Friday, January 25, 2013

Bertambah Kayalah Kroni UMNO/BN..


 
PM semasa mengumumkan 7 projek besar di Kelantan, yang lain2 akan menyusul 20/01/13

Nik Aziz sudah membuka mulutnya untuk mengulas pengumuman yang dibuat oleh PM DS Mohd Najib iaitu projek-projek besar  akan dilaksanakan oleh kerajaan BN sekiranya rakyat memberikan mandat dalam PRU13 kelak. Ulang baca ulasan panjang lebar di sini.

Biasalah bila Nik Aziz membuka mulut adalah sesuatu yang tidak kena dan bakal menimbulkan reaksi yang pelbagai. Bila terkantoi kelak, tiada lain yang disalahkan selain daripada kononnya media arus perdana putar dan belit serta tersalah lapor.
 
Kelantan bukan tidak membangun, cuma kurang membangun. Potensinya amat besar di sana. Daripada MB, EXCO sehinggalah kepada pemimpin lain, seolah-olah kurang idea yang mantap untuk membangunkan Kelantan demi faedah rakyat. Kebanyaknya lelan dan lena sahaja.
 
Bayangkan dalam tempoh begitu lama iaitu 22 tahun berkuasa penuh tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa, bersenang lenang je kerjanya pemimpin PAS di sana, seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk rakyat. Adalah sikit-sikit, yang senang2, yang mudah2, yang tidak memerlukan kepakaran seperti melarang orang pompuan gunting rambut lelaki, buat bendera paling besr, buat kutipan derma 'jihad' buat kuliah subuh, buat solat hajat di Stadium dan umumkan atau letak batu asas sesuatu projek. Kan kerja mudah je tu, tak perlukan kelulusan tinggi untuk melakukan semua itu... Itu antara contoh projek yang mereka lakukanlah.. Baguslah tu..
 
Yang kita maksudkan ialah projek-projek yang boleh menguntungkan rakyat, membina infrastruktur yang lebih banyak, membawa pelaburan asing, mengwujudkan ribuan peluang pekerjaan, membuka lebih banyak tanah tetapi bukan untuk diberikan kepada Ngeh, membina lebih banyak masjid kerana rakyat semakin bertambah, menyediakan kemudahan air bersih dan bekalan api atau sekurang-kurangnya menaik taraf bangunan-bangunan yang telah usang.
 
Bayangkan anak-anak yang lahir 22 tahun dulu, yang kini telah boleh mengundi dan ada yang telah beranak-pinak, hanya melihat benda yang sama yang mereka lihat sewaktu mereka lahir sehinggalah ke hari ini. Malu, malu pemerintah Kelantan. 
 
Tak ada duit carilah duit untuk membangunkan negeri, melalak menuduh orang lain tahu pulak. Kalau bijak menuduh tentulah pemimpin pakatan semuanya bijak-bijak. Janganlah asyik menyalahkan Kerajaan Persekutuan menyekat royalti minyak. Kan pemimpin PAS bijak2 blako, tak heran dengan duit royalti tersebut.
 
Ini tidak, tiba je PRU tipu rakyat, kata pasal hudud dan royalti minyak. Melaka tidak ada minyak, tetapi membangun juga. NSDK pun tak ada minyak tetapi duit beratus juta, pembangunan merata-rata. Menyalahkan orang lain pandai, menginsafi kelemahan diri sendiri tidak mahu. Terkini lancang sungguh pemimpin PAS mengatakan janji projek pembangunan untuk rakyat yang diumumkan oleh PM sebagai rasuah pilihanraya. Ish..ish.. poneklah macam ni.
 
Agak-agaknya apakah reaksi seterusnya oleh ahli dan pemimpin PAS berkenaan dengan 7 projek besar tersebut yang dianggap rasuah oleh Nik Aziz. Mari kita lihat:
 
1. Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu. Oh, bab-bab Lebuh Raya ni Kerajaan Persekutuan tidak perlu campur tangan. Kelantan mampu membinanya sendiri. Tak heran beb, kita boleh kutip derma daripada rakyat untuk membina semua lebuh raya di negeri ini. Rakyat tidak perlu membayar cukai. Kerajaan negeri sudahpun membuat majlis pecah tanah dan melancarkan kutipan derma. Sok projek ni nak mengkayakan kroni UMNO/BNlah tu.
 
 
 
 
Nampak..nampak.. kita buat dah.. Tiada TOL.
 
 
Cukup ni, takat nak buat Lebuh Raya, no hal punya.
 
 
2. Stadium Baharu. Tanpa stadium baru pun Kelantan boleh menang tiga kejuaraan dalam semusim. Ini UMNO BN nak amik kreditlah ni mentang-mentang pasukan Red Warriors menjadi juara. Tak perlu stadium baru, negeri BN yang banyak stadium barupun main kalah juga. Kami tak heran. Lagipun kalau nak buat majlis doa KO, stadium yang ada nipun dah cukup.. Rakyat Kelantan jangan terpedaya dengan janji-janji ini. Sajalah projek ni nak mengkayakan kroni UMNO/BN.
 
 
 
Cukup besar dah stadium ni.. boleh berjemaah sehingga 100,000 orang.
 
3. Perumahan Rakyat sebanyak 3,000 unit di seluruh negeri. Rakyat Kelantan boleh hidup dengan ala kadar je. Rumah-rumah ni elok UMNO/BN buat di negeri lain yang lebih memerlukan dan lebih mendesak. Selama ini tidak pernah ada rungutan oleh rakyat Kelantan mengenai keperluan rumah kos rendah atau sederhana rendah ini. Rakyat jangan terbuai dengan sogokan UMNO ini. Lagipun jika projek ini dilaksanakan belum tentu ia menguntungkan rakyat sebaliknya yang pasti untung ialah kroni UMNO/BN yang dapat projek tersebut. Rakyat harus menolaknya.
 
 
 
 


 
 
 
4. Kampus Bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar. Apa yang UMNO nak buat ni? Rakyat Kelantan kan suka berhijrah ke luar negeri untuk mencari ilmu, mencari rezeki dan mencari pekerjaan. Universiti ini akan jadi gajah putih kelak. Kita tidak memerlukannya. Jika kita memerlukannya kita sudah membinanya sejak 20 tahun lalu. Selama inipun rakyat Kelantan tidak pernah ketinggalan dalam bidang pendidikan ini. Kita lebih senang anak-anak kita mendapat biasiswa dari kerajaan Persekutuan untuk belajar di pusat-pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur, di Amerika, Australia, Mesir dan Jordan. Memang projek ini semata-mata bertujuan nak mengkayakan kroni UMNO/BN semata-mata. Rakyat Kelantan jangan terpedaya dengan muslihat ini. 
 
 
 
 
5. Masjid terbesar dengan kos kira-kira RM50 juta. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan dengan projek ini jika UMNO terus tolak Islam. Bangunan sahaja besar dan indah serta moden, kalau penghayatan dan pengisiannya tidak seberapa tidak guna juga. Tak perlu.. tak perlu.. jika perlu lama dah kita buat seperti yang di Rantau Panjang tersebut.
 
 
 
Fuh!!! UMNO tak nampak ke ni kita bina masjid?? buta ke??

6. Sistem Pengankutan Rapid Kota Bharu - Yang ini kita perlu ni.. Tapi takkan sebab inipun rakyat Kelantan nak ubah kerajaan PAS yang dah 22 tahun mentadbir negeri ni dengan penuh gilang gemilang. Takkan sebab ni je nak tukar kerajaan Tok Guru dan pimpinan ulamak.

7. Menyelesaikan masalah air.. Huhuhu yang ini no komen..Air kuning ko, coklat ke, susu pekat ke.. akhirnya rakyat Kelantan undi PAS jugok..



  
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Thursday, January 24, 2013

Sebab Munasabah Kenapa Rakyat Selangor Mesti Mengekalkan Kerajaan Pakatan..


 

Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak rayuan Khalid Gagap dalm kes saman ibu tunggal memberi pengertian atau isyarat bahawa jangan main-main dengan manifesto pilihanraya..
 
Rakyat tidak boleh ditipu sewenang-wenangnya. Kerajaan yang terpilih selepas setiap pilihanraya mesti menunaikan sebaik mungkin segala janji yang dibuat.
 
Keputusan mahkamah ini juga memberi amaran kepada DAP, PAS dan PKR  agar jangan mudah sangat berjanji hlan dan bintang, kerana sekiranya berjaya mempengaruhi rakyat dengan janji-janji tersebut dan memenangi pilihanraya, maka ianya wajib ditunaikan.
 
Apabila terdesak pakatan ini mudah sahaja mengatakan bahawa manifesto pilihanraya bukannya janji, habis apa, tipu muslihat. Janji ini termasuklah janji yang tidak 'disengajakan' seperti yang dikatakan oleh pemimpin DAP dari Pulau Pinang.
 
Nampaknya Khalid mempunyai modal untuk merayu supaya rakyat Selangor mengekalkan Kerajaan Pakatan untuk sepenggal lagi bagi menyelesaikan isu tersebut dan isu tertangguh yang lain.. hahaha..
 
Khalid akan bertambah gagap dalam kempen PRU13 ini dan akan mempengaruhi rakyat dengan janji terbaru disamping berjanji untuk memenuhi janji yang telah terabai sejak 4 tahun lalu.
 
Dia akan berkata, sepenggal tidak cukup untuk melaksanakan segala janji-janji yang bertimbun itu. Kerajaan PAS Kelantan akan terus berjanji perkara yang sama sejak 22 tahun dahulu tanpa rasa bersalah jika tidak ditunaikan.
 
Selepas ini tunggulah saman-saman daripada pihak-pihak lain selain daripada IBU TUNGGAL dari Selangor itu.
 
Penduduk Kampung Buah Pala juga boleh menyaman Nuar Brahim kerana berjanji nak menyelesaikan isu kampung tersebut hanya dalam tempoh 2 minggu selepas PRU12 dulu.
 
Para pelajar di Selangor boleh mengemukakan saman selepas ini menuntut bantuan yang dijanjikan oleh Pakatan dalam kempen mereka.
 
Rakyat Kelantan boleh menyaman Nik Aziz dan kerajaan PAS kerana tidak menunaikan janji sejak 22 tahun dahulu. Bila kita cakap, ramailah yang berkata jangan hina ulamaklah, taubatlah, tak baiklah dan ada pulak yang percaya PM rembat duit rakyatlah.. Ish..ish.. Nak tau apa yang boleh di saman oleh rakyat Kelantan, baca di sini. Valid tu.
 
So Pakatan akan kata BN sudah perintah 55 tahun tetapi masih banyak janji yang belum ditunaikan atau ditepati. Lalu berilah peluang kepada pakatan untuk sepenggal lagi di Selangor ni supaya segala janji yang lalu dan terkini akan dilaksanakan.. Lagipun Khalid akan kata, kalau kita tak menang macam mana nak selesaikan kes mahkamah ni nanti.. Rakyat dan ibu tunggal jugak akan rugi.. ish..ish bersilat lidah lah pulak.
 
Tunggulah Khalid disaman oleh kanak-kanak tadika selepas ini.
 
 



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Wednesday, January 23, 2013

Habislah Pakatan.. Paderi Sabah Sokong BN..


 

Berita pada malam ini menyiarkan beberapa orang Paderi dan penganut Kristian mengunjungi Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman. Mereka menyatakan sokongan kepada Pengerusi Barisan Nasional tersebut. Ini merupakan satu tamparan kepada puak pakatan yang beria-ia sangat ingin memainkan isu agama dalam percaturan politik mereka.
 
Habislah harapan Nuar hendak memainkan sentimen penganut agama Kristian di Sabah. Silap hari bulan dia langsung tidak berani turun ke Sabah untuk berkempen. Hendak berkempen di Permatang pauh pulak orang di sana sudah tidak mahu lagi mendengar celoteh, caci maki hamun dia kerana apa yang dia ulang hanyalah cerita basi yang sudah didengar beribu kali oleh rakyat.
 
Dewan Pemuda PAS pulak menyelar Karpal Singki, supaya jangan menyibuk dan masuk campur dalam urusan Orang Islam ini. Tak ada Faedahnya.. Secara tidak langsung Dewan Pemuda PAS juga membalun Timbalan Presiden PKR.
 
Juga disiarkan betapa Parti DAP kemungkinan besar akan dibatalkan pendaftarannya kerana gagal menghantar laporan tahunan dan penyata kewangan kepada ROS. Habis pulak DAP nanti menjadi parti haram.
 
Che Ramli Daud, 55, pula yang awalnya dianggap bukan penyokong Pas terpaksa mengucap dua kalimah syahadah sekali lagi sebagai tanda kembali ke dalam Islam bagi membolehkan imam dan penduduk kampung menghadiri majlis tahlil arwah ibunya.

''Biarpun terfikir bahawa saya bukan kafir, saya melakukan juga di hadapan imam di rumah arwah emak di Kampung Beris Tengah Kubur Besar, Bachok, Kelantan sebelum majlis tahlil kerana sekitar kampung kebanyakannya orang Pas.
 
''Saya pula ketika itu dilihat sebagai penyokong UMNO kerana menjalankan usaha membuat perabot dengan bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), jabatan yang dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional dan orang UMNO," ujarnya.
 
Di Melaka malam ini lebih 30,000 orang menghadiri Jamuan Gelombang Biru bersama Timbalan Perdana Menteri, menyakitkan hati dan perasaan pemimpin pakatan. TPM menyatakan kemungkinan besar kesemua Parlimen di Melaka akan dimenangi oleh BN kelak.
 
Di Dataran Pekan Kati, Kuala Kangsar, sekumpulan pemuda bermotosikal berkonvoi membantah kenyataan LGE. Mereka kemudia membuat laporan polis supaya tindakan diambil ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

Semakin hampir PRU13, semakin caca marba pulak pakatan haram ini. Selepas satu, timbul lagi satu isu dan masalah maka semakin ribut jadinya, maka semakin masam muka Nuar, maka semakin tipis peluang mereka untuk memenangi kerusi dalam PRU nanti. Belum sempat isu lama hendak berkubur maka sudah datang pula isu baru. desakkan ahli akar umbi supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang menyebabkan kerut di dahi pemimpin pembangkang semakin banyak.
 
Kini mereka seolah-olah tinggal nyawa ikan sahaja lagi. jika tidak ada isu-isu besar yang melibatkan pemimpin UMNO/BN dan kerajaan selepas ini alamatnya impian pembangkang hendak menambah kerusi hanya tinggal impian semata-mata. Usahkan nak menambah kerusi, kerusi yang ada belum tentu dapat dipertahankan.
 
Kerusi Bukit Gantang, kerusi Taiping, kerusi Teluk Kemang, kerusi Batu, Pokok Sena, Kulim Bandar Baru, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Gombak, Sungai Siput  atau Bayan mampukah dipertahankan?? Isshh..ish..banyak kerusi bakal terlepas tu.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Monday, January 21, 2013

PRU13, Kata Harakah, PM Najib Takut Bubar Parlimen.. Hahaha..




"Hanya tinggal tidak sampai 3 bulan sahaja lagi parlimen akan terbubar dengan sendirinya walau pun Najib cuba mengelakkannya. Inilah pertama dalam sejarah negara penggal parlimen hampir cukup 5 tahun kerana sebelum ini parlimen dibubarkan paling lama pun 4 tahun selepas BN memerintah. Kenapa Najib terlalu takut untuk mengadakan pilihan raya umum sehinggakan ia menyusahkan parti-parti yang bersama dengan Umno"  Ini sedutan daripada Harakah. Kah..kah..kah..kah..kah..
 
Harakah ni tidak tahu ke, betapa ramainya YB-YB pakatan yang menang secara tidak sengaja, akibat daripada janji tidak sengaja dalam PRU12 dulu siang malam berdoa supaya jangka hayat Parlimen terus dipanjangkan kerana mereka sedar dalam PRU13 mereka mungkin akan jadi orang biasa semula.
 
Mereka akan hilang glamour, mereka akan hilang kompang rebana, mereka akan hilang elaun bulanan dan claim minyak kereta. Pendek kata mereka akan kehilangan banyak laba. Ada yang mungkin kembali menjadi Nelayan dan menjadi pakar motivasi. Sebab apa???
 
Pertamanya mungkin mereka tidak terpilih semula bertanding kerana rakyat telah nampak betapa mereka menipu rakyat sepanjang masa.
 
Keduanya jikapun mereka dicalunkan bertanding mempertahankan kerusi masing-masing, apa jaminan mereka akan menang dan memperolehi semula segala laba tersebut.
 
Perdana Menteri lewat membubarkan Parlimen bukan kerana takut kalah, seperti yang mereka dakwa. Lewat sebab untuk menjaga kepentingan rakyat, masa berharga rakyat, tidak mahu menyusahkan rakyat. Ini kerana jika Parlimen dibuabarkan pada tahun lalu, pastilah negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang tidak akan turut serta. Kecuali Kelantan yang ingin bersama. Selangor, Kedah dan Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan masing-masing dan ingin terus berpaut kepada sekelumit kuasa yang mereka masih ada. Maknanya jikapun kalah teruk di peringkat Parlimen, mereka sekurang-kurangnya masih ada kuasa di peringkat Negeri untuk di manipulasikan.
 
Jika puak-puak pakatan ini tidak sedar sebab-sebab 'penolakan sementara' rakyat terhadap UMNO/BN dalam PRU12 dulu biar Jokiden ulang semula di sini.
 
Adakah kemenangan banyak kerusi pakatan dan UMNO/BN hilang dua pertiga majoriti disebabkan oleh rakyat bertambah yakin dengan pakatan??? Adakah juga disebabkan oleh ramai hantu mengundi calun2 pakatan??. Adakah kemenangan mereka sebab SPR menipu???
 
Tidak sama sekali. Kemenangan mereka bukan sebab faktor mereka sendiri. Jika kemenangan mereka sebab kehebatan mereka, maka kini rakyat telah nampak jelas bahawa mereka telah gagal berkhidmat untuk rakyat. Rakyat telah tertipu dan rakyat tidak akan tertipu sekali lagi.
 
Sebab pertama, rakyat nak 'mengajar' pemimpin UMNO/BN yang keilhatan sudah kelihatan terlalu bongkak dan sombong. Tidak boleh ditegur melalui saluran parti maka tegurlah melalui peti undi. Itu yang dizahirkan oleh penyokong kerajaan yang tidak berpuas hati. Mereka menerima baik nasihat mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.
 
Kedua, hampir keseluruhan pegawai kerajaan berasa geram kerana kebajikan mereka seolah-olah diabaikan. Kini untuk pengetahuan puak pakatan    kebajikan kaki tangan awam dari pelbagai sektor semuanya telah dijaga dan diberi perhatian yang sewajarnya tanpa meminggirkan sesiapa walaupun kerajaan sedar masih terdapat hampir 15% kakitangan awam yang berpihak kepada pembangkang.
 
Ketiganya mungkin berlaku sedikit sebanyak pemilihan calun-calun UMNO/BN yang kurang tepat. Jikapun mereka menang, namun pengundi mengundi secara rambang dan akibatnya ada calun yang tidak disukai berjaya menang, dan ada calun yang sepanjang masa menang tiba-tiba dalam PRU12 kalah. Ini termasuklah beberapa orang Menteri.

Keempatnya, pengundi atas pagar terliur dengan janji-janji manis pakatan pembangkang dalam kempen mereka yang agrresif dan rayuan supaya mereka diberi peluang. Kini kebanyakan janji hanya tinggal janji dan pengundi telah tertipu hidup2. Kegagalan memenuhi janji sehingga mengatakan manifesto PRU bukan merupakan janji menyebabkan rakyat marah dan akan menghukum pakatan dalam PRU13 ini nanti.

Kaum Cina yang terlibat secara langsung dengan ekonomi merasa gusar dan geram dengan pembatalan beberapa projek yang boleh menggerakkan dan merancakkan ekonomi. Mereka juga terpedaya dengan helah pembangkang dan mengalihkan sokongan kepada pembangkang. Jika dalam PRU13 sokongan kaum Cina masih kepada pembangkang terutamanya di Pulau Pinang, sebabnya ialah, mereka telah merasai nikmat kuasa, inginkan kuasa yang lebih, mereka lihat UMNO lemah dan mereka masih hilang keyakinan kepada MCA dan Gerakan.

Pertandingan satu lawan satu di semua kerusi, memudahkan rakyat dan pengundi membuat pilihan. Geram dan marah serta tidak berpuas hati dengan pemimpin UMNO/BN mereka mengalihkan undi kepada pembangkang. Ini juga akan terjadi dalam PRU13 kelak dimana selama 4 tahun ini mereka ditipu oleh pakatan pembangkang dan mereka akan mengalihkan undi kepada BN dengan mudah. Ini akan menyebabkan UMNO/BN akan mudah memenangi majoriti 2/3 kelak.

Ramai yang berkata ketika PRU12 dulu, "Alah aku sorang mengundi pembangkang, tidak menjejaskan kedudukan BN doh..." Rupanya apabila agak ramai yang berfikiran begitu dan kurang menyedari kesan atau pentingnya satu undi tersebut, maka keputusan yang diluar jangkaan terjadi. Kini yang berfikiran sedemikian kebanyakannya pasti akan kembali kepada UMNO/BN.

Pakatan pembangkang ketika PRU12 dulu dilihat seolah-olah tidak mempunyai masalah diantara mereka. Kini mereka dilanda dengan pelbagai kemelut seperti isu Kalimah Allah yang dimainkan oleh DAP. Isu Tabung memali yang ditimbulkan oleh ahli PAS sendiri. Isu Amanat Hj Hadi yang tidak masuk akal. Isu penyeksaan rakyat Selangor oleh PKR. Isu Air, isu sampah, isu pasir, isu arak, isu CEC, isu liwat, isu saman beratus juta, isu Nalla, isu bendera dan isu Bersih.

Kemudian isu orang Melayu terpinggir di Pulau Pinang, Isu Buah Pala, isu Lebuh Raya Rakyat, isu rumah kos rendah, isu berpakaian, isu gunting rambut, isu pemberian tanah kepada Ngeh dan Nga, Isu tanah 999 tahun, isu kroni, isu menjaga keselamatan Israel, Isu Habibie, Isu Australia dan banyak lagi menyebabkan persekongkolan mereka menjadi tidak terurus pasti menyebabkan pakatan memasuki gelanggang perang PRU13 dengan kaki tempang.

Timbul pula isu perebutan kuasa dikalangan pemimpin PAS di Kedah, isu keputusan flip flop Azizan Razak, isu penggondolan Bukit Bukau di Pedu, isu sampah sekitar Alor Star, isu kenaikan yuran pelajar di KUIN, isu cukai tanah UUM, isu perebutan tender kerajaan, isu Fakharul Razi, isu khalwat, isu kesihatan dan ekonomi yang tidak berkembang, semuanya menyemputkan nafas pakatan pembangkang.

Benar MCA dan Gerakan masih belum beberapa pulih sepenuhnya, namun kembalinya sokongan ahli akar umbi UMNO dan MIC membuatkan pemimpin pembangkang pening-pening lalat sekarang ini. Ditambah lagi cubaan PKR yang gagal untuk mengganggu gugat kestabilan BN di Sabah dan Sarawak, semuanya membantu ke arah kekuatan UMNO/BN kini.

Kesimpulannya,  dulu semasa PRU12 kemenangan pembangkang bukanlah disebabkan mereka kuat sangat dan UMNO/BN lemah sangat. Ianya lebih kepada strategi yang menjadi ketika itu dikalangan pesaing. Dengan Transformasi yang tidak pernah terbayang oleh rakyat yang dilakukan oleh PM DS Mohd Najib, UMNO/BN boleh memasuki gelanggang PRU13 ini dengan penuh yakin.

Hahaha.. mana takutnya PM nak bubar Parlimen.. Beliau saja je nak layan kerenah pakatan pembangkang ni.. Nak bagi can..Apa macam Harakah??
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Bila UMNO/BN Menang 2/3 Kerusi Parlimen.. Apakah Implikasinya..??


Seorang kawan baru sahaja menghubungi Jokiden. Dia bertanya betul ke Parlimen bubar 22 Februari hari Jumaat,.. Penamaan Calun pada 16 Mach Sabtu dan hari mengundi ialah pada 30 Mach..Sabtu.
 
 
 
Jokiden jawab tidak tahu, namun kemungkinan itu ada. Kini orang ramai rakyat Malaysia, sudah tidak ada lain tajuk yang seronok untuk disembangkan melainkan tajuk PRU13. Terima kasihlah PM DS Mohd Najib kerana berjaya mengwujudkan mood pilihanraya ini.
 
Jokiden juga mengatakan kepada kawan tersebut yang Jokiden tidak kisah dengan tarikh itu kerana akhirnya ia akan tiba juga. Doa Jokiden menjelang PRU13 ini ialah supaya diri ini sihat mental dan fisikal kerana Jokiden pasti akan melibatkan diri. Juga Jokiden minta ibu dan nenek Jokiden juga sihat kedua-duanya agar tidak menganggu tumpuan Jokiden semasa berkempen kelak.
 
Sekarang ini semuanya sudah cantik, kembali normal dan berpihak kepada UMNO/BN. Rating populariti PM dalam kajian pihak-pihak tertentu menjangkau atau mencecah sehingga ke 70%. Maknanya pembangkang berkongsi baki 30% tersebut dengan pihak lain. Jika di negara Barat, Rating 65% ke 70% populariti ini alamat puak pembangkang akan kalah teruk lah. Rating PM adalah juga rating UMNO/BN.

Jika rating PM jatuh 2 atau 3 peratus tak ada hallah.. Biasa tu, Jumlah itu tidak cukup besar untuk merudumkan sokongan kepada UMNO/BN. Jokiden juga berdoa agar menjelang bulan MAC ini tidak berlaku perkara-perkara besar yang tidak mampu ditangkis atau ditangani oleh UMNO/BN. Jika ini terjadi juga, mungkin segala yang cantik dan indah saat ini akan bertukar menjadi kelam pula.
 
Tun Mahathir telah mengatakan jika UMNO/BN tidak memperolehi 2/3 majoriti kali ini maknanya BN kalah. Kata beliau BN tetap akan menang, cuma jika tidak sampai ke 2/3 majoriti, kemenangan itu tidak membawa makna.
 
Walaupun Jokiden meramalkan UMNO/BN akan menang 171 kerusi, Bebas 1 kerusi, PAS 9 kerusi, PKR 5 kerusi dan DAP 36 kerusi, namun itu hanya sekadar bahan bualan dan perbincangan semata-mata. Hakikatnya kebimbangan tetap wujud di hati ini, maklumlah dalam semangat yang berkobar-kobar inginkan kejayaan UMNO/BN, faktor luar jangka mesti juga diambil kira.
 
Komen-komen dari puak pakatan tentang keputusan yang Jokiden paparkan itu mestilah negatif. Ada yang mencemek bibir. Namun dalam memberikan motivasi kepada diri ini, itulah yang sering Jokiden katakan. Mereka tentulah tidak mahu menerima hakikat atau omongan tersebut lebih-lebih lagi bila Jokiden mengatakan di Sabah UMNO?BN akan menang 100% kerusi DUN dan Parlimen. Sedangkan blog ini juga pernah menulis bahawa antara negeri yang mungkin memusnahkan BN dan berpaling tadah ialah Sabah.
 
Setakat itu, kita kembali kepada tajuk posting ini. Apa akan terjadi sekiranya UMNO/BN memperolehi majoriti dua pertiga:
 
UMNO/BN akan kembali bongkak?? Tidak mungkin kerana Tranformasi politik, ekonomi dan sosial yang diperkenalkan oleh PM tidak akan mengizinkan suasana itu kembali berulang.
 
Pindaan Perlembagaan Persekutuan mampu dipinda tanpa perlu sokongan puak pembangkang. Ini memudahkan kerajaan dalam menguruskan negara. Maknanya segala yang baik untuk rakyat akan mudah dilakukan oleh kerajaan tanpa mampu disanggah oleh pembangkang.
 
Tidak ramai lagi individu yang akan bermulut celupar, cakap ikut suka hati sahaja kerana mereka akan diheret ke muka pengadilan. Ketika itu segala provokasi yang boleh menimbulkan suasana tegang seperti isu perkauam, isu agama, isu hak bumiputra, isu pendidikan, isu raja-raja dan isu pendidikan pasti mudah dibendung. Kerajaan akan bertindak kerana mandat besar telah diperolehi.
 
Orang Cina akan mendesak kepimpinan DAP supaya menyertai atau bergabung dengan BN. Eh ke situ pulak?? Masyarkat Cina yang terkenal dengan dunia perniagaannya sudah tentu tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan negara semata-mata kerana DAP berfungsi secara sendirian. Tanpa sokongan kerajaan pusat DAP yang menguasai negeri sebenarnya tidak akan kemana. 
 
Segala suasana kalut yang dipelopori oleh puak pakatan sekarang ini akan berakhir, dan negara akan kembali aman tenteram. Pelabur asing akan berduyun-duyun datang dan turut memakmurkan negara ini.
 
Dua pertiga bermakna memudahkan kerajaan untuk merancang pembangunan negara dan gejala rasuah pasti dapat dikurangkan ketahap minimum. Tengoklah nanti.
 
Dua pertiga juga mungkin akan mengkuburkan terus perjuangan puak-puak LGBT, Kristianisasi dan PKR. Mereka akan hanyut ditelan arus pembangunan negara.
 
Dua pertiga juga pastinya memudahkan lagi perancangan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, negara di mana rakyatnya  berpendapatan tinggi.
 
Yang pentingnya Transformasi yang di perkenalkan oleh PM DS Mohd Najib akan terus berjalan dengan lancar demi untuk faedah rakyat pelbagai kaum di negara ini. 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Sunday, January 20, 2013

Karpal Singki Dan Assmin Ali Individu Paling Bacul Dalam Dunia..


  

Terdengar tadi di TV3 Datuk Aidid mengatakan isu Kalimah Allah ini bukan lagi merupakan isu antara DAP dengan PAS atau antara PAS dengan PKR. Ia merupakan isu umat Islam sejagat atau seluruh dunia.
 
Lalu apabila Karpal Singki membantah keputusan Majlis Syura PAS dalam hal ini bermakna Karpal Singki menghina umat Islam seluruh dunia bukan sahaja umat Islam di negara ini.
 
Datuk Hassan Ali pula berkata penghinaan pemimpin pakatan pembangkang samada dari PAS, DAP mahpun PKR terhadap Islam sebenarnya telah mereka lakukan berpuluh kali. "Saya ada rekod" katanya.
 
Bagaimana pula dengan Assmin Ali yang juga mempertikaikan atau menolak keputusan Majlis Syura dan masih tetap mahu berpegang dengan keputusan muzakarah pakatan pembangkang pada 8 Januari 2013 dan juga keputusan bersama yang diambil pada tahun 2010 dahulu.
 
Ini bermakna bagi Datuk Aidid Assmin juga alalah bacul dan menyinggung perasaan umat Islam seluruh dunia kecuali umat Islam yang berada dalam PKR dan sebahagian kecil yang berada di dalam PAS. 
 
Datuk Aidid dengan tegas mengatakan bahawa Karpal Singki adalah paling bacul dalam dunia ini apabila mahukan Kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain dalam penerbitan mereka khususnya penerbitan bibble dalam bahasa Melayu yang bakal di letakkan dalam laci di hotel-hotel mewah kelak.
 
Ramai umat Islam dalam pakatan dan juga yang dalam BN mempertikaikan kenyataan Assmin Ali dan juga Karpal Singki ini. Ramai juga yang bertanya, beria-ia sangat Karpal dan Lim Guan Eng ni ingin menggunakan Kalimah Allah kenapa?? Mereka penganut Kristian kah??/
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.