Hebat kau jang...!!!
Faktor pemimpin PKR 'kebal'
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah kehebatan dan keistimewaan yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga apa juga isu yang melibatkan mereka seolah-olah berakhir begitu sahaja.
Cuba fikirkanlah bermula dengan pembohongan penubuhan kerajaan melalui pintu belakang selepas pilihan raya umum 2008, masalah salah laku moral sehinggalah kepada pengumpulan harta yang luar biasa pemimpin-pemimpin PKR seolah-olah sentiasa selamat.
Selain itu, mereka juga tidak dikenakan apa-apa tindakan biar pun terang-terang melakukan fitnah dengan membentangkan fakta yang tidak benar mengenai pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Malahan seolah-olah tanpa perasaan malu, mereka akan muncul di khalayak ramai untuk terus mempertahankan fitnah mereka, biar pun fakta menunjukkan sebaliknya.
Mereka juga menolak semua dakwaan yang dikenakan ke atas mereka dan berhujah semua itu berlaku hanya kerana 'dosa mereka melawan UMNO.'
Oleh itu buatlah desakan sebanyak manapun, bentanglah ribuan fakta atau apa sahaja ia sedikit pun tidak akan menjejaskan pemimpin-pemimpin PKR itu ada yang antaranya telah dianggap anugerah tuhan bagi rakyat Malaysia.
Keadaan ini berbeza dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang akan diserang habis-habisan biarpun dakwaan ke atas mereka hakikatnya benar-benar satu fitnah oleh pembangkang.
Sikap pemimpin BN yang sanggup melepas jawatan bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan ternyata secebis pun tidak ada pada pemimpin-pemimpin PKR.
Inilah corak politik yang diamalkan oleh pembangkang sehingga memungkinkan mereka meraih sokongan yang tidak sepatutnya apatah lagi daripada sesetengah rakyat yang tidak mahu berfikir panjang.
Tetapi faktor utama kenapa pemimpin-pemimpin PKR menjadi kebal adalah disebabkan sokongan tidak berbelah bahagi Pas. Walaupun telah mencetuskan pelbagai kontroversi dan tindakan yang tidak sepatutnya namun pemimpin-pemimpin PKR sentiasa selamat.
Ini kerana pemimpin-pemimpin Pas akan muncul sebagai pembela mereka dan akan menuduh apa yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin PKR adalah konspirasi politik UMNO.
Malahan ada tok guru Pas yang begitu menyanjung seorang pemimpin PKR dan menganggap apa yang berlaku kepada pemimpin itu hanyalah fitnah yang dibuat oleh UMNO sejak dulu lagi.
Oleh itu cakaplah apa sahaja fasal pemimpin berkenaan, beliau pasti selamat kerana disokong oleh tok guru dan penyokong tegar Pas. Dan keadaan ini juga tentulah menggembirakan DAP yang juga rakan sekutu Pas memandangkan Pas sentiasa ke depan membela rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.
Usahlah kita bercakap atau bertanya kenapa Pas tidak melihat dari segi Islam kerana ia hanya membuang masa memandangkan Pas bukan parti Islam sebaliknya Pas sama sahaja dengan DAP dan PKR. Utusan Malaysia 09/06/12.
Tunggulah UMNO/BN menang 2/3 kerusi Parlimen dalam PRU13 kelak. Semua kemelut yang melanda pemimpin pembangkang akan diberi titik nokhtah. segala salah laku mereka akan menerima pembalasan yang setimpal.
Hari ini dalam keadaan BN 'lemah' tindakan ke atas salah laku pemimpin pembangkang boleh menyebabkan simpati berlebihan kepada mereka dan boleh mengundang padah kepada prestrasi BN dalam PRU13 kelak.
PM dan TPM sudah tentu tidak mahu melihat UMNO/BN kecundang dalam PRU13 kelak semata-mata atas isu simpati. Perangai pemimpin pembangkang pada hari ini memang sudah sampai ke tahap yang meloyakan. Sudah sampai ke tahap mengada-ngada. Sudah samapai ke tahap cacing naik ke mata. Rakyat pasti akan menolak mereka.
Namun percayalah rakyat sedang memerhatikan sandiwara mereka ini dengan penuh minat. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas...
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment