Friday, January 25, 2013

Bertambah Kayalah Kroni UMNO/BN..


 
PM semasa mengumumkan 7 projek besar di Kelantan, yang lain2 akan menyusul 20/01/13

Nik Aziz sudah membuka mulutnya untuk mengulas pengumuman yang dibuat oleh PM DS Mohd Najib iaitu projek-projek besar  akan dilaksanakan oleh kerajaan BN sekiranya rakyat memberikan mandat dalam PRU13 kelak. Ulang baca ulasan panjang lebar di sini.

Biasalah bila Nik Aziz membuka mulut adalah sesuatu yang tidak kena dan bakal menimbulkan reaksi yang pelbagai. Bila terkantoi kelak, tiada lain yang disalahkan selain daripada kononnya media arus perdana putar dan belit serta tersalah lapor.
 
Kelantan bukan tidak membangun, cuma kurang membangun. Potensinya amat besar di sana. Daripada MB, EXCO sehinggalah kepada pemimpin lain, seolah-olah kurang idea yang mantap untuk membangunkan Kelantan demi faedah rakyat. Kebanyaknya lelan dan lena sahaja.
 
Bayangkan dalam tempoh begitu lama iaitu 22 tahun berkuasa penuh tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa, bersenang lenang je kerjanya pemimpin PAS di sana, seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk rakyat. Adalah sikit-sikit, yang senang2, yang mudah2, yang tidak memerlukan kepakaran seperti melarang orang pompuan gunting rambut lelaki, buat bendera paling besr, buat kutipan derma 'jihad' buat kuliah subuh, buat solat hajat di Stadium dan umumkan atau letak batu asas sesuatu projek. Kan kerja mudah je tu, tak perlukan kelulusan tinggi untuk melakukan semua itu... Itu antara contoh projek yang mereka lakukanlah.. Baguslah tu..
 
Yang kita maksudkan ialah projek-projek yang boleh menguntungkan rakyat, membina infrastruktur yang lebih banyak, membawa pelaburan asing, mengwujudkan ribuan peluang pekerjaan, membuka lebih banyak tanah tetapi bukan untuk diberikan kepada Ngeh, membina lebih banyak masjid kerana rakyat semakin bertambah, menyediakan kemudahan air bersih dan bekalan api atau sekurang-kurangnya menaik taraf bangunan-bangunan yang telah usang.
 
Bayangkan anak-anak yang lahir 22 tahun dulu, yang kini telah boleh mengundi dan ada yang telah beranak-pinak, hanya melihat benda yang sama yang mereka lihat sewaktu mereka lahir sehinggalah ke hari ini. Malu, malu pemerintah Kelantan. 
 
Tak ada duit carilah duit untuk membangunkan negeri, melalak menuduh orang lain tahu pulak. Kalau bijak menuduh tentulah pemimpin pakatan semuanya bijak-bijak. Janganlah asyik menyalahkan Kerajaan Persekutuan menyekat royalti minyak. Kan pemimpin PAS bijak2 blako, tak heran dengan duit royalti tersebut.
 
Ini tidak, tiba je PRU tipu rakyat, kata pasal hudud dan royalti minyak. Melaka tidak ada minyak, tetapi membangun juga. NSDK pun tak ada minyak tetapi duit beratus juta, pembangunan merata-rata. Menyalahkan orang lain pandai, menginsafi kelemahan diri sendiri tidak mahu. Terkini lancang sungguh pemimpin PAS mengatakan janji projek pembangunan untuk rakyat yang diumumkan oleh PM sebagai rasuah pilihanraya. Ish..ish.. poneklah macam ni.
 
Agak-agaknya apakah reaksi seterusnya oleh ahli dan pemimpin PAS berkenaan dengan 7 projek besar tersebut yang dianggap rasuah oleh Nik Aziz. Mari kita lihat:
 
1. Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu. Oh, bab-bab Lebuh Raya ni Kerajaan Persekutuan tidak perlu campur tangan. Kelantan mampu membinanya sendiri. Tak heran beb, kita boleh kutip derma daripada rakyat untuk membina semua lebuh raya di negeri ini. Rakyat tidak perlu membayar cukai. Kerajaan negeri sudahpun membuat majlis pecah tanah dan melancarkan kutipan derma. Sok projek ni nak mengkayakan kroni UMNO/BNlah tu.
 
 
 
 
Nampak..nampak.. kita buat dah.. Tiada TOL.
 
 
Cukup ni, takat nak buat Lebuh Raya, no hal punya.
 
 
2. Stadium Baharu. Tanpa stadium baru pun Kelantan boleh menang tiga kejuaraan dalam semusim. Ini UMNO BN nak amik kreditlah ni mentang-mentang pasukan Red Warriors menjadi juara. Tak perlu stadium baru, negeri BN yang banyak stadium barupun main kalah juga. Kami tak heran. Lagipun kalau nak buat majlis doa KO, stadium yang ada nipun dah cukup.. Rakyat Kelantan jangan terpedaya dengan janji-janji ini. Sajalah projek ni nak mengkayakan kroni UMNO/BN.
 
 
 
Cukup besar dah stadium ni.. boleh berjemaah sehingga 100,000 orang.
 
3. Perumahan Rakyat sebanyak 3,000 unit di seluruh negeri. Rakyat Kelantan boleh hidup dengan ala kadar je. Rumah-rumah ni elok UMNO/BN buat di negeri lain yang lebih memerlukan dan lebih mendesak. Selama ini tidak pernah ada rungutan oleh rakyat Kelantan mengenai keperluan rumah kos rendah atau sederhana rendah ini. Rakyat jangan terbuai dengan sogokan UMNO ini. Lagipun jika projek ini dilaksanakan belum tentu ia menguntungkan rakyat sebaliknya yang pasti untung ialah kroni UMNO/BN yang dapat projek tersebut. Rakyat harus menolaknya.
 
 
 
 


 
 
 
4. Kampus Bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar. Apa yang UMNO nak buat ni? Rakyat Kelantan kan suka berhijrah ke luar negeri untuk mencari ilmu, mencari rezeki dan mencari pekerjaan. Universiti ini akan jadi gajah putih kelak. Kita tidak memerlukannya. Jika kita memerlukannya kita sudah membinanya sejak 20 tahun lalu. Selama inipun rakyat Kelantan tidak pernah ketinggalan dalam bidang pendidikan ini. Kita lebih senang anak-anak kita mendapat biasiswa dari kerajaan Persekutuan untuk belajar di pusat-pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur, di Amerika, Australia, Mesir dan Jordan. Memang projek ini semata-mata bertujuan nak mengkayakan kroni UMNO/BN semata-mata. Rakyat Kelantan jangan terpedaya dengan muslihat ini. 
 
 
 
 
5. Masjid terbesar dengan kos kira-kira RM50 juta. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan dengan projek ini jika UMNO terus tolak Islam. Bangunan sahaja besar dan indah serta moden, kalau penghayatan dan pengisiannya tidak seberapa tidak guna juga. Tak perlu.. tak perlu.. jika perlu lama dah kita buat seperti yang di Rantau Panjang tersebut.
 
 
 
Fuh!!! UMNO tak nampak ke ni kita bina masjid?? buta ke??

6. Sistem Pengankutan Rapid Kota Bharu - Yang ini kita perlu ni.. Tapi takkan sebab inipun rakyat Kelantan nak ubah kerajaan PAS yang dah 22 tahun mentadbir negeri ni dengan penuh gilang gemilang. Takkan sebab ni je nak tukar kerajaan Tok Guru dan pimpinan ulamak.

7. Menyelesaikan masalah air.. Huhuhu yang ini no komen..Air kuning ko, coklat ke, susu pekat ke.. akhirnya rakyat Kelantan undi PAS jugok..



  
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment