Friday, June 1, 2012

Biar Betul Ni..Haji Hadi Juga Cakap..Langkah Mayat Aku Dulu..


"Dengar baik-baik kawan aaa.. itu PM, Melayu Islam jugak." "Siapa??".."Akulah.."
"Nuar macam mana??" "Dia tak layak.. tengok video di bawah:"
 

Video ini juga ada di blog House PK.

PM tetap Melayu Islam jika pakatan pembangkang tawan Putrajaya - Hadi Awang


ALOR SETAR 1 Jun - Perdana Menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.

"Kita berasas kepada resolusi pakatan rakyat, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan.

"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu, kita bergerak atas tapak itu, kita tak mahu gopoh," katanya pada sidang media sempena "Himpunan Hijau Ke Putrajaya" di Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga pernah mengatakan tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri kerana menerima realiti jawatan tertinggi itu adalah khusus untuk bangsa Melayu beragama Islam. (Itu yang dia cakap Mustapha oii.. yang dalam hati dia.. dialah akan jadi PM)


"Dalam perlembagaan tak sebut sapa-sapa... itu semua orang tahu, tapi dari segi realitinya itulah... kita (pakatan pembangkang) sepakat Perdana Menteri mesti Melayu Islam," kata Mustafa.


Turut hadir pada himpunan itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak. - BERNAMA


Hah macam tu lah wahai Tuan Guru, baru boleh digelar anak jantan. Tetapi mesti ingat jumlah kerusi yang PAS tandingi mestilah lebih banyak daripada yang PKR tandingi. Jika PKR lebih kerusi besok susah juga. Jika DAP pulak banyak menang kerusi Parlimen, susah juga tuan guru nak memberontak kelak.

Katalah PAS menang 28 kerusi, PKR menang 24, (Melayu campur bukan Melayu ) dan DAP menang 60? macam mana?. Dalam demokrasi berpalimen DAP lah yang layak menjadi PM.. betul tuan guru.. Terima jelah.. Tak perlu nak langkah-langkah mayat. DAP pun kan lebih baik dari UMNO?? DAP kan lebih baik dari syaitan dan DAP kan lebih wangi?? DAP kan rakan karib, terima je.. DAP kan mengamalkan corak pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz?? Dalam Perlembagaan memang bolehpun.

TPM baru lantik orang Melayu yang nak mengiringi dan menasihati Raja dalam soal-soal agama. Kalau Raja masih adalah.. Tapi DAP dengan 60 kerusi masih layak memegang jawatan TPM. Kalau macam itu PAS atau PKR settle dengan TPM 2 cukuplah..

Oh ya.. DAP tak mungkin boleh menang sampai 60 kerusi Parlimen jika tanpa bantuan PAS..jadi tepuk dada tanya seleralah Tuan Guru..


No comments:

Post a Comment