terkeluar dari mulutnya. Mungkin pada malam itu dia tidak tidur sehingga ke pagi kerana gembira mendapat sehelai baju BN. Mungkin juga dia mengejutkan isterinya pada pagi itu untuk menunjukkan baju tersebut.
 
Sepanjang penglibatan Jokiden dalam kempen kali ini, tidak ternampakpun seorang CEO mana-mana GLC atau Pegawai Tinggi Kerajaan dan badan berkanun yang hadir menunjukkan diri sebagai tanda sokongan kepada calon UMNO/BN. Tidak ada  Jokiden melihat wajah mereka berada di atas pentas untuk berceramah dan jauh sekali untuk memikul hamper atau memasang poster.
 
Ke mana mereka??? Apa sumbangan mereka untuk memenangkan calon-calon UMNO/BN ini. Tokoh koperat dan peniaga yang memiliki perusahaan sendiri mungkin ada menyumbang dari segi wang ringgit, Jokiden tidak tahu, tetapi rasanya ada. Bagaimana dengan CEO-CEO GLC, apakah mereka menyumbang walau dalam apa bentuk bantuan sekalipun??? Jika ada baguslah.
 
Tetapi jika tidak ada, amatlah malang sekali. Mereka tidak harus lupa bahawa UMNO/BN lah yang meletakkan mereka di situ. Dengan adanya jentera-jentera yang sanggup bersengkang mata itulah yang memungkinkan mereka berada di kerusi empuk dengan gaji puluhan ribu sebulan itu.
 
Dengan adanya anak-anak muda yang sanggup meramaikan ceramah atau yang sanggup memanjat pokok atau tiang lampu itulah yang menyebabkan UMNO/BN mampu meletakkan mereka di jawatan esklusif itu. Tokoh-tokoh CEO ini mesti sedar bahawa DAP amat mengidamkan lebih 3,000 kerusi GLC yang diduduki oleh orang-orang UMNO/BN ini sekiranya pakatan memperolehi kuasa dalam PRU13.
 
Apakah tokoh-tokoh GLC ini merasakan mereka akan dikekalkan sekiranya UMNO/BN tumbang dalam PRU ini. Apakah mereka masih mampu untuk hidup mewah dengan gaji besar serta segala kemudahan yang mereka miliki hari ini akan kekal sekiranya UMNO/BN tumbang??? Belum tentu tuan. Sebab itu turunlah membantu bagi sesiapa yang belum turun.
 
Jangan asyik duduk di bilik berhawa dingin di bangunan tinggi dikala kuasa UMNO/BN sedang teruji ini. Jangan asyik duduk di coffee house hotel lima bintang dan membuat ramalan itu ini. Jangan hanya bijak mengkritik melalui bual bicara sesama sendiri.
 
Cuba rasakan sendiri bagaimana seksanya jentera UMNO/BN dalam usaha untuk memenangkan calon-calon mereka. Jangan anggap apa yang mereka lakukan sebagai bodoh. Jangan mencemuh jika ada petugas UMNO/BN dan pakatan yang sanggup bergaduh kerana mempertahankan parti.
 
Insaflah kesanggupan mereka bergaduh tersebut akan memungkinkan tuan-tuan tetap kekal di kerusi empuk masing-masing jika UMNO/BN terus kekal berkuasa.
 
Jangan anggap mudah dan ringan tugas jentera parti yang sanggup memikul buluh untuk memasang bendera parti di tengah malam demi untuk menaikkan semangat pengundi supaya memangkah calon-calon UMNO/BN.
 
Jangan anggap para blogger yang mati-matian berperang di alam siber sehingga lewat pagi, bagi memperbetulkan persepsi dan menangkis hujah pakatan sebagai kerja bodoh dan mengarut sedangkan tuan-tuan sedang lena di buai mimpi bersama anak isteri untuk bangun esok pagi dan terus ke coffee house bersembang dengan rakan-rakan mengkritik itu ini terhadap UMNO/BN dan kerajaan.
 
Sesungguhnya jawatan istimewa Datuk-Datuk dan Datin-Datin yang dinikmati hari ini adalah sedikit sebanyak di sebabkan oleh insan-insan kerdil yang berwajah lesi, bermata redup dan ke sana ke mari hanya dengan berbaju T, menonggang motor kapcai untuk mempastikan UMNO/BN terus kekal berkuasa.

Kepada jentera BN seluruh negara Jokiden terhutang budi. Jagalah keselamatan diri, elakkan sebarang kecelakaan seboleh mungkin. Teruskan usaha murni demi agama, bangsa dan negara. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, Insya Allah kita akan berjaya.
 
Tanpa jentera ini siapalah BN. Tanpa mereka siapalah kalian. Jokiden mohon maaf.

Baca Juga Artikel hebat oleh rakan Jokiden di sini
 

  
Semuga Dr juga cepat sembuh. Rindu pula kepada posting beliau.
 

PARLIMEN TANJUNG DAP,
PARLIMEN BUKIT BENDERA DAP,
PARLIMEN BAGAN DAP,
BUKIT MERTAJAM DAP,
PARLIMEN NIBONG TEBAL BN,
KEPALA BATAS BN,
BALIK PULAU BN,

BN 23, PAKATAN 6.


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.