"Saya ada bukti kukuuuhhhh!!!"
Pernah dulu Jokiden tertengok satu video, mungkin bekas setiausaha dia atau bekas Ketua AMK yang dalam video tu. Kisahnya tentang Nuar penipu. Bila masanya Nuar menipu. Dia kata, masa Nuar bagi salam, ketika itu dia tak tipu. Masa dia mengurut-ngurut kolar bajunya, dia belum menipu. Masa Nuar usap-usap rambutnya, pun dia belum menipu. Masa dia senyum-senyum dan jeling-jeling penuntun dia juga masih belum menipu. Habis masa bila Nuar mula menipu??? Dia mula menipu bila saja dia buka mulut untuk berucap..semua yang keluar adalah auta belaka... Begitulah kisahnya yang Jokiden ingat-ingat lupa.
Baiklah sebelum pergi jauh, jangan ingat orang kampung atau orang pendalaman di mana dia berucap sahaja yang Nuar cuba tipu dan putar belit. Sebenarnya dia cuba tipu semua orang. Dua hari lepas di Dewan Rakyat dia bergaduh dengan Datuk Abd Rahman Dahlan (BN- Kota Belud) Isunya pastilah isu 'terlajak kata buruk padahnya' iaitu isu nak menjaga keselamatan negara Israel.
Isu tersebut telah menghantuinya hingga saat ini. Datuk Rahman kata kalau tak betul, saman je WSJ, tu. Dia diam. Kalau takut nak saman, minta je WSJ tu tukar cerita atau tarik balik kenyataan tersebut, apa susahnya. Dia terus diam... Sebaliknya sibuk dia nak mengambil tindakan kepada Datuk Rahman dan sesiapa sahaja yang meneruskan 'fitnah' tersebut.
Apa yang dia tipu dan putar belit? Dia kata ayat dalam WSJ tu bersyarat, mesti baca habis, jangan baca sekerat-sekerat. Kan nampak sangat nak memutar belit tu. Baca macam manapun maksud Nuar adalah jelas. Rujuk kembali posting Jokiden bertajuk "Obama Hisap Rokok Kretek"
Sanggup dia nak merendah-rendahkan taraf pemikiran Ahli-ahli YB di dewan tersebut. Mr Mahpoozzz bean launch pun faham maksud ayat di WSJ tu. Namun terdapat beberapa Ahli YB yang termakan dengan hujah Nuar dan bersetuju supaya ayat itu dibaca sepenuhnya. Antara yang bangun membela dia ialah Saipuddin N dan Khalid Samad. Hahahaha... Pada Jokiden, banyak-banyak perkara yang Nuar tidak tipu ialah tentang dia nak 'jaga keselamatan Israel' tu. Soheh memang dia akan buat.
Siapa lagi yang dia cuba tipu? 16 September dia tipu semua pemimpin pembangkang. Ada yang kekal percaya dan kekal bersama dia hingga kini. Ramai yang cabut lari. Paling rasa tertipu ialah Kapal Tenggelam, dia mungkin dah berangan-angan nak jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga mahkamah dan FELDA, tetiba tak jadi..maka melenting sakan dia dan masa tu jugak dia cakap "Nuar Ibrahim harus bertaubat". Mak datuk berdesing telinga Nik Aziz mendengarnya. Muka-muka di bawah ni semua antara yang kena tipu hidup-hidup dan mati-mati mereka percaya.
"I got the numbers..." Tengah tengok video tu agaknya.
Ini antara wajah-wajah yang mengetahui banyak rahsia Nuar, sebab itu mereka cabut sebab mereka juga akhirnya tak sanggup bersekongkol. Cuba tengok video hebat di sini mau mendidih darah mendengarnya.
Dia pergi ke Indon, dia tipu pulak orang Indon. Katanya Malaysia curi dan tiru batik Indon. namun batik Malaysia katanya tidak ada kualiti, tapi dia pakai jugaklah. Tertonggeng-tonggeng orang Indon tu percaya dengan kelentong dia.
Dia pergi ke Dubai, dia tipu pemimpin Hamas, beria-ia dia mengatakan dia sokong Palestine. Akhbar arus perdana di Malaysia telah putar dan belit tentang wawancaranya di WSJ. Pemimpin Hamas gelakan dia setengah mati.
Dia pergi ke Kedutaan Turki, dia kata nyawanya terancam.. kah!!! kah!!! kah!!!!, Diplomat Turki ketawakan dia dalam hati, namun benarkan jugalah dia masuk kat situ sebab mukanya pucat lesi bila Saiful buat report polis.
Dia tweet orang katakan menyampah sangat dengan Salman Rushdie, tak mahu tengok muka, tapi sebelum tu banyak kali dia puji Salman ni dan dia pergi jugak join India Today tu, katanya nak jumpa Kareena Kapoor.
Dia pergi ke kampung Buah Pala, dia kata bagi peluang Pembangkang memerintah, dua minggu masalah Kg Buah Pala selesai. kalau tak selesai jangan panggil dia 'Nuar Brahim' panggillah dengan nama lain. Memang kg Buah Pala selesai ditala oleh jentolak selepas itu.
Dia jumpa Tan Sri Rahim Thamby Chik, dia kata Tun M suruh letak jawatan, pada hal mana pernah Tun M kata macam tu.
Dia jumpa orang-orang tertentu dia kata you besok akan jadi MB, jadi menteri.. ramai yang memasang angan-angan dan terhegeh-hegeh ikut dia.
Dia kata pada press dia tak akan lawan Hj Shuhaimi Kamaruddin dalam jawatan Ketua Pemuda, akhirnya terkincit-kincit Hj Shuhaimi kalah dengan 10 undi.
Dia kata juga pada press, dia tak akan lawan Tun Ghaffar, akhirnya Tun Ghaffar keluar pejabat dengan beg plastik. Bila press di Thailand tanya balik dia kata "itu sebab you jangan percaya apa yang orang politik cakapkan..."
Dia kata ada 6 kotak bukti penyelewengan Dr Mahathir, akhirnya sebuah kotak pun tak ada yang dia buka. Mengamuk rakyat seluruh Malaysia percayakan cakap dia dan tercemar sungguh nama Tun M hingga ke hari ini.
Dia kata Dr Mahathir macam bapa dia, macam guru dia, macam kawan dia beberapa hari sebelum kena pecat, tetapi setelah kena pecat Dr Mahathirlah insan paling zalim dalam dunia ini.
Dia suruh Zahid timbulkan kisah kroni dalam Perhimpunan Agung UMNO dan dia lepas tangan bila Tun M keluarkan senarai kroni sebenar. Selepas kena buang dari UMNO dia mengaku yang dia suruh Zahid Hamidi timbulkan cerita itu.
Dia kata dia tak pernah kenal Datuk Eskay, tapi dia pernah minta Datuk Eskay tolong seludupkan RPK keluar negara. RPK juga sahkan perkara tersebut. Gambar dia memeluk Eskay juga keluar dalam internet.
Dia panggil PM DSN pandikutty dalam salah satu ceramahnya, tapi dia kata itu putar belit media penyokong UMNO/BN.
Dia arak Saiful ke serata dunia untuk membancuh kopinya tapi dia kata DSN yang letakan Saiful kat dia. Konspirasi UMNO/BN lah lagi.
Dia lari mencicit dengan baju kuning semasa Bersih 2, dia kata kena sembur air beracun, tetapi setitik air pun polis tak pancutkan, siap terus pakai bengkung leher.
Dia kata polis mengkasari Hj Hadi, tangkap dan sumbat dalam van polis, tup-tup Hj Hadi kata polis melayan dia dengan baik, siap hantar sampai rumah sekali.
Dia kata dalam Parliamen untung BERNAS satu tan RM800, petani tetap miskin, Syed Mokhtar dibelai macam anak emas. Bila AP Padang Besar cuba nak betulkan maklumat tentang keuntungan beras import dan beras tempatan cepat-cepat dia beralih ke tajuk lain.
Dia tipu Ahli Parliamen tentang bajet Jabatan Perdana Menteri berjumlah billion-billion, bila KJ sanggah dia, cepat-cepat dia melenting.
Dia kata jam omega ada dalam simpanan Kak Jijah, tapi sobona ea jam tu ado kek Eskay, Johari Abdul pun nengok dan dah soghahkan kek polis.
Dia kata dalam ceramah, sipulan-sipulan call dia, tokoh tu, tokoh ni call dia, pada hal mana pernah orang tu semua call dia.
Dia kata nak membela golongan miskin, dah lama dah dengar dia cakap macam tu, tak ada siapapun yang dia bela sejak dapat Selangor ni.
Dia kata nak memerangi rasuah sejak 32 tahun dahulu, tak ada pulak kes rasuah yang dia bawa ke mahkamah, kes dia rasuah adalah. Kini rasuah berlarutan pula ke negeri yang dia perintah. Apa, kat Selangor tak ada rasuah??? biar betul, rakyat sedang melihat tu. Itu semua putar belit media arus perdana???? hahaha mudah betul dia nak lepas tangan. hakikatnya dia suka dengan rasuah.
Dia kata nak hapuskan kroni??? biar betul Nuar, siapa yang banyak kroni kat Malaysia ni? Bercakap tu tengoklah keliling sikit.
Dia kata nak membela orang-orang susah dalam PRU13 ni dan nak melanyak orang-orang kaya yang jadi kroni ni. Sekali lagi hahahah... itu kes RM445 juta kasi tengok dulu.
Dia kata dalam parliamen dua hari lepas, pasal apa nak sokong sangat orang-orang kaya ni??, eh selama ni kan ke dia suka sangat berkawan dengan orang kaya-kaya, luar dan dalam negeri.
Dia kata skrip lama mesti di ulang semula, filem lama diulang tayang, maknanya kempen pilihanraya kali ini akan menyebut segala kisah silam lah. Segala yang buruk-buruk tu UMNO/BN punyalah. segala yang molek-molek tu dia punya.. hahaha... adalah seorang dua yang akan terpercaya dengan auta dia tu, majoriti tak ada dah.
Tambahan rakyat dah nampak dah traanformasi yang di bawa oleh PM. Kes-kes besar zaman DSN ni dah tak banyak dah, kes dulu-dulu masih ada yang belum selesai. Rakyat termasuk kaum cina sebenarnya menaruh harapan tinggi kepada DSN untuk membawa negara ke tahap yang lebih maju.
Ini nasib baik ekonomi dunia tidak menentu terutamanya ekonomi Amerika dan negara juga merasai tempiasnya. Kalaulah ekonomi dunia berada ditahap stabil, pastilah ekonomi Malaysia di bawah Datuk Seri Mohd Najib akan lebih menyerlah.
Dalam keadaan sekarang pun Malaysia berada dikedudukan nombor 9, negara yang suka dilawati oleh pelancong. Eh senang-senang je pelancong nak datang sini, berapa juta UMNO/BN bayar ni untuk mendapat ranking yang begitu tinggi. Di Asia Tenggara pulak Malaysia berada di nombor 1, negara paling selamat untuk dikunjungi... Pitam Nuar untuk menerima hakikat ni. Ingat senang-senang rakyat nak memberikan mandat memerintah ni kepada orang lain dan parti lain, selain daripada BN???
Dalam PRU12 dulu semua orang tahu, bukannya rakyat menyokong pembangkang pun, mereka menang sebab rakyat masa tu banyak yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan ketika itu atas pelbagai isu... Dulu tu kes lepas geramlah... kini rakyat dah sayang BN semula... hahaha.. mampus pembangkang. Masih nak bermimpi ke?? jangan mimpi di siang hari sudahlah.
Akhirnya Jokiden nak sebut di sini, di mana-manapun Nuar ni bila bercakap, tak kira dalam tv ke, dalam negeri ke, luar negeri ke, dalam Parliamen ke, asyik menjerit, melenting, maki hamun orang, buat fitnah dan pelbagai tuduhan lagi..memanglah Nuar tak sesuai menjadi pemimpin. SOHEH.
Lagi artikel yang berkaitan, baca di sini
No comments:
Post a Comment