Friday, June 15, 2012

Esok Nizar Bawa Penyokong Mengadap Baginda Sultan Johor..


Himpunan Hijau Di Kedah Nuar Dilarang Hadir.. Di Johor Pun Sama, dia tidak dialu-alukan. Kenapa?

   

Esok elakkan diri dan keluarga daripada memandu ke selatan tanah air. PAS akan mengadakan perhimpunan hijau di Johor. Jika tidak mustahak sangat jangan memandu di Lebuh Raya Utara Selatan arah ke JB. Jalan yang telah sedia sesak setiap hujung minggu tentu akan bertambah sesak lagi dengan kenderaan yang membawa ahli PAS ke sana. 

PAS terpaksa mengangkut peserta perhimpunan dari luar memandangkan ahli PAS di Johor tidak ramai.  Nizar pula akan mengambil kesempatan daripada himpunan hijau ini untuk 'mengadap' ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor untuk memohon maaf.

Baginda Sultan jelas dalam titahnya, jika ingin memohon maaf Nizar kena mohon maaf daripada rakyat Johor sekali, bukan hanya dari Baginda. Jelas baginda tidak akan menerima Nizar untuk mengadap baginda. Nizar kena faham tu, jangan nak terhegeh-hegeh atau tersengeh-sengeh atau terlambai-lambai.

Nizar mengatakan dia tidak menujukan tweet dia kepada Baginda, sedangkan Baginda faham bahawa tweet tersebut ditujukan kepada Baginda.

Baginda kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Nizar meroyan kenalah terima padah tersebut. Lagi titah baginda Nizar jangan nak menunjuk pandai atau berlagak bijak. Maknanya bagi Baginda walaupun Nizar ni berkelulusan IR tetapi tidak cerdik.

Persoalan yang bermain di kepala ramai orang politik hari ini ialah kenapa di setiap himpunan hijau anjuran PAS, Nuar Brahim tidak dialu-alukan untuk hadir. Di Alor Star 1 Jun lalu Nuar tidak dijemput dan terpaksa Nuar berceramah dalam kelompok yang lebih kecil di Sikamat Seremban.

Kali ini di Tongkang Pechah, di Pagoh dan di Ledang Nuar juga tidak di jemput. Apa yang PAS ingin buktikan sebenarnya.?

Adakah PAS berpendapat Nuar kurang menerima sambutan di Kedah dan di Johor? Di Johor telah beberapa kali ceramah Nuar menemui jalan buntu. Pernah dihalau untuk bertazkirah selepas maghrib.

Adakah di negeri-negeri tertentu PAS merasakan bantuan rakan sekongkolan mereka iaitu PKR dan DAP tidak diperlukan.?

Atau apakah PAS merasakan kehadiran Nuar di tempat tertentu akan membawa lebih banyak kerosakan daripada kebaikan?  

Himpunan hijau di Johor ini sebenarnya menarik juga untuk diberikan perhatian kerana beberapa sebab antaranya:

Nizar baru sahaja menghiris perasaan Sultan dan rakyat Johor. Baginda Sultan baru sahaja bertitah dan melahirkan rasa murka baginda tanpa berselindung. Nizar juga pernah tersasul dalam ucapan di Stadium Darul Aman mendoakan kehancuran PAS di semua peringkat. Apakah Nizar kali ini masih diberi peluang untuk berucap. Jika di beri peluang juga apakah Nizar berani tampil ke depan di bumi Johor ini.

Rakyat Johor sebanyak 30,000 orang baru sahaja berhimpun di Istana Pelangi bagi menyatakan sokongan kepada ke bawah Duli Tuanku. Apakah PAS juga berjaya menghimpunkan penyokong seramai itu.

29 kerusi DUN, lapan Parlimen sasaran Pas Johor


BATU PAHAT 12 Jun - Pas merancang untuk bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13).

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, rancangan itu bagaimanapun akan dibincangkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk mencapai persetujuan bersama.

"Kita akan usahakan agar Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertanding di kerusi DUN dan Parlimen. Begitu juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman dan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Himpunan Hijau ke Putrajaya dan Persiapan PRU-13 di Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.

Himpunan Hijau di Johor pada 16 Jun ini akan dimulakan di Tongkang Pechah di sini pada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang menerusi program Jamuan Rakyat yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Salahuddin Ayub.

Himpunan diteruskan di Pagoh menerusi program 'Minum Petang' bermula 4.30 hingga 6.30 petang dan kemuncak himpunan di Sagil, Ledang bermula dengan solat Maghrib berjemaah.

Bagaimanapun, kedua-dua acara diadakan tanpa kehadiran Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu beliau berkata, pakatan pembangkang di Johor dalam peringkat akhir perbincangan untuk menyediakan satu manifesto yang sama dalam menghadapi pilihan raya.

Menurut beliau, antara manifesto yang dicadangkan Pas negeri adalah memberikan 20 meter padu air percuma untuk kegunaan domestik kepada rakyat dan mengurangkan cukai bagi hartanah kediaman kos rendah dan sederhana.

Turut dicadangkan, pemberian bantuan RM1,000 kepada anak Johor daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah yang dapat memasuki institusi pengajian tinggi dan mewujudkan Tabung Anak Emas iaitu setiap anak yang lahir di negeri ini akan menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun.

3 comments:

  1. Salam perjuangan bro! Blog tuan telah saya pautkan. mohon pautkan blog saya ini www.myhomesoil.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam tuan,

      Blog tuan sudah lama saya pautkan..mungkin tuan tidak menyedarinya. Tqvm.

      Delete
    2. Errmmm! ingat nak balik B.Pht ari ni

      Delete