Terlampau nak menunjuk-nunjuk tentang kehebatan dia. Lawan tetap nak lawan. Inilah akibatnya. Konon nak menunjukan golongan muda dan Belia Selangor tidak pergi ke Putra Jaya, Kerajaan Selangor menganjurkan pula Konvensyen Belia Selangor pada tarikh dan waktu yang sama. Akibatnya terpaksalah mereka berborak dengan kerusi. Banyak blog menyiarkan kisah ini semalam. Badut Rakyat ada butiran lengkap.
MALU BESAR...itu kata-kata yang paling afdal untuk memulakan kisah
ini.Nawaitunya nampak macam nak 'lawan tetap lawan' dengan Himpunan Jutaan Belia
yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di
Putrajaya.Majlisnya,Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012.Tarikhnya
Sabtu.Lokasinya Komplek Belia dan Sukan Selangor Seksyen 7 Shah Alam.Himpunan
sehari ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi pejabat Exco
Belia.
Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan himpunan itu terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya.Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang.
Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan himpunan itu terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya.Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang.
Mengikut jadual sepatutnnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu.Namun tunggu punya tunggu,tidak ada siapapun hadir.Sebab apa... mudah saja,tak dapat sambutan LANGSUNG. Suasananya paling memalukan bagi sesiapa saja yang berada di situ.
Baca Seterunya di sini
No comments:
Post a Comment