Saturday, February 16, 2013

Post Mortem Kekalahan Pas Di Kelantan...


Jika UMNO/BN memasuki PRU13 di Kelantan dengan penuh tenaga, ceria dan bersatu padu Insya Allah, Kelantan pasti dapat di tawan. Gelombang merah nampaknya sudah semacam tidak dapat ditahan-tahan lagi ketika ini.
 
Minggu lepas ratusan ribu anak muda menyertai majlis My Beautiful Malaysia, ilham Perdana Menteri untuk menghidupkan kembali semangat bergotong royong dan melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela.
 
Kelantan boleh ditawan semula dengan 5 syarat mudah ini:
 
Menyokong sesiapa sahaja yang dipilih menjadi calon BN oleh pucuk pimpinan.
 
Tidak berlaku cah keting di kalangan pemimpin UMNO/BN di sana.
 
Pemimpin sanggup berkorban dan mendahulukan kepentingan parti.
 
Jentera penuh ceria dan bersatu padu dan berjaya membawa keluar seluruh pengundi.
 
Pengundi luar kembali dan tidak mengundi PAS.
 
 
 
 
 
Beberapa minggu atau beberapa bulan selepas Kelantan jatuh ke tangan UMNO/BN kelak barulah pemimpin Pas mempunyai kekuatan semula dan tidak lagi terhuyung hayang dan mampu untuk melakukan post mortem tentang sebab musabab kenapa Pas kalah di Kelantan. Maka hasil post mortem tersebut adalah seperti berikut:
 
 
Berbaloi!!! 10,800 ekar akhirnya..
 
 
1. Nik Aziz sudah terlalu tua untuk mengemudi jentera parti. Bob Lokman kata nak memimpin mesti sihat dan kuat.
 
2. Nik Aziz  sudah menjadi beban kepada parti dan kerajaan dan bukan lagi sebagai aset.

3. Nik Aziz selalu cakap yang bukan-bukan.

4. Nik Aziz suka cakap "itu dia punya pasallah"

5. Nik Aziz selalu cakap UMNO tolak Islam.
 
6. Rakyat menolak kerjasama PAS dengan PKR dan DAP. (Jika masih bergabung)
 
7. Pas tidak sepatutnya keluar daripada gabungan pakatan.( Jika dalam PRU13 PAS memilih untuk bertanding secara sendirian.)
 
8. Rakyat dahagakan pembangunan
 
6. Rakyat termakan dengan janji PM semasa mengumumkan 7 projek mega di Kelantan.
 
10. Pas gagal membela rakyat, semua projek pembangunan sakit, termasuk Lembah Sirih.
 
11. Rakyat sedar Pas menipu untuk membina lebuh raya rakyat tanpa tol dengan duit derma jihad.
 
12. Peranan golongan Endorgan dan parasit dalam menghancurkan Pas.
 
13. Syaitan sudah tidak mahu lagi bekerjasama dengan Pas. Syaitan pun takut pada Pas.
 
14. DAP dapat tanah, rakyat tidak mendapat tanah. Kerajaan Pas mengzalimi rakyat.
 
15. Amanat terbaru Hj Hadi makan diri..
 
16. Hantu sudah tidak mengundi lagi.

17. Fatwa ulama pondok yang mengatakan HARAM mengundi Pas.

18. Red Warriors memenangi tiga kejuaraan.

19. Rakyat sudah tidak dapat lagi disogok dgn isu agama.

20. Isu Royalti minyak dan hudud sudah tidak berkesan lagi.

21. Pas memecat pemimpin secara diktator,

22. Pemimpin ulamak dipecat, pemimpin DAP dan PKR disanjung.

23. Rakyat dah muak minum air  berwarna susu. 

24. Tok Pa, Ku Li, Ibrahim Ali, Fatmi Salleh dan Awang Adek.

25. Nuar Brahim dan Karpal Singki banyak sangat mencampuri urusan PAS.

26. Ramai pemimpin Ulama meninggalkan Pas.

27. Mat Sapu menjadi Timbalan Presiden Pas.

28. Haron Din tikam Pas dari belakang.

29. Ini semua salah UMNO..


 
Ini juga mungkin menjadi punca Kelantan jatuh ke tangan BN..


 
Gelombang Merah di Kota Baru 15/2/13
 

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

Friday, February 15, 2013

Serba Tak Kena Dah Dengan Nuar Ni..


 
Kota kinabalu 10.2.13. Anugerah dipertikaikan oleh orang Kadazan Dusun


  
Nuar di Sarawak CNY 12.2.13. Hilang gaya macho..



Yang ini ok kot..
 
 
 
Hahaha.. Zoro!! Yg di belakang tu pun gelak tu
 
 
 
 
ABIM tak golak ko ni.. anugerah penyepak tak bagi ko?
 
 
 
Bertarunglah secara demokratik.. bukan ala Arab Spring ni..
 
 
 
 
Kesian pulak nengok eaa bilo dah jatuh ni..Jatuh sobab Ummi Hafilda..
 
 
 
 Geram sobab PM umumkan 139 perkara dalam gagasan 1Malaysia sedangkan dia tak umum satupun lagi.
 
 
 
Molampau ni..
 
 
 
 
 Here comes the boss
 
 
 
 
 
 
KITA SERUPA.....!!!

"Hahaha...Lim,parti kita serupa jer,...dlm PKR,wa adalah Ketua Umum yg dilantik oleh isteri,Presiden plk isteri wa sendiri..naib Presiden anak kesayangan wa...hang plk dlm DAP sbg Penasihat,anak hang plk Setiausaha Agung.....macam2 kita blh buat.......hahahaha (PARTI KRONI ANAK BERANAK)
"Kita serupa maa.."
 
 
 
Biarkan gambar-gambar ini berbicara dan menerangkan sesuatu. Tiap satu mempunyai cerita tentang Ketua Umum merangkap Ketua Pembangkang ini.
 
Jika benarlah Haroun Din meninggalkan Pas, apakah Nuar tidak terlibat atau tidak memainkan peranannya.??




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

Thursday, February 14, 2013

Berambus Kamu.. Den Dah Ponek...

 
"Kalau tak bagi gondolkan bukit bagi aku RM100 juta.."
 

Segala permasalahan yang terdapat di KUIN sekarang ini bukanlah kerana ketidak-cekapan Pengurusan KUIN. Bukan juga kerana ketidakcekapan MB Kedah. Mereka semuanya cekap. Masalah di KUIN timbul kerana disebabkan oleh ejen-ejen UMNO..
 
Begitulah rumusan angkuh Menteri Besar Kedah ini yang juga tidak disenangi oleh ahli Pas sendiri terutamanya dari Kuala Kedah.
 
Bersikap angkuh, menghina orang dan menghalau orang memanglah mudah, tetapi itu bukan cara menyelsaikan masalah. Menuduh warga KUIN sebagai ejen UMNO juga bukannya jalan penyelesaian yang jitu.
 
Azizan janganlah mengikut cara Khalid Ibrahim di Selangor yang meminta ibu-ibu tunggal membuktikan undi mereka kepada PKR baru nak memberi bantuan yang dijanjikan sebanyak RM100 sebulan.
 
Kedua-dua MB ini mengamalkan  cara bertindak seperti budak-budak. Tidak berhemah dan kasar. Mesti ada sebab musabab kenapa isu-isu pentadbiran tersebut timbul. Mengkritik UMNO/BN pandai, tetapi tepi kain sendiri tidak terjaga.
 
Azizan juga begitu angkuh seperti yang di laporkan oleh akhbar hari ini dengan berkata bahawa balak-balak dan hutan di Kedah akan terus digondolkan selagi pampasan RM100 juta tidak diberikan oleh Kerajaan Pusat. Mak oii aai.. perangai dia.
 
Dalam sibuk-sibuk puak pakatan berkempen ke seluruh negara untuk memberikan pendidikan percuma, maka di dua buah negeri tadbiran mereka ini KUIN dan Unisel telah menaikkan kadar yuran yang amat menyusahkan para pelajarnya.
 
Cakap tak serupa bikin, cakap lain buat lain. UMNO/BN didesak menurunkan atau menghapuskan yuran pengajian dan memberikan pendidikan percuma, tetapi dipihak mereka sibuk pulak untuk menaikkan yurannya. Hipokrit betul puak pakatan ini.
 
"Mereka tak puas hati dengan Kuin, mereka ini orang pandai-pandai, kalau Kuin tak sesuai sila pergi ke tempat lain.." Begitulah angkuhnya Azizan Razak menghalau warga kuin.
 
"Kita tidak panggil dia, dia yang minta nak kerja dengan Kuin, jadi kalau mereka tak selesa, sila ke Universiti lain, saya penat dengan perangai mereka dan saya tahu mereka ini ejen-ejen UMNO" Katanya lagi.
 
Sudahlah warga Kuin dihalau dengan begitu hina sekali, mereka juga dituduh sebagai ejen-ejen UMNO. Nampaknya Azizan ni tidak ada bezanya dengan lain-lain pemimpin pakatan iaitu apabila gagal sahaja menyelesaikan masalah maka diapun menuding jari kepada UMNO.
 
Ingat dia seorang sahaja yang tahu 'penat' dengan perangai warga Kuin tersebut?? Penat orang terhadap dia, dia tidak sedar.  Rakyat Kedah, ahli UMNO, ahli DAP, ahli PKR dan ahli Pas sendiri juga sudah penat dengan gaya pentadbiran Azizan ini.
 
 
  
Ramainya melawat tanah gondol..
 
 
 
Bantahan rakyat.. ejen UMNO??
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Siti Nurhaliza Tidak Mahu Jadi Calon PRU..


Ese cuci pinggan yolah aa..
  

Siti berkorban demi jaga suami tercinta


KUALA LUMPUR 13 Feb. - Demi menjaga suami tercinta, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 34, sanggup berkorban dengan meninggalkan dunia nyanyian buat seketika bagi menjaga suaminya.
 
Menurut Siti, beliau mengambil keputusan tersebut untuk memberikan tumpuan kepada tahap kesihatan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ,53, yang terlibat dengan kemalangan Disember lalu.
 
"Buat masa sekarang, dia (Datuk K) sihat sahaja, cuma kena selalu menjalani rawatan fisioterapi bagi memulihkan kembali bahagian tangannya yang tercedera akibat kemalangan lalu.
 
"Kiranya ketika ini saya lebih mengutamakan keadaan suami daripada kerjaya.
 
"Jika semuanya berjalan lancar, saya akan kembali aktif bermula April ini," katanya ketika ditemui di sidang akhbar pada Minggu Setiausaha Memorable Moments with Datuk Siti Nurhaliza, di sini hari ini.

Beberapa orang artis kita telah terjun ke dunia politik dengan membuat pusingan U atau pusingan 360 darjah daripada dunia glamour mereka. Hanya segelintir daripada mereka yang memilih untuk bersama dengan parti pembangkang. Ribuan masih lagi bersama parti pemerintah ataupun UMNO/BN.
 
Sebenarnya pilihan parti untuk disokong adalah merupakan hak individu sendiri. Ada yang masuk politik sebab peribadi, ada yang masuk politik sebab nak meningkatkan ekonomi. Ada yang masuk politik sebab nak mengubah cara hidup. Golongan artis juga mempunyai sebab musabab kenapa sesuatu parti tersebut mereka pilih.
 
Yang kurang menyeronokkan ialah apabila hari ini masuk politik esoknya segelintir artis ini sudah bertindak  melampaui batas. Selalunya yang berubah 360 darjah ini ialah mereka yang menyertai Pas.
 
Kelakuan Hairei Othman, Aishah, Abby Abadi dan Bob Lokman sebaik sahaja menyertai Pas adalah seperti langit dengan bumi. Tetiba sahaja segala yang baik-baik yang pernah mereka nikmati dulu kini sudah menjadi najis kepada mereka.
 
Hari ini masuk Pas, esok menaiki pentas mereka telah seolah-olah lebih Pas daripada ahli seumur hidup Pas. Jokiden pernah menulis iaitu pra syarat untuk kekal lama dalam dalam Pas ialah mesti pandai mengutuk dan mencaci atau memaki hamun.
 
Pra syarat untuk terus popular dalam  Pas mestilah pandai membuat fitnah dan mesti pandai menyebut perkataan 'rakussssss', 'merompak' dan 'zalim'. Artis seperti mereka juga tidak mampu untuk berhemah dalam tindakan politik mereka.
 
Ini yang berlaku sehinggakan UMNO/BN terpaksa membalas kutukan yang melampau yang mereka hamburkan. Mereka seolah-olah lupa diri dan lupa kepada hakikat hidup zaman lampau mereka. Segala-galanya sudah terbalik dan menjadi tidak betul.
 
Perbuatan mereka bukan sahaja memperlekehkan dunia terdahulu mereka, tetapi juga turut menyinggung perasaan teman-teman lama, perasaan pemimpin negara dan perasaan ahli UMNO/BN. Ada ubi ada batas. Bila mereka asyik siang malam mengutuk orang lain maka bersedialah untuk dikutuk pulak. Jika duduk dalam rumah kaca, jangan sesekali membaling batu ke rumah orang, nanti bila orang baling batu ke rumah awak, maka rumah awak mungkin akan hancur berkecai. Masuk politik pembangkang cubalah menjadi lebih baik. Kata nak berubah.
 
Gelaran Ustazah atau ustaz mee maggie segera tersebut tidak menghalalkan mereka untuk mengutuk sesiapa sahaja dengan sesuka hati mereka. Gelaran tersebut bukannya merupakan lesen mutlak untuk mereka mencari permusuhan dengan teman lama dalam artis atau dengan masyarakat luar yang lain. Mencermin diri adalah tindakan yang amat wajar sebelum membuka mulut.
 
Tahniah dan syabas Siti kerana sanggup berkorban untuk suami...
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Berita Ini Menyebabkan Demam Nuar Bertambah...


  
Melihatkan kehadiran sebanyak 80,000 orang di majlis sambutan Tahun Baru Cina di PP tempoh hari, Nuar menjadi tidak tentu arah. Tidak kisahlah jika orang hadir sebab PSY atau sebab PM datang atau sebab kedua-duanya sekali.
 
Ucapan PM pada malam tersebut walaupun pendek tetapi padat dan  amat terkesan serta  menyintuh hati rakyat Pulau Pinang. Ternyata majlis tersebut berjaya membuatkan pemimpin pakatan rungsing dan mengelabah.
 
Pencacai mereka sibuk mencari kelemahan di mana ada untuk di spin. Maka mereka menemui antaranya PM kena 'boo' dan kos membawa PSY sebanyak 'RM2 juta' lalu digembar gemburkan dengan begitu hebat sekali.
 
Jokiden mengikutinya secara live ucapan PM melalui blog Pisau, tak ada pulak terdengar orang ramai begitu kuat menjawab 'NO' apabila PM bertanya "are you ready for BN" Peliknya itulah yang cuba di spin oleh puak pembangkang ini. Jika jawapan 'NO' begitu hebat takkanlah PM nak ulang pertanyaan yang sama sampai tiga kali. 
 
Yang nyata pada majlis sambutan tersebut ialah rakyat PP tidak mematuhi saranan Ketua Menteri Tokong nya upaya rakyat hadir dengan baju merah, kuning dan hijau. Adalah dua tiga kerat yang memakai baju kuning dan mereka seperti rusa masuk kampung atau seperti orang yang tersalah kain.

Untuk menonton konsert orang sehebat PSY yang mengatasi Justin Bibber dalam hit di youtube sudah tentu memerlukan seseorang membayar ratusan ringgit atau ribuan ringgit. Ini cuma sekadar RM25 je seorang.

Untuk membawa Tiger Wood bermain golf di negara ini promoter terpaksa membayar RM3 juta. Untuk membawa Amstrong ke D' Tour De Langkawi RM1.7 juta diperlukan. Oklah tu jika RM2 juta untuk membawa PSYdan 80,000 orang pula berpeluang menyaksikannya. Munasabah. Tak perlulah Persatuan Siniman atau artis Malaysia meroyan.
 
Fakta kehadiran 80,000 orang dan hanya 10 memakai baju kuning tersebut membuatkan Nuar mula pening dan demam.
 
Kemudian kini timbul pula 'fatwa' baru yang mengatakan haram mengundi PAS dalam PRU 13 kelak. Nuar bimbang sangat jika penyokong Pas tidak menyebelahi mereka. Dia tahu sangat bahawa tanpa undi dari penyokong Pas maka dia sudah boleh mengangkat bendera putih. Dia tahu tanpa pengundi Pas, tiada kerusi yang bakal boleh di menangi oleh PKR. TIADA.
 
Dalam dia pening-pening lalat tersebut Presiden MCA pula membawa lagi satu berita  yang membuatkan dia hampir pitam iaitu orang Cina sudah membuat pusingan U. Dr Chua Soi Lek mengatakan pengundi Cina akan memberikan undi kepada BN dalam PRU akan datang. Baca kenyataan Presiden MCA seperti di bawah:
 

 

Sokongan pengundi Cina kepada BN bertambah - Soi Lek


LABIS 13 Feb. - Sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin bertambah berbanding 2008 kerana mereka semakin sedar pentadbiran pakatan pembangkang tidak mampu membela nasib mereka.
 
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, pelbagai isu yang gagal mendapat kesepakatan dalam kalangan pemimpin pembangkang sepertia siapa yang akan menjadi perdana menteri sekiranya mereka memerintah telah menyedarkan pengundi.
 
"Kegagalan pembangkang menunaikan janji di negeri-negeri dikuasai mereka juga menjadi penyebab pengundi Cina bertindak membuat pusingan U dengan kembali menyokong BN," katanya semasa menghadiri Majlis Pertunjukan Kebudayaan Cina di Chaah semalam. - UTUSAN




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Tanda-tanda Awal Pakatan Akan Kalah Dalam PRU13..


Kini rakyat Malaysia keluar rumah, menyusuri jalan-jalan raya samada dengan menaiki kenderaan mewah ataupun kenderaan sederhana kemudian kembali ke rumah semula dengan penuh ketenangan. Tidak ada apa-apa yang berlaku.

Rakyat Malaysia keluar rumah ke pusat-pusat membeli belah samada untuk membeli barang keperluan atau sekadar meninjau-ninjau sambil menyejukkan badan, kemudian kembali ke rumah tanpa rasa resah gelisah, berdebar-debar, takut atau kena marah dengan ahli keluarga. Tidak ada apa-apa yang berlaku. Segalanya berjalan seperti biasa.  Ini petanda pertama bahawa BN akan memasuki PRU13 dengan penuh tenaga, ceria dan bermotivasi tinggi. BN akan menang lebih 2/3.
 
Petanda kedua pakatan akan kalah ialah apabila Nuar Brahim pergi ke luar negara, bukan sahaja untuk meburuk-burukkan negara ini tetapi juga untuk memberitahu kawan-kawannya di sana bahawa PRU di Malaysia penuh dengan penipuan dan manipulasi daripada SPR. Dia mendakwa gabungan parti dia akan 'menang' dalam PRU13 kelak walupun segala petunjuk menjurus kepada kekalahan pakatan dia. Bila dia kalah kelak, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pilihanraya di Malaysia. Dia akhirnya diketawakan oleh rakan-rakan luar negaranya.
 
Petanda ketiga pakatan akan kalah ialah apabila MCKIP di Gebeng dirasmikan oleh Perdana Menteri. Melalui kempen hijau untuk membantah kilang Nadir Bumi di Lynas, pakatan mendakwa pelabur akan melarikan diri sejauh mungkin dari Malaysia. Hakikatnya MCKIP bakal meraih pelaburan melebihi RM10 billion dan bakal mengwujudkan lebih 8,000 peluang pekerjaan. Ramai juga tenaga kerja dari Tanah Besar China yang tidak takut mati oleh radiasi di Lynas akan datang ke Gebeng.
 
Petanda keempat setiap hari kini terdapat ahli-ahli PAS yang berdemo di merata tempat sambil memijak bendera rakan kongsi mereka dengan pelbagai slogan yang menghinakan kerana membantah penggunaan Kalimah Allah oleh bukan penganut Islam. Walupun mereka dikatakan bukan ahli PAS dan mereka dituduh menyamar sebagai ahli Pas, namun kebenaran mana boleh disembunyikan. Ahli Pas tetaplah ahli Pas walaupun tanpa janggut atau jubah.
 
Petanda kelima pakatan akan kalah ialah setiap hari kini terdapat ahli-ahli akar umbi DAP dari seluruh negara yang bangun memberontak mempertikaikan keputusan pemilihan CEC DAP bulan lalu dan ada yang mendesak supaya ianya diadakan semula.
 
Petanda keenam, hampir setiap hari kini terdapat ahli-ahli pakatan yang keluar parti dan menyertai parti-parti gabungan dalam BN. Walaupun tidak berlaku kemasukkan secara besar-besaran, namun kesanggupan mereka meninggalkan parti yang telah mereka sertai sejak berpuluh tahun dahulu membuktikan sebahagian mereka telah hilang keyakinan terhadap pemimpin mereka.
 
Petanda ketujuh ialah apabila setiap ceramah pemimpin pembangkang sudah tidak mendapat sambutan lagi kerana rakyat sudah muak mendengar perkara yang sama diulang beratus kali oleh mereka. Cuma ceramah di kawasan pendalaman yang masih mampu meraih kehadiran yang ramai.
 
Petanda kelapan ialah apabila sudah tiada orang lagi mahu mendengar penjelasan Mazlan Aliman dan ANAK. Beliau dihalau dan dihambat ke mana sahaja dia cuba pergi. Anak peneroka yang sentiasa menimbulkan prasangka dan menghasut ini, sudah tidak dapat lagi memasuki mana-mana kawasan Felda tanpa mendapat bantahan.
 
Petanda kesembilan ialah apabila isu hudud dan isu royalti minyak yang sebati dengan rakyat Kelantan sudah tidak mampu lagi menghiasi dada-dada akhbar pakatan.
 
Petanda kesepuluh ialah apabila kerajaan pakatan begitu rakussssssssss menebang balak, mengorek pasir, meluluskan projek-projek dan meluluskan rumah urut atau hiburan kerana ingin mendapatkan komisyen berjuta ringgit sementara masa masih ada. Rakyat marah apabila bukit gondol, sungai tercemar, kroni bertimbun-timbun dan hiburan menjolok mata berlaku sepanjang masa. Pendek kata apa yang pakatan tuduh UMNO/BN dulu semuanya mereka lakukan kini.  

Petanda kesebelas, semua hiraki kepimpinan UMNO menyerahkan soal pemilihan calon untuk PRU13 bagi mewakili UMNO kepada Presiden Parti DSMN. Dulu-dulu pun semua menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti namun di belakang ada yang mensabataj parti kerana tidak terpilih sebagai calon atau orang yang disokong tidak terpilih. Kali ini ahli parti di belakang Presiden sepenuhnya. Mana-mana pihak yang tidak menyokong calon pilihan Presiden akan menjadi 'kera sumbang' tengoklah nanti.

Ada pencacai pakatan mengatakan index kedudukan rasuah di dalam dunia ini Malaysia berada di tempat keempat paling rasuah. Hakikatnya kedudukan Malaysia telah bertambah baik dan jauh mengatasi negara-negara membangun yang lain dan juga negara maju. Dan kedudukan ini akan terus berubah setiap tahun dimana rasuah semakin berkurangan di negara ini. Dan ini menjadi petanda kedua belas betapa pakatan akan kalah dalam PRU13 kelak.
 
 
Orang muda di Johor 3/2/13
 
Petanda ketigabelas, kehadiran atau sambutan yang begitu menyakinkan setiap kali PM dan TPM turun padang. Diberitakan ketika melawat Kelantan lebih 40,000 orang menyambut beliau. Kemudian TPM juga turun ke Kelantan dan lebih 40,000 juga menanti beliau. Rakyat Kelantan tersangat teruja sekarang ini untuk membuat perubahan kepimpinan. Tidak cukup dengan gambaran tersebut semasa pelancaran My Beautiful Malaysia peringkat Negeri Kelantan tempoh hari sebanyak 100,000 orang telah menyertainya.
 
 
 
5/2/13 TPM di Penang
 
Di Pulau Pinang sambutan terhadap PM dan TPM amat menggalakkan di mana lebih 30,000 orang menyertai majlis mereka setiap kali diadakan. Masyarakat Cina sekarang ini telah mula menyayngi Perdana Menteri dan tidak peduli dengan arahan DAP supaya memboikot majlis PM dan TPM. PAS akan gigit jadi di Penang, buktinya sebanyak lebih 15,000 orang menyertai perarakan Maulidur Rasul tempoh hari dan 80,000 orang datang ke majlis sambutan Tahun Baru Cina dengan PSY.
 
 
 
PM di Selangor 3/2/13
 
Port Dickson 3/2/13

Petanda keempatbelas ialah apabila kerajaan UMNO/BN mampu menyediakan peluang pekerjaan baru sebanyak hampir sejuta sejak 3 tahun lalu mengatasi peluang pekerjaan yang mampu dilahirkan oleh Barack Obama dan kadar pengangguran di Malaysia adalahlah di bawah 3 peratus. Jika di sesebuah negara itu kadar penganggurannya di bawah 3 peratus maknanya lebih kurang pengganguran sifarlah.

Petanda kelimabelas ialah Malaysia terselamat daripada kemelut kemelesetan ekonomi dunia yang bermula sejak dua tahun lepas. Pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri berjaya menyelamatkan Malaysia dan rakyat jelata. Segala-galanya tentang ekonomi nampaknya berjalan lancar dan ekonomi negara tidak menguncup. Semua pihak termasuk komuniti perniagaan mendapat faedah daripada pakej rangsangan ekonomi tersebut.

Petanda keenambelas, 80 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam kini bersama kerajaan. Hanya 20 peratus yang tetap tidak berpuas hati walaupun bermacam-macam insentif dan penambah baikkan telah dilakukan oleh kerajaan untuk kebajikan kaki tangan awam sehinggakan mereka dicemburui oleh kakitangan swasta. Bonus, gaji, elaun sara hidup, elaun luar kawasan, elaun perumahan dan pelbagai lagi semuanya telah dikaji dan dinaikkan.

  
Petanda ketujuhbelas, rakyat nampaknya semakin muak dan meluat dengan retorik pembangkang yang asyik membangkang seolah-olah tidak ada sesuatu yang baikpun yang dilakukan oleh kerajaan. Hakikatnya negara terus aman makmur di bawah UMNO/BN sejak Merdeka lagi.

Puak pembangkang juga menikmati segala hasil usaha UMNO/BN ini walaupun mereka kebanyakannya kufur nikmat. Kini rakyat sudah muak untuk melayan pembangkang dan rakyat kini hanya menunggu masa sahaja untuk meluahkan kebencian mereka kepada pembangkang melalui peti undi. Seperti kata Nuar rakyat sudah cerdik walaupun satu ketika dulu dia begitu bijak mengawal emosi rakyat supaya mempercayainya. Huraian menarik ada di sini.

Petanda kelapanbelas yang menunjukkan pakatan akan kalah teruk dalam PRU13 kelak ialah kajian dan soal selidik yang dilakukan oleh banyak pihak. Dalam soal selidik tersebut rakyat kini berpuas hati dengan pentadbiran DS Mohd Najib. Tahap kepuas hatian mereka yang ditemu bual mencecah sehingga ke 70%. Dalam mana-mana negara jika pemimpin nombor satu berjaya memperolehi 65% sementara lawannya ketinggalan dengan 30% maka itu petanda yang pembangkang akan kalah teruk.

 Pertanda kesembilanbelas ialah apabila Perdana Menteri telah memberi amaran kepada puak pakatan supaya menerima keputusan rakyat pada PRU13 kelak. Jangan nak menghuru-harakan negara apabila kalah nanti. PM juga mengingatkan agar keputusan yang dibuat oleh rakyat kelak mestilah dihormati oleh semua pihak, seperti UMNO/BN menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam PRU12 dahulu.

(Respon segera yang teramat bangang daripada Naib Presiden PAS Mahpooozzz bean adalah seperti berikut:

"Apa maksud beliau? Mengapa dia terlampau yakin BN akan menang?" beliau mempersoalkan.

Mahfuz menyifatkan keyakinan luar biasa Najib itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dan keraguan yang penuh dengan kecurigaan.

"Adakah gambaran bahawa Najib benar-benar pasti BN akan menang itu didorong oleh lengkapnya perancangan dan persiapan di luar amalan demokrasi yang bersih untuk memastikan kemenangan BN?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Mahfuz juga mempersoalkan dakwaan Najib kononnya beliau yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan untuk memastikan pilihan raya yang diadakan adil dan bersih.

"Najib berbohong kepada rakyat.

"Tak mungkin pilihan raya adil dan bersih dapat diadakan jika daftar pemilih tidak bersih, antaranya seperti yang kian terdedah hasil siasatan Suruhanjaya Diraja menyiasat isu pendatang asing di Sabah," kata beliau.

Mengulas lanjut kenyataan Najib supaya pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu, Mahfuz berkata pembangkang tidak pernah mengadakan huru hara kerana tidak menerima keputusan pilihan raya.

"Yang selalu membuat pakatan jahat kerana tidak dapat menerima keputusan pilihan raya ialah Umno dan Barisan Nasional.

"Siapa rasuah dan beli wakil rakyat supaya melompat parti bila kalah pilihan raya?" katanya.
 Dari blog MPP)   Ini pun dia tak tau, yang nak rasuah beli wakil rakyat ialah Nuar Brahim.

Petanda keduapuluh ialah semangat membara Wanita UMNO dan Wanita BN hari ini. Sebahagian besar pengundi ialah wanita. Jentera wanita terbukti berkesan sejak dulu dalam meraih undi untuk UMNO/BN. Begitu juga dengan Puteri UMNO yang keahliannya melebihi keahlian dalam parti PKR. Wanita selalunya tidak terusik dengan provokasi pembangkang. Mereka akan terus merayu undi sehingga ke saat-ssat akhir.

 
PWTC 09.02.13

Petanda keduapuluh satu ialah apabila pembaca dan pembeli akhbar Utusan Malaysia terus meningkat di sebalik cemuhan puak pakatan. Walaupun usaha dilakukan untuk memboikot akhbar Utusan Malaysia namun puak pakatan ternyata gagal apabila Utusan terus meningkatkan jualan. Begitu juga dengan penonton TV3 dan TV1 terus meningkat dan tidak ada langsung tanda-tanda pemulauan oleh puak pakatan telah berjaya.

Petanda keduapuluh dua ialah apabila Nuar Brahim secara sulit telah mengunjungi Datuk Dr Haroun Din ataupun sebaliknya, dimana mesti ada sesuatu yang besar diperbincangkan dan bukannya setakat pertemuan dua orang sahabat lama untuk sekadar hendak kena teh tarik..

Petanda keduapuluh tiga pakatan akan kalah dalam PRU13 ialah apabila ulama pondok Kelantan telah berani mengeluarkan fatwa bahawa haram mengundi Pas dalam PRU kelak selagi Pas bersekongkol dengan musuh Islam seperti DAP dan PKR.

Petanda keduapuluh empat apabila pemimpin kanan pakatan terus bertelagah dalam pelbagai isu antara satu sama lain. Mereka bersetuju untuk tidak bersetuju dalam kebanyakan hal. Bukan sahaja pertelagahan berlaku dikalangan pemimpin antara parti tetapi juga pertelagahan antara pemimpin di dalam parti. DAP sanggah Pas, PKR sanggah Pas dan sebaliknya. Ahli Pas dengan pemimpin Pas dan ahli DAP dengan pemimpin DAP.

Petanda yang ke duapuluh lima, ahli pakatan sudah tidak berani lagi mengzahirkan sokongan secara terang-terangan seperti mempamirkan sticker di cermin kenderaan atau memasang bendera parti di kenderaan sedangkan election is just around the corner.

Akhirnya petanda yang jelas dan nyata selain daripada himpunan jalanan, kesemua ceramah pemimpin pembangkang sudah tidak mendapat sambutan lagi. Rakyat benar-benar muak. Ceramah Pas sudah tidak memasukkan lagi pemimpin pakatan yang lain samada dari DAP atau PKR.

Ini tanda-tanda awal.. tanda-tanda akhir akan menyusul apabila Parlimen dibubarkan kelak.



 
Dengar Ummi ada Nuar jatuh terduduk di Peguh??



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

Wednesday, February 13, 2013

Cara Mengalahkan Pesaing... Kalau Lawan Aku, Siap Kau!!



Nuar dapat kuasa.


Sudah selalu tengok video lawak ni. Yang menggambarkan PM pun ada juga. Namun setiap kali tengok Jokiden tetap akan ketawa, lenyap seketika stress, cuma tidaklah sampai terguling-guling. Gelak tetap akan gelak.
 
 
 
[admin] Bersama DAP haram sokong PAS, bersama MCA & MIC halal, begitukah?
Admin Fb Nik Aziz dah tanya, bersama DAP haram sokong Pas, bersama MCA&MIC halal, begitukah?


 
Banyak pihak dan kumpulan telah bersuara, bukan sahaja dari Kelantan tetapi juga daripada tempat-tempat lain menyatakan bantahan terhadap kerjasama 'melampau antara Pas dengan PKR dan DAP.
 
DAP bukan sahaja dianggap parti paling perkauman di negara ini tetapi juga orang Melayu Islam menganggapnya parti yang paling memusuhi agama Islam.
 
Suatu waktu dulu hanya pemimpin Pas sahaja yang berani bercakap tentang halal dan haram ini. Mereka sahaja yang bebas menghukum sesiapa sahaja yang mereka suka. Kini terdapat pihak lain juga sudah begitu lantang mengkritik kepimpinan Pas terutamanya mereka yang berada di bawah pemerintahan Pas sejak 20 tahun dahulu. Ini bermakna terdapat sesuatu yang benar-benar penting dan besar di mana mereka sudah tidak sanggup lagi berdiam diri.
 
Pas sebenarnya sedang ditimpa musibah lagi. Dalam semua hal yang Pas pernah tentang UMNO dulu kini sudah terbalik dan Pas kini melakukan apa yang mereka pernah tentang. Dalam erti kata lain Pas kini sedang menjilat kahak yang pernah mereka ludahkan dulu dan kahak itu pulak berwarna hijau. Tolan yo lah.. eeeee...

Sebab itu berpada-pada dalam segala tuduhan. Berpada-pada dalam segala tindakan atau perbuatan, ibarat tayar yang sentiasa berpusing, hari ini ke bawah esok lusa mungkin ke atas.

Dulu sesedap mulut je pemimpin mereka ini mengkafirkan orang-orang UMNO, sekarang rasakanlah akibatnya apabila Pas pulak dituduh dengan tuduhan yang sama. Nak salahkan siapa pula selepas ini?? UMNO??, TV3??, Utusan Malaysia atau nak salahkan pemimpin Pas sendiri.???

Sesiapa yang tidak menyokong mereka dulu semuanya diperlekehkan tidak kiralah ulamak ke, Mufti ke, Mufti Mesir ke atau mana-mana ilmuan yang tidak bersetuju dengan pegangan pemimpin Pas semuanya dipandang rendah dan dihina.

Sekarang tibalah masanya pemimpin Pas pula tidak kira dari golongan agama, golongan sekular atau dari golongan parasit, dihina dan disanggah, bukan oleh orang lain tetapi daripada ahli atau bekas ahli Pas sendiri. Amik kau!!!
 
 


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Apa Maknanya BR1M Ini Kepada Rakyat Dan Negara...?


Keseluruhan Bantuan Rakyat 1Malaysia akan melibatkan sejumlah wang yang besar yang melebihi RM6 billion. Rata-rata rakyat nampaknya bersyukur dengan pemberian kerajaan ini.
 
Puak pakatan biasalah, mana ada yang baik yang kerajaan lakukan. Semuanya ditentang walaupun secara terang atau sembunyi puak pakatan juga turut mengambil segala pemberian tersebut. 'Haram' hanya di bibir sahaja, di dalam hati mereka juga amat memerlukannya.
 
Dalam kes BR1M ini sama seperti pemberian bonus kepada warga Felda. Selesai sahaja mereka mengambil wang sebanyak RM5,000 dan keluar dari dewan maka mulalah mulut mereka membebel, mengutuk pemberian tersebut dengan menuduh kerajaan mengzalimi warga Felda, Felda menipu peneroka dan tanah milik peneroka akhirnya kelak akan habis tergadai.
 
Pemberian BR1M sejak awal lagi sudah ditohmah oleh segelintir penyokong pakatan bahawa itu adalah merupakan gula-gula pilihanraya. Malangnya setelah lebih setahun bayang PRU masih belum nampak. Ada juga yang terlebih celupar mengatakan BR1M adalah merupakan 'rasuah' kepada rakyat untuk memancing undi.
 
Mengatakan rasuah tetapi mengambilnya atas nama 'hak mereka' bermakna mereka merelakan diri mereka menerima rasuah. Pencacai pakatan puas mencari justifikasi untuk mereka mengambil BR1M ini.
 
Ada yang mengatakan selepas 55 tahun baru dapat RM500. UMNO/BN telah 'menyapu' atau merompak hasil mahsul negara sejak merdeka, rakyat cuma mendapat ciput sahaja.  Mereka jelas menafikan segala nikmat yang dinikmati selama ini. 
 
 
PM di JB 12.2.13, BR1M 0.3 akan diberikan..
 
Di dalam media sosial mereka begitu kreatif membuat karikator yang memperlekehkan pemberian BR1M ini. Ada antaranya tidak sanggup kita tatap ataupun kita baca. Inilah mentaliti puak pakatan di mana jika sesuatu program tersebut ternyata memberi manfaat kepada rakyat pastilah mereka tentang kerana mereka tahu sebahagian besar rakyat akan membalas budi baik kerajaan tersebut.
 
Jika duit sebanyak hampir RM7 billion itu digunakan untuk membuat atau melaksanakan sesuatu projek pula maka kerajaan, UMNO/BN akan dituduh pula untuk mengkayakan kroni disamping menuduh pemimpin menerima komisyen daripada projek-projek tersebut.
 
Di sinilah letaknya kebijaksanaan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri DS Mohd Najib Razak. Bukan tidak boleh wang sebanyak itu digunakan untuk projek-projek mega walaupun akan dituduh untuk mengenyangkan kroni UMNO/BN, namun kerajaan melihat dengan cara mengagihkan BR1M ini jumlah yang akan merasai nikmat secara langsung adalah lebih besar lagi jika dibandingkan dengan menganugerahkan kontrak kepada syarikat-syarikat tertentu sahaja.
 
BR1M sesungguhnya untuk merancakkan ekonomi negara, supaya ekonomi tidak menguncup dan aktiviti perniagaan berjalan lancar. Lama dulu Jokiden pernah mengatakan bahawa RM500 sudah tentu membolehkan penerimanya bermalam selama 4 malam di mana-mana Hotel Seri Malaysia.
 
Sudah tentulah jika duit sebanyak RM7 billion berada di tangan lebih 7 juta orang, maka sudah tentulah cara penggunaan akan lebih meluas. Ada yang menyimpan di dalam bank di mana simpanan itu akan membolehkan pula bank menyediakan pinjaman kepada yang memerlukan dana.
 
Ada yang membelanjakannya dalam tempoh satu hari seperti pergi ke pusat hiburan dan pastinya duit itu akan hilang dalam sekelip mata. Ada yang menggunakannya untuk membayar bil bulanan yang tertunggak. Ada yang menggunakannya untuk membeli ubat-ubatan. Ada yang membelanjakannya untuk membeli pakaian. Ada yang menggunakan untuk menambah alat komunikasi yang lebih canggih. Ada yang menggunakannya untuk menggunting rambut kerana rambutnya telah hampir setahun tidak dipotong.
 
Setengahnya menggunakan duit BR1M untuk membeli buku-buku atau majalah. Seorang rakan tidak pernah makan di restoren berhawa dingin kerana asyik makan di gerai sahaja, terus sahaja mengunjungi restoren idamannya sebaik sahaja menerima RM500 tersebut. Dia makan sepuasnya dengan seorang janda dan dia terpaksa membayar hampir RM78. Tak apalah dia masih mempunyai baki sebanyak RM422 lagi untuk dia memenuhi apa yang dihajatinya.
 
Ada yang balik ke rumah selepas menerima BR1M membawa 4 tong cat nipon, lalu mengajak ahli keluarganya bergotong royong mengecat rumah mereka. Rumah mereka yang tidak pernah di cat sejak di duduki 18 tahun lepas kini berwajah baru dan berseri-seri.
 
Sebelum tahun 2009 sering juga kedengaran keluh kesah peniaga kecil, kerana perniagaan mereka hanya cukup-cukup makan sahaja. Rakyat agak kurang berbelanja. Namun kini suara-suara rintihan tersebut sudah tidak kedengaran lagi. Hebat pemikiran PM kita ini. Tambahan pula dengan pemberian bonus kepada kaki tangan awam dan kepada pesara serta warga Felda, maka kehidupan rakyat nampaknya ceria dan kebanyakannya  pusat peranginan penuh sesak setiap hujung minggu atau waktu cuti umum.

Terdapat keluarga yang mengumpulkan duit BR1M melebihi RM2,000.00. Seorang kenalan Jokiden seorang pesara kerajaan yang merupakan penyokong tegar pembangkang dan baginya kerajaan UMNO/BN ini tidak ada langsung baiknya, memberitahu dia dan keluarga menerima hampir RM3,000.00. Bila ditanya ini jawapan dia.

"Eden dapek RM1,000.00, anak den yang dah nikah itu dah ada keluarga, dapek RM1,000.00, duo anak bujang den dapek RM250.00 campur RM250.00 dah RM500.00. Anak den yang kek Universiti tu dapek bantuan buku RM250.00..hah dah boghapo??"  Katanya sambil mengunyah roti canai..
 
Moral cerita, pemberian BR1M ini ialah terlalu banyak pihak yang menerima faedah dan tidak hanya tertumpu kepada kelompok tertentu sahaja. Jika diberikan kepada satu dua syarikat maka sudah tentulah limpahannya tidak seluas mana. Mungkin pengarahnya menggunakan keuntungannya untuk membeli sebuah lagi kereta mewah. Mungkin dia akan lebih kerap menaiki A380 dan terbang setiap minggu ke London. Benarlah syarikat tersebut akan membayar cukai, namun secara langsung limpahan pemberian sebanyak RM7 billion itu hanya tertumpu di sekitar yang ada kepentingan sahaja.
 
Apabila kerajaan memutuskan untuk memberikan kepada lebih 7 juta rakyat biasa, maka komuniti yang menerima nikmatnya adalah lebih besar. Jokiden bukan rasis, namun kenyataannya oleh kerana komuniti perniagaan ini dikuasai oleh kaum Cina, maka akhirnya lebih 80% daripada pemberian tersebut kembali kepada mereka menerusi pelbagai aktiviti perniagaan yang mereka jalankan.  Dan sepatutnyalah komuniti Cina bersyukur dengan program rangsangan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan BN ini.
 
 
"Apo laie yang Najib nak umumkan ni ... Loyo boto den..hah BR1M 0.3??"
  
 
 
JOHOR BAHRU 12 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan dihentikan malah pemberian BR1M 2 akan disusuli dengan BR1M 3, BR1M 4, dan seterusnya pada tahun-tahun akan datang.

Menurut Perdana Menteri, pemberian bantuan itu diteruskan kerana sepertimana 139 produk 1Malaysia yang lain, BR1M adalah pulangan semula kepada rakyat berkat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan memboleh pengagihan dibuat berikutan hasil negara yang bertambah.

"Kita pulangkan kepada rakyat kerana rakyat berhak untuk menerima kesan pertumbuhan yang kian meningkat. Saya sudah katakan sebagai kerajaan kita mesti mendahulukan rakyat dengan mewujudkan dasar yang bersifat inklusif dan adil dan saya mulakan kepimpinan saya dengan menyatakan kita mesti merasai denyut nadi rakyat.

"Sebab itu kita buat BR1M dan kini BR1M 2 yang banyak memberi faedah. Saya yakin, berdasarkan kepada apa yang telah kita lakukan dalamn tempoh empat tahun, the best is yet to come (lebih banyak perkara terbaik akan dibuat)," katanya ketika berucap dalam Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di pekarangan Pasaraya Econsave Senai, dekat sini hari ini. - UTUSAN



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Ada Tak Persamaan Dua Kezaliman Ini...?



Tanah dirampas, tanaman dimusnah
Wartawan Sinar Harian
12 Februari 2013 
                  
logo tabung gaza
Tabung Kemanusiaan Gaza.
 
HAMPIR setiap hari rakyat Palestin terpaksa menanggung penderitaan atas kekejaman rejim Zionis terhadap mereka.

Ada saja cara digunakan Zionis untuk memastikan rakyat Palestin terus terseksa termasuklah baru-baru ini tanaman penduduk di Kampung Al-Khader, di selatan Tebing Barat dimusnahkan.

Menurut saksi, rejim merampas lima bidang tanah milik penduduk dan mencabut semua tanaman ditanam mereka.

Turut terjejas ialah tanah pertanian milik seorang penduduk, Ali Abdul Hadi di kawasan Khallet U
Rejim juga telah mengeluarkan arahan agar petani tidak mengusahakan sebarang tanaman di tanah itu dan mencabut pokok yang sedia ada.
mm al-Fahm yang turut dirampas.

 Jawatankuasa kampung Al-Khader, Ahmed Salah berkata, rejim Zionis mahu mengambil alih tanah di Khallet Umm al-Fahm bagi membangunkan taman dan penempatan untuk rakyatnya.

Sementara itu, dalam situasi yang lain, tentera rejim memecah masuk banyak rumah di kampung Burkin, dekat Jenin, untuk mencari warga Palestin yang dikehendaki, namun tiada seorang pun yang ditemui.

Sebaliknya, mereka menahan beberapa pemuda yang didakwa telah membaling batu ke arah tentera rejim sewaktu pencerobohan dilakukan.

Malah, tentera rejim turut melepaskan gas pemedih mata ketika berdepan dengan kumpulan pemuda yang cuba menghalang tindakan mereka itu.

Sampai bilakah rakyat Palestin akan terus berdepan dengan situasi ini? Adakah kita juga sanggup melihat penderitaan saudara kita di sana?

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-samalah kita menghulurkan sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian di Akaun Maybank Sinar Karangkraf tertera atau hubungi talian 03-51013888.
 
Ini pula yang berlaku di Kelantan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Baca pendedahan Pisau ini

 
Ada tak persamaan antara rejim zionis ni dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan??
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 
 

Bubarkanlah DUN Selangor.. Jika Berani..


 

Dulu kerajaan pakatan ini begitu takut untuk membubarkan DUN yang mereka kuasai. Sebabnya mereka sedar bahawa setelah lebih empat tahun menguasai negeri berkenaan mereka masih tidak mampu untuk menunaikan kebanyakan janji yang mereka buat melalui manifesto PRU12 dulu.
 
Jikapun Kerajaan Persekutuan membubarkan Parlimen mereka dikatakan tidak akan berbuat demikian dan rela mengadakan PRU berasingan bagi DUN.
 
Untuk menyelamatkan duit rakyat dan masa serta tenaga kaki tangan SPR, maka Kerajaan Persekutuan di bawah BN telah mengambil langkah bijak iaitu dengan menangguhkan PRU13 sehingga tamat tempoh pemerintahan.
 
Bisinglah pulak pencacai mereka mengatakan bahawa PM takut nak membubarkan Parlimen. UMNO/BN bergantung kepada talian hayat terakhir untuk berkuasa. Sibuklah media sosial mereka mempolimikkan isu kelewatan pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri ini.
 
PM nampaknya relax sahaja, tidak mengelabah, masih tenang dan tidak terganggu dengan segala macam polimik yang ditimbulkan.
 
Tetiba Khalid Ibrahim selaku orang yang berkuasa di Selangor mengatakan selepas Chap Goh Mei jika Dewan Rakyat masih tidak dibubarkan, maka Selangor akan membubarkan DUN nya. Baca juga di sini.
 
Khalid bukan tak tahu sekiranya pun DUN atau Parlimen terbubar sendiri maka SPR di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan masih mempunyai 60 hari untuk menguruskan PRU. Maknanya jika Dewan Rakyat terbubar sendiri selepas 21 Mac, SPR masih mempunyai masa sehingga Mei untuk mengadakan PRU.
 
Elok sangatlah Khalid membubarkan DUN Selangor selepas minggu depan dan untung-untung SPR mengadakan PR untuk DUN Selangor pada bulan Mac ini. Lagipun bajet sebanyak RM35 juta untuk melaksanakan PR itu nanti akan diambil dari sumber kerajaan Negeri Selangor.
 
Rakyat Selangor dan rakyat Malaysia ingin melihat apakah kerajaan pakatan PKR di Selangor mampu bertahan dan masih mampu untuk menipu rakyat dengan segala manifesto barunya kelak.
 
Rakyat juga ingin melihat apakah tokoh-tokoh puak pakatan seperti Elly Wong dan Assmin Ali masih mampu bertahan di Selangor. Yang penting apakah PKR masih akan mempertaruhkan Khalid di Ijuk kelak???
 
Bubarlah kalau betul-betul anak jantan..
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Tuesday, February 12, 2013

Ini Tidak Memerlukan Ulasan lagi.. Bacalah..


80,000 sambut PM di Pulau Pinang 10/2/13. Tigo oghang yo yg pakai baju kuning
   

 Dari Fb Grandmum Justice
 
Pakatan has been in control of the Selangor and Penang governments for the last 5 years already now. These are the most advanced states hence the ones with the greatest potential for money changing hands. With access to past state papers (c...ontract documentation etc), why not the Pakatan governments of Selangor and Penang expose – with concrete details – the corruption that they allege the BN (i.e. previous Umno and Gerakan-led administrations of the two states) to be guilty of?

Pakatan supporters scream “Corruption” all the time. Simple. They should do a Rafizi on the target BN politicians. Air their dirty laundry. Public pressure will rain the same bricks that have fallen on Shahrizat’s head. But so far, no. And LGE’s got nothing on KSK that he’s willing to share with the public either. PKFZ is being prosecuted under the BN govt.

(2) The Rocket gangnam parody features Rosmah’s ring. Now it beats me why, if she really had bought such a ring, that she did not simply waltz through the airport with the ring worn on her little finger.

As has been pointed out by regular commenters , the opposition people are maliciously tarring her as Marie Antoinette. They are making her an object of hate. They are masters of the Politics of Hate and behaving like the street mob that stormed the Bastille.

(3) re: “Both sides have their own issues on corruption, governance and integrity.”If we look at the performance of all the 4 PR states for the past 4 years, the numbers of cases involving corruption/misappropriation and the alleged value are NOT small on the PR front. Teoh Beng Hock, sand issue in Selangor, granting of Kelantan land to Ngeh/Nga, Khalid Ibrahim cow and car issue, Talam bailout, Taman Manggis land, Kampung Buah Pala etc.

Until today, there is no prosecution and conviction of any PR politicians by the federal agencies. Please point out if I have omitted any thing. In contrast, let us look at BN. We have issues like NFC scandal, Khir Toyo bungalow, Sidek Hasan’s daughter contract of solar energy, Jamaluddin Jarjis’s son air traffic deal, commercialization of AES, RM400 mil claim of matrimonial assets in the divorce case of Taib Mahmud’s son, PKFZ etc.

Not to mention huge GLC losses such as MAS, Sime Darby and MISC. These are only for the past 4 years. What about for the past 55 years like Bank Bumi scandal, Perwaja, BNM forex loss, Bakun dam etc?Both sides have their own issues on corruption, governance and integrity. It is impossible to have a 100% clean government. Not even Singapore or De nmark can achieve that. But as a voter, we can choose the lesser of two evils.
Umno has 3+ million members. And let’s assume that 70 % of the UMNO electorate will vote BN. Pakatan noisemakers act as if these millions of ordinary Malaysians who support the incumbents condone corruption, i.e. in addition to voters being “dumno” and “bumno” (i.e. the Dapster belief that Pakatan supporters are smart, BN supporter are stupid and freeloaders), the Dapsters are also saying that BN voters are “scumno” (i.e. the Dapster belief that Pakatan supporters are righteous, BN supporterS are morally decayed). We must not forget that BN lost its super majority in GE12 through the backlash from within too. Selangor would not have fallen if Malays as well as Umno members had not rejected Khir Toyo and the 4th floor boys. This shows that BN supporters are willing to act against those deemed to be corrupt.Turn the tables. Do you foresee that Dapsters are willing to admit their idols have feet of clay?

 Pakatan followers loudly proclaim their DAP pollies are saints (although they’re quite willing to believe the PKR partners are tainted). BN supporters do not think BN pollies are angels but it’s that they fear Pakatan is the two-horned creature masquerading under a halo.

(4) I have a theory that DAP is more efficient than Umno. Hence with this trait of efficiency, they would be more efficient in covering up their trail of corruption.

Within slightly over a month in office, Nga was already embroiled in Tailorgate albeit the amount sum is small. And the DAP internal mechanism, the displinary committee, refuses to acknowledge any impropriety.Similarly, the RCI on TBH found that the Selangor DAP Adun office (TBH’s) was doing Ali Baba with the contracts (similarly in small change amounts).The two instances cited did not involve big sums of money. That’s only because the opportunity had not yet arisen for big money. However there’s since been the expose on the Kelantan logging land given the Perak DAP taikors.

Point (b) about efficiency. DAP has been successful in whipping Dapsters into perpetual hysteria. Such efficiency in brainwashing!

I’ll grant that Umno is playing the Race and Religion card too. But so far, they’ve not reached the DAP level where their supporters behave like Red Guards.

If Umno were as hell-bent on indoctrinating the masses as the DAP is, we will have had Jakarta riots by now. But there has not been anytime the past four decades.

Remember that Umno is in possession of many levers of propaganda. Compare Pakatan now in possession of some levers of propaganda. There was that infamy of 50 photos of the LGE family in 28 pages of Buletin Mutiara.Selangor Times is an out-and-out Pakatan propaganda rag sheet and much, much worse than Utusan. With DAP in merely two states, we get this. If Pakatan sits in Putrajaya, we’d be living in HELL .

 I’m skeptical of both sides. I believe the readers will similarly have their eyes open to the shortcomings of Umno-BN. On the other hand, we believe that Dapsters are wilfully closing an eye to the DAP shenanigans and bear in mind the party has only been in power 5 years compared to BN’s 58 years (taking the federal election of 1955 as base year).

When we weigh which side we consider to be the lesser of the two evils, we’re observing the present behaviour of the Pakatan leaders and their hardcore followers.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Terjun Gaung Dan Masuk Neraka..Ini Bukan Saya Cakap...


Banyak dah rakyat diperingatkan agar jangan mudah terpengaruh dengan segala dakyah puak pakatan pembangkang ini. Rakyat harus berhati-hati dalam membuat pilihan dalam PRU13 kelak jika tidak mahu 'menderita' akibat tersalah pilih.
 
Terbukti selama lebih 50 tahun BN menerajui pemerintahan di negara ini rakyat berada dalam keadaan selesa samada dalam hubungan antara kaum, dalam kehidupan seharian mahupun dalam pembinaan kekayaan peribadi.
 
Jika didengar tohmahan dan fitnah pembangkang siang dan malam, seolah-olah negara ini telah menjadi padang jarak padang terkukur akibat daripada dasar-dasar yang dibawa oleh BN. Ini tidak berlaku malah kegemparan yang ditimbulkan oleh Nuar Brahim yang mengatakan seorang rakyat Baling telah mati kebuluran hanyalah gimik untuk meraih populariti semata-mata.

Di mana-mana negara sekalipun memang wujud rakyat yang sentiasa tidak berpuas hati. Di Malaysia akibat kemakmuran negara, keamanan negara dan kemewahan rakyat yang menyebabkan jalan raya menjadi sesak dengan kenderaan sejak dua hari lepas juga merupakan sesuatu yang mesti 'dirungutkan' dan sesuatu pihak mesti dipersalahkan.
 
Mereka tidak melihat kemampuan rakyat untuk berada di lebuh raya sebagi lambang kemajuan sebaliknya mengatakan rakyat dizalimi.
 
Keadaan lebuh raya pada 11/2/13
 
 
Mereka tidak melihat kebebasan rakyat hendak pergi ke mana sahaja tanpa sedikitpun perasaan takut sebagai kebebasan yang dinikmati oleh rakyat negara yang sedang membangun, namun mereka tetap berpendapat rakyat di negara ini ditindas sehingga menakutkan rakyat untuk bersuara.
 
Mereka menuduh PM dan TPM berkempen ke hulu ke hilir sejak kebelakangan ini, namun mereka lupa bahawa pakatan pembangkang telah mula berkempen siang dan malam tanpa henti sejak dari keputusan PRU12 diumumkan lagi.
 
Untuk sekadar mengambil iktibar mari ita tengok kembali kenyataan pemimpin terdahulu dan terkini, dalam memberikan peringatan agar rakyat tidak tersalah pilih dalam PRU13 nanti.
 
jika keamanan dan kemakmuran negara ini ditafsirkan oleh puak pembangkang sebagai penindasan, kezaliman dan kegagalan kerajaan UMNO/BN dan rakyat telah 'tersiksa' selama lebih 50 tahun, maka kita juga boleh mengatakan rakyat di negeri yang duikuasai oleh pakatan sejak 4 tahun lalu juga menderita dan terseksa. Rakyat di Kelantan juga sudah dizalimi oleh kerajaan Pas lebih dari 22 tahun.
 
 


Kini menyokong Nuar, bermakna mereka juga mungkin ingin turut ke neraka.
 


Sokong DAP ibarat terjun gaung

Hasan Hamzah, Azwanddin
 
 
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Orang Melayu yang menyokong DAP disifatkan sebagai ‘terjun ke dalam gaung’ kerana pendirian parti itu yang tidak pernah menjunjung dasar-dasar Islam serta kedudukan masyarakat bumiputera di negara ini.
 
Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah berkata, orang Melayu perlu bersatu-padu menolak DAP kerana dasar parti itu yang begitu cauvinis selain bercita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara republik.
 
“Jangan ingat Malaysia tidak boleh menjadi negara republik macam Singapura, kalau Melayu terus berpecah, ini tidak mustahil. Jangan lupa, mereka ada kuasa duit, kekuatan kebendaan, mereka boleh beli pengaruh dan menjadikan orang Melayu macam ayam laga.

“Apa pun, perkara yang paling kita tidak rela ialah kesucian agama Islam dicabar. Isu kalimah Allah yang dibangkitkan DAP sudah cukup untuk membuka mata orang Melayu, sudah tiba masanya kita bersatu, kalau terlambat sudah tiada gunanya kerana nasi sudah menjadi bubur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Kemana arah tuju sekarang ini, ke gaung, ke lombong atau ke laut??? Tempat-tempat itu belum tentu selamat.

Karpal Singki ini pulak macam orang tak reti bahasa. Dah orang tak mahu, namun dia masih beria-ia mahukan si Nuar menjadi PM, memanglah dia ada udang di sebalik batu. Tapi apa kita hairan, apa lagi yang dia mampu lakukan selain daripada mengeluarkan kata-kata sedemikian.

Karpal tetap mahu Anwar jadi Perdana Menteri


GEORGETOWN 12 Feb. - Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi menegaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
 
Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.
 
"Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.