Saturday, June 30, 2012

Saya Panggil Ambiga Sebagai Ibu Anjing...


"Muka dah macam kelapa buruk. Orang ini jangan pakai.. Khalid Ibrahim, Zaid Ibrahim dan Nuar Brahim..."

"Alang-alang menyeluk pekasam,.."

"Saya panggil Ambiga ibu anjing dalam Parlimen.."

"Saya pandu kereta dan berdoa agar Allah sampaikan saya  ke Balai Polis Dang Wangi.... saya sampai dan saya terus buat report.."

"Selamatkan Politik Melayu..saya bertaggung-jawab dengan apa yang saya kata.."

Seterusnya tengok video ini. Cuma kena sabarlah sikit.. I jam ni..



 
Terima kasih kepada Seputih Kapas.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Maksudnya Jika Nak Popular Masuklah PAS..

Forum Artis Berpolitik.



"Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!! (Apo yang habih tu?? sonighi buek andaian)

"Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin," ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor.(Nak makan apo?.. makan nasik lah. Sapo pulak cakap joki UMNO yang Boghi.. joki memang daghi Allah swt.. sumo oghang tau..)

Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan keadaan ini seperti sudah dijangka namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. (La.. tak ado kono mongono ngan UMNO pasal tawaran bolakun ni doh.. alasan..macamlah dah lamo bona join PAS, pado hal borang bolun soghahkan laie kek Nik Aziz. )

Justeru, pelakon berusia 41 tahun ini memberitahu beliau mungkin tidak akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas ini. (Dah sibuk bocoramah, mano ado maso nak bolakun laie..)

"Saya tanya orang ramai dalam Himpunan Hijau, selepas ini saya nak buat apa? Nak makan apa? Mereka ramai-ramai jawab, apa lagi ceramahlah!" ujarnya. (La bodoh amek soalan kau Hairie oii..ghamai ahli PAS yang kayo dan makan mewah, tak yah bolakun filem doh...patut eea tanyolah dapek ko jadi calon PAS dalam PRU13 sok?, )

Hairie juga tidak bimbang kehilangan kerjayanya sebaliknya beliau kini sedang giat aktif memenuhi undangan-undangan ceramah di merata tempat.

"Dari hari ini hingga bulan puasa, jadual ceramah saya penuh. Dan lepas raya pun saya ada 'job' (ceramah) lagi," katanya.(hebat boto budak Hairie ni..ado 'job')

Bagaimanapun, Hairie menolak dakwaan bahawa penyertaan artis dalam dunia politik hari ini kerana tidak dapat projek dan kerjaya yang semakin malap.

"Sekarang ini saya rasa lebih popular, kalau dulu rakan 'facebook' saya hanya 4000, hari ini rakan saya mencecah 12 000, naik mencanak dan orang lawat laman saya itu dekat 200,000. Tidak popularkah itu?" tegas beliau. (Popular kau jang..sapo-sapo nak popular, copek masuk PAS dan mesti naik pentas ceramah... mesti kutuk UMNO/BN, mesti kata kerajaan songlap duit rakyat, duit seniman. Popularlah jadi eea)

Bercakap di hadapan hampir 100 hadirin, Hairie yang mewakili parti PAS berkata keputusannya untuk menyertai parti berkenaan bukan kerana meraih populariti sebaliknya ia adalah prinsip.(Prinsiiiiiiiiiiippppppppppppppppppppppppppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..den cayo tu..)

"Secara dasarnya kalau kita bercakap soal politik mestilah atas dasar prinsip. Saya ni masih baru jer lagi dalam dunia politik. Saya pilih untuk menyertai parti atas dasar prinsip. Perjuangan PAS berlandaskan Islam. Pada mulanya tujuan saya adalah mahu mengubah diri daripada kurang baik kepada menjadi seorang insan yang lebih baik. Jadi saya merasakan parti PAS sesuai dengan jiwa saya", hujah Hairie. (Sobijik ayat Aishah dan Bob Lokman.. Yang Islam PAS yo, oghang lain tak Islam..?? Hijrah Yang Diragui, Baca sini )

Hairie juga merelakan PAS menggunakan khidmatnya untuk berkempen bagi menarik ramai undi dalam pilihan raya nanti. (Hahahahahah.....penarik undi????)

"Saya rela membenarkan rakyat menggunakan khidmat saya untuk tawan Putrajaya," tegasnya yang merasakan tidak timbul isu artis dijadikan alat politik. (Hahahaha..tawannnnnnnnnnnnn Putra Jaya.. kositu pulak poie eaa..sobona eeaa prinsip untuk tawan Putra Jayalah.. hahaha..) 


 
Dari Facebook Nik Aziz 29/6/12, malam tadi di JB.



Himpunan Hijau Johor 29/6/12

Read More

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

No Komenlah Pasal Perkara Ini..

Nik Aziz kekal bertanding di DUN Chempaka



KOTA BHARU 29 Jun - Pas menolak khabar angin bahawa Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding di kerusi Parlimen seterusnya mewariskan kerusi Menteri Besar kepada muka baru.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai karut, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ia juga hanyalah spekulasi liar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri berkata, kepimpinan parti peringkat negeri dan Pusat sepakat memutuskan Nik Abdul Aziz akan kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka seterusnya mengepalai pentadbiran kerajaan negeri.

“Cerita-cerita itu tidak ada asas langsung, kita sudah buat keputusan Tuan Guru (Nik Abdul Aziz) akan kekal bertanding, memimpin parti dan kerajaan negeri, itu keputusan parti peringkat negeri dan Pusat, sangat-sangat jelas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini. - UTUSAN


 
"Tahniah,, masih kekal bertanding.." "Ish..ish hai...malulah"
 


Tak tahu nak cakap lagilah pasal Tok Guru ni. PAS nyata memperalatkan beliau untuk kekal berkuasa di Kelantan. PAS tidak jumpa lagi calon lain selain daripada menggunakan jenama Tok Guru ini sebagai tarikan untuk meraih undi dalam PRU13.

Nik Aziz juga pernah mengatakan yang dia nak bersara dah tetapi 'parti' putuskan dia mesti kekal bertanding di Kelantan. Parti masih memerlukan dia.

PAS menyedari pengaruh Nik Aziz dalam parti tersebut untuk menjamin kemenangan di Kelantan untuk penggal ke enam. Apa lagi alasan PAS untuk mengekalkan dia untuk bertanding?? Dari segi apa hebatnya Tok Guru ini sehinggakan jika beliau tidak ada PAS mungkin akan kecundang bukan sahaja di DUN Cempaka, tetapi juga mungkin kehilangan Kelantan kepada BN.

Jentera BN sudah mengetahui bahawa Nik Aziz akan kekal bertanding. Jadi apa strategi UMNO/BN Kelantan dalam menghadapi isu tersebut. Sudah 22 tahun sepatutnya BN sudah mahir dan faham apa kehendak rakyat Kelantan dan sepatutnya telah menyediakan plan startegi serta muslihat yang ampuh untuk merampas negeri berkenaan.

Isu anak Kelantan merantau mencari rezeki di tempat lain sudah tidak boeh digunakan. Mereka memang suka begitu.

Isu air bersih juga tidak akan menjadi kerana rakyat Kelantan telah bersedia dengan serba kekurangan tersebut.

Isu pembangunan juga tidak akan berkesan kerana rakyat Kelantan selesa dengan apa yang ada.

Isu penyelewengan oleh pemimpin PAS Kelantan juga nampaknya tidak menggugat pengaruh PAS kerana mereka juga di war-warkan dengan penyelewengan pemimpin BN.

Isu janji tidak ditunaikan walaupun diulang beribu kali sudah masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Rakyat Kelantan sudah tidak peduli dengan semua itu.

Habis semua isu sudah tidak boleh mengubah mentaliti dan pendirian rakyat Kelantan, apa lagi yang ada untuk memungkinkan UMNO/BN kembali berkuasa di Kelantan???

Mesti ada cara dan jalannya. Mesti ada sesuatu yang perlu dilakukan oleh UMNO/BN yang mungkin mengalihkan sokongan mereka kepada UMNO/BN.   

Tok Pa, Awang Adek, Alwi, Anuar Musa, Ibrahim Ali, Fatmi Salleh, Zaid Ibrahim atau Tengku Razaliegh mesti ada ramuan untuk  menumbangkan PAS ini. Takkan semuanya melepaskan tugas tersebut kepada masing-masing atau mengatakan orang itu yang patut dan orang ini yang patut. Diri sendiri tak patut.

Ramai sangat ke pengundi hantu yang membantu memenangkan PAS di Kelantan? Mungkin tidak bertemu lagi dengan kaedah terbaik kot? Jika orang luar tidak begitu memahami budaya politik masyarakat Kelantan, tokoh-tokoh di Kelantan sendiri mesti cukup faham.  


  Berkesankah psikologi ini??


Inipun tak rakyat Kelantan tak peduli

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Lagi Teguran Terhadap PAS..


Terus sokong dasar kerajaan

SHEIKH Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour (kiri) mendengar pertanyaan daripada moderator majlis, Profesor Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/MOHD NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 16 Jun - Rakyat Malaysia harus berterima kasih dan terus menyokong dasar kerajaan yang diamal selama ini kerana ia membantu membangunkan Malaysia sebagai antara negara Islam termaju di dunia.

Bekas Timbalan Syeikhul Universiti A-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata, kerajaan Malaysia yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam telah banyak melakukan kebaikan kepada masyarakat serta berusaha membangunkan (mendaulatkan) Islam dan ia seharusnya perlu terus disokong.

"Pemerintah Islam Malaysia telah lakukan banyak kebaikan serta membangunkan Islam, maka tidak patut untuk cuba menjatuhkannya terutama melalui cara tidak demokratik.

"Oleh kerana kerajaan telah lakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat, maka patut rakyat terus beri peluang dan menyokong. Jangan timbulkan sesuatu perkara yang boleh menghalang perkembangan pembangunan kerana ia boleh menjadi fitnah pula kepada masyarakat itu sendiri," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk Fiqh Mentaati Pemimpin: Cabaran Semasa Pemerintahaan Islam di sini hari ini.

Beliau adalah antara pembentang kertas kerja pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini yang bermula semalam hingga 17 Jun ini.

Seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu dalam ilmu Fiqh yang sering diabaikan iaitu prinsip membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin.

Sheikh Mahmoud Ashour turut memberi ingatan agar tiada pihak yang menggunakan Islam untuk menakutkan masyarakat.

"Dalam proses mewujudkan sebuah negara Islam, tidak wajar menimbulkan suasana takut kepada masyarakat dan tidak boleh memperjuangkan Islam secara kasar," katanya.

Beliau menekankan bahawa dalam memperjuangkan Islam, nama tidak penting, sebaliknya isi perjuangan lebih penting.

Sementara itu, Ahli Akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani berkata, masyarakat Islam perlu bersatu dalam apa jua keadaan biarpun masing-masing mempunyai perbezaan politik.

Menurut beliau, Islam tidak menghalang umatnya mempunyai pandangan berbeza tetapi ia tidak boleh menjejaskan perhubungan sesama mereka.

''Jika rakyat mempunyai pandangan berbeza dengan pemimpin, maka mereka boleh menegurnya secara baik kerana rakyat perlu memuliakan pemimpin dan mereka perlu mentaatinya dalam hal kebaikan.

''Rakyat juga tidak boleh mengikut pemimpin secara membabi buta selain mendoakan segala yang baik kepada mereka jika mereka tidak berlaku adil," katanya. - BERNAMA



 
    


 
JB 29/6/12

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Friday, June 29, 2012

Kita Sebenarnya Serupa...

Khir Toyo sah tidak bertanding pada PRU-13


KUALA LUMPUR 28 Jun - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Dr Mohamad Khir, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama: “Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."

Doktor gigi itu juga berkata, beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.

Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai Menteri Besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU 2008.
Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.

Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.

“Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baharu, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan Menteri Besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.

Lain-lain yang menyatakan hasrat untuk tidak lagi bertanding dalam PRU13 kelak antaranya ialah:


"JB sudah ada pelapis.."



"Tak perlu hantar namo ese.."


'I dah cukup dah..."



"Bagi orang lain pulak.."


 
 
"Enough is enough.. I tak mahu tanding lagi.."

Kenal siapa ni??



You ingat I guna kerusi roda tak boleh menang???

"I nak bertanding parlimen pulak.."

Kongsep 1Malaysia menyaksikan banyak sangat Transformasi yang diperkenalkan oleh PM. Sekarang rakyat nak tengok transformasi dalam politik pula. Sudah dimulakan dengan arahan supaya pemimpin turun padang dan mendekati rakyat, ambil tahu hal rakyat, mesra rakyat dan jangan ego, jangan sombong, jangan perasaan dan jangan bolot kontrak..

Cuma sekarang rakyat nak tengok transformasi dalam aspek pemilihan calon-calon UMNO/BN. Yang sudah berusia jika tiada jawatan penting elok disarakan. Yang sudah otai dan sudah bertanding 3,4,5 dan 6 penggal juga elok memberi laluan kepada calon baru yang fresh..

Ramai calon baru UMNO/BN yang berkaliber esok maka pembangkang akan gigit jari.. Yang berundur atau diundurkan jangan cah keting.. mesti bantu calon baru dengan ikhlas bukan setakat kata-kata manis di bibir sahaja.

Sebenarnya ramai jumlah mereka yang patut bersara dalam dunia politik ini jika hendak disenaraikan samada yang mewakili UMNO/BN mahupun yang mewakili pembangkang..

 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Nik Aziz Dan Dr Mazza

Jika ada yang telah lupa, mari kita baca peringatan oleh Hamid Airborne ini. Jokiden juga teringat surat Dr Lolo kepada Dr mazza suatu ketika dahulu yang seolah-olah 'melarang' keras dr Mazza ini daripada menyertai UMNO. Tak masuk PAS tak apa tetapi jangan join UMNO..


Mungkin sebab itu sehingga ke hari ini beliau masih selesa berada di luar UMNO walaupun pernah menjadi Mufti Negeri Perlis semasa era Datuk seri Shahidan Kassim suatu waktu dulu.


 

Membongkar perangai Nik Aziz


PADA suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.

Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

Sebenarnya ajaran agama yang boleh dikategorikan sebagai sesat yang dibawa oleh penceramah dan penyokong Pas ialah dikatakan jika orang-orang itu mati dalam UMNO maka dia akan dimasukkan ke neraka. Jika orang-orang kita mati dalam Pas akan dimasukkan ke syurga.

Bab mati ini, harap-harap kita akan mati dalam Islam sahajalah, dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.

Sesetengah Mat Rempit pun ada berkata bahawa mereka juga akan dimasukkan ke syurga jika mati kemalangan semasa merempit kerana 'mati di jalan yang lurus'.

Dalam al-Quran ada ayat menyuruh kita berbuat baik, jangan berbuat jahat dan terus beribadat kepada Allah. Dalam al-Quran juga ada ayat menyuruh kita berlumba-lumbalah membuat kebaikan.

Setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April 2011 yang lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN di Sarawak.

Kenapa pula beliau tidak sebut yang Pas langsung tidak menang apa-apa kerusi DUN?

Sebelum itu ada seorang pemimpin Pas Sarawak berkata, penyertaan Pas dalam PRU DUN Sarawak adalah untuk berdakwah.

Pelik bunyinya! Namun orang Islam Sarawak menolak Pas secara baik. Tetapi Nik Aziz sakit hati dan mengeluarkan kenyataan "orang Sarawak bodoh pakai cawat".

Dulu Nik Aziz ada berkata kepada orang di Tenang, Johor yang menolak Pas dalam PRK DUN N5 Tenang sebagai "orang Arab Jahiliah".

Nik Aziz sudah tua, sebaik-baiknya bercakaplah elok-elok sikit melambangkan kita ini ulama, berimej Islam yang tinggi melalui pakaian serban, berjubah dan berjanggut.

Ini tidak, tua-tua pun mulut masih jahat dan sewajarnya malulah kepada generasi muda. Harap Nik Aziz boleh faham suara daripada tulisan orang muda ini.

Pada tahun 1990 selepas Nik Aziz mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan, kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Nik Aziz ialah perempuan tidak boleh bekerja malam di Kelantan. Semua pemimpin Pas sokong.

Persoalannya, bagaimana pihak hospital kerajaan atau klinik swasta yang semua doktor wanita atau jururawat wanita tidak bekerja malam untuk menghadapi ibu hendak beranak?

Adakah doktor lelaki atau pembantu hospital lelaki yang perlu ditugaskan menyambut kelahiran itu? Atau adakah kita meminta dan menyuruh ibu tersebut tunda beranak hingga ke pagi esok?

Selepas itu Nik Aziz kata perempuan cantik tak perlu kerja kerana perempuan cantik akan dilamar segera dan boleh berkahwin. Tetapi di pejabat MB, TMB, Exco-Exco semuanya terdiri daripada wanita-wanita cantik belaka.

Nik Aziz juga ada berkata bahawa orang perempuan tidak boleh jadi pemimpin tetapi hari ini dibolehkan pula.

Ramai wanita di kalangan Muslimah Pas menjadi calon PRU atau PRK dan ada yang dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Hukum Islam atau Fatwa yang keluar daripada mulut Nik Aziz itu sentiasa berubah-ubah mengikut seleranya dan dengan itulah maka ramai orang berkata, Pas itu adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran yang berubah-ubah.

Orang bukan Islam yang makan daging 'kz' 3 kali sehari dinobatkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Tak logik langsung. Orang-orang UMNO punya satu kiblat dengannya dikatakan kafir kerana tidak menyokong partinya dan bermacam- macam lagi. Kita tidak boleh berpecah-belah dalam agama kerana ini memang ada larangan daripada Allah. Rujuk al-Quran Surah Al-An'Aam Ayat 159 dan ikrar kita di ayat seterusnya, Ayat 160 hingga 163.

Nik Aziz juga pernah berkata bahawa beliau tidak minta pun dilahirkan sebagai orang Melayu. Nik Aziz juga ada berkata bahawa Islam tolak kebangsaan. Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah dia menentang penciptaan Allah kepadanya. Dalam al-Quran ada satu surah bernama 'Pencipta' iaitu Surah Faatir. Surah Faatir Ayat 1 ada menerangkan penciptaan Allah. Adakah Nik Aziz tidak membaca al-Quran?

Adalah menjadi hak Allah untuk mencipta sesuatu. Allah cipta kita sebagai orang berbangsa Melayu, Jepun, Bugis dan bangsa-bangsa lain.

Di Kelantan Nik Aziz sebagai MB, ada sebuah jabatan kerajaan negeri bernama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, adakah itu bukan kebangsaan. Di negeri sendiri pun ada unsur-unsur Kebangsaan. Seorang Exco baru Selangor daripada Pas pun memegang Exco yang ada kaitan dengan Kebangsaan. Dari Forum Utusan Malaysia 25/6/12

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Thursday, June 28, 2012

Kito Bukan Tunggo..!!!! Tengok Nanti Sapo..

 

Tunggo ialah pangkal pokok kayu yang telah mati, reput, tak boleh nak digunakan lagi walau untuk apa sekalipun. Selalunya yang dipanggil tunggo ialah pangkal pokok yang besar. Perbidalan kepada manusia ialah sesiapa yang duduk diam, tidak berbuat apa-apa dan tidak mendatangkan sebarang hasil.

Tok Mat MBNS secara sinis mengingatkan pembangkang yang kononnya akan menawan Negeri ini dalam PRU13 kelak jangan bermimpi di siang hari.

"Ada oghang koba, PRU13, tahun nak monawan Nogori Sombilan..dio ingat kito ni apo..? tunggo ko..tengok sapo besok...apolak nak poning-poning kopalo.."

Beliau berkata demikian semasa merasmikan MAHA NS di Paroi pada 25/6/12.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Wednesday, June 27, 2012

Ada Sesiapa Boleh Tafsirkan..


YAbhg Bekas Wanita Pertama Malaysia.


 

YAbhg Wanita Pertama Malaysia Sekarang



YB Nurul Izzah

Isu isteri pemimpin negara yang tidak memakai tudung kepala ini telah menjadi polimik sejak dulu lagi. Selalunya yang memperbesar-besarkan isu ini ialah puak pembangkang apabila sudah tidak mampu lagi untuk berhujah tentang perkara lain.

Jika kepala tidak bertutup tetapi hati mulia, ok jugak. Jika kepala bertutup rapi tetapi hati tidak bersih bagaimana pula?.

Ada wanita yang bertutup rapi tetapi beromen di taman bunga Kuala Lumpur atau di Taman Tasik Titiwangsa. Ada juga yang menutup rambut mereka tetapi paras lutut ke bawah terbogel..

Pertanyaan?

1. Diantara ketiga-tiga wanita di atas siapakah yang masih datang haid atau datang kotor atau masih 'period'?

2. Diantara ketiga-tiga wanita di atassiapakah yang  masih mempunyai keinginan untuk berkahwin lagi? 

Setelah menjawab dua soalan cepu emas yang mudah tersebut ada sesiapa yang boleh mentafsirkan maksud Surah An- Nur ayat ke 60..??
 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Lagi Bukti PAS Memperalatkan Agama..

 

11 fakta PAS bukan mendaulatkan agama, sebaliknya hanya memperkudakan agama untuk mendaulatkan kuasa.

1. Maksud perjuangan untuk dunia dan bukan akhirat. Lisan kata untuk keredhaan Allah, perbuatan lebih menampakkan untuk mencapai keredhaan makhluk.

2. Niat tidak ikhlas kerana Allah dan bertindih-tindih. Untuk Allah ya, untuk kuasa pun ya.

3. Nabi mendaulatkan agama dengan kasih sayang tapi PAS daulatkan agama dengan mengadaikan silaturrahim dan umat Islam berpecah.

4. Nabi tolak tawaran untuk menjadi raja demi kedaulatan agama, tapi PAS memang berusaha untuk jadi penguasa untuk mendaulatkan agama juga katanya. Jadi cara PAS sama sekali bertentangan dengan cara nabi.

5. Nabi tak yakin dengan kuasa, kedaulatan agama boleh tercapai, tapi PAS yakin hanya dengan kuasa kedaulatan Islam boleh terpelihara. Jelas, yakin Nabi dengan yakin PAS sama sekali bertentangan. Jika yakin nabi kepada Allah, yakin PAS pula selain kepada Allah, yakin juga kepada yang selain dariNya.

6. Nabi laksana hudud di atas kerelaan si pesalah, iaitu dengan pengakuan secara rela kerana mengakui kesilapan dan ingin bertaubat seterusnya meminta dia dihukum di dunia lagi sebagai bukti mereka benar-benar bertaubat. PAS pula mahu amal hudud melalui kuatkuasa undang-undang yang perlu diluluskan oleh 2/3 ahli dewan rakyat. Masalah kerelaan dan taubat tidak timbul langsung.

7. Maksud hudud nabi adalah kejayaan selepas mati untuk si pesalah yang bertaubat sebelum mati. Maksud hudud PAS adalah untuk memberitahu rakyat bahawa parti mereka mahu melaksanakan hudud tapi dihalang oleh UMNO. Maknanya, mereka mahu memberitahu rakyat bahawa UMNO tolak agama. Itu saja. Tiada hubung kait dengan "kerana Allah" dan kehidupan selepas mati. Jika pesalah dihukum rejam melalui hudud paksa PAS, belum tentu si pesalah itu bertaubat dan mendapat kejayaan syurga selepas mati.

8. Bagi PAS, perjuangan yang dibawa oleh UMNO, salah dari sudut agama dan tidak boleh dikompromi, tetapi perjuangan mereka menggunakan landasan demokrasi berparlimen dan sistem undi juga jelas bukan datang dari Islam. Boleh pula dikompromi dan tidak salah.

9. Perjuangan nabi adalah untuk memastikan setiap dari umatnya beriman dengan Allah dan bersaksi bahawa Muhammad itu utusanNya. Seterusnya setiap manusia akan mendapat kejayaan di alam yang kekal abadi. Perjuangan islam PAS, perjuangan berpilih-pilih ibarat kasih bertompok-tompok, benci melata-lata. Yang patut dikasihi, dibenci. Yang patut dibenci dibuat kawan. Yang patut disokong, ditentang. Yang patut ditentang, dia subahat pula.

10. Nabi tidak pernah menjatuh hukum seseorang itu kufur dan jatuh kafir, walaupun baginda tahu ada 83 orang munafik di kalangan sahabat ketika itu. Baginda hanya memberi senarai munafikun ini kepada penyimpan rahsia baginda, Huzaifah r.a dan tidak menghebahkannya kepada umum. Tapi PAS, hari-hari ceramah menjatuh hukum kepada sesiapa saja yang tidak sealiran dengan perjuangannya.

11. Perjuangan Islam PAS tidak dapat bebas dari sifat yang dibenci nabi, iaitu bohong, fitnah dan dusta, sombong, riak dan takabbur. Jika tak percaya selalu-selalulah pergi dengar ceramah PAS.

Kesimpulannya,

Perjuangan PAS bukan perjuangan untuk mendaulatkan Islam. Realitinya, PAS hanya menjadikan Islam sebagai perkakas untuk menyempurnakan cita-citanya untuk berkuasa.

Kononnya hanya dengan cara melalui kuasa saja Islam boleh didaulatkan di negara ini. PAS menjatuhkan hukum syirik kepada Umno, apabila ada kalangan pemimpin Umno berkata, "hanya Umno yang mampu memimpin negara ini".

Bagaimana pula hukumnya, apabila PAS berkata, "hanya dengan cara mendapat kuasa terlebih dahulu, barulah Islam dapat didaulatkan"???


Dicilok dari blog Kepal Nasi Kepal Beras

Tuesday, June 26, 2012

Nuar Sibuk Sangat Nak Berdebat.. Nah Amik Kau..



"Saya akan tepis, saya akan elak..saya akan bersilat.."

Apa tujuan sebenarnya Nuar ni nak  ajak orang berdebat?. Nak publisiti percuma, nak keluar TV, media arus perdana? Nak menegakkan benag dia yang sentiasa basah tu? Nak bagi Obama atau Endorgan tengok?  Berdebat pasal isu apa??

Dia mengajak, dia pulak tentukan orang yang dia nak lawan bertekak. UMNO/BN mempunyai tokoh yang mahir untuk berhadapan dengan dia jika benar-benar ingin berdebat. UMNO/BN boleh hantar Dr Chua Soi Lek sebagai wakil. Nuar ada berani.?

UMNO/BN boleh hantar Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO untuk berhadapan dengan dia. Berani?? Jangan bersembunyi atas alasan mereka itu tidak setaraf. Ahli Parlimen sama taraf tak kira apa jawatannya. Jawatan Ketua Pembangkang tidak memberi kelebihan kepada Nuar seolah-olah sama taraf dengan PM.

Sesiapa layak jadi Keyua Pembangkang. LKS pernah jadi, Hj Hadi pernah jadi dan Mahpooozzz Bean juga layak menjadi Ketua Pembangkang.

Jika jawatan dia selaku Ketua Pembangkanglah hendakl digunakan sebagai alasan untuk mencabar PM berdebat dengan dia, ish..ish.. tak payahlah Nuar.

Kalau Nuar tak berani berhadapan dengan Chua Soi Lek atau Ahmad Maslan, apa kata Nuar ajak Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berdebat secara live dengan dia. Takut jugak??? Jangan pandang rendah kepada Tan Sri Isa, walaupun dia rendah dari Nuar tetapi soal berhujah walau tentang isu apa pun, dia mampu.

Tak apalah, jika Nuar juga takut berhadapan dengan Tan Sri Isa, maka UMNO/BN boleh menghantar Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengan dia. Ada Berani Nuar???.

Dengan Khairy ni banyak isu boleh ditimbulkan oleh Nuar, seperti Altantunya, Monggolia, Razak Baginda, FGVB, kisah Khairy hantar passport dia, kisah RM3 billion, kisah pengundi hantu dll. Pendek kata sebutlah apa isu sekalipun. Bagaimana rendang begitulah tarinya. Beraniiiiiiiiii???? 

Jangan asyik mengajak orang berdebat dan apabila orang tidak melayan kerenah dia, maka dia pula melemparkan pelbagai tuduhan semula. Kalau berani berdebat dengan Khairy.. esokpun boleh mintak RTM buat siaran langsung.

Sebenarnya tidak ada apa keperluan untuk berdebat dengan ahli politik bernama Nuar bin Brahim ni.. Tak ada isu penting. Sebab semua yang dia sebut, semua yang dia ceramahkan adalah andaian semata-mata. Semua yang dia hamburkan adalah fitnah. Dia banyak bukti kukuh dalam satu-satu isu, nak bongkar berpuluh kali dah, tetapi tidak ada pun yang dia bongkarkan dan buktikan selain daripada mengajak rakyat bermain dengan persepsi.Memainkan sentimen kebencian rakyat semata-mata.

Kalau dia ada bukti kukuh dalam banyak hal, lama dah dia mintak Queen Council bertindak. Tidak ada buktipun dia sibuk melalak mengata itu dan mengata ini, apa lagi ada bukti, tentu tak sempat siang dia nak melanyak orang itu. Jika dia ada bukti Syed Mokhtar kroni UMNO/BN lama dah dia bawak benda tu ke mahkamah, sebab dia nak orang benci kepada Syed Mokhtar yang banyak membantu UMNO tersebut.

Kalaulah dia ada bukti kukuh, mengatakan kerajaan bill out Mirzan Mahathir suatu waktu dulu, lama dah dia bongkarkan kes itu di mahkamah. Lama dah dia akan malukan Tun Mahathir dan keluarganya. Setakat cakap dalam ceramah, apa ada standard Nuar oii.. Setakat goyang-goyang kertas dan kata orang itu call dia, orang ini sms dia, Mahpooozzz Bean pun boleh buat. So Nuar bila nak cabar Khairy berdebat..??? Cabarlah.. You cabar Khairy kul 10 malam, seminit selepas itu Khairy akan respon, anytime, anywhere.. Cabarrrrrrrrrrrrr!!! Read More.   

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

Islam Minoriti Telah Mula Menjadi Kenyataan..


Apabila kuasa politik lenyap, maka penyesuaian terpaksa dilakukan dalam menjalani rutin kehidupan harian golongan minoriti di dalam sesebuah negara. Ini berlaku kepada semua kelompok manusia di dunia ini. Cuma masa sahaja yang akan menentukan penyesuaian itu berlaku samada secara drastik ataupun secara beransur-ansur ataupun secara halus dan tidak di sedari.

Serupa tapi tak sama, seorang ada misai, seorang lagi tiada:







 


Di Malaysia Islam dapat dimartabatkan kerana pemegang kuasa ialah UMNO/BN. Jika suatu hari nanti Melayu hilang kuasa sepenuhnya di bumi ini hasil kerjasama PAS, PKR dan DAP, maka kedudukan istimewa agama Islam ini juga akan turut berubah.

 
Lihat apa yang berlaku di Amerika, di Palestine, di China, di Myanmar, di Filipina dan di Singapura. Kelompok minoriti Islam terpaksa akur dengan segala undang-undang yang tidak menyebelahi mereka. Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan kehendak majoriti rakyat di sana.

Tun Dr Mahathir kerap kali mengingatkan bahawa Orang Melayu kini berpecah kepada 3 kelompok terbesar dan ini melemahkan Orang Melayu dalam segala segi, terutamanya dalam politik.

Bila selalu diingatkan maka orang akan berkata ini semua dakyah UMNO yang ketandusan isu. Ini usaha UMNO untuk mengekalkan kuasa. Ini usaha terdesak UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya terus bersatu.

Ini betul-betul, bukan cubaan. Penyesuaian telah mula berlaku di Pulau Pinang secara halus, secara beransur-ansur. Tapak masjid boleh dilenyapkan dari peta pembangunan dengan alasan tempat itu tidak sesuai. Isi khutbah boleh di ubah-ubah mengikut kesesuaian. Doa untuk LGE boleh saja di selitkan. Doa untuk pemimpin Islam boleh ditiadakan.

Perarakan maulud yang sinonim dengan masyarakat Islam sejak berkurun lamanya boleh saja ditiadakan. Bacaan Al-Quran di waktu subuh dengan pembesar suara boleh sahaja ditamatkan dengan alasan mengganggu kelunakan waktu mimpi warga atau kaum lain.

Akan lebih banyak lagi peraturan baru yang menjengkelkan akan diperkenalkan di PP dan tentulah semuanya itu akan diterima oleh PAS yang kononnya mempertabatkan Agama Islam tetapi sebenarnya lebih mengutamakan perasaan sekutunya DAP. Lebih tepat lagi PAS takutttttt!!!!!!

Pelbagai hujah akan digunakan oleh PAS nanti untuk menghalalkan segala peraturan tersebut. Terkini MAIPP membenarkan Khatib luar membaca teks sendiri. MAIPP juga membenarkan masjid digunakan untuk berpolitik ke partian. Alasan MAIPP mudah iaitu "kita mahu sesuatu itu rengkas" Ini akan membawa huru hara dan pecah belah yang besar kelak. Baca seterusnya di MPP Online.

Bila kita bercakap tentang sesuatu yang bakal terjadi mudah sahaja penyokong tegar PAS  menuduh UMNO hendak menakut-nakutkan rakyat dengan agenda sulit DAP. Mulai sekarang penganut Islam di PP belajarlah untuk masuk kandang kambing membebek, di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Apapun kalian tidak bersalah sepenuhnya. Yang turut bertanggung-jawab tentang kekerdilan Islam di PP ialah Nuar Brahim dan Nik Aziz.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Ingatkan Nizar Ni Dah Berhenti Meroyan..Rupanya Tidak Dan Masih Lagi..


Tuan-tuan tengok video di bawah ni, Nizar dengan muka buat-buat sayunya mempertikaikan tentang pemberian bantuan untuk pemandu teksi membeli tayar sebanyak RM520.00. Dia mendakwa bantuan tersebut tidak akan sampai kepada pemandu sebenar, sebaliknya akan pergi kepada kroni UMNO/BN iaitu Syarikat pemilik teksi berkenaan.


 
 

Dia mendakwa bahawa PM telah melutut kepada 70,000 pemandu teksi. Dia mendakwa rasuah RM15,000.00 kepada peneroka Felda tak apa lagi. Rasuah BR1M tak apa lagi, KR1M masih tak apa. Tetapi bila pemandu teksi juga dapat, maka Nizar tidak boleh tahan lagi, terus meroyan. Sebab itu dulu pernah Jokiden berkata, pembangkang ni jangan berkira-kira nak buat banyak sangat untuk rakyat, nanti PM, UMNO/BN tunaikan, kan susah jadinya.

Nizar ni agaknya sudah lupa bahawa dia pernah memegang lilin dengan penuh sayu, khusyuk semasa meraikan kematian Teo Beng Hock hasil kerja jahat DAP tetapi dituduh SPRM pulak yang bertanggung-jawab terhadap insiden tersebut.

Sanggup kau Nizar..!!!??

Bagusnya dia ini ialah dia menjadi labialiti kepada PAS dan pakatan haram. Tidak bagusnya dia ialah dia suka sangat mengikut telunjuk DAP terutamanya Ngeh dan Ngah di Perak tu. Tidak cerdiknya pula dia ni ialah bila dia mempertikaikan tindakan Sultan Johor membida nombor pendaftaran WWW1. Paling bengong pula ialah tindakan dia 'mohon derhaka kepada Sultan Perak.

Paling lucu pula ialah sehingga ke hari ini dia masih merasakan dia Menteri Besar Perak yang sah dan Dr Zamri adalah tidak sah kerana 'merampas' jawatan tersebut dari dia. Paling meroyan ialah bila dia bersidang di bawah pokok sama macam di negeri Pasir Dua Butir.

Paling tidak bertanggung-jawab pula ialah bila dia memfitnah PM dalam kebanyakan ceramahnya sehingga menakutkan kaum asing seperti yag berlaku di Hulu Selangor. Dia fitnah PM dengan mengatakan PM telah memanggil semua Panglima ATM, berbincang apa yang perlu dilakukan sekiranya BN hilang kuasa dalam PRU13 kelak.

 
Paling tidak patut pula ialah di Stadium Darul Aman Alor Star bulan lalu dimana dia meramalkan PAS akan hanyut dan kecundang di semua peringkat.

Yang sadisnya tentang Nizar ni dia lupa tentang banyak perkara yang dia lakukan termasuk surat-surat kelulusan yang dia tanda tangani semasa menjadi Menteri Besar sementara.

Yang tidak ingin kita lihat ialah bila Nizar menyanyi di pentas ceramahnya dengan senikata yang diubah suai mengikut suka hati dia. Betul-betul merosakkan seni lagu.

Paling menyeronokan tentang Nizar ini ialah dia muka tak malu dan suka melambai..


Dengan Husam Musa dia tak boleh ngam, tetapi dengan Mahpooozzz Bean mungkin dia boleh duduk semeja. Ramalan Jokiden, dia bakal mengambil alih tempat Nik Aziz kelak..

 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

Monday, June 25, 2012

Dulu Ini Kerja Pemuda UMNO.. Kini Tugas Perkasa..


 

Beberapa hari dulu terbaca komen seseorang mengatakan  dulu apabila kedaulatan negara 'diusik' dalam apa bentuk sekalipun maka Pemuda UMNO akan tampil menjuarai isu berkenaan. Hairannya dalam kes kehadiran diplomat Singapura ke perhimpunan bersih tempoh hari, tidak kedengaran pula suara bantahan keras oleh Pemuda UMNO.

Begitulah lebih kurang kenyataan tersebut.  Dulu lain, sekarang lain. Pendekatan di zaman Datuk Senu, di zaman Datuk Harun, di zaman Syed Jaafar Albar adalah tidak sama dengan pendekatan di zaman Hj Suhaimi, Nuar Brahim dan Dato' Seri Mohd Najib.

Begitu juga pendekatan Pergerakan Pemuda UMNO di zaman Datuk Hisham dan Khairy Jamaluddin dalam mendepani pelbagai isu yang membabitkan maruah Orang Melayu, maruah negara adalah berlaianan samasekali. Masa berubah namun perjuangan tetap diteruskan.

Munculnya terlalu banyak badan-badan NGO selepas PRU12 sebagai jurucakap kepada ketuanan Melayu dan hak-hak Melayu, mencerminkan betapa tidak berkesannya peranan yang selama ini dipikul oleh UMNO. Tun Mahathir pernah berkata sekiranya UMNO kuat semua persatuan atau badan-badan NGO tersebut seolah-olah tidak relevan. Kewujudan mereka juga tidak diketahui atau tidak diendahkan.

Keputusan PRU12 menyaksikan perubahan dalam senario sosio politik dalam negara. UMNO semakin dilihat tidak mampu untuk bersuara bagi membela kepentingan Orang Melayu yang sentiasa disentuh oleh banyak pihak, kerana kehilangan banyak kerusi dalam PRU tersebut.

'Kegagalan dan kelemahan' UMNO dalam menyuarakan kepentingan orang Melayu selepas PRU12 menyebabkan badan-badan NGO muncul seperti cendawan tumbuh selepas musim hujan.

Melihatkan kedudukan orang Melayu semakin dipertikaikan, melihatkan agama rasmi negara semakin dipersendakan dan kewujudan institusi Diraja sudah mula dipersoalkan, maka Datuk Paduka Ibrahim Ali telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan PERKASA.

Dalam waktu yang singkat Perkasa mendatangkan impak yang besar. Kehadiran Perkasa dirasai. Orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja seolah-olah dapat pembela baru yang berkesan. Semua lapisan rakyat menyertai Perkasa dengan seronok. Ramai pemimpin dan bekas-bekas pemimpin UMNO yang bersama Perkasa.

Kejayaan Perkasa mengumpulkan begitu ramai ahli dalam waktu yang singkat membuktikan bahawa jika ada pihak yang berani mempertahankan orang Melayu, maka pihak tersebut akan mendapat sokongan menyeluruh.

Perkasa seolah-olah menguasai buat sementara waktu dunia politik orang Melayu. Semua isu yang menyintuh hak istimewa Orang Melayu dan agama Islam ditangani dan dijuarai oleh Perkasa. Dalam tempoh 2 tahun terlalu banyak kisah Perkasa ini jika hendak disenaraikan.

Bukti kewujudan dan keberkesanan Perkasa ialah NGO ini tidak disenangi oleh kaum lain. Tidak disenangi oleh parti politik bangsa lain bukan sahaja daripada parti politik pembangkang, tetapi juga oleh parti komponen BN sendiri. Malah terdapat dikalangan pemimpin UMNO yang begitu lantang mengkritik Perkasa.

Kemuncak kepada kahadiran Perkasa ialah apabila parti kaum Cina khususnya DAP meglabelkan PERKASA sebagai pertubuhan haram dan NGO paling rasis.

Ternyata isu-isu yang suatu ketika dahulu dijuarai oleh UMNO, jika berlalu tanpa perhatian pastilah Perkasa akan tampil. Tidak ketinggalan dalam isu Diplomat Singapura yang menyertai Bersih 3, akhirnya Perkasa muncul dan menyatakan bantahan keras mereka bagi pihak rakyat Malaysia. Apapun tanggapan pihak lain samada Perkasa hendak menangguk di air yang keruh, hendak mengambil kesempatan atau hendak mengambil nama, rakyat pasti bersetuju dengan tindakan Perkasa tersebut.


Huh!! Geram sungguh wajah Tok Him ni..


Di Kedutaan Singapore


Ini baru 250 orang..


Apapun alasan di pihak Singapura tentang kehadiran diplomat mereka ke perhimpuan haram bersih, Perkasa telah menyatakan dengan jelas bahawa rakyat negara ini tidak rela negara asing mencampuri urusan dalaman negara berdaulat ini. Itu mesti difahami. Tahniah Perkasa.    

Bantahan di hadapan pejabat pesuruhjaya Singapura



KUALA LUMPUR 25 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia di sini, bagi mendesak kerajaan republik itu memanggil pulang tiga diplomatnya yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 250 ahlinya berlangsung selama setengah jam pada pukul 1.30 petang sebelum Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyerahkan memorandum satu muka surat kepada pegawai di pejabat pesuruhjaya itu. - UTUSAN

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Sunday, June 24, 2012

Aireen Dengan Misha Ni Ada Kena Mengena Ke..?


“Saya bukan boneka"


RAUT wajahnya tenang walaupun diasak dengan pelbagai soalan yang adakalanya agak panas. Namun beliau jelas bersedia menjawab pelbagai soalan sekali gus membuktikan kebolehan dan kemampuan dirinya.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif AirAsia yang baru bagi operasi di Malaysia, Aireen Omar, beliau terharu dengan pelantikan yang baginya agak mengejutkan.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID, SARAH NADLIN ROHIM dan jurugambar Djohan Shahrin, Aireen menjelaskan beliau rasa dihargai kerana ahli lembaga pengarah memberikan kepercayaan kepadanya untuk menerajui syarikat yang membuat keuntungan besar dan mempunyai jenama yang dikenali di seluruh dunia.

Pada masa sama, beliau menyedari tanggung jawabnya bukanlah mudah kerana perlu mengambil tahu 5,000 kakitangan dan perlu memahami semua aspek perniagaan selain meneroka bidang-bidang baru.

Aireen yang tampil anggun pada usia mencecah 40-an, turut menolak andaian yang beliau akan menjadi boneka kepada Tan Sri Tony Fernandes dan berazam melakukan yang terbaik bagi membuktikan keupayaannya. Seterusnya Baca Di Sini  24 Jun 2012


 

Boss and me.. 




Pertanyaan, Aireen Omar  dengan Misha Omar ni adik beradik ke? Iras ada hahaha..



"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Habislah.. Tun Mahathir Mohamad Bersuara Lagi....

 

Malaysia membangun mengikut kadar yang sepatutnya dan dijangka mampu menjadi negara maju pada 2020. Malaysia juga diurus dengan baik oleh BN sejak 50 tahun dahulu. Keadaan di Malaysia tidak sama dengan keadaan di negara-negara Arab. Itu antara pendapat terkini daripada mantan Perdana Menteri dalam entry di blog beliau.

 
Rakyat yang rasional bersetuju dengan pandangan beliau. Namun rakyat yang mempunyai rasa rendah diri, yang ego, yang gila hendak berkuasa sudah tentulah berasa skeptikal dengan saranan tersebut.

 
Ada rakyat yang cerdik dan berilmu tetapi memandang rendah pula kepada orang lain, yang sering merasakan diri sendiri hebat, juga akan mempunyai pandangan yang berbeza dengan mantan PM ini.

 
Untuk mencari kesempurnaan adalah hampir mustahil dalam negara berbilang bangsa, keturunan, suku kaum, adat resam budaya dan agama ini. Kemampuan kerajaan UMNO/BN menjamin kestabilan negara dan menjaga keamanan ini sudah cukup menjadi bukti bahawa kerajaan ini penuh bertanggung-jawab.

 
Kepincangan berlaku di mana-mana, bukan sahaja dalam urusan pentadbiran negara ataupun di dalam urusan parti politik, tetapi meliputi semua kehidupan.

 
Pembangkang sering menyalahkan kerajaan terutamanya UMNO/BN dan Perdana Menteri dalam apa sahaja isu. Ini boleh difahami kerana mereka mesti memomokkan kerajaan demi kelangsungan nyawa politik mereka. Jika mereka asyik memuji kerajaan pula, nasib masa depan politik mereka pastilah kabur. Namun kebenaran dan bukannya fitnah yang dituntut oleh rakyat daripada pembangkang. Peranan mereka sebagai kumpulan pengimbang mestilah berpaksikan fakta dan kebenaran.

 
Tidak ada yang sempurna. Menguruskan sebuah keluarga kecil tetap mencabar, inikan pulak dalam menguruskan negara dan rakyat sebanyak 28 juta orang. Dalam setandan kelapa mesti ada yang mumbang.

 
Dalam sebuah keluarga tegar penyokong PAS di Kelantan, mungkin ada seorang dua yang menyokong UMNO. Begitu juga dalam sebuah keluarga seramai 9 orang penyokong kuat UMNO di Felda Bukit Jalor mungkin ada satu atau dua orang yang berbeza fahaman politik dan menyokong pembangkang.   

 
Dalam berpuluh ribu pemandu teksi di seluruh negara pasti ada penyokong pembangkang yang tidak akan berterima kasih dengan pemberian tayar percuma oleh kerajaan UMNO/BN.

 
Dalam beratus ribu kakitangan awam yang menerima gaji  setiap bulan daripada kerajaan UMNO?BN, masih ada segelintir yang berkiblatkan pembangkang dan mencari pelbagai alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka seterunya untuk menghalalkan gaji yang mereka terima.

 
Kita tidak terperanjat di dalam organisasi PDRM masih ada orang Nuar. Di dalam dunia media masih ada yang bersimpati dengan Nuar. Di dalam SPR masih ada kaki tangan yang menyalurkan maklumat ataupun melakukan sabotaj terhadap kerajaan. Musang berbulu ayam ada di mana-mana. Pemimpin UMNO yang terlibat dengan politik wang di zaman Nuar sekitar tahun 1990 hingga 1993 masih ada yang memegang kuasa sampai hari ini.

 
Di dalam GLC, walaupun mereka sedar mereka berada di situ atas sebab UMNO/BN namun masih ada yang ego dan merasakan diri hebat, lalu mengalihkan sokongan kepada musuh kerajaan. mereka ini memberi komen menerusi kerusi empuk di dalam bilik yang nyaman di bangunan mewah. Sedangkan mereka lupa jika tidak kerana kesanggupan orang-orang UMNO memanjat tiang dan pokok untuk  menggantung bendera parti, mereka belum tentu berada di situ. 

 
Dalam komuniti koperat dan perbankan juga terdapat ramai yang percaya kepada Nuar, Nik Aziz dan LGE dan percaya mereka akan mendapat kuasa dan perlu disokong. Masih ramai yang menaruh harapan dan membina impian.  

 
Tidak semuanya baik dan ada yang 'jahat' Di kalangan pemandu teksi ramai yang berhemah, menjaga tertib, menjaga penampilan dan tidak menipu. Tetapi pasti ada yang mengambil kesempatan dengan mengenakan tambang sehingga RM100.00 dari KLIA ke KL.

 
Begitu juga dikalangan pemimpin UMO/BN yang berjumlah beribu-ribu orang tersebut mestilah ada yang berperangai tidak senonoh, mesti ada yang rasuah, mesti ada yang tidak memperdulikan nasib rakyat, mesti ada yang gila perempuan. Ini biasa sebagai manusia biasa yang tidak maksum.

 
Menerusi transformasi inilah Perdana Menteri berusaha sebaik mungkin untuk mengubah segala-galanya. Beliau menyedari segala kepincangan tersebut. Beliau sudah meminta maaf dan beliau meminta di beri peluang untuk menunjukkan komitmen beliau dalam memacu negara ini ke arah yang lebih gemilang. Beliau mendengar denyut nadi dan hati budi rakyat. Beliau wajar diberi peluang. 

 
Ikuti saranan mantan Perdana Menteri di bawah:

 
15. Some who see the Arab Spring seems bent on proving that the Government of this country is like the Governments of these Arab countries. The Government is being demonised despite the fact that this country with less resources than the Arab countries has developed beyond expectations; has given its citizens a good life and has seen democratic election being held wherein the Government party suffer serious losses and the opposition make very substantial gains. In Malaysia, unlike in the authoritarian countries in the Arab world, there has never been elections in which the Government gets 90% of the votes. Admittedly the same party has won all the 12 elections. This is frustrating for the opposition parties. But as much as the people can reject the Government party, the people also have a right to return the same party in any election. What is important is that support for the party is due to its success in developing the nation and meeting the needs of the people.

16. Change is not always for the good. There have been many instances when changes have brought disaster for the nation.

17. On the other hand the people have a right to criticise or even condemn the Government they elected. This is necessary to keep the Government on the straight path.

18. Some time between now and mid-2013 Elections must be held. I hope the people will not be swayed by the campaign of hate but should make a proper assessment of the qualities of the people and parties which will contest. Think of the development and progress of this country and choose wisely. Read More.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 Malaysia... Pembangkang Kata Hanya Gula-gula..


  

Pada peringkat awal Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih pucuk pimpinan UMNO/BN dan negara selaku orang nombor satu beliau ada mengingatkan kepada semua ahli parti, 'berubah atau diubah'. Beliau mengotakan kata-katanya dengan perbuatan dan hari ini dalam waktu yang singkat hasilnya telah kelihatan.

Namun rakyat masih menuntut lebih banyak pembaharuan dan perubahan dilakukan dalam semua bidang kehidupan. Kongsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan pada awalnya biasalah mendapat momokan pembangkang. 1Malaysia menjadi bahan ejekan dan sindiran. Hari ini setelah melihat rakyat menerima baik gagasan 1Malaysia maka pembangkang nyata kehilangan punca.

Penambahbaikan dalam semua sistem kerajaan dan parti membuatkan pembangkang seolah-olah mati kutu dan kehilangan punca untuk mengkritik dan mengutuk. Oleh kerana terbatas untuk mencari kesilapan kerajaan maka mereka beralih kepada cara lama iaitu menghentam peribadi pemimpin, mengungkit kisah silam dan yang menjadi sasaran utama ialah dua wajah iaitu PM dan isteri PM.

Palitkan semua gambaran buruk terhadap dua wajah ini, rakyat akan menjadi mual dan benci, lalu memberikan undi kepada puak mereka, itulah harapan mereka. Ini nampaknya masih berterusan dilakukan dengan cara bersistematik dan tersusun.

Seperti yang pernah disebut dahulu, undi yang ingin direbut antara dua puak ini ialah undi silent, undi senyap atau undi atas pagar. Jika mereka ini merasa selamat di bawah kepimpinan UMNO/BN, mereka pasti memberikan undi kepada kerajaan dan pembangkang akan terus melopong.

Penyokong tegar kedua-dua belah pihak pasti tidak akan banyak berubah kecuali faktor terakhir dapat mempengaruhi mereka sebelum melangkah ke peti undi. Ceritalah apa sahaja keburukan Dato' Seri Mohd Najib, orang UMNO/BN pasti memberikan undi kepadanya.

Begitu juga ceritalah keburukan Nuar, Nik Aziz dan Lim Guan Eng kepada penyokong tegar mereka, undi tetap pergi kepada puak mereka. Berbuihlah kita cerita pasal Nuar dengan RM3 billionnya, penyokong tegar tetap mengatakan itu kongspirasi UMNO/BN.

Ceitalah betapa DAP menghina Orang Melayu dan menghina Islam, PAS tetap menyuruh penyokongnya memangkah calon DAP. Puak-puak ini jangan sebut pasal Utusan Malaysia, mereka akan segera berkata "ish itu semua tak boleh pakai..Utusan menipu.."

Keluar berita yang benar dan tepat di kaca TV penyokong tegar ini akan menutup telinga dan menghalakan pandangan ke arah lain. Yang lebih jumud akan terus menutup TV. Mereka tidak akan sekali-kali percaya apa yang mereka dengar. Yang mereka ingin percaya dan dengar ialah jika ada berita yang menyiarkan salah laku pemimpin UMNO/BN. Silap-silap mereka akan bangun untuk menguatkan lagi suara TV.

Pemimpin mereka membaca akhbar arus perdana dan menonton siaran berita di TV. Tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk segera mencari bahan untuk  menyanggah segala pendedahan yang dilakukan oleh media arus perdana.

Bagi penyokong pula mereka menanamkan keyakinan dan kepercayaan bahawa apa sahaja yang disiarkan oleh media arus perdana adalah fitnah jahat, tidak benar dan manipulasi. Sebab itu penyokong mereka selamanya tidak akan dapat melihat kebenaran. Mereka juga pakar dalam hal spinning ini.

Berlakunya transfomasi dalam pentadbiran Dato' Seri Najib, menyebabkan pembangkang kehilangan banyak bola tanggung untuk mereka smash. Lalu mereka cuba meremehkan segala pengisian kongsep 1Malaysia. ETP sebenarnya telah banyak mengubah persepsi masyarakat peniaga Cina yang dulu skeptikal terhadap kerajaan.


Jika RTC untuk kawasan luar bandar, maka hari ini dilancarkan pula UTC dan ini menggembirakan masyarakat di bandar.

Apa sahaja program bantuan yang diberikan oleh kerajaan hari ini adalah jelas menguntungkan masyarakat peniaga Cina. Malanglah sekiranya mereka tidak kembali menyokong BN. Tempias kepada bantuan-bantuan yang diterima oleh rakyat, 80% sebenarnya pergi kepada masyarakat Cina yang berniaga, walaupun secara terus kelihatan Orang india dan Orang Melayu yang menerima bantuan tersebut. Mereka berbelanja. Kemana mereka membelanjakan wang bantuan tersebut??? Ke kedai Cina.

Pembangkang memang jelas menabur janji 'manis' dalam setiap ceramahnya. Janji mereka pasti berbeza mengikut tempat dan pendengar. Sebagai contoh di depan masyarakat India di Bahau Nuar berjanji akan memberikan setiap orang lesen teksi sekiranya dia berkuasa, lalu seorang pendengar merungut 'Teksi dah melambak dah, drebar monung tak ado ponumpang.."

Kemudian dia berjanji lagi, jika dia berkuasa setiap warga susah akan mendapat RM500.00 setiap bulan. Hah ini menarik perhatian pendengar dan ramai yang memujinya.

Namun pembangkang yang suatu ketika dulu sibuk hendak memberikan bermacam-macam bantuan kepada rakyat jika berkuasa, tetapi kini kerajaan BN pula yang sedang melakukannya, maka nyata pembangkang rasa terpukul. Lalu mereka memperlekehkan semua bantuan tersebut seperti ciput, dia sapu banyak rakyat dapat sikit walaupun sudah 54 tahun merdeka.

Lebih sayu lagi mereka mendendangkan bahawa rakyat jangan termakan dengan segala pemberian kerajaan tersebut kerana itu hanyalah gula-gula menjelang pilihanraya. PM nampaknya tidak terikut-ikut dengan rentak mereka. hari ini PM sampaikan pula bantuan untuk orang Asli dan esok untuk pemandu teksi iaitu tayar percuma.

Setelah menukar tayar dengan bantuan kerajaan dan selagi pemandu teksi tersebut masih menggunakannya selagi itulah dia akan teringat kepada jasa Perdana Menteri. Mampus kau Nuar. Di mana pemandu teksi tersebut menukar tayarnya?? Di kedai Cina. Lagi peniaga Cina tersenyum dan mereka akan kembali kepada BN kelak.   

PM menyedari dakyah pembangkang sebab itu beliau mengingatkan rakyat agar jangan percaya kepada janji-janji pembangkang. Terdapat tiga elemen penting kenapa pembangkang mesti ditolak dalam PRU13 kelak. Pertamanya janji tidak pernah ditepati, keduanya budi kerajaan atau sesiapa sahaja tidak perlu di kenang atau dihargai.. dan ketiganya pembangkang menghasut rakyat atau orang yang berhutang tidak perlu membayar balik hutang.   


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.