Saturday, May 25, 2013

Kejadian Anih, Hari Tu Di Bachok, Kini Di Pasir Putih Pula.


Baru minggu lepas Jokiden menulis kisah tembak menembak ini. Baca di sini. Hari ini akhbar melaporkan lagi satu kes tembakan berlaku di Pasir Putih pula. Sudah semakin tidak selamat negara ini. Pihak berkuasa terpaksa memberikan perhatian berat dalam hal ini.
 
Terutamanya hukuman berat terhadap pemilikan senjata api secara haram. Jika tidak memang sah Malaysia akan jadi seperti Amerika Syarikat. Motif tembakan kita tidak tahu samada cemburu, balas dendam atau diupah oleh pihak lain yang marah dengan mangsa.
 

Maut ditembak selepas solat

ZAHARI Razak terbaring di dalam keretanya selepas ditembak penyerang tidak dikenali di Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin.
 
PASIR PUTEH 24 Mei - Seorang penjual ikan yang baru menunaikan solat isyak maut akibat ditembak ketika berada dalam kenderaannya di pekarangan Masjid Nurul Anuar di Mukim Dalam Rhu di sini malam tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, mangsa, Zahari Razak, 57, yang berniaga di Tok Bali maut selepas terkena tiga daripada lima das tembakan oleh seorang suspek lelaki.
 
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek dipercayai menunggu mangsa di pintu pagar masjid dan pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan.
 
"Mangsa sedang memandu kereta jenis BMW melepasi pintu pagar masjid dan ketika itu muncul seorang lelaki menaiki motosikal dan melepaskan lima das tembakan, tiga daripadanya mengenai mangsa.
 
"Suspek kemudian melarikan diri menaiki motosikal ke arah persimpangan Pasir Puteh-Kuala Besut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
 
Menurut beliau, polis sedang memburu suspek terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk bedah siasat.
 
Sementara itu, seorang saksi, Abdul Rashid Ibrahim, 36, berkata, dia berada di tangga rumah yang terletak bersebelahan dengan masjid apabila terdengar bunyi tembakan yang pada mulanya disangka mercun.
 
"Masa itu saya tidak kisah sangat tapi tiba-tiba saya nampak sebuah kereta BMW terbabas ke kawasan lapang di antara masjid dan rumah saya jadi saya mula suspek sesuatu yang buruk.
 
"Saya segera pergi ke kereta berkenaan dan melihat mangsa yang juga ahli jemaah masjid sempat menjerit dan meminta tolong daripada orang ramai namun beberapa minit kemudian dia meninggal dunia," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
 
Menurut Abdul Rashid, dia terkejut dengan kejadian itu kerana mangsa yang berasal dari Kampung Pachakan sering menunaikan solat di masjid itu.


PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.

Friday, May 24, 2013

Dua Orang Ini Kata, Nuar Gila Dan Separuh Gila..


  
Dia 'separuh gila' jangan ikut..
 

Semalam terdengar di siaran TV bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hassan Ali mengatakan Nuar dan puak-puak dia ini sudah separuh gila. Separuh gila adalah dalam kurungan koma. Katnya lagi sesiapa yang terpedaya dan terpengaruh dengan agenda Nuar ini dikhuatiri juga akan menjadi 'separuh gila'
 
Utusan pula melaporkan Pesuruhjaya Bangladesh ke Malaysia AKM Atiqur Rahman juga mengatakan puak-puak ini sebagai gila kerana menuduh BN membawa warga Bangla sebanyak 40,000 orang semata-mata untuk mengundi bagi memenangkan BN. Tuduhan tersebut katanya tidak berasas dan boleh di baca di bawah.
 
Nuar kena berhati-hati dengan segala agenda songsang dia jika tidak mahu lebih ramai lagi orang cerdik pandai menuduh dia sebagai gila, separuh gila atau meroyan nanti. Cuku--cukuplah Nuar oii!!

Untuk mengelakkan dia terus dianggap meroyan, gila talak, separuh gila atau mabuk kuasa maka dia seharusnya membuktikan segala dakwaan dia itu benar. Jangan asyik menjerit dan mengumpulkan orang sahaja. Agenda negara sesungguhnya amat besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan selaras dengan matalamat menuju negara maju pada 2020.

Adanya Bangla mengundi sebanyak 140,000 orang buktikan. Adanya pengundi yang bijak sangat dapat mengundi dua kali, buktikan. Adanya lampu padam di 30 lokasi, buktikan. Adanya hilikopter menurunkan dua beg kertas undi buktikan.

Jumlah undi tidak tally antara mereka yang keluar mengundi dengan jumlah undi yang calon-calon perolehi, buktikan. Pegawai SPR mengarahkan wakil calon atau wakil parti menanda tangani borang 14 yang belum berisi, buktikan. Pegawai SPR telah siap memangkah undi untuk calon BN, buktikan. Tayeep Endorgan telah menelipon dia mengucapkan tahniah atas 'kemenangan' pakatan dan SPR telah merompak kemenangan tersebut, buktikan.

Kalau tuduh 24 kaki tangan SPR di kurung oleh Dato' Idris Jusoh, buktikan. Nanti tidak pasal-pasal di saman oleh Menteri Pelajaran 11 itu. Baca di sini. Jangan main sedap mulut je nak menuduh.

Apa lagi penyelewengan SPR dalam mengendalikan urusan PRU13 ini sila buktikan Nuar Oii, jangan asyik menjerit-jerit je, kata itu dan ini, habukpun tarak. Jangan mainkan sentimen rakyat sehingga tidak terkawal kerana kesannya kepada negara amatlah buruk nanti.

Isu pengundi hantu undang kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh

ISU pengundi hantu dari Bangladesh masih hangat diperkatakan tidak kira di warung kopi atau di laman media sosial, meskipun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Malaysia telah berakhir dua minggu lalu.
 
Malah isu tersebut dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk penyokong parti pembangkang dengan menyebarkan berita palsu di dalam media sosial Facebook dan Twitter secara luas mendakwa kerajaan Malaysia 'mengimport' kira-kira 40,000 rakyat negara itu untuk menjadi pengundi di negara ini.
 
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina turut menjadi mangsa 'politik kotor' pihak pembangkang apabila dengan mendakwa jika pemimpin itu dipaksa letak jawatan sekalipun, beliau masih boleh berhijrah ke Malaysia dan mudah mendapat kerakyatan Malaysia. ''Insya Allah saya akan bertanding jawatan Perdana Menteri pada pilihan raya umum 2018....''
 
Tohmahan pembangkang itu telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan yang tidak berakal.
 
Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan Malaysia membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu di negara ini dalam tempoh yang singkat.
 
"Purata kapasiti pesawat komersial hanya boleh membawa kira-kira 400 penumpang dan memerlukan 1,000 pesawat untuk membawa kesemua 40,000 rakyat Bangladesh itu seperti yang didakwa ke Malaysia.
 
"Bagi saya, pihak yang membuat tuduhan tersebut adalah 'gila' dan menggunakan hak bersuara mereka dengan cara yang salah serta tidak profesional," jelasnya.
 
Jelas Atiqur, hanya beberapa ratus sahaja rakyat Malaysia berketurunan Bangladesh mempunyai taraf kerakyatan di Malaysia kerana mereka merupakan penduduk yang telah menetap di negara ini sejak sebelum merdeka lagi.
 
Maka, tidak menjadi kesalahan jika mereka menjalankan hak sebagai rakyat negara ini untuk keluar mengundi pada pilihan raya di negara ini.
 
Isu pengundi hantu dari Bangladesh sebenarnya telah dimulakan sejak beberapa tahun lalu lagi oleh kumpulan media sosial yang dipercayai diupah untuk menyebarkan fitnah.
 
Kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu sanggup membuat fitnah dengan menyebarkan video tentang penangkapan pengundi hantu dari Bangladesh, kenyataan Hasina yang diubahsuai dan mendakwa sebuah syarikat penerbangan Malaysia bersekongkol dengan kerajaan Malaysia untuk membawa pengundi hantu dari negara tersebut.
 
Lebih memalukan, ramai pengguna laman sosial terutamanya orang Melayu, mudah terpedaya dan secara sesuka hati menyebarkan berita palsu tersebut tanpa memeriksa kesahihannya.
 
Apa yang menghairankan, sehingga hari ini, masih tiada kes melibatkan pengundi hantu dari Bangladesh difailkan di mahkamah untuk membuktikan dakwaan kumpulan pembangkang itu.
 
Malah jika benar ada rakyat Bangladesh yang terlibat dalam proses pengundian PRU-13, mengapa mereka tidak dibawa ke balai polis dan ditahan untuk siasatan lanjut?
 
Tindakan penyokong pembangkang menjadi 'polis' pada hari pengundian menangkap dan memukul rakyat Bangladesh, ternyata memakan diri apabila pembohongan mereka didedahkan oleh segelintir rakyat tempatan berbangsa India dan keturunan India Muslim yang seakan-akan serupa dengan rakyat Bangladesh dan dihalang mengundi gara-gara isu pengundi hantu.
 
 
  
Dah kena soal siasat pulak dua orang ni sebagai menghasut..


Malam tadi 'Blackout' di Terenganu, Husam dan Mat Sapu pun hadir.. Tak malu betul dia orang ni. Kalau mengiringi keranda orang Cina yang mati pakai baju warna apa ye???
 



PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Thursday, May 23, 2013

Kisah Undi Popular, Kelantan Sepatutnya BN Yang Perintah.


  
YB-YB NSDK 2013. Ini tak menang tipu ni..

Sibuk betul Nuar Brahim dengan undi popular yang di menangi oleh pakatan haram. Jika berdasarkan undi mengikut parti sahlah BN mengatasi kesemua parti dan undi yang diperolehi oleh calon-calon Bebas dalam PRU13 ini. Namun kekuasaan ditentukan oleh jumlah kerusi yang dimenangi dan bukannya mengikut undi popular. Baca selanjutnya di sini.
 
Jika mengikut jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti pula, sahlah UMNO jauh mengatasi parti-parti lain kerana UMNO telah berjaya memenangi sebanyak 88 Kerusi Parlimen berbanding dengan PKR cuma memangi 30 Kerusi.

Jadi PKR dan Nuar jangan buat muka tak malu. Jangan hendak menegakkan benang yang basah. Dah kala mengaku sahajalah. Jangan nak pusing sana, pusing sini, putar sana putar sini. Janganlah nak gunakan orang sana dan nak gunakan orang sini. Jangan nak meliwat minda anak-anak muda Cina.

Fakta tidak akan boleh berubah walau keluar air mata darah sekalipun. Janganlah nak kata SPR tipu, janganlah nak kata BN tipu. Ingat senang ke nak tipu-tipu dalam zaman kecanggihan teknologi maklumat ini. Senang ke nak tipu dalam keadaan semuanya telus ini.

Senang ke pengundi nak bawa dua tiga kad pengenalan untuk mengundi. Ada ke nama dia dalam daftar pengundi. Atau jika dia sudah mengundi apakah nama dia tidak di pangkah oleh wakil-wakil pakatan dalam PDM itu. Buta ke mata wakil-wakil pakatan di situ atau mereka memang telah dibayar berjuta ringgit oleh BN untuk menutup mata dengan apa yang mereka lihat. 

Di peringkat mana sebenarnya berlaku penipuan ini sehinggakan Teressa Kok dapat 60,000 undi. Mana datangnya undi Lim Kit Siang yang begitu banyak sehinggakan mengalahkan Datuk Abdul Ghani Othman. Shamsul kemetot boleh menang ke di Bukit Katil jika SPR dan BN menipu. Tapi macam mana penipuan itu boleh berlaku??? Hanya puak pakatan yang boleh menjelaskannya.

Janganlah nak rekasaya kisah lampu aladin yang tiba-tiba padam. Satu titik dalam kertas undipun sanggup wakil pakatan di tempat mengundi bertegang leher mempertikaikan perkara tersebut. Kertas undi BN beribu di tolak semata-mata kerana kotor sebab dakwat di jari mengenai kertas undi. Selamba je wakil pakatan dalam PDM itu menolaknya pada hal sah mereka pangkah BN.

Inikan pula Bangla datang berpuluh ribu macam gagak, gelap kawasan tersebut, mau wakil pakatan nak berdiam diri jika benar.??? Mau mereka tidak menaik turun di youtube??? Perkata yang tidak adapun mereka cipta dan muat turun, inikan pula sah Bangla beratur beramai-ramai untuk membuang undi. Kadang-kadang kemampuan Nuar memperbodohkan pengikutnya ini amat mengkagumkan kita sebenarnya.

Warga negara berketurunan India yang dipelihara oleh keluarga Cina lalu menggunakan nama Cina pun dihalang daripada mengundi oleh wakil dan jentera pakatan. Inikan pula berpuluh ribu warga Bangla beratur untuk mengundi. Cukuplah memperbodohkan penyokong sendiri wahai Nuar kerana mereka tu sememangnya telah cukup bodoh untuk mempercayai kamu.

Terkini ada pula yang mempercayai bahawa dalam tempoh enam bulan kerajaan ini akan jatuh melalui akibat 'spring'. Spring amendanya Nuar oii... Rakyat nak hidup aman damai, bebas ke pusat pelancongan, bebas ke pusat membeli belah dan bebas ke mana sahaja yang mereka suka. Tidak akan ada rakyat yang nak menyokong sampai kehilangan harta benda, nyawa dan saudara mara dek nak menyokong kamu wahai Nuar.

Baik muhasabah diri dan terima kekalahan ini dengan jiwa yang besar. Apa faedahnya menghasut rakyat supaya mempercayai benda yang karut marut yang tidak masuk dek akal namun ada juga yang percaya. Malang sungguh mereka tersebut. Akhirnya kelak seluruh dunia akan ketawa dengan perangai pelik puak-puak pakatan ini.

Barack Obama akan ketawa terguling-guling nanti apabila pakatan mendakwa berlaku penipuan sedangkan Teressa Kok menang dengan majoriti yang tinggi hampir sama dengan peratusan majorit yang diperolehi oleh Perdana Menteri. Namun peratusan majoriti Teressa Kok tidak dapat mengatasi peratusan calon BN di Tanjong Manis dan Igan.

SBY dan Brad Pitt akan ketawa terbahak-bahak nanti apabila dikatakan BN dan SPR menipu sedangkan Khalid Gagap masih menang di Bandar Tun Razak dan Lim Kit Siang Ikan masih menang di Gelang Patah. Mana ada tipu Nuar Oii!!!!

Kat kawasan mana yang lampu padam tu, nak bohong sapa dan nak tipu sapa ni???. Mentang-mentang pakatan kekurangan 30 kerusi Parlimen maka dikatakan lampu padam di 30 tempat mengira undi. Kok lampu padam pun Nuar oii wakil kamu di dalam bilik mengira undi di PDM tersebut sudah mencatatkan jumlah undi yang calon pakatan terima dan sudah diketahuipun sejak seawal jam 6.30 petang lagi.

Sengaja je kamu nak mengistiharkan yang pakatan menang pada masa 5.30 ptg. Mak oii aii nak mengambil tugas SPR pulak kamu. Siap berlonggok di hotel mewah untuk memantau keputusan PRU13 dan sekejap sekejap membuat press statement. Maka percayalah puak-puak kamu yang tidak berapa nak cerdik tadi lalu menyebarkan melalui media sosial bahawa pakatan sudah 'menang'

Oii!!! pukul 5.30 petang petugas SPR dan wakil calon di mana-mana PDM baru nak mengseal peti undi. Belum buka lagi dan belum kira lagi. Pukul 5.35 baru nak buka seal dan mula kira. Macam mana kamu boleh istiharkan ke seluruh negara yang pakatan sudah menang Nuar oii??? Buatlah kerja yang cerdik sikit kalaupun nak menipu.

Seorang rakan Jokiden menulis dalam fb, dia memang tidak suka dengan dengan rusuhan jalanan dan huru hara yang dilakukan oleh puak pakatan ini namun katanya rakyat tidak punya cara lain untuk menjatuhkan kerajaan. Melalui peti undi tidak mungkin, lalu terpaksa turun ke jalanan. Mak oii aii dunggunya pemikiran kawan Jokiden ini. Itu yang dia percaya. Dia percaya sungguh yang SPR dan BN ini menipu. Dia percaya sungguh dengan apa yang Nuar cakap. Dia tidak mahu langsung berfikir dan menilai. Dia terima bulat-bulat.

Jika Nuar kata lampu padam, dia kata itu betul. Jika Nuar kata Bangla berbaris panjang untuk mengundi dia percaya juga. Jika Nuar kata ada 1000 buah pesawat mendarat di KLIA untuk membawa 100,000 pengundi asing dia tetap akan percaya. Namun untuk berfikir sama sekali dia tidak mampu lagi. Dia percaya seratus peratus apa yang Nuar sibarkan, katakan, jeritkan dan fitnahkan. Dia tidak langsung mempunyai ilmu untuk memahami apa yang Nuar putar belitkan. Dan dia tidak mempunyai kekuatan akal serta minda untuk menyanggah Nuar dalam apa perkara sekalipun.

Bila ditanya apakah dia melihat segala penipuan tadi, dia berkata ditempat dia tidak berlaku penipuan itu, tetapi di tempat lain. Bila ditanya lagi tempat lain itu di mana, dia tidak dapat menjawab dan katanya itu yang Nuar bagi tahu. Apa yang Nuar cakap adalah benar dan segala-galanya benar.

Nuar kata Tayeep Endorgan menelipon dia, maka dia juga percaya. Mana logiknya Perdana Menteri Turki tersebut hendak menelipon Nuar semata-mata hendak memberitahu bahawa "Nuar you menang, tapi telah dirampas oleh SPR" kih...kih..kih..kih.. malu rakyat Malaysia mendengarnya. Tahu pulak Endorgan siapa yang rakyat Malaysia pilih untuk memerintah negara ini.

Nuar kata Al Qardowi mengiktiraf dan menyokong Nuar, pun kawan Jokiden ini percaya, pada hal itu semua tipu dan diperbesar-besarkan oleh The Red Beans Army melalui media sosial. Pun kawan Jokiden ini tidak dapat menilai dan masih mempercayai bahawa semua itu adalah benar belaka.

Nuar dan kawan Jokiden ini elok berhenti meroyan. Semalam SPR telah mengwartakan keputusan PRU13 dan petisyen boleh dikemukakan. Bawa kes-kes tipuan tadi ke mahkamah termasuk yang Rafizi Ramli katakan itu. Lagipun mahkamah kan pernah memihak kepada Nuar ini. Yang penting bukti mestilah cukup. Saksi mesti mempunyai kridibiliti.

Buktikan lampu padam di 30 pusat mengira undi tersebut supaya 30 kawasan itu yang BN telah menang akan dibatalkan oleh mahkamah dan Pakatan diistiharkan menang atau buat PRK semula. Sekurang-kurangnya kawan Jokiden ini nanti bolehlah bercakap lebih sikit kerana memang terdapat penipuan oleh SPR tersebut. Jika tidak kesian sangat dengan kawan ini, dia bukan sebarangan orang, dia termasuk ke dalam kategori berpelajaran dan berjawatan tinggi juga.


     ganas



Petikan di atas  dari blog Husin Lempoyan.

 
1MALAYSIA PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Kecanggihan Teknologi Tidak Mampu Menyekat Musibah Ini..


 
Ranap..
 
 
Akibat Tornado..
 
 
Hanya Allah yang mengetahuinya. Kita tidak pasti apakah musibah ini ada kaitan dengan perbuatan Paderi-Paderi Amerika yang sekejap sekejap hendak membakar Al-Quran. Marah sikit hendak memijak-mijak Al-Quran.
 
Kemudian puak-puak di Barat ini sewenang-wenang dan sesuka hati mereka sahaja jika hendak menghina Baginda Rasulullah SAW. Pelbagai bentuk Karektor mereka lakukan. Mereka memang mempunyai kecangghan teknologi, termasuk dalam sistem pertahanan negera mereka. Namun bencana alam seperti ini tidak ada pihak yang mampu untuk menahannya apabila ia datang.
 
Renungkanlah.

Puting beliung landa Oklahoma City, 91 terbunuh

Dua orang kanak-kanak berdiri di hadapan bangunan yang runtuh akibat dilanda puting beliung di bandar Oklahoma City. Sebanyak 91 orang terkorban termasuk 20 orang kanak-kanak dalam bencana itu, kelmarin. - REUTERS
 
MOORE, Oklahoma 21 Mei - Sekurang-kurangnya 91 orang termasuk 20 kanak-kanak dikhuatiri terbunuh apabila satu puting beliung sebesar 3.2 kilometer melanda pinggir bandar Oklahoma City, semalam memusnahkan kediaman penduduk dan sekolah.
 
Menurut pihak hospital, sekurang-kurang 60 daripada 240 mangsa yang cedera merupakan kanak-kanak.
 
Sebuah sekolah rendah, rumah-rumah dan sebuah hospital merupakan antara bangunan yang ranap mengakibatkan penduduk bandar yang didiami kira-kira 50,000 orang itu terkejut dengan kemusnahan dan kehilangan jiwa.
 
Presiden Barack Obama mengumumkan kawasan bencana besar di Oklahoma dan mengarahkan bantuan Persekutuan bagi membantu usaha kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan Moore.
 
Krew kecemasan bertungkus-lumus mencari sisa runtuhan Sekolah Rendah Plaza Tower yang menerima kesan langsung puting beliung yang berlaku pada sebelah petang, kata Gabenor Oklahoma, Todd Lamb kepada CNN.
 
Laman Facebook sekolah itu 'dibanjiri' mesej daripada pengguna dari seluruh negeri yang merayu: ''Sila cari kanak-kanak ini''.
 
Pemeriksa perubatan Oklahoma berkata, 20 daripada 91 orang yang dipercayai terbunuh merupakan kanak-kanak.
 
Jabatan itu telahpun mengesahkan kematian seramai 51 orang dan mendapat maklumat daripada perkhidmatan kecemasan untuk menerima lebih 40 mayat yang ditemui daripada runtuhan bangunan.
''Kami sangka kami telah mati kerana kami berada di dalam bilik bawah tanah yang turut diterbangkan angin. Sisa bangunan mula menghempap kami dan kami menyangka kami telah mati,'' kata Ricky Stover semasa memeriksa kesan kemusnahan rumahnya.
 
Bandar Moore kini musnah dengan serpihan bangunan berada di mana-mana, papan tanda hilang, lampu rosak, rumah musnah dan kenderaan tercampak akibat bencana itu. - REUTERS

 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Wednesday, May 22, 2013

Antara Kenang Budi Dengan Melepaskan Anjng Tersepit.


       
 

Seorang rakan fb membuat posting dengan mengatakan bahawa DS Zahid Hamidi Menteri baru KDN telah tidak mengenang budi kerana pernah menjadi anak emas Nuar Brahim. Jokiden jawab rengkas sahaja di ruangan tersebut.
 
Darah Nuar dikatakan mendidih dengan tulisan DS Zahid Hamidi dalam Utusan Malaysia. Dia mengatakan jika hendak sangat sistem undi popular, berhijrahlah ke negara yang mengamalkan sistem tersebut. Bukan payah sangatpun, buat permohonan kepada kerajaan dan kerajaan akan meluluskannya.
 
Kenyataan tersebut telah berjaya membangkitkan nafsu amarah Nuar dan di dalam ceramah haramnya Nuar dilaporkan berkata "Negara ini bukan mak bapak dia punya" Maka DS Zahid telah menjawab kembali dengan mengatakan "Betul, bukan mak bapak saya punya, tetapi bukan juga mak bapak Nuar punya.."
 
Jawapan itu adalah tepat seperti bagaimana rentak begitulah tarinya. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Memang dunia mengetahui bahawa DS Zahid pernah menjadi sekutu rapat Nuar dan dia bersama dengan Datuk Roslan Kassim pernah di tahan polis pada tahun 1998 kerana membela dan menyokong Nuar. Ketika itu mereka hanya tahu Nuar ini seorang yang bersih dan suci.
 
Bagi mereka Nuar ini telah dianianya oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Ada berjuta rakyat yang bersimpati dengan Nuar ketika itu termasuklah DS Mohd Zahid Hamidi ini. Namun setelah penyokong tegar dan 'orang kanan' Nuar ini menyedari siapa Nuar yang sebenarnya maka satu persatu mereka menjauhkan diri daripada Nuar dan tercatatlah di dalam sejarah dunia bahawa Nuar adalah satu-satunya 'pemimpin' yang pernah ditinggalkan oleh terlalu ramai pengasas partinya. Itu fakta. Manusia jarang mahu terus-terusan ditipu oleh orang lain.
 
  
Mereka yang insaf.. tak sanggup ditipu lagi.
 
Tidak sesuai untuk mengatakan DS Zahid sebagai tidak mengenang budi seperti yang dimomokkan oleh pemilik akaun fb tersebut sekiranya dia mengetahui latar belakang Nuar dan hubungannya dengan DS Zahid.
 
Menteri KDN yang baru ini juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada DS Mohd Najib dalam tempoh waktu yang lama. Hubungan mereka juga rapat. Memang benar Nuar pernah menjadikan DS Zahid Hamidi ini sebagai orang kanan dan semasa dia menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, namun di dalam soal negara ini beliau tiada pilihan selain daripada mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan seorang insan yang diragui akhlak dan moralnya untuk menjadi pemimpin.
 
Pendirian DS Zahid dalam menjauhkan diri daripada Nuar adalah betul dan tepat. Jika alasan kenegaraan tidak menjadi keutamaan beliau maka terdapat alasan lain untuk dia berbuat demikian iaitu Nuar sendiri telah memberikan contoh teladan yang harus diikuti dan dicontohi.
 
Apakah Nuar seorang yang mengenang budi??? Apakah dia seorang yang tahu berterima kasih dan menghargai pertolongan atau sumbangan orang lain????
 
Bukan sedikit tokoh-tokoh UMNO yang berasa pedih hati apabila Tun Mahathir menantang Nuar sebagai menatang minyak yang penuh dan memberikan beliau dulang emas untuk Nuar berjaya dalam dunia politik dan kepimpinan negara. Melompat-lompat Nuar menaiki tangga hiraki kepimpinan UMNO atas bantuan Tun Mahathir, Tan Sri Sanusi dan Tun Daim. Ada Nuar berterima kasih dan menghargai jasa mereka.????
 
Sebaik di pecat sahaja maka Nuar telah memilih untuk memaki, mencaci dan menghina orang-orang yang pernah berjasa dan membantu beliau dahulu. Kisah ini telah beribu kali di ceritakan namun sesekali perlu diulang supaya orang yang masih belum sedar dan tahu akan akhirnya tahu juga.
 
Wamakaru, wamakarallah.. Perancangan manusia, perancangan UMNO dan perancangan tun Mahathir ialah untuk menjadikan Nuar sebagai Perdana Menteri dan pemimpin nombor wahid. Itu peranacangan manusia biasa. Perancangan Allah SWT pula ialah seperti yang kita lihat Nuar tidak akan menjadi pemimpin kepada negara Islam ini. Berlakulah sebab musabab untuk tidak membolehkan atau memungkinkan nuar menjadi seorang Perdana Menteri.  Tak kan itupun susah sangat nak faham.
 
Pak Lah dikatakan telah berusaha untuk menyelamatkan Nuar dan membebaskannya dari penjara. Ini budi bicara seorang pemimpin dan tidak ada salahnya. Tun Mahathir juga selepas dua hari mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981 pernah membebaskan tahanan ISA paling ramai ketika itu. Dia juga menasihatkan Agung supaya mengampunkan Dato' Harun Idris  yang dipenjara atas isu rasuah semasa menganjurkan perlawanan tinju antara Muhammad Ali dengan Joe Burgner.
 
Apabila ditanya oleh wartawan asing tidakkah Nuar berasa terhutang budi kepada Pak Lah yang telah berusaha membebaskan beliau dari penjara dengan selamba sahaja dia menjawab "siapa suruh bebaskan saya". Kemudian pernah wartawan Thailand bertanyakan soalan kenapa dia menentang Tun Ghaffar kerana sebelumnya telah berkali-kali dia mengatakan yang dia tidak akan melawan Tun Ghaffar  dengan sengeh dia menjawab "sebab itu jangan percaya apa yang orang politik cakap" Ada Nuar nak berterima kasih kepada orang yang pernah menyelamatkan dia termasuk KJ yang menghantarkan pass port ke rumahnya????
 
Jadi tidak perlulah sesiapa mengatakan DS Zahid Hamidi sebagai lupa daratan, tidak mengenag budi, kacang lupakan kulit dan 'stupid' semata-mata kerana menjauhkan diri daripada Nuar Brahim. Keselamatan Negara ini jauh lebih penting daripada hayat politik seorang insan bernama Nuar Brahim.
 
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.

Tuesday, May 21, 2013

Berapa Gaji Menteri-Menteri Kita....


   
Yang tidur kena potong gajiiiiiii!!!!
 

Posting Jokiden kali ini adalah daripada hal gaji. Menghairankan juga DUN Sarawak tidak pernah menyemak gaji ADUN mereka sejak 1992. Sekali disemak mak oii aii. naik tigo kali gando.. amikkau..
 
Para Menteri patut mempunyai gaji yang agak tinggi, memandangkan kos sara hidup sudah naik. Kenaikan gaji juga boleh membuatkan mereka akan bekerja untuk membela rakyat dengan lebih bersemangat lagi. Juga boleh menghindarkan gejala rasuah.
 
Pembangkang tentulah menjerit apabila melihat senarai kenaikan gaji ADUN Sarawak ini. Namun wakil DAP sebanyak 16 orang itu tentulah gembira. Tidak mustahil selepas ini Pulau Pinang akan menaikan elauan ADUN-ADUN mereka dan diikuti oleh Selangor serta Kelantan.
 
Dulu bolehlah mana-mana YB pergi ke majlis perkahwinan hulur RM20 atau RM30 je. Sekarang tidak ada lagi. Kurang-kurang mahu RM50 atau RM100. Begitu juga dengan ziarah kematian. Mesti kena hulur punya. Dengan kadar elaun yang ada sekarang kompem tidak cukup dan hujung bulan para YB terpaksa ikat perut kecuali yang perniagaan mereka menjadi.
 
Para Menteri Sarawak juga nampaknya tidak akan lompat partilah selepas ini, kerana gaji mereka sudah melebihi gaji Perdana Menteri.
 
Sebagai seorang yang mata duitan Jokiden menyokong penuh kenaikan gaji ADUN2 Sarawak ini.
 
 

Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji

 
KUCHING 21 Mei - Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.
 
Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.
 
Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lalu. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
 
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.
 
"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.
 
Soon koh berkata, rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lalu. - BERNAMA


 

Monday May 20, 2013

 

Abdul Wahid and Paul Low taking huge pay cuts

By EILEEN NG

Wahid (left) and Low are giving up big salaries. Wahid (left) and Low are giving up big salaries.

PETALING JAYA: Corporate figures Datuk Seri Abdul Wahid Omar and Datuk Paul Low Seng Kuan will be giving up their lucrative annual salaries upon taking up posts in the new Cabinet.
 
 
Former Malayan Banking Bhd chief executive officer Wahid earned RM6.26mil from the banking giant last year, according to data from Bloomberg.
 
The Star had also reported that Wahid took home RM2.96mil for the six months ended Dec 31, 2011, which is the new financial year end for the banking group.
 
His total remuneration was RM4.68mil and RM4.7mil for the financial years (ended June) of 2011 and 2010 respectively, Maybank's annual report showed.
 
Both Wahid and Low have been appointed ministers in the Prime Minister's Department.
 
Low draws at least RM560,000 a year from his various corporate positions.
 
He is paid a monthly salary of RM30,000 as the managing director of Malaysian Sheet Glass Sdn Bhd and RM200,000 a year as an independent director of both Sunway Holdings and Pos Malaysia Bhd.
 
However, Low, 66, who is also Transparency International-Malaysia (TI-M) president, said he did not draw any salary from TI-M as it is a donor organisation and his work is voluntary.
 
As ministers, Wahid and Low will now draw a minimum annual salary of RM179,642.40 (or RM14,970.20 a month) and also RM49,353.48 (or RM4,112.79 a month) each as senators.
 
Both are also entitled to a number of allowances for official duties and other perks.
 
 

MPs can earn up to RM10,000 per month

 

 
 
PETALING JAYA: Elected Members of Parliament can earn up to RM10,000 in monthly perks and allowances.
 
According to Statute Paper No. 235 of the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980, MPs are afforded monthly allowances such as for entertainment (RM1,500), personal driver (RM1,200), travel (RM1,500) and telephone (RM900).
 
It said MPs are also paid an allowance of RM200 per day when they attend meetings in Parliament and RM150 when they attend any meeting, briefing, seminar or event organised by ministries or government agencies at the federal or state level that they are officially invited to.
 
Besides that, MPs can also claim, while on official duty, food allowances (plus 25% for tips) and funds for hotel room and laundry charges, parking and toll fees, and money for them to buy warm clothing and ceremonial attire.
 
Other perks MPs enjoy are free medical treatment for themselves, their spouse and children below 21 at government hospitals and clinics, computer, car and housing loans, free firearm and motor vehicle licences, as well as pension and gratuity for their services under certain terms and conditions.
 
 
 

Dah 'Hidup' Balik Dia Ni..


 
 
 
 
'Hero' inipun muncul jugak???



Pembetulan!!! Not all Malaysian with him. I'm not that stupid.. sama pulak dengan ayat Kalimullah "rakyat bersatu untuk mengutuk Utusan Malaysia yang rasis"
 

Lama dah dia ni senyap sunyi, menyepi diri dan mulutnya agak terkunci terutama selepas Nuar kelentong dia dalam Bersih3. Kemudian timbul pula isu kebobrokan DAP dalam pemilihan CEC, sekali lagi dia menyepi seribu bahasa.

Kemudian dia tidak terpilih untuk bertanding dalam PRU13, lagilah dia menyendiri. Kini dia dapat modal terbaru untuk bersekongkol dengan pelaku kesalahan. Dia mahu membela pesalah. Dia mahu jadi hakim. Dia mahu pemfitnah dan penghasut menjadi 'hero'.

Maka muncullah dia kembali dengan corong pembesar suaranya di hadapan Balai Polis Jinjang. Memanglah niat dan hasrat dia tidak beberapa nak betul. Kenapa dia sibuk sangat?????

Biarkanlah undang-undang mengambil tempatnya. Budak itu ditahan untuk disoal siasat. Kenapa kalut sangat. Kenapa nak wujudkan persepsi apa sahaja yang pembangkang lakukan adalah betul dan persepsi apa sahaja yang polis lakukan adalah zalim.

Siapa yang zalim ni??? Polis yang hendak melakukan siasatan atau pembela yang belum apa-apa sudah memainkan sentimen untuk meracun pemikiran rakyat.
 
Woi Ambiga!!! patuhilah undang-undang negara ini, awak tu seorang peguam dan bekas Presiden Majlis Peguam yang bermesyuarat tidak pernah cukup korum.  Takkan benda mudah tu pun tak faham.
 
 
 
 
 
 
Kerja anak aku.,br 6 thn.,aduii
Pembetulan!!! Yang menipu ialah Pakatan sampai warga negara keturunan India guna nama Cina dikatakan Bangla. Kemudian melutut2 minta maaf takut kena saman.. Kerosakan telah berlaku juga. Sebahagian penyokong sudah terpedaya juga.


PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT MENOLAK PAKATAN.
 

Sunday, May 19, 2013

Yang Ini Akan Sentiasa Diingati...

  
Ada sesiapa yang kenal dia ni...

Seorang tokoh koperat telah diumumkan akan dilantik sebagai Senator dan akan mengangkat sumpah sebagai seorang Menteri pada 6 Jun akan datang. Pada pandangan DS Mohd Najib beliau adalah layak untuk menambahkan lagi keyakinan sektor perbankan dan sektor koperat kepada Kerajaan Transformasi.

Di Dalam Mingguan Malaysia hari ini Karpal Singki secara terbuka mempertikaikan kewujudan Dewan Negara sebagai membazir, tidak berfaedah dan biasalah hendak memainkan emosi rakyat dengan mengatakan bahawa duit rakyat digunakan untuk menampung segala keperluan Dewan Negara.

Karpal Singki ternyata tidak senang dengan kemunculan tokoh-tokoh seperti Amir Sham dan terkini Datuk Seri Wahid Omar dalam membantu membangunkan negara ini. Sebab itu bagi Karpal Singki perlantikan Senator oleh kerajaan dan Kabinet seharusnya dianggotai oleh mereka yang terpilih dalam PRU sahaja. Begitulah semangat DAP.

Apapun yang memungkinkan Datuk Seri Wahid Omar di lantik sebagai Senator ialah sebab UMNO berkuasa. Yang memungkinkan Azran Osman Rani menjadi CEO Air Asiax ialah sebab negara ini aman dan perniagaan berkembang pesat. Sekali lagi ianya disebabkan oleh kemampuan UMNO mentadbir negara ini.

Yang turut memungkinkan UMNO masih kekal berkuasa dan tokoh koperat boleh menjawat jawatan tinggi di GLC dan Sektor Swasta ialah dengan adanya pengorbanan 'budak-budak UMNO' seperti yang pernah disiarkan di sini. Pengorbanan mereka bukannya sedikit. Kesanggupan mereka menjadi jentera dalam memenangi hati rakyat dengan sedikit upah atau 'duit' teh semasa kempen PRU13 yang lalu amatlah besar maknanya.

Sementara Mymassa hari ini menulis tentang kegagalan kakitangan Air Asia memahami situasi penumpangnya dan mahukan Azran Osman Rani yang begitu celupar menganggap Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis dan dia kononnya merupakan Melayu yang tidak rasis sama sekali. Angkuh je dia hendak menarik iklan Air Asia daripada Utusan Malaysia.

Tidak cukup dengan itu beliau turut menempelak Pertubuhan Peribumi Perkasa dengan mengatakan para pemimpinnya berfikiran sempit dan membuatkan Orang Melayu tercicir dan tertinggal kebelakang.

Reaksi pembaca dalam mempertahankan Utusan Malaysia amatlah diluar dugaan dan CEO Air Asia tersebut tiba-tiba menyedari bahawa kenyataannya tidak langsung mencerminkan jiwa nurani Orang Melayu yang kini sedang diambang kehilangan kuasa politik. Kenyataan kurang bijaknya tidak pernah diundang sama sekali.

Azran Osman-Rani cemuh Utusan Malaysia dakwa akhbar rasis


KUALA LUMPUR 12 Mei - Seorang ahli korporat Melayu baharu yang berkhidmat dengan syarikat Air Asia milik Tan Sri Tony Fernandes mencemuh Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani membuat kenyataan menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya untuk menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabelnya tidak mewakili Melayu Malaysia.

Azran secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial miliknya itu menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan akhbar itu bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Dalam akaun Twitter pula, beliau juga menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan.Azran turut menyifatkan Utusan Malaysia sudah tidak relevan dengan jumlah pembaca semakin merosot, walaupun hakikatnya jualan akhbar ini bukan sahaja tidak merosot, malah meningkat sebanyak 1,000 naskhah sehari.

"Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia," tulis ahli korporat Melayu baharu itu.

Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' yang mempersoalkan undi kaum Cina yang menyokong DAP hampir 100 peratus.

Laporan berkenaan mendapat liputan meluas sehingga seorang wartawan berketurunan Cina mempersoalkannya di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar beliau.

Bagaimanapun, Najib dengan tenang menjawab: "Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina? Adakah anda kata sesetengah orang memperkatakan benda yang betul setiap masa?."

Dalam pada itu, Azran turut memperlekehkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) apabila menyifatkan bahawa fikiran sempit pertubuhan itu yang membuatkan orang Melayu terkebelakang.

"Perkasa? I think Malaysia has proven that they are irrelevant. Its Perkasa's narrow-mindedness that's holds Malays back. (Perkasa? Saya fikir Malaysia telah membuktikan bahawa mereka tidak relevan. Fikiran sempit Perkasa yang menyebabkan Melayu ketinggalan.)"
 
 
 
.