Saturday, June 9, 2012

PM Sindir Menteri Dan Pemimpin BN...Saya Penat Dah...

   Masih berusaha gigih untuk menyelamatkan keadaan..

Pemimpin UMNO, BN jangan ulangi kesilapan lampau


KULIM 8 Jun - Para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang dinasihatkan belajar daripada sejarah hitam selepas tewas pada pilihan raya umum lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah tiba masanya pemimpin berkenaan bangkit semula menebus kekalahan selepas melalui tempoh yang agak lama iaitu lebih empat tahun.

"Kalau marah, sekarang tak patut lagi. Masa untuk rasa marah, kecewa dan hampa sudah berlalu.

"Sekarang adalah masa bagi kita untuk bangkit dengan kekuatan dan azam baru," katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Makan Malam Bersama Pemimpin BN negeri di sini malam ini.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan pemimpin parti komponen BN Kedah.

Menurut Najib, jika pemimpin UMNO dan BN tetap mengulangi kesilapan lampau tidak mustahil parti itu akan mengalami nasib serupa seperti pilihan raya umum lalu.

"Pisang tak akan berbuah dua kali jika kita bertekad untuk berubah. Saya berharap semua dapat bangkit dengan azam baru bagi memastikan BN kembali berkuasa," katanya.

Pada masa sama, Najib turut menasihatkan pemimpin terlibat bekerja keras dengan mengutamakan prinsip dan hala tuju yang digariskan parti.

"Marilah kita bekerja keras dan jangan pula membiarkan saya kerja berseorangan.

"UMNO dan BN akan berjaya jika semua pemimpin bekerja dengan cara berkhidmat, berbakti, bertindak, berstrategi, berkorban dan selebihnya bertawakal," katanya.

Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Razak mungkin merasakan bahawa beliau kurang mendapat bantuan dalam usaha untuk memenangi hati rakyat ini daripada rakan-rakan kabinet beliau dan juga pemimpin di peringkat Negeri serta Bahagian. Sebab itu beliau melontarkan kata-kata tersebut di atas.

Para Menteri dan pemimpin UMNO/BN jika kalian tidak membantu Perdana Menteri dengan sesungguh hati, maka sedarlah bahawa itulah jawatan terakhir yang tuan-tuan ada kerana selepas PRU13 kelak tuan-tuan akan kehilangan semuanya. tuan-tuan juga akan menjadi orang biasa dan hidup dengan pencen bulanan.

Bukan nak mengungkit kisah silam, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Selangor bagaimana Dr Mohd Khir Toyo akhirnya menjadi rakyat biasa selepas PRU12 . Datuk Mahazhir Khalid mungkin masih mempunyai peluang untuk terus dikompangkan selepas ini nanti. Dr Khir terpaksa menerima hakikat, terpaksa menjadi orang biasa dalam usia muda.

Memanglah sesiapapun akan akhirnya menjadi orang biasa dan tidak ada yang akan menongkat langit, namun kembali menjadi orang biasa biarlah dalam keadaan kita rela, bukannya keadaan yang memaksa.

Semua pihak terpaksa memainkan peranan masing-masing. Orang yang berpengaruh seperti para menteri jika sayangkan kerusi empuk tersebut, maka bertungkus lumuslah. Masa hanya tinggal sedikit sahaja lagi.

Para bloger ini pun bukannya suka sangat ni menulis sepanjang masa, siang dan malam, ada yang kata mereka syok sendiri, tetapi inilah sumbangan para blogger. Nak ke hulu ke hilir pergi mengadakan ceramah, bukan semuanya mampu bercakap di khalayak ramai. Lagipun jika para blogger sibuk menemui pengundi nanti mereka di tuduh pulak hendak mencari nama, nak mencari tempat, nak jadi calon.. Ish..ish..ish..

Oleh yang demikian setiap orang, setiap ahli BN mempunyai peranan dan tugas masing-masing dalam kapasiti yang tersendiri. Lakukan. Jangan biarkan PM dan TPM sahaja yang tanpa jemu berkempen atau 'bekerja' mendekati pengundi dan rakyat. 


 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Jangan Main-Main Dengan Saya... Adik Beradik Saya 46 Orang..

TPM beli daging untuk adik beradik dia...


Tahniah TPM kita, rupanya dia ada adik beradik sebanyak 46 orang. Meriah sangat tu. Silap hari bulan dia tidak boleh ingat semua nama adik beradik beliau. Tahniah juga kepada ayahnda beliau kerana mempunyai keluarga yang besar. Baca disini seterusnya. 
 
 
Kepada seorang pemimpin UMNO di Bandar Tun Razak, berhati-hati sikit jika nak menegur TPM kita ni. Adik beradik dia ramai, jangan main sedap mulut je nak mengkritik beliau. Mengkritik tu boleh, tetapi gunakan bahasa yang sopan yang sesuai dan beradap sikit. Ini tidak, selalu dia tulis dalam facebook dia mengatakan TPM macam-macam yang tak sedap didengar oleh telinga.
 
 

Kelangsungan masa depan negara bergantung kepada perpaduan Melayu


PUTRAJAYA 9 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, rakyat Malaysia tidak boleh menolak hakikat bahawa kelangsungan masa depan negara bergantung kepada perpaduan orang Melayu dan umat Islam sebagai umat majoriti di negara ini.

Beliau berkata, sekiranya umat Islam berpecah-belah semata-mata kerana berbeza pandangan politik atau mempunyai fahaman yang berlainan mengenai hal yang berkait dengan soal asas dalam agama, maka perpaduan dan keamanan negara secara keseluruhannya sukar untuk dicapai.

"Oleh itu saya berpandangan bahawa usaha memperkukuhkan perpaduan ummah adalah sesuatu yang amat penting dalam menentukan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara kita," katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Memartabat Islam Memperkasakan Ummah (Kompas) dan pelancaran buku "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" di sini hari ini. - BERNAMA

Soheh apa yang TPM cakap di atas adalah fakta dan bukannya untuk menakut-nakutkan sesiapa. Apabila statemen begini terkeluar daripada mana-mana pemimpin UMNO/BN, maka akan bersegeralah puak pencacai pakatan haram mengatakan UMNO rasis dan selamanya memainkan politik ugutan.

Bukan hendak mengugut sesiapa, sekadar mengingatkan atau mengulang kaji supaya rakyat khususnya Orang Melayu tidak lupa. Kepada bangsa lain atau kaum lain khususnya kaum Cina dan India, fakta ini juga tidak dapat dinafikan. Perpaduan bangsa Melayulah yang memungkinkan negara ini terus aman, damai, makmur dan ceria seperti yang kita dapati hari ini.

Sekarang Bangsa Melayu ini semakin berpecah belah kerana terpaksa menyokong parti serpihan yang ditubuhkan oleh Orang Melayu sendiri atas alasan tidak berpuas hati terhadap parti tertua Orang Melayu iaitu UMNO.

Yang memegang kuasa sekarang ialah UMNO dengan disokong oleh rakan-rakan komponen BN. Tanpa sokongan komponen BN yang lain UMNO juga tidak mungkin boleh bertahan. UMNO menabur bakti dalam semua bidang terhadap Bangsa Melayu, di bumi bertuah ini dan juga UMNO amat berjasa terhadap keturunan lain yang menjadi rakyat Malaysia.

Jasa besar UMNO ini amat dicemburui oleh pihak kawan dan lawan. Kuasa yang dimiliki oleh UMNO ini cuba sedaya upaya untuk ditumbangkan dan diruntuhkan. Yang berusaha kuat untuk merobohkan kuasa dominan UMNO ini ialah dari kalangan Orang Melayu sendiri. Sudah tentulah kaum asing bertepuk tangan dan bersorak riang gembira melihat Bangsa Melayu sendiri cuba memusnahkan kuasa kaum mereka.

Orang Melayu yang membenci UMNO sebab UMNO terlalu lama menabur jasa dan terlalu banyak berjasa ini kelihatan mahu bersatu dan berpadu tenaga untuk menumbangkan UMNO.

Parti lain terutamanya DAP yang selamanya tidak senang dengan UMNO telah secara halus membantu puak-puak Melayu yang ingin meruntuhkan UMNO ini. Biasa sangat dalam ceramahnya DAP akan secara halus bersembunyi di sebalik telunjuk mereka dengan berkata "Kita tidak memusuhi Orang Melayu, kita sokong Orang Melayu dan kita sayang Orang Melayu. Yang kita musuhi ialah UMNO, yang kita nak hapuskan ialah UMNO...betula takkkkk??????????"

Maka pertanyaan tersebut disambut dengan gemuruh oleh pendengar yang rata-ratanya Orang Melayu. "Betullllllllllll!!!!" Begitulah mudahnya DAP memperbodohkan pendengar Melayu dalam setiap ceramah mereka. Hei!! DAP, UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNOlah.. Ikut jalan mana sekalipun itulah hakikatnya. Cuba untuk meruntuhkan UMNO bermakna cuba untuk meruntuhkan Melayulah..Jangan nak menipu...

Hari ini Orang Melayu dalam PKR cuba sedaya upaya untuk menghakis kuasa Melayu UMNO. Orang Melayu dalam PAS berusaha keras untuk melumpuhkan kuasa Melayu UMNO. Orang Melayu yang dalam DAP juga memusuhi dan cuba meranapkan kuasa Melayu UMNO. Orang Melayu dalam KITA juga berusaha untuk mengurangkan kuasa Melayu UMNO.

Baru-baru ini wujud pula sebuah lagi parti iaitu IKATAN. Pastilah Orang Melayu dalam IKATAN juga akan berusaha untuk menghapuskan kuasa Melayu UMNO. Semua tindakan tadi diambil dengan harapan mereka akan dapat menggantikan UMNO dalam memegang tampuk kuasa di bumi bertuah ini.

Ingatan Timbalan Perdana Menteri adalah tepat. Melayu jangan berpecah. Melayu mesti bersatu padu. Berlaku sedikit sebanyak kepincangan jangan dijadikan alasan untuk meranapkan kuasa Melayu ini. Marahkan nyamuk jangan sekali-kali kelambu dibakar, nanti susah nak membeli kelambu baru.

Pertukaran regime di negara lain atas bantuan kuasa Barat tidak melemahkan bangsa tersebut kerana mereka dari satu rumpun. Jatuh Sadam Hussien di Iraq yang naik bangsa Iraq juga. Runtuh Lybia dan Gadaffi, yang naik bangsa itu juga. Di Syria sama, di Yemen sama, di Kuwait sama, di Jepun sama, di India sama, di Mesir pun sama.

Di Malaysia jika UMNO runtuh dengan bantuan kuasa asing terutamanya Barat yang bakal berkuasa bukan lagi Melayu. Pasti. Jika Melayu mendapat tempat setelah UMNO runtuh, maka itu hanya pada nama dan jawatan sahaja. Kuasa tetap tidak ada. Mereka akan jadi boneka, mereka akan jadi puppet, mereka akan jadi pak turut semata-mata. Tengok apa yang berlaku kepada Nizar yang lupa daratan ketika Allah bagi dia berkuasa sebentar di Perak. Nizar hanya mempengerusikan mesyuarat sahaja, keputusan telah di atur oleh DAP.

Khalid Gagap di Selangor pun begitu juga, terpaksa mengikut telunjuk dan arahan Exco lain dalam membuat sebarang keputusan penting. Khalid juga tidak bebas dan tidak boleh menjaga kepentingan Melayu.

Kuasa Ekonomi dipegang oleh kaum Cina sejak dulu, kini dan selamanya. Jika kuasa politik juga dipegang oleh DAP, maka Melayu akan merintih di bumi sendiri. Pembangkang boleh kata ini hanya ugutan dan cubaan untuk menakut-nakutkan.. Katalah apa sahaja. Hakikatnya ialah tanpa kuasa Melayu UMNO, maka Melayu akan kehilangan segala-galanya sedikit demi sedikit.  

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

"Gatal Mulut'..Nik Aziz Semakin Melampau..


  
  

Nik Aziz sifatkan Mufti Perak ‘gatal mulut’


KOTA BHARU 8 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai seorang yang ‘gatal mulut’ mahu bercakap tentang politik sedangkan beliau tidak tahu apa-apa.

Berucap ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini, Nik Abdul Aziz berkata, memperoleh kerusi dalam pilihan raya sememangnya menjadi matlamat Pas kerana tanpanya parti ini tidak dapat membina kerajaan untuk melaksanakan Islam.
“Ada seorang mufti gatal mulut bercakap politik padahal dia tak reti. Dia kata Pas ini hanya nak kerusi sahaja, baik saya nak tanya dia, Nabi Muhammad tinggalkan Mekah ke Madinah, buat apa dia tinggalkan rumah tangga, anak, tengah malam buta lari dari Mekah ke Madinah, nak apa kalau tidak kerana nak kerusi?

Kadang-kadang kita berasa janggal dengan perbandingan-perbandingan yang Nik Aziz buat dari semasa ke semasa. Untuk menguatkan hujah dia, ada kalanya dia tersasul dalam membuat perbandingan terutama yang mengaitkan Junjungan Besar Rasullallah saw.

Perkara ini beliau sebut secara spontan dan seperti yang Jokiden pernah sebut sesuatu yang spontan adalah lahir dari hati. Dia yang selalu 'gatal mulut' tetapi dia tuduh orang lain pulak.

Antara perbandingan beliau yang kita masih ingat ialah Tuhan juga mencarut. Jadi ahli PAS dibenarkan mencarut dan memaki hamun sesiapa yang mereka suka. Maknanya penggunaan kata-kata kesat dibenarkan oleh Nik Aziz.

Nabi Muhamad sama dengan mamat-mamat lain yang lahir di Kelantan. Maknanya tidak ada istimewanya Junjungan Besar kecuali selepas di pilih oleh Allah menjadi Nabi dan Rasul. 

Kini beliau katakan Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana hendakkan kerusi. Semakin melampau dia ni.

Bila Ulamak UMNO tidak menegur pemimpin UMNO mereka marah dan sanggup menghina para mufti dan ulamak UMNO yang makan gaji buta. Bila Ulamak UMNO menegur orang politik secara amnya mereka kata pula Ulamak mestilah menumpukan dalam perkara agama sahaja dan jangan hendak mencampurkan hal-hal agama dengan politik.

Mereka sahaja yang boleh bercakap tentang kedua-duanya iaitu hal agama dan hal politik. Orang lain tidak mempunyai autoriti atau tidak berhak.

Penyelewengan pemimpin PAS akan berterusan dan mana-mana ahli yang sudah sedar dan tidak sanggup bersubahat, maka segeralah tinggalkan PAS. Masuk sahaja parti IKATAN yang baru ditubuhkan tersebut. Selamat.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Beban Nuar Dan Hj Hadi Berakhir Jua...


"Kadiaq, lepas ni you jalan sendirilah ye, partipun dah ada.."

Lega!!! agaknya itulah yang terkeluar daripada mulut Tuan Guru Abdul Hadi Awang apabila Kadiaq tidak lagi menumpang beliau ke hulu ke hilir untuk berceramah. Kadiaq sudah mempunyai pentas sendiri. Dia menubuhkan parti baru bernama IKATAN.

Sekalung tahniah kepada Kadiaq. Macam tulah anak jantan. Nak jadi ketua, nak jadi Presiden tubuhkan parti sendiri dan lantik diri sendiri sebagai Presiden. Jangan jadi macam Zaid anak Ibrahim, menumpang parti orang lepas tu sesuka hati dia je, nak bertanding, nak bubarkan parti. Ish.. ish.. orang susah payah nak buat parti dia senang-senang nak bubarkan..

Beberapa kali Kadiaq bersama dalam ceramah PAS dan juga PKR, dia ingin menopoli pentas tersebut. Dia juga memaksa penyokong tegar PAS dan PKR supaya duduk diam dan mendengar dia memuji melangit tentang kisah kejayaan UMNO/BN. Mana tak hanginya penyokong PAS dan PKR yang phobia mendengar nama UMNO...

Dengan tertubuhnya parti Ikatan bermakna Kadiaq terpaksalah berhempas pulas untuk memperkasakan parti tersebut supaya mampu bertahan. Hebat juga cita-cita Ikatan. tahun ini inginkan keahlian mencecah 500,000 orang. Pada tahun hadapan diharapkan keahlian Ikatan mencecah sejuta orang. PKR dah lobih sopuluh tahun ahli baghu ado 60,000 oghang..Muga berjayalah Ikatan.

Ada juga dakwaan parti Ikatan adalah ditaja oleh orang tertentu. Tak kisahlah tu samada betul atau tidak. Yang penting Nuar dan Hj Hadi terlepas dari beban menanggung permintaaan Kadiaq untuk bersama dalam satu pentas ceramah. Cara Kadiaq berceramah jauh berbeza dengan penceramah PAS dan PKR. Kadiaq slow and steady. PAS dan PKR berceramah secara ganas. Memang tak sesuai dan tidak beberapa digemari oleh mereka yang hadir.  

Masa yang diambil oleh Kadiaq untuk berucap pula bukan main panjang sehingga meresahkan pendengar. Bila diberi notis kecil suruh berhenti, dia ingat suruh sambung lagi, maka berlarutanlah sehinggalah juruacara pergi matikan suis mikropon. Selepas ini Kadiaq boleh bercakap tanpa henti sehingga pendengar cabut lari.

Sesiapa yang meroyan nak jadi pemimpin selepas ini ikut sahaja cara Kadiaq, tak perlu berebut-rebut jawatan tertinggi. Tak Perlu Bertanding.. Nak Jadi Presiden..Tubuh Je Parti Baru.. Nizar elok pertimbangkan hal ini. Baca di sini



Related Story Klik: Rasa Nak Gelak..

                                Alahai Kocik Bona Alasan


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

Friday, June 8, 2012

Mimpi Paling Indah..Mimpi Mandi Junub..

"Mana kerusi yang boleh menang ni..yang nak kalah sebab pengundi hantu banyak ni..."
 
Papagomo dan Utaranews menulis pasal kisah mimpi Nuar seperti yang dilaporkan dalam Nanyang Siang Pau dan China Press. Nuar berkata dengan mudah Pakatan akan menawan 122 kerusi Parlimen dalam PRU13 kelak. Kita tidak perlu gelak sebab kemungkinan itu ada. Baca di sini.

Mimpi ada beberapa macam mimpi. Umpamanya mimpi ngeri dikejar dengan parang oleh ibu bapa pelajar Unisel yang tidak dapat pinjaman PTPTN. Kemudian ada mimpi indah umpamanya kita bermimpi bertemu teman wanita lama ketika sama-sama masih slim. Ada juga mimpi mandi junub atau mimpi naik ke bulan atau mimpi naik roket dan sebagainya. Mimpi kan mainan tidur. 

Jika mimpi disiang hari orang akan kata mengigau pulak. Letih lesu dibuatnya seluruh badan. Kadang-kadang apabila kita membayangkan sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau sesuatu yang tidak mungkin kita capai orang juga akan mengatakan kita sedang bermimpi.

Jadi catatan Papagomo dan Utaranews tentang Nuar hendak menawan 122 kerusi Parlimen dalam PRU13 bolehlah dikatakan mimpi di siang hari. Dalam PRU13 kelak kalau pembangkang dapat memenangi 42 buah kerusi Parlimen pun sudah cukup baik. Nak menang lebih? payah oii, macam mendaki Gunung Everest.  BN dalam sejarah PRU di Malaysia akan memenangi antara 172 hingga 180 kerusi parlimen. Terbaik..Tengoklah nanti.

42 buah kerusi yang mungkin dimenangi oleh pembangkang tersebut ialah kerusi-kerusi dimana SPR tidak boleh menipu. Itu kerusi selamat mereka seperti Bandar Kucing, Bukit Bintang, Kepong dan Seputih.   

Di tempat-tempat yang SPR, UMNO/BN boleh menipu jangan harap pembangkang akan menang. Ini termasuklah di Permatang Pauh di mana beribu-ribu orang pengundi hantu sudah berada di sana dan bersedia untuk memangkah UMNO/BN. Nuar mesti tahu berapa pertambahan daftar pengundi di Permatang Pauh sejak 2008 hingga sekarang.

Pendatang asing yang jumlahnya beribu-ribu orang sudah di daftarkan oleh Taskforce SPR di Bukit Gantang, Teluk Kemang, Taiping dan Sungai Siput. Ini sudah tentu akan memenangkan UMNO/BN. Walaupun peramal politik mengatakan pembangkang boleh menang sehingga 70 kerusi Parlimen, namun itu juga agak sukar menjadi kenyataan.

DAP masih akan menang banyak kerusi terutamanya di kawasan bandar. Tambahan dalam daftar pengundi baru DAP paling banyak mendaftarkan pengundi baru. Logiknya mereka akan dapat undi tersebut.

PKR???? siapa nak undi mereka jika asyik dengan pelbagai masalah peribadi dan tidak menghiraukan rakyat sejak dulu, kini dan selamanya. Kulim Bandar Baru dan Bayan akan kembali kepada BN. Tak kan itupun Nuar tak tahu. Gombak dan Selayang??? rasanya kali ini BN punya. Zuraidah tu ada ke lagi orang nak undi dia di Ampang tu??.

Oooppp!!! terlupa pulak, Shah Alam selamat ke untuk Khalid Samad?? Kelana Jaya??? budak yang tak tahu Bahasa Malaysia tu, kompem hanyut jika masih nak jadi calon di situ.

Lembah Pantai??? dah sah Datuk Raja Nong Chik akan menang mudah. Bandar Tun Razak yang tidak pernah dipedulikan oleh Khalid Gagap selain daripada 170 ekor lembu korban dulu, sudah hampir pasti kembali dimenangi oleh BN.

PAS??? Jika menang 7 kerusipun sudah cukup hebat. Pokok Sena, Baling sudah tentu kembali kepada BN. Hulu Terengganu???  Balik kepada BN. Kubang Krian tempat yang bakal ditinggalkan oleh Salahuddin bolehlah dikekalkan kepada PAS. Nibong Tebal?? BN akan dapat semula.    

Setakat itu sudah berapa kerusi yang PAS, DAP dan PKR hilang??? Mana nak sampai 112 kerusi lagi. Jokiden nak tambah, jika kena gayanya kempen MCA, Parlimen Seremban akan kembali kepada BN, begitu juga dengan Parlimen Rasah.. Hahaha.. ini bukan mimpi, dengan segala penipuan SPR yang berpihak kepada UMNO/BN, Pakatan haram mungkin akan dapat telur di NSDK dalam PRU13 kelak. Walaupun Pakatan kini berangan-angan atau bermimpi untuk menang 5 kerusi Parlimen di NSDK. Kerusi mana??? Pilah?? Jelebu?? Jempol?? Rembau?? atau Tampin??

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Memalukan.. Perkara Ini Jarang Berlaku Di Negara Luar..


Mulut dua orang ni pun boleh tahan ni..
 
1.  Pilihanraya umum nyata semakin hampir. Terdapat ramai pemimpin parti politik yang akan berundur atas pelbagai sebab seperti sudah terlalu lama, sudah uzur dan sudah agak tidak relevan lagi. Antara yang berusia ialah Nuar Brahim, Hj Hadi, Nik Aziz, Tan Seng Giaw,  Karpal Sinki dan Lim Kit Siang. 

2. Sebahagian besar daripada mereka nampaknya masih ingin bergayut kepada kuasa. Sejak kebelakangan ini test market dengan pengumuman-pengumuman tertentu sudah dilakukan oleh mereka demi untuk melihat respon ahli parti.

3.   Sebenarnya jika ahli parti menerima kepimpinan mereka tidak ada salahnya untuk terus 'bergayut kepada kuasa' tersebut. Teruskanlah. Yang tidak enaknya ialah rakyat ditipu sejak dulu kini dan selamanya oleh pemimpin pembangkang. Mereka amat benci kepada nepotisme tetapi mereka jugalah yang mengamalkannya.

4.  Pemimpin pembangkang nampaknya dalam PRU13 ini untuk kesekian kalinya akan cuba memasukan anak-anak, kaum kerabat, ipar duai dan sedara mara terdekat untuk menjadi calon-calon dalam PRU13 kelak. Selalunya mereka akan diberikan 'kawasan selamat' demi untuk mempastikan keluarga mereka mendapat kerusi empuk yang menjadi idaman ramai.

5.  Pengundi di kawasan berkenaan di 'paksa' menerima calon keluarga pilihan parti mungkin sebagai mengenang jasa pemimpin mereka. Calon anak tempatan terpaksalah memendam perasaan. Rakyat tempatan yang berpotensi menjadi calon terpaksalah memberi laluan kepada calon kroni tersebut.

6.  Hj Hadi khabarnya akan mengenegahkan anak beliau sebagai bakal calon seterusnya menggantikan beliau di Marang. Mungkin juga Hj Hadi akan terus bertanding dan anak dia juga bertanding. Satu keluarga akan dapat dua peluang. Kalau dia bertanding di dua kerusi, anak dia di dua kerusi maka hilang lagi peluang orang lain untuk menabur bakti.

7.  Nik Aziz juga bunyinya telah berura-ura untuk menjadikan anaknya sebagai calon nanti. Biasalah ayat dia ialah parti berkehendakan anak dia menjadi calon. Jika dia terus bertanding maka dua orang sekeluarga akan bertanding dalam PRU13 kelak.

8.  Nuar mungkin akan terus memberi ruang kepada anaknya bertanding di mana-mana kawasan selamat di Wilayah Persekutuan. Dia sendiri mungkin bertanding di Selangor atau Wilayah. Sementara Isteri beliau mungkin kembali bertanding di Permatang Pauh. Azmin Ali nyata tidak senang dengan budaya ini, kecuali Shamsidar juga diberi kawasan untuk bertanding.

9.  Karpal Singki dengan kerusi rodanya jika terus bertanding, maka keluarga dia mungkin kekal dengan membolot 3 kerusi selamat di Selangor dan Pulau Pinang. Alasan tetap ada iaitu winable candidate dan calon menunggu.

10. Lim Kit Siang memang tidak dapat disanggah oleh ahli partinya. Siapa yang dia mahu, dia akan ketengahkan. Menjadi ADUN atau Ahli Parlimen adalah merupakan kerjaya yang amat menyeronokan bagi keluarga Kit Siang. Anak dan menantu turut diberi tempat dalam DAP. Ketamakan dia ni lebih sikit, dia asalnya Melaka, kemudian ke Pulau Pinang dan bertapa di Perak. Tidak mustahil di Wilayah juga Kit Siang akan menyenaraikan nama suku sakat dia nanti.

11. Perkara ini telah menjadi amalan dalam perjalanan hidup parti politik pembangkang. Dalam BN ada juga kes-kes begini, cuma ia tidak menjadi amalan biasa. Di Sarawak, Sabah, Perlis dan Selangor berlaku.

12. Perkara ini sebenarnya tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah ialah apabila pembangkang sering menuding jari ke arah BN mengatakan BN mengamalkan nepotisme sedangkan secara melampaunya merekalah yang sejak dulu lagi mengamalkan perkara ini. Amatlah buruk dan jijik jika perkara yang kamu cakapkan tetapi kamu sendiri tidak melakukannya.

13. Rakyat mestilah menolak parti anak beranak ini dan mulakan dalam PRU13 kelak. Jika mereka diberi tempat mereka hanya akan memikirkan kesejahteraan kroni mereka sahaja dan melupakan rakyat. Mereka menghalalkan semua cara asalkan cita-cita politik tercapai. 

 



 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

Thursday, June 7, 2012

Nuar Brahim.. Masa Naik Ada..Bila Turun Dah Tak ada..!!!

Naik ada jam..turun punya jam..tak ada..

Nuar Brahim dalam kebanyakan ceramahnya kini sudah mula membersihkan dirinya daripada pelbagai skandal, salahlaku dan kejelekan. Dia sudah mula menggambarkan yang dirinya super bersih dan tidak ada mana-mana pertuduhan dapat dibuktikan terhadap beliau. Pendengar juga nampaknya sudah mula mempercayai kelentong beliau tersebut.          

Menghampiri PRU13 ini dia akan memasuki pusingan terakhir dalam pertarungan untuk menyelamatkan diri dia dengan apa-apa yang mampu dia selamatkan. Orang yang dah hampir lemas akan berpaut kepada apa sahaja yang dia sempat capai.

Suatu ketika dahulu isterinya Wan Azizah telah menyindir dia di hadapan perwakilan PKR dengan memberikan gelaran dia sebagai anugerah tuhan. Apa yang ingin diberitahu oleh Wan Azizah ialah anugerah tuhan itu milik dia bukannya milik Nuar. Cuma perwakilan tersilap terima.

Wan Azizah sebenarnya serik dan 'menderita' akibat perbuatan Nuar. Namun hingga kini dia mampu bersabar menahan semua karenah negatif suami beliau. Bukan calang-calang insan yang boleh bertahan seperti Wan Azizah. Sebab itu dia merasakan tahap kesabaran dia adalah satu anugerah yang tidak dimiliki oleh insan lain. Kalau orang lain sudah tentu mereka berdua sudah lama berpatah arang. Jika orang lain sudah tentu lama dulu mereka sudah turun naik mahkamah untuk mencari penyelesaian.

Wan Azizah mengenali Nuar luar dan dalam. Mereka berkongsi segala-galanya sejak sekian lama. Dia lebih mengetahui tentang suami beliau daripada orang lain.

Namun bagi rakyat biasa yang termakan dengan hujah Nuar, elok berfikir semula. Tidak ada ruginya menjauhkan diri daripada Nuar. Tidak ada faedahnya menyokong Nuar. Dia sering bercakap mengenai membela rakyat.. Tanya balik siapa yang dia pernah bela.

Dia bercakap soal keadilan untuk semua.. tanya balik, keadilan apa yang dia berikan kepada rakyat. Sejarah tidak boleh berbohong. Tidak ada hebatnya atau heronya kita apabila menyokong Nuar. Juga tidak ada hinanya kita jika tidak menyokong beliau.

Bagi yang telah berumur sedikit, kita tidak perlu memasuki Haward atau Oxford untuk mempercayai tentang salah laku Nuar dengan bukti-bukti yang jelas nyata. Dalam usia lanjut jika kita masih percaya bahawa Nuar itu bersih segala-galanya, maka something wrong somewhere lah kita. Dalam bahasa berguraunya jika kita tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh Nuar, berhentilah kita menjadi orang.. Hahaha..

Didapati tidak bersalah oleh mahkamah, bukan bermakna segala pertuduhan itu tidak benar. Mahkamah mempunyai prosidur tertentu dalam membuat keputusan. Banyak penagih dan pengedar dadah terlepas daripada tali gantung disebabkan oleh masalah teknikal.

Banyak juga pembunuh yang terlepas dari hukuman gantung kerana sedikit kecuaian oleh pihak pendakwaan. Namun itu tidak bermakna mereka tidak melakukan perbuatan tersebut.

Dalam hidup ini ada perkara boleh direka, dan ada perkara agak mustahil untuk direka cipta. membuat gambar superimpose agak mudah dengan teknologi canggih ini. Namun untuk memasukan air mani orang dalam dubur orang lain adalah agak mustahil. UMNO/BN tidak mampu untuk merekasaya semua perkara tanpa sesekali kantoi. Kembali kepada pesanan orang tua-tua, sepandai-pandai tupai melompat jatuh juga ke tanah. Jika benar semuanya rekaan UMNO/BN akhirnya akan terbongkar juga.

Bersetujunya Datuk Mohd Yussof menjadi peguam bela Nuar dalam kes nyamok tidak membuktikan apa-apapun. Jika dia ditawarkan kos guaman sehingga RM1 juta untuk kes yang dendanya cuma RM2000.00 apa salahnya dia terima.

Tidak perlu Nuar menjaja dalam ceramahnya mengatakan Datuk Yussof menyokong beliau. Dia kini dianggap super Profesyenal oleh juak-juak pakatan. Apa kata bulan depan dia bersetuju pula untuk membela Saiful dalam kes rayuan liwat tersebut.. Tentulah masa itu juak-juak pakatan haram akan membelasah dia berhabis-habisan mengatakan dia bermata duitan, tidak bermoral, tidak berperinsip dan dengan segala macam tuduhan lagi. Paling tidak pun Datuk Yussof akan dituduh sudah dibeli oleh UMNO/BN.   


Sesungguhnya tidak mudah bagi Nuar untuk membersihkan dirinya. Bukan mudah hendak menegakkan benang yang basah. Sebab itu dia buat muka tebal je sepanjang masa dengan harapan rakyat akan terpesona.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

Azmin Di Tampar Orang Sabah..Tidak Kira Apa Alasan.. Asalkan Berhijrah..

Tahniah kerana membuat pilihan yang tepat.


80 bekas pemimpin, ahli PKR Beaufort sertai BN


BEAUFORT 7 Jun - Seramai 80 bekas pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Beaufort hari ini bertukar haluan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam satu majlis khas di sini.

Bekas pemimpin PKR yang juga calon bagi kawasan Parlimen Beaufort pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Lajim Yusoff berkata, keputusan menyertai BN kerana percaya terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang membawa pelbagai pembangunan pesat di negeri ini.

"Kami menyertai BN kerana percaya BN betul-betul boleh memajukan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman kerana selama ini kami perhatikan semua projek Sabah khasnya di Beaufort semuanya berjalan lancar.

Kami tidak percaya lagi kepada parti pembangkang (PKR) yang hanya berangan-angan untuk memerintah negeri Sabah," katanya selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Musa di kediaman Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Don di Kampung Limbawang di sini. - BERNAMA


Bila lagi ahli-ahli PAS di tempat-tempat lain ataupun yang di Sabah itu hendak mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka di atas?.

Sabah dan Sarawak di bawah pemerintahan BN adalah jauh lebih maju sekarang ini dan rakyat dapat melihat pembangunan yang berterusan. Masih terdapat kekurangan di sana sini namun ingatlah Kota Rome tidak dibina dalam sehari. Berikan sepenuh sokongan kepada BN, Sabah pasti terus maju.

Jangan mempercayai janji manis tetapi kosong PKR. Parti mereka sendiri tidak mampu mereka uruskan, inikan pulak nak menguruskan negeri sekomplek Sabah.

Cerita seterusnya ada di sini. Sabah Kini 

Baru 4 Tahun.. Melayu Pulau Mutiara Sudah Terpinggir..


Flamingo Pulau Pinang.

 
Flamingo Penang 030612

Minggu ini Jokiden berada di Pulau Mutiara selama 3 hari. Ahad, Isnin dan Selasa. Sempat bertemu dengan rakan-rakan dari sana dan sempat juga menjamu selera dengan Nasi Kandar Beratur, Line Clear dan Pelita. Sempat juga makan durian di puncak bukit menuju ke Balik Pulau bersama keluarga. Kali terakhir menjejakkan kaki ke sana ialah kira-kira 6 bulan lalu semasa cuti Krismas 2011.

Ramai juga pelancong dari Negeri Sembilan yang Jokiden temui. Kenderaan yang Jokiden kenal pemiliknya juga ditemui di sana.





 



Perniagaan nampaknya berjalan lancar seperti biasa. Keadaan jalan raya sentiasa padat dengan kenderaan. Pada waktu malam kemeriahan kedai-kedai makan tidak berbeza seperti dulu. Padang Kota juga nampaknya bertambah meriah. Inilah yang digemari oleh komuniti perniagaan iaitu kaum Cina. Begitu juga di Plaza Gurney.

Daripada perbualan dengan rakan-rakan, nampaknya rakyat Pulau Pinang percaya, suatu hari nanti Pulau Pinang akan menjadi seperti Singapura.  

Peniaga Melayu di Pasar malam yang menjual makanan di Bulatan Gurney semakin dihimpit oleh peniaga kaum Cina di sebelahnya. Akhirnya apabila keadaan menjadi semakin tidak terkawal kelak, peniaga Melayu di situ akan gulung tikar jugak.

Kawasan Balik Pulau kekal sunyi dan sepi tanpa hiruk pikuk suasana bandar yang menggila. Mengikut penduduk di sana mereka selesa dengan keadaan yang begitu. Seorang Profesor dari USM yang sempat kena teh tarik di Papa Rich E-Gate dengan Jokiden memberitahu, harga rumah di Pulau tersebut semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Harga yang tinggi tidak memungkinkan orang Melayu untuk memilikinya. Harga kondo dan apartment meningkat secara mendadak. Itu kata beliaulah. Dia  yang telah berpuluh tahun berada di sana seterusnya memberitahu, BN tidak mungkin akan merampas kembali Pulau tersebut daripada DAP. Katanya lagi, nostalgia lama hubungan baik Dr Lim Chong Yu dengan BN harus digembar gemburkan untuk menarik sokongan kaum Cina..

Tanah-tanah di Balik Pulau semakin hari semakin tinggi harganya. Orang Melayu di sana menjadi broker untuk menjualkan tanah-tanah tersebut kepada pemaju asing atau orang asing. Kemana mereka selepas tanah-tanah tersebut dijual, tidak ada sesiapa yang peduli atau ambil tahu.

Jokiden menginap di Flamingo Hotel di Tanjung Bungah. Nyata pembangunan di kiri kanan Hotel tersebut dan juga di lereng bukit seberang jalan amat pesat sekali. Bimbang juga Jokiden sekiranya tsunami berlaku sekali lagi.

Benar seperti yang di dakwa oleh Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Wong Mun Hoe seperti yang dilaporkan oleh Bernama hari ini. Baca di bawah:

 

Pembangunan tidak terkawal di Pulau Pinang membimbangkan


GEORGE TOWN 6 Jun - Pembangunan tidak terkawal di Pulau Pinang, khususnya di kawasan berbukit dan pesisir pantai, oleh kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang adalah membimbangkan, kata Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Wong Mun Hoe.

Beliau berkata, pembangunan tidak terkawal yang diluluskan dalam tempoh empat tahun lepas oleh kerajaan negeri juga telah menyaksikan peningkatan bantahan daripada kumpulan-kumpulan penduduk, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mun Hoe berkata, kumpulan pengguna/aktivis alam sekitar seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia telah menyuarakan kebimbangan mereka di samping penduduk yang tinggal berdekatan dengan projek-projek pembangunan seumpama itu.

"Bagi mereka yang tinggal di apartmen dan kondominium dekat kawasan pantai, pemandangan indah mereka akan lenyap selama-lamanya, dan dengan itu, nilai hartanah mereka akan merudum," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wong, terdapat sembilan projek bakal dilaksanakan di Tanjung Bungah, Batu Ferringhi, Bukit Gambir, Pantai Jerejak dan Sungai Ara dan lebih banyak lagi akan dilaksanakan. - BERNAMA


JALAN utama ke Kampung Pokok Asam dipenuhi longgokan pasir di Jelutong, Pulau Pinang, semalam.  Utusan 06.06.12

Keghairahan kerajaan DAP Pulau Pinang membina rumah-rumah mewah boleh di baca di sini.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Wednesday, June 6, 2012

Tahniah Rafizi, Perjuangan Mu Berhasil.. Kit Siang Mula Menyelar Nuar..

Tuntutan mu berjaya sekurang-kurangnya di Unisel..
  

Puaslah kita berhempas pulas memperjuangkan PTPTN ini supaya dikekalkan, akhirnya perjuangan Rafizi yang inginkan PTPTN dihapuskan,  juga yang menampakan hasil. PTPTN telah menangguhkan sekurang-kurangnya pengeluaran pinjaman untuk pelajar Unisel kemasukan baru. Namun mereka tidak harus bimbang kerana kerajaan Pakatan Haram akan menanggung segala-galanya.

Inginkan PTPTN??? Pelajar Unisel perlukan bantuan kewangan??, Dengan penuh hormat diberikan sekiranya BN kembali berkuasa di Selangor. Kalau Pakatan haram kekal pulak di Selangor, nampaknya mereka kenalah berusaha keras untuk menyediakan segala kos pendidikan kerana PTPTN di Selangor dan Penang telah di hapuskan.

Kalau kerajaan Selangor tidak dapat menyediakan biasiswa dalam waktu terdekat ini mahu tutup Unisel agaknya kerana tidak ada pengambilan baru. Pelajar mana boleh tunggu, mereka akan berusaha mencari tempat lain yang ada menyediakan pinjaman PTPTN. Dikala Unisel dah menyediakan biasiswa pulak, semua pelajar telah mendapat tempat di Kolej dan Universiti lain.

Jika itu terjadi Unisel tidak ada pilihan selain daripada menawarkan tempat kepada pendatang asing yang ramai dalam daftar SPR tersebut supaya selepas mengundi dalam PRU13 kelak, mereka dikehendaki pula mendaftar  sebagai pelajar di Unisel. Hebatlah perancangan Pakatan Haram ini.

Terkini dengarnya Dr Halimah dan Rafizi sudah mula menyalak. Kalau betul PTPTN berhati-hati dan tidak memberikan pinjaman kepada siswa/siswi Unisel, takut mereka tidak mahu membayar semula kelak atas hasutan Nuar, maka tidak perlulah Dr Halimah dan Rafizi ni memekik-mekik. Kan itu yang mereka mahukan. Siang malam nak menghapuskan PTPTN, hah bersyukurlah.

Unisel kenalah bagi pendidikan percuma. Mintalah nasihat daripada Penasihat Ekonomi Negeri Selangor macam mana nak tampung segala perbelanjaan tersebut. Itu kerja mudah bagi Nuar dan Khalid. Buktikan sebelum PRU13 ini, kan peluang baik sedang terbuka luas kini. Apa lagi tunggu, panggilah PC dan umumkan 1000 orang tersebut boleh mendaftar, datang bawa badan sahaja, selebihnya semuanya percuma!!!!!!!!!!!!.


Kalau tidak dapat menyakinkan 1000 pelajar ini dengan pendidikan percuma elok esok lusa Rafizi ni cabut keluar negara buat sementara waktu. Bukan apa takut ibu bapa 1000 orang pelajar tersebut berdemontrasi pulak di depan pejabat Rafizi nanti. Hujung minggu ini pendaftaran pelajar akan bermula dan Unisel walaupun milik kerajaan selangor, tetap mahukan yuran dijelaskan terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya gaji pensyarah hendak disediakan..


Itulah Rafizi oii, mulut jangan celupar sangat, ajak orang berdebat tentang PTPTN, tapi kenen ke isu lain. Cakap tu biar terbawak dek badan. Sekarang jangan nak putar belit lagi, jangan nak marah Menteri tersengeh-sengeh atau tersenyum simpul. Itu kehendak kamu kan..


Lain kali benda yang baik yang kerajaan UMNO/BN buat tu kena sokong walaupun berlainan parti dan kepentingan. Ini tidak, membujur lalu melintang patah, semua hendak dipolitikkan.


Ini satu lagi kerja yang tidak senonoh yang dilakukan oleh Rafizi. Nak tau klik sini.. juga di sini


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

Akhirnya Rakyat Bangun Bersuara.. Nik Aziz Hampir Pitam..


 



Hari ini nampaknya Nik Aziz benar-benar teruji sebagai seorang pemimpin kerajaan, sebagai seorang ulama' dan sebagai seorang ahli politik. Betapa tidaknya sedang dia berkira-kira hendak menyediakan jawapan kepada persoalan masuk PAS masuk Syurga, timbul pula satu hal lagi yang bukannya boleh dipandang ringan.

Tuan Guru Hj Hadi dilaporkan berkata bahawa janji masuk Syurga sekiranya masuk PAS atau mengundi PAS sememangnya tidak boleh diguna pakai. Maksudnya memang menyeleweng dan ahli perlu diberikan penjelasan sebenar. Ini sudah tentu memeningkan kepala Nik Aziz, paling tidak dia akan berkata "Itu dia punya pasallah"

Dalam isu muzakarah dengan UMNO tempoh hari pun begitu juga. Dia berkata "itu dia punya pasallah.." terhadap saranan Hj Hadi yang tidak mahu bermuzakarah. Namun akhirnya Nik Aziz sejuk juga dan mungkin setelah Nuar Brahim menghubunginya.

Sedikit demi sedikit PAS akhirnya akan menerima hakikat bahawa terlalu banyak perkara yang mereka lakukan adalah bertentangan dengan fitrah agama. Pemimpin dan ahli PAS sudah mula mahu berpijak di bumi nyata. Bernama melaporkan seperti di bawah:

300 wakil NGO berkumpul serah memorandum kepada Nik Aziz


KOTA BAHARU 6 Jun - Kira-kira 300 orang berkumpul secara aman di di sini hari ini bagi menyerahkan memorandum yang mengandungi banyak “tanda tanya" berhubung pembinaan lebuh raya Kota Baharu-Kuala Kai, kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka yang mewakili badan-badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan itu berkumpul lebih sejam mulai 10.30 pagi di pintu masuk Kompleks Kota Darul Naim dengan membawa kain rentang dan sepanduk antaranya berbunyi "Kerajaan Batu Asas", "Selesai Air Dulu", "Manisnya Janjimu" dan "Rakyat Derma Doh, YB dan Exco Bila Lagi".

Kompleks itu menempatkan pejabat-pejabat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar.

Kumpulan itu turut membawa peralatan seperti kereta sorong, cangkul, penyodok dan penyapu sampah untuk Nik Abdul Aziz sebagai sindiran terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas itu.

Memorandum dan peralatan tersebut diserahkan wakil kumpulan itu, Kamaruddin Mohd Kasim kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Fazli Shaari yang mewakili Nik Abdul Aziz.

Kamaruddin, yang juga Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (TUKAR), berkata tindakan mereka itu merupakan satu sindiran terhadap kerajaan Kelantan yang didakwanya banyak membuat janji kosong kepada rakyat selama ini. - BERNAMA

 
 
SEBAHAGIAN ahli gabungan 32 NGO berarak sambil membawa peralatan binaan terpakai seperti kereta sorong, penyodok dan cangkul sebagai simbolik kepada Kerajaan Negeri Kelantan supaya menunaikan janji kepada rakyat di hadapan Pejabat Menteri Besar Kelantan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/AIZZUL A. MAJID


Manifestasi rakyat ini mungkin menyentap sedikit permainan politik PAS yang suka memperbodohkan rakyat. Kini rakyat siap menghantar penyodok, kereta sorong dan cangkul secara percuma supaya kerajaan Kelantan boleh membina Lebuh Raya Rakyat yang kutipan dermanya menggunakan akaun yang diragukan. 

Sudah pastilah semua demontrasi ini akan dituduh UMNO/BN sebagai dalangnya. Itu tidak menjadi hal kerana yang penting rakyat harus disedarkan supaya tidak terus-terusan diperbodohkan oleh pemimpin PAS.
RAKYAT SUDAH MULA BANGUN

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

PKR Seperti Dedalu... Menumpang Dahan Orang.

Ras Adiba kena saman RM3 juta.. 


Ramai sangat yang berkata bahawa PKR ini sebenarnya sudah 'habis' dah. Pemimpin pengasas sudah hampir kesemuanya cabut. Yang baru masuk tidak ada langsung. Ahli semakin tayus.. mungkin tak sampaipun 50,000 orang. Mesyuarat dan perhimpunan tidak berani nak buat. Yang masih tinggal dengan PKR ialah pemimpin yang penuh dengan masalah.

Yang masih tinggal dengan PKR ialah YB-YB yang menang secara tidak sengaja dalam PRU12 dahulu sahaja. Mereka itupun akan cabut juga akhirnya setelah dapat pencen sebagai wakil rakyat. Mereka itu juga akhirnya akan menelanjangkan semua auta Nuar. Kita akan sama-sama lihat nanti. Kan Nuar terkenal dengan sikap habis madu sepah dibuang.. ada dia kisah???

Jika dalam PRU13 PKR cuma menang 1 atau 2 kerusi sahaja bermakna itu lambang batu nesanlah tu. Alamat PKR akan berkuburlah ataupun setakat tinggal hari ini dalam sejarah.

Habis yang sekarang ini PKR kelihatan seolah-olah maha hebat, maha super dan sebagai mengepalai pembangkang pula?? Ya memang benar, kalau dilihat kegemparan yang PKR berjaya lakukan untuk menunjukan mereka masih bernyawa amatlah menakjubkan. Mereka seolah-olah telah memerintah separuh daripada dunia ini. Hakikatnya pemimpin mereka setiap malam menangis, meratapi untung nasib mereka yang kini dihitung dengan jari sahaja.

Menenggek dan bertenggek. Itu kelebihan PKR. Juga mungkin sebab mereka mempunyai dana dari dalam dan luar negara. Ini yang mungkin menyelamatkan mereka sehingga ke hari ini. PKR khususnya Nuar berjaya menyakinkan sekutu mereka iaitu PAS dan DAP bahawa mereka masih kuat. UMNO/BN akan ditumpaskan dalam PRU13 kelak.

Diawal usia muda Nuar sibuk dengan ideologi dan falsafah perjuangan Islamnya. Lama kelamaan dia sendiri hanyut. Dia ingin merubah UMNO dari dalam. Malangnya UMNO tidak berubah dia pula yang rebah. Rakan-rakan yang seidealogi dengannya ketika itu seorang demi seorang meninggalkan dia. Entah siapa yang masih kekal bersamanya kitapun tidak tahu.

Kemudian dia tampil dengan idealogi baru iaitu reformasi yang akhirnya menjadi basi. Ketika itu dia seolah-olah mendapat sokongan dari dalam dan luar negara. Menjeritlah semuanya pengikut beliau siang dan malam dengan kata-kata keramat reformasi. Sekarang ini hanya beberapa kerat sahaja pemimpin era 'reformasi' yang masih bersama beliau. 

Selepas dipecat dari UMNO dan dari kerajaan dan selepas matanya lebam, muncul pula idealogi baru iaitu 'keadilan' Maka siang malamlah kini beliau dengan ungkapan 'keadilan' Melalaklah penyokong tegar beliau dengan falsafah tersebut sehinggakan apa yang mereka perkatakan, mereka sendiri tidak memahaminya.

Intipati perjuangan tidak ada selain daripada ingin melihat Nuar menjadi Perdana Menteri. keadilan hanya untuk dia, bukan untuk rakyat marhean, bukan untuk Wan Azizah dan bukan untuk kakitangan kerajaan.

Menyedari kelemahan parti, kekurangan logistik, kekurangan ahli, kekurangan jentera, maka PKR terpaksa bergantung kepada PAS dan DAP. Rakan sekongkolan ini bersetuju untuk bersyubahat dengan Nuar dan PKR sebab mereka mempunyai musuh yang sama iaitu UMNO/BN. 

Selepas PRU13 rakan-rakan sekongkolan PKR akan pergi juga meninggalkan parti yang tidak mempunyai hala tuju ini, namun masih mampu mengaburi pemikiran rakyat dengan berselindung di sebalik ayat keramat mereka iaitu 'membela rakyat' dan 'keadilan untuk rakyat'

DAP dan PAS menyedari bahawa PKR hanyalah parti dedalu yang ingin berpaut kepada mereka. Mereka hanya membenarkan PKR berbuat demikian untuk sementara waktu sahaja. Selepas PRU13 semuanya akan kembali kepada cara lama mereka.. 


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

PAS Terus Menzalimi Pengikut Mereka..

Ini juga adalah zalim...membiarkan penyokong basah kuyup mendengar mereka menabur fitnah.. 

Menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam adalah haram. Sebaliknya PAS mengajar pengikutnya bahawa adalah wajar. wajib dan boleh berdemo untuk menjatuhkan kerajaan yang 'zalim' dan 'mungkar' Jika kerajaan akhirnya tumbang maka PAS akan dipertanggung-jawabkan. Begitu juga rakan sekongkolan mereka PKR dan DAP.

Di dalam PAS orang yang tidak boleh langsung dibawa ke meja rundingan ialah Nik Aziz. Dari DAP pula ialah LGE dan LKS. Dari PKR orang yang paling 'gila kuasa' ialah Nuar Brahim. Mereka ini bertanggung-jawab sekiranya apa-apa berlaku terhadapat kerajaan Islam yang ada sekarang.

Tafsiran zalim dan mungkar bagi puak-puak ini adalah berbeza sama sekali dengan maksud zalim dan mungkar yang sebenarnya. Tidak berbuat sesuatu untuk kebajikan rakyat setelah mendapat kuasa maka itu adalah zalim. Tidak menyediakan perkhidmatan air yang bersih untuk kesejahteraan rakayat, maka itu adalah zalim.

Mengutip derma setiap kali mengadakan ceramah dan majlis pecah tanah adalah perbuatan zalim dan mungkar yang dihalalkan demi untuk mencapai matalamat. Penderma dan penyumbang selalunya tidak ambil kisah sangat kemana sebenarnya duit sumbangan mereka dibelanjakan. Ini telah  menyelamatkan pihak penganjur sejak sekian lama.  

Majlis Syura PAS menyokong demontrasi kerana mengatakan sudah tidak ada cara lain yang berkesan untuk menegur kerajaan. Kerajaan di lihat zalim semata-mata atas isu pengundi asing dalam daftar SPR. Dalam setiap pertemuan dengan pihak SPR mereka telah gagal memberikan bukti tentang perkara yang mereka dakwa.

Setiap dakwaan mereka dijelaskan dengan terperinci oleh SPR dan pada ketika itu mereka menerimanya dengan senang hati. Apabila keluar sahaja daripada bilik mesyuarat, mereka mula kembali mempertikaikan segala apa yang dibincangkan sebelumnya. Ini juga sesuatu yang zalim yang mereka lakukan. 

"Ia amat selari dengan syariat bagi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar, bahkan ianya menjadi wajib apabila tiada cara lain yang lebih berkesan bagi menyekat kemungkaran dan tindakan Umno dan BN.

"Demonstrasi adalah salah satu cara makluman kepada awam mengenai ketidakpuasan hati terhadap sesuatu kezaliman, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain setelah cara lisan tidak diendahkan oleh pihak berkuasa.

"Dalam konteks Malaysia hari ini demonstrasi 'duduk dan bantah' adalah salah satu cara terbaik menjatuhkan kezaliman khususnya sebagaimana yang telah berlaku di Mesir," kata Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan Mursyidulnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
. Seterusnya di sini.

Menyamakan kerajaan BN dengan regim di Mesir, Tunisia dan Syria atau Libya adalah perbuatan yang tidak bertanggung-jawab bertujuan untuk menghasut rakyat supaya bangun memberontak. Kerajaan ini dipilih secara sah dan mandatnya adalah sah. Sama macam di Kelantan yang suatu ketika dahulu hanya memerintah dengan kelebihan satu kerusi sahaja. Itu tetap sah.

Di negara-negara yang mengamalkan pemerintahan cara diktator tersebut kedudukan pembangkang adalah amat hina. Mereka dipenjara, diseksa dan dilarang bersuara dalam pelbagai bentuk tekanan,

Di Malaysia pembangkang ada kalanya berlagak seperti raja, hidup kaya raya dan melancung ke serata dunia. Di Mesir, tumbang kerajaan yang ada naik pula kerajaan yang baru, mereka terdiri daripada orang yang sama.

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan komposisinya adalah besar. Setiap kaum cuba menjadi juara kepada kaum masing-masing. Di sinilah wujudnya kelak ketidak adilan. BN selamanya telah berjaya berlaku adil kepada semua pihak sebab itu negara terus makmur, aman damai dan maju.

Apakah ini, segala kebaikan dan kemakmuran ini yang dikatakan oleh Majlis Syura PAS sebagai zalim.??? Yang zalim ialah PAS kerana mereka menyalah gunakan agama selamanya.


 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patut Mahpooozzz Bean.

Tuesday, June 5, 2012

Sudah Tiba Masanya Nuar Ditangkap..Tun Dr Mahathir.

Tangkap dia!!!
 
Tun Mahathir ternyata sudah fadeup dengan karenah Nuar Brahim sejak kebelakangan ini. Beliau seolah-olah menyindir Nuar, menyindir Amerika dan menyindir kerajaan. Lihat di bawah:



10. If you are a favourite candidate of foreign powers for regime change, you can do what you like, and any Governmental action against you would be labelled as uncalled for oppression. If an election is near and the favourite is going to be a candidate and bring about regime change, then Government action against this privileged person would be regarded as attempts to undermine his chances of overthrowing the Government.

11. That the favourite purposely timed his violence just when elections are near would be ignored. That the provocation of the police is deliberate and meant to elicit “police brutality’” will also be ignored. That the police are beaten up, that police cars have their glass windshields smashed and the police car is overturned in full view of TV cameras – all these are inconsequential.

12. The main thing is the action against the favoured opposition by the Government will be deemed political rather than an exercise in legal equality by the Government.Baca selanjutnya di sini 


Beliau juga seolah-olah menyindir yang kerajaan slow, lemah dan tidak berani bertindak terhadap Nuar. lihat juga point no 9 sebelumnya.

Tengku Razaliegh, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato' Seri Rais Yatim  dan Tun Musa Hitam adalah merupakan tokoh-tokoh yang pernah menentang Tun Mahathir dalam sejarah politik Malaysia. Namun kesemuanya  mendapat tempat kembali tempat selepas itu termasuki Tan Sri Kadiaq.

Tentangan Nuar terhadap Tun Mahathir menyebabkan nasib politik beliau tidak menentu sehingga ke hari ini. Jelaslah bahawa pemecatan Nuar adalah atas kepentingan negara dan bukannya atas kepentingan politik seperti yang Nuar selalu dakwa.

Penyokong pembangkang yang ditemui oleh Jokiden juga ada yang berpendapat Nuar benar-benar tidak bersalah dalam semua hal. Jika Nuar bersalah kenapa tidak dapat dibuktikan oleh kerajaan. Dalam soal sek umpamanya apabila Nuar dibebaskan penyokong tegar dia percaya bahawa segala tuduhan terhadap Nuar adalah bermotifkan politik Semuanya benar konspirasi kerajaan, UMNO/BN.

Apabila cuba diterangkan tentang sebab-sebab teknikal yang membuatkan mahkamah terpaksa membebaskan Nuar, penyokong tegar ini tidak mahu mempercayainya kerana bagi mereka bukti untuk mensabitkan Nuar sebenarnya adalah rekaan semata-mata.

"Tuduh Nuar bapak rasuah dan bapak kroni kenapa tak dakwa.." hujah penyokong tegarnya.. Di pihak kerajaan buat masa ini memang suasana tidak beberapa menginzinkan untuk sebarang tindakan keras diambil terhadap Nuar untuk mengelakan simpati berlebihan kepada Nuar. Sebab itu BN memerlukan mandat besar 2/3 dalam PRU13 kelak.

Majoriti 2/3 BN inilah yang amat ditakuti oleh Nuar kerana terlalu banyak perkara yang bakal menyusahkan mereka akhirnya kelak. Lalu dia bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kuasa demi untuk cuba melindungi segala salah laku dia dan rakan-rakannya. Untuk mencapai tujuan tersebut antara strategi yang dia gunakan ialah menggambarkan seola-olah yang bersalah dan yang cuba menutup segala kesalahan ini ialah pemimpin UMNO/BN.

Biasalah dia akan menggunakan ayat-ayat dan slogan yang mampu menaikkan suhu kebencian rakyat seperti katanya UMNO/BN bergayut kepada kuasa dan cuba menyelamatkan kuasa dengan apa cara sekalipun demi untuk menutup segala perbuatan jijik dan jahat mereka.. Dia memang bijak memainkan kata-kata dan pendengar selalunya terpaku dengan gaya mimik muka dan silat lidahnya. Cuma penyokong tegar UMNO/BN sahaja yang tidak dapat ditawan oleh Nuar.

Penyokong tegar UMNO/BN hanya akan pergi ke kem Nuar bukan atas dasar percaya atau menyokong beliau, cuma sekadar kerana tidak berpuas hati dengan UMNO/BN atas sebab-sebab peribadi yang ada kalanya remeh. Dalam ertikata lain, mereka ke kem Nuar kerana hendak membalas dendam supaya mereka dapat berkata "padan muka UMNO/BN"

Mereka ke kem Nuar hanyalah atas dasar dia benci Nuar tetapi dia lebih meluat kepada UMNO/BN.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Monday, June 4, 2012

Fakta Diragui..Auta Dipercayai..


Tidak terlibat, tidak bermakna pembangkang akan berhenti dari menyebutnya.
 
Dulu kini dan mungkin selamanya trend  penyokong politik pembangkang Malaysia ialah mempercayai segala yang fakta sebagai tidak benar dan meragukan, sementara semua yang auta, tipu dan fitnah adalah benar belaka. Politik cara ini adalah tidak sihat namun itulah yang menyeronokan pembangkang. Budaya ini seolah-olah sudah sebati dengan jiwa mereka.

Putar belit menjadi santapan harian mereka. Kini dengan istilah baru iaitu 'spin' pusing selagi boleh. Semua isu mesti dilihat dari sudut yang berbeza supaya keuntungan berpihak kepada mereka.  Semuanya mesti di spin..

Dalam setiap ceramah pembangkang tidak kira wakil parti mana, tidak kira tahap mana kepimpinan mereka atau kedudukan mereka, asalkan membuka mulut sahaja mestilah memutar belitkan fakta demi untuk menaikan suhu kebencian pendengar terhadap pemimpin kerajaan. Yang kerap menjadi mangsa ialah UMNO/BN, para Menteri dan para Pegawai Kanan Kerajaan.

Menghadiri ceramah pembangkang membuatkan telinga sakit dan hatipun sakit. Bertambah sakit kerana kita tidak dapat menjawab segala tohmahan mereka. Bertambah sakit apabil sebahagian penonton akan teruja dan bertepuk tangan menyambut kata-kata cacian mereka.

Tumpuan khusus ialah serangan yang bersistematik terhadap dua individu penting sekarang ini iaitu Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah. Tan Sri Muhyiddin Yassin Dan Puan Sri Noraini agak kurang disentuh. Namun jika hari ini Tan Sri Muhyiddin menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, esok lusa mulalah serangan akan terarah kepada mereka pula.


Dengan memyerang peribadi PM, isteri dan keluarganya pembangkang mengharapkan semua keburukan pemimpin mereka akan dilupakan oleh rakyat. Apabila rakyat mempercayai keburukan pemimpin BN, mereka mengharapkan rakyat akan merasa benci dan meluat lalu memberikan undi kepada mereka. Bangkai gajah tidak akan dapat ditutp dengan nyiru. Penyokong tegar mereka bolehlah mereka pengaruhi, penyokong atas pagar belum tentu. 

Tarikh pilihanraya nampaknya menjadi topik hangat dalam ceramah pembangkang sejak kebelakangan ini. Mereka nampaknya sudah mula keletihan seperti menunggu buah yang tidak kian gugur. Lalu mereka mengatakan DS Najib sendiri tidak tahu tarikh pilihanraya. Yang tahu hanya DS Rosmah Mansor. Jika PM nak umumkan pun sekiranya DS Rosmah belum bersetuju, PM akan tangguh dulu. Inilah antaranya yang menjadi kesukaan penceramah pembangkang dan penyokongnya. Lawak bodoh mereka ini adalah bertujuan untk menghina Perdana menteri seolah-olah dalam setiap urusan dikawal oleh isteri.

Mereka sudah 'gila' hendakan pilihanraya seolah-olah esok mereka nak tawan Putra Jaya. Ketenangan DS Najib dalam isu tarikh PRU13 ini berjaya pula membuatkan pembangkang sakit jiwa.

Penyokong pembangkang amat mempercayai bahawa DS Rosmah lebih berkuasa dalam semua hal pentadbiran negara dan parti. Mereka mahu membenci Perdana Menteri dengan isu Queen Control ini.

Kemasukan cincin berlian berharga RM24 juta ke Malaysia dan dikaitkan dengan DS Rosmah sentiasa dijaja oleh pembangkang dalam setiap ceramahnya. Segala penjelasan seolah-olah masuk telinga kiri lalu keluar ke telinga kanan.

Isu Altantunya dan perkataan keramat mereka 'Monggolia' sering mewarnai setiap isi ceramah pembangkang. Segala fakta seperti yang dinyatakan oleh bekas Ketua Polis Negara, menjadi bahan gelak ketawa. yang ingin mereka percaya ialah PM terlibat, DS Rosmah terlibat.

Bersumpah untuk menyatakan kebenaran diri sudah tidak dihargai lagi. Sebaliknya yang mereka ingin percaya ialah keberanian DS Rosmah  berada 3 kilometer di dalam hutan Puncak Alam bersama 3 orang lagi menyaksikan mayat Altantunya diletupkan.  Semua fakta ditolak ketepi dan semua saranan Raja Petra Kamaruddin dipercayai sepenuh hati.  

Kematian Teo Beng Hock kemungkinan besar adalah perbuatan DAP, namun yang mereka percayai ialah Teo Beng Hock dibunuh oleh SPRM. Maka mereka percaya sangat 'roh' Altantunya, TBH dan Kugan menghantui DSN sehinggakan tidak berani membubarkan Parlimen. Ini juga menjadi lawak bodoh mereka dalam semua ceramah mereka. Bodoh, bodohlah asalkan penyokonng  suka. Bodoh tidak menjadi hal, yang penting persepsi mesti diterima oleh penyokong dan kebencian mesti dipupuk dan dibaja supaya terus subur.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selepas disiasat dari segenap segi dikatakan tidak terlibat langsung dengan isu NFC yang diketuai oleh suami beliau. Namun yang pembangkang seronok dengar ialah SPRM diarahkan untuk menutup kes DS Shahrizat dan mereka terus percaya bahawa DS Shahrizat mempunyai 'saham' dalam urusan pinjaman tersebut. Kenapa suami DSS yang dapat?? kenapa tidak Rafizi yang dapat, kenapa tidak petani dari Londah Gemas yang dapat?? Kebodohan mereka dalam isu NFC ini telah sampai ketahap menghinakan diri sendiri.


Pembersihan nama DS Shahrizat oleh SPRM tidak berjaya menghentikan tohmahan mereka sebaliknya mereka semakin mempercayai bahawa ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh pihak kerajaan. Ketelusan dalam apa isupun sebenarnya tidak pernah dihargai oleh pembangkang.

Karpal Singki secara tindak sengaja dan spontan telah menyebut bahawa perjuangan dia ialah untuk menjadikan LGE sebagai Perdana Menteri dengan harapan anak dia Gobin dapat menjadi Ketua Menteri pula. Namun yang penyokong tegar pembangkang ingin percayai ialah ulasan Karpal bahawa dalam Perlembagaan dibolehkan sesiapa sahaja  menjadi Perdana menteri.

Kenyataan Haji Hadi untuk meminda Perlembagaan supaya Islam tidak lagi menjadi agama rasmi Persekutuan jika mereka berkuasa, dianggap oleh mereka sebagai putar belit Utusan Malaysia. Mereka mempercayai Hj Hadi tidak pernah berkata demikian.

Tidak ada sebuah pun parti politik dalam dunia ini menjanjikan Syurga jika menyokong dan mengundi parti berkenaan, kerana Syurga itu adala rahmat Allah, namun mereka mahu percaya kepada kata-kata Nik Aziz bahawa mengundi PAS, masuk Syurga. Masuk PAS masuk Syurga.


Allah tidak pernah mencarut tetpai yang mereka ingin percaya ialah Allah juga mencarut kerana itu kata-kata Nik Aziz.

Syaitan adalah musuh manusia yang nyata, syaitan pasti akan menyesatkan manusia dan anak cucu cicit Nabi Adam as, namun mereka percaya bekerjasama dengan syaitan adalah dibolehkan demi untuk mendapatkan kuasa. Fakta ini cukup menyeleweng namun mereka lebih mempercayai auta pemimpin mereka.


Sebentar tadi semasa DS Najib merasmikan Musabaqah Al-Quran di Johor Baru, beliau menyatakan bahawa pembangkang lebih suka mempercayai bahawa peneroka Felda akan ramai yang jatuh miskin, susah dan papa kedana jika FGVB disenaraikan di BSKL, sedangkan realitinya kata beliau ialah peneroka akan menerima faedah yang besar kelak.


Begitulah sebahagian daripada bukti-bukti bahawa pendekatan pembangkang ialah untuk mengujudkan persepsi bahawa segalanya tentang kerajaan adalah tidak baik. Yang baik hanyalah apa yang pembangkang cuba lakukan.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

Sunday, June 3, 2012

PKR Menyerang Negeri.. Pemimpin UMNO/BN Cabut Lari!!!!


Terima kasih Datuk.. you're my hero today..

"Mana ceramah UMNO/BN ni?" 

Sering soalan tersebut Jokiden lontarkan kepada mana-mana pemimpin UMNO yang Jokiden temui secara tidak sengaja.

"Pilihanraya lambek laie.."

Itu pula jawapan yang sering Jokiden terima.

"Buek apo buang maso, boceramah.. gunokan teknologi..IT.." Mak oii seorang lagi respon kepada soalan Jokiden sambil mengangkat tinggi handsetnya, macamlah dia hebat sangat dalam dunia IT tersebut. 

Dalam menulis di blog ini Jokiden sebenarnya mengelakan diri daripada berbicara soal-soal negatif  tentang BN, tentang UMNO dan tentang pemimpin kerana tidak mahu memberi bola tanggung kepada pihak pembangkang. begitu juga dengan bloger yang lain kebanyakan mindset mereka ialah membicarakan yang negatif tentang pembangkang.

Kita tidak mahu tumpang sekaki dan bernada seolah-olah kita juga di pihak pembangkang. Kita tidak mahu menghangatkan lagi suasana dengan menyimbah minyak ke api. Namun itu tidak bermakna kami menutup mata kepada semua yang tidak baik tentang pemimpin UMNO/BN. 

Masih ramai pemimpin UMNO/BN yang berlagak hebat, mengaku buat itu dan ini, dia sahaja yang betul, dia sahaja yang berpengaruh, idea dia sahaja yang terbaik dan dia sahaja calon yang winable. Stop.

Malam tadi 1 Jun 2012 Jokiden sempat menghadiri dua ceramah. Ceramah Presiden JATI Dr Hassan Ali di Taman Kobena dan ceramah PKR yang dihadiri oleh Nuar di Desa Rhu Sikamat.

Sebelum itu program PKR di NSDK ialah di Juaaseh (tompek Jokiden tu) kemudian di Jeram Padang (kawasan yang mereka jangka akan menang kali ini) dan di Seremban. Mereka juga sempat bertemu dengan SPR NS pada sebelah petang.

Biasalah dalam mana-mana ceramah PKR ini, fitnah menjadi hidangan kepada para pendengar. Lunyai DS Najib dan DS Rosmah Mansor mereka kerjakan. Turut di bela ialah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Semua mereka sebut, lepas satu-satu dan setiap penceramah menokok tambah apa yang kurang.

Kehadiran di ceramah Nuar agak ramai sekitar 1200 orang, suku daripadanya mungkin orang BN. Kutipan derma melebihi RM2000.00. Kebetulan hari ini  di satu majlis kenduri Jokiden bertemu dengan Bendahari Cabang Sikamat yang menjadi tuan rumah malam tadi, lalu Jokiden tanyakan berapa jumlah kutipan.

"Malam ni tak banyak..RM2,000. 00 lebih sikit." katanya,

Maknanya pada ceramah-ceramah yang lain jumlah kehadiran mungkin lebih lagi dan jumlah kutipan mungkin lebih tinggi.

"Duit tu pergi kemana?" Jokiden tanya lagi..

"Semua masuk ke akaun cabang..RM100 untuk Shamsul Iskandar.." Jelasnya lagi.

Jika ada ceramah UMNO/BN dimana-mana dalam NSDK ini maka baguslah, boleh juga menyanggah segala hujah yang pembangkang taburkan sebelum rakyat terlupa. Kalau tidak ada macam mana?? Capo nak jawab? nak bia an yo pombangkang molutu UMNO/BN?? yang maco blog ghamai bona ko?? Ceramah tetap perlu dalam menghadapi dakyah pembangkang ini.

Sementara kehadiran di ceramah Presiden JATI, Datuk Dr Hassan Ali, tidaklah memberangsangkan. Sekitar 300 orang sahaja. Kesian Jokiden melihatnya. Sedangkan hebahan ke serata NSDK. Buktinya pagi tadi Jokiden ke Tampin, di lampu isyarat Kendung terdapat kain rentang yang besar menjemput orang ramai ke ceramah beliau.

Seronoknya mendengar ceramah Dr Hassan ialah, kisah mengenai tentang murtad sikit sahaja. Selebihnya dia belasah PKR dan PAS kaw..kaw punya. Habis dia dedahkan, hinggakan dia sebut juga tentang Aiskrim koneto.. hahaha.. Dia menggesa rakyat di Taman Kobena bekerja keras sehingga ke peti undi di hari mengundi kelak. Dia menggesa supaya orang Taman Kobena menolak pembangkang yang dia sifatkan sangat kotor dan jijik. Dia juga menggesa dimulakan rumah 10, maknanya seorang yang hadir malam itu menjaga 10 orang pengundi atau menjaga 10 buah rumah pengundi jika mampu.

Malam ini Dr Hassan Ali benar-benar memakai baju UMNO. TERIMA KASIH DR HASSAN.

 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.