Tuesday, March 27, 2012

LAMAN WEB SPR KENA GODAM!!!!

Jokiden mempunyai banyak kebimbangan menjelangnya PRU13 berlangsung. Kebimbangan ini adalah berasas berdasarkan pengalaman lalu. Namun sebelum itu saya ingin memulakan posting ini dengan mengulas sedikit mengenai persepsi pengunjung-pungunjung blog.

 

Ada pengkomen dalam blog mengatakan dia tidak peduli dengan kisah sex Nuar, yang penting 'keadilan' yang diperjuangkan dan 'kemampuan' dia membela rakyat.

Jika diteliti penglibatan Nuar dalam politik sejak dahulu, kesimpulan yang boleh dibuat ialah dia sesungguhnya tidak layak untuk menjadi pemimpin negara. Telah banyak yang diperkatakan tentang ketidakupayaan Nuar menjadi pemimpin yang baik di negara ini. Masalah moral bukan sahaja melibatkan perlakuan sex, malah semua perlakuan hidup seharian adalah melibatkan soal moral.

Dari semua segi akhirnya rakyat dan negara akan musnah sekiranya seorang pemimpin yang akan menentuka hala tuju negara terdiri daripada orang seperti Nuar. Samalah seperti tanggapan Hj Hadi sex hanyalah 0.001% daripada kehidupan manusia di dunia ini. Benar soal sex hanya sebahagian daripada kisah moral Nuar. bagaimana dengan yang lain-lain.

Untuk menjadi pemimpin nombor satu segala-galanya mestilah hampir sempurna bagi setiap pemimpin itu. Asas Ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang mesti ada. Kemampuan memahami masalah, bijak membaca sebarang kemungkinan, bijak berpidato, sabar, toleransi, tidak gopoh, tidak tamak, tidak rasuah, tidak mengamalkan kroni, tidak mengongkong, tidak autokratik, tidak mementingkan diri, konsisten, bersedia menerima teguran, amanah, berani, tidak memungkiri janji, tidak berbohong, tidak menipu, tidak terlalu memanipulasi, jujur, ikhlas, bersedia membantu, tidak ego, tidak sombong, memahami dasar luar negara dan beberapa ciri lagi.

Setakat yang disenaraikan di atas berapa ciri yang Nuar ada untuk melayakan dia menjadi Perdana Menteri yang baik untuk semua kaum di negara ini?. Perincian di atas juga adalah perkara-perkara yang sering dimainkan oleh Nuar dalam setiap ceramahnya. Perkara tersebut menjadi keutamaan beliau setiap kali membuka mulut.

Sepatutnya dia bertanyakan dirinya apakah dia memenuhi kreteria tersebut. Siapa sebenarnya yang memulakan budaya kroni dalam pemerintahan negara? Siapa pula yang memperkenalkan budaya politk wang dalam pemilihan parti secara berleluasa? Siapa yang memulakan budaya putar belit dan bercakap perkara serta dasar yang berbeza di pentas  yang berbeza? Siapa yang memulakan budaya mengadu domba dalam dunia politik tanah air?  Siapa yang bercakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap. Siapa yang mempopularkan kehidupan mewah dikalangan ahli politik.

Siapa yang kerjanya siang malam mengaibkan orang lain? Siapa yang memulakan budaya memperlekehkan institusi kerajaan seperti PDRM, SPRM, Kehakiman, SPR, Kesihatan atau Pejabat Peguam Negara? Siapa sebenarnya yang memulakan budaya menyerang peribadi orang lain semata-mata untuk mengalih perhatian yang dirinya tidak seperti itu.? Siapa pula yang memperkenalkan budaya berdemo dijalanan apabila ada isu yang bersifat peribadi? Siapa yang suka mengheret para pelajar kolej dan Universiti untuk menentang kerajaan? Siapa yang suka pergi ke luar negara sampai 60 kali setahun yang tak guna 'duit rakyat' dan memburuk-burukan negara? 

Jika semua pertanyaan di atas menjurus kepada hanya satu jawapan iaitu Nuar, apa perlunya rakyat bersusah payah untuk menjadikan dia pemimpin nombor satu? Pemimpin UMNO/BN juga tidak sempurna?, Benar, sebab itu proses pembersihan sedang dilakukan. Kesannya sudah amat ketara hari ini. Soalnya kita hendak memilih pemimpin untuk menerajui negara melalui sistem demokrasi. PM suruh pemimpin BN turun padang, dekati rakyat sepanjang masa, tambahan PRU13 sudah hampir, namun masih ada yang tidak faham dan lebih suka pergi kelab dangdut daripada pergi bertemu rakyat. Rakyat tidak perlukan pemimpin seperti ini. 

Nuar juga selalu berkata yang rakyat hari ini bukan bodoh, rakyat bijak menilai, rakyat penuh dengan maklumat, rakyat tahu dan rakyat sedar. Namun kenapa Nuar masih berusaha untuk menipu rakyat? Contohnya sejak PRK Ijuk dia kaitkan PM DS Najib dengan kes Altantuya apa hal..PM dah bersumpah dalam masjid dah mengatakan tak kenal Altantuya. Tian Chua dah ngaku dah gambar tu dia superimpose kan, kenapa masih nak kaitkan, nak andaikan, nak suruh rakyat berteka teki. Penting sangat ke Altantuya tu daripada maruah negara.

Janganlah bermain dengan kata-kata kerana bagi orang yang tak cerdik akan mentafsirkan bahawa fitnah itu betul. Dakwa jelah PM bunuh Altantuya dan bawa kes tu ke mahkamah. Habis cerita. Oh terlupa pulak nanti dia kata hakim plak tak adil, berat sebelah, polis berat sebelah, mahkamah berat sebelah..bla..bla.. bla.. tapi guna juga mahkamah untuk saman orang berjuta-juta. Ish ish susah betullah dengan Nuar ni. Stop. 

Tajuk di atas 'SPR kena godam' akan Jokiden sambung dalam posting yang lain. Harap maaf sebab posting ni agak panjang.

No comments:

Post a Comment