Wednesday, February 13, 2013

Apa Maknanya BR1M Ini Kepada Rakyat Dan Negara...?


Keseluruhan Bantuan Rakyat 1Malaysia akan melibatkan sejumlah wang yang besar yang melebihi RM6 billion. Rata-rata rakyat nampaknya bersyukur dengan pemberian kerajaan ini.
 
Puak pakatan biasalah, mana ada yang baik yang kerajaan lakukan. Semuanya ditentang walaupun secara terang atau sembunyi puak pakatan juga turut mengambil segala pemberian tersebut. 'Haram' hanya di bibir sahaja, di dalam hati mereka juga amat memerlukannya.
 
Dalam kes BR1M ini sama seperti pemberian bonus kepada warga Felda. Selesai sahaja mereka mengambil wang sebanyak RM5,000 dan keluar dari dewan maka mulalah mulut mereka membebel, mengutuk pemberian tersebut dengan menuduh kerajaan mengzalimi warga Felda, Felda menipu peneroka dan tanah milik peneroka akhirnya kelak akan habis tergadai.
 
Pemberian BR1M sejak awal lagi sudah ditohmah oleh segelintir penyokong pakatan bahawa itu adalah merupakan gula-gula pilihanraya. Malangnya setelah lebih setahun bayang PRU masih belum nampak. Ada juga yang terlebih celupar mengatakan BR1M adalah merupakan 'rasuah' kepada rakyat untuk memancing undi.
 
Mengatakan rasuah tetapi mengambilnya atas nama 'hak mereka' bermakna mereka merelakan diri mereka menerima rasuah. Pencacai pakatan puas mencari justifikasi untuk mereka mengambil BR1M ini.
 
Ada yang mengatakan selepas 55 tahun baru dapat RM500. UMNO/BN telah 'menyapu' atau merompak hasil mahsul negara sejak merdeka, rakyat cuma mendapat ciput sahaja.  Mereka jelas menafikan segala nikmat yang dinikmati selama ini. 
 
 
PM di JB 12.2.13, BR1M 0.3 akan diberikan..
 
Di dalam media sosial mereka begitu kreatif membuat karikator yang memperlekehkan pemberian BR1M ini. Ada antaranya tidak sanggup kita tatap ataupun kita baca. Inilah mentaliti puak pakatan di mana jika sesuatu program tersebut ternyata memberi manfaat kepada rakyat pastilah mereka tentang kerana mereka tahu sebahagian besar rakyat akan membalas budi baik kerajaan tersebut.
 
Jika duit sebanyak hampir RM7 billion itu digunakan untuk membuat atau melaksanakan sesuatu projek pula maka kerajaan, UMNO/BN akan dituduh pula untuk mengkayakan kroni disamping menuduh pemimpin menerima komisyen daripada projek-projek tersebut.
 
Di sinilah letaknya kebijaksanaan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri DS Mohd Najib Razak. Bukan tidak boleh wang sebanyak itu digunakan untuk projek-projek mega walaupun akan dituduh untuk mengenyangkan kroni UMNO/BN, namun kerajaan melihat dengan cara mengagihkan BR1M ini jumlah yang akan merasai nikmat secara langsung adalah lebih besar lagi jika dibandingkan dengan menganugerahkan kontrak kepada syarikat-syarikat tertentu sahaja.
 
BR1M sesungguhnya untuk merancakkan ekonomi negara, supaya ekonomi tidak menguncup dan aktiviti perniagaan berjalan lancar. Lama dulu Jokiden pernah mengatakan bahawa RM500 sudah tentu membolehkan penerimanya bermalam selama 4 malam di mana-mana Hotel Seri Malaysia.
 
Sudah tentulah jika duit sebanyak RM7 billion berada di tangan lebih 7 juta orang, maka sudah tentulah cara penggunaan akan lebih meluas. Ada yang menyimpan di dalam bank di mana simpanan itu akan membolehkan pula bank menyediakan pinjaman kepada yang memerlukan dana.
 
Ada yang membelanjakannya dalam tempoh satu hari seperti pergi ke pusat hiburan dan pastinya duit itu akan hilang dalam sekelip mata. Ada yang menggunakannya untuk membayar bil bulanan yang tertunggak. Ada yang menggunakannya untuk membeli ubat-ubatan. Ada yang membelanjakannya untuk membeli pakaian. Ada yang menggunakan untuk menambah alat komunikasi yang lebih canggih. Ada yang menggunakannya untuk menggunting rambut kerana rambutnya telah hampir setahun tidak dipotong.
 
Setengahnya menggunakan duit BR1M untuk membeli buku-buku atau majalah. Seorang rakan tidak pernah makan di restoren berhawa dingin kerana asyik makan di gerai sahaja, terus sahaja mengunjungi restoren idamannya sebaik sahaja menerima RM500 tersebut. Dia makan sepuasnya dengan seorang janda dan dia terpaksa membayar hampir RM78. Tak apalah dia masih mempunyai baki sebanyak RM422 lagi untuk dia memenuhi apa yang dihajatinya.
 
Ada yang balik ke rumah selepas menerima BR1M membawa 4 tong cat nipon, lalu mengajak ahli keluarganya bergotong royong mengecat rumah mereka. Rumah mereka yang tidak pernah di cat sejak di duduki 18 tahun lepas kini berwajah baru dan berseri-seri.
 
Sebelum tahun 2009 sering juga kedengaran keluh kesah peniaga kecil, kerana perniagaan mereka hanya cukup-cukup makan sahaja. Rakyat agak kurang berbelanja. Namun kini suara-suara rintihan tersebut sudah tidak kedengaran lagi. Hebat pemikiran PM kita ini. Tambahan pula dengan pemberian bonus kepada kaki tangan awam dan kepada pesara serta warga Felda, maka kehidupan rakyat nampaknya ceria dan kebanyakannya  pusat peranginan penuh sesak setiap hujung minggu atau waktu cuti umum.

Terdapat keluarga yang mengumpulkan duit BR1M melebihi RM2,000.00. Seorang kenalan Jokiden seorang pesara kerajaan yang merupakan penyokong tegar pembangkang dan baginya kerajaan UMNO/BN ini tidak ada langsung baiknya, memberitahu dia dan keluarga menerima hampir RM3,000.00. Bila ditanya ini jawapan dia.

"Eden dapek RM1,000.00, anak den yang dah nikah itu dah ada keluarga, dapek RM1,000.00, duo anak bujang den dapek RM250.00 campur RM250.00 dah RM500.00. Anak den yang kek Universiti tu dapek bantuan buku RM250.00..hah dah boghapo??"  Katanya sambil mengunyah roti canai..
 
Moral cerita, pemberian BR1M ini ialah terlalu banyak pihak yang menerima faedah dan tidak hanya tertumpu kepada kelompok tertentu sahaja. Jika diberikan kepada satu dua syarikat maka sudah tentulah limpahannya tidak seluas mana. Mungkin pengarahnya menggunakan keuntungannya untuk membeli sebuah lagi kereta mewah. Mungkin dia akan lebih kerap menaiki A380 dan terbang setiap minggu ke London. Benarlah syarikat tersebut akan membayar cukai, namun secara langsung limpahan pemberian sebanyak RM7 billion itu hanya tertumpu di sekitar yang ada kepentingan sahaja.
 
Apabila kerajaan memutuskan untuk memberikan kepada lebih 7 juta rakyat biasa, maka komuniti yang menerima nikmatnya adalah lebih besar. Jokiden bukan rasis, namun kenyataannya oleh kerana komuniti perniagaan ini dikuasai oleh kaum Cina, maka akhirnya lebih 80% daripada pemberian tersebut kembali kepada mereka menerusi pelbagai aktiviti perniagaan yang mereka jalankan.  Dan sepatutnyalah komuniti Cina bersyukur dengan program rangsangan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan BN ini.
 
 
"Apo laie yang Najib nak umumkan ni ... Loyo boto den..hah BR1M 0.3??"
  
 
 
JOHOR BAHRU 12 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan dihentikan malah pemberian BR1M 2 akan disusuli dengan BR1M 3, BR1M 4, dan seterusnya pada tahun-tahun akan datang.

Menurut Perdana Menteri, pemberian bantuan itu diteruskan kerana sepertimana 139 produk 1Malaysia yang lain, BR1M adalah pulangan semula kepada rakyat berkat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan memboleh pengagihan dibuat berikutan hasil negara yang bertambah.

"Kita pulangkan kepada rakyat kerana rakyat berhak untuk menerima kesan pertumbuhan yang kian meningkat. Saya sudah katakan sebagai kerajaan kita mesti mendahulukan rakyat dengan mewujudkan dasar yang bersifat inklusif dan adil dan saya mulakan kepimpinan saya dengan menyatakan kita mesti merasai denyut nadi rakyat.

"Sebab itu kita buat BR1M dan kini BR1M 2 yang banyak memberi faedah. Saya yakin, berdasarkan kepada apa yang telah kita lakukan dalamn tempoh empat tahun, the best is yet to come (lebih banyak perkara terbaik akan dibuat)," katanya ketika berucap dalam Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di pekarangan Pasaraya Econsave Senai, dekat sini hari ini. - UTUSAN



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment