Thursday, June 7, 2012

Baru 4 Tahun.. Melayu Pulau Mutiara Sudah Terpinggir..


Flamingo Pulau Pinang.

 
Flamingo Penang 030612

Minggu ini Jokiden berada di Pulau Mutiara selama 3 hari. Ahad, Isnin dan Selasa. Sempat bertemu dengan rakan-rakan dari sana dan sempat juga menjamu selera dengan Nasi Kandar Beratur, Line Clear dan Pelita. Sempat juga makan durian di puncak bukit menuju ke Balik Pulau bersama keluarga. Kali terakhir menjejakkan kaki ke sana ialah kira-kira 6 bulan lalu semasa cuti Krismas 2011.

Ramai juga pelancong dari Negeri Sembilan yang Jokiden temui. Kenderaan yang Jokiden kenal pemiliknya juga ditemui di sana.





 



Perniagaan nampaknya berjalan lancar seperti biasa. Keadaan jalan raya sentiasa padat dengan kenderaan. Pada waktu malam kemeriahan kedai-kedai makan tidak berbeza seperti dulu. Padang Kota juga nampaknya bertambah meriah. Inilah yang digemari oleh komuniti perniagaan iaitu kaum Cina. Begitu juga di Plaza Gurney.

Daripada perbualan dengan rakan-rakan, nampaknya rakyat Pulau Pinang percaya, suatu hari nanti Pulau Pinang akan menjadi seperti Singapura.  

Peniaga Melayu di Pasar malam yang menjual makanan di Bulatan Gurney semakin dihimpit oleh peniaga kaum Cina di sebelahnya. Akhirnya apabila keadaan menjadi semakin tidak terkawal kelak, peniaga Melayu di situ akan gulung tikar jugak.

Kawasan Balik Pulau kekal sunyi dan sepi tanpa hiruk pikuk suasana bandar yang menggila. Mengikut penduduk di sana mereka selesa dengan keadaan yang begitu. Seorang Profesor dari USM yang sempat kena teh tarik di Papa Rich E-Gate dengan Jokiden memberitahu, harga rumah di Pulau tersebut semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Harga yang tinggi tidak memungkinkan orang Melayu untuk memilikinya. Harga kondo dan apartment meningkat secara mendadak. Itu kata beliaulah. Dia  yang telah berpuluh tahun berada di sana seterusnya memberitahu, BN tidak mungkin akan merampas kembali Pulau tersebut daripada DAP. Katanya lagi, nostalgia lama hubungan baik Dr Lim Chong Yu dengan BN harus digembar gemburkan untuk menarik sokongan kaum Cina..

Tanah-tanah di Balik Pulau semakin hari semakin tinggi harganya. Orang Melayu di sana menjadi broker untuk menjualkan tanah-tanah tersebut kepada pemaju asing atau orang asing. Kemana mereka selepas tanah-tanah tersebut dijual, tidak ada sesiapa yang peduli atau ambil tahu.

Jokiden menginap di Flamingo Hotel di Tanjung Bungah. Nyata pembangunan di kiri kanan Hotel tersebut dan juga di lereng bukit seberang jalan amat pesat sekali. Bimbang juga Jokiden sekiranya tsunami berlaku sekali lagi.

Benar seperti yang di dakwa oleh Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Wong Mun Hoe seperti yang dilaporkan oleh Bernama hari ini. Baca di bawah:

 

Pembangunan tidak terkawal di Pulau Pinang membimbangkan


GEORGE TOWN 6 Jun - Pembangunan tidak terkawal di Pulau Pinang, khususnya di kawasan berbukit dan pesisir pantai, oleh kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang adalah membimbangkan, kata Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Wong Mun Hoe.

Beliau berkata, pembangunan tidak terkawal yang diluluskan dalam tempoh empat tahun lepas oleh kerajaan negeri juga telah menyaksikan peningkatan bantahan daripada kumpulan-kumpulan penduduk, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mun Hoe berkata, kumpulan pengguna/aktivis alam sekitar seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia telah menyuarakan kebimbangan mereka di samping penduduk yang tinggal berdekatan dengan projek-projek pembangunan seumpama itu.

"Bagi mereka yang tinggal di apartmen dan kondominium dekat kawasan pantai, pemandangan indah mereka akan lenyap selama-lamanya, dan dengan itu, nilai hartanah mereka akan merudum," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wong, terdapat sembilan projek bakal dilaksanakan di Tanjung Bungah, Batu Ferringhi, Bukit Gambir, Pantai Jerejak dan Sungai Ara dan lebih banyak lagi akan dilaksanakan. - BERNAMA


JALAN utama ke Kampung Pokok Asam dipenuhi longgokan pasir di Jelutong, Pulau Pinang, semalam.  Utusan 06.06.12

Keghairahan kerajaan DAP Pulau Pinang membina rumah-rumah mewah boleh di baca di sini.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

2 comments:

  1. Bagi balik pulau pinang kepada sultan kedah. habis cerita. takkan nak biaq kapir harbi kasi jahanam tanah melayu kot...


    combee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni cerita apa ni???kami org penang xdak rasa apa aihh?rumah mahai masa DAP memerintah ka?masa umno gerakan dulu rumah harga supang dua duit ka???bodoy la cakap pakai kepala taik!!!org melayu terpinggir pala hangguk hampa!!!!la ni hang pi bazar chow rasta, kot area situ aku nk tanya berapa banyak kedai melayu juai bukak di stu?hampa kira sendiri!!!..dulu masa pejuang umno melayu ada kuasa melayu bleh ka nk meniaga bukak kedai area chowrasta????mana da wei!!!kami org penang mata melihat,,,bukan macam hampa butaa peruttt!!!piiidahhhhh!!!buat cakap pandai...selidik la dulu macha...

      Delete