Saturday, June 2, 2012

Jagalah Hati Dan Perasaan Mereka..



Dilaporkan di TV malam ini ialah sebanyak 688 orang ahli PAS di Bahagian Larut telah keluar PAS dan menyertai UMNO. mereka menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO kepada YB Datuk Hamzah Zainuddin.

Sedap hati dan sejuk mata memandang mereka. Mereka telah sedar dan insaf yang hanya UMNO memperjungkan Islam dan membela orang Melayu. Jumlah tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ada Cawangan UMNO hanya mempunyai keahlian dalam 160 orang. Bermakna sekurang-kurangnya 3 Cawangan baru UMNO boleh ditubuhkan dengan penghijrahan tersebut.

Datuk Hamzah Zainuddin ternyata gembira dan teruja menerima kemasukan tersebut. Mereka memberikan alasan sebab PAS bekerjasama dengan DAP dan mereka tidak dapat menerimanya, lalu keluar parti. Apapun alasan mereka meninggalkan PAS dan menyertai UMNO adalah perkara kedua. Yang penting PAS kehilangan sebilangan ramai penyokong dalam satu masa.

Sering juga kita baca kisah ahli parti lain yang keluar parti dan menyertai mana-mana parti komponen BN yang lain. Tahniah dan syabas kepada tindakan berani mereka.

Cuma yang hendak Jokiden sarankan ialah supaya ahli UMNO di bahagian yang berkenaan jangan sekali-kali meminggirkan mereka yang datang kemudian ini. Terima mereka seadanya dan layan mereka serta bawa mereka ke dalam semua program anjuran UMNO.

Jika boleh beri mereka peranan yang sewajarnya supaya mereka merasakan kemasukan mereka dihargai. Kita harus ingat mereka itu seperti orang mualaf, yang baru meninggalkan agama asal dan memeluk Islam.

Jika tidak kena cara didikannya mualaf-mualaf tadi mungkin kembali semula ke agama asal mereka. Orang UMNO mesti berjiwa besar dan menerima ahli baru seperti menerima ahli lama.

Jumlah 688 orang bukannya sedikit. Jika mereka dapat mempengaruhi keluarga terdekat, jumlah yang akan mengundi UMNO/BN mungkin menjadi 3 kali ganda.

Pertahankan mereka sekiranya menerima ejekan serta sindiran daripada rakan-rakan parti lama mereka. Tunjukkan dan buktikan kemasukan mereka ke dalam UMNO lebih membawa kebaikan daripada keburukan. Semuga akan lebih ramai lagi ahli PAS keluar parti dan menyertai UMNO. Tahniah Datuk Hamzah.

Friday, June 1, 2012

Biar Betul Ni..Haji Hadi Juga Cakap..Langkah Mayat Aku Dulu..


"Dengar baik-baik kawan aaa.. itu PM, Melayu Islam jugak." "Siapa??".."Akulah.."
"Nuar macam mana??" "Dia tak layak.. tengok video di bawah:"
 

Video ini juga ada di blog House PK.

PM tetap Melayu Islam jika pakatan pembangkang tawan Putrajaya - Hadi Awang


ALOR SETAR 1 Jun - Perdana Menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.

"Kita berasas kepada resolusi pakatan rakyat, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan.

"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu, kita bergerak atas tapak itu, kita tak mahu gopoh," katanya pada sidang media sempena "Himpunan Hijau Ke Putrajaya" di Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga pernah mengatakan tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri kerana menerima realiti jawatan tertinggi itu adalah khusus untuk bangsa Melayu beragama Islam. (Itu yang dia cakap Mustapha oii.. yang dalam hati dia.. dialah akan jadi PM)


"Dalam perlembagaan tak sebut sapa-sapa... itu semua orang tahu, tapi dari segi realitinya itulah... kita (pakatan pembangkang) sepakat Perdana Menteri mesti Melayu Islam," kata Mustafa.


Turut hadir pada himpunan itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak. - BERNAMA


Hah macam tu lah wahai Tuan Guru, baru boleh digelar anak jantan. Tetapi mesti ingat jumlah kerusi yang PAS tandingi mestilah lebih banyak daripada yang PKR tandingi. Jika PKR lebih kerusi besok susah juga. Jika DAP pulak banyak menang kerusi Parlimen, susah juga tuan guru nak memberontak kelak.

Katalah PAS menang 28 kerusi, PKR menang 24, (Melayu campur bukan Melayu ) dan DAP menang 60? macam mana?. Dalam demokrasi berpalimen DAP lah yang layak menjadi PM.. betul tuan guru.. Terima jelah.. Tak perlu nak langkah-langkah mayat. DAP pun kan lebih baik dari UMNO?? DAP kan lebih baik dari syaitan dan DAP kan lebih wangi?? DAP kan rakan karib, terima je.. DAP kan mengamalkan corak pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz?? Dalam Perlembagaan memang bolehpun.

TPM baru lantik orang Melayu yang nak mengiringi dan menasihati Raja dalam soal-soal agama. Kalau Raja masih adalah.. Tapi DAP dengan 60 kerusi masih layak memegang jawatan TPM. Kalau macam itu PAS atau PKR settle dengan TPM 2 cukuplah..

Oh ya.. DAP tak mungkin boleh menang sampai 60 kerusi Parlimen jika tanpa bantuan PAS..jadi tepuk dada tanya seleralah Tuan Guru..


Himpunan Hijau PAS..Siapa Yang Ingin Dikenen..??

Mungkin dengan kehadiran Srikandi baru Aisyah..sambutan mungkin begini.. Mat Sapu pula mungkin di larang berucap malam ini.

 
Ini pasti ada.. derma untuk jihad, tabung pilihanraya dan juga derma untuk lebuh raya rakyat.
 Mahpoozzz kena tubuh taskforce untuk mengira duit malam ini. 

"Stadium ini kita punya sekarang, kita boleh buat perhimpunan di sini. Dulu kita buat perhimpunan di belakang rumah, depa halau kita.."

Itu antara kata-kata Azizan dalam usaha untuk membakar semangat pendokong tegar PAS supaya datang berhimpun pada hari ini mulai jam 4.30 petang membawalah ke malam dengan pelbagai program Baca di sini dan di sini

Tidak pasti pemimpin pembangkang yang lain akan turut hadir atau tidak. Nuar diwar-warkan akan berceramah di Sikamat Seremban, jam 9.00 malam ini. Hebahan telah dibuat sejak dua hari lepas. Tetapi Nuar ni boleh tetiba je beralih arah. Jika kehadiran di Sikamat tidak memberangsangkan dia boleh saja cabut ke Stadium Darul Aman malam ini. Terloponglah orang Sikamat menunggu dia. 

LGE dekat, bolehlah hadir melainkan dia ada dinner dengan ayah angkat dia di Singapura. Dia selalu ke sana setiap hujung minggu.

Ada yang kata perhimpunan ini untuk mengembalikan semangat penyokong yang telah semakin luntur dikalangan rakyat. Ada yang kata ingin menguji pengaruh Azizan samada masih boleh bertanding lagi atau tidak.

Jokiden juga merasakan perhimpunan ini akan menjadi kayu ukur kepada kedudukan PAS dalam pakatan haram. Jika ramai yang hadir walaupun dengan menggunakan bas dari seluruh negara, maka Nuar dan LGE akan terkedu. PAS masih cukup jentera. PAS masih boleh ek dan berlagak. Karpal Sinki jangan  cakap banyak, lebih baik duduk diam..

Jika tidak ramai, PKR dan DAP akan merasa gundah gulana pulak kerana rakan sekongkolan mereka telah mula goyah lebih-lebih lagi di negeri yang mereka perintah.

Juga jika ramai yang datang, UMNO/BN kena bekerja lebih keras dalam PRU13 akan datang. Kita sama-sama saksikan. PAS ingin kenen semua pihak malam ini, PKR, DAP dan UMNO/BN.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

RAJA YANG TIDAK BERGAJI...NIZAR PATUT RASA MALU..

Inipun rakyat masih tidak lupa bagaimana Nizar pada mulanya tidak mahu memulangkannya kepada kerajaan Negeri setelah tidak menjadi MB lagi..

Dr Mohd Asri dalam twitter nya mengatakan bahawa golongan istana atau raja bukanlah golongan yang tidak boleh ditegur. PAS nampaknya seronok dengan kenyataan Dr Asri dan Harakah tidak segan silu memetiknya.

Soalnya bukan tidak boleh menegur raja, cuma cara berkomunikasi dengan Raja ataupun Sultan mestilah dengan lebih tertib. Apa yang Nizar lakukan dan hebahkan ke seluruh dunia, bukanlah menegur atau memberikan pandangan peribadi beliau terhadap Sultan Johor tetapi sebaliknya hendak memperlekehkan Sultan. Patutnya dia mohon untuk derhaka dahulu sebelum menulis di twitter nya seperti yang pernah dia pohon pada Sultan Perak suatu ketika dahulu.

Baginya tindakan Sultan Johor membeli nombor WWW 1 dengan harga tertinggi tersebut seolah-olah Sultan tidak tahu membelanjakan duit. Baginya apa faedah nombor tersebut dan duit yang besar jumlahnya itu lebih baik digunakan untuk perkara yang 'lebih penting' dan dalam hal ini dia mencadangkan alangkah baiknya duit itu digunakan untuk fakir miskin. 

Itu maksud sebenar Nizar ni. Dia mengharapkan agar orang ramai bersetuju dengan dia, malangnya reaksi yang beliau terima adalah sebaliknya dan dia mulalah mencari jalan keluar. Nak mengatakan akhbar tersalah lapor tak mungkin pulak. Nak kata tersalah petik tidak juga kerana apa yang dia tweet itu amat jelas dan nyata. Bukannya sekali, tetapi diulang semula.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tengku Makhota Johor ternyata murka dengan sindiran Nizar. Baginda sendiri tidak pernah mencampuri urusan peribadi dan kehidupan seharian Nizar selama ini. Apa hal pulak Nizar hendak mengajar baginda pula dalam hal-hal yang tidak ada kena mengena dengan beliau.

Kalau seseorang sudah tidak boleh lagi membelanjakan duit sendiri dan semuanya kena tanya Nizar dahulu sebelum melakukan sesuatu susahlah jadinya. LGE lagi susah nanti setiap kali hendak menaiki pesawat mewah atau hendak melakukan rawatan muka dengan kos puluhan ribu, terpaksa pula merujuk kepada Nizar terlebih dahulu.

Itu nasib baik Baginda Sultan dan DYMM SPBYDA menyertai tender. Kalau Baginda menulis surat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan mohon nombor secara percuma, maka sudah tentulah Nizar akan lebih meroyan dengan mengatakan hasil kerajaan telah hilang akibat nombor-nombor tersebut tidak di tenderkan.

Mulalah Nizar akan mengatakan duit rakyat hilang berjuta-juta dan dia akan mengatakan nombor WWW 1 dan WWW 5 tersebut senang-senang boleh dijual dua tiga juta. Pasti dia akan pusing ke arah itu kerana dia memang suka mencari salah silap orang lain, kecuali salah silap diri dia...

Kalau rakyat masih ramai yang kais pagi makan pagi maka itu sebahagian daripada tanggung-jawab Nizar selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk menyelesaikannya. Jika rakyat masih tidak ada rumah kos rendah itu juga menjadi tanggung- jawab Nizar untuk memperjuangkannya. Itu amanah yang dia terpaksa pikul sebagai pemimpin yang dipilih.

Tinggal beberapa bulan lagi sebelum PRU, Nizar masih ada elaun ADUN dan elaun Parlimen yang dia terima setiap bulan. Apa salahnya kalau semua elaun tersebut di sedekah jariahkan kepada rakyat yang memerlukan. Kalau sudah melakukannya baguslah. Jika belum dan semua duit itu yang berjumlah berpuluh ribu sebulan habis dibelanjakan untuk kegunaan sendiri, maka elok sangatlah selepas ini diberikan pula kepada rakyat di kawasan dia.

Jika tidak berbuat demikian Nizar harus mengurung dirinya di rumah selama sebulan dan jangan bertemu dengan rakyat kerana dia wajar merasa malu apabila semua kerabat Diraja Johor tidak mengambil gaji sejak dahulu lagi.  Malah semasa Sultan Iskandar menjadi Yang Dipertuan Agong pada tahun 1984 dahulu, baginda juga tidak mengambil gaji. Semua gaji Baginda dijadikan biasiswa untuk rakyat Baginda. Benar seperti yang Tengku Makhota nyatakan tersebut.

Tan Sri Sanusi Junid pernah menulis pada 25/1/10. Nizar harap baca yang ini:

 
25/1/10
RAJA YANG TIDAK BERGAJI
14. Saya pernah bertanya KDYMM Tuanku atas sebabnya beliau mahu menjadi Agung sedangkan Sultan Johor sebelumnya telah mengelak dari menerima jawatan ini apabila sampai gilirannya. KDYMM Tuanku telah memberitahu saya bahawa 'aku bukan mahu pangkat ..... duit pun tak perlu .... semua gaji dan elaun YDP Agong aku tak ambil .... aku derma untuk biasiswa .... ' seterusnya beliau menyebut satu ayat, yang saya masih berteka-teki maksudnya, sampai ke hari, ini iatu 'jika aku boleh tunggu bertahun-tahun untuk dapat jawatan kenapa orang lain tak boleh tunggu?' Kerana kemangkatannya maka saya tidak mempunyai kesempatan untuk bertanya erti ayat ini.

GEMAR LAGU KERONCONG

19. Dalam perjalanan seterusnya, sambil memandu dengan penuh yakin, KDYMM Tuanku pun menyanyi sebuah lagu keroncong yang tidak begitu jelas senikatanya kepada saya. Saya komen 'Tuanku suka keroncong.' 'Favourite aku Julie Sudiro dan Yusni Hamid ...... macam mana suara aku?' Saya menjawab 'lebih baik Tuanku terus jadi Sultan sahaja dan jangan buat kerja lain.' 'Jadi tak sedaplah suara aku.' ' I did not say that Tuanku.' 'Aku pun tahu ...... aku suka kau jujur dan ikhlas ..... jangan macam Mat Bulat ... dia kata aku boleh jadi recording artis ... dia nak ampu aku....' Tidak hairanlah bila saya nampak Julie Sudiro terduduk letih di atas lantai di belakang barisan tempat duduk keluarga di Raja dalam dewan bersemayam di hari pengkebumian.

  

Thursday, May 31, 2012

Durian Runtuh Lagi.. Mazlan Aliman Terus Meroyan


IPO kedua terbesar di dunia selepas Facebook..


Mazlan Aliman nak peneroka kekal begini ke selamanya..?

Tak habis lagi orang-orang PAS dan PKR ini nak meroyan dan menghasut peneroka FELDA supaya jangan bersetuju dengan Penyenaraian FGVB. Mereka tergamam apabila hari ini Perdana Menteri mengumumkan bahawa 'Durian' akan runtuh lagi pada 7 julai ini khas untuk para isteri peneroka pula. Mereka akan menerima sebanyak RM5,000.00 seorang.

Cemburu sangat mereka sekiranya peneroka menceburi bidang koperat. Sekarang inipun beribu-ribu peneroka yang dikejar oleh pihak bank atas pelbagai sebab seperti pinjaman peniaga kecil dan pinjaman kenderaan.

Berjual beli saham memanglah ada pasang surutnya, Harga saham boleh naik melambung dan boleh juga merudum mengikut harga pasaran. Saham FGVB IPO yang kedua terbesar di dunia selepas saham Face Book juga tidak terlepas daripada senario tersebut.

Namun pemilikan peneroka secara individu ini juga akan dipantau oleh pihak FELDA dan kerajaan. Walaupun ada risiko, namun jika pelabur berhati-hati mereka pasti untung. Lainlah jika pembangkang mengajak rakan sekongkol mereka daripada negara luar untuk turut menjahanamkan harga saham FELDA kelak. Mereka kan banyak dana yang boleh digunakan.

Mudah sahaja, peneroka boleh membeli beberpa lot saham dengan menggunakan duit Durian Runtuh mereka sekiranya tidak mahu terlibat dengan sebarang pinjaman. Pinjaman hanya bagi mereka yang berjiwa besar sekiranya ingin mempunyai pegangan saham yang lebih besar.

Jika harga tawaran sekitar RM4.10 seunit, apa akan terjadi dalam masa singkat saham Felda meningkat kepada RM21.10. Tidakkah masa itu orang yang tidak mempunyai saham akan gigit jari melihat rakan-rakan mereka yang telah membeli saham tersebut.

Berhentilah menghasut, biar peneroka membuat keputusan sendiri. Siapa berminat beli, siapa yang tidak berminat, jangan beli. Kan mudah begitu. Tanggung jawab pembangkang telah selesai dengan penjelasan yang tidak putus-putus sejak beberapa tahun lalu.

Mengatakan tanah 10 ekar dan tanah tapak rumah akan tergadai akibat pinjaman bank, banyak sangat ke peneroka nak membuat pinjaman tersebut??. Nilai tanah milik peneroka sekarang ini busuk-busukpun lebih RM setengah juta setiap orang.

Seperti juga dengan Skim Amanah Saham Nasional, bank menyahut saranan kerajaan supaya menyediakan kemudahan pinjaman kepada sesiapa yang ingin membelinya. Siapa nak ambil, siapa tak nak jangan ambil. Eloklah Mazlan Aliman mencari isu lain untuk berkempen di mana-mana Felda dalam negara ini. Peneroka juga ingin merubah hidup mereka.

Untuk makluman Mazlan Aliman, berjuta lagi yang akan rugi sekiranya saham FGVB ini merudum kelak, peneroka sedikit sangat yang terlibat. Yang besar ialah ahli KWSP, Tabung Haji, PNB, PUNB, LTAT, Ahli Koperasi, Khazanah dan juga kerajaan-kerajaan negeri.

FGVB ni samalah dengan syarikat milik kerajaan yang telah tersenarai di BSKL seperti Bank Islam, Petronas dan lain-lain. Berdoalah untuk kejayaannya. 

Penutupnya, peneroka nak percaya cakap ANAK dan Mazlan Aliman atau kata-kata kesungguhan Perdana Menteri..???

Saham rugi, tanah peneroka boleh tergadai
Khairil


TEMERLOH: Seorang peguam menegaskan, peneroka-peneroka Felda yang membeli saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) boleh kehilangan tanah ladang mereka kerana telah menandatangani borang tanggung rugi.

Harris Abdullah yang baru saja memenangi kes injunksi 154 peneroka daripada Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang bank memproses dokumen pinjaman, berkata ia boleh dilakukan melalui pelaksanaan penghakiman.

“Kita tahu proses pembelian saham oleh peneroka ialah melalui pinjaman bank dan peneroka telahpun menandatangani borang tanggung rugi yang telah diedarkan melalui pejabat-pejabat Felda baru-baru ini.
 
 
“Semua faham bahawa mana-mana saham tidak akan berada di puncak selama-lamanya dan potensi untuk harganya menjunam pun ada juga. Jadi apabila harga saham jatuh peneroka kerugian dan bank tidak akan berdiam diri.
 
 
“Jadi lazimnya bank akan menjalankan empat peringkat tindakan bagi menuntut semula wang pinjaman iaitu saman pemiutang, bankrapsi, sita rumah serta jual asetnya dan perintah larangan pemilikan harta oleh insolvensi,” jelasnya.
 
 
Tambahnya, pada ketika itulah tanah 10 ekar ladang peneroka dalam tanah rancangan boleh tergadai akibat hutang pembelian saham yang tidak mampu dibayar.
 
 
Harris berkata demikian dalam program Taklimat dan Dialog Isu Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia & Borang Hutang Bank Peneroka di Kerdau, dekat sini.
 
 
Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada AJK, Perhubungan PAS Pahang, AJK PAS Kawasan-kawasan, Jentera Penerangan, aktivis peneroka dan pengamal-pengamal media baru hadir.
 
 
Selain Harris, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut berucap.
 
 
Harris menjawap soalan daripada peneroka sebelum itu apakah risiko terhadap peneroka yang telah menandatangani borang tanggung rugi tersebut.
 
 
Sementara itu pada 23 Mei lalu seramai 154 orang peneroka berjaya mendapatkan injunksi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka.


 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Maklumat Akaun Peribadi Nurul Izzah Di Bocorkan...

Bekas orang kuat Nuar...cakap mereka kita boleh percaya..


Walaupun kes Rafizi dengan Public Bank ini merupakan kes terpencil, namun jika tidak diberi perhatian, maka akan ada pihak lain yang mengambil mudah perkara tersebut dan atas tujuan-tujuan tertentu penyata bank pelanggan mudah dibeli oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Suatu ketika dahulu orang-orang 'kaya' atau banyak duit akan menyimpan wang mereka di Swiss Bank, kerana bank di negara tersebut terkenal dengan kerahsiaannya. Mereka akan rasa terselamat dan kekayaan mereka tidak mampu didedahkan oleh sesiapa sahaja.

Ada juga rakyat Malaysia khabarnya menyimpan wang di Bank Israel. Mereka mempunyai akaun di situ kerana jumlah simpanan mereka terselamat kononnya dan tidak dapat diketahui.

Ramai juga rakyat negara ini yang menyimpan duit mereka di Bank-bank di Singapura dan Brunei semata-mata untuk mengelak diketahui oleh orang lain.

Jika saranan YB Zahrain Hashim tidak diambil berat dan tanpa arahan mahkamah, maka ada kemungkinan kaki tangan bank akan mudah membocorkan maklumat peribadi pelanggan hanya dengan sedikit imbuhan.

BAFIA perlu dipertahan sebelum krisis besar


KUALA LUMPUR 30 Mei - Semua pihak yang terlibat dalam industri perbankan negara perlu bertindak serius mempertahankan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 sebelum ia mengundang krisis yang lebih besar.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, berkata, negara akan berdepan pelbagai masalah jika maklumat peribadi pelanggan boleh dijual beli oleh sesiapa sekali gus membantutkan usaha kerajaan dalam mencapai negara berpendapatan tinggi.

Ini kerana, katanya, bank merupakan institusi terpenting dan asas kepada matlamat itu dan ia tidak mungkin akan tercapai sekiranya kedudukan dan nama baik bank-bank di Malaysia terjejas.

''Pendedahan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli mendedahkan maklumat- maklumat sulit dan rahsia perbankan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) merupakan permainan politik yang tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan wadah perbankan negara.


Katalah tanpa arahan mahkamah seseorang itu dengan mudah mendapatkan maklumat akaun peribadi orang tertentu, maka ia boleh digunakan untuk menjatuhkan atau mengaibkan seseorang.

Apa akan berlaku sekiranya ada orang dengki terhadap Papa Gomo dan ingin mendedahkan kepada umum baki terkini dalam akaun beliau dan didapati jumlahnya tidak sampai RM31.05 tentu Gomo merasa tidak senang. Begitu juga tanpa arahan mahkamah, seseorang itu dengan bantuan kaki tangan bank dapat pula melihat baki terkini dalam akaun Neelofa berjumlah RM3.105.001.20 sudah tentu negara akan menjadi huru hara nanti.

Jadi seperti saranan YB Dato' Seri Zahrain ini, semua pihak harus memandang serious tentang perkara ini dan penulisan panjang lebar juga tidak perlu memandangkan setiap orang faham. Jangan disebabkan Nuar dan Pakatan Haram, semua benda yang tidak boleh dibolehkan. Jangan disebabkan Nuar, semua benda yang tidak wajar diwajarkan.

Atau kisah Rafizi dengan Bank Negara dan Public Bank ini hanya hendak mengesahkan lagi betapa talibarut Nuar masih berada di mana-mana. Musuh dalam selimut kepada kerajaan dan gunting dalam lipatan.

Bukan Anwar Ibrahim, Bukan Khalid Ibrahim..Tetapi Zaid Ibrahim..

"You nak jadi PM??..kan I dah suruh you bertaubat..?"


"Kito..tigo-tigo angkeh sumpah jadi PM, solosai.."

   

Sibuk juga kedengaran sejak kebelakangan ini isu tentang siapa yang akan menjadi Perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menguasai Putra Jaya. Ianya semakin menarik apabila Tengku Aziz membuat kenyataan akhbar semalam tentang kemungkinan yang akan berlaku.

Pemimpin UMNO/BN dan bloger juga ada menimbulkan perkara ini sepintas lalu. Sebaiknya isu kabinet bayangan ini tidak usah ditimbulkan sama sekali. Biarkan isu tersebut menghantui mereka dan jangan memberi mereka peluang untuk menyelesaikan isu tersebut sehingga PRU13 tiba kelak. Tidak ada kabinet bayangan pakatan, lagi bagus untuk BN. Jika ada susah pulak nak mencari pro dan kontranya nanti.

Namun untuk bahan perbincangan Jokiden juga ingin tompang semangkuk dalam isu ini. Pertamanya doa Jokiden sumuga semua itu tidak berlaku. Mintak disiahkan daripada berlaku. Andainya berlaku juga maka beberapa senario mungkin terjadi.

Dalam percaturan DAP, secara halus dan tersembunyi, apa yang mereka suratkan adalah tidak sama dengan apa yang tersirat di sanubari mereka. Agenda kempen mereka sudah tentu PM dari DAP, ini adalah 200%. Samada keadaan mengizinkan atau pun tidak adalah soal kedua.

Dalam percaturan PKR pula PM adalah Nuar Brahim, tidak akan ada orang lain. Cuma dalam semangat bekerjasama mereka tidak boleh meminggirkan DAP atau PAS.

Bagi PAS pula PM ialah Hj Hadi Awang, tidak ada yang lebih layak. Namun untuk menjaga keharmonian sesama mereka, kata sepakat seolah-olah merujuk Nuar Brahim sebagai Perdana Menteri. PAS kini buat bodoh je..macam mereka bersetuju Nuar Brahim menjadi Ketua Pembangkang walaupun jumlah kerusi sudah berkurangan.

Pembangkang akan memenangi 112 kerusi Parlimen dalam PRU13 akan datang. Itu sudah maksimum. Kalau mahu lebih kenalah beli dari BN.  DAP 38, PKR 37 dan PAS 37. Dalam negara demokrasi berpalimen, parti mana yang memperolehi kerusi yang lebih pemimpinnya akan dijemput oleh Presiden untuk mengangkat sumpah jawatan. Dalam kes Malaysia DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agonglah yang akan membuat jemputan.

Logiknya jika angka atau jumlah di atas diambil kira maka Perdana Menteri ialah dari DAP. LGE akan mengangkat sumpah memegang jawatan. Nuar dan Hj Hadi setuju ke?? soheh tak setuju. Mereka akan mula membangkitkan isu Melayu, penduduk Melayu. Ahli parlimen PKR bukan semuanya Melayu, sebaliknya Cina ada, Indiapun ada. Jika dicampurkan jumlahnya mungkin juga akan sama banyak antara Melayu dan bukan Melayu.

Apa pilihan yang mereka ada??. Semua tiga orang ketua parti tadi, pakai songkok dan tiga-tiga sekali angkat sumpah. Maknanya Malaysia akan ada 3 orang Perdana Menteri, Perdana Menteri 1, jaga FELDA dan Pertronas, Perdana Menteri 2 jaga JAKIM dan Tabung Haji, Perdana Menteri 3 jaga JKR dan KDN. boleh ke??

Kemudian Timbalan Perdana Menteri akan ada 3 orang juga, ini tidak menjadi masalah, 6 orang pun boleh. Jika DAP berkeras ingin jadi PM, PKR dan PAS akan tarik diri. Mampus pakatan. Jika Nuar berkeras nak jadi PM, PAS dan DAP pulak membawa diri. Mampus juga pakatan. Jika PAS pulak berkeras nak jadi PM, DAP pulak menarik diri.. lagi sekali mampus pakatan.   


Di sinilah secara tiba-tiba muncul Zaid Ibrahim dengan Parti Kita nya. Dia menang di Kota Baru dan 4 lagi di tempat lain. Dia setuju bergabung dengan syarat DIA mesti jadi Perdana Menteri. Kira-kira macam syarat Puteri Gunung Ledanglah tu.

Apapun sebelum semua itu menjadi kenyataan, kena langkah dulu mayat ayah mereka iaitu IBRAHIM ALI.. ada berani?? 

Posting ini untuk berlawak bolehlah, secara seriousnya, mood rakyat sekarang ialah menyokong BN. Pada PRU13 dulu rakyat beralih angin sekejap kerana rasa marah pada kerajaan Pak Lah yang tak boleh langsung ditegur. Semua pihak ingin 'mengajar' BN ketika itu sebab mantan Perdana Menteri Tun Mahathir berkata, jika tak boleh tegur dari dalam rakyat kena tegur melalui peti undi.

Itulah yang berlaku, sehinggakan pegawai kerajaan yang tidak mendapat bonus pada saat akhir hendak membuang undi, harga minyak naik dan Robert Kuak menaikan harga gula, lalu rakyat melepaskan geram di peti undi. Yang masih bersama BN ketika itu ialah penyokong tegar BN.

UMNO/BN sedar tentang perkara itu. PKR, PAS dan DAP juga sedar. Jika bukan sebab rakyat berasa marah, masakan budak vidoe klip itu boleh menang di Kelana Jaya. Kini situasi sudah kembali pulih. Mana-mana pemimpin parti komponen BN yang kembali bertanding di kawasan Melayu, mereka juga akan menang kelak. tengoklah.

Contohnya jika Presiden MIC bertanding di Sungai Siput kali ini, dia akan menang. Jika Dr Mahathir bertanding di Permatang Pauh, Dr Mahathir juga akan menang.

Siapa PM mengikut pandangan Brojinggo Baca sini

Duit Rayat Digunakan Lagi Untuk Projek Yang Tidak Berfaedah...??


Ini Jokiden copy and paste dari blog:  http://blog.malaysia-asia.my/2012/05/malaysia-airlines-a380-plane-first.html untuk tujuan rekod.
30 May, 2012
 
Malaysia Airlines A380 Plane First Landing at KLIA



Malaysia Airlines A380 Plane First Landing at KLIA took place at about 3.45pm on the 30th May 2012. This was indeed a historical moment for the company as it has been quite some time since the purchase of these six planes. This is also the first of the six planes that made its inaugural flight from Toulouse in France to KLIA, Malaysia. As many of the airline staff and technicians were patiently waiting out at Hanger 6 in KLIA, I made my way u[p the 30 feet scaffolding to secure a nice spot to capture the first few pictures of the A380.

 
Malaysia Airlines A380 flying by KLIA

The scheduled landing for the Malaysia Airlines A380 was set at about 3pm that day.While we waited it out in the hot sun, a false alarm was witnessed as an Emirates Airline A380 came in for landing. The anxious crowd started to clap until noticing the tail fin of the plane. A new timing was announced that the Airbus A380 would be landing at about 1530 pm. Plane spotters who were specially invited made their way up an even higher scaffolding to get the best spots and unfortunately with my leg cast and crutches, I could only make my way up the 30 feet scaffolding.

Malaysia Airlines A380 coming in for landing at KLIA

The Malaysia Airlines A380 was initially seen from a distance. With my zoom lens, I took a picture and zoomed in. Yes, it was the plane and it came in majestically. The pilot had radioed the control tower to say that they were going to do a 'Fly Pass' where the aircraft will come in low and fly pass the airport. After the fly pass, the plane made a circle and came in again. Landing gears down, she glided slowly and vanished behind the hanger to land on Runway 32R. The pictures above were taken with a 300mm zoom lens just before the A380 landed.

The Airbus A380 taxing towards Hanger 6 at KLIA

After landing, the A380 taxied its way towards Hanger 6 where everyone was waiting. A crowd of almost 500 people had gathered for this memorable moment in the airlines history. You could see Malaysia Airlines staff, technicians, pilots and even security people eagerly awaiting the arrival.

Crowd approaching the first landing of the A380 outside hanger 6

Finally the A380 makes a full stop outside Hanger 6 and the crowd applauds while making their way towards the aircraft. By then, the Plane Spotters had already climbed down the scaffolding and blended in with the crowd. As for me, I stayed up on my scaffolding due to mobility issues. So I continued with taking pictures from up there as the weather was simply beautiful.

Malaysia Airlines A380 First Flight landing at Hanger 6, KLIA

First passenger out of the A380 at KLIA

A stair ramp was pushed to the main aircraft door while the crowd had gathered around the mammoth plane. Ground crew who have been waiting for this day brought out their mobile phones and cameras, happily snapping away. And then the main aircraft door opens to a cheering crowd. The first passenger comes out with two Malaysia Airlines flight attendants with two thumbs up. Cameras snap away as a red carpet awaits the special passengers.

Crowds were seen posing in front of the aircraft taking pictures and some even with iPads. Eventually it got so hot up on the scaffolding, I slowly made my way down to head towards the aircraft. As I got closer, I started to reminiscence about the time I was at the factory in Toulouse, France where I stood under the belly of this same plane. The white colour looks so clean compared to the green that I saw in the factory


Jokiden bangga dengan pesawat ni. Tak tahulah bilo dapek naik..Apapun tahniah MAS. harap Nizar J tidak meroyan sekali lagi dengan ketibaan pesawat ini.

Wednesday, May 30, 2012

Yang Ini Tak Boleh.. Yang Ini Boleh....


Yang ini tidak boleh


Yang ini boleh kot..?? 99.99% tulin..


Yang ini takkan tak boleh.. rakyat kena bagi tahu, kalau pakatan memerintah beginilah nasib polis trafik.


SPR telah membuat peraturan baru bahawa gambar-gambar berbentuk karikatur tidak dibenarkan sebagai bahan kempen. Habislah salah satu modal pembangkang. Mereka ada Zunar yang selalu melukis watak-watak tokoh UMNO/BN dan memperlekehkan mereka dengan pelbagai sindiran yang tidak masuk akal. Banyaklah pakatan rugi kerana mereka telah banyak menempah poster dan baner dari luar negara ni.

Bila kartunis UMNO/BN pula yang melakukannya, maka sepantas kilat mereka menuduh itu sebagai satu penghinaan. Kadang-kadang kita merasa loya dengan perangai pembangkang yang tidak tahu diuntung ini.

Video atau VCD tidak pasti pulak, samada boleh atau tidak boleh. Video yang tulinlah, bukan video yang di cetak rompak.

PRU-13 larang kempen karikatur

 

JOHOR BAHRU 30 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dilarang memasang poster atau banting yang memaparkan karikatur individu atau personaliti.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana bahan kempen seperti itu adalah perkara menyindir, tidak serius, budaya tidak baik serta memperlekehkan seseorang sekali gus tidak sesuai digunakan pada kempen pilihan raya.

Menurutnya, SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk melaksanakan perkara tersebut termasuk menanggalkan atau menurunkan mana-mana poster atau banting seumpama itu.

"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kita tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang dan jika kita dapati ada berlaku perkara seperti itu, SPR tidak akan benarkan.

"Jadi, SPR akan memberi tumpuan kepada bahan-bahan kempen yang melanggar seksyen itu pada pilihan raya umum nanti," katanya selepas taklimat kepada Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) peringkat negeri Johor di Senai di sini hari ini. - UTUSAN


Dengar tu wahai pakatan haram, esok jangan kata SPR tidak bagi tahu. Pilihanraya ini sesuatu yang serious. Bertandinglah secara sihat dan tonjolkan kebaikan pembangkang lebih daripada BN, jika mahu menang. Bukan dengan propaganda tidak sihat, tidak senonoh dan fitnah sokmo. Soalnya mampukah pembangkang menunjukan program yang baik dan contoh teladan yang baik dan mampukah mereka mengatasi BN.

Kalau tidak yakin, daripada asyik menyalahkan SPR sahaja, daripada asyik dengan menyalahkan  pengundi hantu sahaja, lebih baik awal-awal lagi tarik diri..



 
Ini sudah tentu boleh.. rugilah kalau tak boleh guna dalam PRU13.

"Tuan/tuan dan puan/puan, sepetang bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.. pada 1 Jun 2012, bertempat di Desa Rhu, Sikamat jam 8.30 malam..datanglah beramai-ramai" hah baru sahaja sebuah kereta dengan pembesar suara melalui depan rumah Jokiden sambil berulang kali membuat hebahan tersebut.

Dengar khabarnya Datuk Dr Hassan Ali juga akan datang pada 1 Jun di Taman Kobena, Senawang. meriah pulak tompek Jokiden sehari dua ni..



Tuesday, May 29, 2012

Dato' Seri Najib Tidak Berselindung Lagi.. PRU13 16 September 2012


Sorry Tun, ramalan you kali ini jauh meleset..BN Monang Bosa..
 

Usaha tingkat taraf hidup bergantung kepada mandat rakyat


KUALA LUMPUR 29 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat terus memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti bagi membolehkan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat serta menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dapat diteruskan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar bahawa kejayaan setiap program transformasi dalam menuju ke arah negara maju pada 2020 amat bergantung kepada mandat rakyat dalam pilihan raya umum yang akan diadakan kelak.

Seperkara lagi beliau berkata, rakyat juga perlu bijak menilai terutama melibatkan rancangan-rancangan yang telah dirangka oleh pihak pembangkang yang disifatkan sebagai populis serta tidak realistik. - UTUSAN

Belanjawan 2012 dibentang 28 September-PM


PUTRAJAYA 29 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Belanjawan 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.

"Hari ini saya di sini untuk mendengar pandangan dan saranan anda terhadap isu-isu yang kita hadapi.

"Dalam perundingan Belanjawan, kita menerima 84 memorandum. Cadangan anda akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013," kata Najib pada Majlis Konsultasi Belanjawan2013 yang dihadiri oleh semua pemegang kepentingan, di sini hari ini.

Perdana Menteri yang mempengerusikan sessi itu berkata, tema Perundingan Belanjawan 2013 ialah Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju. - BERNAMA

Dalam sessi soal jawab di TV siang tadi Perdana Menteri sudah tidak berselindung lagi.. Beliau perlukan mandat yang besar daripada rakyat dalam PRU13 demi untuk mempastikan segala pelan Transformasi yang beliau perkenalkan sejak kebelakangan ini dapat diteruskan.
.
Fokus beliau amat jelas untuk menjadikan Malaysia Negara Berpendapatan Tinggi agar impian untuk menjadi negara maju tercapai lebih awal. Tanpa mandat yang besar sukar bagi beliau untuk bertindak selanjutnya. Rasa-rasanya rakyat memahami hasrat beliau dan Insyaallah rakyat akan memberikan kemenangan besar kepada BN kelak.

Melihat kepada tarikh pembentangan bajet 2013 tahun depan jatuh pada 28 September, maka ada kemungkinan PRU13 akan diadakan dua minggu sebelumnya iaitu mungkin 16 September 2012. Atau 28 September bubar, 13 Oktober hari mengundi.

Bulan September dan tarikh 16 September banyak istimewanya. Hari Pembentukan Malaysia jatuh pada 16 September. hari itu juga sudah menjadi hari cuti Umum. Peristiwa hitam dan rancangan jahat Nuar Brahim juga adalah pada 16 September. Jadi rakyat mudah mengingati tarikh tersebut dimana politikus rakus cuba menjatuhkan kerjaan melalui pintu belakang setelah rakyat gagal memberikan mereka kuasa dengan cara yang sah. Lagi bukti tak tahu malu.

Bulan September juga Dr Mahathir telah memecat Nuar Brahim kerana tidak sesuai lagi menjadi pemimpin nombor dua negara dan tidak sesuai lagi menjadi ahli parti keramat Orang Melayu iaitu UMNO. Tindakan nekad tersebut diambil oleh Dr Mahathir setelah beliau amat berpuas hati tentang perilaku dan moral Nuar yang rendah. Terima kasih rakyat kepada Tun Mahathir kerana menyelamatkan Malaysia daripada berketuakan Nuar.

Melihat kepada pengumuman demi pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri dalam Pelan Transformasi Negara (GTP) Jokiden tertanya-tanya apakah Nuar sebenarnya faham dengan apa yang DSN cuba lakukan untuk rakyat dan negara ini. Bukanlah Jokiden hendak merendah-rendahkan kemampuan Ketua Pembangkang ini, cuma Jokiden ragu-ragu sedikit dengan tahap pemahaman beliau.

Terlalu banyak yang PM umumkan. Gagasan 1 Malaysia rupanya sangat banyak pengisiannya. Berpuluh-puluh program terdapat dalam 1 Malaysia ini. Tidak ada pihak yang ketinggalan. Hebat PM kita. Nuar bukanlah tidak faham, jika dia duduk menghayati satu persatu perancangan DSN, dia juga akhirnya akan faham. Jika beliau buat-buat tak faham, tak tahulah.

Mat Sapu dan Mahpooozzz memang diragui tahap pemahaman beliau, sampaikan urus niaga FELDA dengan Pelabuhan Israel juga siap dia panggil PC untuk mempertikaikan invoice berkenaan. Namun sebagai Ahli Parlimen yang bertaraf otai, Mahpooozzz sepatutnya kini telah mula faham dengan dasar serta perjalanan pentadbiran negara. 

Jika rakyat tidak mahu segala perancangan hebat DSN ini terbantut dan terbengkalai, maka sewajarnyalah rakyat memberikan mandat yang besar kepada BN dalam PRU13 kelak. Buat masa ini Dato' Seri Mohd Najib  adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia.    

Mandat Besar.. kalau Datuk Hj Ahmad Maslan berucap dia akan tanya.. "mandat besar.. boleh ke tak boleh..??? boleh!!!" 

Bosan Dengan Lawak Bodoh Mahpooozzz Bean, Husam Dan Nik Aziz Akhirnya...


Ingat tarikh ambo sain ni..

"Aiya RM1.9B manyak ooo.. muleh dapat ka??" Malu..malu..


Hahaha.. kah..kah..kha..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah Nak buat highway?????? Nak kutip dermaaaaaaaaaaa kah...kah...kah...kah...kah...kah..kah..kah!!!!!!!!!!!!!!!!

Mohon maaf jika Jokiden terlebih gelak macam yang tukar tiub selalu lakukan itu. PAS ni tak habis-habis nak menipu rakyat. Bila pemimpin mereka nak cari duit je, mulalah karung berjalan, juruacara akan mainkan sentimen sebentar, derma ikhlaslah, derma jihadlah, derma pilihanrayalah, derma Memalilah dan kini derma untuk highway pulak.

Jokiden tidak pernah menonton program Raja Lawak dulu kini dan mungkin selamanya. Namun semasa Pertandingan akhir Raja Lawak suatu ketika dulu Jokiden dari Kota baru ke Gua Musang dan bermalam di Cameron Highland. Letih dan tidak keluar malam tu, maka Jokiden tertengoklah pertandingan Raja Lawak tersebut.

Antara ayat yang disampaikan oleh Raja Lawak yang Jokiden ingat sampai hari ini ialah pantun berikut:

Naik Basikal Pergi Ke Sabah,
Pergi Ke Sabah Naik Basikal,
Adakah Masuk Akal Dan Munasabah,
Pergi Ke Sabah Guna Basikal..

Habis dia berkata-kata Jokiden bagi tahu family Jokiden.. dia ni akan monang..

Selama ini Naib Presiden PAS Mahpooozzz sahaja yang selalu membuat lawak seperti harga pulut kuning 3 tingkat RM19,000.00, SPR ada taskforce untuk daftarkan pekerja asing sebagai pengundi dan bermacam lawak jenaka lagi.

Kini Husam Musa dan Nik Aziz juga ingin turut berlawak jenaka hendak membina lebuh raya sepanjang 75km dengan kutipan derma rakyat. Bukan tak boleh kutip derma tetapi biarlah munasabah sedikit. Seperti pergi ke Sabah kalau bawa basikal dalam kapal tu oklah.

Mulanya kata seluruh pembiayaan akan ditanggung oleh kerajaan PAS Kelantan, namun biasalah kerana hendak menaikan sentimen rakyat maka diumumkan bahawa projek tersebut akan dilaksanakan dengan sumbangan dan wakaf rakyat.

Berhentilah hendak menyusahkan rakyat. Ini tidak lebih daripada gimik mohon simpati, maklumlah dekat pilihanraya. Kerajaan tak cukup duit, kerajaan miskin, kerajaan pusat tak bantu.. bla..bla..bla.. rakyatpun simpati dan PAS dapat undi. Selalu Jokiden sebut, cubalah bertanggung-jawab sedikit dan berasa malu.

Dalam Facebook ini dah jadi polimik antaranya hujung 2012 umum dan pecah tanah, hujung 2017 umum nak mula kerja dan hujung 2023 baru nak tepung tawar. Apapun secara detailnya kisah lebuhraya rakyat ini boleh dibaca di RBF Online. 


Jangan keluar fatwa hukum derma ini sudahlah..

 
Kira betul-betul!!

Kepada Husam, Nik Aziz dan Kerajaan Kelantan.. semuga berjaya. Jangan asyik berlawak sepanjang masa.

 


Banyaknya?? Dulu-dulu lah kan, Mat Sapu pernah cakap. 40% collection pergi kepada dia, 40% Tuan Rumah atau Penganjur, 20% ontah ko mano poie ea.. jihad, mano bulih tanyo-tanyo, nanti tak ikhlas pulak, tak dapek pahalo.. Ish..ish.. kesian juga kepada penyokong2 PAS ni ye.   
  

Akibat Mulut Celupar NIZAR.. Harapan Pakatan Di Johor Musnah..


Nampak tangan dia tu dah ready nak lambai tu..

Woii Nizar, sebelum nak meroyan tu buat research dulu, selidik dulu. Kau yang sibuk nak 'membela rakyat ni' banyak ke duit yang kau telah sumbangkan kepada rakyat atau kau sapu semua elaun ADUN dan elaun Parlimen tersebut. Berapa puluh Yayasan yang kau telah tubuhkan untuk membantu rakyat Perak ni. Kerja kau tak lebih daripada meroyan, gila talak dan menyruh orang PAS berbaring depan kereta Raja Muda Perak.

Hah, geram sikit Jokiden dengan Nizar ni. Sampaikan Sultan Johor pun hendak dilibatkannya dalam politik murahan dia. Dia ingat rakyat Johor akan bersimpati dengan dia dengan kenyataan tolol dia itu. Duit Baginda, suka hati Bagindalah nak beli kereta apapun. nak letak kat motor besar ke untuk Baginda menjelajah ke serata Johor, melihat nasib rakyat. Yang kau meroyan pasal apa Nizar oii..

Ingat lagi semasa merasmikan Pesta Mersing dan Pelan Pembangunan Mersing tempoh hari Baginda Sultan Johor bertitah, jangan dipolitikkan semua perkara termasuk soal pembangunan.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Dalam usaha untuk memenangi hati rakyat Nizar nyata telah banyak kali tersilap langkah yang menyebabkan rakyat terus meluat dengan perangainya.


 



Sejak kehilangan jawatan Menteri Besar ini Nizar gagal mengawal perilakunya. Dia tidak reda dengan ketentuan Allah. Macam mana nak jadi ahli PAS kalau gagal memahami maksud reda?? Dia masih kata UMNO/BN  merampas takhtanya. Salahkan diri sendirilah sebab bercakaran sesama sendiri dalam pakatan, sebab itu ADUN pembangkang keluar parti. Tak masuk BN pun mereka tu, cuma menyokong BN sahaja untuk menubuhkan kerajaan negeri. As simple as that, yet you fail to understand Nizar oii..

Allah beri kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah tarik kuasa daripada sesiapa yang Dia kehendaki. Itupun tak faham Nizar??? Asyik nak menyalahkan UMNO/BN. Ngeh dan Ngok tu memanglah tak faham, yang kau sama tak faham kenapa???? Kadak dan kadar dah sampai, kan itu rukun iman.

Elaun kau besar Nizar, bagilah pada rakyat Perak yang kais pagi makan pagi tu, atau benakan rakyat rumah kos rendah. Jangan nak kaitkan Sultan supaya bena rumah kos rendah. Sekarang mana muka nak taruk?? Nak minta ampun tak??



Chua Jui Meng dan Salehuddin Ayub sibuk nak memenangi hati rakyat Johor kerana nak menjadi Menteri Besar selepas PRU13 nanti, Nizar pulak sibuk nak menyakitkan hati rakyat Johor. Soheh tak dapat undi dari majoriti rakyat Johor kerana mereka tersinggung dengan bahasa biadap Nizar terhadap Raja mereka.

Siaplah lepas ini kena berjawab dengan Salehuddin dan silap haribulan kena pecat terus dari PAS kerana bukannya membawa keuntungan sebaliknya lebih banyak membawa keburukan dan kerosakan kepada parti.

Selepas ni nak salahkan siapa pulak ni, nak kata akhbar mana pulak yang putar belitkan kenyataan beliau. Berhemahlah sikit wahai Tuan Nizar Jamaluddin, baru layak menjadi pemimpin. 

Sematkan sedikit rasa malu dalam diri dahulu baru terbatas segala perbuatan, jangan main redah semacam je. Sekarang dah fahamkan setiap sen duit gaji Baginda dan Tengku Makhota Johor adalah untuk rakyat. Nizar berani ke buat seperti itu. Hilang Toyota Camry pun sudah meroyan sampai ke hari ini..Malu..malu..malu..

 

Ini dapat percuma kot??


Tengok Gambar Seterusnya Di eXception
 

Monday, May 28, 2012

Nuar Brahim Nyaris Bertumbuk.. Lihat Gambar2 Ini..

"Nampak penumbuk aku ni..??"


"Den tinju budak Ummi ni kang kok lobam mato eaa.." Eh!! Tian Chua bulih golak2 plak..Nuar tengah hot tu..Tangan dia gemgam penumbuk dlm poket..


Wajah orang tewas berhujah!!!

Ceramah di Pantai Dalam minggu lepas, di tempat Nurul Izzah untuk kesekian kalinya berlaku pertembungan antara kumpulan Nuar dan Ummi Hafilda. Penganjur mana yang sengaja memilih pertembungan tarikh tersebut samada pihak PKR atau Ummi, tidaklah Jokiden pasti.

Selalunya apabila bertembung dengan Ummi, Nuar hanya berucap 5 atau 6 minit kemudian cabut, malas nak 'melayan' sergahan Ummi. Namun di Lembah Pantai takkan dia nak cabut juga kerana itu kawasan Naib Presiden PKR@Nurul Izzah@anak sulong ibu ayah PKR. Mahu tidak mahu dia terpaksa mendengar segala 'pembongkaran' Ummi.

Biasalah Nuar ni bukannya boleh tahan dengan provokasi. Kadang-kadang dia provok orang, dia pulak yang akhirnya meroyan. Wartawan provok, wartawan kena halau.

Nurul Izzah selalu juga meroyan macam Nizar Jamaluddin tu. Tetapi Nizar tu meroyah sebab gila talak. Kadang-kadang fitnah Nurul ni lebih hebat mengalahkan fitnah bapak dia. Tanggung-jawab sebagai Ahli Parlimen di situ tidak tertunai juga. Bertembung dengan Ummi, Nurul terpaksa gigit gigi menahan geram, lama-lama dia menjerit juga sampai nampak anak tekak, tak tahan apabila Ummi londeh sampai ke seluar dalam.


Nuar dalam usaha untuk mempertahankan Nurul terpaksalah buat mimik muka yang berlebih-lebihan. Sampai terkeluar perkataan SIAL dari mulutnya. Bila dia tewas maka semua maki hamun keluar dari mulutnya macam berih digoreng. Mulalah dia tuduh pemuda di flat itu di upah oleh Pemuda UMNO untuk menjadi samseng.

"Dia sapu berjuta-juta.. kamu dapat upah RM20.00 je.." Itu antara ayat penghinaan dia terhadap sesiapa sahaja golongan muda yang tidak menyokong dia. Berdasarkan kata-kata, tingkah laku dan perangai  Nuar ni jelas dan soheh dia tidak sesuai untuk menjadi pemimpin negara Malaysia. Habis kenapa Nik Aziz, Hadi Awang, Karpal Sinki, Mat Sapu, LKS, Mahpoozzz Bean, Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, LGE, Singapore dan Amerika  menyokong dia??   

Hahaha.. dia jadi alat untuk mereka mencapai cita-cita politik dan cita-cita kekayaan mereka.. Itu sahaja.

Yang sudah tidak sanggup lagi melihat penipuan Nuar walaupun sebagai Pengasas PKR dulu akhirnya meninggalkan beliau. Bukan sedikit jumlahnya.. Antaranya Zul Kulim, Zainur Zakaria, Roslan Kassim, Ezam Md Nor, Zahrain Hashim, 6 MP, Woo Chee Keong, Mursyidul TIBAI, ah ramai lagi lebih 40 orang, termasuk Dr Chandra Muzaffar yang mempunyai ungkapan maut apabila membawa diri iaitu "malapetaka jika Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kesimpulannya jika gagal berhujah, Nuar sanggup pula bertumbuh dengan pencabarnya. Malangnya di Flat Lembah Pantai ini orang yang dia nak berlawan tinju ialah Ummi Hafilda, mana boleh kot.. malulah Nuar, jadi gemgam aje lah penumbuk tu. Kan dulu dia pernah sifatkan Ummi ni hanya seekor nyamuk.. maksudnya cikai je.. macam mana nak tumbuk nyamuk..?? Hahaha.. kena kau Nuar.


MAKLUMAT PENENDER NO PLATE WWW YANG BERJAYA Kita tunggu pulak BMW