Tuesday, June 12, 2012

TV1, TV3, Utusan Malaysia...Penyebar Fitnah Nombor Wahid..

Media menyiarkan gambar ini. Unit amal PAS merempuh polis.. mana fitnahnya. Kalau media kata ini pertandingan memancing atau tarik tali, barulah fitnah..

"Ooomang bosa ea..bang!!!" Media kata pelaku ini menyerupai pemimpin pembangkang.. mana fitnahnya??

 
"Bangga kita berani bergambar di sini.." Media siar gambar di Masjid Nabawi ini, mana fitnahnya?? Ceritanya tentulah ttg kehebatan sekumpulan ahli bersih yg menunaikan umrah dan menggunakan kesempatan tersebut untuk mempromosi bersih. Kalau media menyiarkan gambar ini, cerita pula ttg mereka ini sebenarnya dari Brazil sedang bergotong royong..barulah fitnah.  
 

Sesuatu yang benar memang sukar hendak diterima  kenyataannya. Lebih-lebih lagi jika sesuatu yang benar itu boleh pula mendatangkan kerugian dan kemudaratan  kepada pihak atau diri orang tertentu. Kebenaran tersebut akan cuba disembunyikan dengan cara memusingkan segala fakta tadi menjadi fitnah dan mengajak rakyat mempercayai bahawa fakta-fakta yang disogokkan adalah tidak betul.

Ini yang dialami oleh pembangkang sekarang apabila jentera UMNO/BN ternyata berkesan dalam membongkar segala bentuk kelemahan dan kekurangan serta keterlanjuran mereka.  Mereka sakit hati dengan media yang pro UMNO/BN seperti TV1, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan juga NST.

Mereka mendakwa semua media arus perdana ini adalah alat kepada UMNO/BN. Ialah tu, memang media arus perdana merupakan alat pro paganda UMNO/BN dan sewajarnyalah media berkenaan memaparkan sesuatu yang benar tentang pembangkang. Media berkenaan juga sewajarnya memaparkan sesuatu yang benar tentang UMNO/BN bagi memperbetulkan segala tohmahan pembangkang.

Apabila mesej yang ingin disampaikan ini berkesan maka sudah tentulah pembangkang merasa tidak senang hati, lalu mereka cuba menggambarkan bahawa semua laporan media arus perdana adalah fitnah jahat terhadap pembangkang.

Semua penceramah pembangkang nampaknya pasti akan mengulas tentang siaran TV dan akhbar arus perdana ini apabila mendapat peluang. Daripada Ketua Penipu sehinggalah penceramah upahan mereka pastinya akan mengutuk media arus perdana ini sebagai penyampai fitnah nombor satu di negara ini.

Jika peranan media ini tidak berkesan dalam menyanggah semua tohmahan dan fitnah pembangkang, sudah tentulah mereka tidak akan ambil peduli. Sudah tentulah mereka tidak akan pandang sebelah mata. Sudah tentu mereka anggap semua itu lekeh dan tidak perlu diberi perhatian.

Ini tidak, mereka nampaknya merasa perit dengan pendedahan oleh media arus perdana, mereka merasai kesannya dan mereka nampak rakyat menerima baik segala pendedahan media arus perdana tersebut. Mereka tidak suka rakyat tahu perkara sebenar, sebab itu mereka berusaha sedaya upaya supaya rakyat jangan mempercayai apa sahaja yang di siarkan di TV dan apa sahaja yang ditulis oleh Utusan atau Berita Harian. Mereka menghasut rakyat dalam setiap ceramah mereka bahawa media arus perdana adalah penipu.

Mereka tewas sebenarnya. Mereka menaikan suhu kebencian rakyat terhadap media ini sama seperti  mereka menaikkan suhu kemarahan rakyat dalam isu SPR dan SPRM.

Perkataan TV1, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak lekang dari mulut penceramah mereka pada setiap sesi ceramah. Mereka mengulang-ulangnya, maka akhirnya ramai yang percaya bahawa media arus perdana membuat fitnah dan menyebar fitnah.

Yang percaya termasuklah cerdik pandai dan tokoh-tokoh otai mereka. Juga turut percaya ialah bekas-bekas ahli UMNO yang beralih angin seperti Tan Sri Kadiaq dan Tamrin Ghaffar. Lihat video di bawah jika tidak yakin:

 '"Semua benda karut ttg UMNO/BN saya percaya.. semua benda buruk ttg Nuar saya tidak percaya" Nak buat macam mana??

   
Memanglah TV perlu mengulang-ulang tayang kisah benar tersebut supaya rakyat dapat menilai. Terpulanglah kepada rakyat. Gambar budak-budak berterbangan ke atas kereta polis macam orang mabuk memang benar dan perlu diulang-ulang. Mana-mana media juga begitu. CNN beratus kali menyiarkan gambar yang sama tentang keruntuhan menara berkembar di Ground Zero. BBC juga begitu, Aljazera juga begitu. Mana peliknya. Suka tengok, kalau tak suka buat macam Tamrin Ghaffar, tutup TV.

Astro juga ulang berpuluh kali cerita P.Ramlee, Laksamana DOREMI. Astro juga ulang banyak kali cerita Icatrus. Apa masalahnya. Suka tengok, tak suka tutup. Jika fitnah saman. Jika mahkamah sini tak lulus bawa ke mahkamah antarabangsa. Kan mereka semua hebat-hebat. Bawak ke Queen Coucil atau bawak ke PBB.

Media pembangkang Harakah, Keadilan dan Roket ada ke membuat cerita-cerita manis dan molek tentang UMNO/BN. Akhbar tersebut lagi putar belit. Blog pembangkang lagi gila dengan spin ini. Semua isu mereka nak spin jika boleh. Kenapa tak didik akhbar sendiri supaya berlaku adil kepada UMNO/BN dan kerajaan. Dari mukasurat pertama hingga ke titik nokhtak terakhir di muka surat paling belakang sarat dengan segala macam fitnah dalam akhbar pembangkang, kenapa itu semua dianggapbetul dan benar???

Jadi apabila terkena ke batang hidung sendiri maka pencacai pakatan haram tersebut menuduh media arus perdana sebagai penyebar fitnah jahat. Mereka ingin mengalihkan segala perbuatan keji mereka dan menghalakan perbuatan tersebut ke arah UMNO/BN.

Mereka sibuk siang malam mengatakan tidak ada kebebasan bersuara di negara ini, rakyat disekat. Hakikatnya merekalah paling banyak bersuara, merekalah paling banyak berceramah dalam dunia ini. Merekalah paling banyak mencarut, merekalah paling banyak memaki hamun, merekalah paling suka membuat tuduhan palsu.

Bila semua tuduhan tersebut dijawab semula dan disiarkan oleh media arus perdana, lalu terkena semula ke batang hidung sendiri, maka mereka tuduhlah semua itu putar belit dan tidak betul.

Mereka menuduh media di kawal dan wartawan tidak bebas, media arus perdana laporkan bahawa PAS, DAP dan PKR kerap kali melarang media arus perdana daripada membuat liputan dengan alasan medai arus perdana akan putar belit. Hakikatnya ialah apa yang dilaporkan oleh media arus perdana ialah apa yang mereka sendiri putar belitkan dalam majlis-majlis mereka tersebut.

Amatlah jengkel dan memalukan apabila pendokong demokrasi kononnya tetapi pada masa yang sama melarang dan menyekat orang lain daripada menyuarakan pendapat yang berbeza dengan pendirian mereka. LGE baru berkuasa di PP, sudah banyak kali melarang Utusan daripada membuat liputan. Nik Aziz juga begitu, Nuar Brahim juga begitu.

Nuar nak menjaga keselamatan Israel, jelas dan nyata, maka media arus perdana pun siarkan, mana fitnahnya, mana putar belitnya, memang dia berkata begitu. Ish..ish.. jiwa kecil betul mereka ini..

Dalam Muktamar PAS Hj Hadi kata nak buat kerajaan perpaduan, mediapun siarkan, lepas tu bila Nuar balik dari luar negara HJ Hadi boleh kata media arus perdana memutar belitkan kenyataan beliau.. malu den..

 
Nanti Kita sambung lagi:

 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment:

  1. Utusan,BH,Sinar,berita tv,radio dan akhbar menipu rakyat Malaysia hidup-hidup macam Korea Utara!!!! Sesuka hati je gelarkan negara Kongres sebagai "Parlimen" Bodohnya......... punya media Malaysia kalau bak-bak berita luar negara.....

    ReplyDelete