Thursday, April 12, 2012

MEREKA INGAT MEREKA HEBAT..RUPANYA KURANG AJAR..

11 April 2012
 

Terdapat beberapa blog yang menceritakan betapa kurang ajarnya para pemimpin pembangkang yang kononnya menjunjung demokrasi tetapi tidak tahu menghormati orang lain. Mereka berperangaian seperti orang yang baru keluar dari rimba dan merasa hairan dengan persekitaran yang mereka lihat.

Selama ini mereka ingat merekalah yang terhebat dan termulia, tidak ada orang lain. Apabila mereka mendapati ramai lagi orang lain yang lebih mulia dan hebat dari mereka mulalah mereka rasa rendah diri dan tidak dapat menerima kenyataan. Mereka seperti katak yang baru terlepas dari bawah tempurung.

Jokiden malas nak mengulas panjang mengenai perkara ini. Namun jika ada bukti menerusi rakaman hp ataupun kamera, pastinya perkara ini menjadi satu lagi titik hitam dalam sejarah Azmin Ali dan tian Chua. Baca kenyataan beberapa blogger di bawah:

Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.

Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.

Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.

Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.
Kisah asal baca di sini 


Woi perempuan bodoh! Kau ni memang tak ada kelas, kurang ajar dan biadap. Akan ku canang kan kebiadapan mu ini pada semua Melayu Lembah Pantai, biar dia orang tahu betapa bebal dan benaknya Ahli Parlimen mereka Nurul Izzah yang hanya harap muka lawa je nak menang undi.

Ptuihh!


Baca seterusnya di sini.

No comments:

Post a Comment