Berita pada malam ini menyiarkan beberapa orang Paderi dan penganut Kristian mengunjungi Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman. Mereka menyatakan sokongan kepada Pengerusi Barisan Nasional tersebut. Ini merupakan satu tamparan kepada puak pakatan yang beria-ia sangat ingin memainkan isu agama dalam percaturan politik mereka.
Habislah harapan Nuar hendak memainkan sentimen penganut agama Kristian di Sabah. Silap hari bulan dia langsung tidak berani turun ke Sabah untuk berkempen. Hendak berkempen di Permatang pauh pulak orang di sana sudah tidak mahu lagi mendengar celoteh, caci maki hamun dia kerana apa yang dia ulang hanyalah cerita basi yang sudah didengar beribu kali oleh rakyat.
Dewan Pemuda PAS pulak menyelar Karpal Singki, supaya jangan menyibuk dan masuk campur dalam urusan Orang Islam ini. Tak ada Faedahnya.. Secara tidak langsung Dewan Pemuda PAS juga membalun Timbalan Presiden PKR.
Juga disiarkan betapa Parti DAP kemungkinan besar akan dibatalkan pendaftarannya kerana gagal menghantar laporan tahunan dan penyata kewangan kepada ROS. Habis pulak DAP nanti menjadi parti haram.
Che Ramli Daud, 55, pula yang awalnya dianggap bukan penyokong Pas terpaksa mengucap dua kalimah syahadah sekali lagi sebagai tanda kembali ke dalam Islam bagi membolehkan imam dan penduduk kampung menghadiri majlis tahlil arwah ibunya.
''Biarpun terfikir bahawa saya bukan kafir, saya melakukan juga di hadapan imam di rumah arwah emak di Kampung Beris Tengah Kubur Besar, Bachok, Kelantan sebelum majlis tahlil kerana sekitar kampung kebanyakannya orang Pas.
''Biarpun terfikir bahawa saya bukan kafir, saya melakukan juga di hadapan imam di rumah arwah emak di Kampung Beris Tengah Kubur Besar, Bachok, Kelantan sebelum majlis tahlil kerana sekitar kampung kebanyakannya orang Pas.
''Saya pula ketika itu dilihat sebagai penyokong UMNO kerana menjalankan usaha membuat perabot dengan bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), jabatan yang dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional dan orang UMNO," ujarnya.
Di Melaka malam ini lebih 30,000 orang menghadiri Jamuan Gelombang Biru bersama Timbalan Perdana Menteri, menyakitkan hati dan perasaan pemimpin pakatan. TPM menyatakan kemungkinan besar kesemua Parlimen di Melaka akan dimenangi oleh BN kelak.
Di Dataran Pekan Kati, Kuala Kangsar, sekumpulan pemuda bermotosikal berkonvoi membantah kenyataan LGE. Mereka kemudia membuat laporan polis supaya tindakan diambil ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.
Semakin hampir PRU13, semakin caca marba pulak pakatan haram ini. Selepas satu, timbul lagi satu isu dan masalah maka semakin ribut jadinya, maka semakin masam muka Nuar, maka semakin tipis peluang mereka untuk memenangi kerusi dalam PRU nanti. Belum sempat isu lama hendak berkubur maka sudah datang pula isu baru. desakkan ahli akar umbi supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang menyebabkan kerut di dahi pemimpin pembangkang semakin banyak.
Kini mereka seolah-olah tinggal nyawa ikan sahaja lagi. jika tidak ada isu-isu besar yang melibatkan pemimpin UMNO/BN dan kerajaan selepas ini alamatnya impian pembangkang hendak menambah kerusi hanya tinggal impian semata-mata. Usahkan nak menambah kerusi, kerusi yang ada belum tentu dapat dipertahankan.
Kerusi Bukit Gantang, kerusi Taiping, kerusi Teluk Kemang, kerusi Batu, Pokok Sena, Kulim Bandar Baru, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Gombak, Sungai Siput atau Bayan mampukah dipertahankan?? Isshh..ish..banyak kerusi bakal terlepas tu.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment