Friday, April 13, 2012

ARSENAL FC... DULU ASYIK BERTAHAN KINI MENYERANG...AMIK KAU..

Meraikan jaringan gol.


Sekali imbas macam baju Wanita UMNO je..
 

Dikhabarkan dalam waktu terdekat ini gerakan untuk memberitahu dan memperjelaskan bahawa PAS adalah parti ajaran sesat akan ke seluruh negara dengan penerangan pertama di luar Terengganu bermula di PWTC. Langkah ini amat wajar dan sepatutnya telah lama diambil.

Sebenarnya UMNO/BN memerlukan keberanian luarbiasa untuk meneruskan program ini dengan cara yang lebih tersusun. Selama ini hanya PAS, DAP dan PKR asyik menyerang UMNO/BN sehinggakan tidak ada masa bagi UMNO/BN untuk menyerang balas. Penat dah dengan serangan pembangkang ni.

Dalam permainan bolasepak jika pasukan itu asyik bertahan sahaja ia akan memberi kelebihan kepada pasukan penyerang sekurang-kurangnya dalam tiga aspek.

Pertama, serangan yang bertali arus membuatkan pasukan lawan tidak ada masa untuk menyerang balas dan pintu gol selalunya selamat dimana penjaga gol hanya sekali sekala sahaja menangkap bola.

Keduanya jika asyik bertahan sahaja semantap mana sekalipun pertahanan tersebut  ada kemungkinan pintu gol berjaya dibolosi oleh pihak lawan, umpamanya barisan pertahanan melakukan kesilapan dan pihak lawan mendapat sepakan penalti atau mendapat sepakan sudut. Kedua-dua jenis sepakan ini hampir sama bahayanya.

Ketiganya jika asyik di serang, lama-lama letih juga, minda tertekan pemain tertekan dan mereka boleh melakukan pelbagai kesilapan yang menyebabkan lawan menjaringkan gol. Lagipun tanpa menyerang, gol tidak akan dapat dijaringkan sebaik manapun permainan itu. Tanpa jaringan gol sudah pasti tidak ada kemenangan kerana kemenagan diukur dengan jumlah jaringan gol. Untuk mendapatkan jaringan gol bagi menjamin kemenangan kita kena menyerang. Tanpa gol kalau tidak kalahpun hanya seri...

Jadi apabila KJ, Hassan Ali dan Ahmad Said mahu bergabung dalam satu pasukan untuk menyerang PAS, DAP dan PKR, ia sesuatu yang harus disokong penuh oleh semua pihak. Sebagai tambahan untuk memantapkan pasukan mungkin boleh dimasukan dalam barisan serangan tersebut Sdr Fathul Bari dari Indera Kayangan itu. Kelebihan dia ialah banyak menghafal hadis dan setiap hujah yang dikuatkan dengan hadis, soheh membawa impak yang mendalam.

Pemimpin lain berada di barisan tengah, belakang dan penjaga gawang, sedia memberikan bantuan. Hahaha.. sah macam liga EPL. Sebenarnya gabungan pakatan pembangkang mempunyai ruang kosong yang luas untuk diserang melalui pelbagai sudut. Semua isu jika diolah sebaik mungkin dan selalu diulang-ulang pastinya boleh merubah pemikiran masyarakat.

Kudis, parut dan tembelang pembangkang terlalu banyak untuk disampaikan kepada masyarakat. Akhbar menyampaikan, radio tv menyampaikan, facebook menyampaikan dan blog juga menyampaikan. Namun kita tidak harus lupa bahawa setiap medium itu ada keterbatasannya. Ceramah penerangan serta risalah masih diperlukan untuk menemui kumpulan sasaran secara lebih meluas sehingga ke ceruk rantau pendalaman.

Lakukan segera, serang segera, lumpuhkan jentera pertahan pembangkang dengan segera dan baru adakan pilihanraya. Hahaha, pembangkang akan ternganga-nganga, terpinga-pinga.. Apa isupun yang cuba mereka mainkan selepas itu pastinya tidak berhasil atau kurang berhasil.

Kemukakan dengan jelas penyelewengan2 PAS, DAP dan PKR ini, dan nyatakan kebenaran dimana akhirnya rakyat akan membuat penilaian. Semuga berjaya.      

No comments:

Post a Comment