Tuesday, July 24, 2012

Macam-macam Cara Nak Cari Duit Raya... Ugut Letak Jawatan Satu Daripadanya..


"Kawan saya menyambut Hari Jadi..."




Ribut tidak anginpun tidak, terdengar desas desus seorang pemimpin politik sibuk nak meletakkan semua jawatan dalam parti. Dengar khabar surat perletakan jawatan sudah dihantar kepada pemimpin atasan pada sehari sebelum puasa bermula. Alasan biasalah.. rasa tak puas hatilah tu. 

Dia ni nak kata seorang pemimpin hebat tidaklah jugak. Tetapi boleh tahanlah kalau bercakap tu. Nak di kira berani sangat tidak juga. Tetapi jika pasal merekasaya cerita dia ni agak kehadapan.

Selalunya orang apabila menggugut untuk meletakan jawatan itu, maka adalah yang dikehendakinya yang belum tercapai. Mungkin dia berhajatkan sesuatu dan salah satu cara untuk menarik perhatian ialah dengan menggembar-gemburkan cerita dia hendak meletakkan jawatan tersebut. Bagi panas..

Ish..ish puasa baru bermula, baru masuk hari ke empat, sudah ada pula orang nak meletak jawatan kerana tak puas hati dengan orang lain. Nak cari duit raya ke bang??? Nak minta orang pujuk ke??

Dengar ceritanya dia ni tak puas hati dengan semua barisan kepimpinan parti. Tak puas hati kerana rasa dipinggirkan oleh pemimpin lain. hahaha... alasan. apa lagi.

Tak ada peluang hendak berceramah dengan Ummi Hafilda ke atau tak dapat satu pentas dengan Abby Abadi??.

Atau risalah sudah mula tidak laku, lalu buat gimik hendak melepaskan semua jawatan dalam parti dengan harapan akan ada sumber lain pulak mari nanti.

Itulah sedikit kisah politik yang Jokiden dengar di awal Ramadan ini. Sama-samalah kita tunggu perkembangan kisah 'pemimpin' politik yang mungkin nak mencari duit raya ni. Mungkin dia akan panggil sidang akhbar dalam waktu terdekat kelak bagi mengumumkan hasratnya melepaskan jawatan dalam parti. 

Pelik juga di saat ada tokoh UMNO digembar gemburkan untuk melompat parti ke PKR pada 29 Julai ini, ada pulak pemimpin politik yang nak letak jawatan. Kita tengok je lah.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"