Menipu jika sekali sekala boleh dan pasti menguntungkan. Namu jika sepanjang masa hendak menipu maka hanya segelintir yang bodoh sombong sahajalah yang akan mempercayainya.
Selebihnya akan ketawa di dalam hati dan tidak akan terpengaruh lagi dengan sandiwara yang cuba ditonjolkan oleh si penipu.
Tanda-tanda orang munafik ini ada empat.
Pertama jika mereka bercakap maka mereka berbohong.
Kedua apabila mereka berjanji mereka memungkiri.
Ketiga apabila diberi amanah mereka mengkhianati amanah tersebut.
Keempat apabila mereka berdebat mereka sahaja yang betul.
Pertanyaan, ada tak tanda-tanda tersebut dikalangan para pemimpin PAS?????????????????????
Dan pengundi Putrajaya jangan lupa dengan penghinaan Husam terhadap kakitangan awam. Tidak sampai 24 jam dia memusingkan semula penghargaannya terhadapa kakitangan awam sebab keuntungan politiknya telah dilenyapkan oleh Perdana Menteri.
PRU-13: Husam, tiru gaya Nik Aziz raih simpati
PUTRAJAYA 4 Mei - Calon Pas bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa digesa menghentikan taktik lapuk meniru gaya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan perhatian pengundi di bandar ini.
Penceramah bebas, Rujhan Abdul Rahman atau Uztaz Rujhan menasihatkan Naib Presiden Pas itu segera menghentikan aksinya berpura-pura membaca al-Quran seperti di dalam kain rentang di Putrajaya mengikut gaya Menteri Besar Kelantan itu.
"Cukuplah Husam datang ke Putrajaya dengan dasar munafik untuk mempromosikan dirinya yang hendak tiru gaya Nik Aziz di Kota Bharu.
"Kalau titis air mata, Husam datang Putrajaya dengan kain rentang besar buka al-Quran. Orang kenal kamu siapa Husam," katanya ketika berucap dalam sesi ceramah di PDM Kota Warisan di sini malam tadi.
Pada masa sama, Rujhan yang juga Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia berkata, calon luar Pas itu perlu sedar kerusi tersebut bukan milik parti tersebut.
"Yang pasti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerusi P.125 bukan milik Pas tapi milik Barisan Nasional (BN)," katanya.
Beliau menambah, penduduk Putrajaya perlu bijak menilai siapa Husam yang menjadi calon import Pas dari Kelantan untuk merebut kerusi Parlimen tersebut.
"Lihat saja pada janji yang ditabur di Kelantan seperti projek kambing jamnapari dan lebuh raya rakyat," katanya. - UTUSAN ONLINE
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
No comments:
Post a Comment