Saturday, June 8, 2013

Dalam Negara Ini Jika Bercakap Sesuatu Yang Benar, Inilah Jadinya

 
 
 
Jika berkata sesuatu yang merapu, menghasut, yang berbaur fitnah, menghina Institusi Raja, menghina agama Islam dan menimbulkan ketegangan perkauman, maka seseorang itu akan terlepas daripada tindakan ugutan.
 
Namun jika bercakap sesuatu yang benar dan berupa fakta, maka jika tersilap langkah, seseorang itu akan terdedah kepada ugutan dan ancaman. Inilah yang terjadi kepada tengku Abdul Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP yang kini lantang mengkritik DAP sebuah parti chauvinis dan perkauman.
 
Tidak beberapa lama dahulu dia diugut oleh Karpal Singki untuk di saman sekiranya tidak berhenti mendedahkan segala kepincangan yang dihadapi oleh DAP dewasa ini. Terkini pula apabila beliau tidak berhenti dan tidak menutup mulutnya daripada berkata sesuatu yang benar walaupun pahit untuk diterima oleh kepimpinan DAP maka ancaman terhadap beliau menjadi semakin kasar iaitu dia diugut bunuh.
 
Puak pakatan pembangkang ini hanya di bibir sahaja mereka bercakap soal hak asasi dan kebebasan bersuara. hakikatnya mereka tidak langsung mengamalkan perkara tersebut. Inilah yang berlaku, jika puak mereka terkena bidasan maka timbullah reaki berlebihan. Sebaliknya mereka sesuka hati sahaja mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, fitnah dan sebagainya.

Tunku Aziz dakwa terima ugutan bunuh


PETALING JAYA 8 Jun - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon di rumahnya pada pukul 10.10 malam tadi.
 
Menurutnya, panggilan tersebut dibuat oleh seorang lelaki tidak dikenali menerusi telefon bimbit yang mengeluarkan ugutan "I will kill you" (aku akan bunuh kau) sebelum meletakkan telefon.
Berikutan itu, Tunku Aziz membuat laporan polis pada pukul 9.50 pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
 
"Perbualan itu hanya beberapa saat, saya cuba bertanya siapa dia, namun dia telah memutuskan talian. Saya percaya ugutan bunuh ini berunsurkan politik, " katanya kepada pemberita di luar pekarangan balai polis berkenaan. - UTUSAN ONLINE


 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.

Thursday, June 6, 2013

Sepatutnya Kenyataan Ini Dikeluarkan Oleh Dr Chua Soi Lek Dan Bukan Oleh Tun M.

  
 

Jokiden konsisten dalam perkara ini iaitu jika DAP bertanding dalam mana-mana PRU secara rasional dan tidak memainkan isu perkauman melampau, maka parti tersebut tidak akan memenangi banyak kerusi dalam PRU.
 
Namun sebagai pakar strategik, pemimpin DAP memainkan sentimen kebencian terhadapa kaum Melayu dan mereka mengatakan MCA gagal membela nasib orang Cina melalui perkongsian kuasa selama ini.
 
Hakikatnya ialah, jasa MCA terhadapa komuniti Cina amatlah besar sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sikap tolak ansur UMNO/MCA/MIC telah memungkinkan bahawa keharmonian kaum negara ini kekal terpelihara.
 
Namun apabila DAP demi undi dalam PRU sanggup membuat fitnah yang bukan-bukan terhadap MCA dan melabelkan MCA telah begitu lama menjadi kuda tunggangan UMNO/BN.
 
Dalam PRU13 DAP telah berjaya menaikan sentimen kebencian orang Cina terhadap kaum Melayu, maka hasilnya semua parti yang bekerjasama dengan UMNO telah ditolak oleh orang Cina.
 
Sebenarnya strategi DAP ini ialah mengikut acuan yang dimainkan oleh Nuar Brahim sejak 1998 lagi. Kaum Cina terpengaruh dan mereka menolak kerjasama erat yang wujud antara tiga komponen BN yang terbesar itu sejak lima dekad lalu.
 
Politik kebencian terhadapa UMNO/BN ini telah bermula dengan PRU DUN Sarawak pada tahun 2011 yang menyaksikan DAP memenangi banyak kerusi iaitu 12 kesemuanya yang tidak pernah mereka capai sejak menyertai PRU. Sebab itu DAP terus menggunakan pendekatan yang sama kali ini dan mereka telah berjaya. Bukan sahaja UMNO/BN menjadi mangsa, namun MCA telah menerima akibatnya.
 
Malang bagi MCA ialah mereka terikut-ikut rentak DAP dan MCA juga cuba menjadi juara kaum Cina dengan cara pendekatan DAP. Akibatnya calon MCA juga kehilangan undi daripada orang Melayu sedikit sebanyak. Jokiden pernah menulis di blog ini yang sepatutnya MCA sanggup timbul tenggelam bersama UMNO/BN secara total dan bukannya sekerat-sekarat.
 
Telah terbukti selama 5 dekad ini kerjasama secara total antara UMNO/MCA/MIC telah membuahkan hasil. Namun dengan MCA ada kalanya mengikut rentak tari DAP dalam berkempen dan kadang kala turut mengutuk UMNO dan NGO Melayu maka MCA kehilangan arah. DAP tersenyum lebar dan meraih keuntungan politik.
 
Sepatutnya kenyataan DAP berkempen dengan isu perkauman mestilah terkeluar daripada mulut Presiden MCA sendiri dan bukannya daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. Kenyataan mantan Perdana Menteri tersebut tentulah mudah ditafsirkan sebagai rasis oleh DAP jika dibandingkan sekiranya kenyataan tersebut datangnya daripada Dr Chua Soi Lek.
 
 

DAP punca perpecahan kaum - Tun M

KUALA LUMPUR 6 Jun - Perpecahan kaum yang semakin serius kini adalah disebabkan sikap DAP yang menolak 'semangat perkongsian' antara kaum khususnya melibatkan Melayu, Cina dan India, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Menurut bekas Perdana Menteri, hal itu kerana DAP mahukan orang Cina yang telah mendominasi ekonomi, menunjukkan penguasaan seterusnya iaitu dalam bidang politik di negara ini.
 
Malah jelasnya, perkara itu dikuatkan lagi menerusi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila DAP memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan pengundi Cina daripada Barisan Nasional (BN) dengan menggambarkan MCA sebagai 'pak turut' UMNO.
 
"Walaupun DAP mendakwa sebuah parti pelbagai kaum, secara faktanya ia adalah parti orang Cina dengan anggota dan pemimpin utamanya adalah orang Cina. Apabila mereka mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini, selain Karpal Singh, semua anggota yang dipilih adalah orang Cina.
 
"Kebencian terhadap orang Melayu telah dimulakan melalui slogan 'Malaysian Malaysia' dengan gambaran bahawa orang bukan Melayu telah didiskriminasi atau dianggap rakyat kelas kedua," katanya seperti dipetik dalam blognya, http://chedet.cc hari ini. - UTUSAN ONLINE
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Wednesday, June 5, 2013

Contoh Perkongsian Kuasa Yang Sebenarnya....


 
 

Hari ini 5 Jun 2013, bermakna sudah sebulan PRU13 dimamah usia. Walaupun baru sebulan berlalu ada yang merasakan PRU13 seolah-olah telah berlalu selama setahun. Di mana-mana kawasan masih kelihatan sehelai dua bendera parti yang masih berkibar samada sengaja dibiarkan begitu atau tidak ada sesiapa yang sanggup untuk menurunkannya kerana dahulu ianya di pasang terlalu tinggi. Bahaya.
 
Pada hari minggu 2/6/13, semasa melalui Jalan MMR2 di tiang lampu sepanjang jalan masih banyak bendera PAS/DAP dan BN yang menghiasi tiang-tiang berkenaan. Mungkin juga deposit parti telahpun dirampas oleh pihak berkuasa tempatan.
 
Sebulan berlalu, urusan negara dan urusan rakyat harian berjalan seperti biasa. tidak terasa apa-apa perubahan yang drastik selepas PRU13 ini. Sebabnya mungkin oleh kerana BN masih berkuasa di peringkat pusat dan segala-galanya terus menjadi ok.
 
Kemeriahan suasana kempen sudah lenyap kecualilah dengan adanya perhimpunan haram blackout 505 di beberapa buah negeri yang masih mampu menghidupkan suasana PRU. Itupun rasanya tidak lama lagi akan berakhir dan rakyat kembali kepada kehidupan normal. Cuma PAS biasalah, mana boleh lari dengan pendekatan berpindah randahnya seperti Kaum Badwi gembala kambing yang mesti mengadakan ceramah mingguan dan bulanan mereka demi untuk meneruskan kesinambungan kumpulan peniaga bergerak parti mereka.
 
Hampir keseluruhan dunia telahpun mengiktiraf BN selaku pemerintah yang masih berdaulat di Malaysia ini. Hubungan dua hala, diplomatik dan perdagangan juga rasanya akan berjalan seperti biasa kerana tidak banyak polisi yang berubah.
 
Keputusan PRU13, BN jelas berada diambang kehilangan kuasa. UMNO masih menunjukkan taring dan masih dominan. DAP meningkat mendadak, PKR masih mempunyai nyawa. PAS pula terpaksa menerima hakikat bahawa walaupun parti tertua, namun masih tercorot dalam kedudukan kerusi Parlimen.
 
PAS masih mempunyai Kelantan untuk di banggakan dan tidak memerlukan rakan kongsi atau gabungan untuk meneruskan pemerintahan. Apakah Kelantan akan terus miskin selepas ini, sama-sama kita nantikan.
 
DAP mepunyai Pulau Pinang dan juga tidak memerlukan rakan kongsi untuk mentadbir Pulau yang kaya tersebut. Wakil PAS langsung tidak diperlukan dan PAS terpaksalah menerima hakikat bahawa di sana tidak ada perkongsian kuasa. PAS tetap seperti melukut di tepi gantang.
 
PKR mempunyai Selangor sebuah lagi negeri kaya hasil daripada pentadbiran BN selama 50 tahun. Di sini sebenarnya berlaku perkongsian kuasa yang nyata. jika dahulu pemimpin UMNO/BN sering mengatakan bahawa tiga gabungan PKR, DAP dan PAS tidak akan mampu untuk memerintah kerana mempunyai ideologi yang berbeza antara satu sama lain.
 
PKR, DAP dan PAS mempunyai mimpi yang berbeza. Mereka ditakdirkan berkongsi kuasa dalam sebuah negeri yang kaya dan makmur. Maka mereka perlu membuktikan bahawa Selangor akan terus makmur dan menidakkan segala tduhan UMNO/BN bahawa mereka tidak  boleh duduk bersama untuk memerintah Selangor.
 
Pada PRU12 PAS hanya memperolehi 6 kerusi di DUN Selangor dan mereka tidak mempunyai pilihan kerana terpaksa menurut kehendak rakan kongsi iaitu PKR dan DAP. Suruh pergi PAS pergi dan disuruh datang PAS akan datang. Disuruh diam PAS akan diam dan disuruh pulangkan barang, PAS akan pulangkan. Itu kisah pada tahun 2008 sehingga 2013.
 
Kini keadaan tentunya telah berubah. PAS merupakan kuasa pemutus di Selangor dengan jumlah kerusi yang sama banyak dengan DAP. Jika PAS cabut, gabungan DAP dan PKR masih ada 14 + 15 = 29 kerusi dan masih boleh memerintah.
 
Dengan 15 kerusi PAS bukan lagi melukut di tepi gantang di negeri kaya dan 'lombong emas' tersebut.  PAS mesti memainkan peranan penting dalam pentadbiran Kerajaan Selangor. Jika PKR dan DAP tidak memperdulikan segala keperluan penduduk yang beragama Islam khususnya Orang Melayu, maka PAS mestilah ke hadapan dalam pembelaan terhadap nasib anak bangsa. Sesungguhnya nasib bangsa Melayu di Selangor terletak sepenuhnya di tangan PAS.
 
PAS tidak boleh lagi bertindak dan bersuara seperti pembangkang di Selangor, sebaliknya sebagai pemerintah yang berkuasa dan mempunyai peranan yang besar dalam mencorakkan hala tuju kerajaan negeri tersebut. Polisi dan dasar yang tidak menguntungkan generasi Melayu akan datang seharusnya tidak disokong oleh PAS semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan rakan kongsi mereka iaitu DAP dan PKR.
 
Di Selangor tidak ada parti yang boleh mengaku berkuasa penuh kerana jumlah kerusi yang mereka perolehi adalah seimbang. Walaupun PKR kurang satu kerusi namun dengan kerusi MB menjadi milik mereka maka secara logiknya kekuatan ketiga-tiga parti tersebut adalah seimbang kembali. Ujian getir kepada tiga parti ini adalah di Selangor. Contoh perkongsian kuasa antara mereka adalah di Selangor. Jika Selangor bergolak dan pentadbiran menjadi tidak lancar dan licin maka terbukti bahawa perkongsian tersebut   hanyalah indah khabar dari rupa.
 
Sebaliknya jika Selangor terus makmur, maju dan berjaya maka pastinya rakyat akan membuka mata dan gabungan tersebut boleh diletakkan kepercayaan yang lebih besar untuk memerintah negara pada masa akan datang. Mereka mempunyai 1800 hari lebih kurang untuk membuktikan bahawa mereka lebih baik daripada UMNO/BN seperti yang selalu mereka dakwa. Sama-sama kita lihat nanti.
 
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.

Monday, June 3, 2013

Kawan Nuar Muammer Giller Pulak Sudah Separuh Gila...


  
 

Jika tidak silaplah Tayiip Erdogan ini adalah kawan baik Nuar. Jika tidak silap lagi dia ni rasanya Perdana Menteri Turki. Hari tu jika tidak silap dia ni ada menelipon Nuar mengatakan "Tahniah Nuar, kamu menang dalam PRU13, tetapi BN telah merompak kemenangan parti kamu" . Jika tidak silap Turki ni ada Pejabat Kedutaannya di Kuala lumpur. Jika tidak silaplah Nuar pernah lari 'bersembunyi' di Kedutaan tersebut apabila sahaja Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis yang dia di liwat oleh Nuar.
 
Jika tidak silaplah Nuar pernah berkata bahawa Turki adalah negara contoh di mana pendidikan percuma dilaksanakan untuk rakyatnya. Nuar juga mengatakan bahawa Turki adalah contoh demokrasi dan kebebasan mutlak untuk rakyatnya.
 
Sekarang apa hal pulak Menteri Dalam Negerinya yang nama pun sudah pelik iaitu Muammer Guler (bunyi macam gila) sudah menahan sebanyak 1700 orang rakyatnya yang merush dijalanan. Tayiip Erdorgan kawan Nuar ni berkata bahawa para perusuh jalanan adalah mereka yang tidak demokratik dan mereka yang secara salah untuk menjatuhkan kerajaan.
 
Habis bagaimana pula Nuar menjadikan Erdogan dan Turki sebagai idola contohnya tentang demokrasi??? Sebenarnya tidak ada negara di dunia ini yang sukakan rakyatnya merusuh dijalanan.
 
Tidak ada negara di dunia ini yang polisnya akan melayan para perusuh jalanan dengan senyum simpul dan lemah lembut atau penuh bersopan santun.
 
Perusuh mesti dilayan sebagai perusuh, tidak kira apa tujuannya merusuh. Itulah yang polis Turki lakukan bagi membendung rakyatnya daripada berarak di jalan-jalan raya menuntut supaya Perdana Menterinya yang juga kawan Nuar Brahim supaya meletakkan jawatan.
 
Muameer Gila telah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh Menteri KDN kita yang baru iaitu DS Ahmad Zahid Hamidi. Peserta 'Blackout 505' sepatutnya juga dilayan dengan tear gas atau pancutan air supaya menjadi pengajaran kepada mereka agar tidak menjatuhkan imej negara ini di mata luar.
 
Nuar tentu bengkak dengan tindakan erdorgan ini dan dia mungkin sudah menelipon kawan dia itu menuntut supaya membebaskan kesemua tahanan tersebut dan tidak melarang rakyatnya daripada mengadakan rusuhan di jalan-jalan raya.
 
 

1,700 penunjuk perasaan antikerajaan ditahan

 
ANKARA 3 Jun - Lebih 1,700 orang ditahan kerana menyertai bantahan antikerajaan Turki sejak Selasa lalu yang merebak ke 67 bandar di seluruh negara.
 
Bagaimanapun kebanyakannya telah dibebaskan, kata Menteri Dalam Negeri, Muammer Güler, semalam.
 
"Sebahagian besar daripada tahanan telah dibebaskan selepas disoal siasat dan dikenalpasti," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Anatolia.
 
Beliau menambah, sebanyak 235 demonstrasi telah diadakan di Turki sejak Selasa lalu. - AFP
 
 
 
Baca juga kisah selanjutnya di sini:
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.