Posting kali ini mungkin sedikit kontroversi, Jokiden mohon maaf, namun inilah realitinya.
PARLIMEN TANJUNG DAP,
PARLIMEN BUKIT BENDERA DAP,
PARLIMEN BAGAN DAP,
BUKIT MERTAJAM DAP,
PARLIMEN NIBONG TEBAL BN,
KEPALA BATAS BN,
BALIK PULAU BN,
BN 23, PAKATAN 6.
Semuga cepat sembuh. HALIMAH Mohamed Sadique membantu Nor Alohan Abd. Ghani yang kemalangan di Kilometer 33.6 Jalan Kulaijaya-Kota Tinggi di sini petang semalam. - UTUSAN/FARIK SALLEH
Sudah 10 hari Jokiden pulang lewat ke rumah. Selalunya jam 1.00 pagi atau sehingga 2.30 pagi. Sepanjang perjalanan pulang Jokiden masih melihat di sana sini petugas PRU BN tetap gigih menjalankan tugas yang telah diaturkan oleh Pengarah PRU di kawasan masing-masing.
Petugas-petugas ini berhadapan dengan pelbagai risiko seperti kemalangan, tayar kereta pancit, terjatuh longkang, motor terhumban ke dalam parit, kaki patah semasa terjatuh dari tiang lampu kerana memasang bendera dan kehilangan barang berharga.
Terjadi juga dimana berlaku risiko pergaduhan atas pelbagai sebab kecil atau sebab besar seperti berebut kawasan memasang poster dan bertengkar disebabkan mempertahankan calon atau parti. Tidak ketinggalan pergaduhan berlaku antara sesama jentera parti disebabkan oleh agihan imbuhan yang tidak sama rata diantara petugas. Ada yang mendapat lebih dan ada yang mendapat kurang.
Yang paling tragis ialah ada yang langsung tidak mendapat apa-apa selain daripada mata merah kerana berjaga malam, badan penat dan muka kelihatan lesi akibat tidak cukup tidur.
Apa perlunya jentera parti ini??? Tidak ada jentera, tidak bolehkah??? Calon BN akan kalah ke jika tidak ada jentera yang bertugas???
Sebenarnya terdapat timbunan tugas yang perlu dilaksanakan oleh jentera parti yang dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Memang tidak dinafikan ada jentera parti yang mengambil kesempatan dengan kepakaran masing-masing untuk menunjukkan betapa pentingnya mereka, betapa besarnya sumbangan mereka kononnya dan tanpa mereka seseorang calon itu akan kalah.
Jokiden memerhatikan wajah-wajah tersebut samada semasa ceramah, semasa program walk about calon atau semasa berada di markas atau bilik gerakan. Jumlah mereka yang berperangai sedemikian tidaklah seramai mana namun ia cukup memualkan dan menurunkan darjah komitmen jentera parti yang lain.
Selebihnya jentera parti amatlah komited. Ada pihak yang hanya pandai menyalahkan jentera parti tanpa mahu memahami situasi dan perasaan mereka. Meramaikan majlis ceramah atau mengiringi calon ke mana-mana tempat untuk meraih sokongan adalah tugas jentera parti terutamanya di tempat-tempat yang kurang mendapat sambutan.
Menyediakan data maklumat, mengemaskinikan perangkaan, mengedarkan risalah, menyediakan makan minum petugas, membersihkan bilik gerakkan, memasang dan menutup lampu, menyusun kerusi meja, memasang poster, sepanduk, kain rentang, bena, alat siar raya dan mengangkat hamper adalah merupakan tugas serta peranan jentera parti.
Calon akan diketawakan hingga setengah mati oleh pihak lawan sekiranya pergi ke satu-satu tempat hanya seorang diri atau hanya sekadar sebiji dua biji kereta seolah-olah tiada penyokong langsung. Amat mudah untuk mengetahui samada jentera parti berkesan ataupun tidak. Sekiranya bilik gerakan tidak ceria itu tandanya jentera parti tidak cukup.
Jika bendera atau poster calon tidak naik itu tandanya tiada sesiapa yang sanggup melakukan tugas tersebut. Maknanya jentera tidak berfungsi. Jika program ceramah penerangan tidak banyak itu tandanya jentera gerak saraf tidak aktif. Jika bilik gerakan sudah tidak berpenghuni seawal jam 11 malam itu tandanya tiada sesiapa yang peduli akan kemenangan calon. Jika tidak ramai yang sanggup bersengkang mata, alamatnya calon akan menrima nasib malang. Jika markas sudah ditutup, maknaya semua jentera sudah tidak ada lagi.
Tanpa jentera yang berkesan melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan, maka saikologo pihak lawan akan melonjak naik. Untuk tidak memanjangkan posting ini secara ringkasnya jentera parti amatlah penting untuk perang saraf ini. Sebab itu pada hari ini Perdana Menteri merayu agar jentera parti terus komited dan terus menjalankan tugas malah melipat gandakan peranan sehingga ke 5 Mei akan datang demi kemenagan calon-calon BN.
Peranan jentera parti ternyata amat penting. Mereka perlu diberikan perhatian oleh setiap calon yang bertanding. Semangat mereka senantiasa perlu disegarkan dan motivasikan dalam saat-saat genting ini. Kebajikan jentera perlu dilayani sebaik mungkin. Imbuhan penting untuk mempastikan daya juang dan semangat mereka tidak luntur. Terlebih penting jangan ada jentera parti yang meroyan pada saat-saat akhir keran ini akan dijadikan peluru oleh pihak lawan untuk memperlekehkan kita.
Sebetulnya dengan sedikit imbuhan, malah tidak berbaloipun jika hendak dikirakan dengan kesanggupan mereka melaksanakan tugas, pastinya jentera parti akan terus memainkan peranan mereka sehinggalah calon diistiharkan menang.
Tugas jentera parti yang kadang kala diremehkan oleh sesetengah pihak ini, yang mendapat hanya sedikit imbuhan dalam mana-mana pilihanraya mestilah dihargai dan dikenang.
Jokiden kadang kala termenung dan amat bersimpati dengan jentera-jentera yang setia ini. Mereka sanggup melaksanakan tugas sejak awal pagi sehinggalah ke larut malam atau ke awal pagi semula tanpa keluh kesah, tanpa rungutan dan ada diantaranya memandang dengan mata yang redup ke arah rakan jentera yang menerima layanan yang lebih mesra dan lebih baik daripada calon.
Bagi mereka ini dapat bersalaman dengan calon sudah cukup meembanggakan. Dapat senyuman daripada calon sudah cukup membahagiakan. Jokiden juga pernah melihat jentera yang pulang lesu, meninggalkan bilik gerakan dengan langkah yang longlai dan di dalam hati mungkin ada tangisan kerana tidak mendapat sehelai baju T yang ada gambar calon. Mereka ini pulang untuk berhadapan dengan keluarga, anak isteri namun tidak ada sesuatu yang dapat mereka banggakan kepada keluarga yang mengizinkan dia 'berjuang' untuk memenangkan calon.
Di dalam kereta Jokiden sentiasa ada buku-buku atau risalah untuk diberikan kepada sesiapa sahaja. Pernah Jokiden berlari ke kereta apabila melihat seorang petugas yang hampir menangis kerana gagal mendapat sehelai baju T. Dia ingin berlalu pergi dan Jokiden menegurnya "dik nak balik ke dah??" Kemudian Jokiden menghulurkan kepadanya sehelai baju koperat berlambang BN yang baru Jokiden terima.
Dia agak terkejut namun Jokiden memberikan alasan bahawa baju itu tidak muat untuk Jokiden. Dia mengambilnya dan tiada kata-kata terkeluar dari mulutnya. Mungkin pada malam itu dia tidak tidur sehingga ke pagi kerana gembira mendapat sehelai baju BN. Mungkin juga dia mengejutkan isterinya pada pagi itu untuk menunjukkan baju tersebut.
Sepanjang penglibatan Jokiden dalam kempen kali ini, tidak ternampakpun seorang CEO mana-mana GLC atau Pegawai Tinggi Kerajaan dan badan berkanun yang hadir menunjukkan diri sebagai tanda sokongan kepada calon UMNO/BN. Tidak ada Jokiden melihat wajah mereka berada di atas pentas untuk berceramah dan jauh sekali untuk memikul hamper atau memasang poster.
Ke mana mereka??? Apa sumbangan mereka untuk memenangkan calon-calon UMNO/BN ini. Tokoh koperat dan peniaga yang memiliki perusahaan sendiri mungkin ada menyumbang dari segi wang ringgit, Jokiden tidak tahu, tetapi rasanya ada. Bagaimana dengan CEO-CEO GLC, apakah mereka menyumbang walau dalam apa bentuk bantuan sekalipun??? Jika ada baguslah.
Tetapi jika tidak ada, amatlah malang sekali. Mereka tidak harus lupa bahawa UMNO/BN lah yang meletakkan mereka di situ. Dengan adanya jentera-jentera yang sanggup bersengkang mata itulah yang memungkinkan mereka berada di kerusi empuk dengan gaji puluhan ribu sebulan itu.
Dengan adanya anak-anak muda yang sanggup meramaikan ceramah atau yang sanggup memanjat pokok atau tiang lampu itulah yang menyebabkan UMNO/BN mampu meletakkan mereka di jawatan esklusif itu. Tokoh-tokoh CEO ini mesti sedar bahawa DAP amat mengidamkan lebih 3,000 kerusi GLC yang diduduki oleh orang-orang UMNO/BN ini sekiranya pakatan memperolehi kuasa dalam PRU13.
Apakah tokoh-tokoh GLC ini merasakan mereka akan dikekalkan sekiranya UMNO/BN tumbang dalam PRU ini. Apakah mereka masih mampu untuk hidup mewah dengan gaji besar serta segala kemudahan yang mereka miliki hari ini akan kekal sekiranya UMNO/BN tumbang??? Belum tentu tuan. Sebab itu turunlah membantu bagi sesiapa yang belum turun.
Jangan asyik duduk di bilik berhawa dingin di bangunan tinggi dikala kuasa UMNO/BN sedang teruji ini. Jangan asyik duduk di coffee house hotel lima bintang dan membuat ramalan itu ini. Jangan hanya bijak mengkritik melalui bual bicara sesama sendiri.
Cuba rasakan sendiri bagaimana seksanya jentera UMNO/BN dalam usaha untuk memenangkan calon-calon mereka. Jangan anggap apa yang mereka lakukan sebagai bodoh. Jangan mencemuh jika ada petugas UMNO/BN dan pakatan yang sanggup bergaduh kerana mempertahankan parti.
Insaflah kesanggupan mereka bergaduh tersebut akan memungkinkan tuan-tuan tetap kekal di kerusi empuk masing-masing jika UMNO/BN terus kekal berkuasa.
Jangan anggap mudah dan ringan tugas jentera parti yang sanggup memikul buluh untuk memasang bendera parti di tengah malam demi untuk menaikkan semangat pengundi supaya memangkah calon-calon UMNO/BN.
Jangan anggap para blogger yang mati-matian berperang di alam siber sehingga lewat pagi, bagi memperbetulkan persepsi dan menangkis hujah pakatan sebagai kerja bodoh dan mengarut sedangkan tuan-tuan sedang lena di buai mimpi bersama anak isteri untuk bangun esok pagi dan terus ke coffee house bersembang dengan rakan-rakan mengkritik itu ini terhadap UMNO/BN dan kerajaan.
Sesungguhnya jawatan istimewa Datuk-Datuk dan Datin-Datin yang dinikmati hari ini adalah sedikit sebanyak di sebabkan oleh insan-insan kerdil yang berwajah lesi, bermata redup dan ke sana ke mari hanya dengan berbaju T, menonggang motor kapcai untuk mempastikan UMNO/BN terus kekal berkuasa.
Kepada jentera BN seluruh negara Jokiden terhutang budi. Jagalah keselamatan diri, elakkan sebarang kecelakaan seboleh mungkin. Teruskan usaha murni demi agama, bangsa dan negara. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, Insya Allah kita akan berjaya.
Kepada jentera BN seluruh negara Jokiden terhutang budi. Jagalah keselamatan diri, elakkan sebarang kecelakaan seboleh mungkin. Teruskan usaha murni demi agama, bangsa dan negara. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, Insya Allah kita akan berjaya.
Tanpa jentera ini siapalah BN. Tanpa mereka siapalah kalian. Jokiden mohon maaf.
Baca Juga Artikel hebat oleh rakan Jokiden di sini
Baca Juga Artikel hebat oleh rakan Jokiden di sini
PARLIMEN TANJUNG DAP,
PARLIMEN BUKIT BENDERA DAP,
PARLIMEN BAGAN DAP,
BUKIT MERTAJAM DAP,
PARLIMEN NIBONG TEBAL BN,
KEPALA BATAS BN,
BALIK PULAU BN,
BN 23, PAKATAN 6.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
Kepimpinan bukan habuan, bukan ganjaran, bukan keseronokan, bukan kebanggaan tp amanah dan tanggungjawab yg akan dipersoalkan. Selamat bila ditunaikan, bakal mencelakakan bila dikhianati.
ReplyDelete