Tuesday, April 10, 2012

NUAR TOLONGLAH BERCAKAP BENDA-BENDA YANG MUNASABAH SIKI..TOLONGLAH!!!


 

 
Tafsiran tentang 3 wajah ada di Dinturtle

Wahai Nuar Brahim, tolonglah berfikir panjang sedikit sebelum membuka mulut untuk berkata-kata. Dalam mengejar kuasa, tolonglah jangan jadi pengkhianat kepada bangsa sendiri iaitu Bangsa Melayu. Memanglah sedap didengar tentang janji-janji kosong yang dihamburkan kerana janji kosong tidak perlu ditunaikan.

Akibat janji kosong untuk menghapuskan PTPTN, sekiranya para pelajar terpesona kerana tidak perlu bayar hutang, akibatnya negara boleh jadi bankrap. Dalam jangka masa panjang anak-anak Melayu akan terus tercicir dalam bidang pelajaran kerana tidak ada ibu bapa yang mampu menghantar anak-anak untuk belajar di Universiti ataupun Kolej.

Sejak berpuluh tahun dahulu bangsa asing sememangnya berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta dan ke Universiti seberang laut kerana mereka memang kaya. Janganlah hendak meracuni pemikiran segelintir para pelajar yang malas hendak berfikir dan ingin mengambil mudah soal pelajaran dengan mengwar-warkan hendak menghapuskan PTPTN sebaik memegang kuasa. Sudah terbayang kekalahan teruk di depan mata, maka sanggup pula berjanji untuk menjahanamkan bangsa sendiri.

Banyak sangat dah benda-benda teruk yang kau lakukan demi untuk memuaskan gelora nafsu dan cita-cita melangit hendak memegang tampuk kuasa. Allah memberi kuasa kepada sesiapa yang dikehendakiNYA dan Allah menarik kuasa daripada sesiapa yang dikehendakNYA.

Dari itu eloklah berhenti bercakap mengenai, rasuah, penyelewengan, zalim, rakus, kroni, menyelamatkan Israel, moral, pluralisme, bersih, berniat jahat, mengaibkan orang lain, mempunyai bukti kukuh, Monggolia, Altantunya,  cincin 24juta, duit petronas, tidak telus, salah guna kuasa, harapan baru, membela rakyat dan membongkar segala kemungkaran. Tepuk air di dulang pasti terpercik ke muka sendiri.

Ramai lagi pemimpin dalam pakatan pembangkang yang lebih berkelayakan untuk memainkan isu tersebut. Kepimpinan melalui teladan, kita bukan sahaja mesti bersih, tetapi juga mesti kelihatan bersih.  

No comments:

Post a Comment