Sunday, April 8, 2012

DEMOKRASI MALAYSIA TERBAIK.. Eni Faleomavaega minta rakyat TOLAK NUAR BRAHIM


Ahli Kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega telah dengan jelas mengatakan bahawa proses demokrasi di negara ini adalah amat baik dan beliau berpendapat sekiranya pembangkang asyik membangkang dengan cara yang tidak membina maka itu adalah tidak baik bagi sebuah negara demokrasi.

Kita akan faham bahawa kenyataan beliau ini pastinya mengundang reaksi negatif daripada pakatan pembangkang dengan menuduh UMNO/BN telah membeli beliau berjuta RM supaya membuat kenyataan sedemikian. Pembangkang pastinya akan cuba merendah-rendahkan tahap pemikiran Ahli Kongres ini  dan beliau juga akan dianggap sebagai pencacai upahan UMNO.

Eni juga menyarankan agar pelobi Yahudi dan mana-mana NGO luar tidak campur tangan dalam sebuah negara demokrasi sebaik Malaysia. Biar rakyat Malaysia sendiri yang menentukan nasib masa depan negara ini tanpa campur tangan kuasa asing. 

"Saya melihat adalah tidak adil untuk ahli politik dan NGO dari Amerika memberi sokongan secara terbuka kepada mana-mana pihak di negara ini. Kenapa perlu ada pihak luar cuba mencampuri urusan orang lain. Jika ada pihak luar cuba mencampuri urusan negara kami sudah tentu kami juga akan MARAH" Katanya. Berita selanjutnya baca di sini

Sebenarnya seluruh dunia tahu dan memerhati segala perbuatan Nuar yang cuba mengaitkan negara luar dalam sistem demokrasi di Malaysia. Pelbagai pendedahan telah dibuat, namun dia ni memang tidak faham bahasa. Tun M pernah sebut, Ezam pernah sebut, Zulkifli Noordin juga pernah menimbulkan perkara ini. 

Negara Arab tahu apa yang Nuar lakukan. Tayep Endorgan tahu, LKY tahu, Indonesia tahu, palestine tahu, rakyat Malaysia tahu, malah pakatan pembangkang juga memahami strategi Nuar ni.

Nuar sendiri tidak menyakini kebolehan beliau untuk menumbangkan BN secara demokrasi bersih melalui peti undi. Rakyat bukan semuanya dapat dimanipulasi oleh Nuar. Rakyat sudah bermaklumat, retorik semata-mata amat menjengkelkan.

Sebab itu beliau dan rakan-rakan sekongkolan beliau mereka cipta pelbagai dakyah palsu dalam mencari sokongan dan banyak isu yang mereka mainkan akhirnya akan memakan diri sendiri. Pakatan akan REBAH!!! 

No comments:

Post a Comment