Sunday, April 28, 2013

Ahli PAS Bakal Menutup Seluruh Bilik Gerakan Mereka....

  
 

Tipu Muslihat Dan Menipu Itu Wajib Untuk Memenangi Peperangan Politik.. Nik Aziz.
 
Bijak betul Nik Aziz bila dia mengatakan bahawa politik adalah peperangan dan untuk memenangi sesuatu peperangan segala ilmu dan seni mestilah dipergunakan semaksimum mungkin termasuk menggunakan tipu daya dan tipu muslihat.
 
Patutlah kita melihat cara berpolitik PAS ada kalanya amat pelik, jelik dan tidak masuk akal. Dulu-dulu kita memang menyedari dan telah menjadi ungkapan menarik jika mengaitkan politik dengan PAS iaitu matalamat menghalakan cara.
 
Dipenghujung usianya Nik Aziz mengakui hakikat ini dan tanpa rasa malu mengakui bahawa menipu adalah budaya PAS demi untuk mencapai maksudnya. Maka secara tidak langsung PAS menerima pakai sebarang kaedah yang menguntungkan mereka dari segi politik tidak kira samada cara dan pendekatan itu bertentangan dengan perundangan negara, hukum hakam agama dan halal haramnya sesuatu tindakan tersebut.

"Kita kena sedar manusia tidak boleh selamat kalau kita berfikir cara kita, lebih-lebih lagi Umno tolak Islam...macam dia dengan Allah S.W.T lebih kurang sahaja. Allah S.W.T yang turunkan Islam, Allah S.W.T sifatkan Islam ini rahmat tapi Umno kata laknat. Ini kecelakaan yang menimpa pemikiran orang Islam" - Nik Aziz, Putrajaya, 26 April 2013
 
Maka berterusanlah para pemimpin dan pengikut PAS berada dalam kesesatan yang nyata seperti yang pernah disarankan oleh TPM, MB Terengganu dan Persatuan Ulama Pondok Kelantan. Matalamat menghalal cara inilah yang membuatkan keseluruhan ahli PAS masih sanggup bersubahat dan bersekongkol dengan pemimpin mereka dalam melakukan kemungkaran.
 
Mempolitikkan segala-galanya termasuk agama, kehidupan seharian, institusi agama, penipuan dari segi perwatakan, percakapan, perbandingan yang tidak masuk akal, tazkirah, ceramah, amal jariah, hudud dan derma jihad semuanya menjadi sinonim dengan PAS. Pernah juga terdengar ungkapan dari Nik Aziz iaitu Al-Quran itu dari muka pertama hingga terakhir adalah politik.
 
Di sebalik kononnya semua itu adalah 'perjuangan' sebenarnya tersembunyi matlamat duniawi iaitu untuk mendapatkan kuasa semata-mata. Tidak hairanlah apabila para pemimpin PAS terus bersandiwara dalam semua aspek kehidupan, terus hipokrit dan terus menipu rakyat demi kelangsungan politik mereka.
 
Kemurkaan Allah mungkin berpanjangan kepada PAS terutamanya para pemimpin mereka. Kita yang kurang ilmu agama selalunya berasa gerun setiap kali hendak mengaitkan sesuatu dengan Zat Allah SWT. Tetapi bagi pemimpin PAS itu perkara biasa demi meraih sokongan politik.

Inilah yang digunakan oleh PAS sejak berpuluh tahun untuk mengekalkan kuasa iaitu untuk menakut-nakutkan orang Islam yang kurang arif tentang agama supaya jangan melarikan diri dari PAS, jangan melarikan diri dari 'perjuangan' PAS, jangan meninggalkan PAS dan jangan membantu pihak lain kerana dibimbangi akan mendapat kemurkaan Allah.

Mereka seolah-olah sudah menerima pakai bahawa apa sahaja yang PAS lakukan adalah betul dan apa yang pihak lain lakukan adalah salah. Apa yang PAS lakukan adalah Islamik dan apa yang orang lain lakukan adalah tidak Islamik dan berdosa. PAS betul dalam serba serbi walaupun dalam hal tertentu ternyata ianya bercanggah dengan fitrah Islam, namun ahli PAS tetap mengatakan itu betul.

Kegilaan inilah yang berjaya mengikat sesetengah ahli PAS supaya terus kekal dalam kesesatan berpuluh tahun sebelum memperolehi keberanian untuk menyatakan kebenaran. Kegilaan inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan serius dalam komuniti masyarakat. Kegilaan inilah yang membuatkan berlakunya cerai berai, berlakunya sembahyang dua imam dan sebagainya yang sudah menjadi lumrah dan ada yang masih kekal sehingga ke hari ini.  
 
Allah dikatakan mencarut, orang yang kurang ilmu pasti beristigfar mendengarnya dan memohon keampunan Allah. Allah tidak boleh menjadi perbandingan dengan manusia, kerana manusia adalah makhlukNya. Allah boleh mencarut, tetapi jika itu sifat Allah, takkanlah manusia hina dina ini juga layak untuk mencarut. Jika takabur itu sifat Allah, takkanlah manusia juga boleh bersifat takabur.
 
Nik Aziz mengatakan Nabi Muhamad SAW sama seperti budak-budak Mamat di Kelantan itu, justru kelahiran Junjungan Besar tersebut tidak perlu dimuliakan dan tidak perlu diraikan. Kenapa pula Nik Aziz memuliakan hari kelahirannya dan sanggup pula menikmati kek bersama musuh Islam yang nyata.  Demi politk Nabi juga sanggup dihina dan dipolitikkan. Tidak adakah sedikit rasa berdosa di dalam hatinya.
 
Bertentangan dengan Islam dan agama, namun jika untuk tujuan politik maka PAS membenarkannya. Mungkin tidak ada sekelumitpun atau sebesar zarah di dalam hati para pemimpin PAS untuk melaksanakan hudud Allah di bumi Malaysia ini, namun kerana politik hukum hudud menjadi bahan dagangan murahan para pemimpin PAS terutamanya pada musim PRU.   
 
Sebab itu mungkin PAS terus mendapat kemurkaan Allah kerana mereka menyebut tentang hudud dan hukum hakam agama bukan kerana Allah semata-mata, tetapi hanyalah demi politik. Apabila tiba musim PRU hukum hudud bergema siang dan malam sehinggakan tidak ada perkara lain yang ingin dicanangkan oleh pemimpin PAS. Itu kerana politik.
 
Apabila selesai PRU dan ketentuan Allah telah terjadi, maka bisulah dan sunyilah isu hudud dari disebut oleh para pemimpin PAS sehinggalah tiba PRU yang akan datang. Tidak ikhlas, demi politik dan bukan kerana Allah, maka segala usaha PAS mengenai hudud tidak pernah mendapat restu Allah SWT. Kenapa perkara mudah ini gagal difahami oleh PAS dan pengikutnya. 
 
Bertentangan dengan akidah seperti penggunaan Kalimah Allah, namun demi politik ianya dianggap biasa oleh para pemimpin PAS. Ramai orang termasuk orang UMNO yang Jokiden temui ada yang kurang faham tentang isu ini dan mempertikaikan setiap tentangan terhadap LGE dengan mengatakan di Sabah dan Sarawak Bibble dicetak dalam Bahasa Malaysia sejak dahulu. Risalah PAS bertaburan di merata masjid kononnya untuk cuba menerangkan dan menyokong tindakan Nuar, tindakan Guan Eng dan Nik Aziz yang menyokong isu itu.

Cetaklah bibble dalam apa bahasa sekalipun, termasuk dalam Bahasa Malaysia, tidak ada larangan. Yang kita bantah ialah di dalam percetakan tersebut terjemahan 'god' mestilah 'tuhan' dan bukannya Allah. Itu sahaja. Kenapa perkara jelas ini hendak diputar belitkan sehinggakan Hj Hadi terpaksa pula memetik ayat Al-Quran untuk menghalalkan tindakannya. Malangnya sejak dulu dan kini orang PAS ini membaca ayat-ayat atau hadis Nabi tidak lengkap, hanya sekerat-sekerat sahaja yang merujuk kepada pepentingan mereka sahaja.

Kesedaran telah mula timbul. Keberanian sudah mula menjelma. Rakyat termasuk yang di Kelantan akhirnya membuka minda dan tidak lagi berasa takut untuk menyanggah segala apa yang PAS cuba 'fatwakan'. Zaman untuk pengikut tegar dan ahli PAS menelan bulat-bulat apa yang pemimpin PAS luahkan dan lakukan sudah berakhir.

Rakyat dan ahli PAS sudah berani secara jelas untuk mempertikaikan apa sahaja yang tidak betul yang cuba dilakukan oleh pemimpin PAS. Hasilnya wujud gelombang merah di Kelantan dan slogan 'TUKAR' kerana selama berpuluh tahun mereka sebenarnya dipaksa menerima ideologi PAS walaupun bertentangan dengan agama dan akidah.

Bukan semua ahli PAS kini yang menganggap Tok-tok guru mereka sebagai ulamak, sebaliknya mereka telah sedar tok-tok guru mereka juga adalah manusia biasa yang tidak punya kelebihan apa-apa seperti mereka juga.

Mereka telah cerdik seperti yang Nik Aziz mahukan lalu mereka insaf bahawa ulamak sebenar sentiasa dipelihara oleh Allah lidahnya daripada menuturkan perkara-perkara yang tidak baik. Rakyat sudah mula nampak perbezaan antara ulama sebenar dengan ulama' politik. Rakyat sudah mula faham bahawa ulama' sebenar tidak akan memperdagangkan agama Allah dengan harga yang murah demi secebis undi.

Rakyat semakin mendapat petunjuk dari Allah, sebaliknya para pemimpin PAS yang kononnya bertaraf 'ulamak' , sudah mula menerimah musibah satu persatu dan mungkin semakin jauh daripada rahmat Allah. Mereka akan terus terjun ke dalam lembah kehinaan sekiranya tidak bertaubat daripada segala perbuatan mereka kelak. Rakyat sedang memerhatikan.

Terlalu banyak petunjuk yang Allah berikan kini, mungkin juga disebabkan oleh doa-doa dan sembahyang hajat yang puak mereka sendiri lakukan. Namun jika petunjuk tersebut tidak menyebelahi mereka maka mereka tidak mahu menerimanya dan mengakuinya.

Petunjuk terkini ialah, di dalam manifesto Pakatan, tidak terdapat langsung perjuangan untuk menegakkan hukum Hudud. Sedangkan hudud adalah modal wajib PAS dalam setiap kali PRU.

Kemudian Hj Hadi menukar perjuangan PAS daripada ingin membentuk negara Islam kepada negara berkebajikan. Perjuangan PAS dipijak-pijak dengan hinanya oleh rakan sekongkolan PAS terutamanya oleh Karpal Singki. Ada lagi ke imbuhan pahala yang dijanjikan oleh pemimpin PAS kepada ahlinya jika menyokong perjuangan PAS.?? Tidak ada dah. Eloklah keluar dari PAS.

Antara petunjukNya lagi ialah pemilihan Mat Sapu sebagai Timbalan Presiden. Apabila tidak bersatu Islam akan lemah dan musuh akan menewaskan mereka. Oleh kerana tidak mahukan Utz Nasharuddin menang dalam pemilihan tersebut maka dipujuklah Tuan Man untuk turut serta. Mereka berpecah dan Mat Sapu menang selesa. Tiada pilihan lain ahli dan kepimpinan PAS terpaksa akur dengan demokrasi PAS isitu Mat Sapu telah menang.

Dengan rasa malu Hj Hadi mengatakan pasukan yang menang dalam pemilihan tersebut adalah kononnya 'pasukan piliharaya' Lagi niat mereka terbongkar, memang tidak ada agenda Islam sebaliknya agenda untuk merebut kuasa, habuan dunia dan PRU. Ditakdirkan Hj Hadi meninggal dunia atau bersara, 'ulamak' Pas terpaksalah berketuakan seorang yang tiada langsung latar belakang agama untuk memimpin mereka. Apakah ini bukan musibah???

Kemudian pentunjuk seterusnya terkeluar daripada mulut para pemimpin PAS betapa mereka menyokong pemimpin pruralisme secara melampau. Mereka memuja Ambiga, Nuar dan Sivarasa juga Tian Chua.

Kemudian keluar lagi perkataan bahawa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala dan sia-sia. Kemudian menyamakan penerima bantuan BRIM sebagai haiwan. Kemudian bermati-matian mempertahankan Kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain.

Empat tanda orang munafik iaitu apabila bercakap mereka berbohong, apabila berjanji mereka mungkiri, apabila diberi amanah mereka mengkhianati dan apabila berbahas mereka sahaja yang betul. Utz Azhar Idrus telah menambah satu lagi ciri yang melucukan. Kesemua ciri tersebut ada dan diamalkan oleh pemimpin dan ahli PAS.

Petunjuk seterusnya ialah persekongkolan mereka dengan musuh-musuh tegar Islam demi untuk mencapai tujuan politik sedangkan mereka amat sedar tentang hukum hakam iaitu haram bagi mana-mana umat Islam bersekongkol dengan musuh Islam berusaha untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam. Dalam kes ini kerjasama PAS dengan DAP dan PKR untuk menjatuhkan DS Mohd Najib amatlah jelik dan tidak boleh diterima dari sudut mana sekalipun.

Menyuruh penyokong dan ahli parti mengundi calon-calon DAP dan PKR samalah ibarat mengundi menyokong untuk menjaga keselamatan Israel.

PAS akan terus hanyut dari sehari ke sehari akibat daripada doa-doa yang bertentangan dengan fitrah manusia semata-mata untuk mendapat keuntungan politik yang mereka lakukan. Apakah terbongkarnya video sek SUA PAS tidak merupakan musibah kepada PAS.

Allah mungkin murka kepada pemimpin PAS yang siang malam bercakap pasal agama, pasal Islam, hendak menegakkan hukum Islam namun di hati mereka adalah berlainan. Mereka bercakap bukan kerana Allah tetapi kerana politik.

Apakah bukan musibah dan petunjuk dari Allah jika tiba-tiba sahaja pada bulan lepas Khalid Samad pergi melawat kilang arak di Shah Alam dengan alsasan ianya berada di dalam kawasan dia. Apakah bukan petunjuk apabila jawatankuasa masjid yang dikendalikan oleh PAS sewenang-wenangnya membenarkan wanita-wanita pemimpin pakatan memasuki ruang solat untuk berceramah.

Apakah bukan petunjuk apabila sekumpulan ahli PAS akan bertakbir apabila mendengar pemimpin DAP membaca surah suci dengan tunggang-langgang di dalam ceramah. Apakah keseluruhan yang hadir tersebut tidak berdosa.

Petunjuk seterusnya segala kemungkaran yang berlaku akan dipertahankan oleh para pemimpin PAS dan disubahatkan oleh para ahlinya. Segala yang baik yang dilakukan oleh UMNO/BN akan mereka tentang habis-habisan. Malah pemimpin PAS yang cuba bercakap benar dan cuba mempertahankan kesucian Islam juga menerima nasib malang dan dipecat tanpa sebarang keadilan oleh pemimpin PAS.

Perlakukan sek para pemimpin PAS danpakatan dipertahankan oleh mereka sehabis daya, sebaliknya jika terdengar ia dilakukan oleh para pemimpin UMNO/BN, maka mereka akan menyalak siang dan malam tanpa henti sehingga pemimpin tersebut kecundang.

Petunjuk seterunya, dizaman UMNO/BN memerintah Selangor, Kedah dan PP, kegiatan rumah urut, perjudian dan pusat hiburan amatlah terkawal, namun di bawah pentadbiran pakatan ianya bermaharajalela, bercambah da PAS gagal menghalangnya.

Malah petunjuk seterusnya demi untuk membuktikan bahawa PAS sudah terlalu toleransi, maka undang-undang yang diamalkan sejak 20 tahu dahulu sanggup mereka abaikan demi untuk menjaga hati rakan kongsi mereka.

Malang sungguh nasib ahli-ahli PAS yang yang masih berjaya ditipu oleh sekolompok pemimpin mereka demi politik dan bukan kerana Allah. Sedar dan insaflah wahai ahli PAS, tinggalkan parti sesat ini dan kembali kepada kesatuan ummah bersama UMNO demi masa depan agama, bangsa dan agama yang lebih cemerlang dan gemilang. Tutuplah semua pusat dan bilik gerakan kalian dengan segera. Itulah petunjuk sebenar kerana kalian terlepas daripada sebarang subahat.

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment