Masih berusaha gigih untuk menyelamatkan keadaan..
Pemimpin UMNO, BN jangan ulangi kesilapan lampau
KULIM 8 Jun - Para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang dinasihatkan belajar daripada sejarah hitam selepas tewas pada pilihan raya umum lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah tiba masanya pemimpin berkenaan bangkit semula menebus kekalahan selepas melalui tempoh yang agak lama iaitu lebih empat tahun.
"Kalau marah, sekarang tak patut lagi. Masa untuk rasa marah, kecewa dan hampa sudah berlalu.
"Sekarang adalah masa bagi kita untuk bangkit dengan kekuatan dan azam baru," katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Makan Malam Bersama Pemimpin BN negeri di sini malam ini.
Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan pemimpin parti komponen BN Kedah.
Menurut Najib, jika pemimpin UMNO dan BN tetap mengulangi kesilapan lampau tidak mustahil parti itu akan mengalami nasib serupa seperti pilihan raya umum lalu.
"Pisang tak akan berbuah dua kali jika kita bertekad untuk berubah. Saya berharap semua dapat bangkit dengan azam baru bagi memastikan BN kembali berkuasa," katanya.
Pada masa sama, Najib turut menasihatkan pemimpin terlibat bekerja keras dengan mengutamakan prinsip dan hala tuju yang digariskan parti.
"Marilah kita bekerja keras dan jangan pula membiarkan saya kerja berseorangan.
"UMNO dan BN akan berjaya jika semua pemimpin bekerja dengan cara berkhidmat, berbakti, bertindak, berstrategi, berkorban dan selebihnya bertawakal," katanya.
Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Razak mungkin merasakan bahawa beliau kurang mendapat bantuan dalam usaha untuk memenangi hati rakyat ini daripada rakan-rakan kabinet beliau dan juga pemimpin di peringkat Negeri serta Bahagian. Sebab itu beliau melontarkan kata-kata tersebut di atas.
Para Menteri dan pemimpin UMNO/BN jika kalian tidak membantu Perdana Menteri dengan sesungguh hati, maka sedarlah bahawa itulah jawatan terakhir yang tuan-tuan ada kerana selepas PRU13 kelak tuan-tuan akan kehilangan semuanya. tuan-tuan juga akan menjadi orang biasa dan hidup dengan pencen bulanan.
Bukan nak mengungkit kisah silam, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Selangor bagaimana Dr Mohd Khir Toyo akhirnya menjadi rakyat biasa selepas PRU12 . Datuk Mahazhir Khalid mungkin masih mempunyai peluang untuk terus dikompangkan selepas ini nanti. Dr Khir terpaksa menerima hakikat, terpaksa menjadi orang biasa dalam usia muda.
Memanglah sesiapapun akan akhirnya menjadi orang biasa dan tidak ada yang akan menongkat langit, namun kembali menjadi orang biasa biarlah dalam keadaan kita rela, bukannya keadaan yang memaksa.
Semua pihak terpaksa memainkan peranan masing-masing. Orang yang berpengaruh seperti para menteri jika sayangkan kerusi empuk tersebut, maka bertungkus lumuslah. Masa hanya tinggal sedikit sahaja lagi.
Para bloger ini pun bukannya suka sangat ni menulis sepanjang masa, siang dan malam, ada yang kata mereka syok sendiri, tetapi inilah sumbangan para blogger. Nak ke hulu ke hilir pergi mengadakan ceramah, bukan semuanya mampu bercakap di khalayak ramai. Lagipun jika para blogger sibuk menemui pengundi nanti mereka di tuduh pulak hendak mencari nama, nak mencari tempat, nak jadi calon.. Ish..ish..ish..
Oleh yang demikian setiap orang, setiap ahli BN mempunyai peranan dan tugas masing-masing dalam kapasiti yang tersendiri. Lakukan. Jangan biarkan PM dan TPM sahaja yang tanpa jemu berkempen atau 'bekerja' mendekati pengundi dan rakyat.
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
banyak jugak musibat batu yg perlu dipancung sebab jadi petualang dalam umno/bn...
ReplyDeletepejuang hamas...