Monday, April 9, 2012

INI APA HAL PULAK NI WIKILEAK KUTUK NUAR BRAHIM....

 

PKR cabang Ladang Perbadanan, Sg. Petani dibubar

09/04/2012 1:01pm

SUNGAI PETANI 9 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ladang Perbadanan, Taman Ria di sini dibubarkan selepas 50 ahlinya mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Ketua cabang berkenaan, M. Muruli berkata, mereka kecewa kerana pemimpin-pemimpin atasan parti yang gagal menunaikan janji, tidak menjaga kebajikan ahli dan banyak bercakap kosong.

"Tindakan kami tidak didorong oleh mana-mana pihak tetapi kerana kecewa dengan pemimpin atasan yang menonjolkan sikap tidak bertanggungjawab dan mungkir janji,” katanya selepas membuat pengisytiharan itu di Taman Ria Jaya di sini.

Penyelaras Parlimen yang juga Ketua UMNO bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, M.L. Maren turut hadir pada majlis itu.

Muruli memberi pengakuan semua bekas ahli PKR itu akan menyokong dan membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, dan selepas ini mereka bergerak atas nama Persatuan Kebajikan Masyarakat Tamil Sungai Petani.

Sementara itu, Tajul Urus berkata, bekas ahli PKR itu sedar perjuangan PKR tidak membawa sebarang kebaikan.

"Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan PKR berbanding BN yang telah banyak berjasa dari aspek kebajikan serta memenuhi kehendak rakyat dan bekerja demi faedah bersama,” katanya. - BERNAMA

Makin hari, makin tayus keahlian PKR ni. Sekarang soheh tak sampai lagi 60,000 orang kalaulah daftar keahlian parti dikemaskinikan. Lainlah kalau daftar keahlian PKR tidak pernah di semak.

Macam mana pemimpin mereka berangan-angan terlalu besar hendak menakluki Putrajaya dengan jumlah anggota yang ciput je. Siapa nak pasang bendera sok dalam PRU13. Banyak duit dan dana sekalipun kalau orang dah malu nak usung bendera PKR, nak buat macam mana..

Sejarah cabang PKR dibubarkan dan ahlinya keluar parti telah banyak kali dilaporkan. Habis apa lagi yang tinggal??? Hanya yang masih menaruh harapan. 3,226 keluar parti baca di sini 1,700 orang keluar parti baca di sini. 130 orang keluar parti baca di sini.

Sikit hari lagi akan bertali arus ahli akar umbi meninggalkan Parti Kencing Rakyat ini dengan alasan yang sama iaitu pemimpin hanya pandai berjanji, tetapi tidak tahu menepati janji. Terkini para pemimpin asyik menabur janji sedangkan janji dulu masih banyak yang belum ditunaikan, dah buat janji baru. Ooppp!! terlupa semua janji itu dulu adalah tak sengaja, sebab tak sangka boleh menang.

Kok tak sengajapun bila dah berjanji, tunaikanlah, kuasa dah ada, kalau tak mampu, cakaplah tak mampu, janganlah pusing sana, pusing sini dan jangan buat janji baru..Maluuuuu!!!!

Oh ya, melihat senario kebelakangan ini tidak mustahil PAS dan DAP akan mendesak Nuar dan PKR meninggalkan Pakatan Pembangkang. Jika mereka DAP dan PAS merasakan PKR hanya menumpang kekuatan mereka dan hanya menumpang jentera mereka, maka ada baikmya PKR memilih jalan sendiri. Hahaha..PAS dan DAP tak sanggup lagi memikul biawak hidup. Kecuali dana manyak masyukkkk!!!!

Sebenarnya hanya dengan sedikit kenyataan daripada pemimpin PAS, mengatakan kita tidak mahu bekerjasama lagi dengan PKR, sebabnya bla..bla.. bla..maka akan bertali aruslah respon daripada rakyat bawahan dan akar umbi menyokong tindakan pemimpin mereka itu. Tak percaya cubalah..

Habislah PKR selepas ini. Harus diulangi bahawa pembangkang dapat kerusi lebih pada PRU12 dulu sebab rakyat menunjukan protes, rakyat hendak mengajar pemimpin BN, bukannya sebab pembangkang hebat, bukannya sebab pembangkang mampu memerintah dengan lebih baik. Memang BN di bawah DSN telah banyak berubah...

Sekarang rakyat telah melihat bahawa pembangkang apabila diberi peluang, mereka lebih teruk daripada BN. BN jauh lebih baik, rakyat akan kembali memberikan undi kepada BN kerana 4 tahun sudah cukup terseksa dengan kerenah pembangkang.

No comments:

Post a Comment