Wednesday, June 13, 2012

Ini Cukup Dasyat Ni... Susah Nak Percaya...

Mahu sampai subuh nak mengiranya ni...
 
Utusan Malaysia melaporkan dua malam lepas Presiden JATI Datuk Dr Hassan Ali telah menggempur Tanah Merah, Kelantan. Kehadiran dikatakan melebihi 20,000 orang. Jika benarlah seperti yang dilaporkan ini merupakan satu rekod kehadiran. Dasyat, dasyat, hebat  dan Jokiden rasa seronok sangat ni.

Apa siknifikennya ceramah Dr Hassan Ali ini?  Apa pentingnya?. Kenapa Jokiden perlu rasa seronok.? Well, telah beberapa kali Jokiden mengikuti ceramahnya samada menerusi video ataupun secara live, didapati beliau mampu menyedarkan pendengar tentang penyelewengan PAS, DAP dan PKR. Ceramah beliau tentunya menguntungkan UMNO/BN. 

Jika penceramah UMNO sahaja yang sering menelanjangkan segala salah laku PAS dan pemimpin mereka, pendengar atas pagar agak kurang percaya, kurang selesa dan ada yang skeptikal.

Namun jika Dr Hassan Ali yang pernah menjadi orang penting dalam PAS suatu ketika dahulu, membongkar segala kemungkaran PAS dan pakatan haram, maka kesanya agak berlainan sikit.  Samalah impak yang berlaku akibat daripada ceramah Tamrin Ghaffar.

Yang indahnya Dr Hassan pasti meminta pendengarnya agar menolak pakatan pembangkang dalam PRU13 kelak dalam setiap ceramah beliau berdasarkan hujah-hujah mantap beliau.

Disamping itu pengalaman beliau diperkotak katikan oleh pemimpin DAP, PKR dan juga pemimpin PAS sendiri memberikan gambaran jelas kepada umum bahawa matalamat khusus pakatan haram ialah untuk menawan Putra Jaya dan bukannya untuk berbakti kepada rakyat. Bukan hendak membela rakyat. Bukan hendakkan Islam. Mereka lebih banyak meletakkan Islam di tempat yang tidak sepatutnya.

Lebih 20,000 hadiri siri ceramah Hasan Ali

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir mendengar ceramah dalam siri jelajah Bicara Memperkasakan Ummah oleh Hasan Ali di padang SMK Belimbing Tanah Merah, Kelantan, malam semalam. - UTUSAN/Aizzul A. Majid
 
TANAH MERAH 12 Jun - Siri jelajah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali untuk membangkitkan kesedaran kalangan umat Islam mengenai ancaman masa depan mereka, Islam dan institusi raja sekiranya pembangkang berkuasa, terus mendapat sambutan orang ramai.

Dalam siri jelajah ke-123 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing di sini malam tadi, lebih 20,000 hadir, jumlah yang disifatkan oleh Hasan sebagai 'luar biasa' dan memberi semangat kepadanya untuk terus menggerakkan usaha bagi menyekat hasrat pembangkang tersebut.

Dalam ceramah Bicara Memperkasakan Ummah bertajuk Islam, Melayu dan Raja Menuju Kehancuran itu, bekas Exco Selangor tersebut menyeru umat Islam khususnya di Tanah Merah agar bersatu bagi menyelamatkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) yang disifatkan beliau menuju kehancuran angkara tindak-tanduk pakatan pembangkang.


Jika di Kelantan Dr Hassan Ali mendapatkan sambutan yang begini besar, sedikit sebanyak pening juga jiwa dan raga Tok Guru dan Husam Musa. Mahu tidak lena tidur mereka berdua dibuatnya. Ayat maut dia pasti ada.."Jika air mata berjurai-jurai, Islamnya entah ke mana, rajanya entah ke mana dan bangsa Melayunya menjadi hina..apalah gunanya Putra Jaya.."
 
Benarlah PAS tersilap langkah. Tergesa-gesa memecat beliau atas desakan sekutu PAS dalam pakatan. "Saya dipecat bukan sebab saya rasuah, saya dipecat bukan sebab saya ditangkap khalwat, saya dipecat bukan sebab saya meliwat... tetapi saya dipecat sebab saya memperjuangkan Islam.." hah amik kau wahai pemimpin PAS.
Mereka ingat gelombang Dr Hassan Ali ini tidak seberapa, seperti kata Khalid Samad dan dr Rani, dua tiga hari sejuklah tu. Nampak gayanya beliau bukan semakin sejuk sebaliknya semakin panas dan meletup.



 
Related Story:

1 comment:

  1. terbaeekkk Dr hassan ali tapi gambor bawah tu buat kawe sakit perut...

    ReplyDelete