Ketika posting ini mula di tulis, 5 Mei 2013, jam 10.49 pagi Jokiden dan isteri masih belum mengundi. Anak-anak Jokiden sudah kembali dari menunaikan tanggung-jawab mereka dan mereka mengundi untuk DUN Lenggeng dan Parlimen Seremban.
"macam mana nak hilangkan dakwat ni ayah..dah banyak kali dah basuh ni" tanya mereka. "tak apalah dakwat tu akan hilang sendiri.." Jokiden menjelaskan.
Jokiden dapati dakwat yang dicalit ke jari mereka sangat tebal, pekat dan hitam. Mereka sangat gembira dan ceria kerana dapat mengundi dan bangganya mereka memberitahu bahawa mereka telah mengundi BN.
"Siapa kata orang muda tidak bersama BN,.." kata saya kepada isteri.
Segera terlintas di gambaran Jokiden tentang rakan-rakan rapat yang Jokiden ketahui pendirian politik mereka. Tentulah mereka juga merupakan pengundi BN dan anak-anak mereka juga pastinya mengundi BN.
Terbayang wajah seorang rakan baik bernama Rosli Ahmad tinggal di Taman Paroi Jaya, DUN Sikamat dalam Parlimen Seremban, yang siang malam mengikuti Jokiden berkempen, tentunya mengundi BN. Begitu juga dengan anak-anaknya.
Pada banyak kali selepas menghantar dia balik kerumah selalunya, lewat dinihari dan dalam perjalanan balik ke rumah Jokiden kerap terjumpa anak-anak Rosli masih gigih memasang poster dengan kawan-kawannya. Jasamu tetap dikenang.
Pada pagi ini subuh-subuh lagi Rosli telah datang ke rumah Jokiden kerana dompet duitnya tertinggal dalam kereta Jokiden. "kang tak dapek ngundi kang" Banyak kali dompet duitnya tertinggal dalam kereta Jokiden kerana dia selalu mengeluarkannya dari poket setiap kali hendak singgah bersembahyang. Dia dan keluarganya pasti memberikan 6 undi kepada BN. Bapanya borik anaknya rintik.
Terlintas juga di bayangan, rakan-rakan Jokiden yang diketahui tidak bersimpati dengan BN. Diantara mereka ada yang telah bersara, ada yang masih bekerja dan berjawatan tinggi samada dalam kerajaan ataupun swasta. Jokiden bayangkan dia dan isteri serta keluarganya tentulah mengundi parti yang mereka sokong. Itulah demokrasi di Malaysia di mana tidak ada orang akan mempengaruhi undi kita.
Sampai di sini dulu Insyaallah Jokiden dan isteri hendak kembali ke kampung untuk mengundi. Jaraknya agak jauh iaitu kira-kira 90 kilometer dari rumah Jokiden. Semuga kami selamat sampai. Untuk kesekian kalinya Jokiden berdoa agar BN mencapai kemenangan dalam PRU13 ini.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI PAKATAN.
Bila nampak dakwat kat jari , pasti dalam hati maki Ambiga/ Bersih kerana dia nak sangat dakwat seripa macam India.
ReplyDeleteMana dia 2/3 mejoriti yg tuan analisis dulu?
ReplyDeleteOrang bodoh takda otak jer yg sokong BN ... biar BN rompak lagi hasil ekonomi Malaysia ;)
ReplyDelete