Friday, April 13, 2012

ARSENAL FC... DULU ASYIK BERTAHAN KINI MENYERANG...AMIK KAU..

Meraikan jaringan gol.


Sekali imbas macam baju Wanita UMNO je..
 

Dikhabarkan dalam waktu terdekat ini gerakan untuk memberitahu dan memperjelaskan bahawa PAS adalah parti ajaran sesat akan ke seluruh negara dengan penerangan pertama di luar Terengganu bermula di PWTC. Langkah ini amat wajar dan sepatutnya telah lama diambil.

Sebenarnya UMNO/BN memerlukan keberanian luarbiasa untuk meneruskan program ini dengan cara yang lebih tersusun. Selama ini hanya PAS, DAP dan PKR asyik menyerang UMNO/BN sehinggakan tidak ada masa bagi UMNO/BN untuk menyerang balas. Penat dah dengan serangan pembangkang ni.

Dalam permainan bolasepak jika pasukan itu asyik bertahan sahaja ia akan memberi kelebihan kepada pasukan penyerang sekurang-kurangnya dalam tiga aspek.

Pertama, serangan yang bertali arus membuatkan pasukan lawan tidak ada masa untuk menyerang balas dan pintu gol selalunya selamat dimana penjaga gol hanya sekali sekala sahaja menangkap bola.

Keduanya jika asyik bertahan sahaja semantap mana sekalipun pertahanan tersebut  ada kemungkinan pintu gol berjaya dibolosi oleh pihak lawan, umpamanya barisan pertahanan melakukan kesilapan dan pihak lawan mendapat sepakan penalti atau mendapat sepakan sudut. Kedua-dua jenis sepakan ini hampir sama bahayanya.

Ketiganya jika asyik di serang, lama-lama letih juga, minda tertekan pemain tertekan dan mereka boleh melakukan pelbagai kesilapan yang menyebabkan lawan menjaringkan gol. Lagipun tanpa menyerang, gol tidak akan dapat dijaringkan sebaik manapun permainan itu. Tanpa jaringan gol sudah pasti tidak ada kemenangan kerana kemenagan diukur dengan jumlah jaringan gol. Untuk mendapatkan jaringan gol bagi menjamin kemenangan kita kena menyerang. Tanpa gol kalau tidak kalahpun hanya seri...

Jadi apabila KJ, Hassan Ali dan Ahmad Said mahu bergabung dalam satu pasukan untuk menyerang PAS, DAP dan PKR, ia sesuatu yang harus disokong penuh oleh semua pihak. Sebagai tambahan untuk memantapkan pasukan mungkin boleh dimasukan dalam barisan serangan tersebut Sdr Fathul Bari dari Indera Kayangan itu. Kelebihan dia ialah banyak menghafal hadis dan setiap hujah yang dikuatkan dengan hadis, soheh membawa impak yang mendalam.

Pemimpin lain berada di barisan tengah, belakang dan penjaga gawang, sedia memberikan bantuan. Hahaha.. sah macam liga EPL. Sebenarnya gabungan pakatan pembangkang mempunyai ruang kosong yang luas untuk diserang melalui pelbagai sudut. Semua isu jika diolah sebaik mungkin dan selalu diulang-ulang pastinya boleh merubah pemikiran masyarakat.

Kudis, parut dan tembelang pembangkang terlalu banyak untuk disampaikan kepada masyarakat. Akhbar menyampaikan, radio tv menyampaikan, facebook menyampaikan dan blog juga menyampaikan. Namun kita tidak harus lupa bahawa setiap medium itu ada keterbatasannya. Ceramah penerangan serta risalah masih diperlukan untuk menemui kumpulan sasaran secara lebih meluas sehingga ke ceruk rantau pendalaman.

Lakukan segera, serang segera, lumpuhkan jentera pertahan pembangkang dengan segera dan baru adakan pilihanraya. Hahaha, pembangkang akan ternganga-nganga, terpinga-pinga.. Apa isupun yang cuba mereka mainkan selepas itu pastinya tidak berhasil atau kurang berhasil.

Kemukakan dengan jelas penyelewengan2 PAS, DAP dan PKR ini, dan nyatakan kebenaran dimana akhirnya rakyat akan membuat penilaian. Semuga berjaya.      

DAP MULA MENUNJUKAN BELANG SEBENAR MEREKA...PAS TERUS SOKONG

Akhbar Melayu: Amaran Guan Eng rasis

KUALA LUMPUR 12 April - Amaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada 84 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri itu supaya berhenti melanggan akhbar arus perdana berbahasa Melayu merupakan satu perbuatan rasis yang menghalang perpaduan rakyat.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, amaran tersebut akan membawa kesan buruk kepada rakyat keseluruhan terutamanya dari segi perkauman dan cintai bahasa kebangsaan.

"Bagi saya, amaran ini merupakan bentuk rasis dan hasutan secara halus bagi membenci bahasa Melayu, sedangkan ia adalah bahasa kebangsaan negara.

"Tidak sepatutnya Guan Eng berbuat sedemikian yang hanya akan membentuk generasi muda di SJKC membenci bahasa Melayu dan secara tidak langsung kepada orang Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jokiden:

Ini yang dipelajari oleh LGE daripada sifu kiasu beliau iaitu LKY. Sebab itu asalkan ada je masalah dia akan terbang ke Singapura, tel Singapura, rujuk Singapura.

Tekanan kepada apa sahaja yang bernama Melayu mestilah dibuat secara halus dan tersembunyi. Selepas ini jika mereka masih berjaya mengekalkan kuasa mereka di PP, akan lebih banyak lagi kuasa digunakan untuk menekan orang Melayu sehingga membuatkan penduduk kaum Melayu rasa tersisih, terpinggir dan akhirnya melarikan diri dari Pulau tersebut. Rela dalam paksa.

Jika kelemahan orang melayu ialah soal duit, maka segala baki tanah orang Melayu yang ada di Pulau tersebut akan dibeli dengan harga yang mahal yang orang Melayu tidak mampu menolaknya. Pembelian tanah tersebut atas nama dan alasan pembangunan, namun agenda yang tersembunyi ialah untuk menyingkirkan orang melayu supaya kehilangan tanah dan seterusnya berpindah. Lagi rela dalam paksa.

Kita akan saksikan nanti, akan lebih banyak lagi tindakan-tindakan kerajaan DAP yang pastinya mengguris hati nurani orang Melayu, namun apa yang orang Melayu boleh buat kerana kuasa sudah tidak ada di tangan orang Melayu.

Sekarangpun baru mereka dapat sedikit kuasa, mereka telah mula menunjukan belang. malangnya atas nama demokrasi terdapat orang Melayu yang menyokong tindakan DAP tersebut terutamanya dari sekutu mereka PAS dan PKR.

Kelantangan mereka mempertahankan kerajaan DAP walaupun secara halusnya menekan orang Melayu menyebabkan DAP berasa selesa dan selamat dalam mengatur langkah seterunya.

Pengkhianat sebenar kepada pupusnya kuasa Melayu ialah PAS dan PKR, namun penyokong tegar mereka terus memuji bahawa DAP adalak baik, DAP wangi, DAP tidak rasis, DAP membela warga emas dan warga tua, bla..bla..bla..

Pada peringkat awal LGE sanggup menghadiri majlis Mauludirrasul, semata-mata kononnya hendak mengambil hati orang Melayu. Namun jauh di sudut hatinya mungkin berkata "pergi mampuslah dengan semua Mamak dan Melayu ini.."

Jika ada yang terlupa di Singapura semua bahan bacaan yang dianggap berkualiti seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat telah begitu lama diharamkan oleh kerajaan LKY. Kini tindakan permulaan oleh LGE telah mula menanamkan dikalangan orang Cina supaya jangan membaca Utusan Malaysia. Pasti ada tindakan lain yang menyusul nanti.

Pada hal suatu waktu dulu untuk lulus Bahasa Malaysia dengan cemerlang dalam SRP, SPM dan STPM, Utusan Malaysia merupakan naskah wajib sebagai rujukan bagi anak-anak Cina mendapatkan bahan pembelajaran. 

Sekarang siapa peduli lagi samada Bahasa Malaysia kredit ataupun tidak. Siapa boleh berbahasa Mandrin pula diberikan keutamaan dalam meraih peluang pekerjaan.

Apabila ada orang mengatakan gerakan halus bagsa kafir harbi ini untuk melenyapkan pengaruh dan institusi Melayu, maka akan ada pencacai dari PKR dan PAS yang sanggup bertegang leher sampai ke pagi mempertahankan kaum kiasu ini. Sebaliknya semua permasalahan akan ditujukan kepada UMNO/BN. 

Mereka akan berkata, berfikiran terbukalah, sudah merdeka 54 tahun lah, sudah majulah, jangan jumudlah, jangan kunolah dan pelbagai lagi saranan mereka demi untuk membela kaum kiasu ini. Beribu kali diingatkan bahawa di bumi bertuah ini jika Melayu hilang kuasa, merintih seribu tahun lagi belum tentu akan mengembalikan kuasa Melayu.

Hilang kuasa, lihatlah nanti Melayu dihina didepan mata, Melayu diperlekeh, raja dipersenda, agama Islam dipinggirkan, Bahasa Malaysia tinggal di muzium sahaja dan banyak lagi kepedihan yang terpaksa ditanggung oleh umat Melayu Islam selepas itu nanti.

Tulisan ini bukan menghasut, tetapi realitinya yang akan berlaku dalam sesebuah negara demokrasi berpaliamen. Dasar dibuat oleh Parliamen dan jika suara majoriti milik mereka, maka mereka boleh berbuat apa sahaja atas nama demokrasi.

Rakyat Fiji telah begitu lama merintih di perintah oleh kaum minoriti atas nama demokrasi. Berdasarkan jumlah kerusi Parliamen di negara ini dan berdasarkan jumlah pengundi di satu-satu kawasan pilihanraya, tidak mustahil Malaysia juga boleh menjadi Fiji. Namun siapa peduli tentang itu semua, siapa peduli tentang agama Islam, tentang raja, tentang kuasa dan tentang Bahasa Malaysia, tentang azan, tentang bacaan Al-Quran, tentang bacaan doa dalam mana-mana majlis.

Yang PAS dan PKR pentingkan ialah kuasa untuk ke Putrajaya. Amat menjijikan apabila PAS sanggup bersekongkol dengan DAP dan pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan perhubungan mereka. UMNO/BN Busuk, DAP/PKR wangi.    

DASYAT WEH!!!...HABISLAH PAS SELEPAS INI..DATUK SERI AHMAD SAID AKAN JELAJAH NEGARA.

MB bakal jutawan



MB sedang berenang bersama ikan!!
 

Program P:PAS diteruskan di seluruh negara

12/04/2012 7:36pm

KUALA TERENGGANU 12 April – Program “Pas: Parti Ajaran Sesat (P:PAS)” yang bermula di Terengganu semalam akan diteruskan ke seluruh negara, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Katanya, program P:PAS secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

"Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di sini hari ini.

Semalam, program P:PAS anjuran UMNO Terengganu diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

Program itu berobjektif memberi penjelasan mengenai perjuangan Pas yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam. - BERNAMA

Jokiden:

UMNO memerlukan pemimpin berani seperti datuk Seri Ahmad Said ini. Selama ini PAS sesuka hati pemimpin dia je nak membuat fatwa-fatwa songsang, demi untuk menjamin keuntungan politik sempit mereka. Pelbagai hujah dikeluarkan oleh PAs dari semasa kesemasa tanpa sanggahan secara serious daripada pemimpin dan ulama' UMNO.

Kini muncul wira baru yang berani mencabar fatwa songsang PAS. Yakinlah akan lebih ramai yang muncul selepas ini dan mempertikaikan sesuatu yang tidak betul yang dikelirukan oleh pemimpin PAS.

Banyak sangat jika hendak disebutkan dan semuanya dianggap benar dan betul oleh pengikut taksub mereka, lalu UMNO berhadapan dengan masalah besar untuk memperbetulkan tanggapan serong yang selalunya menguntungkan PAS. Bayangkan slogan mengundi PAS dijamin syurga.. gila ke apa?? Namun tidak ada yang berani sangat mempertikaikannya, lalu pengikut jumud PAS beranggapan itulah anutan yang terbaik iaitu undi PAS masuk syurga.

Masa untuk mengalah dan berlembut dengan PAS sebenarnya sudah lama berakhir. Pemimpin PAS suatu ketika demi untuk undi Melayu, tidak sanggup berpeluk dengan Dr Mahathir, kerana haram. Kini selamba je mereka berpelukan dengan kafir harbi seperti LGE dan LKS. Tunggulah sikit hari lagi pemimpin PAS terpaksa juga memikul segala dosa yang mereka buat dulu dalam memusingkan pemikiran pengikut tegar mereka. Syabas Datuk Seri, langkah tuan akan diikuti oleh ramai orang selepas ini.

Ps: Selepas posting baru jokiden perasan ada satu blog lagi yang membawa tajuk yang sama dan lebih detail Baca di sini.

Thursday, April 12, 2012

MEREKA INGAT MEREKA HEBAT..RUPANYA KURANG AJAR..

11 April 2012
 

Terdapat beberapa blog yang menceritakan betapa kurang ajarnya para pemimpin pembangkang yang kononnya menjunjung demokrasi tetapi tidak tahu menghormati orang lain. Mereka berperangaian seperti orang yang baru keluar dari rimba dan merasa hairan dengan persekitaran yang mereka lihat.

Selama ini mereka ingat merekalah yang terhebat dan termulia, tidak ada orang lain. Apabila mereka mendapati ramai lagi orang lain yang lebih mulia dan hebat dari mereka mulalah mereka rasa rendah diri dan tidak dapat menerima kenyataan. Mereka seperti katak yang baru terlepas dari bawah tempurung.

Jokiden malas nak mengulas panjang mengenai perkara ini. Namun jika ada bukti menerusi rakaman hp ataupun kamera, pastinya perkara ini menjadi satu lagi titik hitam dalam sejarah Azmin Ali dan tian Chua. Baca kenyataan beberapa blogger di bawah:

Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.

Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.

Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.

Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.
Kisah asal baca di sini 


Woi perempuan bodoh! Kau ni memang tak ada kelas, kurang ajar dan biadap. Akan ku canang kan kebiadapan mu ini pada semua Melayu Lembah Pantai, biar dia orang tahu betapa bebal dan benaknya Ahli Parlimen mereka Nurul Izzah yang hanya harap muka lawa je nak menang undi.

Ptuihh!


Baca seterusnya di sini.

Tuesday, April 10, 2012

MESTI BACA.. YB DAP KATA .... UMNO, MCA DAN MIC PALING RASIS.



Malam tadi Jokiden berpeluang menghadiri 2 ceramah secara serentak. Serentak maksudnya di seberang jalan sebelah kiri sedang berlangsung ceramah UMNO, sementara di seberang jalan sebelah kanan berhadapan dengan ceramah UMNO sedang berlangsung juga ceramah pembangkang. Penyokong kedua-dua pihak ada yang duduk bercampur-campur di tengah jalan. harmonis nampaknya kerana kebanyakan datang dari luar kampung tersebut.

Di bawah khemah pembangkang terdapat lebih kurang 20 orang pendengar, namun di kedai kopi di luar pagar terdapat lebih kurang 30 orang lagi terdiri daripada orang UMNO/BN dan juga penyokong pembangkang. Dua kereta peronda polis sedia berada di situ untuk mengawal keadaan.

Di bawah khemah UMNO pula terdapat lebih kurang 120 orang, dan di tengah jalan bersama dengan penyokong pembangkang adalah kira-kira 40 orang. Jadi dua ceramah penerangan tersebut dihadiri oleh lebih kurang 200 orang pendengar.

Penceramah UMNO terdiri daripada 3 orang bergelar Datuk, seorang Setiausaha Politik, seorang dari KL bekas orang kuat PKR dan seorang pemimpin biasa Bahagian. Sementara di ceramah pembangkang terdapat seorang Timbalan Menteri Besar, seorang YB dari DAP, bekas pesuruhjaya PAS dan seorang lagi penceramah bebas.

Kedua-dua ceramah menggunakan pembesar suara yang amat kuat dan jelas. Bayangkanlah suasana bingit dan bising yang wujud ketika itu. Setiap penceramah berusaha seboleh mungkin untuk tidak berhenti bercakap walaupun sesaat dan tersasul-sasul kerana tidak mahu memberi peluang kepada pendengar mendengar hujah pihak lawan.

Kesimpulannya kedua-dua ceramah gagal meninggalkan impak yang mendalam kerana 'gangguan' konsentrasi. Apalah salahnya satu pihak mengadakan ceramah bersilih ganti. Maksudnya malam ini pembangkang dan malam esok BN atau sebaliknya. Kan ke bagus begitu dan dapat membalas hujah pihak lawan dengan secara terbuka atau mengedarkan risalah.

Isi ceramah??, hanya seorang penceramah BN yang menyintuh sedikit tentang isu semasa iaitu keuntungan Petronas. Selebihnya kisah yang biasa-biasa sahaja. Samada penceramah BN tidak peka dengan isu semasa yang berjela-jela di depan mata, ataupun tidak memahami isu ataupun juga tidak tahu mengulas. Tidak ada isu FGVB, isu Lynas, isu Bersih, isu SPRM, isu SPR, isu Monggolia, isu PTPTN, isu minyak petrol, isu PSC, isu AUKU, isu ISA dan isu kegagalan pemerintahan pakatan pembangkang. Kisah NKRA usah sebutlah memang hilang dari kamus mereka.

Lebih teruk lagi seorang penceramah BN asyik bercerita perkara yang sama yang telah beliau ulang-ulang sejak 25 tahun dulu. Jokiden dan juga orang lain sudah boleh menghafal isi ceramah beliau. Samada dia tidak ada modal lain, atau tidak sedar apa yang dia sampaikan ataupun pengiring-pengiring beliau tidak memberitahunya tentang perkara tersebut. Perkara yang sama dia sebut di mana-mana sahaja, di Kuantan, di Sabah, di Johor, di Selangor malah dalam Perhimpunan Agung UMNO juga cerita yang sama dia sampaikan.

Isi ceramah pembangkang juga tidak lari daripada retorik lama yang mereka ulang cerita, namun dengan sedikit sebanyak penambah baikan. Penceramah DAP yang bergelar YB tersebut menginsafi dia berada di dalam kolompok komuniti Melayu desa, telah cuba sedaya mungkin menggambarkan bahawa DAP bukanlah parti rasis. DAP tidak perkauman, yang perkauman ialah UMNO/MCA/MIC. Pecah dan perintah katanya.

Dalam perhimpunan DAP pusat dua hari lepas katanya keputusan  telah dicapai dan DAP berikrar bahawa Perdana Menteri  dan Menteri Besar mestilah dari kalangan Melayu dan beragama Islam. Selebihnya dia bercerita kebaikan DAP, PKR dan PAS, lalu menggambarkan bahawa UMNO/BN adalah paling tidak berguna dalam dunia ini. Tidak ada seorangpun penceramah UMNO di seberang jalan mengulas isu tersebut.

Turut disentuh dan dimainkan secara halus ialah pakatan pembangkang amat ditekan, dizalimi dan tidak diberi ruang serta peluang yang samarata dalam semua hal. Utusan dan RTM, TV3 dan Berita Harian merupakan media arus perdana yang dikawal oleh BN dan digunakan sepenuhnya untuk melanyak pembangkang. Mereka sesungguhnya parti kecil, miskin dan tidak berupaya menentang BN kecuali dengan sokongan rakyat.. hahaha..

Majlis penerangan secara berdepan di tempat terbuka rasanya tidak sesuai. Elok diadakan selang sehari, supaya segala hujah dapat disanggah dengan fakta yang tepat. Pembangkang masih dengan taktik lama merayu simpati daripada pendengar dengan menggambarkan mereka di pihak yang ditindas dulu, kini dan selamanya. Penceramah UMNO/BN jangan lagi syok sendiri, bila orang ketawa dan bertepuk tangan. Lawak jenaka perlu, namun jangan lupa kepada matlamat akhir iaitu menarik pengundi kepada BN. Pencapaian silam perlu ditonjolkan namun isu terkini juga perlu dijelaskan.
 

NUAR TOLONGLAH BERCAKAP BENDA-BENDA YANG MUNASABAH SIKI..TOLONGLAH!!!


 

 
Tafsiran tentang 3 wajah ada di Dinturtle

Wahai Nuar Brahim, tolonglah berfikir panjang sedikit sebelum membuka mulut untuk berkata-kata. Dalam mengejar kuasa, tolonglah jangan jadi pengkhianat kepada bangsa sendiri iaitu Bangsa Melayu. Memanglah sedap didengar tentang janji-janji kosong yang dihamburkan kerana janji kosong tidak perlu ditunaikan.

Akibat janji kosong untuk menghapuskan PTPTN, sekiranya para pelajar terpesona kerana tidak perlu bayar hutang, akibatnya negara boleh jadi bankrap. Dalam jangka masa panjang anak-anak Melayu akan terus tercicir dalam bidang pelajaran kerana tidak ada ibu bapa yang mampu menghantar anak-anak untuk belajar di Universiti ataupun Kolej.

Sejak berpuluh tahun dahulu bangsa asing sememangnya berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta dan ke Universiti seberang laut kerana mereka memang kaya. Janganlah hendak meracuni pemikiran segelintir para pelajar yang malas hendak berfikir dan ingin mengambil mudah soal pelajaran dengan mengwar-warkan hendak menghapuskan PTPTN sebaik memegang kuasa. Sudah terbayang kekalahan teruk di depan mata, maka sanggup pula berjanji untuk menjahanamkan bangsa sendiri.

Banyak sangat dah benda-benda teruk yang kau lakukan demi untuk memuaskan gelora nafsu dan cita-cita melangit hendak memegang tampuk kuasa. Allah memberi kuasa kepada sesiapa yang dikehendakiNYA dan Allah menarik kuasa daripada sesiapa yang dikehendakNYA.

Dari itu eloklah berhenti bercakap mengenai, rasuah, penyelewengan, zalim, rakus, kroni, menyelamatkan Israel, moral, pluralisme, bersih, berniat jahat, mengaibkan orang lain, mempunyai bukti kukuh, Monggolia, Altantunya,  cincin 24juta, duit petronas, tidak telus, salah guna kuasa, harapan baru, membela rakyat dan membongkar segala kemungkaran. Tepuk air di dulang pasti terpercik ke muka sendiri.

Ramai lagi pemimpin dalam pakatan pembangkang yang lebih berkelayakan untuk memainkan isu tersebut. Kepimpinan melalui teladan, kita bukan sahaja mesti bersih, tetapi juga mesti kelihatan bersih.  

Monday, April 9, 2012

INI APA HAL PULAK NI WIKILEAK KUTUK NUAR BRAHIM....

 

PKR cabang Ladang Perbadanan, Sg. Petani dibubar

09/04/2012 1:01pm

SUNGAI PETANI 9 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ladang Perbadanan, Taman Ria di sini dibubarkan selepas 50 ahlinya mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Ketua cabang berkenaan, M. Muruli berkata, mereka kecewa kerana pemimpin-pemimpin atasan parti yang gagal menunaikan janji, tidak menjaga kebajikan ahli dan banyak bercakap kosong.

"Tindakan kami tidak didorong oleh mana-mana pihak tetapi kerana kecewa dengan pemimpin atasan yang menonjolkan sikap tidak bertanggungjawab dan mungkir janji,” katanya selepas membuat pengisytiharan itu di Taman Ria Jaya di sini.

Penyelaras Parlimen yang juga Ketua UMNO bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, M.L. Maren turut hadir pada majlis itu.

Muruli memberi pengakuan semua bekas ahli PKR itu akan menyokong dan membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, dan selepas ini mereka bergerak atas nama Persatuan Kebajikan Masyarakat Tamil Sungai Petani.

Sementara itu, Tajul Urus berkata, bekas ahli PKR itu sedar perjuangan PKR tidak membawa sebarang kebaikan.

"Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan PKR berbanding BN yang telah banyak berjasa dari aspek kebajikan serta memenuhi kehendak rakyat dan bekerja demi faedah bersama,” katanya. - BERNAMA

Makin hari, makin tayus keahlian PKR ni. Sekarang soheh tak sampai lagi 60,000 orang kalaulah daftar keahlian parti dikemaskinikan. Lainlah kalau daftar keahlian PKR tidak pernah di semak.

Macam mana pemimpin mereka berangan-angan terlalu besar hendak menakluki Putrajaya dengan jumlah anggota yang ciput je. Siapa nak pasang bendera sok dalam PRU13. Banyak duit dan dana sekalipun kalau orang dah malu nak usung bendera PKR, nak buat macam mana..

Sejarah cabang PKR dibubarkan dan ahlinya keluar parti telah banyak kali dilaporkan. Habis apa lagi yang tinggal??? Hanya yang masih menaruh harapan. 3,226 keluar parti baca di sini 1,700 orang keluar parti baca di sini. 130 orang keluar parti baca di sini.

Sikit hari lagi akan bertali arus ahli akar umbi meninggalkan Parti Kencing Rakyat ini dengan alasan yang sama iaitu pemimpin hanya pandai berjanji, tetapi tidak tahu menepati janji. Terkini para pemimpin asyik menabur janji sedangkan janji dulu masih banyak yang belum ditunaikan, dah buat janji baru. Ooppp!! terlupa semua janji itu dulu adalah tak sengaja, sebab tak sangka boleh menang.

Kok tak sengajapun bila dah berjanji, tunaikanlah, kuasa dah ada, kalau tak mampu, cakaplah tak mampu, janganlah pusing sana, pusing sini dan jangan buat janji baru..Maluuuuu!!!!

Oh ya, melihat senario kebelakangan ini tidak mustahil PAS dan DAP akan mendesak Nuar dan PKR meninggalkan Pakatan Pembangkang. Jika mereka DAP dan PAS merasakan PKR hanya menumpang kekuatan mereka dan hanya menumpang jentera mereka, maka ada baikmya PKR memilih jalan sendiri. Hahaha..PAS dan DAP tak sanggup lagi memikul biawak hidup. Kecuali dana manyak masyukkkk!!!!

Sebenarnya hanya dengan sedikit kenyataan daripada pemimpin PAS, mengatakan kita tidak mahu bekerjasama lagi dengan PKR, sebabnya bla..bla.. bla..maka akan bertali aruslah respon daripada rakyat bawahan dan akar umbi menyokong tindakan pemimpin mereka itu. Tak percaya cubalah..

Habislah PKR selepas ini. Harus diulangi bahawa pembangkang dapat kerusi lebih pada PRU12 dulu sebab rakyat menunjukan protes, rakyat hendak mengajar pemimpin BN, bukannya sebab pembangkang hebat, bukannya sebab pembangkang mampu memerintah dengan lebih baik. Memang BN di bawah DSN telah banyak berubah...

Sekarang rakyat telah melihat bahawa pembangkang apabila diberi peluang, mereka lebih teruk daripada BN. BN jauh lebih baik, rakyat akan kembali memberikan undi kepada BN kerana 4 tahun sudah cukup terseksa dengan kerenah pembangkang.

Sunday, April 8, 2012

BEGITU, BEGINI, RANGKUMAN BERITA..

Rizab antarabangsa Malaysia RM416.3 billion
Genting ABPBH 8 April 2012. Malaysia ku permai.
 
Sehingga 30 Mac 2012, jumlah simpanan Bank Negara Malaysia adalah berjumlah RM416.3 billion dan ini merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan oleh negara. Jumlah tersebut cukup untuk menampung import tertangguh untuk selama 9.4 bulan.

Pembangkang tentu tidak gemar dengan perkembangan sihat ini, kerana ia melambangkan pentadbiran kerajaan UMNO/BN yang semakin cekap. Apabila kerajaan semakin cekap peluang pembangkang untuk mendapatkan sokongan rakyat akan merudum dan pembangkang terpaksa mencari isu lapuk, remeh dan penuh retorik untuk terus bernafas.
.
Sokongan Hj Hadi kepada Azmin Ali.
.
Jika semuanya masih ingat, suatu hari dulu, Dr Hassan Ali membuat kenyataan bahawa ahli PAS tidak sepatutnya berhimpun di perkarangan Mahkamah Jalan Duta untuk menunjukan sokongan kepada Nuar kerana isu tersebut adalah isu peribadi dan rakyat sepatutnya tidak diheret bersama.
.
Bebarapa jam selepas kenyataan itu keluar Timbalan Presiden PKR membuat bantahan dan mendesak Hassan Ali dipecat. Desakan beliau segera mendapat reaksi dan Hj Hadi bersama jawatankuasanya terus memecat Dr Hassan Ali dari parti PAS tanpa memberi ruang sedikitpun untuk Dr Hassan membela diri. Demi Azmin PAS sanggup kehilangan seorang tokoh yang berwibawa dan hari ini mereka jelas menyesal dengan tindakan terburu-buru tersebut.
.
Mutakhir ini ialah desakan daripada ahli akar umbi PKR sendiri yang mahukan Azmin Ali membuat penjelasan ke atas semua tuduhan serta dakwaan terhadap beliau, samada isu saham, isu DNA mahupun isu isteri beliau yang dikaitkan dengan Nuar. Sekali lagi Hj Hadi muncul untuk membela Azmin dengan mengatakan semua itu adalah dakyah UMNO/BN menjelangnya pilihanraya umum, yang sengaja mahu mejatuhkan Azmin. Katanya isu tersebut akan senyap begitu sahaja selepas PRU13 nanti sama seperti isu Eric Chia dulu. Hahaha...Hj Hadi..Haj Hadi... sendiri mahu ingatlah..Ini menjijikan.

Program PM dan TPM yang terus mendapat sambutan


 

PM dan TPM terus gigih memikul tanggug-jawab untuk menjelaskan kepada rakyat kemana hala tuju negera ini hendak mereka bawa. Rakyat semakin menerima mereka dan kita ada kalanya bersimpati dengan usaha gigih dua orang pemimpin ini.
.
Kemana sahaja mereka pergi sambutan adalah amat menggalakan dan ini mampu untuk membuatkan pemimpin pembangkang sakit hati, sakit perut dan sakit mata. Puluhan ribu menyambut kedatangan mereka dalam setiap program jelajah serta program turun padang. Setakat hari ini boleh dikatakan PM dan TPM telah melawat ke setiap negeri sekurang-kurangnya 2 atau tiga kali.
.
Pada masa yang sama kehadiran orang ramai di program pembangkang telah semakin berkurangan, semakin merosot dan semakin tidak dipedulikan kecuali program yang diadakan di Kelantan dan Pulau Pinang. Tanpa isu besar menjelang PRU13, pastilah UMNO/BN akan berjaya dengan cemerlangnya. Senario pilihanraya 1974 iaitu selepas peristiwa 13 Mie 1969 mungkin berulang semula dimana BN kembali menguasai kerajaan dengan lebih mantap.
.
PTPTN dijadikan modal politik.

Daripada pemimpin kecil, separuh kecil sehinggalah ke pemimpin besar pembangkang telah cuba memainkan isu PTPTN ini. Pelajar juga cuba diheret bersama. Akhirnya isu ini kelihatan tidak releven apabila pakatan pembangkang dicabar untuk melaksanakannya serta merta di negeri-negeri yang mereka perintah sekarang. Di Selangor, Kedah, Kelantan dan PP semuanya ada Yayasan Negeri masing-masing dan mengeluarkan pinjaman. Hapuskan segera dan tanggunglah secara percuma segala perbelanjaan pelajar yang mereka sendiri kendalikan. Nampaknya semua mereka kembali bisu.
.
Isu PTPTN ini yang Nuar juga terlibat secara langsung menggubalnya dahulu telah menjadi isu yang makan tuan. Bayangkan hampir RM50 billion jumlah PTPTN ini dan jumlah tersebut adalah amat besar dan tidak ada kerajaan negeri yang mampu menghapus kira pinjaman tersebut. Para pelajar juga memahami isu ini dan tidak teruja dengan momokan serta janji-janji kosong pembangkang.

Lawatan pemimpin PAP ke atas pemimpin DAP

Secara sembunyi dikhabarkan sebanyak 30 pemimpin PAP dari Singapura melawat  pemimpin DAP di Pulau Pinang. Kenapa harus bersembunyi?? Ada agenda yang tidak baik kah?? Ada perjanjian sulit kah atau ada muslihat tertentu sehinggakan pihak mediapun tidak mengetahui tentang kunjungan tersebut. Jika terjadi sesuatu ke atas para pemimpin tersebut siapa yang akan bertanggung-jawab?? bukankah kerajaan Malaysia.

Umum mengetahui betapa terujanya pemimpin PAP di Singapura tentang kejayaan kerajaan DAP di Pulau Pinang, namun semua pihak harus ingat bahawa Malaysia dan Singapura adalah dua buah negara yang berdaulat. Sebarang kerjasama secara tidak beretika dan tidak mengikut norma-norma perundangan antarabangsa adalah dilihat sebagai campur tangan anasir luar dan harus dibendung seak awal lagi.

Suara akar umbi PKR

Ibarat bom jangka, bila-bila masa sahaja ia boleh meletup dan membawa kepada kemusnahan. Begitulah senario kebelakangan ini dimana ahli akar umbi PKR telah berani bersuara secara terbuka mempersoalkan kredibiliti pemimpin mereka yang dilihat selalu berdolak dalih dalam menangani pelbagai isu.

Ahli sudah tidak dapat membendung lagi kesabaran mereka apabila terus cuba diperbodohkan oleh para pemimpin mereka mengenai isu-isu yang berlengkar di sekeliling pemimpin. Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang Mohd Isa Saidi telah mengorak langkah dengan membuat kenyataan akhbar dan meminta secara tegas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya menjawab segala tuduhan terhadap beliau. Mungkin lebih banyak lagi suara akar umbi akan kedengaran selepas ini nanti.

Penganjuran Bersih 3.

Pembangkang nampaknya terus terdesak dalam meraih sokongan rakyat. laporan PSC yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa bahas akibat daripada keadaan ahli-ahli Dewan yang tidak terkawal, memberikan pembangkang modal terbaik untuk menganjurkan perhimpunan haram bersih 3 pada 28 April nanti.

Terdapat tiga wakil pembangkang yang dianggap 'tolol' dalam jawatankuasa penilaian dan penambahbaikan perjalanan pilihanraya di negara ini iaitu, Azmin Ali, Dr Hatta dan seorang lagi wakil dari DAP telah pada awalnya bersetuju dengan isi kandungan laporan tersebut. Tambahan 7 daripada 8 saranan serta kehendak mereka telah dipenuhi. Tidak punya alasan lain, maka mereka membawa laporan minoriti untuk dilampirkan bersama dan ini sudah tentulah tidak dapat diterima. Ada pihak mengatakan puluhan ribu dibelanjakan untuk Jawatankuasa ini berfungsi dan menjalankan tugasnya hanya akhirnya 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dengan penemuan Jawatankuasa ini.

Penganjuran Bersih 3 ini seperti yang digembar gemburkan oleh Pak Samad Janggut Susahterawan Negara, kerana membantah SPR yang kononnya tidak telus, juga secara sembunyinya akan digunakan oleh pembangkang untuk mendapatkan dana daripada pertubuhan luar negara. Dana tersebut sudah pastilah berjumlah jutaan ringgit dan ada orang akan gemuk poketnya kelak.

Mereka akan dapat dana, sementara peniaga besar, pemandu teksi dan peniaga kecil di kawasan sekitar akan kehilangan punca pendapatan pada hari tersebut. Yang susah pula ialah polis, sudahlah akan dicemuh dan dimaki, juga  akan terpaksa berhadapan dengan kesukaran mengawal lalu lintas pada hari kejadian itu. Pelancong juga akan susah. Pelawat yang ingin membawa keluarga juga akan susah. Akhirnya rakyat akan menyampah, rakyat akan marah dan rakyat akan terus memusuhi pembangkang.

Nizar lilin terkantoi

Pelanduk selalu lupakan jerat, namun jerat sepanjang masa tidak akan menlepaskan peluang untuk menjerut kaki pelanduk. Dalam keghairahan untuk mengutuk BN, Nizar terlupa bahawa dia sebenarnya yang menyokong dan meluluskan projek Vale di Teluk Rubiah. Sebab itu orang selalu mengingatkan bahawa dalam menuduh orang lain satu jari menunjuk ke arah orang, 4 jari menuding ke arah diri sendiri. Nizar ni contoh seorang yang gila talak dan asyik meroyan sahaja dan perbuatan beliau sebenarnya tidak disukai oleh PAS sebaliknya amat disukai oleh DAP. Nizar mesti ingat jika Perak jatuh ke tangan pembangkang semula, MB adalah dari calon DAP berbangsa Melayu. PAS akan disuruh oleh DAP balik kampung. Itupun tak sedar.

Presiden MCA mula mendapat rentak

Sejak kebelakangan ini akhbar sudah mula melaporkan tentang sanggahan ataupun kritikan pedas Presiden MCA terhadap DAP.

Dr Chua Soi Lek telah mula membesarkan isu bahawa DAP mengamalkan politik perkauman yang dashyat. Tanpa semangat rasis yang tebal, DAP tidak akan kemana katanya. MCA sudah berpuluh tahun berbakti kepada masyarakat Cina, sedangkan DAP baru 4 tahun berkuasa sudah mula mendabik dada mengatakan MCA menghalang orang Cina daripada terus berkuasa dalam negara ini.

Samada kita suka atau tidak yang lebih relevan untuk mengutuk DAP ini ialah MCA, Gerakan dan PPP. Kita UMNO sepatutnya memberikan sokongan kepada pemimpin MCA dan Gerakan untuk mengkritik DAP. Jika kritikan datang daripada UMNO, orang Cina di bawah DAP semakin bersatu, namun jika kritikan datang daripada bangsa mereka sendiri, kaum Cina akan lebih membuka mata. jadi Tuan Presiden MCA, teruskan kerja baik tuan dan kembalikan sokongan kaum Cina kepada BN. Dapat peningkatan sekadar 35% sokongan pun sudah memadai untuk BN menang besar dan melumpuhkan semua aktiviti parti pembangkang.

Ceramah Dr Hassan Ali terus mendapat sambutan

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Walupun Dr Rani dan Khalid Samad terguling-guling sekarang ini, kerana kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap setiap ceramah Dr Hassan Ali, mereka berdua sebenarnya sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi. nasi sudah menjadi bubur, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang kemaraan Dr Hassan Ali, nampaknya masih gagal. Ceramah terakhir beliau di Permatang Pasir, kubu kuat Nuar, juga mampu menghimpunkan lebih 3,000 orang dalam hujan lebat.

Tindakan terakhir dan cara paling beradap untuk menyekat pengaruh Dr Hassan ialah Dr Rani ataupun Khalid Samad bertemu Dr Hassan dalam mana-mana kawasan dan bertanding satu lawan satu atau tiga penjuru pada PRU13. Jokiden yakin Dr Hassan akan menang mudah dan kedua mereka akan hilang wang pertaruhan. Ada berani???
    

DEMOKRASI MALAYSIA TERBAIK.. Eni Faleomavaega minta rakyat TOLAK NUAR BRAHIM


Ahli Kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega telah dengan jelas mengatakan bahawa proses demokrasi di negara ini adalah amat baik dan beliau berpendapat sekiranya pembangkang asyik membangkang dengan cara yang tidak membina maka itu adalah tidak baik bagi sebuah negara demokrasi.

Kita akan faham bahawa kenyataan beliau ini pastinya mengundang reaksi negatif daripada pakatan pembangkang dengan menuduh UMNO/BN telah membeli beliau berjuta RM supaya membuat kenyataan sedemikian. Pembangkang pastinya akan cuba merendah-rendahkan tahap pemikiran Ahli Kongres ini  dan beliau juga akan dianggap sebagai pencacai upahan UMNO.

Eni juga menyarankan agar pelobi Yahudi dan mana-mana NGO luar tidak campur tangan dalam sebuah negara demokrasi sebaik Malaysia. Biar rakyat Malaysia sendiri yang menentukan nasib masa depan negara ini tanpa campur tangan kuasa asing. 

"Saya melihat adalah tidak adil untuk ahli politik dan NGO dari Amerika memberi sokongan secara terbuka kepada mana-mana pihak di negara ini. Kenapa perlu ada pihak luar cuba mencampuri urusan orang lain. Jika ada pihak luar cuba mencampuri urusan negara kami sudah tentu kami juga akan MARAH" Katanya. Berita selanjutnya baca di sini

Sebenarnya seluruh dunia tahu dan memerhati segala perbuatan Nuar yang cuba mengaitkan negara luar dalam sistem demokrasi di Malaysia. Pelbagai pendedahan telah dibuat, namun dia ni memang tidak faham bahasa. Tun M pernah sebut, Ezam pernah sebut, Zulkifli Noordin juga pernah menimbulkan perkara ini. 

Negara Arab tahu apa yang Nuar lakukan. Tayep Endorgan tahu, LKY tahu, Indonesia tahu, palestine tahu, rakyat Malaysia tahu, malah pakatan pembangkang juga memahami strategi Nuar ni.

Nuar sendiri tidak menyakini kebolehan beliau untuk menumbangkan BN secara demokrasi bersih melalui peti undi. Rakyat bukan semuanya dapat dimanipulasi oleh Nuar. Rakyat sudah bermaklumat, retorik semata-mata amat menjengkelkan.

Sebab itu beliau dan rakan-rakan sekongkolan beliau mereka cipta pelbagai dakyah palsu dalam mencari sokongan dan banyak isu yang mereka mainkan akhirnya akan memakan diri sendiri. Pakatan akan REBAH!!!